google analytic

Nuffnang

Monday, March 21, 2016

Bulan Madu 2016 di Turki (Persediaan)

Mula-mula, tiket kapal terbang.
Selagi tiada tiket kapal terbang, itinerary akan sentiasa berubah-ubah, sehingga ada tiket kapal terbang.

Aku beli tiket Emirates dengan harga RM 5459.80 untuk 2 orang pada 6 Januari 2016.
Penerbangan kami adalah pada 9 Mac 2016 dan target 10 Mac 2016 sudah ada di Istanbul untuk meraikan hari ulang perkahwinan kami yang ke-10 di sana.

Tiket ni ada mahal banyak sebab kami mau mencapai objektif 10 Mac sudah ada di sana.
Aku kena pilih route dengan masa transit yang tersingkat untuk penerbangan dari KUL - DXB dan DXB-IST.

Aku sengaja pilih Emirates sebab aku memang mau transit di Dubai.
Dan aku juga sengaja pilih route dengan masa transit terpanjang untuk penerbangan balik kami dari IST-DXB dan DXB-KUL.
20 jam transit! Kalau tidak puas aku transit di Dubai, tidak tau la lagi macamana.

Tambahan pula, adik-adik dan mama aku yang sudah berpengalaman naik Emirates, suka la puji Emirates ni best la, makan mewah, movie banyak la.
Jadi aku pun terpengaruh.
Kebetulan ketika aku buat booking tu, Emirates la yang paling murah, aku pun beli la kunun.

Sekalinya, just few days after I made our flight reservation, Qatar pula buat promotion jauh lebih murah almost RM1000 untuk 2 orang dari KUL ke IST!
Kurang asam.
Aku punya luahan keralatan ada aku tulis di sini.
Tapi tidak apa. Abang Edi cakap, quit comparing.
Tiada guna la mau compare sebab benda sudah jadi.
Aku pun kena ingat objektif asal kenapa pilih Emirates, sebab, aku mau transit di Dubai.
Yeah, kena ingat tu.


Tips beli tiket ke Istanbul:
1- Setakat yang aku buat comparison ni, Qatar menawarkan harga tiket paling murah dari Kuala Lumpur ke Istanbul.
2- Tiket ke Istanbul (hatta dari mana pun, penerbangan antarabangsa atau domestik) adalah lebih murah sekiranya mendarat di airport Sabiha Gokcen iaitu di bahagian Asia Istanbul. Tapi perjalanan darat dari Sabiha Gokcen ke pusat bandar Istanbul adalah lebih jauh dan lebih renyah iaitu dalam masa 2 jam gitu. 
3- Kalau mendarat di Istanbul Ataturk, hanya 40 minit perjalanan dengan menggunakan airport shuttle/teksi atau lebih kurang sejam saja by metro dan tram ke area Sultanahmet. Murah pula tu kalau naik metro dan tram. 3.90 Lira ja seorang.  


Tiket untuk ke Cappadocia dan Pamukkale pun tidak dilupa.
Mula-mula tu, untuk jimat kos, kami plan untuk naik bas dari Istanbul ke Cappadocia, Cappadocia ke Pamukkale dan Pamukkale ke Istanbul.
Tapi lepas aku tau yang aku expecting, aku rasa macam ngeri dan malas untuk mengerekot selama 10 jam dalam bas.

Lepas bincang dengan Abang Edi, kami tukar plan.
Instead of naik bas for 3 trips, kami kurangkan kepada 1 trip sahaja sebab Abang Edi mau juga merasa naik bas malam di Turki.

Naik kapal terbang domestik di Turki pun sebenarnya murah.
Kalau beli tiket kapal terbang awal-awal, harga tiket kapal terbang tu akan lebih kurang ja dengan harga tiket bas.
Naik kapal terbang 1 jam setengah ja paling lama pun.
Naik bas kena 10 jam.
Banding sendiri la.
Mau berkorban dari segi duit, atau berkorban dari segi masa dan keselesaan?

Aku bukan mau backpacking.
Aku mau honeymoon.
Objektif percutian jangan dilupa :)

Untuk kemudahan kami, kami sengaja pilih penerbangan domestik dengan menggunakan Turkish Airlines.
Sebab kami buat keputusan agak lambat, maka tiket kami tu pun tidaklah murah sangat.
Walaupun agak lambat, tapi still dapat beli tiket promo.
Tiket promo ni tiada keistimewaan pilihan seat tapi dapat inflight meal dan luggage 15kg bagi setiap penumpang.
Bagi penerbangan Istanbul ke Nevsehir (Cappadocia) tiket untuk kami berdua berharga 198.00 TL. Tiket penerbangan dari Denizli (Pamukkale) ke Istanbul pun harga 198.00 TL juga.


Tips beli tiket kapal terbang domestik di Turki
Beli tiket Pegasus Airlines adalah lebih murah, tapi kena depart dan landing di Sabiha Gokcen.
Turkish Airlines boleh depart dan landing di Ataturk.
Tiket Turkish Airlines tends to be more expensive than other airlines. 
But still murah sekiranya dibandingkan dengan harga tiket domestik di Malaysia ni.


Lepas tu, susun rancangan perjalanan.
Aku tidak mau jadi terlalu ambitious dengan pegi banyak bandar di Turki.
Aku sudah belajar daripada pengalaman lalu, kalau kerap sangat berpindah dan hanya stay satu malam di sesuatu tempat, nanti mental dan badan jadi penat.
Kalau mental dan badan penat, travel pun akan jadi hambar.
So it's not the quantity, it's the quality that counts.

(Ikut citarasa masing-masing la, ada yang suka pegi banyak tempat walaupun kurang rehat.
Ada yang suka santai-santai, yang penting dorang rasa ada connection dengan sesuatu tempat tu.
Tapi macamana mau rasa ada connection kalau singgah kejap-kejap saja kan.
Kena la singgah lama sikit).

Kami ada 8 hari 8 malam di Turki.
Aku hanya pilih Istanbul, Cappadocia dan Pamukkale saja untuk dilawati.
Mula-mula macam ada hati mau ke Ephesus juga.
Tapi Ephesus tu macam banyak rupa Roman gitu, which kami pun suda tengok di Rom.
So, bole skip la tu Ephesus konon.

Susunan rancangan trip Turki kami:

Hari 1 (Rabu): Flight KUL - DXB - IST
Hari 2 (Khamis): Istanbul
Hari 3 (Jumaat): Istanbul
Hari 4 (Sabtu): Istanbul
Hari 5 (Ahad): Flight IST - NEV, Bermalam di Cappadocia
Hari 6 (Isnin): Cappadocia day tour
Hari 7 (Selasa): Cappadocia day tour, Night bus ke Denizli (Pamukkale)
Hari 8 (Rabu): Pamukkale day tour, Flight DEN - IST, Bermalam di Istanbul
Hari 9 (Khamis): Istanbul, Flight IST - DXB, Bermalam di Dubai
Hari 10 (Jumaat): Dubai, Flight DXB - KUL
Hari 11 (Sabtu): Sampai di Kuala Lumpur

Untuk hari-hari kami di Istanbul, kami free and easy saja.
So, suka hati la mau pegi tempat bersejarah bila, makan di mana, shopping bila, tidur satu hari pun tidak apa.
Tapi untuk di Cappadocia dan Pamukkale, aku gunakan service tour daripada travel agent yang direkemen oleh TurkeyTravelPlanner iaitu syarikat agen pelancongan Rock Valley.

Aku ada survey dan minta quotation daripada dua travel agent termasuk Rock Valley tu.
Tapi ternyata, si Didem dari Rock Valley tu la yang paling pantas menjawab email, englishnya bagus, dan yang paling penting, dia ni sabar ja melayan aku punya pertanyaan banyak dan details.
Dua-dua syarikat bagi harga yang kompetitif, tapi Rock Valley bagi kami more value to every euro that we spent.

Tips untuk tahu lebih lanjut tentang Turki:
Kalau mau tau lebih lanjut especially tentang industri pelancongan di Turki, silalah lawat TurkeyTravelPlanner.
Memang banyak pengetahuan dan recommendation yang berguna di sana.


Capaian internet di Turki
Bab yang ni kan, kalau baca di mana-mana sumber dalam internet pun, memang tidak ramai yang advise untuk beli travel simcard.

Satu, sebab Turki ada peraturan yang tidak membenarkan penggunaan telefon bimbit yang dibeli dari luar Turki melainkan perlu didaftarkan dahulu dan dibayar pendaftarannya.
Kalau mau guna telefon bimbit luar, telefon tu kena register, dan tidak boleh diguna melebihi 2 minggu or sebulan rasanya, I'm not sure.
Kalau lebih daripada tempoh tersebut, maka kena bayar pendaftaran.

Dua, kalau ada yang menawarkan simcard travel pun, untuk percutian kami yang selama seminggu, adalah tidak berbaloi, dan urusannya adalah renyah.

So, what I did is, aku sewa pocket wifi daripada AllDayWifi dengan bayaran USD5 sehari untuk sewa lebih daripada 7 hari.
Kalau kurang daripada 7 hari, ada mahal sikit kadarnya.
Tapi dorang bagi unlimited data dan data tu boleh dikongsi sehingga 10 device.
Lepas tu wifi tu boleh diguna di mana-mana sekitar Turki hatta di Cappadocia dan di Pamukkale pun.

