google analytic

Nuffnang

Wednesday, March 23, 2016

Bulan Madu 2016 di Turki (Hari ke-4 - 12 Mac 2016 - Istanbul)


Pagi ni saya brekpes dengan kepingan timun, sayur daun tatau apa bersama yogurt, telur dadar bersosej, more sausages dan terung bakar.  

Sebelum keluar, aku kumpul semua baju kotor kami including jeans untuk dihantar ke laundry hotel.
Harga laundry untuk 1kg baju ialah 5 Euro. Mak!!! 
Tapi sebab aku ni malas mau basuh baju dan hang dalam bilik air hotel yang tiada tempat gantung bersesuaian, susah pula mau kering, bagus hantar ja pegi laundry.
Baju bersih sudah habis.
Besok mau terbang ke Cappadocia pula.

Enough with museums, hari ni kita jalan-jalan cuci mata.
Aku ajak Abang Edi ke Eminonu untuk tengok Spice Bazaar, Galata Bridge dan lepas tu ke Taksim.
Dalam Google Maps nampak dekat, 15 minutes ja.
Penat juga la bejalan.

Kami ikut jalan dalam. 
Ternampak tugu porter ni.

Then nampak masjid pula.
Di Istanbul ni, di mana-mana pun ada masjid la.
Kalau time azan tu, bersahut-sahutan bunyi azan.
Orang pekak ja yang tidak dengar bunyi azan di Istanbul ni.

Berdekatan dengan Spice Bazaar tu ada satu dataran lagi and more tugus.

Bergambar juga depan Spice Bazaar aka Egypt Bazaar.
Smaller than Grand Bazaar.

Kami tidak beli apa-apa pun di sini.

Tapi aku ada singgah kedai baju LC Waikiki.
Belambak kedai ni di Istanbul, macam Uniqlo.
Aku jumpa dress warna biru untuk Zara, harganya selepas diskaun hanya 39.90 TL jika dibayar cash.
Rasanya macam susah ja mau dapat gaun budak yang decent pada harga murah macam tu di Malaysia. 

Khidmat kilaktkan kasut.

Jalan-jalan kejap di area Galata Bridge kunun aku mau merasa Balik Emlek atau sandwich ikan.
Tidak try pun juga tu Balik Emlek.
Haih.
Tengok pemandangan ja la.

Oleh kerana Taksim Square tu tidak dekat, maka kenalah naik tram.
Semalam kan pinjam Istanbulkart staff hotel ja, hari ni kami beli sendiri.

Tidak silap aku kad Istanbulkart ni berharga 6 atau 7 TL (non-refundable), lepas tu kena reload untuk harga tiket.
Hanya perlu beli 1 Istanbulkart bagi kegunaan 2 orang.
Boleh share.

Kita tunggu tram di perhentian dan side yang betul.
Kalau side salah, silalah selamba berjalan melintasi landasan tram ketika tram tidak melintas.

Berdasarkan apps Trafi, cara termurah untuk ke Taksim Square adalah dengan naik tram dari Eminonu ke Findikli.
Then kena jalan kaki dalam 800 meter macam tu.
Rupanya kena naik bukit. Penatnya.
Surrender dan ambil teksi ke Taksim Meydani.
Kena caj 5 TL.

Ada pula orang bole bebaring depan tugu Taksim Square ni.

Dari Taksim Meydani, kami ke HRC Istanbul.
Abang Edi mau beli t-shirt di sini.
Sebab masa lunch sudah tiba, kami berlunch dulu.

Air jus mangga campur strawberry campur apa lagi ntah.
Tak sedap.

Aku order chicken caesar salad.

Abang Edi order BBQ Chicken.
Sedap.

Dalam perjalan pulang, jumpa kedai jeruk.

Kali ni kami tidak mau jalan kaki lagi. 
Gunalah kemudahan yang ada dengan sedikit perbelanjaan berkesan.

Sebab aku sudah habis baju, aku terpaksa pinjam baju Abang Edi.
Selalu aku yang bawa baju berlebih-lebih, tapi pasal malas mau packing, terbawa kurang pula.
Nasib baik hotel ada laundry.

Lepas naik tram, kami naik funicular ke Kabatas. 

Sementara tunggu tram di Kabatas menuju ke Sultanahmet, sempatlah berpossing berlatar belakangkan Galata Bridge.
Ramai betul yang sedang memancing di sana.

Sudah sampai Sultanahmet tu, apa lagi yang sesuai untuk dibuat selain daripada tidur.
Hehe. Baju pun sudah siap laundry.
Sepatutnya 3 kilo lebih, tapi dorang kira 3 kilo ja, maka aku pun kena caj 15 Euro.

Dinner malam ni, kami hanya makan di restoran yang berhampiran.

Hot chocolate.

Kebab share 2 orang.

Dan turkish cay.

Aku kena packing, besok kena bangun awal, sebab kami ada flight jam 9.30 pagi ke Nevsehir untuk dikejar. 

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...