google analytic

Nuffnang

Showing posts with label natural parenting. Show all posts
Showing posts with label natural parenting. Show all posts

Wednesday, May 26, 2010

Makanan pejal


Semalam kan... Setelah lama aku men'dormant'an diri... Aku try la memasak untuk Zara...

  1. Bubur nasi – masak guna rice cooker saja. Guna nisbah beras kepada air iaitu 1:4. Lepas masak, aku blend then masuk dalam bekas dadih yang telah dibersihkan.. pastu masuk peti ais.. cukup untuk makan Zara 3 hari..
  2. Puri kacang pis – beli kacang pis yang frozen (do you know for some vege – it's better to buy them frozen than fresh from store? But no-no for canned vege...).. rebus kejap sampai lembut sikit.. blend, then masukkan dalam ice cube tray.. dah beku, keluarkan puri kacang pis yang sudah beku, dan masukkan dalam ziplock bag..
  3. Ikan bilis blended - yang ni bukan masak... Ni prepare ja... bersihkan, then keringkan guna microwave oven... lepas tu blend halus..
Selalunya sebelum ni, aku masak fresh, terus bagi Zara makan..

Tapi semalam, aku masak in bulk, then simpan dalam fridge untuk bekal Zara ke nursery...

Kenapa buat in bulk? Pasal aku rasa lebih senang...

Kenapa tidak masak di awal pagi, then bagi panas-panas ke nursery? Hm... Aku risau, pasal kalau makanan panas-panas terus masuk dalam tapau, nanti berpeluh kan makanan tu... Takut jadi basi pula...

Dulu time si Zizou mula-mula makan solid food pun.. Sebenarnya macam tu la modus operandi aku... Pagi-pagi buta memasak, then masukkan dalam thermos... The reason was, pasal aku tidak mau bagi Zizou makan nestum..

Kenapa aku tidak mau bagi nestum, sebab aku takut babysitter si zizou bagi zizou nestum thru bottle yang berisiko tinggi dan boleh menyebabkan Zizou tercekik.. Ini adalah kerana BS si Zizou suka betul menyampaikan berita yang si Zizou ni kelaparan sepanjang masa, dia suka sumbat makanan dalam mulut si Zizou sampai full...

For the record, sebenarnya aku bukan orang pertama yang bertuah bagi si Zizou makan solid food... Tapi BS aku tu la... Haih... Mana-mana la.. Benda sudah jadi...

Tapi ada sekali tu kan, si Zizou teruk kena cirit-birit luar biasa... Viral infection – rotavirus la tu culpritnya... Kununnya, ada budak yang sekali dengan zizou tu pembawa cirit-birit... Tapi ada BS tu cerita, kunun, bubur yang dalam thermos tu ada bau macam basi.. Tapi dia bagi juga la... Macam-macam la factor kunun... Aku pun tidak sure mana factor sebenar... Jadi, belajar dari kesilapan... Aku tidak mau bagi lagi makanan panas-panas...

Sebenarnya, dilemma juga... sebab orang kata tidak bagus bagi makanan sejuk-sejuk ni..

Tapi setelah bertanyakan kepada cikgu si Zara di nursery... Dorang prefer makanan yang dibawa tu sejuk... So they can pop the food in the fridge.. Bila sudah time, dorang just panaskan ja portion untuk makan pada time tu.. Preferably, bagi bekal dalam bekas yang berasingan untuk different meal time.. Mengikut kata cikgu si zara pun, ada parent lain yang bagi bekal anak dorang beku-beku lagi pun...

Bagi aku... Whatever... As long as they know how to handle the solid food... As long as tidak mengakibatkan kecelakaan kepada budak-budak yang makan tu.. Ok le tu.. jadi, bagi yang sejuk saja la.. huhuhuh...

Lepas tu, i don't against on the idea of giving instant food to baby.. Nama pun untuk baby kan.. Jadi mesti company tu semua ada pakar nutrisi dorang masing-masing.. Contoh kalau makanan yang berisiko ada nitrate semua tu, sure company tu sudah skim out semua nitrate yang ada, so makanan yang terhasil pun lebih selamat...

Lagipun, dibuatnya kalau aku tidak sihat or whatever yang menyebabkan aku tidak dapat bagi homemade food pada anak-anak aku... Siapa lagi mau bagi kan? Mungkin terpaksa bergantung kepada instant food ni juga...

Apa-apa pun, homemade food is the best... Kerana kita masak dengan kasih sayang... Kita tahu apa ingredient yang kita bagi anak kita makan.. Tanpa bahan pengawet..

Kalau kita sediakan sendiri bekal untuk anak kita ke nursery or rumah pengasuh, itu seolah-olah kita pun ada dekat menemani anak kita walhal kita bekerja...

Untuk penyediaan solid food, aku suka baca blog ni...

Aku juga kurang berkenan dengan idea memberi ikan bilis kepada baby... Jadi kenapa aku prepare ikan bilis tu? hmm... saja je la kot... lepas ni malas la aku buat lagi... bukan senang pun mau bersihkan, keringkan pelbagai... aku pakai microwave tu pun sudah kira pemalas tu... ada org lain siap goreng tanpa minyak lagi...

Ada sekali tu aku pegi ceramah... Ustaz ni nasihat, untuk membesarkan anak yang cemerlang, pemakanan perlu dijaga.. Selain memastikan bahawa makanan yang diberi kepada anak kita adalah dari sumber yang halal, perkara-perkara lain juga perlu dititik beratkan... Seperti contoh
  • Jangan bagi anak makan kepala ikan
  • Kerap bagi anak makan makanan yang mencergaskan minda seperti kismis dan kurma dan kurangkan makanan masam
  • Jangan bagi anak makan organ dalaman
  • Makan buah dulu sebelum makan heavy meal
  • Jangan mix daging dengan susu
  • Jangan mix makanan yang berasaskan meat dari darat dan laut
  • Jangan guna bawang, kentang, halia dan apa-apa yang berkaitan sekiranya sudah keluar tunas
  • Last but not least, jangan bagi anak makan ikan bilis, udang kering, jeruk buah or any tormented and salted food – sebab telah melalui proses penggaraman dan penapaian yang excessive... Cara penyediaan pun kita tidak tau kan... Proses pengeringan mungkin dibuat di kawasan yang tidak bersih...
  • Yang lain-lain... Aku sudah lupa
Jika dilihat pantang larang yang diberikan, ada beberapa rules adalah mengikut cara orang Yahudi or Kosher meal... Orang yahudi amat menitik beratkan cara penyediaan makanan mereka.. Sebab mereka percaya, salah satu akibat yang akan terjadi jika pantang larang tidak dipatuhi ialah akan menyebabkan pemikiran mereka tidak cerdas...

Sekali lagi... Aku ok saja.. Benda yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.. Benda yang senang jangan disusahkan.. Benda yang susah, cari jalan untuk disenangkan..

Saturday, January 30, 2010

Peralatan wajib ada untuk penyimpanan dan pemerahan susu

Selama aku berkursus di INTAN ni, aku ada jumpa beberapa ibu yang berprojek mengepam susu sama macam aku... setakat yang aku tau, ada 3 orang semuanya... 2 orang peserta kursus QA macam aku, yang sorang tu pulak adalah dari kursus lain.. tidak sia2 la dorang ni jadi educated... ada ilmu, dorang amalkan lagi... kan bagus tu...

Yang tukang bagi semangat dan bertukar-tukar cerita pun ramai.. oleh kerana aku just berprojek di surau time lunch break, jadi ramai la kaum wanita yang aku kenal dan bertanya2 mengenai projek aku ni... soalan yang kerap ditanya “Baby skg umur berapa?”, “Berapa ounce boleh dapat?”, “Pakai pam tajuk (brand) apa tu?”... lain-lain contoh cerita yang aku dapat “Akak pun dulu pam jugak”, “Anak aku nyusu lama tapi aku tak pam, time aku keje anak aku minum formula milk je”, “Nyusukan baby memang bagus”... dan macam2 lagi...

Dan aku pun pernah dapat komen macam ni – oleh kerana ramai jugak mak buyung aka ibu mengandung yang solat di surau, maka aku dapat soalan macam ni – “Nanti saya pun nak nyusukan anak la, macamana nak buat projek ni ye?”... and I love to get this kind of question.. maknanya usaha aku menyusukan Zara secara ekslusif sudah berjaya memikat hati ibu-ibu yang lain...

So, sebagai panduan, inilah peralatan yang ibu-ibu perlu ada untuk memastikan projek expressing breast milk while working WORKS! GAMBATENE!!!


PAM SUSU

Kurang wajib sebab untuk ibu-ibu yang tiada alat mengepam susu boleh menggunakan tangan sahaja untuk memerah. Itu adalah skill yang tidak semua boleh master termasuklah aku. Pam susu pun ada berapa jenis juga samada manual, menggunakan kuasa bateri dan elektrik. Kesesuaian jenis pam akan amat memberi kesan kepada motivasi ibu dan prestasi pengepaman susu. Kalau di opis/surau/atau mana2 tempat tiada plug point, maka memang sesuai guna yang jenis manual atau bateri.

Tetapi sebenarnya tidak rugi untuk membeli yang jenis elektrik walaupun lebih mahal daripada yang manual dan bateri. Aku ada semua jenis pam ni tapi aku paling suka guna elektrik kerana lebih mudah dan menjimatkan masa. Aku guna pam brand Spectra 3. Setakat ni amat memuaskan hati. Boleh digunakan untuk double pumping. Proses pengepaman yang senyap dan tidak mengganggu ketenteraman orang lain. Jadi kalau buat projek di surau pun tidaklah segan sangat.

Kalau aku sudah stop projek mengepam ni, insyallah aku akan wariskan kepada adik-adik aku. Dorang pun tidak payah beli lagi.


PETI AIS

Wajib ada untuk menyimpan susu yang dipam atau diperah (sama la jugak tu). Kalau tiada fridge, memang macam tidak guna-guna juga mengepam sebab jangka hayat susu ibu yang dipam adalah terhad pada suhu bilik. Jangka hayat susu ibu yang disimpan dalam fridge pun berbeza mengikut jenis peti ais tu sama ada 1 pintu atau 2 pintu atau deep freezer (freezer untuk simpan daging tu). Time zizou dulu aku ada fridge 1 pintu sahaja. Jadi aku selalu risau tentang stok susu yang terhad sebab saiz freezer yang kecil. Lepas tu tidak boleh simpan susu lama-lama kerana maksimum ialah 2 minggu sahaja jika disimpan di bahagian sejuk beku. Sekarang ni, aku guna peti ais 2 pintu. Puas hati sebab boleh simpan stok susu dengan banyak sehingga 3 bulan.


BEKAS UNTUK MENYIMPAN SUSU

Wajib ada. Boleh disimpan dalam botol susu (seelok-eloknya jenis BPA free). Dulu aku pernah guna disposable plastic liner untuk simpan susu sebab mau jimat ruang freezer. Namun begitu plastic liner adalah mahal dan kadang-kadang senang bocor. Aku juga dinasihatkan untuk guna bekas dadih sahaja sebab kununnya susu yang disimpan dalam plastic liner senang dicemari dengan bau-bau makanan lain dalam peti ais. Seelok-eloknya cuci dan steril dahulu bekas dadih sebelum digunakan. Lepas tu simpan dalam sukatan 2 atau 3 ounces sahaja. Guna bekas dadih ni senang sebab boleh disusun (stackable) jadi ruang freezer dapat dioptimizekan sepenuhnya. Kalau terlebih budget, bolehlah simpan dalam Tupperware kecil-kecil yang mahal tak hengat tu. Jangan lupa untuk label tarikh susu yang diperah.


BEG SIMPAN SUSU – COOLER BAG

Beg ini adalah jenis beg kedap untuk memastikan ice pack dan susu kekal sejuk (guna untuk simpanan makanan panas pun boleh). Boleh didapati di kedai yang jual coleman atau yang sewaktu dengannya (di Jusco, Giant, Tesco dan di mana-mana pun ada). Ada design beg yang stylo maka terpulanglah mengikut citarasa masing-masing. Aku just guna beg yang diberikan secara percuma time beli aiskrim Magnolia (untuk simpan susu Zara on the way ke nursery) dan beg free gift time beli Toyota Avanza. Aku ada juga cooler bag yang fancy yang digunakan time Zizou dulu tapi aku rasa kesan sejuk tu kurang tahan lama. Beg Toyota tu lapisan dalamnya tebal jadi techni ice sheet aku tahan lebih lama. Untuk kesan sejuk yang lagi lama (kot2 pegi outstation jauh-jauh), boleh la beli kotak sejuk warna putih atau bekas coleman yang orang bawa pergi memancing atau berniaga air tin.



CHILLER atau ICE PACK

Chiller atau reusable ice pack ni perlu ada untuk menyimpan susu dalam keadaan sejuk ketika berada di opis atau di luar kawasan. Kalau di opis ada peti ais, bolehlah simpan susu dalam peti ais dulu before masukkan dalam beg yang lengkap dengan ice pack/chiller untuk perjalanan balik ke rumah. Sebaik-baiknya, susu tu disimpan dalam peti ais bahagian chiller sahaja dan bukan sejuk beku supaya susu tidak mencair ketika dalam perjalanan. Susu yang telah disejuk beku once cair tidak boleh disejuk beku semula. Susu yang sejuk sahaja boleh diupgradekan menjadi sejuk beku.

Chiller dan ice pack ni boleh dibeli di kedai yang jual coleman atau yang sewaktu dengannya. Aku just guna techni ice sebab techni ice sheet ni ringan dan tahan lama. Insyallah susu akan kekal sejuk sehingga sampai rumah untuk dipindahkan ke dalam peti ais. Sekiranya anda kurang budget, bolehlah buat ice pack sendiri dengan memasukkan air ke dalam plastic makanan atau plastic aiskrim yang diikat dengan getah. Boleh guna berulang2. Kalau anda buat pakai air masak, bolehlah guna ais tu untuk buat sirap ais.



KESIMPULANNYA, tidak perlu gadget yang canggih manggih dan mahal pun. Kalau semua lengkap, insyaallah projek untuk exclusive breastfeeding sure berjaya.

Tuesday, August 25, 2009

First CDing experience

Mukadimah sekejap

Semalam, hari ketiga berpuasa. Memang mencabar. Manakan tidak? Aku suda set alarm jam 4.30 pagi. Tapi aku selamba tidur balik. Bila terjaga sekali lagi, tengok2 jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi... aiyak!!! Sudah subuh... (memang abang edi tidak boleh diharap dalam hal ni... dia harap aku ja tukang kasi bangun)..

Kalau aku seorang, tidak apa. Masalahnya, ada bawa adik baby dalam perut ni.

Tahan punya tahan... gas sudah mula naik... ulu hati rasa pedih sekali. Sabar... fikirkan tentang ibu mengandung lain yang kelaparan.. bukan saja dalam bulan Ramadhan.. bulan bukan Ramadhan pun belum tentu dorang makan..

Alhamdulillah.. sempurna juga puasa aku semalam... nasib baik adik baby dalam perut ni sporting...

Baru masuk intermission (macam cerita Hindustan)

Semalam, semua diapers dan komponennya sudah kering... balik ja zizou dari sekolah, aku excited pakaikannya dengan cd coolababy.. ternyata si zizou pun berperasaan yang sama. Gembira kerana dipuji pakai "pampers hensem". Fitting memang ok.

Ngam2 jam 9 macam tu (aku agak ja pasal cerita Bio-Nik baru bermula di TV3), nampak si zizou seperti meneran. (Nasib baik aku ada kasi lining dengan nappy liner.. budget awal kot2 dia berak).

Abang edi awal2 suda surrender, dia suruh aku handle.

Lepas zizou menghabiskan business, rupanya si zizou ni berak agak cair sikit. Chet... selalu berak cam orang besar.. tidak pasal2 stain berak dia tu banyak terkena dgn cd coolababy tu (walaupun aku letak liner).

Aku sental cd tu dengan penuh kelembutan. Sebenarnya aku terasa hampir demotivated. Sebenarnya, ini la factor ramai2 parents yang tidak mau beralih kepada CD. Pasal malas mau cuci berak anak dorang.

Tapi aku harus kuatkan semangat. Takkan pasal pengalaman pertama baru bercd sudah kena cuci berak boleh melemahkan semangat aku. Rugi ja beli mahal2.

Aku sarungkan zizou dengan Grobaby pula. Pun dia excited juga. Fitting grobaby ni pun ok juga.

Lepas sejam, aku cek cd tu, basah dan berat sudah rupanya. (Memang la si Zizou ni heavy wetter... banyak minum susu dan air suam). Tapi permukaan soaker tu masih kering. Tukar lagi soaker baru. Kali ni, aku top up dengan booster.

Jam 12 malam aku terjaga. Si zizou mengigau dalam tidur kerana ternyata diapersnya ada leak sedikit. Tidak menghairankan kerana Grobaby awal2 sudah warning, prestasinya hanya akan terbukti berkesan selepas 10 kali basuhan.

Jadi, aku tukar la dengan Huggies. Sudahnya, tidur sampai pagi.

Lepas sahur tadi, aku masukkan semua soiled cd dalam washing machine. Biar la washing machine tu buat kerja dia.

Petang nanti, aku bagi try lagi si zizou guna cd coolababy lagi.

Sunday, August 23, 2009

5th Parenthood Expo 2009 at MVEC

Aku mmg excited menunggu event ni. Solely pasal aku sudah aim mau beli beberapa item untuk colth diapering dan breastfeeding. Malas mau beli secara online. Aku prefer tengok barang2 tu di tangan, pilih2 then bayar - guna cash or credit card. Tambah2 lagi, hasil survey2 aku di internet, selalu di event ni, banyak pomotion dan discount menarik..

Kami sampai di Midvalley around 4.30. Mau buat quick shopping. Aku mmg mau pegi 3 booth saja - Tiny Tapir, Fabulous Mom dan MLO (Nurturing Concept).

See what I bought

Tiny Tapir

Ada cloth diaper dan cloth pad dijual sini. (lain2 barang pun ada, tapi nda la aku perasan appa ka barangnya tu). Ada cloth diaper Starbunz, Rumparooz, Grobaby dan Coolababy.

Hasrat di hati mau beli cloth diaper sini. Lama suda aku survey2 secara online. Cuma aku belum tengok dengan mata kepala sendiri (except for Smart Nappy Mothercare). Tambahan pula, aku pun mau kasi tunjuk sama abang edi.

Grobaby ni lama suda aku aim. Aku beli 1 set shell Grobaby (warna hijau katak) + 1 set Soakers + 1 set Booster dan 2 pieces of Coolababy (warna purple). Bila dikira2 balik, macam menyesal ja aku tidak ambil package Grobaby yang bagi 2 shell tu. Nda pa la.. kalau bagus betul tu Grobaby, nanti aku order lagi.

Aku suda kasi si Zizou try test. Cumil ja ia pakai Grobaby dan Coolababy tu. Sekarang ni, aku baru buat 1 kali pre-wash. Soakers, Booster dan Insert sedang dijemur di bawah matahari.

Fabulous Mom

Nursing Bra - Ni pun aku rasa macam tidak sesuai ja beli online. Aku mau tengok sendiri macamana. Ada fitting room disediakan. Tapi malas aku kan menunggu. Ada diskaun, berapa percent pun aku tidak ingat. Beli 2 bra. (Bra2 aku yang sebelum ni semua tidak syiok pasal tidak padded).

Washable nursing bra pad - dulu time zizou, aku selalu beli yang disposable ja. rasa cam membajir ja. ada juga yang aku beli di jusco. tapi boring bah. pasal rata ja.. susah aku kan mengadjust. kali ni, beli yang fab mom punya pasal bra pad dia ada contour. ada 20% off.

Nurturing Concept

Mau cari storage bottle sini. Sekalinya, ada product baru. 10 biji botol MLO BPA free dengan muatan 2 oz saja. Sesuai untuk storage expressed breast milk (kecil, tidak makan banyak ruang dalam freezer, boleh menambahkan motivasi ibu2 untuk mengepam - pasal cepat penuh dan boleh simpan bm ikut sukatan 2 oz). Introductory price at RM30.

Aku ada tanya pasal storage bags. Tapi tuan punya store kata dorang tidak jual due to not environmental friendly (disposable kan) dan kununnya bau makanan lain boleh masuk dalam storage bags tu (ini kes kalau freezer tu disimpan susu, daging, ayam, ikan segala). Ok la juga tu.. maknanya, aku akan simpan BM dalam bekas dadih ja la. (banyak lagi dalam stor aku, dulu beli pasal aku kemaruk mau buat cupcake kukus dan kuih tepung pelita).

Banyak juga aku berbelanja. banyak lagi booth lain yang buka. belambak baju baby+budak yang murah2... tapi abang edi kata tidak payah beli lagi... pasal kununnya banyak suda baju adik zizou aku beli sebelum ni. nanti adik baby sudah keluar pun boleh shopping lagi.

Lepas tu, round2 midvalley kejap. kunun abang edi mau beli baju kerja. akhirnya, tiada yang dia berkenan. terus kami ke Kelana Jaya. aku sudah reserve seat makan sungkai di Restoran Sari Ratu. Ambil lauk ayam gulai, lemak pucuk ubi, sambal merah, ikan tilapia goreng, es teler dan jus tembikai. tidak sempat ambil gambar pun... tau2 bila aku sudah habis meratah ikan tilapia tu, baru teringat mau ambil gambar.. huhuhuhu.

Syiok juga hari pertama Ramadhan aku tahun ni. Nda terasa penat dan lapar pun.. Alhamdulillah.

Ni hasil rembatan semalam

Friday, August 21, 2009

Natural Parenting


Apa tu sebenarnya natural parenting?

Atau juga dikenali sebagai attachment parenting - Aku pun kurang faham (ka malas kan research about this thing, my bad).. tapi secara ringkasnya boleh la dikatakan merangkumi aktiviti atau nilai2 yang berikut: parents yang memilih gaya hidup keluarga yang alami (natural) seperti

natural childbirth – hmm... as for my last experience, tidak dapat diamalkan... kerana fetal distress... tp mungkin juga kejadian fetal distress tu dapat dielakkan kalau aku lebih bertenang, know the exact breathing technique – mungkin?

home birth – ni pun nda la aku berani mau cuba..

stay-at-home parenting – hmm... wud like to... tp macam nda boleh ja... i enjoy my work (errr.... ya ka? Hehehe)... i dun enjoy terperap di rumah ja menjaga anak.. i want to earn my own money.. mungkin aku boleh jadi inu yang berniaga secara online.. tapi sekali lagi, too bad.. aku ni memang tiada bakat mau berniaga (ni abang edi cakap dan aku pun setuju ja)..

co-sleeping – yang ni memang sedang dipraktikkan... co-sleeping since aku balik berpantang di Labuan kerana tiada babycot sana... sekalinya, baru la aku sedar yang co-sleeping ni memang la menyenangkan kehidupan malam aku sebagai ibu yang menyusukan anak secara natural...
breastfeeding – yang ni pun aku buat, tapi sekarang tidak lagi... si zizou happily minum susu Dutch Lady 123.

babywearing – aku ada la babysling... time si zizou baby2 ja aku larat pakai... sekalinya bila ramai orang komplen si zizou lagi besar dari aku whenever i'm wearing the sling (ya la... aku kan cumil)... boring juga aku lama2... sekarang ni pakai stroller ja...

homeschooling – tiada la ni.... setakat kasi baca buku cerita sama si zizou ada la..

support of organic food – ni pun tidak... aku pun berkira kalau mau beli semua groceries yang organic ni... mahal bah... beli yg tidak organic pun ok aku rasa... cuci la betul2... tp aku memang tidak berapa support kalau mau kasi baby makan makanan bergaram dan processed food ni (contoh macam nestum ka apa ka)... time si zizou mula2 bersolid food, tiap2 hari aku bersilat masak bubur kasi campur kentang la, brokoli la, lobak la, ayam la, ikan la kunun... sekali sekarang, bukan si zizou mau makan sayur... nasib baik dia tidak suka makan gula2 dan jajan...

dan lain-lain lagi (termasuklah anti circumcision, which is definitely la aku tidak akan amalkan pasal orang Islam kan diwajibkan berkhatan untuk anak lelaki dan sunat untuk anak perempuan).

Jadi ni, tidak la natural parent sangat aku ni..

Tapi, adakah bermakna natural parents tu bagus? Kalau orang yang tidak mengamalkan semua value tu tidak bagus ka? Tidak juga kan... every parents want the best for their children..

Tapi aku cukup heran kalau ada orang yang memandang rendah orang lain yang tidak mengamalkan semua2 di atas. Dalam masa yang sama, bangga kerana mereka obsess.

Kenapa bangga? Kerana mereka committed? Kerana mereka rasa they sacrifice a lot? Mungkin.
Natural atau tidak natural, it depends on the parents. titik.

Wednesday, August 19, 2009

Penyusuan dalam kecemasan

Baru terbaca entry dari blog sarakids..

Terharu la aku baca pasal seorang polis wanita di Sichuan, China yang menyusukan 20 orang bayi bergilir-gilir (non-stop tu...) sebab time tu ada kecemasan susu formula lambat sampai... kenapa lambat sampai? Sebab ada kejadian gempa bumi.. sila rujuk di sini

Macamana aku kalau dalam keadaan macam tu?

Kalau aku boleh menyusukan, aku akan menyusukan mana2 bayi yang dalam kecemasan dengan izin abang edi. Tapi aku positif, abang edi mesti tidak kisah. Nama pun kecemasan dan atas sebab kemanusiaan.

Aku memang pantang tengok baby/anak orang dalam kesakitan.. kalau aku tengok anak orang kena neb pun aku boleh keluar air mata.. huhuhu... ni kan pula menangis kelaparan..

Kalau anak aku pula yang dalam kecemasan, aku rasa aku pun kena redha juga dia disusukan oleh ibu lain... huhuhuh....

Syukurnya aku kerana Malaysia ni aman...

Semoga dijauhkan dari bencana... Amin...

Monday, August 17, 2009

Cerita pasal Diapers

Anakku si Zizou sekarang makin lama makin petah bercakap. Dan makin peramah... kalau dulu, punya la main susah si Zizou ni mau terima orang baru.. sekarang ni, kena ajak ketawa2 ka, kena manja2 sikit pun dengan strangers, dia suda jadi minta puji.. huhuhuh... baru2 ni si Tasha datang KL, punya la si Zizou ni manja sama auntie Tasha... mau berkepit ja... pi mana2 pun cari Auntie Tasha... (kalau tidak, sebelum ni dia manja sama si Auntie Nurul.. sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi... ehehehe)... semalam ke Sunway Pyramid pun, ketika aku berbaris menunggu turn mau guna ATM Maybank, ada sorang mamat arab yang baris depan aku mengacah2 si Zizou.. si Zizou ni pun suka la... bila mamat arab tu kasi hulur tangan, boleh ja si Zizou ni pegang tangan mamat arab tu... huish.... menyirap darah aku tengok tahap keramahan si Zizou ni... tidak boleh jadi... ya la... paranoid juga... takut kena culik pun dia boleh gembira2... (NAUZUBILLAH).... tidak pun, takut juga kalau mamat arab tu ada H1N1 ka... (NAUZUBILLAH sekali lagi)... minta dijauhkan... terus aku suruh si Nurul ambil si Zizou dan kasi tangan si Zizou pakai sanitizer...

Zizou juga semakin pandai mengekspres kemarahan (tapi selalu tengok mood dia juga). Kalau mood dia ok, everything that we said, mesti dia akan balas “ok..”... kalau mood dia tidak ok, naya la dia menjerit dan menjadi pengadu “Mummy, nengok ni daddy buat” or “Daddy, nengok ni mummy buat”... sedangkan, Mummy dan Daddy tidak ada salah apa pun... therefore, kami buat bodo ja atau pun memulangkan paku buah keras balik kepada si Zizou “Mummy tidak nampak Daddy buat salah apa pun... zizou yang buat macam tu kan.. jadi tidak bagus mau kasi blame orang, understand?”... kalau mood ok, dia akan jawab “ok”.. dan kalau tidak – the tantrum continues... huhuhuh...

Ok... sukup.... tu hanya mukadimah... hehe.. sebenarnya, aku mau cerita yg sekarang ni aku sedang gila buat research pasal cloth diapers... banyak gila brand di pasaran.... hasrat di hati, mau ja aku buat sendiri cloth diapers tu... tapi aku ni kemahiran menjahit pun tidak sampai 2%... bermesin jahit jauh sekali... kalau mau jahit tangan ja, mesti la buruk gila cloth diapers aku tu nanti..

Untuk adik si Zizou pun, aku sudah sediakan kain lampin, alas plastik dan snappy (pengganti pin lampin). Walaupun aku bercadang untuk menggunakan disposable diaper (DD) untuk adik si Zizou, tapi aku tau, mama aku would very like kalau aku pakaikan cucunya dengan kain lampin – sebab mau mengelak berbadas katanya.. (badas tu kalau ikut orang Sabah maknanya ruam lampin or melecet). Which is true... kalau pakai disposable diaper yang tidak sesuai, nanti baby senang kena badas..

Zizou pun dulu banyak juga jenis DD yang aku pernah kasi cuba.. sampai bila aku sudah sampai tahap boring kerana si Zizou terkena badas ja, aku kasi la dia pakai lampin... tp pakai lampin tension juga... sekali kencing, terus si Zizou ni menangis tidak selesa... hmmm...

Aku pernah kasi pakai si Zizou DD brand

· Pet Pet (ok juga ni.. mula2 lepas si Zizou lahir, kami belikan dia Pet Pet... – time tu bongok2 lagi, jenama DD apa di pasaran pun tidak tau, tau jenama Pampers saja la - tapi di Labuan tiada ni jenama, so aku cari DD jenama lain)

· Pureen (ni mmg hampes tapi murah)

· Giant (pun hampes... abang edi beli kunun pasal di komplen si Zizou banyak berak ja, jadi tiada guna beli DD yang berjenama pun... memang la dia banyak berak, tapi kesian juga tu kalau pakai yang kurang menyerap.. aku juga tensen jadinya kena melayan si Zizou menangis... sudah la aku new mom time tu...)

· DD brand start with a letter ‘M’ (tidak sure la apa nama dia... tapi DD ni ada dalam hamper yang member aku hadiahkan untuk si Zizou... pun hampes juga.. tapi pasal orang suda kasi free, kasi habis ja la... every an hour, aku gantikan DD si Zizou)

· Mamy Poko (ahaha.. ni kunun2 aku mau merasa kasi si Zizou pakai DD yang mahal... hasilnya, bukan la bagus mana pun aku rasa... mungkin part serapan tu dia ok, tapi cepat bau hancing)

· Drypers (boleh la... tapi meninggalkan kesan melecet pada celah kelangkang dan paha si Zizou... aku kena sapu lotion lagi supaya si Zizou rasa selesa)

· Drypantz (yang ni aku suka.. pasal lembut ja..)

· Huggies Dry (ini la jenama DD yang si Zizou pakai sekarang... setakat ni ok ja)

· Huggies Dry Comfort (kadang2 kalau ada promotion.. kami belikan untuk si Zizou yang ni... mahal sedikit, tapi kadar penyerapan lebih bagus)..

Baru2 ni pun, aku ada belikan Zizou training pant dari Mothercare.. ada gambar Thomas & Friends.. sebab si Zizou masih belum pandai kencing lagi... dengan harapan, kalau bagi dia pakai training pant time weekend tu, boleh la ajar si Zizou ni kencing sendiri..

Hujung minggu ni ada Parenthood Expo di Midvalley... ada banyak booth pasal breastfeeding, cloth diapering dan baby wearing akan dibuka di sana... aku sudah cakap sama abang edi yang aku mau pegi sana... belum lagi ada kesempatan tengok CD ni macam mana... jadi time ni la mau survey2... kot2 ada promotion baik punya... boleh la sambar sekeping dua CD yang comel2...

Monday, August 10, 2009

Seruan berCD

Sebenarnya, since 2007 lagi aku sudah terbaca serba sedikit pasal cloth diapers (CD) ni. Tapi aku ignore ja. Pasal aku ingat benda ni macam teda kaitan sama aku. Ka pasal ignorance aku tu menyebabkan aku tidak tahu? Aku ingat cd tu macam lampin kain biasa ja. Tambahan pula time tu aku ni sibuk sangat la study pasal ilmu breastfeeding. (mmg banyak ilmu yang perlu dipelajari, mana ada sikit2).

So, lately ni, semenjak dua menjak aku selalu mengjadi pengunjung setia blog Sara Kids, aku pun ada la terbaca pasal anak2 beliau yang sekarang sudah fully cd. Setelah aku membuat kajian dan pembacaan, rupanya cloth diapers ni sudah mengalami evolusi.. orang moden sekarang sudah ramai guna cd yang sofistikated.. corak pelbagai, boleh pakai sampai 8 jam, jenama pun ada macam-macam... harga satu cd saja boleh menjangkau RM80++. Ada orang cakap guna cd ni mahal tapi sebenarnya mahal tu hanya untuk one off ja.. tapi sebenarnya boleh tahan lama guna 2-3 tahun dan boleh diperturunkan kepada anak2 yang seterusnya. Lepas tu, ada second hand value pulak tu. Boleh jual semula kepada orang.

Aku masih dalam fasa mengkaji. Abang edi pun sudah bagi lampu hijau. Balik2 tanya aku bila mau beli cd tu. pasal kes kena cuci cd tu bg aku bukan susah pun. Cuma aku ada 2 perkara yang buat aku masih agak hesitate untuk teruskan amalan bercd ni.

  1. Mau educate bbsitter anak aku di nursery nanti. Kalau ada ibu lain yang sudah buat macam ni, senang kerja aku.
  2. Mau start guna pada adik zizou. Tapi untuk newborn macam susah pula. Firstly pasal takut cd tu longgar nanti leak pula. And then, newborn kan asyik berak ja. Satu hal la pula aku kerja mau cuci berak ja time pantang nanti. Meroyan pulak karang kerana kurang rehat... huhuhu... minta dijauhkan...

Jadi, buat masa sekarang ni, mungkin aku akan mempertimbangkan bagi adik zizou pakai disposable diapers dulu for the first few days of his/her life. Lepas tu, baru aku bagi dia pakai cd.

Disposable diapers pun mmg banyak gila di pasaran. Nanti la aku cerita pasal pengalaman aku guna disposable diapers ni pula.


cumil kan cloth diaper ni

p/s: tadi adik aku call, ada cerita pasal cousin aku baru bersalin. cousin aku ni bg bb dia minum air masak.. hmm... nda pasal2, adik aku kena ceramah pasal exclusive breastfeeding ni. aku sudah sound sama adik aku awal2, nanti aku ajar dia pasal exclusive breastfeeding cukup2 kalau dia mengandung nanti. Gadget semua cukup, aku ble bg adik aku pinjam. So, tiada alasan untuk adik aku tidak breastfeed anak2 dia.

Wednesday, July 15, 2009

Penemuan baru

try pegi blog ni...

http://www.sarakids.com/blog/

aku rasa blog ni bagus sangat untuk ibu-ibu, bakal-bakal ibu, bapa-bapa, bakal-bakal bapa, dan sesiapa la yang berminat untuk mencari info pasal penyusuan susu ibu ni... dan ada juga topik2 berkaitan yang lain...

untuk pengetahuan, pemilik blog ini ialah seorang kaunselor laktasi yang telah diperakui dan certified.... aku tidak pernah berkomunikasi dengan beliau secara berdepan hatta secara online.. tidak tau la orang ni macamana gayanya in person... aku penah berhubung dengan seorang kaunselor laktasi yang lain (agak glemer juga orangnya)... tp cam kurang mesra ja dan agak uptight- aku pun jadi males...

the way i perceive this blog....
segar, lembut, menarik, berhikmah, diplomasi, memujuk, tidak meremehkan dan memberi info yang luas serta membuka minda... tidak jumud, disokong dengan fakta-fakta yang menarik dan mudah difahami... amat optimis...

sama sekali tidak seperti sesetengah breastfeeding web/blog/forum yang
  • meremehkan dan memandang sinis kepada ibu-ibu yang memberikan bayi/anak mereka susu formula di atas pilihan atau terpaksa (tiada pilihan - habis ikhtiar)
  • merungut dengan persekitaran sekeliling yang dilihat tidak menyokong amalan breastfeeding
  • berlagak kerana mampu menyusukan anak mereka secara natural (breastfeeding) - kunun cam bagus - ada juga orang yang rasa bagus kerana bg anak susu formula mahal?! - maybe
mungkin aku pun pernah berkelakuan seperti kategori ibu-ibu di atas... (ampunkan aku ya tuhan....)

apa yang aku boleh buat sekarang untuk berubah...
  • terus berusaha untuk memastikan aku dapat menyusukan adik si zizou nanti selama yang mungkin (adik zizou ja la... si zizou mana mau menyusu badan lagi...)
  • tidak sinis kepada ibu lain yang opt for formula milk (ikut suka orang la... masing2 boleh fikir mana yang baik dan kurang baik)
  • akan terus memberikan galakan secara langsung atau tidak langsung kepada mereka yang mungkin kurang faham berkenaan breastfeeding ni...
  • bersyukur kepada Tuhan memberikan rezeki susu ibu kepada adik zizou dan mohon untuk terus diberikan rezeki itu
sebagai menunjukkan support pada blog tu... aku letakkan pada favorite link aku... enjoy!!!

Friday, May 8, 2009

Semangat Mummy Zizou

I’m still on a long way to meet my new baby... (lamanya...)

Tapi aku sudah berazam untuk menyusukan bakal adik Zizou secara ekslusif sekurang-kurangnya 6 bulan. InsyaAllah. (Exclusive means – no formula, no drinking water, no solid food, just breastmilk).

Dan dengan ini, berikut ialah perkara yang aku rasa aku mesti ada untuk mencapaikan cita-cita aku nan suci ni

1. Peti sejuk 2 pintu – penting juga ni. Pasal sekarang ni ada peti sejuk 1 pintu ja. Comel pula tu. Dekat freezer tu la mau simpan ikan la, ayam la, ais batu la, aiskrim la.. nanti ruang untuk simpan frozen EBM sikit ja. Lagipun, jangka hayat frozen EBM kalau simpan freezer 1 pintu ja tak lama, about 2 weeks ja. Kalau peti sejuk 2 pintu, at least ble simpan 2-3 months. Kalau ada deep freezer lagi bagus, ble simpan 6 months. Lagi satu, pintu sejuk 1 pintu kan kena selalu defrost. So, kalau sudah stock frozen EBM tetibe kena defrost, rugi la. Pasal, once susu yang beku dicairkan, mesti kena guna dalam tempoh 24 hours. Tidak boleh disejukbekukan semula.

2. Botol susu saiz kecik2 (4 - 5 oz) BPA

3. Storage liner – sebenarnya ada cara yang lebih murah iaitu menggunakan botol susu biasa dan bekas dadih. Tapi, kalau guna botol susu, penuh la ruang freezer aku nanti. Pastu, aku kurang yakin la guna bekas dadih. Storage liner pun tidak la mahal sangat. Boleh dapat RM30 for 100pcs. Lepas pakai, tak ble guna balik. Disposable la pendek kata untuk menjamin hygiene EBM tu. Tapi tgk la macamana. Ada orang kata guna bekas dadih selamat. Betul le tu kot. Tapi tidak boleh guna banyak kali. 4-5 kali ja. I'll think about it.

4. Bottle warmer – ni tujuan untuk diletakkan dekat nursery nanti. Pasal aku malas mau menyusahkan orang di nursery tu susah2 menunggu memanaskan susu sejuk guna air suam. (Takut nanti dorang rebus ja atas periuk berisi air mendidih, habis mati segala zat-zat EBM aku). Diharapkan, dengan adanya bottle warmer ni, orang di nursery tidak akan liat untuk melayan permintaan aku untuk bagi anak aku EBM. but for this item, yet to be confirmed. Kena tanya dorang dulu dorang ada ke tak bottle warmer ni, most important, tau ke tidak cara nak handle EBM.

5. Chiller – dulu pakai techni ice. Tapi rasanya dah tak ble pakai kot. Beli la baru.. huhuhuh..

Apa2 pun, aku sudah menyampaikan hasrat aku ni kepada abang edi tercinta. Dia memang menyokong ja. Dari time aku menyusu Zizou lagi. Memang tiada halangan. Dia memang amat bangga kerana aku dapat menyusukan Zizou. Malah, kalau ada kawannya yang baru menimang baby pun, abang edi akan nasihatkan kawannya (of course the father) untuk galakkan isteri dorang breastfeed.

Aku sudah ada 3 jenis pam. Pam manual (Avent Isis), Pam elektrik (Spectra 3) dan pam bateri (Pureen – ni yang abang edi beli mula2 time aku sedang berpantang, cam tak best ja, tapi terpaksa pakai.. huhuhuhuh)... bag untuk simpan pam dan chiller pun sudah ada. Tu kira pelaburan yang mesti digunakan dengan sebaik2nya.

Pastu, bila cakap kat abang edi mengenai cadangan beli peti sejuk baru tu, tanpa banyak bantahan, abang edi pun setuju saja.. hehehe.. dia kata tak yah tunggu nak beranak, dalam masa yang terdekat pun boleh. sekarang fikir mana mau tolak peti sejuk 1 pintu tu. Sayang abang edi.

Semangatnya aku. Mummy Zizou boleh!

p/s: Al-Fatihah kepada arwah ibu rakan ofis aku, En. Taib. Tadi pi lawat jenazah. Sempat juga sampai ke tempat kejadian sebelum arwah disembahyangkan. Hatiku berasa sayu. Dalam hatiku berdoa supaya Allah memanjangkan usia mama aku yang jauh di Labuan dan ibu mertuaku yang dekat di Petaling Jaya. Disampingkan memohon supaya dosa2ku diampunkan. Amin.

Tuesday, May 5, 2009

Transformasi yang basi

Sesapa yang tidak buta mengenai dunia hiburan yang ada di Malaysia sekarang mesti dapat mengagak tajuk blog aku ni pasal apa.

Tak lain dan tak bukan.. pasal AF7 ni la.. transformasi kunun...

Sebenarnya juga, aku rasa tidak adil untuk aku bercerita pasal AF7 di sini, pasal boleh dibilang pakai jari (sebelah tangan saja) kekerapan aku menonton AF7 ni. Simply say "Buhring dan buhsan"... seakan2 tiada aura yang dapat menarik aku untuk tengok AF7 ni – diarinya hatta konsertnya pun... adakah kerana hostnya? Adakah kerana stage yang malap2? Ka aku mmg sudah sampai tahap jelak?

Kalau mau dibandingkan dengan OIAM yang baru ja berlangsung finalenya jumaat lepas... ibarat langit dengan bumi.. Nampak sangat perbezaan.. kalau di AF, budak2 disuap dengan segala yang ada – cara nyanyian, cara phrasing, segala apa jadah la dalam masa seminggu... hasilnya – masih buruk dan tidak dapat menandingi penyanyi asal lagu2 tersebut.. yo yo oo ja kunun pitching macam ni, cara sebutan macam ni, emosi macam ni... (kalau AF yang dulu2 semua aku follow... sekarang ni kureng...)

selayaknya effort tersebut dilakukan untuk membaca Al-Quran... tajwid macamana, tarannum nya bagaimana, pernafasan macam mana, mana sesuai nak waqaf.. tafsirnya apa... pahala pun dapat... tapi biasa la... dulu pernah ada Akademi Quran ni... maybe pasal tidak ramai followers... jadi musimnya pun tidak la sebanyak AF ni..

Yang cita pasal OIAM ni pula.. aku pun bukan mau tengok sangat, pasal lelah dengan scenario siri reality yang berlambak2 ni especially yg pasal nyanyi2... tambah2 pasal ada Tomok (tp musim pertama dan kedua aku tidak follow pun)..... hahaha.. tp tu mula2 ja.. ada satu jumaat malam sabtu tu.. husband aku ni terbuka la channel 8TV... sekali tengok best le plak performance si Tomok ni... terus follow every week sampai la ke final... rasa2nya, memang patut la dia menang pun.. tu baru transformasi... dan rata2nya semua contestant pun agak berkualiti... they pick their own song, buat arrangement sendiri, make the songs as theirs... dan yang penting, syafinaz dan paul Moss tidak la memanja2kan dengan kritikan (or may i say pujian) yang tidak patut2...

Bila si Rubisa dan si Zizi terkeluar dari AF, pun aku tidak heran... pasal aku rasa semua Sabahan pigi sokong tu si Esther... hehehe..

Sepatutnya kan, ada channel tv di Malaysia ni buat reality series macam The Biggest Loser di Hallmark Channel tu.. lagi ada faedah... exercise and eat right – towards healthy life...

Monday, January 26, 2009

I like...

malam ni malam chinese new year.. kununnya, tahun ni tahun lembu.. (bukan kunun lagi, ini betul kejadian).. mengikut orang cina, lembu ni binatang yang rajin dan tabah... so, kita pun mesti ikut cam sikap baik lembu ni kalau nak dapat byk ong... mana2 lah... asal baik, aku ikut ja...

me and si daddy tingu ni cerita Ah Long Pte. Ltd... syiok juga ni cerita... kelakar... terasa macam mau beli pula dvdnya...

petang tadi ada ulangan AJL23... aku pun menunggu2 la show si Stacy... sebenarnya, time AJL tu... besar harapan aku kalau si Stacy dapat menang Persembahan Terbaik... ya la... showmanshipnya bertenaga... ingat senang ka mo menyanyi lagu fast lepas tu menari lagi? kak britney spears pun selalu miming ja walaupun dia banyak show dan jauh lagi masyuk dari si stacy ni...

tapi, nda apa la, ramai orang bangga sama kau stacy..you have prove to people yg kau best.. walaupun tidak sebest band berjumpa pakcik husin for this time.... tiada rezeki kau kali ni stacy, next2 time mesti ada... biar la bg abang p**o tu menang kali ni... pasal orang p**o tidak akan ke ke mana2 pun..macam anjing dengan bayang2.... ;p

nanti kalau aku terer, aku upload video si statcy di AJL23..

Tuesday, July 1, 2008

The precious drop is still there!!

Zizou sudah semakin besar.. nak dekat 1 tahun 7 bulan dah.. and aku still breastfeeding.. orang selalu tanya "ada lagi ke?"…. ada… Alhamdulillah, setakat ni Tuhan masih bagi rezeki yang satu ni pada Zizou… the precious drop is still there!!

Thursday, August 2, 2007

Pilih yang mana satu


Terdapat tiga wanita di dalam gambar ini. Wanita yang kiri sekali memberikan anaknya susu formula melalui botol. Wanita tengah adalah seorang ibu yang sedang mengandung. Wanita ketiga pula seorang ibu yang menyusukan bayinya dengan susu ibu.

Jika diperhatikan sehalusnya, dapat kita lihat bahawa tiada ‘eye contact’ atau perhubungan mata antara wanita pertama dengan anaknya yang menyusukan susu formula itu. Ibunya asyik memandang ke arah lensa kamera untuk memastikan wajahnya menarik ketika gambar diambil. Dia langsung tidak memandang wajah anaknya yang sedang menyusu, dan si anak pula sibuk memandang ke arah lain tanpa memperdulikan ibunya.

Ibu ketiga (ibu yang memberikan susu ibu) pula adalah sebaliknya. Beliau langsung tidak menghiraukan lensa kamera kerana lebih asyik memerhatikan bayinya yang enak menyusu. Bayinya juga turut memerhatikan ibunya dengan penuh kasih sayang. Mereka berada di dalam dunia mereka sendiri seperti dua insan yang bercinta. Inilah penangan susu ibu. Hanya mereka yang pernah menyusukan bayi mereka yang sepenuhnya sahaja memahami perasaan ini.

Manakala ibu kedua pula sibuk memikirkan ketika bayi yang bakal dilahirkan kelak, ibu yang mana akan dicontohinya? Ibu pertamakah atau ibu ketiga?

Friday, July 27, 2007

Balik-balik menyanyi..bosan..

Aku memang boring dengan senario (eiseh…pakai perkataan senario..) hiburan di Malaysia ni yang balik2 menghidangkan pertandingan menyanyi. Lepas tu, pemenangnya kena pilih dengan undian sms orang awam pula tu.

Macam tiada pertandingan lain saja boleh buat. Tapi ada juga sesetengah contest yang bukan pasal menyanyi dan kira macam segar juga la..contoh So you Think You Can Dance dan pertandingan cari pekerja Carrefour – aku pun tidak ingat tajuk - (konon tiru The Apprentice+Survivor+ ntah apa2 lagi la).. but still, guna sms.

Baru2 ni ada pula pertandingan nyanyian LG dan di kalangan peserta tu ada pula budak sekolah rendah. (Tak sekolah ke?). .. the rest of the contestants pula, adalah muka2 pencuba nasib yang gagal untuk masuk AF, Malaysian Idol dan lain-lain pertandingan nyanyian.

Aku rasa Malaysia ni sudah kehabisan bakat la. Pasal balik2 muka sama juga pergi audition. Lepas tu semua nyanyi lagu orang..boring… (kalau nyanyi lagu dorang sendiri, lagi boring la kali…)

Aku ni kata ja boring, tapi kadang2 aku tengok juga. Tapi, aku tidak SMS. Aku tengok sambil aku kutuk. Hahaha..

SMS? Aku pun heran kenapa people keep SMSing untuk pertandingan yang memang 100% tidak akan membawa keuntungan kepada penghantar SMS tu. Siapa yang SMS sebenarnya, adakah hanya di kalangan sanak saudara dan kawan-kawan peserta tu sahaja?

Untung ka stesen TV yang buat pertandingan nyanyi2 ni? Kalau AF tu sah2 aku rasa macam bawa banyak untung, tapi yang lain2 tu, banyak ka SMS yang masuk?

Menyanyi, menyanyi… nampaknya rakyat Malaysia ni bakal jadi macam orang-orang yang hidup dalam filem Hindustan. Kurang pada part menari saja.

p/s: Aku tengok AF saja.. pasal promosi dorang bagus kot. But still, aku tidak undi. Huhuhu….

Thursday, July 26, 2007

Apa yg aku mau beli..

Aku mau beli…

Jam tangan – jam tangan hadiah husband yang aku dapat sebelum kahwin sudah rosak. Kalau repair pun sudah mencapai half price dari harga beli dulu. Jadi, bagus beli yang baru.

Buku bertajuk “Totto-chan : The Little Girl at the Window” – testimonial aku baca konon buku ni bagus untuk member bimbingan dan didikan awal kepada anak kita. Kunun kita akan jadi lebih kreatif dan berimaginasi.

Madu khaula – ni untuk supplement food aku sendiri. Supaya bekalan susu bertambah banyak dan lebih lancar. Insyaallah.

Wednesday, July 4, 2007

Milk oh Milk!

Aku terpanggil untuk berkongsi cara-cara untuk berjaya ni kerana aku rasa aku ada pengalaman dan sedikit ilmu. Tapi aku sendiri pun tidak berjaya kerana aku sudah mengenalkan Zizou dengan susu formula pada usia yang awal iaitu 3 bulan lebih. Aku saja-saja mau tulis ni untuk menjadi panduan kepada semua orang (bakal ibu, wanita yang sudah lama menjadi ibu dan teringin menambah anak lagi, wanita yang merancang untuk ada anak, lelaki-lelaki yang ada anak dan teringin ada anak) yang baca blog ni dan pengajaran untuk diri aku sendiri.

