google analytic

Nuffnang

Showing posts with label opis. Show all posts
Showing posts with label opis. Show all posts

Thursday, December 13, 2012

Selamat kembali bertugas!

Sudah lama pula rupanya tidak berupdate blog ni.

Perkembangan terbaru, aku sudah kembali ke ofis :)
Since 31 Oktober 2012 lagi.
Gembira dengan posting terbaru kerana aku rasa dengan jawatan sekarang, aku boleh menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih direct.
Jabatan mana itu biarlah rahsia. Sebab rasa tidak selesa untuk mewarkan-warkan cerita tentang ofis :)

Setelah lebih 2 tahun lebih berhibernasi (tidak ke ofis), memang la terasa perbezaan yang amat.

Waktu belajar dulu:
Ada 2 stage, first stage - coursework. Second stage - thesis.

First stage -
  • Boleh kata hari-hari kena pi UKM walaupun tiada kelas - sebab banyak group assignment. Jadi, memang tidak rileks.
  • Oleh kerana aku ni memang bukan jenis ibu yang rajin memasak, selalu bungkus lauk ketika makan tengahari. Harga makanan di kafe kolej kediaman adalah amat murah, menggembirakan hati ibu muda (muda lagi ka? huhu) yang belajar sambil makan gaji seperti aku :)
Second stage
  • Kadang-kadang ja pi UKM. Kebanyakan hari memang akan buat kerja di rumah saja. Jadi boleh kata, minyak jarang refill, mileage kereta pun tidak banyak jalan.
  • Tapi kebanyakan kawan-kawan satu batch aku, dorang jenis rajin ke lab. 
  • Kalau aku ke lab, aku akan pastikan bawa bekal atau tapau siap-siap. Pasal malas mau keluar lab ketika lunch. 
  • Oleh kerana aku tidak disiplin, dan bengap pula tu, jadinya research progres aku ada betebiat sikit.
  • Ditambah pula dengan projek renovasi rumah kami dan pemergian bapa ke rahmatullah, menyebabkan progres tu adalah lebih betebiat.
  • Tapi Alhamdulillah, aku sempat juga submit sebelum kembali ke pejabat. 

Bila sudah kembali ke pejabat

  • Kena belajar business process baru. Seorang SA tanpa pengetahuan business process yang mendalam adalah ibarat tukang masak yang kena minta masak masam manis tapi masak stim asam boi. Haha.. apa punya metafora la.
  • Kebetulan, sistem sedang migrate ke upgraded environment. So kena deal dengan testing dan user rejection pada peringkat awal projek.
  • Dan sebagai seorang yang lambat panas, aku rasa aku ni memang take time juga untuk menghilangkan sikap penyegan aku dengan colleague baru. 
  • Ketika ni juga la aku terhegeh-hegeh dengan fasa untuk pembetulan tesis aku. Ya ampun. 
  • Rutin harian juga totally changed. Lepas solat subuh kena bersiap untuk ke pejabat.
  • Kalau pada 2010 dulu, travel ke opis pada belah pagi ada sesuatu yang menyesakkan. Mana jam di Seri Kembangan, tambah jam di Presint 1 Putrajaya lagi.
  • Sekarang ni, ada bagus sikit. Di susur keluar SKVE dari Seri Kembangan ke Putrajaya masih jam tapi di Presint 1 Putrajaya tidak lagi. 
  • Apa-apa pun, aku tidak kisah. Yang penting aku ada parking. Alhamdulillah. 

Apa-apa pun, selamat bertugas!

Thursday, March 25, 2010

Wednesday, July 8, 2009

Kegembiraan yang berganda

Remember my blog about Azam – bukan nama baby saya (ntah hape2 punya tajuk...)?

Ish... sapa la aku untuk diingat mengenai blog aku yang tidak seberapa ini.. (tapi ada juga kawan2 yang bertanya apa benda yang aku membebel dalam posting aku time tu.. walaupun tidak dikomen directly)

Banyak lagi blog di sekitar aku yang canggih2 hatta mendapat anugerah... blog aku ni mmg sah2 untuk syok sendiri..

More like an online journal for my own keeping.. huhuhu...

