google analytic

Nuffnang

Showing posts with label gathering. Show all posts
Showing posts with label gathering. Show all posts

Monday, November 24, 2014

Reunion SMSL PMR '95/SPM '97 (Dinner di rumah Alen)

Sepatutnya, rancangan awal ialah BBQ dan stay 1 malam di Kundasang.
Tapi, sebab ramai yang tidak dapat hadir, cuaca pun selalu kurang baik sampai banyak kes tanah runtuh di antara KK dan Kundasang, maka kata akhir ialah just buat di kawasan swimming pool di kondo si Alen.
Then, petang tu pun hujan, jadi sekali lagi acara diubah tempatnya ke rumah Alen ja.

Ada roasted chicken, mihun goreng, sate, potato gratin, salad, tidbits macam sausage puff, smoked salmon sandwich, tuna sandwich dan stuffed egg.


Gambar awal majlis.

Jono try test power potong ayam.

Lepas tu aku lagi try test. Then give up.
Akhirnya, husband si Alen yang tolong potong. Tapi tidak digambar. Hehe.

Muka aku tengah senget pun kena amik gambar.

Lepas tu kami ada acara bertukar hadiah.
Setiap orang kena sediakan hadiah bernilai tidak kurang daripada RM50. 
Oleh kerana hadiah yang aku sudah siap beli di KL tertinggal, so aku beli lagi di KK lepas sesi piknik tadi.

Aku dapat hadiah daripada si Diana.

Vistoria Secrets set of body mists + shower + lotion.
I like!!! Thx Diana!

Dan Jono dapat hadiah aku.
Last time kami buat macam ni tukar-tukar hadiah pun Jono juga yang dapat. Hehe.

Kalau dah dapat hadiah, kena buka time tu juga. 
Aku siap tolong Jono buka hadiah.
Diana dan Alen pula yang terlebih excited di tepi tu. 
Haha.

Baking ware - casseroles and pie dish untuk orang yang suka baking.
Dan Jono pun memang suka baking.
Ngam le tu. Hehe.

Lepas tu, kami dapat hadiah face towel. 
Sumbangan ikhlas oleh si Jono.
Dan disampaikan oleh tuan rumah.
Muka aku tu pelik mesti sebab si Asraf (tukang amik gambar) buat kelakar.

Tuan rumah bagi lagi soft toys kepada kanak-kanak yang datang.
Untuk kanak-kanak yang tidak datang pun ada juga.
So, aku dapat 2 untuk Addin dan Zara.
Tapi satu tu aku bagi sama si Arin, anak si Nang. 

At last, gambar kami beramai-ramai berserta anak masing-masing (jika ada). 
Aku feeling macam gadis sunti pula sebab datang sorang tiada pakej. 
Hehe.

Malam tu, orang KL semua overnite di rumah si Alen ja.
Termasuklah si Jono dan anaknya sebab kebetulan di rumahnya tiada orang.
Jadi kami pun berjaga la sampai jam 2 pagi berborak macam zaman muda remaja. 

Kalau on vacation, aku suka bangun pagi.
Ambil gambar matahari terbit kunun.
View dari kondo si Alen ni memang terbaik!

Tu gambar Gunung Kinabalu yang nampak 3/4 ja. 

Ni gambar jam 9 pagi.
Ada Star Cruise baru masuk parking.

Next day - Breakfast at the balcony. 

Petang tu juga aku kembali ke Labuan dan jumpa dengan anak-anak yang dirindui.
Baru 2 hari 1 malam tidak jumpa kan. 
Tapi petang tu bila sampai ja aku rasa macma flat gila.
Makan dan tidur. 

Daaa.. selesai kisah mengimbas kembali memori lama zaman sekolah menengah :)

Saturday, November 15, 2014

Reunion SMSL PMR '95/SPM '97 (Piknik di Manukan)

Bila jumpa kawan lama, especially yang memang sudah lama tidak jumpa since lepas PMR, amatlah terasa nostalgia sekali.
Aku PMR tahun 1995 - it's been 19 years ago.. gilaks!!
Kalau ada kawan aku yg kawin time dorang Form 4, pastu bunting pelamin, pastu anak dorang pun kawin time Form 4 juga, maka aku ada kawan yang sudah jadi datuk/nenek.
Tapi, tiada la pula :)

Boleh kata, hubungan aku dan beberapa kawan aku time sekolah dulu (time aku form 3 hingga form 5 - form 1 dan form 2 sekolah lain), samada perempuan dan lelaki, Alhamdulillah, ada yang memang rapat dan ada yang masih keep in touch sehingga sekarang.
Kalau orang yang setakat pegi sekolah harian dan buat reunion pun boleh havoc gila, inikan pula kawan-kawan yang duduk sekolah asrama.

