google analytic

Nuffnang

Tuesday, June 9, 2015

Pulau Tioman (Mukadimah dan Hari Pertama - 2 Jun 2015)

Plan ke Tioman diilhamkan oleh Abang Edi sebagai pengisian cuti sekolah pertengahan tahun 2015.
Patutnya pegi Krabi, tapi trip ke Krabi terpaksa diawalkan ke pertengahan Mei 2015 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. 
Masa yang suntuk menyebabkan kami tiada dapat mencari tiket flight ke mana-mana destinasi percutian dengan harga yang murah. 
Tidak dapat cari flight, maka kami cari option bercuti dengan memandu kereta saja la.
Tioman adalah pilihan terbaik.

Satu sebab, kami tidak pernah ke sana.
Dua sebab, kami sekeluarga sedang gila snorkeling. Amat tidak kisah dengan sunburn kulit hitam. 
Tiga sebab, Abang Edi sudah lama memasang hasrat supaya kami dapat ke Tioman, sejak tahun lepas lagi. 
Katanya, Pulau Tioman pernah dinobatkan sebagai 10 pulau tercantik dunia suatu masa dulu.
Berapa lama dulu? 1980an mengkali.
Jadi, orang Malaysia yang suka pemandangan pantai, mandi laut, suka snorkeling, mesti pegi sana, kata Abang Edi.
Ha ye la.. Layan saja la. Bukan aku yang drive kan.    

Tapi lepas google review dan pengalaman orang dalam Internet, aku amatlah kureng dengan prosedur naik feri dari Mersing ke Tioman.
2 jam naik feri. Oh my.. aku memang tidak suka naik feri bertutup ni.
Rasa cam rimas. Kalau naik bot open air tu aku ok. 
Lepas tu, kalau mau naik feri tu, tiada nombor seat. Kena la pandai-pandai cari seat sendiri kalau mau duduk berkumpulan. Sudah la kami ni 4 orang. Bawa budak lagi tu. Macamana mau berebut ni. 
Ada review orang cakap, naik feri Tioman macam neraka la, lambat la, tidak tepati masa la.
Migrain aku membayangkan pengalaman dorang yang negatif ni.

(Syukur.. pengalaman naik feri ke Tioman tidaklah seburuk yang disangka. Baca pengalaman saya di sini.)

Then aku baca review lagi, di pantai pulau Tioman tu memang terkenal dengan masalah sandflies.
Aku pun tidak tau la macamana rupa sandflies.
Yang penting, siapa kena gigit dengan sandflies ni, kesannya pada kulit adalah macam kena gigit nyamuk, tapi berbintat lebih besar, ka macam kena gigit pijat.
Aku pun tidak sure apakah translation sebenar sandflies ni dalam bahasa melayu. 
Adakah agas? 

Makanya, aku luahkan kebimbangan aku kepada Abang Edi takut-takut kami jadi sangap stay di Tioman 4 hari 3 malam.
Aku minta kurangkan kepada 3 hari 2 malam ja.

Tapi Abang Edi pesan sama aku, jangan banyak fikir yang buruk-buruk.
Well, itu memang kelebihan aku. Aku suka mencari kemungkinan yang terburuk (expect the worst) so aku boleh buat preparation sebaik mungkin.

Jadinya, percutian kami ke Tioman pada minggu lalu telah dihadapi oleh aku dengan jangkaan yang amat rendah.
Supaya aku tidak kecewa. 
Dan sebab aku tidak excited langsung mau pegi Tioman, kami bagitau Addin dan Zara last minute tentang plan kami ke Tioman.
Biar la dorang pun tidak excited juga.
Low expectation is better than high expectation.

(It turn out to be way better than what I've expected! Baca pengalaman saya di sini.)

Perjalanan kami bermula pada jam 6.15 pagi hari Selasa tarikh 2 Jun 2015.
Terpaksa korbankan cuti pada hari bekerja sebab aku kena ambil mama aku di airport pada hari Sabtu tu. 
Minggu sebelum tu, aku sudah call syarikat feri di Tanjung Gemok, Bestari Gemilang (No. telefon: 09-4131362) untuk cop 4 seat jam 12 tengahari ke Tioman.
So, kami kena pastikan kami sampai di Marina Tanjung Gemok sebelum jam 11 pagi.
Kalau dari KL ke Rompin, lebih dekat sekiranya ikut jalan Bahau-Muadzam Shah.

Waze pula jadi pening. Kami ikut jalan PLUS lalu Kluang, lebih jauh 100 km dan lebih lama 30 minit. 
Tapi ok la juga.
Terbayar hasrat aku mau merasa kopi di Stesen Keretapi Kluang. 

Ni semua muka tidak mandi. Haha.

Klasik nasional.

Order roti bakar 2 jenis. 
1 jenis yg 4 segi tu.
1 lagi yg rupa bun ni.
Yang bun ni lebih sedap.


Aku pesan Kopi 'O' Panas.
Sedap la juga. Macam kopi kampung.

Nasi lemak ni amat menarik perhatian sebab saiznya yang kecil.
Tapak tangan aku kecil (tidak tipu) tapi nasi lemak ni lagi kecil dari tapak tangan aku.
Harga: RM0.70 sahaja (harga ni aku google. Aku lupa tengok bil).

Nasi lemak 3 sudu, sambal yang sedap, 2 butir kacang goreng dan 3 ekor ikan bilis goreng rangup.
Sedap.
Tapi sebab diet punya pasal, aku makan satu ja.
Jangan ikut nafsu.

