google analytic

Nuffnang

Showing posts with label Emirates. Show all posts
Showing posts with label Emirates. Show all posts

Monday, March 28, 2016

Bulan Madu 2016 di Turki (Hari ke-10 - 18 Mac 2016 Part 2 - Travelling from Dubai to Kuala Lumpur)

Okeh.. sedikit cerita daripada post terdahulu.
Aku sudah redeem meal voucher daripada Emirates makan makanan Thai.
Dah solat, dan tukar baju sume.

Selekeh pun tiada hal, yang penting selesa.
Tadi pi jalan-jalan di Dubai City pakai tudung Duck cantik-cantik.
Sekarang mau departure pakai tudung sarung macam pegi kedai runcit area rumah.

Aku memang sudah book couple seat no 47A dan 47B untuk kami berdua, so aku rasa tidak perlu untuk rush ke departure gate.
Cabin luggage kami pun ada dua ja.
So, kalau kebetulan tiada ruang di ruang letak beg di atas tu pun, masih boleh letak di ruang bawah tempat duduk di depan.
Tidak perlu berebut-rebut.
Cool.

Ketika sampai turn kami untuk masuk ke departure gate tu, stewardess Emirates tu scan boarding pass aku.
Then ada bunyi tett! Aik, macam ada masalah.
Dia print semula boarding pass aku.
Aku pun tanya stewardess tu "Is there any problem with my boarding pass?"
Kan aku dapat boarding pass tu di Istanbul.
Aku pun tiada la terfikir mau issue semula di Dubai airport ni.
Ingatkan semuanya smooth ja.

Lepas tu stewardess tu bagi boarding pass aku, dan seraya berkata, "No problem madam. We upgrade your seat to business class."
Aku macam tegezut.
Dengan spontan aku berkata "Business class? How about my husband?"
Tiada gunanya gembira dapat business class kalau aku dengan Abang Edi duduk asing-asing kan.

Stewardess tu pun amik boarding pass Abang Edi dan print baru juga.
Aku terasa macam ada bunga-bunga harapan di situ.
Then dia pun bagi khabar gembira "Your husband is also upgraded to business class madam. Enjoy your flight."

Aisehmen. Aku dan Abang Edi sudah tergezut gila.
Gembira, macam tidak percaya, macam rasa kena prank, semua ada.
Abang Edi siap tanya aku, aku ada ka email Emirates bagitau kami on our 10th anniversary trip ke semua, mana tau dorang bagi surprise ka.
Aku bagitau dia mana ada aku buat semua tu. Aku beli tiket promotion ni.
Dengan hotel ka, travel agent ka, boleh la mau announce ngada-ngada macam tu, airlines malas mau layan. Haha.

Boarding pass bertuah. Syukur Alhamdulillah.

Ni la gaya mak jemah naik business class.
Selekeh yang amat. Aku rasa macam menyesal pula tukar pakaian kan. Haha.
Rasa macam out of place.  

Dalam departure gate pun, kami masih tidak percaya.
Kami tidak que ikut first and business class que, masih juga que dengan rakan sejawat economy class yang lain.
Haha. Takut kena prank.

At last, bila duduk di seat, baru la kepercayaan itu datang.
Gambar ni Abang Edi minta tolong dengan passenger lain yang bertuah kena upgrade ke business class juga.
Dorang pun macam jakun amik-amik gambar.
Kita serupa la.
Haha.

Aku dapat teori baik punya.
Aku rasa kami dapat kena upgrade ni sebab flight overbooked.
Ye la. Cuti sekolah sudah di hujung tanduk.
Semua orang sudah mau balik ke Malaysia.

Sebelum hari penerbangan ni, aku memang ada dapat email daripada Emirates untuk upgrade ke business class, tapi kena tambah almost RM2000 tu yang tidak sanggup tu. 
Mungkin sebab business class masih banyak yang kosong, dan economy class pula terlebih-lebih, maka Emirates kena juga pilih beberapa penumpang dari kelas ekonomi untuk dinaiktarafkan seat mereka ke kelas bisnes.
Dan mereka yang bertuah ni pula mungkin terdiri daripada mereka-mereka yang terdiri dalam group yang kecil, yang tiada budak-budak. 
Oleh kerana kami terkandung dalam kategori yang sebegitu, maka kami pun terpilihlah.
Syukur syukur.
Oh dan mungkin juga, status aku dan Abang Edi sebagai ahli Emirate Skywards sedikit sebanyak membantu dalam hal ini. Mungkin.

Memang rasa surreal sangat.
Sebagai orang yang tidak pernah dinaiktarafkan sebegini rupa, (kecuali for our last 2 recent events, bilik kena upgrade di Istanbul dan Cappadocia tu), perkara ini adalah sesuatu yang tidak pernah dibayangkan sama sekali.
Ye la, selalu travel cara bajet ja kan.

Aku pernah naik business class pun sekali ja.
Itu pun dari Kota Kinabalu ke Labuan ja. 
Setakat 30 minit ja pun.
Beli tiket tu pun sebab tiket ekonomi sudah habis.

Oh.. adakah kalau duduk di Premium Seat on AirAsiaX juga dikira business class?
Huhu. Pernah la jua dari KL ke Gold Coast dan dari Sydney ke KL.
Tapi tu pun pasal aku beli Optiontown. 
Ada sedikit luck but not the purest one. 

Abang Edi cakap ni la hadiah ulang tahun perkahwinan ke-10 kami yang terbaik setakat ini. 
Syukur Alhamdulillah.
Tiba-tiba aku rasa menyesal. 
Kot kalau aku re-issue boarding pass kami di Dubai Airport tadi, mesti boleh tahu berita ni lebih awal, dan kami boleh lepak di Business Lounge ja kan.

Haha. Ketamakan mula bermaharajelala.
Tapi lepas tu, sedar diri semula.
Dapat redeem meal voucher dan lepas tu duduk di business class pun sudah kira baik. 

Besar skrin dalam business class ni.
Tapi jauh.

Headphone pun canggih ko.
Kalau pakai ni, aku tidak dengar sudah orang bercakap di siring.

Ada skrin tepi sebagai interactive remote.
Dalam flight ni, aku sempat tengok movie Bridge of Spies.
Terbaik daripada Steven Spielberg dan Tom Hanks.

Hot chocolate dengan shortbread yang sedap!

Ni makan malam kami.
Abang Edi tidur dan tidak mau makan.
Aku pula gagahkan mata mau makan kunun.
Bukannya lapar pun.
Sebenarnya lebih kepada motif mau ambil gambar.
Dasar penumpang ekonomi. Haha.

Dalam menu sebut assam beef curry, tapi aku rasa macam rendang daging.
Sedap tu sedap.
Tapi aku pun sudah mengantuk kan.
So selera tu tidak berapa ada sebenarnya.
Nasib la berhidang cantik macam ni.
Kalau di economy class kan kena bungkus cantik.
Senang tapau. Haha.

Dessert. Chocolate pie with cheese and strawberry sauce.
Sedap juga. Dan tidak boleh tapau.  

Yang ni sarapan pagi. 
Croissant, yogurt dan strawberry jam tu aku dapat tapau masuk dalam beg muntah.
Dasar sekali lagi. 

Kalau duduk di business class ni, setiap penumpang kena bagi toiletries bag. 
Lelaki dapat lain, perempuan dapat lain.

Bvlgari lagi tu. Uuuu ahhh..  

Ini isi dalam toiletries bag perempuan. 
Ada berus gigi dan colgate, cermin muka kecil, refreshing towel, losyen tangan dan losyen muka, cologne, sikat dan tisu.

Ini isi dalam toiletries bag lelaki. 
Ada berus gigi dan colgate, ubat ketiak, shaver dan shaver foam, losyen tangan, after shave balm, cologne, sikat dan tisu.

Dan ada juga diberi stokin dan eyeshades.
Eyeshades Emirates ni selesa juga.
Si Addin suka pakai.

Kesimpulannya, walaupun sudah banyak kali naik kapal terbang, inilah pengalaman naik kapal terbang aku yang paling terkebabom devasszz.. 
Sudahlah naik bisnes class kan, free pulak tu.

Kalau aku maintain shawl Duck aku pun ok ja walaupun aku tidur di sepanjang penerbangan.
Confirm tudung aku tidak senget benget.
Sebab bantalnya selesa, seat boleh recline 180 darjah, siap kena tambah tilam tambahan lagi tu atas seat. 
Boleh tidur lurus ja macam tuan puteri kunun. Tidak sakit belakang. Hoho.

