(Sebenarnya kami memang tiada masalah untuk bangun awal, badan masih lagi jetlagged guna time Malaysia.)
Untuk pagi ni, kami sudah adjust dengan pihak hotel untuk breakfast awal dan simpan luggage kami yang paling besar dalam simpanan mereka sehingga kami kembali ke Istanbul pada 16 Mac 2016.
Hari ni breakfast ala kadar.
Sambil tu guna teropong untuk tengok pemandangan di sekitar Sultanahmet.
Lepas checkout, kami menuju ke stesen tram yang amatlah dekat dengan hotel kami.
Orang masih belum ramai berkeliaran di awal pagi jam 7.15 ni.
Hotel kami dengan terrace yang paling tinggi atas bangunan kaler kuning lembut beige.
Sultanahmet stesyen, stesyen yang jaraknya hanya 2 minit dari hotel kami.
Kena reload dulu ye.
Kalau tengok dalam peta nampak macam jauh ja.
Trafi bagi kami advice untuk guna route ni dari Sultanahmet ke Istanbul Ataturk Airport.
Kos untuk seorang hanya 3.90 TL sahaja.
Murah kan?
Di Zeytinburnu. Kena transfer naik metro pula.
Sampai sudah di domestic airport.
Kami check-in guna kiosk.
Tidak dapat duduk tepi tingkap. Flight full.
Economy class je ye.
Bersedia untuk depart.
Kami tidak check-in luggage.
Hanya bawa 2 cabin luggage.
Aku pun tidak faham apa motif gambar ni.
Walau apa pun, cabin Turkish Airlines ni selesa.
Dorang depart on time, pilot bawa laju, dan landing lebih awal daripada jadual.
In-flight meal untuk flight kami yang kurang daripada 1 jam 30 minit.
Sedap juga sandwich ni, ada inti cheese, tomato dan daun salad.
Yeah! Dah sampai!
Abang Edi bawa satu cabin luggage.
Aku bawa satu.
Airportnya kecil ja.
Ini adalah pemandangan tour agen yang buat pickup customer dorang.
Sementara menunggu semua customer ambil check-in luggage masing-masing, Abang Edi menjalankan hobinya dulu iaitu bersigup.
Kapadokya map.
Setelah lebih kurang 30 minit perjalanan, kami sampai di hotel kami Kale Konak Cave Hotel.
Review untuk hotel ini akan menyusul kemudian.
Lepas simpan barang dan hemat diri, kami jalan kejap untuk cari lunch.
Hotel ni sebelah ja dengan Uchisar Castle.
Bunga putih berkembangan.
Melalui lorong ke town Uchisar.
Kami jumpa dengan restoran yang macam tidak ramai orang ni.
Nama restoran ni Center Cafe & Restaurant.
Ada orang local yang rekemen untuk makan di sini.
Macam biasa la, appetiser mesti ada roti.
Aku order spageti bolognese (amatlah tidak turki).
Abang Edi order Lamb Shish.
Sedap betul la Lamb Shish tu.
Di area Uchisar Castle ramai penjaja kecil menjual barangan cenderamata.
Harga di sini pun lebih murah daripada di Istanbul.
Kami sempat dengar penerangan tentang pembuatan seramik daripada kedai seramik sebelah hotel kami.
This is unique. Dinding yang dilekat dengan serpihan seramik.
Kami tidak masuk tu Uchisar Castle, kami jalan-jalan di luar ja.
First time nampak cave macam ni, punya la kami jakun.
Abang Edi siap acah-acah buat iklan melompat di gua lagi.
Uchisar Castle dari belakang.
Siap ada traktor parking dalam cave.
Wagon di luar hotel.
Malam ni kami tidak keluar dinner, kami berehat ja makan biskut yang diberikan oleh pihak hotel.
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment