Awal bulan Ogos ni, Pokemon Go baru dibuka untuk pengguna ios di Malaysia.
My henpon tidak terkecuali menerima pengaruhnya.
Thanks to Addin.
Aku nda pernah peduli ni Pokemon. Bikin cepat habis bateri ja.
Aku tetap setia pada Candy Crush Soda Saga.
Dalam bulan Ogos ni juga, aku buat discovery baru.
Rupanya ada Pasar Borneo setiap sabtu dari 7 hingga 11 pagi tidak jauh dari kawasan rumah kami.
Here, kelihatan si Addin posing untuk mamanya.
Lemiding or midin muda. Sedap dimasak ringkas.
Di Pasar Borneo (Jalan Jinma 7, Seri Kembangan), ada dijual macam-macam produk Sabah Sarawak.
Berdasarkan pemerhatian aku, produk Sarawak lebih banyak daripada produk dari Sabah.
Kalau anda beragama Islam dan kurang arif dengan makanan Sabah dan Sarawak, saya cadangkan supaya berhati-hati sebab ada beberapa makanan yang dijual ialah makanan yang obviously tidak halal contoh seperti bosou bakas (pekasam or jeruk babi hutan).
It won't hurt if you ask the seller nicely kot2 makanan tu halal ka haram ka.
Tapi rasanya dorang pun akan advise saudara saudari.
Sabahan dan Sarawakian amat muhibah.
Tanya je, they won't bite.
- Dalam bulan Ogos ni, ada pesta Olimpik di Rio, Brazil. Malaysia berjaya beroleh 3 pingat perak melalui sukan badminton, 1 pingat perak melalui sukan terjun papan anjal dan 1 pingat gangsa melalui acara sukan berbasikal. Memang sakit jantung bila tengok final badminton. Hehe.
- Tarikh 29 Ogos setiap tahun adalah tarikh penting dalam keluarga. Abang Edi turns 40!! Kunun tuan punya badan mau pegi snorkeling di East Coast. Aku pula dengan keadaan yang sudah masuk trimester ke-3 ni macam tidak ngam ja mau naik bot merentas lautan segala. Kalau boleh biar la destinasi percutian kami tu dekat dengan hospital. Kalau ada apa-apa kecemasan kan senang.
Pilihan terbaik dan terdekat ialah di Lexis Hibiscus di Port Dickson.
Oleh kerana ni besday Abang Edi, so the vacation is on me.
Aku saja pilih hotel ni sebab ada swimming pool di balkoni bilik.
So, I don't have to menunggu anak bermandi manda di kolam public di tengah panas.
Tengok dari katil ja pun ok.
Seems like Abang Edi kurang enjoy sebab dia cakap pool tu kecik sangat. Errr...
Tapi budak 2 orang tu suka sangat.
Aku pun rasa ok sebab aku boleh mandi pool tanpa perlu pakaian renang lengkap.
Mana lagi ada pakaian renang yang muat dengan perut aku yg besar sekarang ni.
Apa-apa pun, I hope you have a blast Abang Edi!
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment