google analytic

Nuffnang

Wednesday, December 29, 2010

Ibu berpendakap gigi (Part 1)

Iya, aku dengan secara rasminya sudah dipasang dengan pendakap gigi..

Tiba-tiba saja aku terasa macam mau pakai braces. Tapi, sebenarnya lama sudah cerita ni.
Waktu aku di Form 2, bapa aku kasi register nama aku untuk pakai braces di hospital kerajaan. I went to consultation, siap pigi HQE di KK untuk buat mould, x-ray pelbagai semua, doktor siap bagitau mau cabut 4 batang gigi.. dan akhirnya.. aku nda pakai pun.. on the day yang sepatutnya aku dicabut 2 batang gigi dulu, aku diserang anxiety melampau - sakit perut, sesak nafas - ketakutan punya pasal... akhirnya, bapa aku jadi fed-up.. kami pun balik ke Labuan dengan gigi aku yang masih penuh... wakakakakaka...

Kenapa time tu aku takut aaa? Aku rasa, reason yang paling valid, adalah kerana aku MALU.. Ya la... nama pun remaja yang sedang membesar, macamana mau ada buipren kalau ada besi di gigi.. (Ala.. mcm ada boipren mu, mmg sudah tidak lawa.. ada braces ka, tiada ka, sama ja, nda jua orang mau sama aku..huhuhuh).. Lagi satu, di Sabah dan Labuan time tu, fenomena orang berbraces ni masih lagi jarang-jarang.. Jadi, stigma itu ada di dalam diri aku yang serba buduh dan kebudak-budakkan time tu.. Di sekolah aku pun (time tu aku masih sekolah di KK), rasanya macam ada sorang ja senior aku yang pakai braces.. adik aku si Tasha bgtau, ramai kawannya pakai braces.. tapi kawannya tu di SSP KL, bukan di KK.... teda la geng braces aku...

Lagi satu, aku amat lah penakut untuk dicabut gigi. Cabut sebatang gigi ja pun boleh menyebabkan jantung aku macam gugur, inikan pula 4 batang... gilak ka...

Jadi, lepas kejadian tu, nda habis-habis la bapa aku kadang-kadang meluahkan kekesalannya macam buang masa ja bawa aku ke KK ulang alik untuk pasang braces tu.. kunun, kalau aku pakai, gigi aku mesti cantek la kunun... tiada lagi gigi kapak yang overbite ini... huh....

Talking about my teeth... buruk-buruk pun, ada juga orang mau aku kan.. tidak lain dan tidak bukan, Abang Edi yang tersayang...

Dulu aku pernah suarakan kepada Abang Edi, what if I wear braces? Dia kata tidak payah.

Tapi adalah dalam tahun 2008, a wife to Abang Edi's friend pakai braces, kami pegi open house raya dorang, ramai betul tetamu yang datang ni pakai braces, terus Abang Edi bagi lampu hijau.. dia kata, pakai braces ni macam nampak stylo la plak... wakakaka.. Abang Edi siap janji mau sponsor sikit lagi tu kunun.. kurang-kurang RM1000... chewahh... sokongan padu nampak...

Akhirnya..... di hujung tahun 2010, barulah aku betul-betul serius mau pakai ni braces.. mula-mula, ada la terfikir mau pakai time awal 2009, tapi termengandung si Zara la pula.. terus aku pendamkan ja hasrat tu...

Puas aku buat research pasal braces di Internet. Bila tengok ramai artis pakai braces ni, semangat aku tambah berkobar-kobar. Ramai juga orang yang berblog pasal braces di Malaysia ni rupanya. Ada yang cakap sakit, tapi aku rasa, kalau aku boleh tahan sakit contraction time beranak, apa la sangat sakit pakai braces. Plus, aku tengok ramai kawan aku pakai braces.. macam ok ja dorang..

8 comments:

  1. di labuan ada klinik yang boleh buat braces tak?

    ReplyDelete
  2. Dear Unknown,

    tidak sure pulak sebab saya pun bukan tinggal di Labuan sekarang.. tapi rasanya macam tiada :)

    ReplyDelete
  3. area mn mumy zizou buat braces??? (=

    ReplyDelete
  4. Hi adi faizah,

    saya buat di area equine, seri kembangan

    ReplyDelete
  5. dekat equine tu klinik apa eh awak buat? harga dia ok tak? how about the pain, is it too excruciating?

    thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  6. Hi Hana Nastasha Razali :)

    Saya buat braces kat Klinik Pergigian Alam Permai.. harga tu maybe ok.. tp saya pun takde survey sgt kat tempat lain.. the price is actually depends on what ortho type or technology that you want to use..

    as for me, it was only painful but still bearable for the first few days.. lepas tu dah biasa dah :)

    ReplyDelete
  7. Salam MakAyah

    time saya buat tu, RM6k kot.

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...