Makan sampai jadi bulat bersama, tidur bersama, riadah bersama, study bersama.
Mandi kena que dan book shower room, kalau tiada air, kena tadah dan kumpul air di kolah, kalau tiada air tahap gaban kena mandi air pili bomba.
Escape prep petang dan malam pun sama-sama, gossip apatah lagi, sampai cabut bulu ketiak pun sama-sama.
Ah.. apa yang tidak dibuat bersama.
Memang muka tu ja la akan dilihat setiap hari.
Macam adik beradik.

Sebelum ni kami pernah bergathering, tapi buat di KL.
So, kali ni kami ke KK pula :)
Tidak ramai yang dapat datang kerana ada komitmen masing-masing.
Tapi untuk yang datang - we had fun!!

Sebelum ke KK, aku balik Labuan dulu. Bawa Addin dan Zara.
Sebab aku tau, kalau aku bersuka ria sorang-sorang ke KK dan tinggalkan anak, mesti Abang Edi tidak restui. Huhu.
Tambahan pula, Addin dan Zara memang sudah lama tidak balik Labuan.
Last sekali time balik raya. (2 bulan lebih suda, lama la tu).

Sempat singgah tapau macaron pelbagai perisa dari TWG di KLIA.
Tiket kami balik Labuan ni aku beli time promosi.
Terpaksa mencutikan sekolah untuk Addin dan Zara selama 3 hari.
Tidak apa la. Exam suda dorang pun.

Hari Khamis dan Jumaat di Labuan. 
Pagi Sabtu dari Labuan ke KK. 
Dan petang Ahad dari KK kembali ke Labuan.
Stay di KK satu malam ja.
Zara dan Addin tinggal di Labuan sama nenek Labuan.

 First flight dari Labuan ke KK naik fokker MAS Wing.
Lama suda aku nda naik Fokker ni.
Penerbangan dari Labuan ke KK hanya mengambil masa 30 minit saja.


Beautiful coast of Sabah :)

That garfu like thingy is actually the kipas of the kapal :)

Touch down ja di airport KK, tunggu jap then datang si Betty fetch aku.
Kami terus menuju ke jeti Jesselton Point.
Sebab pagi ni punya itinerary ialah ke Pulau Manukan! Yieha. 

Mula-mula kena beli tiket. Memang banyak travel agent di sini yang boleh bawa pelancong ke pulau-pulau yang berdekatan KK such as Manukan, Mamutik, Sapi dan Gaya.

Aku tidak tau apa faktor pemilihan travel agent ni sebab tidak sempat survey di booth yang lain.
Kami follow ja tour leader kami iaitu si Alen yang sudah lama menunggu di bot.
Harga tiket: RM27 + RM3 (yuran masuk pulau) untuk seorang

If you forgot to bring your thong slippers, jajan, float, etc (even bra), you can always buy them here. Tapi mahal la kali kan.  

Manukan view 

 Diana and Betty in the picture. Port piknik kami.
Tikar tu disewa (aku pun tidak sure berapa).
Makanan dan towel masing-masing bawa sendiri.
Snorkel dan mask juga disewa (RM10 satu set).

 Nice view huh.

Faiz yang sudah masuk air.

Rasa sangat gembira apabila dapat bersnorkel dengan senang hati.
Especially bila bersama dengan kawan-kawan saja sebagai 'orang bujang'.
Tidak perlu banyak fikir, anak yang sorang buat apa, yang sorang lagi berlari ke mana.
Sekali sekala have a me time. Apa salahnya.. hehe..

Nasib baik aku tidak lupa untuk bawa DiCAPac underwater iphone waterproof casing aku.
Bole la juga bergambar dalam air.  



 Oleh kerana aku tidak pandai berenang, maka aku pun snorkel dekat area pantai saja dengan bantuan life jacket yang aku sewa RM5 satu daripada bot yang bawa kami ke Manukan.
 Airnya tidak jernih sangat.
Tapi ada la juga ikan-ikan di area pantai tu.
Video ni ja aku rajin ambil. Sikit ja ikannya.

Masa untuk cari makanan.
Aku beli nasi, satu lauk ikan dan satu lauk sayur - RM7.
Banyak juga portion nasinya. Tidak habis aku makan.
Membajir.

Lepas makan, sambung masuk dalam air.


 
Gambar 1 dan 2 kiri atas : Semua feeling macam budak belasan tahun. Haha.
Gambar kanan atas: Faiz with ikan yang dirasuah roti untuk datang
Gambar tengah kiri: Resort yang cantik
Gambar tengah kanan: Di jeti
Gambar bawah kiri dan kanan: Alen dan aku juga bergambar dengan ikan yang dirasuah dengan roti
Gambar tengah bawah: Yuran untuk masuk Manukan


Gambar terakhir sebelum masuk dalam bot kembali ke KK. 

Sedia untuk acara malam ni pula.
Dinner dengan kawan-kawan yang lain yang tidak dapat join kami piknik.

p/s: Tempat mandi dan persalinan disediakan percuma.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...