google analytic

Nuffnang

Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Saturday, January 30, 2010

Peralatan wajib ada untuk penyimpanan dan pemerahan susu

Selama aku berkursus di INTAN ni, aku ada jumpa beberapa ibu yang berprojek mengepam susu sama macam aku... setakat yang aku tau, ada 3 orang semuanya... 2 orang peserta kursus QA macam aku, yang sorang tu pulak adalah dari kursus lain.. tidak sia2 la dorang ni jadi educated... ada ilmu, dorang amalkan lagi... kan bagus tu...

Yang tukang bagi semangat dan bertukar-tukar cerita pun ramai.. oleh kerana aku just berprojek di surau time lunch break, jadi ramai la kaum wanita yang aku kenal dan bertanya2 mengenai projek aku ni... soalan yang kerap ditanya “Baby skg umur berapa?”, “Berapa ounce boleh dapat?”, “Pakai pam tajuk (brand) apa tu?”... lain-lain contoh cerita yang aku dapat “Akak pun dulu pam jugak”, “Anak aku nyusu lama tapi aku tak pam, time aku keje anak aku minum formula milk je”, “Nyusukan baby memang bagus”... dan macam2 lagi...

Dan aku pun pernah dapat komen macam ni – oleh kerana ramai jugak mak buyung aka ibu mengandung yang solat di surau, maka aku dapat soalan macam ni – “Nanti saya pun nak nyusukan anak la, macamana nak buat projek ni ye?”... and I love to get this kind of question.. maknanya usaha aku menyusukan Zara secara ekslusif sudah berjaya memikat hati ibu-ibu yang lain...

So, sebagai panduan, inilah peralatan yang ibu-ibu perlu ada untuk memastikan projek expressing breast milk while working WORKS! GAMBATENE!!!


PAM SUSU

Kurang wajib sebab untuk ibu-ibu yang tiada alat mengepam susu boleh menggunakan tangan sahaja untuk memerah. Itu adalah skill yang tidak semua boleh master termasuklah aku. Pam susu pun ada berapa jenis juga samada manual, menggunakan kuasa bateri dan elektrik. Kesesuaian jenis pam akan amat memberi kesan kepada motivasi ibu dan prestasi pengepaman susu. Kalau di opis/surau/atau mana2 tempat tiada plug point, maka memang sesuai guna yang jenis manual atau bateri.

Tetapi sebenarnya tidak rugi untuk membeli yang jenis elektrik walaupun lebih mahal daripada yang manual dan bateri. Aku ada semua jenis pam ni tapi aku paling suka guna elektrik kerana lebih mudah dan menjimatkan masa. Aku guna pam brand Spectra 3. Setakat ni amat memuaskan hati. Boleh digunakan untuk double pumping. Proses pengepaman yang senyap dan tidak mengganggu ketenteraman orang lain. Jadi kalau buat projek di surau pun tidaklah segan sangat.

Kalau aku sudah stop projek mengepam ni, insyallah aku akan wariskan kepada adik-adik aku. Dorang pun tidak payah beli lagi.


PETI AIS

Wajib ada untuk menyimpan susu yang dipam atau diperah (sama la jugak tu). Kalau tiada fridge, memang macam tidak guna-guna juga mengepam sebab jangka hayat susu ibu yang dipam adalah terhad pada suhu bilik. Jangka hayat susu ibu yang disimpan dalam fridge pun berbeza mengikut jenis peti ais tu sama ada 1 pintu atau 2 pintu atau deep freezer (freezer untuk simpan daging tu). Time zizou dulu aku ada fridge 1 pintu sahaja. Jadi aku selalu risau tentang stok susu yang terhad sebab saiz freezer yang kecil. Lepas tu tidak boleh simpan susu lama-lama kerana maksimum ialah 2 minggu sahaja jika disimpan di bahagian sejuk beku. Sekarang ni, aku guna peti ais 2 pintu. Puas hati sebab boleh simpan stok susu dengan banyak sehingga 3 bulan.


BEKAS UNTUK MENYIMPAN SUSU

Wajib ada. Boleh disimpan dalam botol susu (seelok-eloknya jenis BPA free). Dulu aku pernah guna disposable plastic liner untuk simpan susu sebab mau jimat ruang freezer. Namun begitu plastic liner adalah mahal dan kadang-kadang senang bocor. Aku juga dinasihatkan untuk guna bekas dadih sahaja sebab kununnya susu yang disimpan dalam plastic liner senang dicemari dengan bau-bau makanan lain dalam peti ais. Seelok-eloknya cuci dan steril dahulu bekas dadih sebelum digunakan. Lepas tu simpan dalam sukatan 2 atau 3 ounces sahaja. Guna bekas dadih ni senang sebab boleh disusun (stackable) jadi ruang freezer dapat dioptimizekan sepenuhnya. Kalau terlebih budget, bolehlah simpan dalam Tupperware kecil-kecil yang mahal tak hengat tu. Jangan lupa untuk label tarikh susu yang diperah.


BEG SIMPAN SUSU – COOLER BAG

Beg ini adalah jenis beg kedap untuk memastikan ice pack dan susu kekal sejuk (guna untuk simpanan makanan panas pun boleh). Boleh didapati di kedai yang jual coleman atau yang sewaktu dengannya (di Jusco, Giant, Tesco dan di mana-mana pun ada). Ada design beg yang stylo maka terpulanglah mengikut citarasa masing-masing. Aku just guna beg yang diberikan secara percuma time beli aiskrim Magnolia (untuk simpan susu Zara on the way ke nursery) dan beg free gift time beli Toyota Avanza. Aku ada juga cooler bag yang fancy yang digunakan time Zizou dulu tapi aku rasa kesan sejuk tu kurang tahan lama. Beg Toyota tu lapisan dalamnya tebal jadi techni ice sheet aku tahan lebih lama. Untuk kesan sejuk yang lagi lama (kot2 pegi outstation jauh-jauh), boleh la beli kotak sejuk warna putih atau bekas coleman yang orang bawa pergi memancing atau berniaga air tin.



CHILLER atau ICE PACK

Chiller atau reusable ice pack ni perlu ada untuk menyimpan susu dalam keadaan sejuk ketika berada di opis atau di luar kawasan. Kalau di opis ada peti ais, bolehlah simpan susu dalam peti ais dulu before masukkan dalam beg yang lengkap dengan ice pack/chiller untuk perjalanan balik ke rumah. Sebaik-baiknya, susu tu disimpan dalam peti ais bahagian chiller sahaja dan bukan sejuk beku supaya susu tidak mencair ketika dalam perjalanan. Susu yang telah disejuk beku once cair tidak boleh disejuk beku semula. Susu yang sejuk sahaja boleh diupgradekan menjadi sejuk beku.

Chiller dan ice pack ni boleh dibeli di kedai yang jual coleman atau yang sewaktu dengannya. Aku just guna techni ice sebab techni ice sheet ni ringan dan tahan lama. Insyallah susu akan kekal sejuk sehingga sampai rumah untuk dipindahkan ke dalam peti ais. Sekiranya anda kurang budget, bolehlah buat ice pack sendiri dengan memasukkan air ke dalam plastic makanan atau plastic aiskrim yang diikat dengan getah. Boleh guna berulang2. Kalau anda buat pakai air masak, bolehlah guna ais tu untuk buat sirap ais.



KESIMPULANNYA, tidak perlu gadget yang canggih manggih dan mahal pun. Kalau semua lengkap, insyaallah projek untuk exclusive breastfeeding sure berjaya.

Tuesday, August 4, 2009

Avent Bottle Warmer

Semalam, semasa berjalan2 mencuci mata di Jusco depan rumah sebelum balik jemput Zizou di nursery.. aku ternampak la satu set promo Avent warmer dengan harga RM269++.. dalam promo pack tu ada satu unit Avent Warmer, satu kotak bottle Avent 3 x 125ml dan satu pak pakaian baby. hmmm... kalau harga Avent warmer yang normal, RM277.... uish, ini sudah bagus.. mula2, agak hesitate untuk menyambar kerana harga yang mahal tu.. tp, pasal tinggal 1 unit tu ja... ambil ja la... huhuhuhu...

nasib baik la aku ada credit card... (bahaya sungguh)... duit cash pun mmg ada, tapi aku sudah letak tepi siap2 untuk bayar yuran nursery Zizou.. waktu membayar tu, pejam mata sambil buka saja lah... hehehe... bukan tu ja yang dibeli, ada 4 set mittens & booties untuk adik zizou dan sepasang pakaian basahan untuk zizou juga... (kesian zizou kalau dipinggirkan..)