(sudah berapa tahun aku tidak tulis journal guna buku....)

And remember last time when i said i want to jot down about what happen on 25th June?

Sekali lagi... jawapan bergema dari dalam hati aku sendiri... nobody will remember... hehehe..

Pada 25 Jun tu, aku kena attend 2 function penting... amatlah penting dalam career aku...

Satu function separuh hari (pagi sahaja dan diadakan di Menara PJH), manakala satu lagi function satu hari dan diadakan di PICC...

Oleh kerana dua2 adalah function penting, jadi aku kena buat prioritizing..

Yang separuh hari tu lagi penting, kerana itu function untuk meraikan aku dan colleague2 aku yang lain..

Yang satu hari tu untuk menyampaikan surat tawaran - which is aku memang sudah terima awal2 secara online (sudah terang lagi bersuluh) – dan upacara taklimat kepada semua yang menerima tawaran tersebut...

First of all, aku bersyukur kepada Allah kerana memberikan rezeki yang berganda ni kepada aku dalam tahun yang sama. And tidak dilupa, insyaAllah, my family will receive another anugerah yang lagilah berharga dalam hujung tahun ni – tidak lain tidak bukan, adik si Zizou...
Dan tidak dilupakan juga kepada abang edi yang memberikan sokongan padu dan jitu.. my parents yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan aku.. bosses dan kawan seperjuangan di opis yang sama2 memberikan sokongan dan kerjasama... without all of you, takde le saye merase sume2 ni... betul tak?



Yang separuh hari tu – Majlis APC.

APC ni aku dapat untuk tahun 2008. Ada la dalam 11 orang dari ofis aku yang dapat (out of 120 staffs). Yang seronok tu sempat la juga aku terima sijil dari Menteri. Ada juga yang tidak bernasib baik tidak dapat sijil daripada Menteri pasal kementerian aku sekarang bz dengan isu hangat yang melanda satu dunia. Setiap penerima anugerah diwajibkan untuk mengambil gambar secara individu dan buat pembayaran RM9. Hari ni aku sudah terima gambar tu... amboi mummy Zizou.. tembamnya....

Dress code? Baju kurung or kebaya batik. Beberapa minggu sebelum majlis ni aku sudah pening2 mana la mau cari baju batik at this time dengan saiz badan aku sekarang ni. Nasib baik ada baju batik kain chiffon yang aku jarang-jarang pakai dan memang free size.. tengahari selepas majlis tu, kami dijamu makan tengahari...

Lepas ja majlis tu, aku sempat balik opis sekejap pasal aku malas mau pergi PICC awal2.. the next acara wud be at 2.30 pm.

Acara di PICC tu – Majlis Penyampaian Surat Tawaran dan Taklimat mengenai HLP

Another good news. Nasib baik kawan ofis aku bgtau mengenai semakan online di web JPA. Kalau tidak, memang aku tidak check tu. Alhamdulillah, aku dapat sambung study ke peringkat Master di Universiti tempatan. Colleague aku dapat pegi oversea. Sebenarnya, memang hasrat aku dulu2 mau sambung master ke UK. Tapi time aku apply tu aku just pilih Malaysia sebab keadaan ekonomi yang menggugat manusia sejagat.

Lepas dengar taklimat, baru la aku tersedar.... bukanlah senang urusan mau sambung belajar dengan biasiswa HLP ni.. macam2 la mau diuruskan. Nasib baik dapat local ja, kalau kena oversea, mau pegi BTN la, kena lulus IELTS/TOEFL la, mengurus pasal family yang mau dibawa la, visa la, tempat tinggal la..

Hasrat untuk round Europe? Aku cakap dengan abang edi, insyaAllah, kita akan ke sana.. mana tau rezeki dapat buat PHD pulak.. hehe.. lagi lama, 3 tahun tu.. kita tunggu adik Zizou keluar dulu.. kalau tidak dapat stay di sana untuk belajar pun, aku tau, dan insyaAllah sekali lagi, ada la rezeki untuk bercuti2 di Europe...

All in all, aku gembira. Memang rezeki anak.

