google analytic

Nuffnang

Friday, December 19, 2014

Majlis hari jadi Addin (8 tahun) dan Zara (5 tahun) - backdated post

Majlis Hari Jadi Addin dan Zara ini diadakan pada 18 Disember 2015.

Seumur hidup Addin dan Zara, aku belum pernah lagi buat party dengan bajet yang terlebih suda untuk budak dua orang ni.
Until this year, Addin sudah pandai demand.
Konon tahun ni, dia request untuk buat besday party dengan beberapa kriteria - 
  • buat di rumah sebab dia mau jemput sahabat dari sekolah guna besday kad
  • mau ada bouncy castle dan, 
  • ada clown. 
Adoi la.. Nasib la si Zara ni belum bijak ke situ lagi. 

Macam kesian pun ada. 
Aku survey harga untuk bouncy castle + clown, punya main mahal.
Belum masuk kek, makanan sampingan, doorgift bagai.

Jadinya, mula-mula plan mau buat di Kidzoona di AEON dekat rumah ja.
Cumanya, kalau buat di situ, berapa kerat sangat la bilangan sahabat Addin dan Zara yang aku dapat jemput. 
Tang dorang bermain tu memang seronok, tapi tang tidak ramai kawan tu aku rasa macam tidak siok pula. 

So, the best way is - buat di transit/tadika dorang saja la. 
Yang penting - ada kawan-kawan yang boleh sama-sama memeriahkan. 
Malas buat di rumah. 
Dan permintaan untuk ada bouncy castle pun terpaksa aku tolak atas dasar bajet dan keselamatan.

Untuk badut pula, aku pilih Awang si Badut Nakal sebab dia tinggal dekat dengan area rumah kami. 
So aku rasa, apa salahnya bagi bisnes dengan orang satu area. Badut tu pun senang travel.  
Dan, time aku call tu, En. Awang ni bagitau yang dia akan bagi small token sebagai hadiah untuk games yang dia buat which badut yang lain tiada mention pun dorang akan bagi macam ni. So, plus point di situ.

p/s: Boleh try contact En. Awang di FB: Badut Nakal dan Instagram: @awangtheclown

Harga pula ialah RM400 bagi pakej badut tadika : termasuklah unlimited balloon, fun games, magic show dan mc for cake cutting ceremony.
Which is aku rasa ok sebab rata-rata semua rate clown services di Lembah Klang ni pun bagi harga RM400 untuk pakej seperti di atas (aku survey 3 orang ja pun).

Cantik je decoration kan. Terima kasih kepada Cikgu Asiah dan kawan-kawan (cikgu Addin dan Zara) yang bersusah payah setup deko untuk majlis Addin dan Zara ni :

Kek Zara dan Addin pula aku order dengan kawan aku Miza Chia.
Aku minta kek simple ja (butter cake with icing) sebab aku tau budak-budak bukan kisah sangat dengan makan kek ni pun. 
Yang penting, kek dorang ni ada gambar.
Zara mau My Little Pony, Addin mau Upin Ipin versi Ultraman Ribut.

Dalam gambar di atas juga, ada sesi fun games yang dikendalikan oleh En. Awang.
Untuk gambar di sebelah bawah kiri, hadiah pertama En. Awang bagi RM50 kepada pemenang bertuah. Wah, banyak tu!!

Gambar sebelah bawah kanan - terima kasih kepada adikku Nurul yang banyak membantu :)

Cikgu sekolah SBC buat deko untuk party ni. Very much appreciate it!!

Aku mula2 mau buat party pack contains belon buih. Tapi tidak jumpa pula. So, aku bagi mamee dan choki choki ja la.

Dalam polisterin putih tu ada aiskrim.

Happy kid :)

Acara potong kek di'mc'kan oleh Awang the Clown

Terima kasih cikgu tolong kautkan aiskrim :) Boleh guna aiskrim kon atau cawan kertas. 
Aku sediakan juga topping oreo crumb dan crushed honey cornflakes bagi ada rasa krup krap.


Yang penting semua gembira! (Well, I hope so :))


No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...