sesampai saja abang edi ke rumah, aku pun tunjuk la abang edi 'hasil rampasan' aku. nasib baik abang edi tidak tergezut mendengar harga warmer tu... tapi dia cakap dia sponsor RM200 ja untuk Avent warmer tu.. cheh... seb baik aku pun ada duit sendiri... anyway, thanks abang edi...

abang edi bertanya, adakah tidak terlalu awal untuk beli warmer ni.. alasan aku "tidak"... satu sebab skrg tengah ada promotion... dan juga warmer ni boleh guna untuk panaskan susu zizou... sebab si zizou ni ada satu habit buruk... selalu minta buatkan susu, lepas tu dia suka minum sikit2... kalau ada baki, bila dia rasa macam sejuk sikit walaupun susu tu masih baru... dia memang akan reject... dan dia akan suruh buat susu baru... membajir betul la... "betul juga" balas abang edi..

si zizou pula sudah excited tengok Avent warmer tu dan bising "nak susu panas".... dan dia mau aku buat susu baru guna botol avent gemuk tu... temberang betul la... bila aku buatkan, dia reject... walhalnya, dia mmg tidak pandai guna botol avent pun, dari zaman dia baby lagi... dulu pun awal2nya aku bagi zizou guna botol avent, tp mengamuk tidak mau... mau juga pakai teat yang kecik (narrow neck bottle)... nasib baik botol avent tu aku dapat free sekali time beli Avent Manual BreastPump dulu... sudahnya, botol yang belum pernah diguna, aku jual dengan harga lebih murah dari retail price kepada colleague aku...

untuk adik zizou akan datang pun, aku akan bg dia try dua2 jenis teat... satu untuk narrow neck, dan satu lagi untuk wide neck.. suka hati la mau pilih yang mana.. botol murah ka, botol mahal..

ooo.. dan warmer tu nanti aku akan letak di nursery adik zizou.. pasal khabar yg aku tau dari cikgu sekolah zizou, dorang tiada warmer.. dorang rendam breastmilk dalam air suam ja... hmmm... takpe la... untuk menyenangkan cikgu2 tu, aku bg pinjam la warmer tu... biar dorang semangat mau bagi expressed milk kepada baby2 yang diasuh, bukan sahaja adik zizou tetapi juga kepada baby2 yang lain... semoga rezeki adik zizou untuk minum susu ibu akan bertambah2... amin...

p/s: cikgu zizou bgtau, nursery dorang mmg berpengalaman handle expressed breastmilk, sebab ramai ibu2 yang mengamalkan exclusive breastfeeding hantar baby dorang ke nursery tu... sukanya aku dengar...

Tuesday, July 1, 2008

The precious drop is still there!!

Zizou sudah semakin besar.. nak dekat 1 tahun 7 bulan dah.. and aku still breastfeeding.. orang selalu tanya "ada lagi ke?"…. ada… Alhamdulillah, setakat ni Tuhan masih bagi rezeki yang satu ni pada Zizou… the precious drop is still there!!

Wednesday, July 4, 2007

Milk oh Milk!

Aku terpanggil untuk berkongsi cara-cara untuk berjaya ni kerana aku rasa aku ada pengalaman dan sedikit ilmu. Tapi aku sendiri pun tidak berjaya kerana aku sudah mengenalkan Zizou dengan susu formula pada usia yang awal iaitu 3 bulan lebih. Aku saja-saja mau tulis ni untuk menjadi panduan kepada semua orang (bakal ibu, wanita yang sudah lama menjadi ibu dan teringin menambah anak lagi, wanita yang merancang untuk ada anak, lelaki-lelaki yang ada anak dan teringin ada anak) yang baca blog ni dan pengajaran untuk diri aku sendiri.