What shud I do now? Buktikan kepada orang di sekeliling aku yang aku memang layak dapat APC dan aku tidak akan sia2kannya. Kerja sebaik boleh. Sampai la time aku cuti belajar nanti.. hehehe.. dan aku tidak sabar untuk bergelar student semula. I told abang edi, azam aku tahun depan.. untuk menyusukan adik si Zizou secara ekslusif selama yang boleh (at least 6 months) dan aku mau jadi best student.. hehehe.. kalau boleh, time aku grad nanti, aku mau dapat CGPA yang paling best.. lagi best dari CGPA aku time degree dulu... besarnya cita-cita.. InsyaAllah...


Tuesday, June 16, 2009

Entry saja-saja

Ya ampun.... kerja aku di opis sekarang makin berlambak-lambak...

Nak nak bulan jun ni... tetiba permohonan datang mencurah2.. kalau due bulan ogos, mesti bulan ogos tu la tiba2 datang sekelepuk macam tu..

Resam manusia.. suka buat kerja last minute..

Sudahnya? Aku juga yang seksa..

Ditambah dengan ada pertandingan 5S next week..

Aku sudah mula start meng 5s kan cubicle aku semalam..

Tak cukup masa la... nak stay back opis lambat sikit, kesian pula dengan Zizou..

Mau datang weekend, kesian sama si daddy and si Zizou..

Penyelesaian? Kena 5s hari2...

Disiplin itu penting...

Gambate ne!!!

Aku tidak sabar menanti 25 jun... mari kita lihat siapa yang kena!!! (Next week aku blog apa jadi that day)

Friday, April 10, 2009

Monolog dalaman..

Lamanya sudah tidak mengupdate...

Bz? Memang tidak akan pandai habis.. kena pula dengan bos2 yang suka buat kerja last minute tapi sesuka hati ja mau suruh unit aku ni buat kerja macam gila – mau cepat ja kunun.. sedangkan spek yang diberi selalu buat macam asal ada.

Aku ni pun, malas la kan... bila kita menegur, rasa macam tidak best la pula.. ya la, aku ni ikan bilis.. bos tu ikan tongkol.. (huhuhuhu, ikan tongkol? Ok la... ikan jaws la kunun... besar kan).. masalahnya, keperluan yang disenaraikan tu selalu tidak menggambarkan keperluan sebenar pengguna dan tidak mengira kesukaran company2 yang mau turut membidding tu untuk memberi quotation yang sebenar – pasal? No details given... semuanya main atas angin ja... cakap mulut boleh la.. kalau sudah on paper... hmm... fikir sendiri la... boleh ka orang mau read our mind?

Pastu bila part buat kontrak pun bertebiat... kontraktor pun sama.. payment mau cepat.. tapi bila buat kerja tu macam ****.. lepas tu mau gegar2 opis orang... *****.. aku tidak kasi penalty pun sudah cukup bagus la tu... bila part minta kerjasama tu berat ja, buat kerja cincai... yo-yo-oo ja declare company bagus, patut ada lawyer la.. mana2 la kau labu...



Wednesday, February 4, 2009

Lift story

Yesterday, ada assembly di ofis aku. Kena buat di tingkat 8. Memang ramai la yang akan hadir assembly tu. Oleh kerana ramai, so masalah selalunya akan berlaku bila sudah habis acara iaitu – kesesakan lift.

Ramai la yg menunggu turn untuk masuk lift ni. Termasuklah aku. Pasal aku mau turun pigi tingkat 5. (Too lazy to take the stair as it was the first time i wear my new shoe... gigit kaki bah). Setiap kali aku mau masuk ja, mesti full. Hampa ja.

Lepas tu, ada satu lift ni, ramai la yang berasak2 masuk. Sekalinya, lift ni nda mau tutup. Rupanya overload suda. Keluar la 4 orang perempuan, baru la pintu lift tu mau bertutup.

Sekalinya, one of them mau masuk balik. Terus jadi overload balik. Keluar la kakak ni.

Aku yang sudah lama menunggu pun, apa lagi... aku cepat2 la masuk lift ni sebelum ia tutup kan berjalan.

No problem at all.. terus pintu lift ni tutup dengan perlahan. Dan, ada la orang2 yang ketawa pasal aku boleh fit in tanpa mengoverloadkan lift tu.