Sebagai ibu manusia, aku rasa amat mustahak setiap bayi manusia juga minum susu manusia. Aku amat pro breastfeeding but sadly, bukan hard core breastfeeder (sob…sob..isk). Dan dalam masa yang sama, aku bukanlah meremehkan susu formula. Cuma aku rasa amat kasihan dengan bayi yang belum pun berumur 2 bulan tapi diberikan minum susu formula. Dalam masa beberapa bulan pertama umur bayi, time tu la otak mereka cepat berkembang.
Insyallah, kalau ada rezeki second project nanti (adik Zizou akan datang), aku harap aku dapat menyusukannya 6 bulan pertama secara ekslusif (tanpa susu formula, air masak, glukos, nestum dan apa2 la tanpa nasihat daripada doctor). Moga diizinkan Tuhan…
Breastfeeding
Cara-cara untuk berjaya menyusu baby dengan susu badan ialah
Ketika mengandung
  • Ketika mengandung, pasangkan niat dan tanamkan azam untuk menyusukan anak dengan susu badan sendiri. Janganlah hanya fikir mau shopping baju baby jenama apa, pampers apa, katil macamana, macamana mau kurus balik…hanya keazaman yang kuat dapat menjamin penyusuan susu badan sepenuhnya.
  • Niat dan azam tu pula haruslah disertai dengan belajar apa yang patut. Sekarang banyak sumber bacaan yang boleh didapati daripada majalah, buku, internet. Rata-rata ibu di US ada kesedaran untuk menyusukan anak mereka. (Means, sumber bacaan tu pun akan banyak juga lah). Kalau tidak paham English, website orang Malaysia pun banyak. Use your Google. (Kalau malas membaca, tanya dengan orang yang tahu.. tanya aku pun boleh…no hal).
  • Educate suami anda ketika sedang mengandung supaya dorang pun sama-sama tahu kepentingan susu badan kepada baby yang bakal lahir. Suami adalah orang yang paling terdekat dan mempunyai hak yang sama besar dengan hak ibu ke atas baby. Sekiranya suami juga concern agar baby mendapat yang terbaik, insyallah dorang mesti menyokong.
  • Carilah hospital dan doktor bersalin yang menyokong breastfeeding. Ini adalah salah satu factor kejayaan awal yang paling utama sebenarnya. Hospital rakan bayi akan memastikan bayi disusukan ibu dalam masa sejam selepas dilahirkan untuk merangsang kebolehan bayi menyusu dengan puting asli (bukan puting botol) dan keupayaan hormon ibu yang mengeluarkan susu. Bayi yang dikenalkan dengan puting tiruan akan mengalami nipple confusion jika disuakan puting payudara ibu dan ini akan menyukarkan proses penyusuan badan. (Janganlah lepas bersalin ingat mau rileks saja, memang bersalin tu penat… sebenarnya dengan menyusu, badan akan mengeluarkan hormon yang mengecutkan rahim dan melegakan kesakitan ibu, kuasa Allah…aku yang bersalin caesarean pun boleh menyusukan baby ketika masih numb sebab bius. Sebelah tangan saja boleh gerak sebab sebelah lagi kena masuk drip).
Ketika pantang
  • Jangan beranggapan bahawa proses penyusuan itu akan berlaku secara semulajadi. Ramai ibu2 yang baru melahirkan anak akan jadi panik sebab bayi mereka tidak mahu menyusu badan atau susu mereka tiada atau sedikit. Harus diingatkan, penyusuan yang berjaya melibatkan banyak faktor – cara pelekapan mulut bayi pada payudara yang betul adalah salah satu factor paling utama. Salah lekap (latching), puting mungkin akan terasa sakit dan luka.
  • Mengikut kajian dan fakta, there’s no such thing is susu tiada! Harus diingatkan bahawa pada 4-5 hari pertama selepas melahirkan anak, susu amat sedikit dan berwarna kuning cair kerana yang keluar dari payudara ialah susu awal atau kolostrum. Kolostrum ni walaupun sedikit tetapi sebenarnya cukup untuk mengenyangkan bayi. Selepas 4-5 hari pertama, expect lah untuk menerima kelimpahan susu.
  • Susu badan adalah susu yang teramatlah sesuai untuk diconsume oleh bayi kerana amat mudah dihadam (disamping khasiat yang tidak ternilai). Senang hadam bermakna cepatlah lapar. Means tidur bayi tu tidaklah lama. Kalau bayi sudah terjaga dan menangis kelaparan, cepat-cepatlah hulurkan susu. Bayi yang minum susu formula akan tidur lebih lama kerana susu itu lambat dihadamkan. Sama lah macam ular yang baru makan seekor lembu akan tidur 3 bulan kerana lembu tu tidak hadam dalam masa yang pantas. So, jangan terpengaruh dengan kata-kata orang, “Baby yang minum susu botol lama tidur pasal dia kenyang”…
  • Dapatkan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada ibu bapa dan mentua, penjaga ketika pantang dan terutama sekali, suami sendiri. Jika mereka tidak menyokong anda, lapangkan dada dan pekakkan telinga. Banyak kes berlaku apabila ibu-ibu yang patah semangat kerana dihasut oleh orang terdekat dengan mereka. Skrip yang biasa didengari “Bagi lah baby tu minum susu botol, susu tak cukup kot, kesian baby tu”…
  • Minum banyak air. Penyusuan akan buat ibu berasa dahaga.
  • Jangan fikir asyik hendak berpantang dan mengembalikan bentuk badan asal. Proses penyusuan itu sendiri akan menggunakan banyak kalori. Dengan diet dan senaman yang betul, badan akan lebih kurus daripada sebelum mengandung. Percayalah! (Tidak percaya ka? Lihat badanku, ramping kan…). Kepada para suami, mau isteri anda cepat turun badan, sokong dorang untuk breastfeeding.
  • Co-sleeping dengan baby. Amatlah menyenangkan hidup especially pada sebelah malam sebab tidak payah bangun untuk bancuh susu. Selak baju, mengiring, sua susu pada baby, habis cerita. Ibu happy, baby kenyang, bapanya pun tidur nyenyak.
Sebelum kembali bekerja
  • Simpan stok susu untuk bekalan baby (di nursery, rumah babysitter, di bawah jagaan maid atau parents) ketika bekerja. Susu boleh disimpan dalam peti ais supaya tidak rosak. Susu yang disimpan dalam peti ais adalah 1000 kali ganda lebih baik khasiatnya daripada susu formula yang baru dibancuh.
  • Melaburlah untuk pam susu yang bermutu dan boleh digunakan untuk jangka masa panjang. Pam susu yang baik adalah yang tidak menyakitkan dan mempunyai sedutan yang sama seperti sedutan bayi. Untuk keselesaan dan penjimatan masa, boleh guna pam berkuasa elektrik dan berupaya melakukan double pumping. (Tapi ramai juga yang perah pakai tangan saja.. percuma dan efektif..)
  • Bekalan susu adalah berdasarkan permintaan. Macam belajar ekonomi. Mengepam di pejabat akan memastikan bekalan susu akan sentiasa ada. Jika sesi penyusuan di skip, otak akan berfikir, susu tidak diperlukan. Maka bekalan susu juga akan semakin sedikit.
  • Ajarlah penjaga baby supaya pandai menyediakan susu perahan kepada baby. Cara yang betul akan memastikan khasiat susu perahan tidak hilang.
Motivasi diri sendiri
  • Bayi yang minum susu ibu kurang terkena jangkitan penyakit. Means, kurang pegi klinik. Oleh itu, jimat duit.
  • Bayi amat senang kena alergik. Cara untuk mengurangkan risiko alergik ialah dengan minum susu ibu sahaja. (Provided ibu sendiri tidak makan benda yang menyebabkan alergik – bawak2 la berpantang, bukan untuk orang lain, untuk anak sendiri juga. Baby yang alergik susu lembu, selalu dinasihat minum susu soya, lagi mahal).
  • Bayi yang minum susu ibu sahaja, semuanya pun normal. Kalau berak cair ka, tak berak ka, doctor akan kata tidak perlu risau. Baby yang minum susu formula, mesti doctor advise, tukar susu.
  • Susu ibu adalah free tetapi teramatlah mahal. (Cuba try perah..kadang2 mau kumpul 1 oz pun macam bercinta)… Lagi mahal daripada susu formula yang paling mahal dalam dunia.
  • Susu ibu pada 3 bulan pertama ada laxative (senangkan berak). Ibu bayi yang terkena jaundice (penyakit kuning) akan dinasihatkan untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. Kerana kuning akan keluar ikut najis (sedikit sahaja melalui kencing). Jadi, lebih banyak bayi berak, lebih cepat penyakit kuning sembuh.
  • Kalau orang lain boleh buat, kenapa aku tidak boleh. Antara contoh istimewa:
  • Ibu zaman dulu-dulu (sebelum wujudnya susu formula), dorang bagi baby minum susu badan. Kalau dorang banyak alasan kunun susu tiada, susu sikit, macamana baby dulu-dulu mau makan dan boleh hidup.
  • Dalam Oprah, ada ditunjukkan ibu kepada kembar enam menyusukan anaknya hanya dengan susu badan. Hari-hari kena pam 50-60 kali untuk menyusukan anak-anaknya
  • Ramai ibu yang bekerja yang berhasil menyusukan baby mereka 6 bulan secara ekslusif dan meneruskan hingga baby mereka berumur 2 tahun. Ibu-ibu yang bekerja tu dari pelbagai sector. Bukan yang kerja pejabat sahaja, kerja doctor ada (selalu on-call), kerja stewardess ada (selalu fly), kerja besar-besar ada (selalu out station).
Lagi satu, selalulah mendekatkan diri dengan ibu-ibu yang menyusukan anak mereka juga. Boleh lawat http://www.susuibu.com atau http://www.momslittleones.com atau http://www.mymomsbest.com
Senang cerita, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. With breastfeeding, no money, still can talk. Pasal ia free.
Kalau mau bagi susu formula juga, terpulang. Tepuk dada, tanya selera. (Kalau tanya baby, mesti dorang cakap “I want the real thing!)… tapi seorang ibu yang amat prihatin dengan kebajikan anak, kalau dorang aware bahawa susu ibu amatlah hebat khasiatnya, mesti akan tolak susu formula mentah-mentah.
p/s: Ada orang beranggapan, ibu yang bagi anaknya susu badan tu macam orang kampung, tiada class, pasal bagi benda free.. sorry sikit… berapa ramai ibu sekarang sanggup belanja beribu riban RM untuk beli breastpump and accessories untuk baby mereka. In the end, belanja beli breastpump tu still jimat daripada beli susu formula untuk jangka masa panjang.

Tuesday, July 3, 2007

Breast Pumps

Semasa mengandung, aku sebenarnya tidak pernah ada hasrat pun mau breastfeed baby aku. (Walaupun aku tau manfaat menyusukan anak dengan susu badan.) Lepas aku dibawa ke wad dengan keadaan separuh badan numb (masih dalam keadaan bius), nurse pun datang hulurkan Zizou untuk disusukan. Nurse yang halakan breast aku ke mulut Zizou. Dengan kuasa Allah, Zizou pandai betul latching. Nurse siap puji lagi "Pandai dia menyusu"… aku menjadi kagum dengan baby aku sendiri dan terus bertekad untuk menyusukan Zizou selagi boleh.

Bila sudah discaj dari hospital dan balik ke rumah, aku minta tolong husband untuk belikan aku pam. Aku pun tidak sure kenapa aku buat permintaan macam tu. Mungkin kerana aku fikir susu aku terlalu sedikit. (Walhal, for the first 5 days, memang susu sikit sangat pun, sebab yang keluar dari susu adalah kolostrum.. tu la… takde ilmu punya pasal).

Daddy si Zizou ni pun belikan la aku pam susu jenama pureen yang guna bateri. Mahal juga la. Dalam RM80+ begitu tidak silap. Tapi pakai pump ni, amat la menyakitkan (time mula2 pakai, sudah lama…alah bisa, tegal biasa)…

Apabila cuti bersalin sudah semakin berakhir, aku pun berhasrat mau beli pump yang lebih baik kerana aku mau buat stok untuk bekal Zizou di rumah pengasuhnya ketika aku bekerja. For this time, aku beli Avent ISIS. Manual breast pump. Lebih mahal dari yang pureen tu tapi memang bagus sangat.

Lama-lama, aku boring pula guna Avent ISIS ni, pasal tangan sudah lenguh mengepam. Untuk Zizou pula aku sudah standby dengan susu NAN di rumah babysitternya sekiranya susu yang aku bekalkan tidak cukup. Tapi mengikut kata mbah si Zizou, "Addin tak suka minum susu bancuh, apa kata try susu yang lain"…

Bila mbah si Zizou mencadangkan aku untuk try susu formula yang lain, tiba2 benda ni jadi wake up call untuk aku. Buat apa la aku susah2 mau cari formula milk yang Zizou akan suka, sedangkan sudah terang lagi bersuluh, Zizou memang hanya suka susu aku sahaja. Sudah la sedap, berkhasiat pula (hehehe…. Aku pernah try rasa sikit, memang susu ibu jauh lebih sedap daripada formula milk)..

Now, aku rasa, it's time for me untuk mendapatkan breast pump yang lebih menjimatkan masa, lebih berkesan memerah susu dengan tidak memenatkan tangan aku – breast pump elektrik. Dan untuk kesan yang lebih bagus, aku mau buat double breast pumping.