Sebagai ibu manusia, aku rasa amat mustahak setiap bayi manusia juga minum susu manusia. Aku amat pro breastfeeding but sadly, bukan hard core breastfeeder (sob…sob..isk). Dan dalam masa yang sama, aku bukanlah meremehkan susu formula. Cuma aku rasa amat kasihan dengan bayi yang belum pun berumur 2 bulan tapi diberikan minum susu formula. Dalam masa beberapa bulan pertama umur bayi, time tu la otak mereka cepat berkembang.
Insyallah, kalau ada rezeki second project nanti (adik Zizou akan datang), aku harap aku dapat menyusukannya 6 bulan pertama secara ekslusif (tanpa susu formula, air masak, glukos, nestum dan apa2 la tanpa nasihat daripada doctor). Moga diizinkan Tuhan…
Breastfeeding
Cara-cara untuk berjaya menyusu baby dengan susu badan ialah
Ketika mengandung
  • Ketika mengandung, pasangkan niat dan tanamkan azam untuk menyusukan anak dengan susu badan sendiri. Janganlah hanya fikir mau shopping baju baby jenama apa, pampers apa, katil macamana, macamana mau kurus balik…hanya keazaman yang kuat dapat menjamin penyusuan susu badan sepenuhnya.
  • Niat dan azam tu pula haruslah disertai dengan belajar apa yang patut. Sekarang banyak sumber bacaan yang boleh didapati daripada majalah, buku, internet. Rata-rata ibu di US ada kesedaran untuk menyusukan anak mereka. (Means, sumber bacaan tu pun akan banyak juga lah). Kalau tidak paham English, website orang Malaysia pun banyak. Use your Google. (Kalau malas membaca, tanya dengan orang yang tahu.. tanya aku pun boleh…no hal).
  • Educate suami anda ketika sedang mengandung supaya dorang pun sama-sama tahu kepentingan susu badan kepada baby yang bakal lahir. Suami adalah orang yang paling terdekat dan mempunyai hak yang sama besar dengan hak ibu ke atas baby. Sekiranya suami juga concern agar baby mendapat yang terbaik, insyallah dorang mesti menyokong.
  • Carilah hospital dan doktor bersalin yang menyokong breastfeeding. Ini adalah salah satu factor kejayaan awal yang paling utama sebenarnya. Hospital rakan bayi akan memastikan bayi disusukan ibu dalam masa sejam selepas dilahirkan untuk merangsang kebolehan bayi menyusu dengan puting asli (bukan puting botol) dan keupayaan hormon ibu yang mengeluarkan susu. Bayi yang dikenalkan dengan puting tiruan akan mengalami nipple confusion jika disuakan puting payudara ibu dan ini akan menyukarkan proses penyusuan badan. (Janganlah lepas bersalin ingat mau rileks saja, memang bersalin tu penat… sebenarnya dengan menyusu, badan akan mengeluarkan hormon yang mengecutkan rahim dan melegakan kesakitan ibu, kuasa Allah…aku yang bersalin caesarean pun boleh menyusukan baby ketika masih numb sebab bius. Sebelah tangan saja boleh gerak sebab sebelah lagi kena masuk drip).
Ketika pantang
  • Jangan beranggapan bahawa proses penyusuan itu akan berlaku secara semulajadi. Ramai ibu2 yang baru melahirkan anak akan jadi panik sebab bayi mereka tidak mahu menyusu badan atau susu mereka tiada atau sedikit. Harus diingatkan, penyusuan yang berjaya melibatkan banyak faktor – cara pelekapan mulut bayi pada payudara yang betul adalah salah satu factor paling utama. Salah lekap (latching), puting mungkin akan terasa sakit dan luka.
  • Mengikut kajian dan fakta, there’s no such thing is susu tiada! Harus diingatkan bahawa pada 4-5 hari pertama selepas melahirkan anak, susu amat sedikit dan berwarna kuning cair kerana yang keluar dari payudara ialah susu awal atau kolostrum. Kolostrum ni walaupun sedikit tetapi sebenarnya cukup untuk mengenyangkan bayi. Selepas 4-5 hari pertama, expect lah untuk menerima kelimpahan susu.
  • Susu badan adalah susu yang teramatlah sesuai untuk diconsume oleh bayi kerana amat mudah dihadam (disamping khasiat yang tidak ternilai). Senang hadam bermakna cepatlah lapar. Means tidur bayi tu tidaklah lama. Kalau bayi sudah terjaga dan menangis kelaparan, cepat-cepatlah hulurkan susu. Bayi yang minum susu formula akan tidur lebih lama kerana susu itu lambat dihadamkan. Sama lah macam ular yang baru makan seekor lembu akan tidur 3 bulan kerana lembu tu tidak hadam dalam masa yang pantas. So, jangan terpengaruh dengan kata-kata orang, “Baby yang minum susu botol lama tidur pasal dia kenyang”…
  • Dapatkan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada ibu bapa dan mentua, penjaga ketika pantang dan terutama sekali, suami sendiri. Jika mereka tidak menyokong anda, lapangkan dada dan pekakkan telinga. Banyak kes berlaku apabila ibu-ibu yang patah semangat kerana dihasut oleh orang terdekat dengan mereka. Skrip yang biasa didengari “Bagi lah baby tu minum susu botol, susu tak cukup kot, kesian baby tu”…
  • Minum banyak air. Penyusuan akan buat ibu berasa dahaga.
