google analytic

Nuffnang

Showing posts with label theater. Show all posts
Showing posts with label theater. Show all posts

Monday, February 13, 2012

Lawak ke der?

Abang Edi suka layan Raja Lawak. Aku pun follow ja.
Maharaja Lawak pun kami layan. Sebab tu la Abang Edi suruh subscribe pakej Mustika sebab ada Astro Warna. Alang-alang kami subscribe Astro Beyond sebab kalau masuk pakej Mustika ada jimat sket.

Maharaja Lawak Mega pun kami layan.
Jadi bila ada Lawak Ke Der? di Istana Budaya baru-baru ni, aku dan Abang Edi agak excited.
Tambah pula ada Jozan.. huu.. duet Johan dan Zizan memang menjadi, ada chemistry. Saling menyokong.

Tapi yang tidak bestnya, show dorang ni ada sebelah malam dan weekend saja.
Dilema betul la bila memikirkan mana mau hantar si Addin dan Zara.
Nasib baik juga, kebetulan adik aku si Nurul bagitau yang dia dapat kerja di AirAsia. (Yeay.. kudos to her!)
Jadi, aku import dia awal sikit supaya dia boleh look after my kids. Tiket dia datang KL aku sponsor la :P



Tercapai la juga hasrat tengok show dorang ni. Tempat duduk pun dapat tepi pasal lambat beli tiket :( 

 Bulan 4 nanti ada Upin Ipin di Istana Budaya. Mau bawa la Addin dan Zara :)


Hasil dapatan aku:

1. Nabil jadi hos. Mantap. Cuma aku kurang berkenan sebab dia suka gelak dengan lawaknya sendiri. Abang Edi pula terpakai betul sama si Nabil ni.

2. Boboi - pada aku dan Abang Edi, agak sedikit tenggelam. Punch line memang banyak tapi terasa kurang sengatnya. First babak dorang bawa watak Boboi dan Gegirl. Aku memang kurang gemar Harun Salim Bachik berlakon ala-ala Najwa Muka Buku. Aku rasa dia lebih kelakar bila dia berlakon jadi Puteri Gunung Ledang dan Orang Minyak.

3. Jozan - terbaek dari ladang. Dorang bawa watak Ah Ceng dan Mail Lambung dari zaman sekolah dan berjanji untuk berjumpa pada 10 tahun selepasnya. Kelakar.

4. Harith Iskander - aku agak skeptikal dengan kemampuan mamat sorang ni. Sebelum masuk panggung, aku cakap sama Abang Edi, jangan la si Harith ni tidak kelakar, rugi ja duit tiket. Sebab aku memang tidak pernah terpakai lawak dia di tv. Mau kata lawak dia urban sangat, aku rasa aku ni bukanlah kampung pun. Huhuh... Nasib baik persembahan Harith tidak menghampakan. Stand up comedy yang hebat. Persepsi aku terhadap Harith Iskander berubah ke arah lebih baik :)

5. Lepas show, aku dan Abang Edi terus menuju ke Bangsar for supper. Lapar betul pasal tidak dinner. Habis show jam 11.45 malam. Penat gelak pun ada. Mengantuk pun ada. Tiada intermission. Show 3 jam straight.

6. Penuh juga panggung semalam. Ada la ternampak artis. Ada Neelofa (memang cun habis), ada Sharifah Shahirah.

7. Berdasarkan daripada skala gelak, aku rasa penonton wanita mengatasi penonton lelaki semalam. Ada minah belakang aku gelak siap hentak kaki ke lantai. Terus aku rasa bergegar kerusi.

8. All in all, tiket yang ditaja oleh Abang Edi (sebab aku sudah sponsor tiket AirAsia Nurul) adalah berbaloi-baloi.

Sunday, February 22, 2009

PGLtM III part 2

Pada 20 Feb yang lalu, aku dengan sukacitanya pegi ke Istana Budaya untuk menonton teater PGL buat kali kedua sama si Nurul menggunakan tiket free hasil kemenangan aku menyertai peraduan dalam Facebook.. ehehehe.. seronotnya, rezeki....

Sesampai di sana, agak lewat, kerana b4 that aku terpaksa menjadi runner ke KLIA untuk hantar burung puyuh beku mama aku then aku silap jalan hingga menyebabkan aku pening kepala pusing2 highway dan jam lagi sesampai di KL... bak kata si Nurul, hari bongok sedunia...

Then, aku terus pegi collect tiket – dapat seat yang paling depan... makan malam.. then aku sempat beli buku PGL tu, ambil gambar sama Maya Karin yang cantik amat, beli baju PGL untuk si Nurul dan beli CD lagu live teater PGL..

Walaupun ini second time aku tingu ni PGL, aku rasa experience aku yang kali kedua ni lebih syiok.. if b4 this aku suka melihat lakonan si Sultan Mahmud dan Gusti AC Mizal... tapi kali ni aku lebih menghayati lakonan Gusti Putri dan Hang Tuah.. aku rasa, aku la antara orang paling kuat tepuk tangan dan tidak malu2 memberi standing ovation dari awal sampai habis dorang bersesi berbaris ramai-ramai bow kepada audience...

Ada byk sebab la kali ni lagi syiok
  • Pasal aku berpartner sama si Nurul.. ia lebih open minded.. nda mcm abang edi yang tidak habis memuji... teater muzikal P. Ramlee lagi syiok..
  • Pasal tiket free dan duduk di depan sekali... so aku tidak nampak kepala orang.. hehehe.. then kumpulan muzik di bawah pimpinan Roslan Aziz lebih dekat dengan aku.. so bunyi kemerincing yang halus pun aku ble peka... siap ble nampak Roslan Aziz beraksi lagi tu..
  • Aku rasa time yg aku tingu ni si Datin Tiara dan Hang Tuah lebih ada feel... i think so... aku ble nampak si Stephen tu macam mau keluar air mata ja time menyanyi... (dekat kan... tu la ble nampak).. aku pun ada mengeluarkan air mata juga ni... huhuhuh..

Tapi ada juga yg spoil
  • Makcik sebelah kami (2 orang), aku rasa dorang ni kena paksa tengok.. pasal macam nda ikhlas ja kan meliat PGL ni.. lepas tu nda habis2 bergossip (satu opis kali dorang ni bergossip pasal laki masing2)... lepas tu komen2 “Tiara tu tak sejuk ke berkemban je kat atas tu”, “Ha ada spy” – time part Mbok Bayan mendengar curi perbualan Gusti and Paman... masuk teater pun lambat...
  • I just cannot enjoy AC Mizal punya performance... gara2 kecewa dengan cerita pemberian nafkah RM300 untuk 2 orang anak beliau yang kini dalam jagaan bekas isteri.. hmmm... no comment...

All and all.. aku rasa puas... dan gembira kerana dapat bawa adik aku ke show ni..

Thursday, February 12, 2009

PGL The Musical III

Aku suka. Takjub. Kagum. Great effort. Two thumbs up. Magical. Breathtaking.

AC Mizal best!
Adlin lagi best!
Tiara ok.
Stephen agak kayu tapi suaranya.. Ya Ampun.... best gila... superb!!!!
Mbok Bayan pun best. (suka part yang dia menurun time nak buat magik hilangkan si PGL)

Selain tu, aku juga suka part
  • PGL menari depan Sultan Mahmud tapi kuis bunga kat Hang Tuah... (aku plak sengih kambing tengok part ni..)
  • Adlin menari ala-ala Chow Sin Chi... (tapi patut ka ada part ni? macam mendownkan Sultan Melaka ja?)
  • AC Mizal menari sambil marah pasal Demak nak jajah Majapahit.. I feel you AC.. hehehe..
  • Anak sultan ajak Hang Tuah bersilat.. comel!!!
  • PGL bagi 7 syarat peminangan.. gerun sey...
  • Sultan nak bunuh anak dia.... bergenang air mata aku... huhuhuhu...
  • Sultan Mahmud sumpah si PGL

All and all, memang aku rasa air mata aku bergenang ja sepanjang-panjang tengok cerita ni. Mungkin kerana muzik yang dimainkan - brilliant, menusuk kalbu. Kareografi pun memang superb. Lighting pun best. Dan set yang cantik..

Pastu kan, aku rasa la, kalau abang M. Nasir jadi Hang Tuah, maybe aku akan lebih jatuh cinta kot...

Abang Edi plak komen
  • Part yang ada nenek kebayan kembar beramai-ramai menari-nari tu cam Thriller versi hantu melayu.. hehehe..
  • Set yg time Majapahit tu.. abang edi cakap macam kat padang pasir... hape2 la abang edi ni... tu kan kunun cam temple kat Indon tu.. huhuhuh - I thought so la..
  • dorang kemban2.. daring..
  • part Hang Tuah letak kepala kat dada and perut PGL sambil sedey2, more daring...
  • abang edi lagi suka P. Ramlee the Musical..

Apa-apa pun, aku still suka gak PGL ni. Made in Malaysia. Aku bangga. And worth every ringgit I spent!!!

Highly recommended. Tapi tiket dah habis.. hahahaha (riaknya aku..mentang-mentang sudah dapat tengok)... semalam dapat email, PGL akan extend sehari lagi, tiket start jual ari ni.. sapa cepat dia dapat!!!!

p/s: Dapat 2 tiket free. hehehe.. jangan jeles. lepas ni aku mau ajak Nurul tengok sama-sama aku. Abang edi boleh tolong jaga Zizou di rumah. hehehe...

Aku yang tengah menunggu Hang Tuah

amik gambar ngan Hang Tuah aku dalam teater hall

aku yang bagi standing ovation


Monday, October 6, 2008

P. Ramlee the Musical – cerita ke 2

Raya ni… astro ada offer syawal channel for RM7 dari oct 1st selama sebulan.. jadi, daripada banyak2 movie yang diofferkan.. ada la kena tunjuk citer P. Ramlee the Musical ni… husband aku yang beria2 suruh aku call astro customer service untuk subscribe benda alah ni… aku pun ikut je la… lagipun, aku mau juga bagi adik2 aku tengok.. tgk di tv pun jadi la… kalau mau tgk secara live di Istana Budaya, rasanya macam tiada chance ja..

Hasilnya, my youngest sister suka sampai menangis2… hehehe… dan aku puas kerana adik2 aku dapat merasakan kehebatan musical theater P. Ramlee ni sepertimana yang aku pernah rasakan.. (kami semua peminat P. Ramlee)…

There's one part di mana Musly Ramlee menyanyi lagu Hujan di Tengahari (scene P. Ramlee frust pasal baru lepas bercerai)… lagu tu menusuk kalbu aku… siapa yang ada mp3 lagu ni? Hulur2 la… (for info, lagu ni tiada kaitan sama kehidupan aku.. aku cuma suka lagu ni ja.. J)


 

Hujan di Tengahari

Sedih rasanya hati di dalam
Mengenangkan peristiwa masa yang telah silam
Di mana aku hidup bersama si dia
Tak pernah rasa aman bah'gia

Perselisihan sering terjadi
Walaupun jauh dari nyata dan juga bukti
Namun begitu dia selalu terburu
Tegak meluru menurut nafsu

Andainya dia dapat mengubah
Tetap ku terima
Mendirikan mahligai ria
Tapi tak berdaya

Ku sangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengahari

Monday, June 16, 2008

Teater P. Ramlee the Musical

Last Saturday, aku pegi tengok ni teater.. aku terasa mau tengok sangat2 setelah membaca komen2 yang memberangsangkan pasal pelakon yang bawa watak P. Ramlee ni iaitu Musly Ramlee. Yang season 1 tu, aku tidak heran pun mau pegi tengok, pasal satu, aku bukan kaki teater. Dan dua, aku tak minat Sean Ghazi.

What more can I say, persembahan Musly Ramlee memang BAGUS!!! Aku suka sangat.. aku sebagai peminat P. Ramlee yang tidak berpeluang untuk melihat P. Ramlee di zaman hidupnya (I mean, outside film), terasa seperti P. Ramlee hidup bila dilakonkan oleh MR ni.

Lepas tu, Liza Hanim pun bagus juga. Meremang bulu roma aku bila Liza Hanim start menyanyikan lagu Senandung Kasih.. sedap gila…. Kalau suara si LH pun sudah camtu sedap, bagaimana la pula agaknya suara arwah biduanita Saloma ya??

  1. MR dan LH layak dapat standing ovation.
  2. Aku teringin mau minta autograph dorang, tapi husband aku ajak balik cepat pasal tak sabar mau jemput si Zizou yang kami tinggalkan di rumah neneknya. Maknanya, lepas ni ble la aku ngan edi dating berdua2…hehehehe..
  3. Aku rasa berbaloi aku bayar mahal2 tengok teater dorang ni… lepas ni kalau ada teater best2 lagi, aku mo tengok dengan aturan seat yang sama.
teringat aku skrip si Richard Gere pada si Julia Robert dalam cerita Pretty Woman, dia cakap"Ada 2 jenis orang tengok opera (or theater.. mana2 la), satu samada dorang akan suka gila2, dan kedua dorang tak suka tapi dorang akan appreciate" -- lepas kurang macam tu la skripnya.

Dan aku pula, jatuh pada kategori orang yang kedua.


ambil gambar jap time waktu break

tiket tengok teater.. on me.. sempena hari bapa.. kunun..hehehe..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...