Dengan sukacitanya saya memaklumkan, setelah 3 tahun saya pakai braces, kini saya bukan si gigi besi lagi. Huhui..
Gembiranya rasa.
Kisahnya, buka braces pada minggu lepas, hari Jumaat.
Doktor tanya mau pakai retainer yang macam mana.
Yang clear atau yang ada sejalur dawai melintang.
Oooo.. aku baru tau.
Selama ni, aku tau retainers ni ada yang style dawai melintang tu ja.
Info:
Retainer clear tu adalah retainer jenis essix.
Rupa essix retainer.
sumber: google
Cara pakai essix retainer.
sumber: google
Dan retainer dawai melintang tu adalah jenis hawley.
Rupa hawley retainer.
sumber: google
Cara pakai hawley retainer.
sumber: google
Aku pun tidak sure mau pilih yang mana, tidak sempat buat study pun.
*lepas balik dari klinik baru google.
Sebab, keputusan mau buka braces pada Jumaat tu belum dibincangkan.
Tau-tau, doktor cakap semua gigi sudah ok, jadi boleh buka.
Dan doktor cadangkan, untuk pakai retainer clear untuk gigi sebelah atas dan retainer dawai melintang untuk gigi sebelah bawah.
Reasonnya:
Kalau kita senyum ka, bercakap ka, gigi atas ja yang nampak. So, mau la nampak clear kan.
Gigi yang bawah tu ada dawai melintang pun tiada hal.
Tapi, yang jenis clear ni, kena extra careful. Sebab senang patah.
Kalau patah, kena buat baru. Caj lain. Huhu.
Oleh kerana buat retainer yang clear ni sekejap ja untuk dibuat, besok boleh siap, so doktor buka braces belah atas dulu.
Retainer yang jenis hawley pula, kena amik masa dalam 3 hari. So, belum boleh buka lagi.
Doktor buat scaling dulu yang patut, buat acuan, dan tara...
Gigi sedia untuk ditayangkan kepada umum. Heiya!!
Perubahan?
Dulu, gigi kacip aku di sebelah atas = gigi arnab, gigi kapak
Memang besar.
Sebab gigi yang besar tu, maka tiada space, menyebabkan terkedepan sedikit.
Jongang manja di situ.
Dan sebab boleh kata semua gigi aku bersaiz besar, tapi rahang saiz biasa ja, menyebabkan ada sebatang gigi geraham kecil tumbuh di sebelah dalam bahagian atas.
Tidak sebaris dengan gigi yang lain. Menyorok pula.
Gigi itu tidak visible di khalayak ramai melainkan kalau aku nganga besar-besar suruh orang tengok dalam.
Gigi bawah pula, ada sedikit berlapis.
Mula-mula doktor cabut 2 batang gigi, tapi halfway rawatan, cabut sebatang lagi, sebab gigi kapak aku tiada space.
Takut tidak dapat masuk ke dalam dan rata dengan gigi yang lain.
Sekarang, gigi atas sudah rata ke dalam.
Gigi bawah sudah tidak berlapis.
Lepas buka retainers, terus selfie dan whatssap kepada Abang Edi dan ahli keluarga Labuan.
Bila balik jemput Zara dari tadika, aku tanya apa yang berubah.
Zara perasan juga braces aku sudah tiada di atas.
Si Addin pula, sudah kena bagi hint banyak kali baru dia perasan. Cheh!
Sekarang ni, kalau jumpa cermin ja, mesti senyum. Hehe.
Kronologi bergambar :)
Tahun 2008. Ketika kenduri aqiqah Addin.
Tahun 2008 juga. Di pasar tani Parcel E hari Jumaat.
Betapa obvious dan dominan gigi arnab aku tu.
Ketika masih pakai braces.
Latest picture.
Gigi arnab tu sudah kecil sikit :)
So, tiada lagi monthly visit jumpa dentist.
Lepas 6 bulan nanti, baru jumpa lagi untuk rawatan maintenance biasa.
Tiada lagi ulcer kecil-kecilan.
Tiada lagi makanan tersangkut di braces.
Dan boleh la aku amalkan flossing semula. Sejak pakai braces, aku malas mau floss gigi. Susah!
Bukanlah tidak best pakai braces ni.
Ada juga pro nya. Tidak semua cons.
Contoh:
- Strangers selalu fikir aku ni gadis remaja baru lepas grad tiada husband tiada anak segala. Muda kunun. Macam budak-budak.
- Kalau di persekitaran pejabat, sesiapa yang tidak kenal aku tu, panggil aku Cik. Duh..
- Yang paling best, kalau aku pi sekolah Zara, kawan-kawan dia ble panggil aku kakak. Haha. Bukan auntie. Sedangkan dorang tau ja aku ni mummy Zara. Budak pre-school memang jujur. Hohoho..
Kesimpulan pakai braces ni, it can makes you look younger than your real age :)
Dan kalau disiplin - tidak suka makan sepanjang masa between meals sebab malas mau berkumur berus gigi segala - sure boleh maintain figure :)
Aku tidak disiplin, awal-awal ja macam tu. Lepas sudah comfortable dengan braces, makan ja all the time.
Badan pun naik.
Cerita pakai retainers pula, mula-mula tu ada rasa tidak selesa sedikit.
Terasa macam lidah lebih pendek. Sebut S tu ala-ala Sheila Majid dan Ajai pula.
Doktor pesan, pakai retainers 24 jam kecuali time makan dan berus gigi.
Dan mesti berus gigi sebelum pakai retainers.
Retainers tu boleh dibasuh guna sabun pencuci botol baby atau sayur.
p/s:
Ngam-ngam semalam juga genap 2 tahun pemergian arwah bapa. Kalau bapa masih hidup lagi, apalah perasaannya bila tengok aku sudah tidak berbraces ni. Sukakah? Biasa sajakah? Kan dia yang beria mau aku pakai braces time form 2 dulu. Huhuhu. Semoga roh bapa tenang di sana. Amin :)
alfatihah untuk arwah ayah Naddia..
ReplyDeletewah..mesti makin berseri2 nanti...kikikiki
alfatihah untuk arwah ayah Naddia..
ReplyDeletewah..mesti makin berseri2 nanti...kikikiki
thx for the alfatihah syalinda. Allah saja yang dapat membalasnya..
ReplyDeleteberseri2 le kunun.. nak amik gambar post kat blog pun segan.. haha..
Hi sis. Nak tanye harga untuk essix retainer tu brapa ribu?
ReplyDeleteHi Lydia..
ReplyDeleteEssix retainer tu tade la mahal sgt.. My dentist bagi rega macam RM500 gitu je untuk satu set (atas bawah)..
Mungkin tempat lain ble dapat murah lagi kot..
Kak saya pakai yg clear retainer tu ,doktor kata tu lagi effective tp doktor suruh pakai waktu malam je ,huhu tkutla gigi gerak balik tp setakat ni okay je sbb malam tkde spe nmpak haha
ReplyDelete