google analytic

Nuffnang

Tuesday, March 22, 2016

Bulan Madu 2016 di Turki (Hari Pertama - 9 Mac 2016 - Travelling from Kuala Lumpur to Istanbul)

Satu hari ni ialah travel day kami dari Kuala Lumpur, transit di Dubai dan seterusnya ke Istanbul.

Flight kami jam 9.45 pagi.
Sesudah subuh kami bergerak dari rumah ke KLIA dengan bantuan si Nurul.
Terima kasih banyak Nurul sebab ambil cuti hari ni untuk hantar kami ke airport.
Tengahari nanti dia tolong kami untuk hantar si Addin dan Zara pula ke airport.

Que untuk check-in di kaunter Emirates tidak panjang.
Aku pun heran.
Kami yang awal sangat ka, atau ramai passenger masih belum datang.
Tapi yang pasti flight ni memang tidak full.
Sebab aku baru check seat allocation semalam, tiada orang yang book seat sebelah kami.
Dan masih banyak seat yang kosong.

Dan yang best lagi, staff di kaunter tu pun macam keheranan sebab kami check-in satu luggage ja.
Aku la ni yang tiada nafsu mau packing banyak.

Oleh kerana masih terlalu awal untuk boarding, kami bersarapan dulu.
Kena pastikan orang yang ditinggalkan dalam keadaan kenyang.


Masa untuk berpisah. 
Abang Edi mencembengkan diri.
Budak dua orang ni happy ja.
Aku pun macam ok ja.
Sebab aku sudah pernah cembeng time pi kursus di Tokyo sorang-sorang last year. 


Sedihnya time tengok budak dua orang ni melambai-lambai kami.
Rasa macam menyesal pula tinggalkan dorang.
Tapi berdasarkan adik aku si Nurul, dorang macam biasa saja.
Siap dorang yang ajak si Nurul balik rumah walhal kami belum lepas lagi imigresen gate tu.
Huh.

Ok. Kami sudah selamat masuk dalam cabin.
Untuk seat 3 orang ni, hanya kami 2 orang ja yang bermaharajalela.
So beg biru boleh tumpang duduk tengah-tengah.

#villagepeople aku terserlah.
First time naik Emirates la katakan.
Gambar headphone dorang yang canggih ni pun aku mau ambil gambar.

Inflight meal, the best part.
Ini sudah bagus.
Memang mewah la aku rasa.
Dukacita dimaklumkan bahawa makanan Emirates ni adalah lebih baik daripada MAS.
Tapi tidak apa la, MAS pun sekarang sudah code sharing sama Emirates. 

Biskut bruschetta ni pun dorang ada juga.
Tidak larat mau makan semua.
So kami tapau ja la. 

The greatest part flying with Emirates, ada wifi on board.
Free data sebanyak 10MB diberikan.
Tapi itu lasts for 15 minutes ja.
Untuk menemankan kami selama 7 jam penerbangan, kami dengan tidak lokeknya beli 500mb data dengan harga USD1 sahaja.  


Dapat la kami guna whatsapp dan facebook dengan sesuka hati.
Nurul hantar kami gambar Addin dan Zara yang gembira boarding untuk fly balik Labuan.

In-flight entertainment dalam Emirates pun boleh tahan juga.
Banyak cerita baru yang kena nominate di Academy Awards kita boleh layan.

Makanan ringan.
Kek oren dan sandwich ape ntah.
Tapi yang penting sedap. 

Dubai view. 

Transit di Dubai airport hanya 1 jam lebih saja.
Sempat la untuk solat dan buat apa yang patut.

Dengan menggunakan Dubai airport free wifi, aku dan Abang Edi sempat berfacetime dengan Addin dan Zara.
Dorang sudah selamat sampai di Labuan.
Alhamdulillah.
Nampak gembira betul dorang dapat balik kampung. 

Di Dubai ni kami delay 1 jam sebab cuaca hujan.
Lepas tu dalam cabin pun kena stay satu jam lagi sebab menunggu connecting passenger daripada penerbangan lain yang delay juga.

Menu kami untuk flight dari Dubai ke Istanbul.

Aku sudah tidak lalu makan time ni.
Penat, kenyang dan sebagainya.
Aku tidak sabar mau sampai Istanbul sebab aku mau tidur atas tilam.

Pemandangan indah dari dalam cabin.
I am not sure where is this located. 
Yang penting, dalam flight ni pun ada wifi on board.
So, kami masih boleh guna facetime untuk menghubungi ahli keluarga di Malaysia.


Semua urusan kami dipermudahkan untuk hari ini.
Walaupun ada beberapa turbulence sebab cuaca yang tidak baik di Dubai, tapi Alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai.

Driver untuk pick-up kami sudah bersedia menunggu.
Tapi apa yang penting adalah untuk withdraw duit lira dulu.
ATM ni banyak berbaris di luar pintu ketibaan terminal antarabangsa Istanbul Ataturk Airport. 

Setelah 40 minit perjalanan, kami pun sampai ke Hotel Ambassador.
Suka dimaklumkan bahawa airport pickup kami tadi adalah free. 
Totally hassle free untuk kami yang sudah kepenatan dengan jet lagged segala ni.
Kalau tiada airport pickup ni, bayangkanlah kepenatan yang terpaksa ditanggung setelah lama mengerekot dalam flight siap ada delay lagi.

Hotel ni siap jamu kami dengan apple tea dan fresh baked cake lagi.
Warm welcome by Ambassador Hotel. 
Dan kami juga dimaklumkan bahawa bilik kami diupgrade kepada suite sebab kami honeymoon kunun.
Uuuu ahhh.. 

Dan pocket wifi kami daripada AllDayWifi pun sudah sedia dihantar ke reception lobby hotel.
Dengan bayaran sewa USD5 untuk sehari bagi 8 hari sewaan, kami dapat pocket wifi, powerbank, kabel yang berkenaan dan user manual.

Kasi up dulu gambar bilik kami di Hotel Ambassador Istanbul.
Review lanjut akan menyusul kemudian. 

Sesampai ja di bilik, rupanya luggage kami yang check-in tadi tu basah di bahagian bawah.
Dan ini menyebabkan semua pakaian kami di bahagian bawah tu pun lembab.
Alamak aih.. banyak pakaian aku pula tu yang di bawah tu.
Pakaian Abang Edi banyak aku susun sebelah atas. 
Ni mesti sebab kena hujan di Dubai tadi ni.
So malam pertama di Istanbul, aku tidur dengan pakaian jalan.

2 comments:

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...