Aku pun heran. Dulu last year kalau kami bergurau konon mau sunat si Addin ni mesti beria tidak mau.
Tapi tahun 2014 yang lepas ni, punya la dia bersungguh mau kena sunat.
Ini semua gara-gara pengaruh Upin Ipin dan rakan sebaya si Addin yang sudah berkhatan dan bagi review positif.
Especially lepas dia tau yang khatan ni guna teknologi laser.
Dia ingat laser ni macam dalam cerita Star Wars.
Dan rakan sepejabat aku pun galakkan untuk khatankan anak di usia awal ni.
Sebab kalau tunggu besar macam darjah 4 and so on baru mau sunat, nanti budak tu malu kalau parents dia tolong tengokkan loloinya semasa berpantang post-sunat tu.
So, time kecik2 ni la kurang malu sket. Haha.
Mula-mula aku berminat untuk enroll kan si Addin dalam mana-mana majlis berkhatan beramai-ramai.
Selalu kalau time cuti sekolah, banyak pihak macam kawasan kejiranan, masjid dan surau, etc akan buat program majlis berkhatan beramai-ramai.
Memang nampak meriah sebab ramai budak yang terlibat. Kadang-kadang siap ada kenduri, ada acara kena siram dengan pili bomba etc. Dan biasanya bayaran untuk berkhatan pun lebih murah daripada harga pasaran sebab selalunya ada subsidi dari pihak penganjur..
Oleh kerana tarikh-tarikh program khatan beramai-ramai ni selalu tidak kena dengan jadual keluarga kami, maka terpaksalah aku lupakan hasrat murni untuk khatan berjemaah tu.
Abang Edi pula prefer untuk Addin buat sorang sebab tidak perlu menunggu giliran dan tidak perlu menumpang subsidi mana-mana pihak.
Biar la subsidi tu digunakan oleh pihak yang lebih memerlukan.
Dipendekkan cerita, kami tempah appointment untuk Addin dikhatankan di Klinik Qistina pada 21 Disember yang lepas.
Kos bersunat di Klinik Qistina ialah RM130.
Maybe pengalaman bersunat tu adalah yang the most terrible and terrifying experience for Addin.
Si Addin memang bukan jenis tahan sakit.
So, daripada injection bius yang pertama tu pun dia sudah meraung kesakitan lepas tu tidak mau teruskan acara berkhatan.
Terpaksa la aku pun masuk dalam bilik untuk tahan tangan dan kepala si Addin sambil bagi sokongan moral.
Abang Edi dan seorang pembantu doktor tolong tahan kaki si Addin.
Lepas bius, dia jadi rileks sekejap dengan air mata yang masih mengalir di pipi sambil main iphone Abang Edi.
Lepas tu, time proses berkhatan pun si Addin melalak saja sekuat hati.
Walaupun sudah dibius, tapi si Addin ni sudah masuk fasa trauma.
Hatta bila doktor pegang pun dia cakap sakit juga.
Tidak pasal-pasal kena bius lagi satu kali.
Hoho.
Selalu aku dengar cerita orang je kan.
Orang kata kena buang kulit tu sikit ja.
Lepas tengok sendiri, aku rasa macam banyak ja kulit yang dibuang.
Ada 2 layer lagi tu.
Dan time kena potong pakai laser tu, ada bau macam terbakar sikit macam sate.
Balik rumah, after an hour lepas tu, si Addin mengadu sakit.
Kesan bius tu sudah hilang.
Menangis-nangis si Addin.
Sian pula aku tengok.
Aku suruh dia tidur tapi tidak jalan pujukan aku.
Nasib baik time dia nangis-nangis tu ada ipar aku datang melawat.
Mak Long nya suruh tidur, baru la dia tidur. Huhu.
Ni muka senyum lepas sampai rumah.
Abang Edi buat penggantung kain guna tiang buaian dorang time baby tu.
Bagi tegak guna kerusi makan.
Selama 4 malam la kami semua tidur malam di ruang tamu bawah untuk temankan si Addin.
Si Addin berpantang dengan makan ayam goreng kunyit.
Tapi tidak mau makan sayur.
Ketika si Addin berpantang, aku tidak bagi dia mandi. Lepas 4 hari macam tu barulah dia mandi.
Bagi dia minum jus oren supaya dapat lebih vitamin.
Dan tidak galakkan dia makan benda manis supaya lukanya cepat sembuh.
Sunat hari Ahad. Hari Rabu bawa Addin ke klinik untuk check-up.
Doktor pun cakap luka si Addin sudah kering dan tidak bengkak lagi.
Kalau anak orang lain pantang 2-3 hari ja, si Addin pula kena tunggu seminggu baru dia berani pakai seluar dalam.
Yang penting semuanya selamat :)
Semoga pengalaman bersunat ni memberi anjakan keberanian dan kematangan untuk si Addin.
Amin.
Yang bestnya si Zara la. Sebab Addin cuti seminggu daripada pegi transit, Zara pun mau cuti jugak daripada dihantar ke tadika sebab dia mau jaga abang Addin konon.
Tapi bagus juga. Sebab dia la yang tolong ambilkan air untuk Addin. Bagi Addin makan roti kalau Addin lapar. Good girl :)
Wahh tahniah addin selamat melangkah ke alam dewasa!!! Auntie lak rasa syahdu mcm baru kejap je tgk awak baby kat spital hehe..
ReplyDeleteThanks auntie Ika!
ReplyDeleteMemang time menghantar Addin pi sunat tu, rasa cam syahdu je sebab dah nak jadi anak bujang..
pastu Addin boleh melalak2 pula tanak kena sunat.. tp kena teruskan jugak.. kalau tak, mesti trauma tanak sunat sampai ke sudah.. hehe...