Tapi wajar untuk diingati sebab ada dua tarikh penting dalam keluarga kami yang berlaku dalam bulan ni: birthday aku dan birthday Zara.
Sempena birthday aku, my bestfriends since sekolah menengah: dari kiri, Liean, Faiz dan Diana, datang ke rumah dengan tujuan untuk melawat aku yang baru bersalin sambil bawa kek untuk sambut besday aku.
Terharu mak.
Semoga mereka semua dilindungi dan dirahmati Allah hendaknya. Amin.
Dalam bulan 10 ni juga, musim peperiksaan semester akhir berlaku.
Oleh kerana aku masih dalam keadaan pantang, jadi aku tidak la boleh mau garang sangat macam cikgu disiplin.
Ajar Addin dan Zara pun lebih kurang saja. Kalau lebih-lebih, jadi meroyan pula aku.
Syukur juga. Not doing very good but not doing bad either.
Masih kekal dalam kelas yang sama means tiada penurunan.
Ada peningkatan pada Zara.
Birthday Zara yang ke-7.
Sebenarnya Zara request mau sambut birthday di sekolah.
Tapi sebab keadaan yang tidak sesuai aku pujuk Zara untuk buat di rumah saja.
Beli cupcake 7 biji, pacak lilin 7 batang, nyanyi di rumah ja la.
Be a good girl, kakak Zara!
Sebagai hadiah birthday, Abang Edi bawa Zara pilih dan beli mainan di ToysRus.
Addin yang belum birthday pun tumpang sekaki dapat hadiah juga.
Pastu Addin dan Zara kena bawa main ice skating di Sunway Pyramid.
Mummy stay di rumah ja la dengan Emir.
Bulan 10 ni pun kind of menderita sikit juga.
Sebab ada beberapa kali putus air di kawasan Selangor berpunca daripada pencemaran bau di Sungai Semenyih.
Mau berpantang pun tidak aman. Haih.
Kesian Syabas asyik kena sumpah seranah ja. Huhu.
Tragedi Oktober untuk rakyat Selangor yang mengalaminya.
Semoga kejadian ini tidak berulang lagi di masa akan datang.
Tragedi Oktober untuk rakyat Selangor yang mengalaminya.
Semoga kejadian ini tidak berulang lagi di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment