google analytic

Nuffnang

Monday, March 21, 2016

Bulan Madu 2016 di Turki (Objektif Perjalanan)

Sebelum cerita panjang lebar tentang percutian kami ke Turki ni, kena la ada mukadimah dulu kan.
Lepas tu baru la cerita isi kandungan dan last sekali, penutup.

Tapi kali ni aku memang la pemalas yang amat, aku mau cerita isi penting ja.
Sebab untuk percutian yang ini, aku amatlah tidak adventurous.
Aku malas mau susun itinerary, malas mau mencuba makanan tempatan, malas mau bejalan, malas mau packing, malas segala-galanya.
Kalau ikutkan hati, aku rasa macam mau cancel ja trip kami ke Turki ni.
Tapi pasal sudah beli tiket, mahal pula tu, maka terpaksa la diteruskan ja.

Objektif percutian:
Untuk meraikan ulang tahun perkahwinan aku dan Abang Edi yang ke-10.
Kalau refer dalam wikipedia, perayaan ke 10 tahun ialah jubli aluminium katanya.
Bunyi tidak glemer langsung. Tapi boleh recycle.

Seingat aku yang baru 10 tahun kawin ni, aku dan Abang Edi bukan jenis meraikan wedding anniversary.
Mula-mula awal kawin dulu ada la juga gift exchange, tapi lepas tu macam tiada sebab aku yang menolak sebab aku tidak tau aku mau hadiah apa.
Nanti kalau Abang Edi suka hati beli without my consent aku pula yang marah.
Tak ngam la, mahal la, membazir la.
Kalau ikut nafsu, aku mau emas. Rantai emas ka, gelang emas ka.. tapi nanti gondol la kepala Abang Edi kalau sakan beli emas setiap tahun.

Ok, so, idea untuk meraikan wedding anniversary kami yang ke-10 diilhamkan oleh Abang Edi.
Dia terfikir untuk buat begini ketika kami bercuti ke Italy pada tahun 2014.
Time tu kami dalam perjalanan menaiki keretapi dari Paris ke Milan.
Pemandangan pergunungan Swiss amatlah romantik.
Pastu kami ke Venice pula.
Alamak aih.
Amat sesuai untuk orang berkasih sayang.

Aku pun setuju.
Then, kami tukar plan pula untuk ke Spain.
Abang Edi mau bawa aku tengok bola di Stadium Bernabeu untuk tengok Real Madrid katanya.
Lepas tu ke Manchester untuk tengok bola di Old Trafford.
Itu la cara Abang Edi menunjukkan kasih sayangnya.. Haha..
Dengan tengok bola live bersama isteri.
Aku pun ok ja la kunun.

(Aih, kunun mau cerita isi penting ja kan.. ini macam terlebih details ja ni)

Tapi dalam 2015, Ringgit Malaysia menjadi semakin lemah, USD, Pound Sterling dan Euro pula makin mencanak, maka kita kena cari lokasi lain yang lebih hemat.
Maka Turki yang menggunakan matawang Lira pun menjadi pilihan.

Kembali kepada cerita objektif. (Kemelalutan terserlah)

Oleh kerana ini adalah honeymoon, maka Addin dan Zara tidak termasuk dalam ini cerita.
Kami dua orang ja pegi.
Lama sudah kami brainwash Addin dan Zara supaya dorang terbuka hati dan minda untuk membiarkan kami pergi honeymoon.
Malah kami sudah latih dorang untuk travel sendirian berhad tanpa orang dewasa balik Labuan sendiri dengan servis Young Passenger Travelling Alone oleh Malaysian Airlines pada bulan Disember yang lepas.
Ternyata dorang lulus. Berani travel sendiri dan tidak menyusahkan nenek dorang di Labuan.
Itu yang penting.

Tapi pasal tiada budak 2 orang ni la aku rasa lemah mau pegi honeymoon bila sudah tiba masanya.
Serasa tidak lengkap.
Selalu kalau travel ke mana-mana, mesti ada budak berdua ni.
Atau Abang Edi pegi sorang. Atau aku pegi sorang.

Kami tidak pernah travel ke luar negara berdua.
Kecuali ketika kami honeymoon ke Bangkok lepas kawin.
Tapi secara teknikalnya, time tu pun aku sudah mengandungkan si Addin.
So, mesti selalu ada anak yang mengikut :)

Dan kali ni juga, untuk honeymoon kami ke Turki, aku dan Abang Edi juga ditemani oleh adik Addin dan Zara.
(Kalau orang malas baca aku punya pembebelan panjang lebar di atas, dorang tidak tau la aku sedang berisi ni. Haha.. Biarlah rahsia.)
Aku tau yang aku expecting dalam bulan Februari sebelum raya cina tu.
Aku beli tiket dalam bulan Januari.
Maka secara teknikalnya, kami tidak akan honeymoon berdua.
Masih ada juga yang mau mengikut pegi travel.

And that adds to my kemalasan yang amat.
Hehe.

Gambar teaser.
Gambar ni diambil dari dalam kapal terbang ketika perjalanan dari Dubai ke Istanbul. 


No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...