  • Jangan fikir asyik hendak berpantang dan mengembalikan bentuk badan asal. Proses penyusuan itu sendiri akan menggunakan banyak kalori. Dengan diet dan senaman yang betul, badan akan lebih kurus daripada sebelum mengandung. Percayalah! (Tidak percaya ka? Lihat badanku, ramping kan…). Kepada para suami, mau isteri anda cepat turun badan, sokong dorang untuk breastfeeding.
  • Co-sleeping dengan baby. Amatlah menyenangkan hidup especially pada sebelah malam sebab tidak payah bangun untuk bancuh susu. Selak baju, mengiring, sua susu pada baby, habis cerita. Ibu happy, baby kenyang, bapanya pun tidur nyenyak.
Sebelum kembali bekerja
  • Simpan stok susu untuk bekalan baby (di nursery, rumah babysitter, di bawah jagaan maid atau parents) ketika bekerja. Susu boleh disimpan dalam peti ais supaya tidak rosak. Susu yang disimpan dalam peti ais adalah 1000 kali ganda lebih baik khasiatnya daripada susu formula yang baru dibancuh.
  • Melaburlah untuk pam susu yang bermutu dan boleh digunakan untuk jangka masa panjang. Pam susu yang baik adalah yang tidak menyakitkan dan mempunyai sedutan yang sama seperti sedutan bayi. Untuk keselesaan dan penjimatan masa, boleh guna pam berkuasa elektrik dan berupaya melakukan double pumping. (Tapi ramai juga yang perah pakai tangan saja.. percuma dan efektif..)
  • Bekalan susu adalah berdasarkan permintaan. Macam belajar ekonomi. Mengepam di pejabat akan memastikan bekalan susu akan sentiasa ada. Jika sesi penyusuan di skip, otak akan berfikir, susu tidak diperlukan. Maka bekalan susu juga akan semakin sedikit.
  • Ajarlah penjaga baby supaya pandai menyediakan susu perahan kepada baby. Cara yang betul akan memastikan khasiat susu perahan tidak hilang.
Motivasi diri sendiri
  • Bayi yang minum susu ibu kurang terkena jangkitan penyakit. Means, kurang pegi klinik. Oleh itu, jimat duit.
  • Bayi amat senang kena alergik. Cara untuk mengurangkan risiko alergik ialah dengan minum susu ibu sahaja. (Provided ibu sendiri tidak makan benda yang menyebabkan alergik – bawak2 la berpantang, bukan untuk orang lain, untuk anak sendiri juga. Baby yang alergik susu lembu, selalu dinasihat minum susu soya, lagi mahal).
  • Bayi yang minum susu ibu sahaja, semuanya pun normal. Kalau berak cair ka, tak berak ka, doctor akan kata tidak perlu risau. Baby yang minum susu formula, mesti doctor advise, tukar susu.
  • Susu ibu adalah free tetapi teramatlah mahal. (Cuba try perah..kadang2 mau kumpul 1 oz pun macam bercinta)… Lagi mahal daripada susu formula yang paling mahal dalam dunia.
  • Susu ibu pada 3 bulan pertama ada laxative (senangkan berak). Ibu bayi yang terkena jaundice (penyakit kuning) akan dinasihatkan untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. Kerana kuning akan keluar ikut najis (sedikit sahaja melalui kencing). Jadi, lebih banyak bayi berak, lebih cepat penyakit kuning sembuh.
  • Kalau orang lain boleh buat, kenapa aku tidak boleh. Antara contoh istimewa:
  • Ibu zaman dulu-dulu (sebelum wujudnya susu formula), dorang bagi baby minum susu badan. Kalau dorang banyak alasan kunun susu tiada, susu sikit, macamana baby dulu-dulu mau makan dan boleh hidup.
  • Dalam Oprah, ada ditunjukkan ibu kepada kembar enam menyusukan anaknya hanya dengan susu badan. Hari-hari kena pam 50-60 kali untuk menyusukan anak-anaknya
  • Ramai ibu yang bekerja yang berhasil menyusukan baby mereka 6 bulan secara ekslusif dan meneruskan hingga baby mereka berumur 2 tahun. Ibu-ibu yang bekerja tu dari pelbagai sector. Bukan yang kerja pejabat sahaja, kerja doctor ada (selalu on-call), kerja stewardess ada (selalu fly), kerja besar-besar ada (selalu out station).
Lagi satu, selalulah mendekatkan diri dengan ibu-ibu yang menyusukan anak mereka juga. Boleh lawat http://www.susuibu.com atau http://www.momslittleones.com atau http://www.mymomsbest.com
Senang cerita, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. With breastfeeding, no money, still can talk. Pasal ia free.
Kalau mau bagi susu formula juga, terpulang. Tepuk dada, tanya selera. (Kalau tanya baby, mesti dorang cakap “I want the real thing!)… tapi seorang ibu yang amat prihatin dengan kebajikan anak, kalau dorang aware bahawa susu ibu amatlah hebat khasiatnya, mesti akan tolak susu formula mentah-mentah.
p/s: Ada orang beranggapan, ibu yang bagi anaknya susu badan tu macam orang kampung, tiada class, pasal bagi benda free.. sorry sikit… berapa ramai ibu sekarang sanggup belanja beribu riban RM untuk beli breastpump and accessories untuk baby mereka. In the end, belanja beli breastpump tu still jimat daripada beli susu formula untuk jangka masa panjang.

Tuesday, July 3, 2007

Breast Pumps

Semasa mengandung, aku sebenarnya tidak pernah ada hasrat pun mau breastfeed baby aku. (Walaupun aku tau manfaat menyusukan anak dengan susu badan.) Lepas aku dibawa ke wad dengan keadaan separuh badan numb (masih dalam keadaan bius), nurse pun datang hulurkan Zizou untuk disusukan. Nurse yang halakan breast aku ke mulut Zizou. Dengan kuasa Allah, Zizou pandai betul latching. Nurse siap puji lagi "Pandai dia menyusu"… aku menjadi kagum dengan baby aku sendiri dan terus bertekad untuk menyusukan Zizou selagi boleh.

Bila sudah discaj dari hospital dan balik ke rumah, aku minta tolong husband untuk belikan aku pam. Aku pun tidak sure kenapa aku buat permintaan macam tu. Mungkin kerana aku fikir susu aku terlalu sedikit. (Walhal, for the first 5 days, memang susu sikit sangat pun, sebab yang keluar dari susu adalah kolostrum.. tu la… takde ilmu punya pasal).

Daddy si Zizou ni pun belikan la aku pam susu jenama pureen yang guna bateri. Mahal juga la. Dalam RM80+ begitu tidak silap. Tapi pakai pump ni, amat la menyakitkan (time mula2 pakai, sudah lama…alah bisa, tegal biasa)…

Apabila cuti bersalin sudah semakin berakhir, aku pun berhasrat mau beli pump yang lebih baik kerana aku mau buat stok untuk bekal Zizou di rumah pengasuhnya ketika aku bekerja. For this time, aku beli Avent ISIS. Manual breast pump. Lebih mahal dari yang pureen tu tapi memang bagus sangat.

Lama-lama, aku boring pula guna Avent ISIS ni, pasal tangan sudah lenguh mengepam. Untuk Zizou pula aku sudah standby dengan susu NAN di rumah babysitternya sekiranya susu yang aku bekalkan tidak cukup. Tapi mengikut kata mbah si Zizou, "Addin tak suka minum susu bancuh, apa kata try susu yang lain"…

Bila mbah si Zizou mencadangkan aku untuk try susu formula yang lain, tiba2 benda ni jadi wake up call untuk aku. Buat apa la aku susah2 mau cari formula milk yang Zizou akan suka, sedangkan sudah terang lagi bersuluh, Zizou memang hanya suka susu aku sahaja. Sudah la sedap, berkhasiat pula (hehehe…. Aku pernah try rasa sikit, memang susu ibu jauh lebih sedap daripada formula milk)..