Makanan dorang ofkos la sedap dan banyak.
Dalam kelas ekonomi pun tidak terlarat mau makan, inikan pula di business class.
Cuma yang kurangnya, makanan semua berhias cantik bukan dalam plastik.
So, susah mau tapau masuk dalam beg.

Walau apapun, beg aku tetap penuh dengan hasil tapauan.
Beg toiletries, beg yang ada stokin dan eyeshades, roti breakfast.

Dan syukur juga check-in luggage kami pun keluar awal walaupun tidak ditag dengan tag priority luggage kan.
So mungkin, Emirates punya luggage handling ni sistematik la.
Sebaik dorang tau ja kami kena upgrade, terus bag kami pun dapat treatment baik punya.
Syukur Alhamdulillah.

Syukur syukur syukur, kami selamat pegi dan selamat pulang.
Pergi dengan air mata kerana meninggalkan anak-anak, balik dengan kegembiraan berganda kerana naik kelas bisnes dan dapat jumpa anak.

Syukur Ya Allah.
Terima kasih Emirates! 
Next time, kami naik kapal kamu lagi. You earn my loyalty :)

p/s: Di mana ada hujan, di hujungnya ada pelangi.   

Ingat ka cerita aku yang terasa ralat yang amat sebab promotion Qatar Airways tiba 3 hari selepas aku beli tiket Emirates kami.
Kalau aku tunggu promotion Qatar tu, aku boleh jimat almost RM1000 untuk keseluruhan harga return ticket aku berdua dengan Abang Edi.
Then adik aku Nurul ingatkan aku, kalau aku beli tiket Qatar Airways dan jimat RM1000, kami mungkin tidak merasa dinaiktarafkan ke kelas bisnes sebagaimana yang kami alami dengan Emirates.

Yeah. Ingatlah diri sendiri dan kawan-kawan, setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Bulan Madu 2016 di Turki (Hari ke-10 - 18 Mac 2016 Part 1 - Dubai City)

Sebenarnya, malas mau bangun. 
Sebab semalam kami sampai di hotel pun sudah jam 2.30 pagi macam tu.
Jam 3.30 pagi baru tidur.
Ni kena breakfast pula.
Kalau tidak breakfast, rugi la.
Breakfast pun simple-simple ja la.

Abang Edi breakfast roti canai.
Tapi kuah dal tu something missing somewhere.  

Kami memang sudah request late check-out sampai jam 2 petang.

Check-out time.

Lepas check-out tu, kami diapproach oleh seorang pemandu teksi yang offer untuk bawa kami ke destinasi yang kami mau.
Aku cakap, Dubai Mall, dia bagi harga 50 Dirham. Alamak ai.. Mahalnya.
Then aku pun, takpe la, kami naik metro ja la.

Lepas tu dia offer lagi untuk 3 jam Dubai city tour, dan dia akan bawa ke Jumeirah beach, Palm Island, Atlantis Hotel dan Burj Khalifa pada harga 300 dirham untuk kami dua orang.
Atau, 2 jam tour, tapi tidak pegi Palm Island dan Atlantis Hotel.
Aku macam tertarik mau pegi tengok Atlantis Hotel tu sebab situlah tempat si Shahrukh Khan buat cerita Happy New Year.
Gila SRK betul aku ni.

Abang Edi macam tidak berkenan. 
Aku pujuk la, kita tak payah jalan kaki, duduk dalam kereta ja, pusing-pusing Dubai.
Lepas ni tiada lagi la mau datang Dubai ni lagi.
Kira alang-alang sudah sampai.
Ok la. Get set go!

Mula-mula ke Jumeirah Beach.
Nampak Burj Al-arab dari kejauhan.

Ramai juga la orang di sini.
Matahari terik tapi udara nyaman ja berangin.

Pasir di Jumeirah Beach.

Lepas tu kami dibawa dekat sikit dengan Burj Al-arab.
Nampak bunga-bunga tepi jalan tu mesti struggle mau hidup di bumi yang sebenarnya tandus dan panas ni.

Burj Al-Arab.
Hotel mahal kunun.

Venice in Dubai kunun.
Jumeirah Al-Qasr.
Banyak kereta mahal parking sini.

Hotel berdepan dengan sungai.

Atlantis the Palm Dubai.
Ada la rasa aura SRK sikit.
Huhu.

