google analytic

Nuffnang

Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Wednesday, July 28, 2010

Movie Review - The Sorcerer's Apprentice 2010

Semlm pi tgk wayang kat Alamanda.. Zizou beria2 mengajak aku tengok wayang..

tp semlm adalah hari selasa... macamana ble tengok wayang ngan Zizou?

Ni pasal

Abang Edi bought Zizou ada new bicycle (sudah lama janji).. kunun mau redeem bicycle dari Jusco ja.. rupa-rupanya, tahun 2010, Jusco bagi redemption dalam bentuk voucher ja..

Kami pun redeem la voucher, dapat RM140. Tapi malangnya di Jusco Taman Equine tiada basikal untuk kids.. Jadinya, kami pun beli basikal untuk Zizou di kedai basikal dekat2 Taman Equine juga, price RM100, Made in Malaysia - can get cheaper tapi Made in China la.. apa kelas Made in China, kita mesti support product Malaysia.

Zizou amat excited dapat basikal baru... jadi sepanjang malam dari maghrib sampai ke tengah malam dia berjaga, kerjanya pun main beskal ja.. sudahnya, malam tu Zizou tidur menangis tak sudah.. kunun sakit kakit.. Abang Edi kata maybe kaki Zizou lenguh main beskal..

Sudahnya, semlm, Zizou mc. Kebetulan aku pun tiada kelas sebab kena canceled... seb baik..

Jadi, kami pun pegi tengok wayang tajuk The Sorcerer's Apprentice.. tiada lagi cerita paling budak2 yang si Zizou boleh layan, movie Despicable Me kami sudah tengok,




Best la cerita ni... suka aku tengok expression si Zizou yang tutup mata pasal takut, menjerit.. hahaha... kan banyak adegan magic, jadi naga la, lembu matador la, burung besi la...

Ada dua perkara aku paling suka

1. Soundtrack tajuk Secrets by One Republic - best gilos! muaturun sini



2. Jay Baruchel - aku perasan lately ni mamat ni banyak projek.. first time filem dia yang aku tengok ialah movie "Knocked Up"... tapi mamat ni jadi pelakon sampingan ja... lepas tu mamat ni ada jadi main voice over dalam movie "How to Train Your Dragon" - best jugak.. walaupun tidak hensem, but I strongly think, it's the character that can bring out the most of an actor - bukan pasal hensem, macho apa semua tu.. contoh, Tom Hanks, bukan hensem sangat pun.. but I like him very much in Forrest Gump, Angel and Demon, etc

Thursday, July 1, 2010

Toy Story 3 – 2010



Siapa pelakon? Beberapa 'ekor' patung dengan character Woody (patung koboi), Buzz Lightyear (patung angkasawan) dan geng-geng yang lain dari prequel Toy Story dan Toy Story 2.. tidak dilupakan geng keras yang diketuai oleh Lotso (patung beruang warna pink), Ken dan lain-lain

Tengok di mana? GSC Alamanda Putrajaya bersama anak lelaki terchenta

Kenapa mau tengok ni cerita? Sebab aku mau entertain si Zizou – abang edi dan Zara tinggal di rumah.. hohohoho

Cerita pasal apa?

Owner si Woody iaitu Andy sudah jadi orang bujang – konon mau sambung belajar ke kolej. Macam nda ngam2 ja kan budak college mau main toy lagi. Jadi si Woody dan gengnya semua risau kalau kena jual di yard sale..

 
Pasal kesilapan teknikal (kunun semua toys ni merajuk pasal mau kena jual), mama si Andy terbawa si Woody and the gang untuk disedekahkan ke nursery. Dorang fikir lagi bagus pegi nursery daripada kena buang or kena jual, at least dorang boleh bermain.



Dipendekkan cerita, rupanya di nursery tu ada sekumpulan toys yang jahat yang mahu memusnahkan toys yang baru masuk dengan menempatkan toy baru ke bilik budak-budak nursery yang ganaz...

 
Jadi si Woody yang awal-awal sudah melarikan diri kembali ke nursery tersebut untuk menyelamatkan gengnya.

 
Akhirnya, semua terselamat dan mereka diserahkan kepada seorang budak yang penyayang bernama Bonnie.


Macamana la kunun? Aku suka

Details please....

What do you expect... semua cerita kartun kanak-kanak mesti akan berakhir dengan happy ending.. pengembaraan untuk dapat happy ending tu yang menyebabkan cerita-cerita tu berbeza.. adventurous jua la...

Tiada komen ka?

Tidak juga la happy ending sangat pun.. pasal dorang berpisah juga dengan si Andy kan..

Lepas tu, aku rasa cerita ni macam lama sangat... si Zizou pun jadi panas punggung sudah... hohohohoh.. lepas tu, ada pula mamat yang bawa wife dan anak dia boleh tidur berdengkur pula - duduk betul2 sebelah kami... menyebabkan aku hilang konsentrasi ja..


Kesimpulannya

Memang bagus... bila aku tanya si Zizou apa yang dia belajar dari movie tu – dia bagitau

  1. Tak boleh main menan (toys) kuat-kuat (means jangan main toys kasar-kasar – pukul, gigit, rosakkan etc)
  2. Tak boleh sepah-sepah menan, mesti kemas, kalau tak, nanti menan menangis pastu lari dari rumah... hohohohoh...
Sungguh suci pemikiran anakku ni...


Berapa star? 4 setengah out of 5

Friday, June 11, 2010

THE KARATE KID (2010)


Siapa pelakon? Jaden Smith, Jackie Chan

Tengok di mana? GSC Alamanda Putrajaya

Kenapa mau tengok ni cerita? Pasal ada Jackie Chan, Jaden Smith dan fight!!!!

Cerita pasal apa?

Seorang budak yang bernama Dre Parker (Jaden Smith) pindah ke Beijing pasal ikut mamanya yang kena transfer pigi sana. Bapa dia teda pasal suda meningggal.

Aku rasa dia sekolah international pasal macam ada ramai lagi budak mat salleh di sekolah tu. So, ada la juga kawan si Dre ni mau bawa speaking. Tapi dia selalu lone ranger ja. Paling banyak bercakap sama sorang Chinese chick main violin, Mei Ying. Akibat dia baik sama chick ni, jadi ada seorang budak cina lain yang marah, nama dia Cheng. Tapi si Dre kunun pun temberang campur riak macam pandai belawan ja, nda pasal-pasal kena kungfu cukup-cukup dengan mamat Cheng ni.

The situation is getting worse as si Dre suda takut pigi sekolah pasal selalu kena belasah dengan budak Cheng ni. Sampai satu hari ni, si Dre menganiaya si Cheng (takut punya pasal.. tiada pasal cari pasal), si Cheng dan konco-konconya jadi marah maka membelasah si Dre habis-habisan. Time ni la si Jackie Chan datang untuk menyelamatkan si Dre.

Jackie Chan or Mr. Han adalah seorang pekerja rencam di neighbourhood tu. Rupanya dia terer kungfu. Kununnya mengikut si Mr. Han, kungfu bukanlah digunakan untuk membuli, membelasah dan apa-apa ja yang negative. Tapi budak Cheng dan kawan-kawannya telah diajar oleh sifu dorang untuk tidak belas kasihan kepada orang yg dibuli. (Apa jadah?)

Sifu yg bodo itu telah mencabar supaya si Dre bergaduh sama si Cheng. Mr. Han cakap boleh tapi lawan one to one di kungfu tournament.

Jadinya, bermula lah journey training kungfu si Dre sama si Mr. Han.

Macamana la kunun? Aku suka

Details please....

Ya la... cerita kanak-kanak kan.. ringan, kelakar-kelakar kunun.. akhirnya, si Jaden Smith ni pandai la juga berkungfu kunun..

Si Jaden Smith tu pun ada gaya macam bole jadi hensem ja nanti bila dia besar nanti. Memang ada harapan jadi big star la, senang cakap. Macam natural ja ia belakon. Nda sia-sia la jadi anak Will Smith.

Tiada komen ka?

Ada. First thing first, tiada satu adegan karate pun dalam cerita ni. Tajuk saja suda misleading.. hahahahaha...

Lately ni, Jackie Chan suka bawa watak jadi orang tua. Dia sedar diri la bah tu kan maknanya. Kena la cari apprentice sekarang.

Lepas tu, kenapa la pula si Dre stay sana Beijing lama-lama tidak pandai cakap cina pula..

And then, aku rasa scene yang si Jackie Chan nangis+mabuk hampas2 kereta sambil teringat arwah bini and anak dia pun aku rasa tidak perlu. Nda jua aku sadih pun...

Tapi... aku tetap rasa cerita ni syiok.

Kesimpulannya

Ini cerita sesuai untuk kanak-kanak especially yang sudah pandai tengok movie yang ada orang belakon. Bukan kanak-kanak macam si Addin yang tau mau tengok kartun ja.

Hmmm.. dia boleh apa tengok cerita yang ada orang. Contohnya Ultraman. Nantilah aku beli dvd, kasi try tengok si Addin.

Lepas tu, kalau betul si Addin terpakai tengok cerita ni, mesti nanti dia terpengaruh mau berkungfu dan menumbuk daddynya.. hahaha..

Cerita ni juga sesuai untuk orang macam aku yang suka easy watching, comedy, martial art thingy, Jackie Chan.

Berapa star? 4 out of 5 – itu yang paling tinggi la tu..



Monday, June 7, 2010

Nanny McPhee


Excitednya aku....
Ada cerita ni...
Termasuk dalam kategori MESTI TONTON!!! (Aku ada hunch yang mengatakan cerita ni mesti best gilak)

Dulu, tengok yang first movie pun best...




Aku masih ingat lagi, cerita Nanny McPhee tu aku beli DVD9 ciplaks ja.. siap bawa DVD tu ke Labuan untuk bagi si Lina tengok.. time tu kenduri kawin aku.. jadinya, si Lina nda habis-habis memasang dvd ni... semua budak-budak anak peradian dan orang kampung yang meramaikan kenduri aku tu, tengok sekali cerita ni..

Movie Nanny McPhee and The Big Bang ni pun harus aku cari dvd nya juga.. mau kasi tengok ni cerita sama si Addin supaya dia jadi budak yang insaf... hahahaha...

Dan harus juga tengok di cinema.. bila mau? Jumaat ni la.. huhuhuhuh... tengok sensorang di tengahari Jumaat (jika keadaan mengizinkan)...

Ooohhh dan ya... malam ni ada Nanny 911 di NTV7 jam 8.30 malam... tu pun mesti tengok tu.. sesuai untuk ibubapa yang mencari cara yang terbaik untuk mengasuh anak-anak yang sedang membesar – just like me.
kan bagus kalau di Malaysia ni ada nanny yang terlatih untuk diupah menjaga anak.. bukannya mau kena upah bibik indon-indon yang *tut*...



Monday, April 5, 2010

Me and Movies

Last Saturday, kami pegi tengok movie HOW TO TRAIN YOUR DRAGON

Pi tengok midnite. Kami 3 orang ja – Me, abang edi dan anak teruna hamba, Addin Zidane. Adik baby Zara? Tinggal di rumah dengan Auntie Nurul. Hehe..

Sebenarnya, auntie Nurul diimport dari Shah Alam secara adhoc untuk menemankan kami di rumah sementara abang edi berpergian untuk menonton perlawanan EPL yang paling ditunggu-tunggu dalam musim ini iaitu ManU lawan Chelsea. Hasilnya? ManU kalah 2-1. Kuikuikuikui... baru tau sebok sangat mau tengok dengan kawan-kawan. Sedangkan, bukannya abang edi tidak tau kalau dia tengok di luar ja mesti ManU kalah. Kunun dia macam jinx la... hahahahaha.. (jangan marah peminat ManU semua.. my hubby bukanlah cause utama kekalahan pasukan pujaan korang – huhuhuuhuh)...

Bukan ka elok tengok di rumah.. tapi susah pula sebab si Addin Zidane sekarang amatlah demanding dalam bab menukar channel Astro ni. Asyik mau tengok channel kartun ja (apa lagi kalau bukan channel bertuah 611 hingga 615). Itu memang cabaran yang amat besar untuk aku dan abang edi sekarang. Jalan penyelesaian? Aku lock ja 611 sampai 615 tu. Abang edi pula telah mengeluarkan arahan untuk unsubscribe channel-channel bertuah tersebut. While, aku pula sebagai seorang mummy yang baik hati (huhuhuhuh..) masih mempertimbangkan arahan tersebut..

Dan oleh kerana juga aku ni mummy yang suka menspoilkan anak sendiri – no la.. aku ni garang ok – aku mengusulkan kepada abang edi untuk bawa Zizou tengok midnite. Sebelum keluar, aku sudah siap-siap bancuh susu dan sediakan bekal air masak dalam botol Ben10 si Addin Zidane yang tiada kuasa transformer itu. 

Balik ke cerita asal... (mukadimah amat panjang berjela)

Testimony aku?

Aku suka cerita itu yang amat!!!!!!!!!!!!!! Aku suka character Hiccup bersama dragon petnya iaitu seekor Night Fury yang bernama Toothless. Review tambahan? Apa kata anda tonton sendiri? Memang amat berbaloi...

Hiccup yang sedang berterbangan dengan dibonceng oleh gelprennya iaitu Astrid. Dorang naik dragon Night Fury yang kunun paling dasyat di era itu

Citarasa aku dalam menonton wayang amat sukar dipuaskan. Hatta movie AVATAR itu pun kurang memuaskan hati aku. Movie ALICE IN WONDERLAND yang diidam-idamkan juga tidak seseronot cerita How TO TRAIN YOUR DRAGON itu. Oh....