Now, aku rasa, it's time for me untuk mendapatkan breast pump yang lebih menjimatkan masa, lebih berkesan memerah susu dengan tidak memenatkan tangan aku – breast pump elektrik. Dan untuk kesan yang lebih bagus, aku mau buat double breast pumping.

Yang amat gembiranya, daddy si Zizou sendiri menawarkan untuk beli breast pump baru untuk aku. Alhamudillah, kiranya aku tidak perlu pening pasal budget bulan ni. (Sedangkan, aku memang ada put aside some money pun..hehehe)…

Mudah-mudahan Allah berikan rezeki yang lebih untuk Zizou minum susu aku. Mudah-mudahan, Allah tunaikan hasrat aku untuk memberikan susu yang terbaik untuk Zizou.


Tuesday, March 27, 2007

Aku dan Susu


Nota awal - aku adalah penyokong amalan memberi susu ibu kepada baby. Dan aku bukanlah anti susu formula. Bagi aku, susu formula perlu dilihat sebagai alternatif terakhir sekiranya pelbagai usaha untuk memberi susu ibu tidak berhasil.

Sejak masuk kerja balik ni, barulah aku perasan yang performance aku dalam pemerahan susu ni amat lah lousy jika dibandingkan dengan ibu yang menyusukan anak yang lain. Kalau ibu lain boleh senang-senang reach to 5-6 oz sekali pam (paling kurang pun 4 oz), aku pula hanya boleh dapat 2 oz (paling banyak pun selalunya 3 oz).


Mungkin kerana pasal aku sekarang sudah kembali bekerja, maka sesi direct breastfeeding tu pun sudah menjadi kurang. Alhamdulillah, kalau direct breastfeeding, aku rasa bekalan susu masih cukup. Kalau express susu guna pam, maka hasilnya kureng sket. Macam yang aku pernah baca, cara suction baby dan pam adalah berbeza. Oleh itu, boleh la kita expect kalau pam susu ni memang la akan kurang lumayan hasilnya berbanding sekiranya dihisap oleh baby kita sendiri.


Oleh kerana aku masih juga tidak mahu menyerah kalah buta-buta, maka aku pun banyak la berusaha untuk mengambil makanan-makanan yang dipercayai boleh menambah susu badan. Contohnya seperti lobak putih, soya, tempe, kurma, air water chestnut, oat, sawi, kobis, halba, jantung pisang – ada la hasilnya sedikit, tapi kalau sampai membuatkan susu sampai melimpah tu belum lagi la.


Semua yang aku makan di atas, kebanyakkannya aku masak sendiri dan akhirnya suami aku pun turut makan juga. (Nasib baik lelaki tidak boleh produce susu, kalau lah boleh….hahahaha). Doktor keluarga aku pun ada bagi aku pil yang boleh tambah susu, tapi setakat ni aku rasa macam biasa saja.


Kesimpulannya, aku rasa aku perlu lebih bertenang dan tidak terlalu pening memikirkan pasal susu ni. Sebab kalau aku tension pun, most probably akan mengganggu hormone aku untuk proses susu dengan banyak. (tapi macamana la aku dapat kurangkan kepeningan aku ni. everytime buka fridge, mesti akan terlihat yang stok susu semakin hari semakin berkurangan..huwaaa) Setiap kali lepas sembahyang pun, aku akan banyak berdoa supaya anak aku dimurahkan rezeki dan aku masih boleh terus berikan Addin Zidane susu original.


Dan sampai sekarang la aku masih makan makanan-makanan seperti yang disebut di atas. Walaupun aku sudah top-up bekalan susu anak aku di rumah pengasuh dengan susu formula, tapi aku masih pastikan dia hanya dapat 1 atau 2 kali meal sahaja dengan susu formula, in case kalau susu perahan yang aku bagi sudah habis. Ini pasal aku bukan bagi pengasuh Zizou susu formula dalam tin, tapi dalam bekas susu yang aku sudah sukat siap-siap. Hehehe..


Semoga susu aku akan berlimpah ruah, dan aku tidak perlu bekal susu formula lagi kepada Zizou di masa akan datang. Selagi anak aku consume susu formula, selagi tu la aku akan menjadi ibu yang paranoid every time anak aku kena ruam, demam, batuk, selsema dan sebagainya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...