Yang amat gembiranya, daddy si Zizou sendiri menawarkan untuk beli breast pump baru untuk aku. Alhamudillah, kiranya aku tidak perlu pening pasal budget bulan ni. (Sedangkan, aku memang ada put aside some money pun..hehehe)…

Mudah-mudahan Allah berikan rezeki yang lebih untuk Zizou minum susu aku. Mudah-mudahan, Allah tunaikan hasrat aku untuk memberikan susu yang terbaik untuk Zizou.


Tuesday, June 26, 2007

Motherhood

Aku baru menjadi ibu selama 6 bulan lebih. Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan pengalaman aku menjadi ibu kalau mahu dibandingkan dengan wanita lain, contoh paling dekat, mama aku, being a mother for almost 27 years for 5 children. Itu pun apa lah sangat kalau mahu dibandingkan dengan ibu lain yang lebih lama pengalamannya dan lebih banyak jumlah anaknya. Apalah sangat…

Tapi pengalaman aku yang ciput ni la yang telah banyak mengajar aku dan menjadikan aku manusia.

Pengalaman inilah yang menjadikan aku lebih banyak mengorek ilmu – mostly by reading. Buku, majalah, akhbar, websites. Selain daripada tu, sumber ilmu aku adalah bertanya ibu-ibu berpengalaman yang lain atau pengamal perubatan – doctor biasa, doctor luar biasa, paedtrician, nurses. And usually, jika orang bujang yang tidak professional dalam perubatan bagi aku nasihat tentang hal jaga anak ni, selalu aku buat bolayan, walaupun dorang ada pengalaman menjaga adik ka, anak sedara ka. They are invalid, they are not mothers, mereka tiada jiwa ibu. Kalau ibu angkat, aku mungkin akan consider.

Apa yang aku dapat? Aku rasa aku boleh gelar aku ni sebagai "ibu buku" – sama macam ulat buku tapi dalam kategori buku. Cuma aku bukan baca buku saja, aku baca macam2 jenis bahan bacaan. Kebanyakkan yang aku baca dan aku rasa logic dan disokong oleh fakta-fakta bernas aku akan ikut dan amalkan dalam aku menjalankan tanggungjawab aku sebagai ibu.

Hasil pertanyaan aku dari ibu lain? Jika mereka bukan professional dalam perubatan, aku akan halusi.

Jika nasihat mereka aku boleh pakai, aku akan tanya sampai ke akar umbi hingga aku betul-betul faham.

Jika aku rasa nasihat mereka tidak boleh dibawa ke tengah, aku akan buat bodoh tapi bagi reaksi yang sopan. Walaupun mereka akan cakap "Aku buat begitu dulu, anak aku sihat je, dah besar pun dah sekarang". Still, aku akan buat bodoh.

Berdasarkan daripada pembacaan aku, banyak amalan ibu bapa generasi terdahulu yang sudah tidak sesuai dipraktikkan pada masa kini kerana timbulnya kesedaran dan hasil penemuan terbaru dari ahli perubatan sekarang.

Contoh: Amalan memasukkan cereal (orang kita panggil nestum) di dalam botol susu. Tujuannya supaya baby tu lebih kenyang, sambil minum susu sambil makan. Kalau dipandang sekali imbas, nampak macam perkara remeh yang tidak perlu diambil kisah. Senang pun senang sebab tidak perlu bagi baby makan guna sudu. Tidak renyah. Tapi, ada keburukannya di sebalik kesenangan itu. Akibatnya, baby mungkin akan mengalami masalah tercekik, baby akan confuse untuk associate makan sepatutnya dengan sudu (spoonfeeding), dan seterusnya baby tidak tau macamana mau stop makan – thus akibat jangka masa panjang – obesity.

Oleh kerana itu, aku berazam untuk mengajar anak aku makan menggunakan sudu. Kalau dia nampak sudu, dia tau food is on the way. Aku pun reluctant untuk bekalkan nestum di rumah babysitter aku pasal aku risau kalau2 babysitter aku akan meletakkan nestum dalam botol susu anak aku. So, every morning, aku mesti akan bersilat masak bubur, di samping menyiapkan EBM (expressed breast milk), lap badan Zizou, salin pampers dan pakaian untuk Zizou.

Senang cerita, setiap orang mempunyai parenting style yang berlainan. Walaupun berlainan, tapi tujuan utama tetap satu – memberikan yang terbaik untuk anak masing-masing. Aku tidak mengkritik cara parents lain membesarkan anak, so aku juga berharap orang lain pun tidak akan mengkritik aku. Cukuplah dengan menegur atau memberikan nasihat. Tapi tidak terasa sekiranya aku bolayan.

Wednesday, March 28, 2007

Aku, Sengkuang Cina dan Longan Kering

Dalam haru biru aku yang semangat untuk menambahkan production susu, aku pakai lagi nasihat yang aku dapat dari Internet – minum air sengkuang cina dan air longan kering.

Images

So, adalah satu pagi tu, aku berkunjung ke Anjung untuk tapau breakfast. Sambil-sambil tu, aku sempat menyinggah ke kedai runcit, aku beli lah air sengkuang cina or in omputih, water chestnut drink.

Sedap juga la rasanya, macam rasa air tebu + teh bunga. Hasilnya? Boleh la dibanggakan. Tiada la banyak sangat. Tapi aku perasan la susu ada bengkak sedikit. Adalah bertambah 1 oz dari sesi pemerahan yang biasa-biasa aku buat.

Sebelah petangnya pula, on the way aku balik ke rumah, aku singgah sebentar ke kedai ubat cina. Aku pun tanya la singseh tu kalau2 ada longan kering. Dia kata ada. Excitednya aku. 100g untuk RM3.50. So, aku beli la 100g sahaja dulu.Dried_longan

Sampai rumah, aku rebus la kira2 50g longan kering tu, masukkan sedikit gula. Untuk minum, aku ambil sedikit air longan kering yang manis tu, aku bancuh lagi sedikit dengan air masak biasa. Sedap juga. Macam air longan yang aku mmg suka minum selalu. Aku siap makan lagi longan kering tu.

Hasilnya? Kira-kira jam 9.30 malam, aku perasan yang susu aku betul-betul bengkak. Aku jadi excited. Aku try bagi Zizou minum dia tidak mahu. Aku try perah, tapi tidak keluar. Aku jadi hairan. Susu ni betul2 bengkak sampai aku rasa sakit. Tuam pakai tuala panas pun tidak jalan.

Maka, malam tu aku tidur dalam kesakitan yang amat dan tidur yang tidak lena. Tidak lena kerana dada yang sakit dan bengkak. Ditambah pula dengan anak aku yang suka tidur sambil menendang kakinya nan lasak. Kesudahannya di sebelah pagi, husband aku tanya kenapa aku tidur di kaki katil. Aku kata sakit pasal Zizou suka tendang. Lepas tu, aku pula jadi demam. Kes naya.

Besoknya, aku decide jumpa doktor. Doktor tu bagitau yang susu aku sudah tersumbat dan beku. Dia ajar aku urut breast dan nasihat supaya tuam dengan tuala panas. Time doktor tu urut (nasib baik doktor perempuan), punya la aku mengerekot sambil mengalirkan air mata kerana kesakitan. Hari tu, aku dapat MC.

Sampai di rumah, aku buat sesi mengurut. Bengkak masih belum berkurangan tapi sakit tu ada lah kurang sikit. Nasib baik aku hantar Zizou ke rumah pengasuhnya, boleh la aku berehat sekejap menggantikan tidur aku semalam.

Dan sampai hari ini, susu aku masih bengkak sebelah. Apa la nasib. Aku akan tunggu sehari lagi. Kalau masih bengkak juga besoknya, aku akan call bidan untuk mengurut susu aku kot2 la tangan bidan yang mengurut ni mujarab. Ada orang kata letakkan kubis dekat susu boleh selesaikan masalah aku. Tapi dorang kata, kubis tu bagi kering. Takut juga la aku kalau kering.

Kesimpulannya, sengkuang cina dan longan kering memang mujarab menambahkan susu. Sampai terlebih-lebih. Sehinggakan suami aku melarang aku minum air longan kering lagi. Aku rasa la, aku ni saiz kecil, susu pula banyak sangat, tu la jadi sampai tersumbat. Macam bottle neck di Federal Highway, highway 3-4 lane ja, tapi kereta banyak sangat, tu pasal la jam. Milk_cow

Moralnya pula, semangat tu boleh tapi jangan sampai tamak. Berusaha la selagi termampu tapi jangan sampai extreme. Bak kata kawan aku, Tuhan tahu nawaitu kita untuk memberi yang terbaik to our children. Kalau kita bagi baby kita susu formula, itu tidak menjadikan kita ibu yang jahat.

Namun begitu, selagi boleh, carilah ilmu dan berikanlah bayi kita susu original. Jangan cepat memberi alasan. Hanya dengan ilmu itu maka kita tahu kita akan lebih bersedia untuk memberi yang terbaik kepada anak kita.Breastfeed

Kepada lelaki-lelaki di luar sana, galakkanlah isteri untuk menyusukan bayi kamu. Percayalah, galakan kamu itu akan membuat kamu lebih disayangi oleh isteri. Dan aku bersyukur, aku mendapat galakan yang tidak berbelah bagi dari suami dan mama aku (walaupun mama aku jauh di Labuan).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...