google analytic

Nuffnang

Thursday, September 15, 2016

Kemaskini cerita dalam blog - Julai 2016

Sambungan daripada post sebelumnya. 

Julai 2016

- 6 Julai bersamaan dengan 1 Syawal iaitu jatuh pada hari Rabu. Isnin dan Selasa aku masih setia datang ke opis. Motif? Sebab tahun ni kami beraya hari pertama di KL saja sebelah Abang Edi. Hari raya ke-2 baru balik Ranau sebab Mama mau beraya di sana sama mamanya.

- Syukur pada 5 Julai tu, HR kami bagi kami keja untuk setengah hari ja. So, di sebelah petang tu, aku dengan dibantu oleh Nurul dan Lina yang kebetulannya off day dan akan bekerja di 1 Syawal, masak rendang daging, ayam masak merah, acar timun lobak dan nasi minyak.

 Ni gambar rasmi sempena 1 Syawal keluarga kami :)
Warna tema ialah pink dan purple. 

- Pada raya ke-2, kami naik first flight dengan MAS dari KLIA ke KK. Aku sewa kereta Exora dari kawan aku dan kami terus off naik ke Ranau. 

 Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu... 
(Balik Ranau ja, mesti singgah bergambar dengan gunung kebanggaan orang Sabah ni)

- Malam raya ke-3, kami beraya di rumah adik Mama di Lohan. Tiba-tiba, aku dan Abang Edi dapat mesej yang alarm kami diusik di bahagian bumbung. Kurang asem. Punya la berdebar aku dan Abang Edi. Kami siap call 999 untuk tolong tengokkan rumah kami. Kunci rumah ada dengan si Nurul. Lepas periksa, polis tu cakap tu musang ja. Kurang asem sekali lagi. Syukur la musang. Kalau pencuri betul, mau kena tembak pencuri tu dengan polis yang buat rondaan tu. Terima kasih PDRM! Jasamu dikenang. 

 Gambar ni diambil ketika aku baru dapat mesej dari rumah kami yang bumbung rumah sudah diganggu gugat oleh larian musang di atas bumbung. 
Lepas dapat mesej tu, mau makan biskut pun tidak tenang.

-  Hari raya ke-4, kami meninggalkan Ranau dan ambil flight balik ke Labuan.

 Sebelum tu, singgah Desa Cattle Farm di Kundasang.
Addin dan Zara kecewa sebab dorang mau jumpa lembu kunun.
Tapi barisan kereta pengunjung yang datang amatlah panjang.
So, next time je la Addin dan Zara ye.

 Gambar keluarga without Nurul dan Lina. They are still in KL.

 First time kami ke Rumah Terbalik di Tamparuli. 
Boleh la. Sokong produk pelancongan negeri sendiri. 

- 3 hari ja kami di Labuan. Selama 3 hari tu, kami beraya di rumah pacik dan macik aku sebelah bapa ja. Masa tidak mengizinkan.

 Notebook yang dibeli dalam bulan puasa menggantikan Macbook Air yang telah dicuri oleh pencuri kurang asam. Sticker logo Apple tu Addin jumpa dalam kotak iPhone 6S aku. 
Addin lekat logo Apple atas logo HP sebab dia kata dia rindu dengan Macbook Air kami.
Huhu.
Once you go with MacOs, you can hardly accept Windows in your life. Ngee. 


 Raya setiap tahun tidak akan lengkap tanpa buka rumah kepada ahli keluarga untuk datang beraya.
Selalunya, kami akan ajak kawan-kawan juga, tapi tahun ni kami hanya buka rumah untuk ahli keluarga Abang Edi dan cousin aku si Leha ja. 
I made rendang daging dan Laksa Sarawak.

- Walaupun aku berjaya puasa penuh tahun ni, Alhamdulillah, tapi aku tidak dapat menahan dugaan untuk sambung puasa enam. My bad. Bukanlah banyak sangat opis terbuka yang perlu dikunjungi, tapi ntah la. Rasanya bila masuk musim raya ni, nafsu makan amatlah membuak-buak.

 Aku bawa mini sliders yang diinspirasikan dari page Tasty di Facebook untuk majlis raya opis.
Sedap!
BBQ chicken sliders with cheese kunun.



This is miracle. 
Ceritanya macam ni - Kami ada satu pokok kemboja yang tidak pandai tinggi-tinggi ni.
Lepas tu dia bantut macam tu ja la. Berbunga pun tidak. Tapi mati pun tidak.
Abang Edi geram dia rasa macam mau cabut ja pokok kemboja tu.
Aku pula sayang sebab tu aku punya request la tu mau ada pokok kemboja di laman rumah kami. 
Pokok bunga raya kami pula macam makan baja berkoyan. 
Punya la tinggi hingga melepasi tembok. Sedangkan kami bukan buat apa-apa pun. 

After almost a year (or maybe 2) pokok kemboja kami tu idle macam tu ja, tiba-tiba berbunga.
Wah... hidup juga rupanya kau ni kemboja ye.
Aku suspek pokok ni sihat sebab uncle cina jiran sebelah kami sembur-sembur baja sikit dekat kemboja tu. Hehe.
Sebab kalau uncle tu bekebun, dia selalu naik tangga sampai lepas tembok. 
Pokok bunga dia semua cantik-cantik.
Kami ni ja la yang macam hampes. 

Ok. Next, story Ogos pula.

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...