Tapi berdasarkan perjalanan kami setakat 8 hari di Turki dan 1 hari di Dubai, aku bolehlah bagi hasil pemerhatian dan tips sikit-sikit:
1. Turki ialah sebuah negara yang besar. Susur galur budaya dan keturunan mereka dipengaruhi oleh pelbagai puak yang wujud dari zaman dahulu di negara China, India, negara Arab, negara Eropah seperti Greece. So muka dorang pun ada macam-macam jenis. Ada rupa macam arab, ada rupa macam orang putih, rupa macam orang cina pun ada.
2. Kebanyakan lelaki Turki yang aku jumpa, semuanya berpersonaliti mesra alam. Suka buat lawak pun ada. Walau ada di antara dorang yang nampak macam pendiam, tapi yang pendiam ni juga senang tertawa kalau kita buat lawak dengan dorang. Dorang juga suka buat gesture kelip mata untuk menunjukkan sesuatu perkara itu adalah senang kacang or sudah dibereskan.
3. Sebagai negara Islam yang sekular, aku jumpa lebih ramai wanita yang tidak menutup aurat daripada yang menutup aurat. Tapi most of the time ketika aku sembahyang di surau atau di masjid, wanita yang tidak menutup aurat ni juga akan masuk surau untuk menunaikan solat. Di surau wanita mereka, tiada telekung disediakan. Tetapi akan ada wakaf samada jubah berbutang tengah, skirt panjang dan scarf kain bawal yang panjang.
4. Makanan? Makanan dorang ni sedap juga bah sebenarnya. (Kebanyakannya tidak pedas dan jarang yang berkuah. Ada kekurangan di situ). The thing is, walaupun aku ni mempunyai lidah dan selera makan yang international tolerant, bila berisi ni, terus selera makan aku jadi tertutup dan a bit paranoid. Aku tidak berani mau makan makanan yang dijual di tepi jalan, tidak berani minum jus segar, makan salad dan segala jenis jeruk yang mewah di Turki. Aku rasa kalau aku tidak berisi ni, semua benda pun aku akan try makan. Kan makanan sana halal. Tidak perlu banyak fikir. Makan ja tanpa was-was.
5. Duit Lira dengan duit RM ada beza sikit ja. Barang sana pun aku rasa macam tidak berapa mahal. Duit RM dengan dirham pun lebih kurang ja. Tapinya ya ampun, mahal yang amat la kehidupan di Dubai tu. Ka aku sorang ja rasa mahal? Baru pegi sana sehari ja kan.. Lagi mau komplen. huhu.
6. Kucing dan anjing jalanan di Turki ni, samada di Istanbul, Cappadocia dan Pamukkale, ya ampun.... semuanya gemok, gabak, gebu, sihat dan amatlah tidak kacau orang langsung. Kadang-kadang akan terjumpa anjing yang ada tuan yang agak peramah, tapi kalau kita suruh dia duduk, dia pun ok ja dengar cakap orang. Nasib baik aku tengok cerita Cesar Milan. Tau juga serba sedikit tentang emosi anjing.
7. Toilet awam di Turki memang kebanyakannya kena bayar. Selalunya kena caj 1 TL. Tapi ada juga yang free. Yang bestnya tentang toilet di Turki ni, selalunya mesti ada tisu dan semua toilet ada bidet. Walaupun tiada paip dan hose, urusan mau bersuci tu senang la sebab ada bidet tu kan. Tapi tidaklah secanggih bidet toilet di Jepun haa... tu mana-mana negara pun tidak dapat lawan lagi setakat ni.
8. Kalau anda ke Cappadocia, mungkin boleh hadkan tour kepada satu hari saja. Sebab tour yang selebihnya tu pun lebih kurang ja. Banyak tunjuk cave houses dan church lama. Apapun, itu semua bergantung kepada citarasa pengunjung.
9. Pamukkale pun macam tu. Pegi sehari ja pun ok kalau tujuan utama untuk melawat tempat berteres putih bersih macam awan tu dan Hierapolis.
10. Muzium pass dan Istanbulkart boleh digunakan sebagai cara berjimat di Istanbul.
Yang kiri tu Istanbulkart.
Dua kanan ialah muzium pass.
Semua kami bawa balik KL sebagai kenang-kenangan.
11. Oleh kerana aku memang tiada nafsu sangat mau bershopping di Turki mahupun di Dubai, maka hasil belian kami amatlah sedikit. (Tidak dilupakan kami ada beli a few of coin purses and fridge magnets which sudah kena distribute to close family members and friends).
Baklava. Kegemaran Zara and my sisters.
Instant puddings, biskut yang aku tidak sempat makan dan coklat Turki.
Turkish delight. Ole-ole untuk rakan opis.
12. Dubai? Berdasarkan tour kami yang setakat 3 jam tu, perspektif aku tentang Dubai is: sebuah negara yang kering, bangunannya tinggi-tinggi, lavish lifestyle, terlalu bermewah-mewah - totally not my thing. Mungkin kalau anda adalah seorang jurutera, anda boleh kagum sebab dorang boleh mengadakan suatu benda yang asalnya seperti mustahil untuk ada.
Dubai juga ada banyak mall yang super besar tapi aku tiada feeling sebab aku bukan kaki shopping. Dan aku bukan pengikut trend jubah so aku tidak rasa apa-apa yang missing. So yeah. Cukup la sekali menjejak kaki ke sana. Been there. Itu ja.
menarik
ReplyDelete