google analytic

Nuffnang

Showing posts with label Addin. Show all posts
Showing posts with label Addin. Show all posts

Tuesday, June 16, 2015

Sun Tanned Skin

Cuti sekolah 2 minggu baru berlalu.

Minggu pertama - kami ke Pulau Tioman.
Kegiatan seharian - mandi swimming pool, satu hari snorkelling.

Penjemuran.


Minggu kedua - Addin dan Zara belajar swimming.
Intensive course - 2 jam sehari selama 5 hari = 10 jam.
Addin sudah pandai floating.
Freestyle dan backstroke ada problem sikit.
Tapi diving dan breaststroke si Addin ni boleh dibanggakan.

Untuk Zara pula, masih banyak yang perlu dipelajari.
Tapi memang sekolah swimming si Zara ni pun cakap, kalau untuk budak-budak bawah 8 tahun, dorang tidak gerenti budak tu akan pandai swimming.

Yang penting, Zara sudah tidak takut masuk air.
Setakat buat bubble, berenang cara kuyuk style tu, dia suda boleh buat.

Zara tendang air bersama kawan-kawan seperjuangan.

Addin and friends.

Yang bestnya, hari Sabtu lepas, kami sekeluarga pegi buat riadah berenang di Pusat Rekreasi Air Putrajaya.
Besar poolnya. Olympic Size.
Kedalaman yang paling cetek untuk kolam dewasa ialah 1.2 meter.
Dan budak 2 orang ni tidak perlu bantuan pelampung lagi. 
Aku dengan suka hati boleh melepaskan dorang ni.

Addin siap ajar aku macamana cara buat breaststroke.
Penat weh.
Patut la orang kata cara berenang yang betul boleh buat orang jadi lebih slim. 

Yang tidak best pula, dua orang budak ni sudah menjadi semakin tanned.

Addin yang beriadah air selama dua minggu dalam keadaan rambut panjang menjadi pelik lepas rambutnya dipotong pendek.
Ada perbezaan kulit asal yang ditutup rambut dengan kulit yang berjemur.

Dua budak hitam.
Hehe.

Bulan puasa ni kita stop untuk kegiatan renang dan berjemur ye anak-anak.
Bagi cerah semula kulit kamu tu seperti asal.

Friday, May 15, 2015

Addin says the darndest things

Situasi 1

Ketika dinner di Medan Selera Presint 9. Kami tengah bercakap tentang sayang.

Aku: Addin, nanti dah besar kalau Addin ada gelpren dan ramai kawan, Addin akan sayang sapa lebih? Mummy ke gelpren?
Addin: Mummy la.
Aku: Kalau dah ada wife?
Addin: Mummy la juga.

Part yang ni aku memang tidak heran sebab Addin pernah tanya aku. Adakah betul ajaran ustazah dia di KAFA bahawa seorang lelaki kalau sudah ada isteri pun mesti mengutamakan ibunya?
Aku cakap betul. Dan aku suka dengan the fact bahawa ustazahnya men'highlight'kan ajaran itu :)


Sambung cerita...

Aku: Bagus. So, nanti kalau dah besar pun mesti sayang Mummy juga ye.
Addin: Tapi kalau Mummy dah mati?
Aku: Kalau Mummy dah mati, sayang la isteri Addin lebih. Tapi mesti selalu doakan Mummy.
Addin: Doa Mummy supaya gembira-gembira kat syurga ke?
Aku: Ye la. Tapi kalau belum akhirat, mana ada masuk syurga lagi. Kan masih duduk dalam kubur.
Addin: Ooo.. jadi kena doa Mummy supaya hantu yang baik la?
Aku: ?? Doa la supaya Mummy senang lenang dalam kubur. Ape la..

Anak mak :)

Friday, January 2, 2015

Khatan sorang-sorang

Sejak awal tahun, Addin selalu buka mulut dan volunteer untuk dikhatankan.
Aku pun heran. Dulu last year kalau kami bergurau konon mau sunat si Addin ni mesti beria tidak mau.
Tapi tahun 2014 yang lepas ni, punya la dia bersungguh mau kena sunat.
Ini semua gara-gara pengaruh Upin Ipin dan rakan sebaya si Addin yang sudah berkhatan dan bagi review positif.
Especially lepas dia tau yang khatan ni guna teknologi laser.
Dia ingat laser ni macam dalam cerita Star Wars.

