google analytic

Nuffnang

Showing posts with label HLP. Show all posts
Showing posts with label HLP. Show all posts

Friday, June 29, 2012

More tips on HLP

Salam kejayaan!

Dulu aku ada cakap mo bagi more tips kan.
Sekarang ni pun musim penjawat awam memohon HLP.
Jadi ngam la kali kalau aku kasi post ni.
Mana tau nanti aku mau apply for PHD pula, bole a refer balik ni entry :)
InsyaAllah.

Know your main interest of study:
Kalau masih terkial-kial mencari mau buat topik pasal apa, mungkin boleh tanya diri sendiri - saya ni terer tang mana? Skill apa yang saya ada? Kalau mau buat topik research pasal ni, data collection tu buat macamana? Study setting (mungkin di jabatan atau kementerian sendiri) dan informant tu (mungkin colleagues sendiri) saya target di mana dan siapa? Apa-apa la yang patut..

p/s: walaupun anda berniat mau buat coursework ja nanti, tapi wajib sediakan proposal kan. So kena fikir juga semua-semua di atas tu.

Buat research:
Baca jurnal yang berkaitan dengan topik atau area yang anda berminat untuk buat coursework atau research tu. Pastikan artikel jurnal yang dibaca tu adalah yang latest (dalam 5 tahun ke belakang. Sekarang tahun 2012 - cari la paper aorund 2007 hingga 2012). Cari artikel di INTAN pun ok. Cara cari artikel senang ja. Guna Google Scholar. Baca dan download la artikel yang free. Kalau mau download artikel tapi artikel tu berbayar, mungkin anda boleh dapat free dengan minta tolong dengan member anda yang sedang belajar, kot2 universiti dorang ada subscribe jurnal tu.


http://scholar.google.com.my

p/s: Boleh juga try cari bahan rujukan di academic search engine yang dilanggan oleh jabatan/kementerian masing-masing. Aku yakin - JPA, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia - mesti ada!

Tujuan buat preliminary research ni
- Supaya anda boleh jadi 'pakar' ketika sesi interview nanti. Hasil pembacaan, anda boleh tau metod dan teknik terkini yang digunakan, masalah apa yang belum solve lagi, nama-nama yang paling pakar dalam topik yang anda ingin buat research tu (contoh dalam Knowledge Management, orang selalu refer to Nonaka, dalam Information System, antara pakar yang selalu disebut-sebut ialah Delone dan McLean etc)

- Knowledge yang dapat ketika buat research tu, boleh dijadikan rujukan untuk proposal anda sendiri.  - Boleh dapat clear picture tentang idea proposal yang kunun mau diselesaikan. Mana la tau rupanya suda ada research yang sudah solve problem yang kununnya anda mau buat tu..  (kebetulan interviewer pun sudah tau pasal tu. Lepas tu dia tanya, "Kenapa nak buat pasal ni sedangkan benda ni dah lama solve?" Kan ke haru dan malu diri sendiri. Huhu..)

So nanti tiada la jawapan menyerah tengkuk - "Saya tak tahu. Tu pasal la saya nak buat master ni" (omong sama cermin). Huhu..

Kenali universiti dan bakal supervisor anda
Antara soalan wajib ialah - kenapa mau buat master kat Universiti tu? Selain daripada memberi jawapan kemanusiaan seperti - rumah saya dekat (kalau dalam negara), saya nak mencabar diri saya dengan stay di negara orang (kalau oversea).. anda harus bagi reason yang lebih kencang seperti

- course tu memang sesuai dengan proposal saya


- universiti tu banyak buat research berkaitan main interest saya

- fakulti tu ada research group yang sesuai dengan interest saya

- "Saya sudah hubungi lecturer yang sama main interest dengan saya. Dan lecturer tu dah menyatakan persetujuan untuk menjadi penyelia sekiranya saya dapat HLP ni. Lecturer itu which is a Profesor juga ada menyatakan bahawa masalah yang dicadangkan dalam proposal saya ni adalah menarik, tengah in (relevant) dan mustahak (signifikan)" - aiseh..

How to know the right universiti - bleh check website mengenai U dan fakulti tu. Lepas tu cek juga senarai pengajar. Baca portfolio dorang. Lebih bagus sekiranya berhubung dengan dorang (be it by emails or telephone or even better, meet them face to face at the Uni or conference).

Make a killer proposal 

Hohoho... Seems heavy.
Saya juga dulu macam blur-blur tang buat proposal ni.
Saya nak cadangkan blog Dr. Othman Talib ni drotspss.blogspot.com
He is so nice - tidak lokek berkongsi ilmu tentang cara menulis tesis dengan mudah, cepat dan berkualiti.
Kalau anda juga tidak lokek masa dan wang, boleh sertai bengkel yang dianjurkan oleh Dr OT. Or you can just email him. Mengikut pengalaman saya, dia akan reply. InsyaAllah. 



  http://drotspss.blogspot.com

Lepas tu, gunalah Research Framework yang disediakan oleh Dr OT (RFOT).
RFOT tu macam blueprint yang describe everything tentang isi penting yang anda tulis dalam proposal.
Jadi anda boleh lampirkan sekali RFOT anda dalam proposal yang sudah dibinding. Make it as first page. Ala-ala abstrak tapi dalam bentuk diagram. That would be nice.
Dengan sekali imbas, anda dan interviewer anda boleh tahu apa yang proposal anda ingin ceritakan.

Tidak dilupakan, ambil tahu mengenai persekitaran anda.
Banyakkan membaca dan analyze apa yang berlaku sekarang. Tanya What, Why, When, Who dan How.
Isu ekonomi, sosial, etc

Last but not least, niat kena betul.
Niat untuk memajukan diri sendiri dan memanfaatkan ilmu yang diperolehi dengan menyumbang kembali kepada rakyat.
Sebab kalau niat tu tak betul, mungkin boleh dihidu oleh interviewer.
Dan mungkin akan senang di'provoke' ketika sesi temuduga.
Lepas tu, berdoa banyak-banyak dan tawakkal :)

Wallahualam.

Ini saja tips yang teringat setakat ini. Semua tips di atas tidak pernah saya buat kerana saya tidak tahu mengenainya sebelum saya masuk interview. Tapi saya rasa tips di atas ada advantage kerana ada pegawai lain buat dan dapat HLP. Selain tu, saya rasa tips di atas dapat membantu anda dalam menyiapkan diri anda sebelum pergi interview.

p/s: Jangan marah saya pula kalau tak dapat HLP. Saya minta maaf siap-siap. Sesungguhnya yang khilaf itu adalah daripada saya. Kejayaan anda, rezeki dan ilmu adalah daripada Allah juga.

Cheers. And good luck!

Thursday, April 14, 2011

Pengalaman mohon HLP

Sekarang ni musim orang memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). Kalau berjaya dapat HLP, boleh dapat cuti belajar bergaji penuh. Yuran belajar ditanggung sepenuhnya. Elaun pun dapat.

Ada kawan-kawan aku tanya, macamana aku boleh dapat biasiswa HLP tu? Macamana buat proposal tu? Mau buat tajuk pasal apa? Oleh kerana soalan ni agak popular, jadi aku rasa patut la aku kongsikan dalam blog aku ni. Mana tau, boleh membantu orang yang membaca.

Tapi haruslah diambil perhatian, pengalaman aku ni berdasarkan permohonan aku untuk pursue master degree. So, untuk pemohon yang mau buat PHd, mungkin akan ada perbezaan.

Cara-caranya ialah:

1. Mula-mula, kena pasang niat yang betul - contohnya, saya hendak melanjutkan pelajaran dan menyumbang balik kepada Kerajaan dan rakyat. Bukan untuk dapat cuti bersuka-suka dan makan angin. (Time first time mohon, niat aku banyak menyimpang. Itu la pasal tidak dapat tu rasanya.. huhuhu)

2. Kena selalu check portal JPA untuk iklan permohonan HLP. Nasib baik kawan aku bagi aku alert. Aku isi borang online dan minta pengesahan dari ketua jabatan dengan penuh debaran. Nasib baik dapat.

3. Time aku dulu, kena buat proposal untuk dibawa ke interview nanti. Ni nanti aku elaborate lagi.

4. Kalau lepas syarat-syarat mandatori, maka layak la untuk dipanggil ke sesi temuduga.

5. Berdoa la banyak-banyak semoga dimudahkan urusan ketika urusan temuduga. Contohnya, ditemuduga oleh interviewer yang cool, kesihatan pada hari temuduga adalah pada tahap tip-top, etc. Jangan lupa bawa proposal (sekurang-kurangnya 2 salinan for interviewers) dan salinan sijil. Pakaian mestilah kemas dan jangan lupa pakai tanda nama (bukannya setakat pas pejabat). Pada hari kejadian, aku siap pakai blazer dan pakai kasut yang tutup jari kaki (boleh rujuk protokol berpakaian untuk penjawat awam). Aku rasa aku sudah cukup hensem pada hari tu. :)

6. Soalan yang banyak ditanya adalah berkenaan proposal dan senarai tugas di ofis. Contohnya, kenapa tajuk ni, guna metod kajian macamana, skop kajian, pengumpulan data, teknik kajian, etc. Jadinya, kenalah pilih tajuk yang paling sesuai untuk dibuat kajian pada tahap master atau PHD. Senarai tugas di opis juga amatlah penting untuk dikaitkan dengan kajian atau course yang dipiih. Pastikan tugas dan pemilihan course adalah sepadan sebab kita akan lebih faham mengenai masalah atau opportunity yang dicadangkan. Contohnya, kalau kita buat pengurusan strategi atau ISP, rasanya macam agak tidak kena kalau kita mau buat kajian mengenai network security yang kita kurang mahir. Kalau mahir tu, tiada masalah rasanya.


7. Selain tu, soalan lain juga berkaitan dengan
  • Pemilihan universiti dan sokongan keluarga. Contoh, kenapa pilih univerisiti tu, suami bagi sokongan ke tidak?
  • Isu semasa - aku ditanya mengenai ekonomi (tahun 2009 ekonomi agak down), so contoh soalan adalah berupa - bagaimana Malaysia boleh menangani masalah ekonomi. Tidak ketinggalan, aku juga ditanya apa sebenarnya lebuhraya SMART tu (terus aku jadi agak terkulat-kulat, nasib baik ada tengok rancangan pasal SMART di Discovery Channel or NatGeo, tidak sure la pulak).

8. Berdoa banyak-banyak supaya lepas interview dengan cemerlang. Keputusan HLP boleh disemak secara online. Sesungguhnya, rezeki itu adalah ketentuanNya Yang Maha Esa.

p/s: aku harap pengalaman aku yang tidak seberapa ni boleh dijadikan panduan. kalau tahun ni format permohonan dan temuduga HLP tu sudah berubah, aku minta maaf banyak-banyak :)
   

Thursday, June 24, 2010

Medical Check up


Aku buat medical check up di Klinik Putrajaya.

Lamanya yang amat untuk dapat date itu – 3 minggu aku kena tunggu. Sekarang ni kan musim budak-budak IPT dapat surat tawaran masuk U, jadi haruslah giliran untuk buat medical check up di klinik kerajaan amat panjang.

Mau buat appointment pun bukan senang. Bukan boleh setakat call. Tapi kena menghadap misi di kaunter informasi sebab mau tunjuk borang medical check up tu.

Because, it depends. Kalau di borang medical check up tu ada keperluan untuk buat mantoux test (ujian Tibi), makanya seseorang itu kena datang ke Klinik Putrajaya untuk 3 hari berlainan untuk melengkapkan requirement borang tersebut.

Hari pertama – untuk masukkan alat mantoux test ke dalam lengan seseorang itu

Hari kedua (4 hari selepas hari pertama) – untuk keluarkan alat tersebut dan dapatkan hasil ujian mantoux test serta buat ujian darah dan pemeriksaan lain (x-ray, vision test, urine etc)

Hari ketiga – appointment berjumpa doctor
Jenuh kan... Untuk makluman, borang medical check up JPA ada keperluan untuk mantoux test tersebut. Dan bertambah jenuhlah kerana dalam borang medical check up JPA ada keperluan untuk ujian Hep B. Malangnya, Klinik Putrajaya tiada kemudahan untuk buat ujian tersebut J. Makanya, kena buat ujian Hep B di mana-mana klinik swasta yang ada facility tu. kueng kueng kueng...
(Hari tu aku pegi medical check up, kawan aku bgtau, skrg klinik bagi 2 hari ja.... bukan lagi 3 hari)
Nasib baiklah, untuk scholar HLP yang berjaya untuk menyambung pelajaran di IPT tempatan seperti aku, JPA memberi kelonggaran untuk kami pakai borang medical check up yang diberikan oleh university.

Dan berita baiknya, borang medical check up UKM tiada keperluan untuk buat mantoux test.

Mau cepat punya pasal, aku ada call Pusat Kesihatan UKM untuk buat medical check up di sana. (Sebenarnya, boleh walk in saja pun, tidak perlu untuk buat appointment). Tapi malangnya, time aku call tu, misi yang menjawab telefon bgtau bahawa mesin x-ray rosak. So, tak ble buat medical check up. 2 hari aku call, mesin x-ray masih belum 'sembuh' lagi.

Aku mo buat med check up di UKM sebab:

1) tidak perlu appointment

2) proses med check up cepat kerana tidak ramai clients – 1 jam bole siap....

Cuma kena keluarkan ongkosnya sebanyak RM60... kaching!!!!

Aku menjadi tidak sabar... membuat panggilan setiap hari (walaupun baru 2 hari) membuat aku jadi agak gila... sudahnya, aku pergi ke Klinik Putrajaya untuk buat appointment walaupun aku tau aku kena menunggu lama untuk menunggu hari med check up tersebut...

And there, I'm waiting – for 3 weeks... dengan kadar bayaran PERCUMA – dengan syarat aku bawa salinan surat bahawa aku mendapat biasiswa HLP dari JPA..

Dan yang lebih penting, aku sudah dapat surat tawaran HLP secara TETAP. Borang medical check up yang lengkap boleh dihantar kemudian (as long as aku buat sebelum hari pendaftaran di UKM nanti).

Buat medical check up dengan cepat + bayar lebih = Buat medical check up lambat + bayar free à Hasilnya sama - tetap mendapat surat tawaran dari JPA – what's the use? No value added.  
(memang ada value added, turn out, aku terpaksa menunggu 1 hari utk menyiapkan medical checkup aku.. nasib baik free)
Tunggu lama, tapi free... ok what? Banyak aku boleh buat dengan RM60... Siapa yang untung? Saya dan keluarga saya... saya suka!!


p/s: saya cheapskate.. huhuhuh (memang)



Tuesday, June 8, 2010

Ramadan semakin hampir... :)

Aku sudah hantar borang-borang yang berkenaan dan dokumen perjanjian ke Bahagian Modal Insan, JPA. Hampir sejam menunggu, aku dapat surat Tawaran HLP secara Tetap... Hohoho!!

Lepas tu, aku berangkat ke Klinik Putrajaya untuk buat appointment medical check-up. Tarikh yang available adalah dalam 3 minggu lagi... lambatnya... kununnya, mula-mula tu, aku mo buat di Pusat Kesihatan UKM ja, tapi mesin x-ray rosak la pula... tunggu ja la Klinik Putrajaya ni, free lagi tu... kalau pegi Pusat Kesihatan UKM tu, kena bayar RM60... kalau buat di private, lagi la mahal mau mampus...

Lunch break time tadi, aku pigi Alamanda Putrajaya... kunun mau cari buku di MPH dan beli groceries sikit-sikit... singgah jap di Carrefour... ada la pula shooting Ketuk-Ketuk Ramadan...

Aku yang sememangnya jarang tengok adegan shooting-shooting ni, pun ambil beberapa shot guna kamera henpon aku yang tidak seberapa...

 Shila Rusli dan adik Tomok.. aku pun tidak sure apa dorang masak ni.. yang penting ada santan kotak kuning tajuk apa pun aku lupa...


Seronoknya... ramadan semakin hampir...

Monday, June 7, 2010

Senarai semak belajar semula

Tidak lama lagi, saya akan start belajar semula...

Yiehooo...

Senarai semak

Borang JPA - belum hantar.. besok kot..

Medical check up – blum jugak... Tadi aku call Pusat Kesihatan UPM, kunun nak buat medical checkup.. dia kata dorang buat untuk budak yang mau masuk UPM saja sekarang.. budak UKM dorang tak ble buat... huhuhuhuhu... Klinik Putrajaya? Mesti lama lagi mau tunggu appointment tu...

Basically, yang tu ja la aku kena buat sekarang..

Lagi, mo kena beli notebook persendirian berhad... notebook sekarang ni opis punya... huhuhu...

Friday, May 14, 2010

Yea Yea!!!

Alhamdulillah!!!

aku bakal bergelar student bulan Julai ni... yieha!!!!!

Tuesday, February 23, 2010

Kursus itu...

After been away from office for almost 4 months... hari ni aku kembali semula bekerja!

Apa yg aku buat selama 4 bulan tu? Maternity leave 60 hari + 2 minggu cuti rehat + 6 minggu kursus QA di INTAN Kiara + 1 hari cuti untuk menguruskan hal-hal rencam yang tidak sesuai dibuat kalau aku sudah masuk ofis kerana akan mengganggu masa bekerja.. lama tu...

Sebenarnya, sudah berkira2 untuk menambah cuti seminggu lagi, alang-alang masuk ofis bulan Mac nanti.. tapi, macam malas la pula stay di rumah time musim panas membahang ni.. bagus buat kerja di ofis, aircond jalan, jimat cuti rehat...

Aku masih teringat2 time aku berkursus QA tu... seronotnya time tu... tiada masa untuk mengupdate blog... aku mo recap balik la... supaya aku tidak lupa kenangan kursus QA...

Week 1 (sudah di recap dalam entry sebelum ni)

98 orang peserta yang terdiri dari pelbagai latar belakang dipecahkan kepada 10 kumpulan. Aku dalam kumpulan 6. Kami namakan kumpulan kami as "Kumpulan Bulu Ayam". Tiada kena mengena dengan ayam yang hidup atau yang sudah disembelih, dilanggar kereta, dimatikan secara karen dan sebagainya.. kenapa Bulu Ayam? Kunun kami ni macam "Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua"... chewah...

Kumpulan kami ada 10 orang peserta. 5 lelaki dan 5 perempuan.

Start belajar basic Research Methodology. Belum start pening lagi.

Oleh kerana kami amat bersemangat, kumpulan kami duduk paling depan sekali dalam kelas. Hehehehehe...


Week 2

Sepanjang kursus QA ni, aku akan bangun jam 5 pagi... menguruskan bekalan express breastmilk untuk si Zara.. keluar rumah paling lewat by 7 am. Kena keluar awal atau aku akan menerima akibat jam 9 pagi pun mungkin tidak akan sampai INTAN Kiara. Selalunya, jam 7.30 sudah sampai. Breakfast dulu then baru masuk kelas. Kelas pun tingkat 4. Hari2 macam ni selama 6 minggu, memang jadi kurus la aku.

Sudah mula start pening. Lepas kelas ja, kami kena bagi case study untuk dibincangkan secara berkumpulan. Time berbincang tu la ternyata menambahkan pemahaman kami. Symptom la, problem la, intervening variable la, independent variable la.. lepas bincang... buat presentation... time ni kena bombard berabis oleh lecturer dan ahli kumpulan lain... there is no right or wrong answer. Terpulang kepada cara untuk defend idea kita.

Dalam minggu ni juga, turn aku untuk buat public speaking. Dengan bangganya aku cakap pasal faktor-faktor untuk menjayakan penyusuan secara ekslusif. Itupun setelah digalakkan oleh kawan-kawan aku. Ada yang mempersoalkan kewajaran topic aku tu. Well, i don't mind talking about it at all. Yang hadir kursus tu pun rata-ratanya adalah mak dan bapak orang. It's their bad if they cannot accept my speech. Malu tidak bertempat tu la yang menyebabkan ramai orang melayu ketinggalan dalam hal-hal natural parenting.


Week 3

Kepala otak semakin berasap. Aku sempat beli buku Uma Sekaran yang popular di kalangan bebudak QA. Walaupun aku sudah ada buku tu dengan cara meminjam dari library ofis, tapi rasa macam tidak puas pasal tidak dapat diconteng sesuka hati.

Ketokohan aku sebagai orang yang paling awal sampai ke dewan makan setiap kali lunch terserlah. Malas mau berbaris panjang-panjang. Terpaksa untuk jimat masa pasal mau cop plug point di surau untuk projek tenusu.

Minggu ni ada exam untuk modul Research Methodology. Setiap kumpulan kena bagi tugasan untuk buat report dan hantar kepada penyelaras program.

Exam hari Jumaat. Lepas exam, aku terus keluar hall dengan keletihan, kelaparan dan tanpa rasa bersalah. Aku hanya fikir mau makan. Memang drained out habis. Gila... lama sudah tidak jadi student.


Week 4

Minggu ni kami start belajar Statistic pula. Time sekolah dan di UM dulu pun ada belajar juga. Tapi seingat aku time dulu-dulu tu belajar Math Statistic ja. Sekarang ni aku belajar Applied Statistic. Kena selesaikan isu, buat inferring, conclusion dan cadangan. Macam time ni baru la paham apa guna rumus statistic tu semua.

Jadi, jumpa la istilah Central Limit Theorem, 95% confidence level, chi square dan sebagainya tu. Aku suka subjek ni tapi pening. Tambah pening bila tekan calculator tapi calculator tu memberikan jawapan salah pasal aku salah tekan.

Kumpulan kami yang selama ni duduk depan kena pindah ke belakang untuk bagi peluang kepada kumpulan yang sebelum ni duduk belakang ke depan. Jadi, nampakla ada beberapa peserta QA yang suka datang lambat. Huhuh... mana-mana la... bukan kecik lagi kan.. semua sudah dewasa... tapi yang harunya, aku punya la susah mau tengok white board. Rabun jauh kan..


Week 5

Ada exam statistic. Yang bestnya, exam ni open book.. hehehehehe... walau open book pun, tapi kalau bengong tu, besar macamana 'toyol' pun, sure tidak membantu. Meja aku habis penuh dengan nota sahaja time exam sampai mau cari kertas soalan pun tidak jumpa. Huhuhuhuhuhu... walaubagaimanapun, exam kali ni tidak lah menyesakkan kepala macam time exam RM mula-mula tu... time exam RM tu, aku keluar hall dengan muka sakit... exam statistic ni, aku keluar hall dengan muka gumbira.. hehehe...

Besoknya, terus start module SPSS..


Week 6

Minggu terakhir dan yang paling sedikit kelas pasal hari Isnin dan Selasa cuti Chinese New Year. Aku tidak outstation mana-mana pasal kebetulan mama dan bapa datang ke kl untuk berkursus dan mesyuarat. Tasha pun datang KL untuk tengok Zizou dan Zara. Jadi, cuti hujung minggu yang panjang dihabiskan dengan mengukur kaki lima shopping complex seperti Midvalley dan Alamanda. Mama aku mau pegi Sogo, tapi tutup la pula hari Ahad tu.

Aku terasa macam cepat ja masa berlalu kerana tidak lama lagi hari exam SPSS menjelang tiba which is fall on Friday. Abang edi tanya "Nape I tak nampak you baca buku pun?".. aku hanya menjawab dengan senyuman kerang busuk "Pasal exam open book"... hehehehe...

Hari jumaat tiba... exam lagi... dan kali ni exam 2 jam sahaja. Lepas exam, kami makan-makan dulu hasil kutipan RM15 dari semua peserta kursus. Lepas tu ambil gambar ramai-ramai.

Sedihnya.... sedih untuk meninggalkan INTAN Kiara, sedih untuk berpisah dengan kawan-kawan. Sedih untuk berpisah dengan lecturer iaitu Pn. Ho dan En. Faizal.


Kumpulan Bulu Ayam

Dianggotai oleh

  1. En. Norali aka Chief dilantik untuk mengetuai Kumpulan Bulu Ayam. Jauh dari Sabah bah... tiap-tiap weekend balik KK. Berkarih jua banar... dan setiap kali balik tu mesti menjamu kami semua makan kuih cincin.
  2. En. Awang aka Penolong Pengurus Besar JKR dari Kuantan. Orang yang paling ringan tulang. Rajin untuk mendokumentasikan semua hasil perbincangan tanpa rungutan. Memang tidak dapat dilupakan kes Cronbach Alpha aka Gelombang... Hehehehe.. sempat lagi kami kirim keropok lekor dan otak-otak sata dari si Awang ni..
  3. En. Taufik. Orangnya kelihatan matang dan serius tapi sebenarnya senang dibawa berbincang. Paling tidak dapat dilupakan ketika berkongsi literature review yang diberi nama "yang ni pun ok kot.pdf"
  4. En. Muhamad aka KADO dari Raub. Ni pun nampak macam diam-diam tapi pandai juga buat lawak.
  5. En. Mizal dari LPPKN. Membawa istilah 'caragaya keibubapaan'.
  6. Pn. Shahrinaz dari MBPJ. Baik hati kerana bagi token perpisahan. Aku juga la yang tidak bagi apa-apa.
  7. Pn. Elia dari BPP. Dia telah menaip 'skema' untuk modul SPSS. Hehehe..
  8. Pn. Suyati dari MAMPU. Orangnya kelakar tak hengat. Murah hati kerana bagi aku menumpang bilik dia untuk 'projek tenusu'.
  9. Last but not least, Pn. Juliana dari KWP. Duduk sebelah aku sepanjang kelas. Kami banyak bertukar fikiran dan idea ketika kelas. Selalu jadi cikgu mengajar anak murid.
  10. Dan aku – the youngest student in our group.

Kesimpulannya bersama semua ahli kumpulan ni, tiada masalah. Kepala senang ngam. Semua pun tiada masalah lambat datang what so ever. Senang mendapat kerjasama.

Saturday, January 16, 2010

Journey to Master Study

After 60 days of maternity leave...

Ditambah dengan 2 weeks annual leave yang aku tambah..

Dan sekarang aku akan menjalani kursus Quantitative Analysis di INTAN Kiara untuk tujuan persediaan sebelum menyambung pelajaran dalam peringkat sarjana nanti... for 6 weeks...
Hohohohoh... lamanya la aku tidak masuk opis... mesti berkarat kemahiran bekerja aku ni nanti... tidak apa bah... tu nanti aku fikir...

Concern aku sekarang, setelah 7 tahun aku meninggalkan zaman study, adakah otak aku sudah berkarat untuk belajar? Ya la kan.. lepas grad, mana ada pantang2 lagi... bantai makan kepala ikan la.. seb baik aku tidak suka makan makanan masam... kursus QA ni wajib lulus... kalau tidak lulus, maka nda la dapat biasiswa HLP tu... sesia ja la aku pass interview last year... dan tidak la dapat aku buat master study...

Penyelaras program kursus ni bagitau... ada seramai 11000++ penjawat awam yang memohon HLP last year... tapi hanya 300++ sahaja yang berjaya ditawarkan (PHD dan master study)... huiyooo.... kami sudah dinasihatkan awal2... do not take this opportunity for granted... mesti lulus kursus QA...

WEEK 1

Aku lega kerana aku boleh mix around dengan peserta kursus yang lain... most of us adalah terdiri daripada mereka yang lahir tahun 70an... yang lahir tahun 80an, ada 3 orang ja kali termasuk aku... semua sekali ada 98 orang peserta...

Aku masih menyesuaikan keadaan... pagi2 buta keluar rumah supaya boleh cepat sampai ke INTAN Kiara, senang cari parking, jalan masih belum sesak tahap maksima... Zizou dan Zara dihantar oleh abang edi ke nursery...

My great concern before this course even started – di mana dan bila aku boleh melakukan projek express breastmilk aku? Alhamdulillah... walaupun jadual kursus yang amat ketat, aku dapat juga pam time lepas lunch... pam di surau... lepas tu aku simpan EBM dalam cooler bag aku sudah simpan dengan techni ice dan ice pack yang sebanyak mungkin... supaya EBM boleh kekal sejuk dari tengahari hingga time aku balik rumah... tapi sekali tu ja la... after 4 days berkursus, aku perasan 'schedule aku yang satu tu' ada a little bit upset... redha ja la.... yang penting, rezeki Zara untuk minum susu natural masih ada...

Semua yang pergi surau ketika aku menjalankan projek tu, memberikan motivasi dan feedback yang amat baik sekali... sampai dorang suruh aku buat topic pasal breastfeeding time turn aku buat public speaking nanti... huhuhuhuhuh.... lepas tu, aku ingat aku sorang ja yang sibuk2 pasal projek ni... Rupa2nya, setakat yang aku tahu, ada 3 peserta lagi yang menjalankan aktiviti mengepam ni dengan menumpang port di office member PTD dorang... sampai dorang selalu skip lunch... kesian... gigih betul ibu-ibu ni...

Overall, for week 1 – i’m doing fine... masih konfiden... tapi kami pun masih di level introduction lagi... huhuhuh... aku harap aku, group member dan semua peserta sesi QA kali ni akan score dengan jayanya...

Apa yang jelas... setiap kali aku sampai rumah di sebelah petang, jemput anak dari nursery, menyusukan Zara, projek pam lagi... layan Zizou lagi... aku akan pengsan ketika jam menunjukkan 9 malam... exhausted yang amat... bila masa aku mau ulangkaji? Huhuhuhuh... time ni la.. sapa suruh memblogging... hehehe....

Dan aku ada terasa mau beli netbook comel yang baru... notebook sedia ada amat la berat... sudahlah mau pegi kelas kena naik tangga sampai tingkat 4... keding la aku ni nanti... well, just wait and see...

Wednesday, July 8, 2009

Kegembiraan yang berganda

Remember my blog about Azam – bukan nama baby saya (ntah hape2 punya tajuk...)?

Ish... sapa la aku untuk diingat mengenai blog aku yang tidak seberapa ini.. (tapi ada juga kawan2 yang bertanya apa benda yang aku membebel dalam posting aku time tu.. walaupun tidak dikomen directly)

Banyak lagi blog di sekitar aku yang canggih2 hatta mendapat anugerah... blog aku ni mmg sah2 untuk syok sendiri..

More like an online journal for my own keeping.. huhuhu...

(sudah berapa tahun aku tidak tulis journal guna buku....)

And remember last time when i said i want to jot down about what happen on 25th June?

Sekali lagi... jawapan bergema dari dalam hati aku sendiri... nobody will remember... hehehe..

Pada 25 Jun tu, aku kena attend 2 function penting... amatlah penting dalam career aku...

Satu function separuh hari (pagi sahaja dan diadakan di Menara PJH), manakala satu lagi function satu hari dan diadakan di PICC...

Oleh kerana dua2 adalah function penting, jadi aku kena buat prioritizing..

Yang separuh hari tu lagi penting, kerana itu function untuk meraikan aku dan colleague2 aku yang lain..