Well, i feel blessed. Banyak kebaikan jadi cumil ni. Hehehehe..

Tuesday, January 13, 2009

Jam strawberry di Putrajaya..

Semalam, traffic awal pagi di Putrajaya memberikan headache yang amat kepada orang2 yang bekerja di Putrajaya ni. Traffic jam yang amat!!!!! Kononnya, kesesakan tu sampai lebih 3km jauhnya... (ya ka tu? I'm not very good in measuring distance..heheh)

Aku selalu keluar rumah jam 7.30 am. Kalau sebelum2 ni, insyallah boleh sampai opis 7.50++ sikit lagi mau jam 8 am. Tapi sekarang ni, jam di exit Seri Kembangan pun makin menjadi2.. dan akibatnya, aku selalu tidak sempat punch before 8.. hehehe...

Tapi semalam, aku sudah pasang azam, aku mau keluar 15 minit lebih awal. Mula2, hantar zizou ke nursery dulu. Then, head to Putrajaya.. traffic di seri kembangan ok sikit berbanding hari biasa pasal aku agak awal... sesampai di Putrajaya, aku menjadi heran.. kenapa slow moving ni?

Berbekalkan semangat dan skill mencilok aku dengan keretaku yg comel lote, aku sempat sampai di Parcel E pada jam 7.45 am.. ramai la pula abang polis ni.. rupanya, ada aktiviti korek lubang di jalan masuk Putrajaya ni... hmm.. maybe ada kaitan dengan aktiviti TNB maintenance hujung minggu lalu...

Traffic jam yang mengakibatkan kelewatan sedikit untuk aku tu rupanya memberikan kesan dominos yang amat kepada orang lain yang mungkin gerak lambat 5 minit dari aku. Ramai colleagues aku yang sampai opis jam 9 pagi dan lebih.. walaupun dorang keluar rumah 7.30.. kalau lambat lagi, bayangkan la... dah la jalan masuk ke putrajaya ni – sekali masuk, no turning back... mau patah balik pun kena masuk dulu pusing2 then baru ada exit keluar....

Hari ni, aku keluar jam 7 pagi... si Zizou aku minta daddynya yang hantar ke sekolah.. (tidak sampai hati hantar zizou awal sgt, pasal cikgu dia kasi mandi budak awal pagi...sejuk bah tu..).. niatku, kalau aku keluar awal, sekurang2nya aku tidak perlu berada on the road lebih sejam untuk sampai opis macam semalam... (eh, mana ada aku sampai sejam on the road semalam tapi macam orang lain yg lewat lebih sejam.. aku bernasib baik ja semalam tu)...

Rupanya, hari ni tidak jam pun (untuk orang2 yg macam aku keluar awal).. lubang tu sudah bertimbus... dan rupanya aku tidak keseorangan.. ada lagi di kalangan colleague aku yang datang awal kerana berfikiran sama macam aku...hehehe.. tanak lambat dan bertapa dalam jam punya pasal..

Takpe la... niat baik, hasilnya pun insyallah baik..


 

Monday, November 17, 2008

Dear Ex (Part 2)

Dear wutever.. hehehe..

Aku ada kasi baca blog aku sama husband aku pasal aku punya last post.

Husband aku mula2 macam terpinga2, siapa la agaknya gerangan yang wifenya rindu ni.

Tapi lepas aku explain lebih kurang.. dia pun cakap “Ingatkan siapa.. kenapa la buat post macam tu, nanti orang ingat yang lain2 pula..”

Hehehehe…

Sesungguhnya, last post aku tu bukan pasal kisah ex-boyfriend dalam bentuk manusia. Tapi berkaitan dengan a part of my life yang amat memainkan perasan penting dalam hidup aku ni. So, pasal benda tu penting, jadi aku consider macam bercenta jugak la… manakan tidak, kalau tidak bercenta, tidak la aku teringat siang malam kadang2 sampai termimpi2.

p/s: tiada ex-boyfriend aku yang aku teringat2 sampai sekarang pun. (kalau betul pun aku rindu dorang2 ni, aku bukanlah bodoh bangat untuk post dalam blog aku… gila ka!)… I’m happy with my current lover aka my husband. Semoga jodoh kami berkekalan hingga ke dunia yang seterusnya. Amin.

Friday, November 14, 2008

Dear Ex (Part 1)

Ya Tuhanku.. ya diriku..

Malam ni aku find out, dan aku sedar, yang aku amat rindu dengan bekas kekasih aku ni. Rindu bangat!!!!

Aku sedar yang aku rindu dengan ex-boyfriend aku ni.. sebab, bila aku bercerita pasal ex-kekasih aku ni, aku menjadi amat enthusiastic, bertenaga, mataku bercahaya, dan orang-orang yang berada di sekitar aku rata-rata menyokong yang aku perlu kembali kepada ex-kekasih aku tu.

Sepanjang masa, even now, aku masih berfikir untuk bagaimana aku perlu menjalinkan hubungan aku dengan ex-kekasih aku tu dengan sebaik yang seharusnya.

Sedangkan, aku sudah lama ada kekasih baru yang patut diambil perhatian. Tapi malangnya, i'm just not into him. Aku malas mau fikir pasal new lover aku ni.

Tapi, sudah nasib. Ada greater force yang memisahkan aku dengan ex-kekasih ni secara short notice. Punya la aku kecewa...kecewa yang amat sehingga aku boleh menitiskan air mata dan menangis dalam hati more than a week. Aku kecewa sebab orang yang bertanggungjawab jadi tukang cerai ni kata aku tidak ngam dengan ex-kekasih aku ni so i shud be with my new lover.

Aku harap jodohku dengan ex-kekasih aku ni masih panjang. Kerana aku rasa aku menjadi insan yang lebih cemerlang kalau aku masih bersama dia. Walaupun kami banyak masalah time kami bersama dulu, tapi aku tidak kisah. Aku suka. Kerana aku tau, masalah tu tolerable. Aku boleh terima. Dan kami lebih banyak masa gembira bersama daripada masa sedih. Aku lebih memahami ex-kekasih aku tu dan aku lebih suka diri aku time aku bersama dia.

Ooo dan tidak dilupakan... mama ex-boyfriend aku tu pun aku sayang bangat.

Dear ex-boyfriend, I still love you to the max. Kau la boyfriend aku yang paling unggul. Aku harap aku akan jumpa boyfriend baru yang lebih bagus dari kau. Tapi buat setakat ini, you're the best!

Friday, October 17, 2008

Pot Luck di Office

Aku =
Co-Organizer

Apa yang aku bawa =

  1. Bahan2 sampingan untuk Laksa Sarawak dan Laksa Johor seperti hirisan timun, limau kasturi, telur dadar hiris, kacang panjang, tauge…
  2. Cekodok Ikan dan sos cili thai – dalam masa yang singkat, habis… tidak sangka menjadi hits di kalangan penjamu selera… hehehe.. aku bawa pun bukannya banyak.. sebab aku ni merendah diri.. tapi bila orang sudah puji2 ni, next time aku bawa banyak2 la…hehehe
  3. Dodol dari segamat yang diberikan oleh kakak ipar


 

Kesimpulannya =

Aku ni mmg semangat.. sejak semalam aku bertungkus lumus menyediakan bahan2 sampingan sambil tengok Amazing Race Asia.. sebelum tu aku masak dinner, nasi jagung dan sambal sardine… hehehe.. sejak lepas raya ni, malas aku masak sendiri.. semalam tu kira semangat memasak telah datang semula…


 

Hasilnya =

Proud of myself… J

Thursday, September 11, 2008

“Ada berita gembira!!”

Tadi kat office aku ni ada meeting pengurusan..meeting ni dihadiri oleh semua ketua unit dalam office aku ni..

Lepas ja meeting tu.. ex-bos aku yang amat la aku sayang call aku… (sebelum tu, sukacita dimaklumkan… aku punya tahap sayang dengan ex-bos aku ni.. kalau aku kena marah ngan lady boss aku ni mesti hati kecik aku terasa gila babeng.. tapi selama aku kerja ngan dia pun, aku tak pernah dimarah..hehehe..kena tegur pasal keje biasa la…kena puji kat belakang pun biasa juga..ada la sumber2 yang dipercayai citer aku kena puji ni…hehehe..huhuhuhu..riaknya…)

Beginilah kiranya perbualan telefon kami

Ex-bos = “Hello Naddea..saya ada good news”

Aku = “Iye?.. good news apa tu puan?”