Tour guide kami ni orang Pakistan.
Sepanjang perjalanan, dengar radio hindi ja la kami.

Dubai Marina.
Banyak bot mewah di sini.

Pilih-pilih mana suka.

Last but not least, Burj Al-khalifa.

300 dirham bakal berpindah tangan.

Dan kembali ke airport!
Oh.. di Dubai ni Abang Edi on dia punya data roaming.
Kalau guna Maxis, data roaming hanya RM36 untuk 500mb sehari.
Kalau guna Digi, data roaming is RM56 untuk ntah.. aku pun lupa. 
Tapi mahal la.
Jadi aku ni menyibuk pakai data Abang Edi ja. 

Sesampai di airport, kami ni excited mau redeem meal voucher ja.
Boarding pass yang kami dapat dari Istanbul pun kami tidak reissue walaupun tidak tercetak departure gate.
Sebab gate tu kami boleh tengok di departure arrival board ja kan.
Tapi jauhnya la food court ni. 
Di Terminal C.
Jauh juga la kami berjalan.

Berdasarkan pemerhatian, Terminal C lebih kurang sibuk daripada Terminal B.
Terminal C ada sofa yang selesa untuk dijadikan setinggan.
Bawa selimut dan boleh tidur dengan aman. 

Aku redeem makanan thai.
Sedap betul thai chicken curry ni. 
Besar pula tu portion dia.
Popia tu tak sedap.
Abang Edi ambil beriani. 

Lepas makan, sedia untuk solat.
Aku siap tukar pakaian rasmi naik long haul flight aku.
Apa lagi kalau bukan track bottom dan tudung sarung kepam.
Yang penting selesa.
Sebab aku punya niat naik flight balik KL ni ialah: tidur dan tapau semua makanan.
Aku sudah book couple seat untuk kami berdua.
InsyaAllah, selesa dan tidak banyak gangguan daripada passenger lain.

Namun, apa yang kami rancang tidak sama dengan apa yang bakal berlaku.
Sesungguhnya, perancangan Allah itu lebih besar.
Kita sambung kisah penerbangan balik ke KL dalam post akan datang.

Tuesday, March 22, 2016

Bulan Madu 2016 di Turki (Hari Pertama - 9 Mac 2016 - Travelling from Kuala Lumpur to Istanbul)

Satu hari ni ialah travel day kami dari Kuala Lumpur, transit di Dubai dan seterusnya ke Istanbul.

Flight kami jam 9.45 pagi.
Sesudah subuh kami bergerak dari rumah ke KLIA dengan bantuan si Nurul.
Terima kasih banyak Nurul sebab ambil cuti hari ni untuk hantar kami ke airport.
Tengahari nanti dia tolong kami untuk hantar si Addin dan Zara pula ke airport.

Que untuk check-in di kaunter Emirates tidak panjang.
Aku pun heran.
Kami yang awal sangat ka, atau ramai passenger masih belum datang.
Tapi yang pasti flight ni memang tidak full.
Sebab aku baru check seat allocation semalam, tiada orang yang book seat sebelah kami.
Dan masih banyak seat yang kosong.

Dan yang best lagi, staff di kaunter tu pun macam keheranan sebab kami check-in satu luggage ja.
Aku la ni yang tiada nafsu mau packing banyak.

Oleh kerana masih terlalu awal untuk boarding, kami bersarapan dulu.
Kena pastikan orang yang ditinggalkan dalam keadaan kenyang.


Masa untuk berpisah. 
Abang Edi mencembengkan diri.
Budak dua orang ni happy ja.
Aku pun macam ok ja.
Sebab aku sudah pernah cembeng time pi kursus di Tokyo sorang-sorang last year. 


Sedihnya time tengok budak dua orang ni melambai-lambai kami.
Rasa macam menyesal pula tinggalkan dorang.
Tapi berdasarkan adik aku si Nurul, dorang macam biasa saja.
Siap dorang yang ajak si Nurul balik rumah walhal kami belum lepas lagi imigresen gate tu.
Huh.

Ok. Kami sudah selamat masuk dalam cabin.
Untuk seat 3 orang ni, hanya kami 2 orang ja yang bermaharajalela.
So beg biru boleh tumpang duduk tengah-tengah.

#villagepeople aku terserlah.
First time naik Emirates la katakan.
Gambar headphone dorang yang canggih ni pun aku mau ambil gambar.