Perjalanan diteruskan hingga kami sampai di Marina Tanjung Gemok.
Beli tiket pergi balik RM70 untuk dewasa dan RM60 untuk kanak-kanak.
Tulis nama di senarai nama penumpang ikut boarding pass yang diberikan.

Abang Edi parking kereta dekat area jeti ni dengan bayaran RM10 sehari.
Feri kami bergerak jam 12 tengahari.

Jom kita bergegas cop tempat duduk.

Dengan pantasnya aku mencari seat untuk kami berempat.

Perjalanan 2 jam seakan tidak terasa.
Aku tertidur sekejap. Abang Edi tidur lebih lama.
Budak 2 orang ni berebut ipad tengok movie.

At last, kami sampai di Tioman.
Ni adalah pemandangan sungai dekat jeti di Kampung Tekek.
First stop di Tioman.

Lepas tu, naik bas yang disediakan oleh Berjaya untuk ke Berjaya Tioman Resort.
Kalau tidak naik bas, memang 1 hari 1 malam baru la sampai mengkali.
Jauh tu dari jeti ke Berjaya.

Selesai urusan check-in, kami diberikan bilik 207.
Lepas check-in, naik van pula ke bilik.
Ooo.. rupanya dari lobi ke bilik pun jauh juga.
Berjaya Tioman ni besar.
Tapi kalau tau jalan pintas sekejap ja pun.

Aku booking bilik Deluxe. 
Sebab bilik ni besar.
Sesuai untuk kami berempat.
Ini la sebab utama aku booking Berjaya Tioman pun. 
Hotel atau guest house yang lain tidak banyak yang menawarkan family room. 

Katil king yang selesa.
Tapi bantal tu lembek sangat.
Sakit tengkuk aku tidur.

Ada daybed yang cukup besar dan selesa.
Jadi tempat beradu Abang Edi.

Tv pun besar dan moden.
Banyak channel.
Ada channel nickelodeon. Sesuai untuk budak-budak.
Channel movie dan sports pun ada.

Kemudahan buat air panas.

Toiletnya pun besar.
Ada 2 jenis toilet. Macam di Itali pula. 

Sinki pun ada dua.
Bath amenities pun lengkap.

Pemandangan pantai dari bilik kami.
Kapal cruise tengah laut tu Tan Sri Vincent Tan yang punya.

Depan bilik aku ada swimming pool dan Restoran Sri Nelayan.
Tidak perlu jauh berjalan untuk makan dan riadah air yang amat disukai oleh Addin dan Zara.

Chalet di sebelah chalet kami.
Kami punya chalet pun tingkat atas.

Lepas letak beg, kami pegi redeem welcome drink dulu di Restoran Sri Nelayan.

Welcome drink patut ble dapat 2 gelas ja, tapi waiter tu bagi kami 4 gelas.
How sweet.

Lapar punya pasal, kami order makanan tengahari.
Abang Edi order nasi dengan rendang daging.
Addin order nasi lemak dengan ayam goreng.

Zara order set kids meal hot dog.
Alhamdulillah, semua sedap.
Harga pun sedap juga, standard hotel. 

Lepas makan, kembali ke bilik.

Posing di tangga ye.
Short nap dulu.
Addin dan Zara bising mau ke swimming pool.
Kami ke swimming pool petang sikit. 

Huge pool site. 

Makan malam di restoran yang terletak di luar pintu besar Berjaya Tioman Resort.
Ada dua restoran ja pun, satu restoran melayu nama Delima Seafood. 
Satu lagi restoran cina betul-betul tepi pantai.

Jadinya, kami dinner di Delima Seafood tu.
Orang punya la ramai. 
Lambat sikit dapat makanan kami, lebih kurang 45 minit macam tu.
Aku sikit lagi mau give up minta cancel.
Tapi bila makanan kami sampai, ya ampun... sedapnya la yang amat.
Habis tinggal tulang kering ja ikan siakap masam manis kami kerjakan.
Bil agak mahal, RM69 sebab ikan siakap tu ja sudah RM39.
Dua biji air kelapa sudah RM14.
Huhu.
Takpe la.. sekali sekala. Yang penting sedap.

Lepas dinner, kami menuju ke lobi pula. 
Sebelum tu, kami ada singgah di gerai transport tanya harga pergi snorkelling.
Dorang ada bot besar ja kalau mau naik trip yang ramai-ramai.
Kalau mau snorkeling tempat cantik, kena guna bot kecik dan kena charter bot.
RM400 satu bot.
Fikir dulu.

Then, di lobi pun ada tour agen yang berdaftar dengan Berjaya Tioman.
Untuk trip snorkeling ke Coral Island (Tulai Island), boleh dapat harga RM110 untuk dewasa dan RM80 untuk kanak-kanak. Tapi kena share dengan orang lain la.
Kalau mau charter pula, harganya RM550 bagi satu bot kecil.
Walaupun mahal, tapi kelebihannya dorang ada insurans. 
Dan kalau cuaca tak elok, dorang akan bagi balik bayaran tanpa caj walau sesen pun.
Itu dorang cakap la.

Abang Edi mau charter bot.
Addin pula mau share dengan orang lain sebab dia kata boleh buat kawan baru. 
Aku pun ok ja kalau sharing sebab bot kecik ja, bukan ramai sangat orang pun.
Abang Edi cakap fikir dulu.
Agenda besok hanya bersenang lenang di Berjaya Tioman Resort. 

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...