Kenapa? Mungkin kerana ada elemen aku-tidak-sangka-akan-terjadi-yang-sedemikian. TWO THUMBS UP! AND TWO TOES POINTING!

Anak teruna aku pun teruja. Tapi tertidur di 15 minit sebelum movie berakhir. Kesian anak aku.. huhuhuhuh...
Sedikit trivia mengenai experience aku dengan movies

The latest movie I watched in cinema? How was it?
HOW TO TRAIN YOUR DRAGON. 5 of 5 stars!!!!!

Before that? How was it?

ALICE IN WONDERLAND. Boleh la... factor penggalak ialah Johnny Depp.
 
SHERLOCK HOLMES.. ni pun.. ok ok la.. tapi abang edi suka..
 
AVATAR. Kagum juga la... tapi bukanlah sampai tahap mau tengok lagi...
 
UP (animation movie). tp ni tengok DVD di rumah ja... ni pun syiok. Si Addin Zidane sudah tengok cerita ni more than 10 times already.
ini adalah salah satu daripada cerita kegemaran si Addin Zidane (apart of Ultraman dan kaum kerabat cth seperti Gaia, Cosmos, Dyna dsb).. he even get the idea that a real 'datuk' (old man) should have a 'tongkat'.. huhuh...

PAPADOM.. bored me.. hmmm... tapi orang sekeliling aku ketawa including my hubby.

Sebelum-sebelum tu.. tidak ingat... banyak la list..

Aku suka tengok cerita genre apa?
Romantic, romantic comedy. HE'S JUST NOT THAT INTO YOU memenuhi taste aku. Cerita action? Jarang-jarang. TRANSFORMER aku boleh layan.

Kesimpulan? Kalau cerita boring dan tidak menarik minat aku, tunjuk di tv pun belum tentu aku mau tengok.

Thursday, March 11, 2010

Happy Anniversary Dear Abang Edi!

Semalam, genap 4 tahun usia perkahwinan aku dan abang edi.

And this year, celebration itu adalah ala kadar sahaja.
How did we celebrate? (Celebrate awal sket..)

Aku dan Abang Edi dating berduaan tengok midnite cerita Alice and Wonderland di Cineleisure The Curve.
Kami tengok cerita ni midnite 5 Mac 2010. Hasrat di hati mau merasa tengok wayang di Premier Suite yang kunun canggih tu. (Hoho... seumur hidup belum pernah terfikir lagi mau tengok wayang guna tiket mahal daripada biasa ni, sebab anniversary punya pasal, jadi mau rasa something special la kunun kan). Time beli tiket tu, cerita Alice and Wonderland kena tayang pakai cinema biasa ja. Nevermind.. next time boleh try.
Untuk tujuan ini, kami terpaksa import Auntie Nurul untuk tolong tengokkan si Zizou dan Zara.




boleh la... aku bagi 4 out of 5 star.. mungkin kerana faktor mata saya penat guna 3D glasses.. suka bangat dengan Johnny Depp..


Kami sekeluarga + Auntie Nurul buat ERL trip Putrajaya – KL Sentral – Putrajaya.
Ini adalah untuk mengabulkan permintaan si Zizou yang tidak sudah-sudah bising mau merasa naik keretapi. Mula-mula abang edi bagi idea untuk naik LRT pegi KLCC, tapi aku tidak recommend pasal aku malas mau berebut seat dengan orang + crowded = Zizou dan Zara akan meragam.

Bagus naik ERL, sah-sah ble dapat seat. Tapi KL Sentral amat sesak la... lebih kurang macam stesen bas Pudu ja aku rasa. Aku pernah bersumpah (ohooo... macam serius ja bunyinya...) yang aku tidak akan ke Stesen Pudu lagi untuk naik bas pasal aku sudah bosan naik bas ekspress masa aku study di Kuantan dulu.
Tapi yang penting, Zizou enjoy. (Patutnya pegi jalan-jalan ke KLIA ja.. lagi syiok kot)..




budak kecik ini excited menunggu ERL


anak dara kesayangan


pics ehsan Auntie Nurul.. tengkiu..


Kesimpulannya, walaupun sebenarnya anniversary ini untuk meraikan ikatan cinta aku dan abang edi (chewah...), tapi perkahwinan kami adalah lebih bererti dan signifikan dengan kehadiran anak-anak. Therefore, we failed to reject that the celebration must also consider the happiness of Zizou and Zara..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...