google analytic

Nuffnang

Wednesday, March 23, 2016

Bulan Madu 2016 di Turki (Hari ke-6 - 14 Mac 2016 - Cappadocia)

Hari ni kami ada day tour - Green tour.
Itinerary kami di Cappadocia disusun oleh Rock Valley. 

Sepatutnya pagi ni Abang Edi ada hot air balloon ride.
Tapi semalam dorang bagitau yang ride tu terpaksa dibatalkan sebab cuaca tidak baik pagi ni.

Sebelum mulakan day tour, kita breakfast dulu.

Breakfast di sini kena hidang. Bukan buffet.
Sedap juga dan simple. 
Orang Turki ni kalau makan, mesti ada mezes, tomato, timun, cheese, jeruk dan roti.

Baked egg with spices on top.
Good idea. 

Pagi-pagi jam 8.30 pihak Rock Travel sudah jemput kami di hotel. 

Mula-mula kami di bawa ke pejabat Rock Valley dulu untuk melangsaikan segala bayaran.

Kakak manis di sebelah aku tu is Didem.
Dia ni la yang sabar melayan email aku tanya macam-macam pasal pakej tour kami di Cappadocia dan Pamukkale.

Pakej tour kami includes:
- pickup from Nevsehir airport to hotel
- 2 nights stay at Kale Konak Cave Hotel
- Green tour and Blue Tour
- Lunch (excludes drinks and tips)
- night bus from Urgup (Cappadocia) to Denizli (Pamukkale)
- day room at hotel before Pamukkale tour (including breakfast) -- yang ni free Didem masukkan dalam pakej
- transfer to Denizli airport
Semua sekali 579 Euro.

Kalau naik hot air balloon, kena tambah 120 Euro seorang.
Tapi pasal aku berisi, so aku memang tidak akan naik tu hot air balloon.

Ini tour yang disediakan oleh Rock Valley.

Ni peta Cappadocia. 

Mula-mula dalam Green tour ni, kami di bawa ke Devrent Imagination Valley.

Di mana-mana pun dalam Turki ni, mesti ada kucing gemok, sihat, buncit dan gempal menyelit.

Tempat ni dipanggil sebagai Imagination Valley sebab formasi batu kesan letusan gunung berapi yang pelbagai.
Ada rupa unta la (macam di belakang kami tu), rupa kereta star wars etc. 

Lepas tu kami dibawa ke Zelve Open Air Museums.

Salah satu tapak warisan UNESCO.

Satu kawasan ni dipanggil open air muzium sebab dorang memang tunjuk rumah gua orang zaman dulu-dulu.
Bukan pamer perabot ka, barangan ka.
Tapi rumah.
Dan rumah-rumah ni mula dikosongkan sejak 1952 untuk dijadikan muzium.


All the belubang-lubang one are used to be rumah orang.

Ini pula pernah jadi masjid. 
Yang berlekuk di dinding tu ialah arah kiblat.

Kosong je kawasan ni pasal bukan peak season.

Memang besar betul bandar gua ni. 
Mesti seronok kalau main hide and seek.

Lepas tu kami dibawa ke pusat pembuatan karpet buatan tangan oleh orang kampung di Cappadocia.

Kepompong ulat sutera.

Setiap suku kaum di Turki menghasilkan motif karpet yang berlainan.
Tapi kami tengok dan dengar saja la.
Pasal tiada duit pun mau beli.
Karpet besar sejadah saja pun sudah 200 USD.

Lepas tu kami ke Pasabaglari Fairy Chimneys di mana kawasan ni pun pernah jadi monastery juga.
Kami bergambar dengan sorang lagi ahli tour kami dari Argentina iaitu Matt.
Dalam tour group kami ada 3 orang ja :) 

Ini kami berselfie sama tour guide kami yang amatlah fasih berbahasa inggeris, Omar. 

Kelaparan sudah menjelma, jom kita makan.

Yes, more bread and mezes.

Mushroom soup yang tidak berapa kena di tekak.

Saya order chicken shish kebab. Sedap.

Lepas tu, kami dengar explanation pasal pembuatan seramik pula.
Pun tidak beli juga pasal berat mau bawa balik Malaysia.

Then kami ke Goreme Open Air Museums.
Sini banyak sangat church sebab ianya adalah bekas monastery.

Time ni sedang hujan maka cuaca adalah sangat sejuk!

Goreme Valley.

Yang best bilik hotel kami ni ada 3 wall radiator/heater.
So, senang la aku mau basuh dan sidai baju. 
Dalam masa 3-4 jam gitu, baju pun sudah kering.

Boleh sidai stokin juga supaya sentiasa warm.

Walaupun malas mau keluar, tapi malam tu terpaksa juga cari dinner sebab kelaparan.
Kami tapau kebab ja.

On the way balik ke hotel tu, boleh pula snow turun bersama hujan.

Salji sudah semakin banyak.
Aku pun buat ais kepal kunun.
Kalau ada sirap ni, sudah boleh buat ABC.

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...