Yang satu hari tu untuk menyampaikan surat tawaran - which is aku memang sudah terima awal2 secara online (sudah terang lagi bersuluh) – dan upacara taklimat kepada semua yang menerima tawaran tersebut...

First of all, aku bersyukur kepada Allah kerana memberikan rezeki yang berganda ni kepada aku dalam tahun yang sama. And tidak dilupa, insyaAllah, my family will receive another anugerah yang lagilah berharga dalam hujung tahun ni – tidak lain tidak bukan, adik si Zizou...
Dan tidak dilupakan juga kepada abang edi yang memberikan sokongan padu dan jitu.. my parents yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan aku.. bosses dan kawan seperjuangan di opis yang sama2 memberikan sokongan dan kerjasama... without all of you, takde le saye merase sume2 ni... betul tak?



Yang separuh hari tu – Majlis APC.

APC ni aku dapat untuk tahun 2008. Ada la dalam 11 orang dari ofis aku yang dapat (out of 120 staffs). Yang seronok tu sempat la juga aku terima sijil dari Menteri. Ada juga yang tidak bernasib baik tidak dapat sijil daripada Menteri pasal kementerian aku sekarang bz dengan isu hangat yang melanda satu dunia. Setiap penerima anugerah diwajibkan untuk mengambil gambar secara individu dan buat pembayaran RM9. Hari ni aku sudah terima gambar tu... amboi mummy Zizou.. tembamnya....

Dress code? Baju kurung or kebaya batik. Beberapa minggu sebelum majlis ni aku sudah pening2 mana la mau cari baju batik at this time dengan saiz badan aku sekarang ni. Nasib baik ada baju batik kain chiffon yang aku jarang-jarang pakai dan memang free size.. tengahari selepas majlis tu, kami dijamu makan tengahari...

Lepas ja majlis tu, aku sempat balik opis sekejap pasal aku malas mau pergi PICC awal2.. the next acara wud be at 2.30 pm.

Acara di PICC tu – Majlis Penyampaian Surat Tawaran dan Taklimat mengenai HLP

Another good news. Nasib baik kawan ofis aku bgtau mengenai semakan online di web JPA. Kalau tidak, memang aku tidak check tu. Alhamdulillah, aku dapat sambung study ke peringkat Master di Universiti tempatan. Colleague aku dapat pegi oversea. Sebenarnya, memang hasrat aku dulu2 mau sambung master ke UK. Tapi time aku apply tu aku just pilih Malaysia sebab keadaan ekonomi yang menggugat manusia sejagat.

Lepas dengar taklimat, baru la aku tersedar.... bukanlah senang urusan mau sambung belajar dengan biasiswa HLP ni.. macam2 la mau diuruskan. Nasib baik dapat local ja, kalau kena oversea, mau pegi BTN la, kena lulus IELTS/TOEFL la, mengurus pasal family yang mau dibawa la, visa la, tempat tinggal la..

Hasrat untuk round Europe? Aku cakap dengan abang edi, insyaAllah, kita akan ke sana.. mana tau rezeki dapat buat PHD pulak.. hehe.. lagi lama, 3 tahun tu.. kita tunggu adik Zizou keluar dulu.. kalau tidak dapat stay di sana untuk belajar pun, aku tau, dan insyaAllah sekali lagi, ada la rezeki untuk bercuti2 di Europe...

All in all, aku gembira. Memang rezeki anak.

What shud I do now? Buktikan kepada orang di sekeliling aku yang aku memang layak dapat APC dan aku tidak akan sia2kannya. Kerja sebaik boleh. Sampai la time aku cuti belajar nanti.. hehehe.. dan aku tidak sabar untuk bergelar student semula. I told abang edi, azam aku tahun depan.. untuk menyusukan adik si Zizou secara ekslusif selama yang boleh (at least 6 months) dan aku mau jadi best student.. hehehe.. kalau boleh, time aku grad nanti, aku mau dapat CGPA yang paling best.. lagi best dari CGPA aku time degree dulu... besarnya cita-cita.. InsyaAllah...


Wednesday, April 22, 2009

Interview HLP

Tanak komen banyak...

The interview was pleasant (tetapi tidak bermakna I was doing great.. hehehe).. interviewernya 2 orang.. sorang PTD, sorang lagi PTM... dua2 bagus... tidak provoking.. tidak bagi soalan bodoh.. malah membantu.. masuk berdua.. pasal nak jimat masa.. partner aku tu bagus le plak... matilah aku... harap2 aku tak nampak bangang di situ.. but all and all, aku boleh keluar dari bilik temuduga dengan senyuman di muka... harap2 ada la rezeki adik baby ni... amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...