Ex-bos = “tadi dalam meeting pengurusan, SUB bagitau KSU hantar surat puji yang buletin kita adalah yang terbaik dalam xxx ni. Dia kata tahniah kepada semua. Dalam hati saya, nak kena bgtau kat Naddea ni”

Aku = “waaa… ye ke….”

Ex-bos = “sebelum ni KSU tak penah hantar surat kan?”

Aku = “tak penah.. ni first time le kita kena puji ni.. “ and the rest is history..

At last, aku rasa aku tinggalkan footprint yang berharga dalam organisasi xxx ni..

Aku memang tak dapat menahan rasa gembira dan bangga aku.. walaupun sebenarnya buletin tu ada dalam SKT every unit dalam ofis aku ni…tp tulang belakang yang bagi benda ni jalan ialah – aku (dengan bantuan banyak pihak, thank you so much). Buletin yang terbaru aku buat tu kira macam anak aku kat ofis ni.. dalam tempoh penyediaan dulu pun, aku tak benarkan any usaha yang akan menjatuhkan buletin aku tu..contoh usaha yang menjatuhkan tu ialah

  • Input yang aku dapat ntah hape2, aku request balik dari unit yang berkenaan.
  • Unit yang tak bagi input langsung, aku cari input yang sesuai, lepas tu aku edit sendiri dan aku bagi lagi kredit untuk unit tu..
  • Design yang menyakitkan jiwa – ada la lebih 10 kali review… banyak tu… tensyen kepala otak aku..
  • Ada lagi la yang aku tak ingat ni…

I didn’t settle for less.. lantak le orang cakap apa2 pun.. yang penting aku rasa buletin tu best.. luckily, our KSU feel the same.. sama la taste kitaorg… hehehe…

Tapi yang sedihnya, I’m no longer in that unit… jadi, adakah aku masih layak untuk menerima kredit untuk pujian tu?

Biar la layak ke tidak.. apa yang pasti, aku tahu, itu adalah “anakku”.. tapi, adakah hamba Allah yang sorang tu iktiraf bahawa buletin tu adalah “anakku”? dia peduli apa, dia tau bg aku pindah je.. cam hampas je aku rasa aku ni.. maybe dia fikir, sapa2 ble buat.. haa ye la.. org yg nak buat lepas ni mmg senang.. aku yang buat acuan cantek2.. dorang takat cari input, letak..dah, tu je...

sebenarnya, sebelum aku kena tukar unit pun..byk projek dlm unit aku yg sebelum ni adalah "anak" aku.. Sekarang, anakku bukan anakku… cam cite indon pula..

Ni cite gembira ke sedey ni? Huhuhuhu…

Thursday, August 14, 2008

Doa pagi

Hari ni doa pagi jam 8.30 di opis aku ada improved sikit… selalu cam boring je.. hari ni aku rasa ada terkesan di jiwa aku… bila aku dengar bait-bait doa tu, I’m thinking… this is what I want… pagi ni… setelah lama aku duk kat opis aku ni, aku rasa, ini la pertama kali aku angkat tangan berdoa dan really mean the doa… bukan berdoa dan take for granted… thank you Allah kerana hidayahMu kepadaku dan kepada orang yang bertanggungjawab buat skrip doa tu..

Wednesday, July 30, 2008

Belajar sampai tua..

Aku ada training dari Isnin sampai hari ini.

I learned – Photoshop, Soundforge and Flash.

Exciting and entertaining as my brain is always open for new knowledges. I want to learn new thing.

I always thought that I am “bengap” in using this tools.

But not anymore!

Thank you for my dear colleagues – the penceramah and the fasilitators.

God will bless you. Nanti jangan lupa claim elaun. If there is any problem, just refer to me. I will makesure you’ll get your claim ASAP. Hehehe..

Monday, July 14, 2008

Pakcik kedukut…

Café kat opis aku ni memang cekik darah.. panggilan manja aku kepada owner café tu "pakcik kedukut" (tapi dia tatau la aku panggil dia macam tu…naya la aku kalau dia tau)..

Boleh? Last time aku beli breakfast. Aku ambil nasi lemak satu bungkus yang aku tau berharga RM1.50 dan sebijik bergedil yang aku tidak tau berapa harganya.. pastu pakcik tu ble kira: RM2.00. So, bermula la quest cepu emas aku ni… Aku bagi soalan baek punya..

Aku:            Pakcik, harga nasi lemak ni berapa? (aku tidak tanya la pula harga bergedil tu berapa pasal aku mau tau harga nasi lemak ja… mana la tau if nasi lemak tu sudah naik harga kan…)

Pakcik kedukut:     Semua sekali RM2.00

Aku:            Iya? Nasi lemak ni berapa?

Pakcik kedukut:    Nasi lemak RM1.50, bergedil RM0.40.. RM1.90 je semua… (dengan muka yang tidak bersalah..bangangnya pakcik ni.. mesti selalu makan benda haram..)

Aik…. Pakcik ni… sepuluh sen pun mau try? Kalau ada sepuluh orang yang jadi macam aku ni.. maknanya pakcik ni sudah untung RM1.00 buta-buta… rupanya, bergedil tu harga 40 sen?? Aku ingat 30 sen ja.. ye la… bergedil comel gila lagi sama saiz macam syiling 20 sen tapi gemuk sikit…

Aku harap pakcik kedukut ni bertaubat la… apa plak nak caj kepada something yang tak perlu dicaj… apa ke jadah makanan yang sepatutnya RM1.90 jadi RM2.00 pula??? Orang-orang yang sebelah2 aku pun tergezut mendengar pengakuan pakcik kedukut ni…

Sebagai balasan pakcik ni pasal selalu caj orang gila-gila… aku selalu ambil tisu lebih2… ada orang lelaki cakap, aku ni typical lady… well, kau apa kisah? Aku typical lady ke.. tissue lady ke… pakcik tu tak bising pun, dia caj orang macam orang main saham ada la… tau la harga minyak naik, tapi takkan la kau rugi kan pakcik…

Aku ni pun sama juga… tak puas hati pun.. still keep coming to that cafe untuk beli makanan.. padan muka aku… dah café tu je yang paling dekat…

Tapi ada juga peniaga yang masih maintain harga, kuantiti dan kualiti di zaman harga barnag melambung ni.. dekat rumah aku tu ada kakak meniaga nasi lemak.. dan ada makcik meniaga nasi berlauk… murah dan sedap.. semoga kamu dimurahkan rezeki… amin…

Tuesday, January 29, 2008

Friendster

Access to friendster sudah kena block!!!! Hahahaha…. Gelakkan diri sendiri… tapi aku tak berputih mata.. I can still check my prenster account at home using my Edge.. dan aku tiada hasrat untuk buat akaun lain name it Tagged ke, Myspace ke, Facebook ke… apa2 la… penat le nak buat akaun baru… males nak maintain…

This a new beginning actually.. dulu, time mula2 kena block YM pun aku macam terkujat juga… macam janggal… tp lama2 ok ja… boleh hidup juga…


Wednesday, September 5, 2007

Digital Image Management Conference


Aku pegi conference ni, starting on last Monday (for 2 days) at Mandarin Oriental Hotel, KLCC.

Mandarin Oriental Hotel? Very nice. Sudah pergi sana beberapa kali. Seminars, lunch, dinner.

Makanan mmg sedap.
Washroom pun bersih.
Surau pun selesa (especially when I need a place to do my special project - breastmilk pumping).

Tuesday, June 12, 2007

Kena sound di awal pagi

Siapa sound aku? My Big Boss. Kenapa dia sound aku? Pasal salah aku sendiri. Is it serious? Yes, according to him and to our peraturan perkhidmatan, the very… serious offense. Boleh dikenakan tindakan tatatertib. Siap boleh ditanya, sudah disahkan perkhidmatan? Yup, I replied. Then, you shouldn't forget the rule. Ok la… kesimpulannya, aku akan ingat perkara ni sampai bila2, jadi pengajaran. Bak pantun dulu-dulu. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...