Dan rakan sepejabat aku pun galakkan untuk khatankan anak di usia awal ni.
Sebab kalau tunggu besar macam darjah 4 and so on baru mau sunat, nanti budak tu malu kalau parents dia tolong tengokkan loloinya semasa berpantang post-sunat tu.
So, time kecik2 ni la kurang malu sket. Haha.

Mula-mula aku berminat untuk enroll kan si Addin dalam mana-mana majlis berkhatan beramai-ramai.
Selalu kalau time cuti sekolah, banyak pihak macam kawasan kejiranan, masjid dan surau, etc akan buat program majlis berkhatan beramai-ramai.
Memang nampak meriah sebab ramai budak yang terlibat. Kadang-kadang siap ada kenduri, ada acara kena siram dengan pili bomba etc. Dan biasanya bayaran untuk berkhatan pun lebih murah daripada harga pasaran sebab selalunya ada subsidi dari pihak penganjur..

Oleh kerana tarikh-tarikh program khatan beramai-ramai ni selalu tidak kena dengan jadual keluarga kami, maka terpaksalah aku lupakan hasrat murni untuk khatan berjemaah tu.
Abang Edi pula prefer untuk Addin buat sorang sebab tidak perlu menunggu giliran dan tidak perlu menumpang subsidi mana-mana pihak.
Biar la subsidi tu digunakan oleh pihak yang lebih memerlukan.

Dipendekkan cerita, kami tempah appointment untuk Addin dikhatankan di Klinik Qistina pada 21 Disember yang lepas.
Kos bersunat di Klinik Qistina ialah RM130.

Maybe pengalaman bersunat tu adalah yang the most terrible and terrifying experience for Addin.
Si Addin memang bukan jenis tahan sakit.
So, daripada injection bius yang pertama tu pun dia sudah meraung kesakitan lepas tu tidak mau teruskan acara berkhatan.
Terpaksa la aku pun masuk dalam bilik untuk tahan tangan dan kepala si Addin sambil bagi sokongan moral.
Abang Edi dan seorang pembantu doktor tolong tahan kaki si Addin.

Lepas bius, dia jadi rileks sekejap dengan air mata yang masih mengalir di pipi sambil main iphone Abang Edi.

Lepas tu, time proses berkhatan pun si Addin melalak saja sekuat hati.
Walaupun sudah dibius, tapi si Addin ni sudah masuk fasa trauma.
Hatta bila doktor pegang pun dia cakap sakit juga.
Tidak pasal-pasal kena bius lagi satu kali.
Hoho.

Selalu aku dengar cerita orang je kan.
Orang kata kena buang kulit tu sikit ja.
Lepas tengok sendiri, aku rasa macam banyak ja kulit yang dibuang.
Ada 2 layer lagi tu.
Dan time kena potong pakai laser tu, ada bau macam terbakar sikit macam sate.

Balik rumah, after an hour lepas tu, si Addin mengadu sakit.
Kesan bius tu sudah hilang.
Menangis-nangis si Addin.
Sian pula aku tengok.
Aku suruh dia tidur tapi tidak jalan pujukan aku.
Nasib baik time dia nangis-nangis tu ada ipar aku datang melawat.
Mak Long nya suruh tidur, baru la dia tidur. Huhu.

Ni muka senyum lepas sampai rumah. 

Abang Edi buat penggantung kain guna tiang buaian dorang time baby tu.
Bagi tegak guna kerusi makan. 
Selama 4 malam la kami semua tidur malam di ruang tamu bawah untuk temankan si Addin. 

Si Addin berpantang dengan makan ayam goreng kunyit.
Tapi tidak mau makan sayur.

Ketika si Addin berpantang, aku tidak bagi dia mandi. Lepas 4 hari macam tu barulah dia mandi.
Bagi dia minum jus oren supaya dapat lebih vitamin. 
Dan tidak galakkan dia makan benda manis supaya lukanya cepat sembuh. 

Sunat hari Ahad. Hari Rabu bawa Addin ke klinik untuk check-up.
Doktor pun cakap luka si Addin sudah kering dan tidak bengkak lagi.

Kalau anak orang lain pantang 2-3 hari ja, si Addin pula kena tunggu seminggu baru dia berani pakai seluar dalam.
Yang penting semuanya selamat :)

Semoga pengalaman bersunat ni memberi anjakan keberanian dan kematangan untuk si Addin.
Amin.

Yang bestnya si Zara la. Sebab Addin cuti seminggu daripada pegi transit, Zara pun mau cuti jugak daripada dihantar ke tadika sebab dia mau jaga abang Addin konon.
Tapi bagus juga. Sebab dia la yang tolong ambilkan air untuk Addin. Bagi Addin makan roti kalau Addin lapar. Good girl :)

Friday, December 19, 2014

Majlis hari jadi Addin (8 tahun) dan Zara (5 tahun) - backdated post

Majlis Hari Jadi Addin dan Zara ini diadakan pada 18 Disember 2015.

Seumur hidup Addin dan Zara, aku belum pernah lagi buat party dengan bajet yang terlebih suda untuk budak dua orang ni.
Until this year, Addin sudah pandai demand.
Konon tahun ni, dia request untuk buat besday party dengan beberapa kriteria - 
  • buat di rumah sebab dia mau jemput sahabat dari sekolah guna besday kad
  • mau ada bouncy castle dan, 
  • ada clown. 
Adoi la.. Nasib la si Zara ni belum bijak ke situ lagi. 

Macam kesian pun ada. 
Aku survey harga untuk bouncy castle + clown, punya main mahal.
Belum masuk kek, makanan sampingan, doorgift bagai.

Jadinya, mula-mula plan mau buat di Kidzoona di AEON dekat rumah ja.
Cumanya, kalau buat di situ, berapa kerat sangat la bilangan sahabat Addin dan Zara yang aku dapat jemput. 
Tang dorang bermain tu memang seronok, tapi tang tidak ramai kawan tu aku rasa macam tidak siok pula. 

So, the best way is - buat di transit/tadika dorang saja la. 
Yang penting - ada kawan-kawan yang boleh sama-sama memeriahkan. 
Malas buat di rumah. 
Dan permintaan untuk ada bouncy castle pun terpaksa aku tolak atas dasar bajet dan keselamatan.

Untuk badut pula, aku pilih Awang si Badut Nakal sebab dia tinggal dekat dengan area rumah kami. 
So aku rasa, apa salahnya bagi bisnes dengan orang satu area. Badut tu pun senang travel.  
Dan, time aku call tu, En. Awang ni bagitau yang dia akan bagi small token sebagai hadiah untuk games yang dia buat which badut yang lain tiada mention pun dorang akan bagi macam ni. So, plus point di situ.

p/s: Boleh try contact En. Awang di FB: Badut Nakal dan Instagram: @awangtheclown

Harga pula ialah RM400 bagi pakej badut tadika : termasuklah unlimited balloon, fun games, magic show dan mc for cake cutting ceremony.
Which is aku rasa ok sebab rata-rata semua rate clown services di Lembah Klang ni pun bagi harga RM400 untuk pakej seperti di atas (aku survey 3 orang ja pun).

Cantik je decoration kan. Terima kasih kepada Cikgu Asiah dan kawan-kawan (cikgu Addin dan Zara) yang bersusah payah setup deko untuk majlis Addin dan Zara ni :

Kek Zara dan Addin pula aku order dengan kawan aku Miza Chia.
Aku minta kek simple ja (butter cake with icing) sebab aku tau budak-budak bukan kisah sangat dengan makan kek ni pun. 
Yang penting, kek dorang ni ada gambar.
Zara mau My Little Pony, Addin mau Upin Ipin versi Ultraman Ribut.

Dalam gambar di atas juga, ada sesi fun games yang dikendalikan oleh En. Awang.
Untuk gambar di sebelah bawah kiri, hadiah pertama En. Awang bagi RM50 kepada pemenang bertuah. Wah, banyak tu!!

Gambar sebelah bawah kanan - terima kasih kepada adikku Nurul yang banyak membantu :)

Cikgu sekolah SBC buat deko untuk party ni. Very much appreciate it!!

Aku mula2 mau buat party pack contains belon buih. Tapi tidak jumpa pula. So, aku bagi mamee dan choki choki ja la.

Dalam polisterin putih tu ada aiskrim.

Happy kid :)

Acara potong kek di'mc'kan oleh Awang the Clown

Terima kasih cikgu tolong kautkan aiskrim :) Boleh guna aiskrim kon atau cawan kertas. 
Aku sediakan juga topping oreo crumb dan crushed honey cornflakes bagi ada rasa krup krap.


Yang penting semua gembira! (Well, I hope so :))


Tuesday, November 25, 2014

Konsert hujung tahun 2014 Zara

Tahun ni Zara buat persembahan lenggang kangkung.
Sebab dia anak aku, mesti la kamera aku zoom pada Zara ja.
Hehe.


