Hari ni bangun awal.
Dalam keadaan lapar.
Tapi sarapan hanya akan disediakan start pada jam 7 pagi which is 8 pagi di Malaysia!
Oh my Krabi!
So, what to do?
Aku gerak Abang Edi sebentar, cari makanan kunun.
Bukan susah pun kan. Area hotel ni belambak kedai 24 hours.
Tapi aku pi menapak terlebih sikit sampai ke area pantai Aonang ni.
Kunun mau dapat feel pagi di sini.
Lepas tu patah balik semula ke hotel.
Singgah convenience store.
Beli Pringles.
Motif beli Pringles? Sebab jam menunjukkan lagi 15 minit mau jam 7 di Thailand.
Makan ringan-ringan ja la.
Masa ditunggu sudah tiba.
Aku saja pilih meja di bahagian dalam sikit sebab senang mau menapau pastries yang kecil-kecil sebagai bekalan untuk island hopping kami nanti :p
Ni kerja Addin.
Dia ambil gambar Zara.
Tengok belakang Zara tu, ramai Malaysian ja.
Sepanjang 4 hari 3 malam kami duduk sini, memang ramai Malaysian ja.
Mungkin sebab makanan halal kot.
Addin ambil gambar mummynya sedang suap nasi goreng.
Biasa-biasa ja pun nasi goreng dorang.
Tapi aku suka rice soup dorang. Terbaik.
Addin selfie mata besar hidung kembang senyum lebar.
Ni baru kerja aku.
Addin ni makan cereal dan pastries ja.
Nasib baik aku kena caj tambahan untuk sorang budak ja.
Zara pun bukan makan sangat. Main ja banyak.
Pastu bila orang sudah habis makan, baru bising lapar.
Okeh. Jom island hopping lagi!
Kali ni kami tiada naik sebarang kenderaan bermotor pun untuk ke bot kami.
Jalan kaki ja dari kedai tour agent tu sampai ke Aonang Beach.
Tour guide call orang bot yang masih belum menunjukkan diri.
Zara ambil gambar lubang kesising (ketam kecil dalam bahasa melayu brunei)
Aku pun tidak sure apa yang Zara sedang lakukan tapi aku sure Abang Edi sedang check Facebook.
Haha. Hari ni hari cuti, tedanya email dari client tu.
Sambil-sambil tu, aku sempat ambil gambar pasir di pantai Aonang ni.
Selembut baldu.
Okeh. Masuk bot ramai-ramai.
Minta orang Malaysia yang duduk depan kami tolong ambilkan gambar.
Actually, aku ada sedikit kecewa.
Tour agent di kaunter tu kan, bagitau yang kami akan naik bot 20 seat.
Tak ramai orang kunun.
Yeah. Memang bot tu ada 20 seat (mungkin 30 seat) tapi penumpang yang naik ada lebih daripada 20 orang. Sempit.
Makan dalam ja la.
Pulau pertama untuk hari ini, Bamboo Island.
Aku suka pulau ni sebab banyak pokok menghijau macam Manukan.
Macam minion eh. Hehe.
Air jernih tapi ikan jarang-jarang. Aku jumpa 3 ekor anak ikan ni ja.
My perfect view.
Rileks jap.
Punya la ramai orang datang sini.
I can say Phi Phi tour adalah produk yang paling laris di Krabi.
Destinasi kedua ialah Maya Bay.
We are getting closer.
Maya Bay.
Sini pun ramai manusia juga.
Memang mustahil untuk ambil gambar tanpa manusia lain sebagai background.
That high cliff. Wow.
Zara yang prefer main pasir ja.
Pasir memutih selembut baldu.
Budak dua orang yang tidak jemu berendam.
Lepas sesi di Maya Bay, Abang Edi request mau bergambar sebagai driver boat.
Dan ambil gambar sefamily di depan boat ni.
Area open air ni sudah dicop oleh sekumpulan remaja dari Malaysia juga.
Ngam la sama dorang yang happening.
Seterusnya, cuci mata tengok Viking Cave.
Dan peserta bot lain senang lenang snorkeling di sini.
Kami hanya tumpang tengok. Sedih.
Ok la. Berhenti meratapi nasib. Kita sambung dengan upacara makan tengahari.
Punya banyak bot parking.
Addin candid Zara while aku tidak kesabaran menyenduk nasi untuk diri sendiri dan ahli keluarga yang lain.
My dish - nasi putih, fish fillet, ayam paprik dan sayur apa ntah.
Addin hanya ambil lauk ayam paprik. Tambah 3 kali.
Di sini ada deretan kedai menjual souvenir.
Sepit kain spesel dari Krabi.
Lepas kami lunch tu, ada orang local yang buat pertunjukan beruk.
Siapa yang bergambar dengan beruk tu kena bayar 100 baht.
Aku mau tanya orang tu beruk tu spesies mana pasal pelik satu macam.
Zara dan Addin pun mau bergambar sama tu beruk kunun.
Dia boleh buat bolayan dan pegi meninggalkan kami menuju ke keluarga mat salleh.
Wah. Rasa hina pula.
Duh. You don't deserve my baht beruk manipulator.
Daripada menggalakan pemerdagangan beruk tu, baik layan aiskrim.
Satu kon atau cup pada harga 50 baht.
Ada 3 scoops untuk satu kon/cup.
Makan aiskrim sambil tunggu bot.
Aktiviti seterusnya, snorkeling.
Zara yang lebih gembira menjadi tukang tengok.
Sekejap mau turun.
Sekejap mau naik.
Ikan yang tidak berapa mau meriah.
