google analytic

Nuffnang

Wednesday, January 21, 2015

Pertama kali ke Tokyo! (First episode) - 21 Jan 2015

Datang Tokyo. Objektif: Menghadiri kursus JICA. Akan stay di JICA Tokyo International Center.

Dapat tahu permohonan aku untuk menyertai kursus JICA dalam lebih kurang sebulan sebelum tarikh penerbangan ke Tokyo.
Sudah nasib. Selalunya Malaysian yang datang kursus JICA at least ada geng, aku wakil Malaysia sorang-sorang.
So, sebelum ke Tokyo, aku selalu nervous, mengenangkan betapa aku akan sangap tanpa geng di bumi Allah yang tidak ramai berbahasa Inggeris.

Ini saja yang mampu aku bawa ke Tokyo untuk trip ni.

p/s: 
2 minggu sebelum aku ke Tokyo, rate tukar duit Yen ialah around RM29 untuk 1000 Yen.
Tapi terhegeh-hegeh punya pasal, aku malas tukar duit awal-awal. 
Lepas tu rate pun naik. 

2 hari sebelum ke Tokyo, aku pegi Pasar Seni untuk beli cenderamata supaya dapat bagi pada kawan-kawan di Tokyo nanti. 
Then aku pun saja-saja round di area Masjid Jamek untuk beli duit Yen. Kunun sana kompetetif.
Sekalinya, lebih kurang ja rate dengan money changer di Giant Seri Kembangan. Tiada stok pula tu. Yang mahal sampai RM32 untuk 1000 Yen pun ada. Gila apa. 
Bagus tukar di Giant Seri Kembangan ja. 
Moral, setakat mau jimat RM10-RM20, bagus tukar di money changer area rumah ja.


Datang ke Tokyo naik Japan Airlines (JAL).
Sudah call request untuk Muslim Meal dan window seat.

Malaysian sudah tidak perlu visa untuk masuk Japan. 
Yang penting kena guna pasport baru yang ada embedded chip.
Tapi, sebab aku pegi atas urusan training, kena apply juga visa di Embassy of Japan di Jalan Stonor, KL.
Tujuan kena ada training visa tu supaya layak dapat medical card yang issued di Japan.

Ambil gambar kenang-kenangan dengan Addin dan Zara di KLIA sebelum aku boarding.
Menangis lagi aku. Huhu. 
Si Zara dan Abang Edi pun sedih-sedih juga.
Si Addin ja rileks.

My breakfast. 
Turkey slice with omelette, salad and thousand islands dressing, yogurt with strawberry, papayas and honeydew, choc cake slice and bun. 
Bun comes without butter? Hmm.

Flight JL724 bertolak jam 10.50 malam dan sampai di Narita pada jam 6.40 pagi selepas penerbangan selama 6 jam 50 minit.
Dalam flight ni, jus oren siap tertumpah atas seluar jeans aku. Hampesan. 
Sabar ja la.
Pastu aku tidur 4 jam. Then tengok cerita hindustan tajuk 2 States time breakfast dalam masa 2 jam sebelum mendarat di Narita. 

Sesampai di Narita, aku try tanya tentang pakej free wifi untuk foreigner kepada pelanggan JAL di kaunter JAL.
Tapi boleh pula dorang cakap dorang tidak tau.
Hampes sekali lagi. 
Sedangkan ada dalam website JAL Malaysia. 
Bikin panas.
Mau subscribe paid wifi mahal pula, lebih kurang RM40 untuk sehari.
Data roaming pula RM56 sehari.
Gilak eh.

Aku pun sama juga bingung.
Code untuk free wifi tu sepatutnya boleh dapat time buat web check-in.
Tapi time aku buat ada masalah pula.
So, what I did is, aku SMS si Nurul minta dia tolong call customer service JAL di Malaysia dan tanya dorang macamana mau dapat tu code.
Rupanya, time buat web check in tu, kena letak given name dengan family name dan family name dengan nama pertama.
Tebalik pula.
Patut la aku tidak dapat web check in. 
So, this issue is sorted out already.
Thanks Nurul!

p/s: Tapi sudah ada premium free wifi pun tidak membantu. 
Moral: Jangan harap dapat free wifi di Japan dan hope for the best speed. Kalau dapat online seminit pun kira bertuah la tu. That bad.

Di Narita aku disambut oleh wakil JICA dan kami tunggu 2 orang peserta dari Bangladesh. 
Lepas tu, aku dan peserta dari Bangladesh tu naik bas dengan tiket dibeli oleh wakil JICA tu menuju ke Tokyo City Air Terminal (TCAT).

Arahan untuk naik bas then naik teksi di TCAT. 

Tiket bas dan luggage tag.

Sampai di TCAT, wakil JICA sudah menunggu kami untuk naik teksi pula.
On the way ke JICA Tokyo International Center di kawasan kejiranan Nishihara, Shibuya, kami disambut oleh flurries iaitu hujan salji kecil-kecilan. 
Aku sedar yang itu bukan hujan tapi snow sebab hujan yang turun tu tidak melekat 'air'nya di cermin kereta tapi melantun semula. 

Titik salji di cermin depan kereta.

Akhirnya, pada jam 9.30 pagi, kami sampai di kampus JICA Tokyo.
Post tentang kemudahan di kampus JICA Tokyo International Center (TIC) akan dibuat di entry lain.

Kisah untuk hari pertama aku di Tokyo di post seterusnya.

7 comments:

  1. wahhhh.. bestnye kak.. sampai Tokyo tu..

    ReplyDelete
  2. Thanks dik @hafeeza shafiqca jamil

    Nanti adik try pi Tokyo pulak.. great experience :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... okay lh g tokyo... hihiji...
    kami d jica okinawa - 15 orang malaysia...
    course tu 1st time offer... kami 1st batch as pioneer...

    Yg best tu... jica respond bila kami balik...
    you guys are too expert... shouldnt be participant but de trainer...
    haha...
    dah pergi 15 orang ... mmg lh nampak hebat ... yer dak... hihi...

    ReplyDelete
  4. Hi @nhhas

    Saya ada apply gak yg kursus kat JICA Okinawa tu.
    Tapi yang tu tak sangkut, ke JICA Tokyo ni pula yang dapat. Walaupun sensorang. Tapi dapat ramai kawan dari negara lain :)

    ReplyDelete
  5. as salam. hi.. sy nkbtanye la..sblm dpt offer JICA ni akan kena interview ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mamamia... takdeinterview.. isi borang je dan tunggu je surat tawaran.. :)

      Delete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...