Keputusan periksa si Zara aku tidak peduli langsung pun.
Aku tidak tau pun dia dapat nombor berapa.
Kebetulan daddynya yang sign sebab aku pegi outstation.
Tapi kalau tengok kertas examnya pun aku rasa markahnya asal ada saja.
Mungkin saja dia buat sambil lewa.
Sebab lepas dia exam terus aku bawa balik Labuan.
Vacation mode suda kacau exam mode la.
Hoho.

Aku pernah pesan cikgu dia jangan pressure Zara.
She's just 5 years old.
Biar dia happy pegi sekolah.
Biar la dia fikir ke sekolah tu untuk jumpa kawan-kawan saja.

Jika dibandingkan dengan rakan sebaya, Zara agak lambat membaca.
But I know she's catching up.
Well, tidak apa la. Si Addin dulu pun time tadika mana ada menyerlah.
Rupanya bila sudah ke sekolah rendah, boleh dibanggakan la juga kunun.. Huhu.
*memuji anak sendiri..kui kui..

Addin pula tiada rezeki untuk bawa balik hadiah pada tahun ni.
Dapat 4A 1B. B dalam BM pula tu. Huhu.
Time Sem 1 B untuk BM Pemahaman.
Dalam Sem 2, Addin dapat B untuk BM Penulisan pula.

Memang haru la.
Aku suruh dia baca BM, most of the words, dia tidak paham pun apa maknanya.
Mau buat macamana, membaca pun tidak rajin.

Apa ja yang dia rajin?
Tengok youtube - Minescraft, Lego dan EvantubeHD.
Sampai aku pun boleh tau siapa tu si Evan sama adiknya si Gillian.
Stampylonghead tu pun aku boleh tau suda.
Disebabkan hobinya tu, permintaan si Addin kadang-kadang memang pelik:
- mau pegi Denmark sebab sanalah first Legoland in the world
- mau pegi UK sebab mau jumpa Stampylonghead
- mau buat youtube channel sendiri macam EvantubeHD. Tapi aku kena suruh jadi videographer dan belikan dia mainan so dia boleh review.

Pengsan.
Kenapa la si Addin ni tidak suka membaca?
Opposite betul sama aku dengan zaman aku sekolah dulu.
Ulat buku. Sampai iklan jual rumah surat khabar pun aku habis baca.

Maknanya, aku dan Addin kena lebih berusaha bersama-sama untuk meningkatkan prestasi akademik.

Apa yang penting (dan menggembirakan), Addin buat lebih baik dalam Sem 2.
Time Sem 1 Addin dapat 83.4%, sem 2 pula dapat 87.4%. Ada la peningkatan sikit. 
Dulu dapat no. 28 dalam kelas. Sekarang dapat no. 16 daripada 44 orang pelajar. 
Dulu dapat no. 63 daripada keseluruhan 381 pelajar tahun 2.
Sekarang dapat no. 34 daripada 395 orang pelajar.
Wah.. boleh ada tambah 14 orang murid pula.
Bertambah sasak la kamu di sana. Hoho.  

Yang paling aku suka, dari si Addin ni tahun 1 sampai sekarang, tidak pernah la dia dapat A dalam Dunia Seni Visual.
Tapi kali ni dia dapat A. Aku pula yang melompat kegembiraan. 

Rupa laman web untuk semak keputusan peperiksaan sekolah anak.

Dan yang terbaik lagi, semua keputusan prestasi akademik anak, ibu bapa boleh semak sendiri di laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.
Hanya masukkan no mykid anak, jenis sekolah dan tahun, maklumat sudah di hujung jari.
News ni pun aku tau dari Facebook sekolah si Addin. Bagus betul.

Dan apa yang penting lagi, kecemerlangan atitud yang menjamin kejayaan manusia di dunia dan akhirat.
Kecemerlangan pencapaian akademik itu adalah bonus.

Kalau pandai akademik mau mati tapi pemalas dan tidak pandai berkomunikasi, maka tidak ke mana la di dunia ni ya.
Contoh dan teladan memang banyak.
Depan mata aku sendiri pun ada.

Semoga Addin dan Zara menjadi anak yang soleh dan solehah dan berjaya dunia akhirat.
Amin.

Monday, November 24, 2014

Nebulizer



Dengan tidak mandi dan tukar baju segala, pegi klinik dekat area rumah pukul 7.30 pagi. 


Luluh hati.
First time la anak aku kena macam ni.
Mungkin untuk orang lain yang ada asthma, dorang sudah sampai tahap tidak heran.
Tapi untuk anak aku yang kebanyakan masanya sihat walafiat (Alhamdulillah), ni first time la untuk aku dan Addin.

Belum sampai tahap ada asthma.
Cuma, kerap batuk dan shortness of breath.
Petang semalam start.
Asyik mengerang mengadu tak larat (penat) dan sakit perut.

Aku suspek badan Addin ni masuk angin.
Walaupun sebelum tu dia berselera makan nasi berlaukkan ayam kunyit (Addin's favorite) di Restoran Khadijah's Kitchen di Seksyen 11.
Kalau mau kata masakan tu tercemar, rasa macam tidak.
Sebab aku dan Zara makan elok ja. Tiada sakit perut.
Dan Addin tidak kena cirit birit.

Semoga Addin cepat sembuh.
Semoga Addin dan Zara sentiasa sihat.
Lepas ni mau kena jalan jauh. Risau mummy ni.
Mau cuti jaga anak, tiada cuti lebihan pula.
Huhu.

Nasib baik sudah cuti sekolah.



Thursday, August 7, 2014

Melancong dengan anak ke Eropah (Travelling with kids in Europe)

Aku dengan Abang Edi memang tidak pernah berjalan berdua saja sejak kami ada Addin dan Zara.
Mesti akan bawa dorang dua ni.
Kos melancong ke Europe untuk 2 orang dewasa pun memang mahal.
Tambah lagi 2 orang budak, maka bertambahlah mahal.
Tapi rasa macam tidak best pula bercuti kalau tinggalkan dorang ni.

Semua benda yang boleh diusik dalam muzium tu mesti akan diusik oleh si Addin

Mesti boring kalau sedang best-best naik gondola di Venice, tentiba teringat "Apa la yang Addin dan Zara sedang buat sekarang di Malaysia?" atau "Bestnya kalau Addin dan Zara sama-sama naik gondola ni".
Dan paling tidak best, kalau dah seminggu lebih bercuti, rasa homesick pula sebab rindukan anak.
Betul tak?
Mana bole pegi ke Europe setakat seminggu ja.
Kurang-kurang kena pegi 2 minggu.
Baru la berbaloi beli tiket kapal terbang mahal-mahal.
Berbaloi buang masa 13 jam dalam flight jauh-jauh dari KL ke Heathrow.

Asal jumpa playground memang kena stop kejap

Anak mat salleh pun tercengang dengan tahap kecergasan si Addin

Tips bawa anak melancong

Aku ada beberapa tips untuk melancong bersama anak (lingkungan umur 5 hingga 8 tahun - budak besar sikit) ketika musim panas di Eropah:

1. Walaupun summer, angin tetap kuat. Kalau anak anda jenis tidak tahan sejuk, pakaikan mereka dengan baju lengan panjang. Oleh kerana Addin dan Zara memang suka sejuk, maka pakai baju tshirt lengan pendek saja la. 

2. Time summer ni kengkadang hujan juga. Pastikan baju hujan sentiasa ada dalam beg. Beli siap-siap dari Malaysia. Lebih murah. 

3. Panas summer di Europe lebih kurang panas malam di Malaysia. Suhu lebih kurang 26 darjah celcius macam tu. Tapi matahari terik yang amat. Kalau weather apps tu jenis details, akan diberitahu tahap sinaran UV lagi. So, bersedialah dengan sunblock. Juga, kalau boleh, berikan anak pakai topi supaya tidak terasa panas sangat. Kalau tidak, bersedialah dengan kulit yang lebih gelap daripada biasa. 

4. Musim panas = dehydration!! Ketika berjalan, Addin dan Zara lebih cepat dahaga daripada lapar. Pastikan sentiasa bawa air minum supaya badan anak anda tidak terhidrat. Harga aqua (mineral water) di sana kebanyakannya Euro 1 macam tu. Kalau terasa mahal, bawa botol kosong dan refill dengan tap water. Dan walaupun dorang ni banyak minum, tapi tidak banyak kencing. Berlainan dengan pengalaman melancong di musim sejuk di Korea dulu. Sikit-sikit toilet, sikit-sikit kencing. 

