Ketika dinner di Medan Selera Presint 9. Kami tengah bercakap tentang sayang.
Aku: Addin, nanti dah besar kalau Addin ada gelpren dan ramai kawan, Addin akan sayang sapa lebih? Mummy ke gelpren?
Addin: Mummy la.
Aku: Kalau dah ada wife?
Addin: Mummy la juga.
Part yang ni aku memang tidak heran sebab Addin pernah tanya aku. Adakah betul ajaran ustazah dia di KAFA bahawa seorang lelaki kalau sudah ada isteri pun mesti mengutamakan ibunya?
Aku cakap betul. Dan aku suka dengan the fact bahawa ustazahnya men'highlight'kan ajaran itu :)
Sambung cerita...
Aku: Bagus. So, nanti kalau dah besar pun mesti sayang Mummy juga ye.
Addin: Tapi kalau Mummy dah mati?
Aku: Kalau Mummy dah mati, sayang la isteri Addin lebih. Tapi mesti selalu doakan Mummy.
Addin: Doa Mummy supaya gembira-gembira kat syurga ke?
Aku: Ye la. Tapi kalau belum akhirat, mana ada masuk syurga lagi. Kan masih duduk dalam kubur.
Addin: Ooo.. jadi kena doa Mummy supaya hantu yang baik la?
Aku: ?? Doa la supaya Mummy senang lenang dalam kubur. Ape la..
Anak mak :)
hahahahaa..hantu yang baik...
ReplyDeletedaya imaginas tinggi Addin..
good boy la Addin
haha.. kelakar betul bila dengar dia kata hantu yang baik tu Syalinda.. huhu..
Delete