google analytic

Nuffnang

Monday, December 22, 2014

Cuti Hujung Tahun 2014 (Indonesia - Puncak, Bogor ke Bandung) - 29 November 2014

Rise and shine!
Suka bangun pagi-pagi tau bila travel.
Lagipun, memang kena bangun awal.
Walaupun timing di area Jakarta, Bogor dan Bandung ni lewat sejam dari masa Malaysia, tapi waktu solat dorang awal macam di Johor.

Pukul 6 yang macam 7 pagi di KL.
Sejuk kan. 

Budak ni pun sama bangun awal.
Mau try test swimming pool konon.
Lepas tu tengok swan.

Kalau duduk di caravan, dapat breakfast free.

Selain nasi putih, mee goreng, lauk-lauk sunda dan bubur ayam, roti bakar juga disediakan.
Tapi bakar sendiri macam goreng burger ramly di Malaysia. 
Hanya ada marjerin dan chocolate rice. 

Lepas breakfast, kita berhibur dulu dengan kunjungan spesel burung kakak tua. 

Tips:
Kalau terasa ingin bermalam di Safari Lodge, elok sebenarnya pilih di karavan.
Sebab lokasi breakfast adalah di Restaurant Caravan which is agak jauh dari bilik hotel Safari Lodge yang lain. 
Penginap yang lain kebanyakannya pakat naik kereta pegi breakfast.
Kami jalan kaki ja la sebab dekat ja kan. 
Karavan kami no. 4 tu aku memang order siap-siap dalam phone lagi sebab dekat dengan kolam angsa, kolam renang dan restoran. 

Bergambar di lobi Safari Lodge. 
Masa untuk check out.
Tiket Taman Safari yang dapat murah semalam tu hanya valid untuk sehari saja.
Sebab sudah pakai semalam, so hari ni sudah kena beli baru.
Jadi, kita teruskan liburan ke Bandung ye pak. 

Kompem la ni sudah sampai Safari Lodge.

Dari Puncak ke Bandung, perjalanan kita akan dihidangkan dengan pemandangan ladang teh.

Dan kemacetan yang panjang berkilometer. Gilaks. 
Driver kami bagitau kalau hari Sabtu dan Ahad, ada jadual untuk naik turun dari Bandung dan Jakarta ke Bogor. 
Ketika gambar ini diambil, kenderaan dari Bandung kena stop sekejap (lama sebenarnya) untuk beri laluan kenderaan dari Jakarta naik Bogor dahulu.

Penatnya ya ampun perjalanan dari Puncak ke Bandung.
Walaupun kami ni duduk dalam kereta ja. 
4 jam. Gilaks. 
Si Addin dan Zara tidak habis-habis bertanya bila kita akan sampai.
Yang kurang bestnya tu, kereta kami tu 2 kali ditahan polis sebab ada masalah road tax agaknya.
Dan tanpa segan silu, polis tu boleh ambil suapan Rp20,000 depan mata kami, wisata dari Malaysia.
OMGee.. 
Driver tu cakap, kalau tidak diberi suap, sampai ke sudah la kami stuck kena soal siasat polis tu.
Second time kena tahan, Pak Mulyadi bagi telefon pada Pak Amin.
Tiada suapan what so ever dan dilepaskan.
What the heck actually? Aku pun tidak faham. 

Masuk Bandung pun macet juga. 
Hari Sabtu kan. Ramai orang Jakarta turun Bandung untuk cuti hujung minggu. 
Pak Mulyadi bawa kami ke Restoran Sederhana untuk lunch dulu sebelum ke hotel. 

Siap dapat welcome note lagi dari hotel ni. 
Wah.. ini sudah bagus. 
Aku tidak tau apa rasa kek dan coklat tu.
Zara dan Addin ja tukang makan. 

Untuk keselesaan, aku saja pilih Hotel Grand Serela, Jalan Riau, Bandung.
Atas recommendation kawan aku si Faiz.
Hotel ni provide family room pada harga yang lebih murah daripada hotel lain.
Rp1,920,000 untuk 2 malam (Sabtu dan Ahad). 

Family room 2 tingkat. Tingkat atas pun ada tv. 
Memang sesuai untuk Addin dan Zara yang suka conquer tv sebab mau tengok kartun.


Bilik di bahagian bawah.
Sengaja pilih family room sebab mahukan keselesaan selepas lama berada di atas jalan raya. 

Bilik air yang tiada bath tub.
Tapi Addin dan Zara ok ja.

Lepas menyegarkan diri dan solat, kami teruskan perjalanan ke Rumah Mode untuk shopping sikit-sikit.
Hanya beli baju Addin dan Zara saja. Dorang sempat pau Abang Edi dan dapat toy sorang satu.
Tapi toy tu tidak murah pun. Di KL pun ada.

Abang Edi tidak puas hati.
Sebab dia belum beli pakaian untuk diri sendiri walau Rumah Mode tu besar ja untuk di explore.
Pak Mulyadi bawa kami ke Polo Ralph Lauren area mana pun aku tidak sure.
Di situ Abang Edi sakan beli shirt dan seluar. Aku juga yang tidak shopping ni.
Ok la. Ada 50% diskaun sempena sambutan Krismas yang bakal menjelang tiba.

Then, hari semakin gelap.
Pak Mulyadi bawa kami ke Kampung Daun untuk makan malam.

Makan di sini: sedap.
Tapi mahai.
Kena amik nombor sebelum dapat meja.
Dan nasib la kalau dapat meja yang jauh kena daki tangga tinggi-tinggi.
Kalau bawa orang tua or anak kecil mungkin ada kepayahan sedikit di situ.
Tapi mungkin untuk orang yang special ni ada meja khas. Well, kurang pasti di situ.
Cumanya, aku faham kenapa caj makan dorang ni mahal.
Restoran ni besar. Siap ada pertunjukan budaya. Ada air sungai dan air terjun buatan lagi.
Yang penting, sedap.

Time ni hujan dan sejuk. Jadi kena la pakai sweater.


Time kami makan tu, ada bunyi orang nyanyi-nyanyi, gelak-gelak, happening semacam.
Rupanya ada pertunjukan kuda kepang.

Orang yang 'naik' kuda kepang ni baru sahaja membuka kepala muda menggunakan gigi dan habis sebiji kelapa tu dimakannya.
Sekarang ni dia sedang naik syeh.

Belum habis pertunjukan, kami suda balik. 
Aku takut hantu kuda kepang tu ikut kami balik hotel.
Scary.

Apa la nasib pegi Bandung time weekend ni.
Dari Kampung Daun ke Grand Serela took us about 1 hour and a half. 
Sampai tertidur-tidur kami dalam kereta.
Balik hotel ja, terus mandi, solat dan tidur.

Besok, kami akan keluar jam 10 pagi ke Tangkuban Perahu tapi kali ni dengan Pak Amin pula.

1 comment:

  1. PAKEJBUDGET BERCUTI BANDUNG

    ABIM TRANSPORT Services menawarkan percutian hebat
    dan ekslusif
    Ke Bandung pada harga istimewa khas untuk
    orang Malaysia.
    Rasailah keseronokan percutian dan keindahan kota
    Bandung disamping menikmati suasana
    membeli belah di rangkaian factory outlet yang
    menjanjikan pelbagai barangan pada harga murah!!
    Dan juga jangan lepaskan peluang merasai keenakkan
    makanan yang pelbagai dan sedap....

    Package Rate :
    -pakej transport+hotel (2pax)

    *3D2N = RM 260/pax
    *4D3N = RM 375/pax
    *5D4N = RM 480/pax

    -pakej transport+hotel (4pax)

    *3D2N = RM180/pax
    *4D3N = RM 260/pax
    *5D4N = RM 330/pax

    -Pakej transport+hotel (6pax)

    *3D2N = RM 150/pax
    *4D3N = RM 215/pax
    *5D4N = RM 285/pax
    Hotel facilities:
    -Ac
    -Free Hot spot / wi fi
    -Cable-Tv
    -Breakfast
    -Hot & cold water
    -Free parking
    * room deluxe ~king bed size hotel 2star also include free buffet breakfast
    Group yang sudah kami layani
    -CIMB Group Company From Malaysia
    -Tv 3 malaysia
    -My bank group company
    -Petronas Company
    -Family trip
    -Pelajar Trip
    -Back pac trip
    -Dan lain-lain
    Sekiranya anda berminat menyertai percutian
    Sila hubungi :
    WhatsApp : +6281220553050 (fast response)
    e-mel :abimtourandrentcar@yahoo.co.id

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...