5. Untuk orang yang style melancong macam kami (tidak melancong bersama travel agent) - maka lebih banyak berjalan kaki dan guna public transport (tiada bas pelancong yang akan bawa kami ke mana-mana). Oleh itu, anak akan jadi lebih cepat penat. Aku mula-mula mau bawa stroller. Bila sudah sampai airport baru la perasan kami tertinggal stroller di rumah. Pastu rasa macam redha ja walau tertinggal stroller di Malaysia pun sebab malu la konon dengan orang putih kita ni letak anak dalam stroller kan. Rupanya, ramai ja orang putih letak anak dorang yang besar cam Addin dan Zara naik stroller. Nak malu hapenye. Yang penting kita senang anak beranak. 

6. Cumanya, ada banyak tempat yang tidak stoller friendly di Eropah. Sebab binaan lama mungkin. Banyak tangga, tiada lif. Jadi, bawa la stoller yang ringan dan murahan saja. Dan lagi, kawasan pejalan kaki dorang ni pun banyak jalan batu style dulu-dulu (cobblestone) yang tidak rata. So, aku rasa la, mesti roda stroller akan cepat rosak. 


Manfaat bawa anak melancong

Apa yang aku perhatikan, Addin dan Zara banyak belajar perkara baru tentang budaya luar pada usia mereka yang masih muda ni berbanding kami yang sudah tua baru la melawat negara orang.

Dorang dapat naik pelbagai jenis pengangkutan awam - kalau di Malaysia ni, susah dapat peluang naik LRT, bas etc. Bukan pasal tidak ada, tapi ye la, banyak guna kereta ja. Huhu.

Suka dapat naik London double decker bus


Sewa kereta adalah opsyen lebih murah dan lebih convenience untuk round UK dan Eropah. 
Cuma driver penat sikit la. 
Dan driver tiada peluang untuk cuci mata melihat pemandangan alam. 
Anak-anak mudah untuk terbongkang tidur di seat belakang.


Naik train lebih senang daripada naik flight untuk bergerak sekitar Europe.
Walaupun mahal, tapi semua boleh berehat senang-lenang.
Dan boleh bawa barang sebanyak yang larat diangkut tanpa ada had limit seperti kes naik kapal terbang. 

Dorang kenal dan ingat landmark penting seperti Big Ben, Eiffel Tower, Leaning Tower of Pisa, Hyde Park, Buckingham Palace.

Lompat dan ingat nama landmark

Addin ingat nama jalan dan stesyen yang kami sering pergi contoh - Oxford Street, Paddington, Gare de Lyon.

Tidak sah bepergian ke London kalau tidak naik tube

Addin dapat differentiate bahasa - English, French, Italian.
Addin boleh ingat nama bandar-bandar di Itali yang kami lawati dalam sebutan Itali, contoh Venice - Venezia.

Addin dan Zara sudah tau kalau naik eskalator, kena berdiri sebelah kiri (atau kanan - ikut budaya setempat) untuk beri laluan kepada orang lain yang sedang mengejar masa.
Di KL pun macam ni kan, tapi ye la.. selalu kes macam ni untuk waktu puncak saja.
Addin dan Zara, malah aku dan Abang Edi mana ada kes guna eskalator di waktu puncak ni.
Bukan kerja di KL.
Kalau weekend, jarang la orang mau berkejar-kejar di KL ni.

Dorang juga tau yang orang putih tidak suka keadaan bilik air yang basah lantainya.
Addin dan Zara dapat bezakan toilet bowl untuk berak dan kencing (kes di Itali).
Addin dapat practice kemahiran berbahasa inggeris - kalau di Malaysia ni, dia hesitate mau bercakap dalam bahasa inggeris plus ramai saja kalangan Malaysian yang boleh cakap bahasa melayu.

Seronok main bunga kecil-kecil

Cuma, sesuatu yang meluluhkan hati aku dan Abang Edi sebagai ibu bapa ialah apabila melihat anak-anak kita ditimpa susah ketika dalam percutian.

Kesiannya si Zara dan Addin tidur atas lantai airport di Ciampino Airport

Tapi aku yakin, pengalaman sebegini akan lebih mematangkan mereka.

Kos membawa anak-anak bercuti - mungkin lebih mahal daripada kos pergi berdua suami isteri sahaja.
Tapi, pengalaman yang anak-anak kita dapat daripada bercuti, melihat tempat orang dan belajar budaya asing yang positif - priceless!!

p/s: Alhamdulillah Zara ingat semua details percutian kami ke London. So, aku rasa pengalaman yang dia dapat pada usia 5 tahun juga adalah berbaloi.

Monday, March 3, 2014

Kidzania 2nd Birthday Bash

Hari Ahad. 2 Mac 2014.
Kami gerak dari rumah jam 8.30 pagi.
Yeah. That early.

Sampai Kidzania around 9.00 pagi.
Gila! Orang sudah ramai.
Sempat ka kami dapat free ticket tu?


Lama berbaris, pada jam 9.15 pagi kami dapat ni.
Yeay!


Zara dan Abang Edi first time sampai Kidzania.
Excited si Zara. 

Boring menunggu.
Si Addin cukup heran kenapa ramai orang macam ni.
2 kali datang tidak pernah pun macam ni ramai.



Keramaian sampai line siap melimpah keluar.

Dengan tahap keramaian yang macam tu, aku tidak dapat bayangkan family yang first in the line tu menunggu dari jam berapa.
Walaupun kami menunggu lama (setengah jam macam tu), pihak Kidzania pun agak cekap.
Dorang siap buat dance show.
Beberapa staff Kidzania sudah pakaikan kami bangle siap-siap untuk mempercepatkan urusan pendaftaran. 

Lepas beli tiket.
40% off untuk tiket dewasa (harga asal RM35).
Dan tiket FOC untuk kanak-kanak (harga asal RM60).
Dan cheque sebanyak 50 kidzos masing-masing untuk Addin dan Zara.
 Bergaya dengan bangle hijau (walk-in customer) dan cheque.
Kalau bangle merah tu customer yang beli ticket online. 

So, lepas lalu imigresen, kena cash cheque dulu.
Pagi-pagi ni, urusan masuk keluar duit daripada akaun CIMB Kidzania tidak available katanya.
Tengahari baru ble buat. 
Jadi duit banyak-banyak tu, semua masuk dalam handbag aku ja la.

Wang besar! Wang besar!

Role play yang pertama jadi CSI.


 Lepas jadi CSI, Addin dan Zara berbaris jadi pilot pula.
Tapi lepas setengah jam menunggu, Addin jadi kurang sabar. 
Konon dah 2 kali jadi pilot.
Dia mau keja di shop Vitagen.
Aku suruh ja dorang tunggu sebab Zara belum pernah jadi pilot.
Zara pun tidak mau jadi pilot, sebab ikut abang :)
Duh... usaha menunggu 30 minit terbuang sia-sia. 

Tips: Pekerjaan paling banyak dapat Kidzos ialah jadi Pilot AirAsia. So, expect a very long waiting que and time. 

 2nd role play, keje Vitagen. Kena bayar 4 kidzos.
Dapat 1 vitagen free each.

 3rd role play, keje di Mini Melts. Kena bayar 10 kidzos.
Masing-masing dapat makan aiskrim.
Wonder where can we get mini melts ice cream here in KL? Anyone? 

Time ni, Abang Edi keluar kejap sekejap sebab nak semokok (smoking +rokok) katanya. 
Tips: Untuk pengetahuan, adult boleh keluar masuk sesuka hati dengan syarat children yang ditinggalkan pandai jaga diri. 
Tapi budak-budak tidak boleh keluar sesuka hati. Once keluar, tidak boleh masuk semula.
So, kalau anak cukup umur, ibu bapa bole la layan shopping di Ikea or The Curve sambil anak bergembira loka di Kidzania.


Role play berserentak. 
Addin kerja di Cadbury. Zara di Seamaster. 
Zara tidak boleh keja di Cadbury sebab had umur 8 tahun ke atas sahaja.
Addin tidak mau keja di Seamaster sebab sudah penah buat konon.
Nasib baik, shop Cadbury dan Seamaster sebelah menyebelah.
So, aku boleh jengok Addin dan Zara dengan aman. 

Time ni, Abang Edi sedang berehat-rehat di Parents only lounge. 
Budak-budak tak ble masuk. Nak tidur katanya.
Tinggal la aku seorang menemani 2 orang anak.

Jadi polis pula. 

Lepas jadi polis, around jam 2 petang, aku and Zara pegi baris mau dapatkan goodie bag sempena besday Kidzania yang ke2. 
Limited to 200 kids only. 
Time ni si Addin tunjuk perasaan. Tidak mau baris.
So, dia pegi buat some arts yang guna 7 kidzos. Dan ditemani oleh Abang Edi. 

Zara sambung bermain jadi pam atendan. 
Aku siap-siap bagitau ni game yang last untuk hari ni.

 Addin pula jadi guest DJ di Hitz.FM.

Oleh kerana Zara habis dulu, dia bising mau jadi fire fighter pula. 
Tapi sebab que panjang sangat, aku suggest dengan Zara supaya tangguh ke next Kidzania session.
Untuk hilangkan kempunan, bergambar di firetruck pun jadi la. 

Tips: Fire fighter pun adalah salah satu role play yang hit di Kidzania. So, expect a long waiting que and time. Maybe, lepas masuk Kidzania tu, boleh la target untuk jadi fire fighter dan pilot dulu. 

Time ni sudah jam 3. Aku rasa macam mau pengsan. 
Makan lunch pun tiada.
Rasa macam mau surrender balik rumah pun ada.
Tapi Addin dan Zara still want to keep going. 

Tips: Anak-anak akan jadi hyper active di Kidzania. Tidak kenal penat dan lapar. So, saya cadangkan untuk bawa air minum siap-siap dari rumah. Makanan ringan pula boleh beli di beberapa eateries di Kidzania. Chocolate donut amat sedap. Jadi boleh suap mulut anak sementara dorang menunggu untuk bermain.
Suka diingatkan, makanan di Kidzania adalah mahal. Contoh, RM2.50 untuk sebiji donat yang cenonet. Tapi tidak boleh bawa makanan dari luar. Beg akan diperiksa sebelum masuk Kidzania.

Last konon. Sambung lagi 2 game. 

 Jadi buruh binaan. Dapat 8 kidzos.

Jadi customer shopping beli barang. Bayar 3 kidzos dan dapat 5 kidzos. 

Ok. Enough is enough.
Penat suda kaki mummy ni.
Jom balik.

Singgah sini pula. 
 Barang paling murah ialah berharga 70 kidzos.
Tapi duit tidak cukup.
Sebab Addin dan Zara banyak main game yang keluar duit ja.
(Adult tidak boleh masuk. Children ja boleh masuk tempat ni dan berbelanja tanpa ada halangan).

 So, pinjam duit Addin dulu sebab ada short 17 kidzos.
Sambil tu, buka akaun CIMB Zara. Pinjam 50 kidzos Addin lagi :)

Suka hati beli barang yang teda tujuan dengan harga 70 kidzos. 
Layankan saja la. 

 Sebelum balik, kita beli gambar dulu. Ada diskaun. 3 gambar untuk RM30 sahaja. 


Okeh. Gambar last sebelum pulang.
Happy 2nd birthday Kidzania KL!

 On the way balik rumah, kami dengar cd rakaman si Addin as guest dj di Hitz.FM tadi.
Rasa bangga pula walaupun ada part yang dia salah. 
Sebut 'Paramore' jadi 'Paranorm' pula. Hehe.
Dulu si Addin tidak dapat main game ni sebab belum lancar membaca.

 Kad CIMB Kidzania Addin dan Zara.

 Ni la item 70 kidzos yang dorang beli. 
Addin beli centipede dan Zara beli gelang bermanik.

 Beli 3 gambar ja. Ok pula photographer tu ambil gambar Addin dan Zara bersekali.
Senang hidup aku dan Abang Edi memilih.
Jimat pun jimat :)
Kalau beli gambar-gambar ni, boleh download softcopy dari www.pictureair.com secara percuma.

Barang-barang dalam goodie bag Kidzania. 

Penatnya la aku, Allah ja yang tau.
Lepas maghrib camtu, aku terus pengsan sampai ke besok paginya.
Nasib la aku sedang uzur.
Dan suda makan di Homst TTDI serta mandi sebaik sampai rumah.
Hal-hal lain, minta Abang Edi ja la yang urus :)

InsyaAllah, akan ke Kidzania lagi dalam masa terdekat sebab sudah beli tiket off 20% tu.

Tips tambahan:
Tidak ramai pengunjung ke Kidzania semalam walaupun semalam ialah sambutan hari jadi ke-2 Kidzania KL. Berdasarkan pemerhatian, que untuk role play tidak la panjang sangat. Dan ada beberapa shop yang boleh kata tidak ada budak que pun. 
Kalau weekdays, boleh kata agak ramai. Especially, kalau banyak budak sekolah yang datang buat rombongan. 
Semalam yang bikin ramai tu, orang dewasa ja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...