Oh satu tempat ja coverage nya macam bengong-bengong iaitu dalam cave hotel kami di Cappadocia.
Mungkin dinding batu tu tebal sangat agaknya.
Nasib baik ada hotel wifi.
Maka kami masih tidak terpisah daripada dunia siber.

The process to get the pocket wifi is quite easy.
Fill in the online form, bagitau kita mau guna dari bila sampai bila.
Dan bgtau di mana kita mau terima device tu dan di mana kita akan serahkan semula.

Aku letak tarikh start guna pada 10 Mac 2016, sebab kami sampai di Istanbul pun sudah 9 Mac 2016 malam.
Rugi la kalau letak 9 Mac 2016.
Tapi dorang ni punya efficient, 9 Mac 2016 pun device tu sudah sampai.
So malam tu di hotel aku sudah start guna. Hehe.
Penerimaan dan pemulangan aku buat di lobi hotel aku ja.
Mudah dan murah.

Pemilihan hotel
Kriteria pemilihan hotel kami di Istanbul ialah lokasi, harga, free breakfast, good review, free airport pickup dan mudah untuk perokok mengambil oksigen.
Hotel yang memenuhi semua kriteria di atas ialah Ambassador Hotel.

Hotel kami di Cappadocia pula dibantu oleh agen kami Didem dari Rock Valley.
Dia bagi dua pilihan. Aku pilih Kale Konak Cave Hotel sebab hotel tu dapat rating lebih tinggi daripada hotel yang lagi satu.

Hotel di Dubai pula kami pilih Holiday Inn Dubai Airport.
Hotel ni bagi service free airport shuttle, free breakfast dan boleh checkout jam 2 petang.

Review lanjut tentang ketiga-tiga hotel ni akan menyusul kemudian.

Matawang Lira dan Dirham
Kami tidak buat persediaan pun untuk duit Lira ni sebab aku baca di blog orang semua cakap susah cari Lira di KL kecuali di Midvalley which aku malas mau pegi pasal jauh.
Dan kebanyakkannya pun advise untuk withdraw duit di ATM yang belambak dan senang didapati di Istanbul.
Duit dirham pun boleh ja withdraw di Dubai.

Kalau mau bawa juga duit, untuk persediaan di saat kecemasan, bawa la Euro atau USD.
Sebab kedua-dua matawang ni amat berguna untuk pembayaran bagi servis berskala besar seperti sewa hotel, cruise, hot air balloon dan travel tour.
Kami hanya bawa 200 Euro ja.

Insurans Perjalanan
Sebenarnya, ketika beli insurans perjalanan ni, aku tidak terfikir pun tentang kejadian pengeboman di Turki.
Aku hanya terfikir, kami pergi dua orang suami isteri, Addin dan Zara tinggal di Malaysia.
Sekiranya berlaku sebarang yang tidak diingini kepada kami, aku tidak mau Addin dan Zara dan  mama aku dalam kesusahan.

Namun sekarang, dengan satu kejadian pengeboman di Ankara ketika kami di Cappadocia, tambah lagi satu kejadian di Istiklal Street semasa kami baru sampai Malaysia, aku rasa sebab yang itu patut dijadikan wake up call bahawa seseorang traveller itu perlu beli travel insurance sekiranya berhasrat ke Turki, hatta ke mana-mana negara sekalipun.

Aku beli travel insurance patuh syariah World Traveller Care daripada Etiqa secara online.
Maybank2u pun menawarkan produk yang sama.
Tapi kalau beli direct dengan Etiqa, akan dapat 25% atau 30% diskaun tidak silap.
Banyak tu.
Kos travel insurance untuk kami berdua bagi perjalanan 10 hari hanya berjumlah RM128.87.

6 comments:

  1. salam kenal.

    thanks for sharing yr trip to Turki..banyak info.

    ReplyDelete
  2. Akum...boleh tahu keadaan cuaca pada waktu anda ke sana...sy dan family mungkin akn pergi bulan feb nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.. kalau di Istanbul tu boleh tahan juga sejuknya.. kena pakai jaket juga.. tapi di Cappadocia lebih sejuk lagi sebab bersalji walaupun ketika tu sudah bulan Mac.

      Delete
  3. Assalam, nak tanya, puan ambil flifgt dari denizli ke istanbul pukul brapa ye? Kalau 6pm sempat ke settle day tour di pamukkale dan gerak ke airport?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Hani, kami fly dari Denizli ke Istanbul jam 7.20 pm. Satu hari sempat tour di Pamukkale. Jam 6 pun ok gak kot. Tapi mungkin akan terkejar-kejar sikit.

      boleh refer post saya di sini untuk pengalaman kami di Pamukkale http://jijuzera.blogspot.my/2016/03/bulan-madu-2016-di-turki-hari-ke-8-16.html

      Delete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...