Inflight meal, the best part.
Ini sudah bagus.
Memang mewah la aku rasa.
Dukacita dimaklumkan bahawa makanan Emirates ni adalah lebih baik daripada MAS.
Tapi tidak apa la, MAS pun sekarang sudah code sharing sama Emirates. 

Biskut bruschetta ni pun dorang ada juga.
Tidak larat mau makan semua.
So kami tapau ja la. 

The greatest part flying with Emirates, ada wifi on board.
Free data sebanyak 10MB diberikan.
Tapi itu lasts for 15 minutes ja.
Untuk menemankan kami selama 7 jam penerbangan, kami dengan tidak lokeknya beli 500mb data dengan harga USD1 sahaja.  


Dapat la kami guna whatsapp dan facebook dengan sesuka hati.
Nurul hantar kami gambar Addin dan Zara yang gembira boarding untuk fly balik Labuan.

In-flight entertainment dalam Emirates pun boleh tahan juga.
Banyak cerita baru yang kena nominate di Academy Awards kita boleh layan.

Makanan ringan.
Kek oren dan sandwich ape ntah.
Tapi yang penting sedap. 

Dubai view. 

Transit di Dubai airport hanya 1 jam lebih saja.
Sempat la untuk solat dan buat apa yang patut.

Dengan menggunakan Dubai airport free wifi, aku dan Abang Edi sempat berfacetime dengan Addin dan Zara.
Dorang sudah selamat sampai di Labuan.
Alhamdulillah.
Nampak gembira betul dorang dapat balik kampung. 

Di Dubai ni kami delay 1 jam sebab cuaca hujan.
Lepas tu dalam cabin pun kena stay satu jam lagi sebab menunggu connecting passenger daripada penerbangan lain yang delay juga.

Menu kami untuk flight dari Dubai ke Istanbul.

Aku sudah tidak lalu makan time ni.
Penat, kenyang dan sebagainya.
Aku tidak sabar mau sampai Istanbul sebab aku mau tidur atas tilam.

Pemandangan indah dari dalam cabin.
I am not sure where is this located. 
Yang penting, dalam flight ni pun ada wifi on board.
So, kami masih boleh guna facetime untuk menghubungi ahli keluarga di Malaysia.


Semua urusan kami dipermudahkan untuk hari ini.
Walaupun ada beberapa turbulence sebab cuaca yang tidak baik di Dubai, tapi Alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai.

Driver untuk pick-up kami sudah bersedia menunggu.
Tapi apa yang penting adalah untuk withdraw duit lira dulu.
ATM ni banyak berbaris di luar pintu ketibaan terminal antarabangsa Istanbul Ataturk Airport. 

Setelah 40 minit perjalanan, kami pun sampai ke Hotel Ambassador.
Suka dimaklumkan bahawa airport pickup kami tadi adalah free. 
Totally hassle free untuk kami yang sudah kepenatan dengan jet lagged segala ni.
Kalau tiada airport pickup ni, bayangkanlah kepenatan yang terpaksa ditanggung setelah lama mengerekot dalam flight siap ada delay lagi.

Hotel ni siap jamu kami dengan apple tea dan fresh baked cake lagi.
Warm welcome by Ambassador Hotel. 
Dan kami juga dimaklumkan bahawa bilik kami diupgrade kepada suite sebab kami honeymoon kunun.
Uuuu ahhh.. 

Dan pocket wifi kami daripada AllDayWifi pun sudah sedia dihantar ke reception lobby hotel.
Dengan bayaran sewa USD5 untuk sehari bagi 8 hari sewaan, kami dapat pocket wifi, powerbank, kabel yang berkenaan dan user manual.

Kasi up dulu gambar bilik kami di Hotel Ambassador Istanbul.
Review lanjut akan menyusul kemudian. 

Sesampai ja di bilik, rupanya luggage kami yang check-in tadi tu basah di bahagian bawah.
Dan ini menyebabkan semua pakaian kami di bahagian bawah tu pun lembab.
Alamak aih.. banyak pakaian aku pula tu yang di bawah tu.
Pakaian Abang Edi banyak aku susun sebelah atas. 
Ni mesti sebab kena hujan di Dubai tadi ni.
So malam pertama di Istanbul, aku tidur dengan pakaian jalan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...