google analytic

Nuffnang

Tuesday, December 21, 2010

Kisah Makan

SITUASI 1: SAMBAL NASI LEMAK

Aku dan Abang Edi sedang breakfast di sebuah restoran yang terletak dekat dengan area rumah aku. Aku order roti bakar dan Abang Edi order nasi lemak. Kitaorg jarang breakfast sini. Hari tu saja ubah selera, kebetulan Abang Edi mau hantar kereta ke kedai carwash favorite yang berhampiran.

Abang Edi: Sambal nasi lemak ni macam sambal you masak..
Aku: Jadi, apa la maknanya tu? Sedap ke tak sedap sambal dia?
Abang Edi: Boleh la... Try rasa ni..
Aku: (Lepas merasa sambal) Biasa je...
Abang Edi: Tak sedap sangat..
Aku: Eh... kurang asam... jadi maknanya, I masak tak sedap la?..
Abang Edi: (Sambil tertawa) Eh.. ok apa.. sekurang-kurangnya I honest..
Aku: Dah la.. tanak masak sambal untuk you lagi..
Abang Edi: Maknanya, you pun boleh meniaga le kan...
Aku: (Muka aku masam mencuka)
Abang Edi: Alah ayang, you ni, gurau pun tak boleh..

Abang Edi aku memang selalu bagi komen (samada bagus atau tidak bagus) lepas makan, samada aku masak atau siapa-siapa saja masak.. Contoh komen adalah seperti ini "Sedap la, boleh meniaga ni", "Boleh buat katering", "Boleh tahan"... kalau tak sedap, dia selalu senyap ja.. kalau sedap betul, Abang Edi boleh tambah nasi 2-3 pinggan...


SITUASI 2: TOP CHEF

Aku suka tengok rancangan memasak tidak kira la masakan melayu, western or anything. Kadang-kadang, rancangan memasak atau makan-makan dalam bahasa Cina dan India pun aku layan.. dan rancangan memasak yang hit dalam list aku sekarang ialah- Top Chef (Channel 702) dan MasterChef UK (Channel 711)..

Kegemaran aku yang satu ni memang amat difahami oleh Abang Edi dan anak bujang aku, Zizou. Abang Edi amat memahami sehinggakan dia selalu mengalah dan pasrah kerana tidak dapat tengok rancangan SportCenter on 812.

Satu malam, ketika aku sedang menonton MasterChef UK, Abang Edi menukar channel ke channel 812.

Aku: Kenapa tukar channel tu? I nak tengok MasterChef..
Abang Edi: Dah habis kan?
Aku: Belum la.. MasterChef ni back to back.. 2 jam.. tadi baru 1 jam..
Abang Edi: Ala.. I nak tengok SportCenter ni..
Aku: SportCenter boring la...
Abang Edi: Hari-hari tengok Top Chef. Malam ni MasterChef pulak. Tapi selalu tak masak pun...

Tuuuuuutttttttttttttttttttt..... (suasana senyap) Aku terpana.. huhuhuh

Aku: Nak I masak, balik awal le tolong jaga anak... camne nak masak kalau anak selalu kacau kat dapur je..

Tuuuuuttttttttttttttttttt lagi.... (senyap lagi)

Daddy pun beralih ke SOHO merangkap stesyen study aku di ceruk ruang tamu. Tiba-tiba, Zizou mencelah.

Zizou: Tak le mummy.. SportCenter tak boring.. kesian daddy nak tengok SportCenter.. Mummy baik kan... bagi le daddy tengok SportCenter...

Huhuhuhuhuh...


SITUASI 3: NASI LEMAK


Ini adalah time keluarga aku datang KL. Bapa aku pegi menapau 10 bungkus nasi lemak dari makcik tepi jalan yang meniaga dekat area rumah aku. 

Makcik jual nasi lemak: Banyak bungkus ni..
Bapa: Ramai orang di rumah..

Mungkin menyedari bapa aku bukan orang malaya berdasarkan cara percakapan beliau..

Makcik: Orang mana?
Bapa: Labuan.. saja datang KL cuti-cuti.
Makcik: Kat Labuan takde nasi lemak ke?

Bapa aku cakap, time tu dia rasa macam mau kansel ja beli nasi lemak dengan makcik yang peramah tidak bertempat tu..

Bapa: Ada... Mustahil tiada.. Selagi kita tinggal di tempat yang beriklim panas macam Malaysia ni, makanan ni mesti ada. Bukan tinggal di Australia, tempat macam tu mungkin tiada Nasi Lemak...

Tuuutttttttttttt....

Terdiam makcik tu. Kalau aku berada di tempat bapa aku, mungkin aku akan jawab,

"Memang takde.. Kitaorang hari-hari makan ala-ala western je" atau
"Ada... belambak.. saja nak compare Nasi Lemak kat KL dengan Labuan je"
atau
"Ada... makcik pernah naik kapal terbang pergi Labuan tak makan nasi lemak sana?"

Nasib la bapa aku orang dah season, matured la.. tiada la bagi jawapan bodo-bodo macam aku ni.. huhuuh

Untuk rekod, bukan sedap sangat pun nasi lemak makcik tu.

2 comments:

  1. nadia, next time ajak ur dad jalan2 makan pagi breakfast kat dengkil ni. kitorang consider nasi lemak kat area warung pak man (gerai glemer kat dengkil) yang paling cedappp hehe. light, moist, and wangi. menjilat jari hehe.

    ReplyDelete
  2. insyallah, will do..

    tp my dad suka bangun awal pagi, amik kunci kereta i, dan akan keluar senyap.. tetibe sampai rumah, dah ada breakfast for the whole family.. suka beli2 tak gtau i dulu.. huhuh..

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...