Kami snorkeling di 2 tempat.
Tapi personally speaking, aku rasa experience snorkeling tu adalah lebih gembira di Kapalai dan di Perhentian.
Di Krabi ni adalah terlalu crowded dan over commercialized.
Malaysia's islands are way better.
Maka, begitulah berakhirnya sesi island hopping kami untuk 2 hari ini.
Pengalaman itu bole bole la.
Mungkin kalau kami naik dengan tour yang lain, pengalamannya berbeza.
Aku masih tidak melupakan misi aku untuk merasa pancake pisang nutella Yaminlah.
Sebab kos naik tuk tuk adalah mahal dan mau berjalan kaki adalah tidak larat, jadi aku cadangkan kepada Abang Edi untuk sewa motor.
Kami tanya dengan hotel dan kena ketuk 250 baht untuk kadar 24 jam.
Walaupun sebenarnya kami hanya mau guna dalam 2-3 jam saja sebab besok awal pagi sudah kena blah ke airport.
Cuba minta diskaun macam mana pun dorang tetap bagi harga 250 baht juga.
Apa la punya nasib.
Mungkin kalau tanya dengan kedai sewa motor di luar adalah lebih murah.
Yang penting setiap orang dapat helmet untuk keselamatan diri.
Aku duduk belakang sekali mengapit Addin di tengah-tengah.
Zara duduk (read berdiri) di depan sekali.
Muka puas sebab dapat merasa naik motor.
Time ni serius aku rasa macam tattoo ATM atau sarkis sebab naik motor 4 orang.
Nasib baik semua kecil-kecil ja.
Walaupun bontot aku sudah dihujung-hujung seat motor.
At last, sampai juga kami ke gerai macik Yaminlah ni.
Macik Yaminlah yang sohor di kalangan bloggers Malaysia in action.
Abang Edi siap beli udang goreng salut tepung dari gerai sebelah.
The verdict - definitely better than the pancake yang aku beli sebelum ni dari Restoran Cucumber depan hotel.
Lebih garing. Tetapi tidak greasy.
Dan untuk pancake Yaminlah ni, aku request tambah cheese.
Si Addin yang tidak suka makan cheese boleh berselera makan siap minta extra makan di tempat kejadian dan tapau lagi.
Dan yang penting, pancake Yaminlah adalah lebih murah pada harga 45 baht sahaja. Di gerai lain aku nampak 50 baht.
Sudah lah murah 5 baht (50 cent counts), macik Yaminlah siap bagi diskaun kalau kita order lebih daripada satu pancake.
Memang pandai jaga customer. Terbaik!
Lepas kenyang makan pancake, kami cari stesen minyak sebab motor tu sudah kering.
Yang bestnya, stesen minyak yang paling dekat ni adalah standard vending machine ja.
Mengagumkan.
Masuk duit dan pam.
Kami hanya isi 35 baht ja.
Mula-mula masuk 20 baht. Lepas tu takut tidak cukup.
Then masuk 5 baht. Minyak tidak jalan langsung. Sebab minyak mahal kot di Thailand.
Mana ada nilai takat 5 baht ja. Tambah lagi 10 baht baru jalan.
Nasib baik sempat isi minyak. Kalau tidak, jenuh la kami 4 beranak tolak motor berjemaah.
Kenapa la bagi motor dengan tangki kosong ni.
Sewa kenderaan di Malaysia pun gitu - suka bagi kenderaan dalam keadaan kering.
Kalau sewa kereta di Australia dan UK, dorang bagi kenderaan dengan full tank.
Tapi haruslah kena bagi dalam keadaan full tank juga.
Adakah ini adalah salah satu kayu ukur cara pemikiran kelas pertama dibandingkan dengan negara membangun?
Lepas tu kami round jap area Aonang.
Aku cadangkan pada Abang Edi untuk cari restoran halal yang jauh daripada pantai Aonang, mungkin lebih murah.
Tapi susah Abang Edi mau kona motor dengan keadaan kami berat berempat dan kenderaan yang lalu lalang pun banyak.
Bahaya untuk bot-bot kecil.
Tiba-tiba, baru la aku teringat aku belum makan pulut mangga lagi.
Patah balik ke kawasan berniaga yang ada gerai macik Yaminlah.
Ni la kelebihannya sewa motor ni. Suka hati ja pi mana yang disukai.
Aku beli pulut mangga tu dari gerai member macik Yaminlah.
Tidak silap aku, harganya hanya 250 baht sahaja.
Lepas tu, patah balik ke hotel.
Dan aku terus pegi sesi urut-urut secara berseorangan pula.
Abang Edi bawa Addin dan Zara pegi dinner.
Aku just pegi kedai urut yang paling dekat dengan hotel kami dan minta urutan Thai dengan minyak pada harga 250 baht untuk sejam.
The verdict:
That was the best massage I've ever experienced!!! Gila best! Dan murah! (mungkin ada kedai lain yang bagi harga lebih murah)
Baru sejam pun aku sudah rasa relaks gila. Kalau 2 jam sure lena sampai besok pagi.
Kalau datang Krabi lagi, mesti ambil urut Thai ni. Wajib!
Contoh harga servis urutan di Krabi.
The only souvenirs yang kami beli di Krabi.
Tshirt Addin dan Zara. 10 baht sehelai. Kain bagus dan cetakan berkualiti.
No fridge magnet ka, keychain segala.
Balik bilik sambung makan pulat mangga yang sedap.
Sambil tengok BPL.
Abang Edi pula ambil turn to have 'me' time.
Tengok bola di luar kunun tapi di bilik ni pun ada ja. Hehe.
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment