google analytic

Nuffnang

Monday, March 28, 2016

Bulan Madu 2016 di Turki (Hotel Review - Hotel Ambassador Istanbul)

Hotel Ambassador ialah salah satu hotel butik yang terbaik aku pernah stay setakat ini.

Cara pemilihan aku untuk hotel di Istanbul ada beberapa kategori:

Lokasi: 
Mesti di area Sultanahmet. Sebab banyak tempat yang aku mau pergi berjalan adalah di area Sultanahmet. Orang kata di Taksim pun happening sebab di sana ala-ala Bukit Bintang. Tapi aku bukan mencari night life dan suasana happening. Aku mau lepas jalan waktu pagi, tengahari dapat balik hotel dan tido.
Dan tidak hanya itu, mesti tepi jalan dekat stesyen tram. Senang aku ulang-alik ke mana-mana naik tram kalau malas jalan kaki. 

Rating:
Tell you, untuk dapatkan hotel mendapat rating dan review yang baik dalam tripadvisor, booking.com dan agoda di bumi Turki adalah amat tidak susah. 
Amatlah berlambak-lambak.
Mungkin kerana persaingan yang amat sengit dalam sektor perlancongan, mereka kena buat lebih daripada biasa untuk pelanggan mereka. 
So, kalau boleh, don't fall for a less than 4 out 5 star Istanbul hotel. 
Walau murah macamana sekali pun.  
Oh, tidak kisah sekiranya anda memang jenis tidak kisah. 

Harga:
Lagi best di Turki ni, rating dorang tinggi, tapibayaran tidak terlalu mahal. 
Especially untuk bilik berdua.
(Why am I saying this? Adakah kerana aku sudah terlalu kerap kali membayar hotel pada harga yang mahal kerana aku terpaksa pilih family room? Oh ya, mungkin).
Ketika carian, aku hanya pilih hotel dengan harga less than RM300 ringgit satu malam. 

Mesti ada free breakfast:
Aku suka breakfast yang disediakan, ala buffet, yang suka hati aku mau makan ikut selera.
Lebih best lagi, kalau aku boleh breakfast dengan pemandangan Sultanahmet yang mendamaikan. 

Free airport pick-up:
Banyak hotel di area Sultanahmet menawarkan servis ni dengan syarat kena tempah direct melalui website hotel tu sendiri. 
Dan airport pickup pula dari Istanbul Ataturk saja. Sabiha Gokcen terlalu jauh, kena extra fee.
Kalau ada benda ni bagus, tidak perlu pening cari pengangkutan awam atau teksi setelah lama dalam penerbangan.

Ada balkoni atau area untuk smoking:
Semata-mata untuk kemudahan Abang Edi.
Dia yang mau ni facility.

At first, pilihan aku terbelah bahagi kepada dua: Nowy Efendi atau Hotel Ambassador.
Hotel Ambassador menang bagi semua kategori di atas.
Lokasi, harga, free breakfast, free airport pickup dan tempat untuk smoking.
Rating Hotel Ambassador ada kurang sikit berbanding Nowy Efendi.
Tapi Hotel Ambassador boleh bagi free airport pickup walaupun kita hanya stay satu malam di hotel dorang.
Nowy Efendi kena stay at least 3 malam.

Jom tengok gambar dalam bilik.

Bilik 501.
Ada towel bentuk bunga kunun.

Besar juga la bilik ni kan.
Kaya tingkap.

Bathtub berjakuzi.

Ada hairdryer dan jamban.

Wajib la anda sinki.

Seterika baju dan papan seterika pun ada.
Tapi papan seterika tu yang saiz kecil ja.
Peti keselamatan pun ada.

Dapat buah.
Sampai hari last kami duduk sini pun, buah tu tidak habis.
Kami makan pisang ja.

Sori la teleng sikit.
Siap dapat kad ucapan berpantun lagi.

Pemandangan dari bilik.
Abang Edi cakap, kalau ada burung-burung tu, teringat cerita Taken 2.

More view from 501.

Breakfast at the terrace with Sultanahmet view.

Makan pagi kami kena hidang oren dengan jem dan coklat.
Aku pun tidak sure itu coklat ka tidak sebab rasa macam belacan. 

My common breakfast there.
Toast dan sausage wajib ada.

Baked egg with cheese, beef cut and tomato.
Comel kan.

Panorama view of the terrace.

Breakfast area yang tidak la berapa besar sangat.  

Banyak betul makanan berbaris.

Dessert area.

Abang Edi dengan chef yang masak pancake dan telur pelbagai cara.

Ni pula gambar bilik 404.
Bilik yang kami stay pada malam terakhir di Turki.

Bilik ni pun luas juga.
Siap ada sofa bed.

Dan ada jakuzi juga.

We had a good time there.
Kalau kami datang ke Istanbul, insyaAllah, stay di sini la juga kami.
Servis pun bagus.
Harga satu bilik double hanya pada 51.75 Euro satu malam.
Kira orait la kan.
Tapi jangan lupa untuk buat booking awal-awal, dan booking direct di website dorang.
Or email ja dorang. InsyaAllah akan dibalas dengan pantasnya. 

Tapi satu ja slack.
Satellite channel dorang tidak banyak sangat,
No cartoon channel.
Dan semua channel cakap bahasa dorang. Tiada yang berbahasa inggeris.
So, hari-hari aku layan drama Turki yang aku tidak faham pun. 
Tidak pun, tengok berita. 

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...