google analytic

Nuffnang

Monday, May 11, 2015

Pulau Krabi - Hari Kedua - 24 April 2015 (Jumaat)

Sikit punya main lama mau buat post seterusnya untuk trip Krabi ni.
Kali ni serius, tiada masa.
Dan selalu kalau tiada masa pun, aku sudah terfikir dan merangka apa yang aku mau cerita dalam blog aku ni.
Tapi kali ni, since my last post, serasa terlupa seratus peratus tentang blog aku ni.
Busy punya pasal. Dan penat. Dan kepala ada rasa pusing satu macam. 

Sementara aku monday blues ni, dan ada mood mau update blog ni, bagus la buat post ni dengan segera.

Dan aku juga suka mengingatkan diri sendiri tentang misi peribadi aku untuk percutian di Krabi ni.
Sebelum datang Krabi, aku sudah declare dengan Abang Edi yang aku mau:
- Aktiviti yang aku plan ialah island hopping dan snorkelling ja. Tiada naik gajah sebab sudah merasa naik gajah ketika cuti di Bogor yang lepas. Dan tiada lawatan ke kolam air biru sebab aku baca dalam blog orang kena jalan kaki lebih daripada setengah jam untuk ke kolam tu. Aku dapat bayangkan betapa Addin dan Zara akan membebel di sepanjang perjalanan kaki kami ke sana. 
- Aku mau makan pancake pisang nutella Yaminlah. Konon itu yang paling sedap di seantero Aonang. 
- Aku mau makan makanan asli dari Thai : Tomyam dan Kari Hijau.
- Aku mau try urutan Thai. Best dan murah kunun. 


Kita sambung cerita, hari kedua di Krabi.

Dari hotel kami, kena jalan sikit 100 meter macam tu ke cawangan syarikat tour yang bawa kami island hopping hari ni.
Sepatutnya hari ni kami pegi Phi Phi tour tu kan (7 islands), dan besoknya Hong Islands.
Tapi dorang cakap Hong Island tu kena cancel besok dan mesti buat hari ni.
Sebab ada tuan puteri mau ke Hong Island tu besok.
Tuan puteri tu tidak la mau share pulau Hong tu dengan rakyat marhaen gamaknya.
Ye la. Patik menurut saja.
Jadi kami pun ke Hong Island.

Dari tempat menunggu tu tadi, kami di bawa ke satu area pantai.
Yang aku pun tidak tau di mana.
Tidak sempat mau ambil gambar sebab kami punya tour leader tu jalan cepat macam lipas kudung.



Banyak bot bersadai di sini.

Cerah dan panas satu macam.

Gam kayu pada dinding perahu berekor panjang ni mengingatkan aku kepada arwah nini laki (datuk dalam bahasa melayu brunei). Zaman aku kanak-kanak dulu, aku selalu nampak nini laki aku buat maintenance perahu. Gam kayu adalah salah satu peralatan maintenance perahu yang essential. 

Rupanya kami pegi sini sebab orang perahu ni mau ambil bekalan makanan kami.
Ooo begitu. Harap-harap la makanan kami tu sedap.

Sebelum meneruskan perjalanan, kami singgah dulu di pantai Centara Grand Beach Resort ni. 
Ada satu keluarga orang putih yang join juga. 
Cantik oh pantai di sini. Jauh beza dengan pantai Aonang yang tidak berapa mau indah tu. 

Tangan aku dan Zara.
Kunun mau tunjuk inai kami yang semakin menghilang selepas 2 minggu pemakaian.

Jauh juga Hong Island ni. Bila sudah sampai tu rasa lega ja.
Addin ni tidak kesabaran sudah mau cuba snorkeling mask dia yang baru. 

Abang Edi dan Zara pun tidak kesabaran.

Abang Edi sedang mengibarkan snorkeling mask pinjam daripada bot. 

Tapak kaki yang tenggelam tu mungkin kepunyaan orang yang berbadan besar dan berat. 

Hong Island. 
Tour guide kami bagitau dalam bahasa melayu orang panggil pulau ni as Pulau Bilik.


Zara dan Addin dengan snorkeling mask dorang yang baru.
Zara pakai float yang kami bawa dari rumah.
Addin guna life jacket pinjam. 

Aku bawa kain batik Noor Arfa ni sebagai kain alas piknik kami.
Ngam la sebab kain batik ni tidak berjahit. 
Boleh tebar luas-luas.

Good thing about Hong Island ni pengunjungnya tidak ramai.

Abang Edi yang sibuk smoking dan tengok henpon di belakang sign No Smoking.

Kami punya port untuk piknik. Cantik ja kain batik Noor Arfa tu landing.

Air laut di pantai Pulau Hong ni boleh la aku cakap tidak jernih sangat.
Ada kabut-kabut sikit.
Tapi banyak juga ikan kecil-kecil di gigi air.  

Macam best pula tengok bila ikan-ikan kecil itu mengerumuni Addin.

Dan tangan aku.

Budak dua orang ni mau try naik banana boat tapi aku minta mahap cakap tidak boleh.
Takda duit la. 

Abang Edi yang ada problem dengan snorkeling mask pinjam itu.

Main batu.

Cantiknya pemandangan di sini.



Kami hanya ada masa 1 jam 40 minit ja di Hong Islands.
Lepas tu kami di bawa ke satu lagun ni. 

Tengok saja la.

Dan tengok struktur batu itu.

Tengok lagi. Tak ble snorkeling.
Time kami round sini, ada bot lain yang sedang tunggu customer dorang snorkeling.
Jeles oh.

Seterusnya, masa untuk makan tengahari.
Kami landing di Koh Phak Bia.
Pulaunya kecil.

Makanan kami ialah nasi putih, paprik sayur dan fish ball dan paprik ayam.
Sebenarnya aku pun tidak sure apa nama masakan tu.
Aku hentam ja bagi nama paprik.

Yang penting, si Addin berselera. Tu yang penting sebab orang ni jenis makan memilih.
Kalau kena di tekaknya, maka ngam 10 kali di tekak kami.  

Time kami sedang asyik piknik tu, ada seekor monyet perati ja kami.
Tapi dia tidak pula mengganas.
Besar kemungkinan sebab dia sekor-sekor.
Bukan sorang-sorang.

Memang comel pulau ni.
Ada satu pondok pengawal ni ja la monitor keadaan di sini.

Beg Samsonite aku yang banyak berjasa.
Tidak sia-sia aku mimpi mau beli beg ni dulu.
Boleh bawa untuk aktiviti lasak.

Pasir di Koh Koh Phak Bia ni kasar-kasar dengan batu kecil-kecil. 

Sementara menunggu masa lunch habis, ada yang ambil kesempatan sambung berendam.
Termasuk la Addin dan Zara.

Aktiviti seterusnya adalah ke Koh Lao La Ding. 
Tour Guide kami bagitau kononnya nama pulau ni pun asal dari perkataan melayu tapi dia tidak tau apa perkataan tu.
Aku pun iya kan ja la.

Banyak kelengkapan rekreasi di sini. 
Zara tanpa segan silu tumpang bermain dengan pengunjung yang lain.

Nice view huh.
Pantai ni sebenarnya kecil ja.
Dalam gambar ni nampak besar.

Kena mandi di hujung-hujung sebab di tengah pantai adalah tempat bot berlabuh.

Selepas aktiviti di Koh Lao La Ding tu, maka selesailah island hopping kami untuk hari ini.

Petang kami diteruskan dengan misi aku mencari pancake pisang nutella Yaminlah sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh bloggers di alam maya.
Naik tuk tuk kena 100 baht.
Jauh juga la dari hotel kami kalau mau jalan kaki bawa budak 2 orang ni.
Tapi apa la punya nasib, macik Yaminlah dan kawan-kawan tidak berniaga hari ni.
Uhuk uhuk..
Yang jelas Zara gembira sebab dapat naik tuk tuk untuk kali kedua.

Jadinya, kami pun ronda-ronda kawasan Aonang ni ja.
Aku ajak Abang Edi pegi pasar malam di Krabi town dia kata malas mau naik teksi setengah jam.
Penat katanya.

Mengidam pancake pisang nutella punya pasal, aku ajak Abang Edi makan petang cum dinner terus di restoran yang aku beli pancake pisang semalam. 

Penat dan lapar. Kami tidak boleh tunggu malam.
So, have to have early dinner.
Aku order green curry.
Alamak aii... sedapnya mau matik! Mangkuk besar macam ni dalam lingkungan 110 baht atau 120 baht gitu.

Baru la aku tau begini rupanya rasa kari hijau.
Macam masak lemak tapi rasa manis dan selasih yang kuat.
Tapi kuahnya ringan tidak berat.
Ada terung pipit, daun selasih dan kacang panjang.

Aku tidak pernah rasa kari hijau yang sedap macam ni sebab aku tidak banyak peluang pun makan kari hijau. 
Susah mau dapat di Malaysia.
Kalau ada pun, tidak sebab.
Kari hijau Air Asia lagi sedap.
Sedangkan, kalau ikut lidah, makanan atas flight memang tidak akan jadi sesedap makanan atas darat. 

Abang Edi order nasi daging masak merah. Sudah habis baru gambar la. Sebab sedap sangat. Tidak sempat masuk kamera.
Addin order ayam goreng tepung. Biasa-biasa ja aku rasa. Boleh la.

Restoran Cucumber yang menjadi idaman hati sebab masakkan aku kari hijau yang sedap.
Depan bilik ja.

Lepas dinner, balik bilik.
Addin dan Zara ajak pi swimming pool.
Tapi kami dua angkat bendera putih.
Kepenatan sebab island hopping tadi.
Pening pun ada.

Budak dua orang ni kalau time kamceng tak hengat akan kuk kuk kik kik gelak gurau tidak pandai habis.

Aku paksa Addin dan Zara senyap.
No more kik kik kuk kuk gelak gurau tidak pandai habis.
Sudahnya, semua tertidur selepas maghrib.

Dan aku terjaga pukul 2 pagi untuk solat dan berus gigi.
Pastu tidak boleh tidur sampai jam 4.
Pastu bangun subuh pula.
Mesti ada yang pening ni untuk island hopping besok.
Aku la tu. 


No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...