google analytic

Nuffnang

Thursday, August 14, 2008

Resipi IKAN DORI BERPES TOMYAM


Ni belum masuk oven lagi... ikan dori dibawah timbunan tomato dan bendi..

Aku ada resipi paling kacang dalam dunia. (bukan kacang goreng)..

Ni resipi yang aku akan masak kalau aku amatlah malas memasak tapi dalam masa yang sama tidak mau makan luar, malas mau tapau dan teringin makan masakan rumah. Tambah pula, husband aku dan si Zizou pun suka lauk ni.


Ni le cara2nya

  1. Mula2 nyahbekukan dory fillet atau sutchi fillet. (Dory dan sutchi fillet ni ble didapati di market contoh cam Carrefour, jusco, giant, tesco, cold storage… di pasar ikan biasa tade kot, nda sure la.. try la cari kat pasar borong serdang)..

    Personally, aku lebih suka sutchi fillet dari dori.. lebih sedap… pastu guna ikan bangsa ni senang.. tak yah nak siang2.. takde tulang.. senang sangat… masak senang, makan pun senang..

  2. Pastu bentangkan aluminium foil untuk dibaringkan ikan dori tu.. panjang aluminium foil tu agak2 la supaya boleh bungkus ikan tu nanti..
  3. Pastu dalam mangkuk kecil, campurkan sesudu pes tomyam (aku guna pes tomyam cosway) dengan sesudu sos tiram (jenama apa pun tak kisah.. terpulang pada citarasa masing2..mine is Lee Kum Kee)..
  4. Sapukan ikan dori tu dengan sos tadi..
  5. Lepas tu perahkan sedikit jus lemon (optional.. takde pun tape..pasal pes tomyam dah masam)..
  6. Lepas tu letak la sayur apa yang disukai.. aku letak tomato dan bendi..
  7. Pastu, bungkus.. masuk dalam oven.. setkan time macam 20-30 minit.. 200 darjah celcius..
  8. Tak perlu campurkan sos dengan air.. sebab masakan ni akan berkuah kerana air ikan akan keluar ketika proses pembakaran.. garam, gula pun tak perlu..
  9. Siap resipi makanan yang sihat…

Kalau aku masak benda alah ni (ble direfer as memasak ka? Hehehe…).. aku buat telur dadar.. makan dengan nasi panas… tu ja.. hehehe..

Kalau mau guna microwave (sepatutnya lebih senang).. kena la set time lebih singkat.. and tak ble guna aluminium foil… pandai2 la korang..

Merepek meraban

Alana oh Alana

Follow tak I’m not smarter than a fifth grader? Aku tade la suka sangat, tak suka pun tidak. Biasa2 je.. tapi husband aku suka tengok benda alah ni. Bila dia dah on Starworld, aku join je la. Aku pun jenis suka jawab trivia. Most of the times, aku rasa performance aku setakat ni boleh tahan. Paling kurang USD25,000 tu ble kot dalam tangan. Tapi aku sah2 lemah part US Social studies, US history and US geography. Ye la… mana aku belajar benda alah sume tu.. (serta merta aku teringat buku ensiklopedia Grolier si Zizou yang banyak dalam stor tu…nak kena baca ni..)

Peserta2 yang join INSTAFG ni akan dibantu oleh 5 orang student sekolah rendah yang terer2. Tapi dalam budak 5 orang tu, ada sorang budak pompuan ni nama Alana suka sangat bagi jawapan bangang2 dan ble buat muka selamba lepas dah bagi jawapan bangang. Semalam, dah kena sound ngan sorang peserta bekas student West Point ni. Ambik ubat… tapi tu la strategy dorang kot… kalau semua bebudak tu jawab betul je.. naya la si Mark Burnett.. hehe..

Lipstick jungle

September 2 nanti ada cite baru kat Starworld… tajuk dia Lipstick Jungle.. yang buat aku excited tu, cite ni diadaptasi dari novel si Candace Bushnell. Orang yang bertanggungjawab tulis Sex and The City. Pastu cite ni ada unsur2 killer heels jugak. Bestnya… lately, Selasa aku boring pasal Desperate Housewives dah habis.. Sindarela pun dah tade.. Ugly Betty aku dah tengok.. so, boring2 je la… Lipstick Jungle will fire up my Tuesday nite again! (harap-harap best le..)

Zizou ku si sayang

Budak ni dah pandai merajuk.. kalau aku bagi warning… dia ble buat gelak2 ingat aku gurau2 le kunun.. tapi kalau daddy dia yang marah.. dia akan buat muka.. lepas tu nangis tipu… lepas tu budak ni amat la suka berjalan… ble bising2 dalam rumah macam ada benda tak lengkap.. lepas tu bila bawa masuk dalam kereta, punya la suka kalau boleh nak melompat2… kalau kereta tu bergerak, lagi la dia suka… bawa jalan2 kejap pun jadi la.. asal bersiar-siar dengan kereta…

Kalau jumpa orang baru.. especially toddler dan budak2 yang lebih besar dari dia.. dia nak bawa bermain..(budak2 yang sama besar dan lebih kecil dia tak heran..).. so, untuk berkenalan, dia punya first word is… “Eyo” atau “Hello”… hehehe… kelakar la anak aku ni…

Doa pagi

Hari ni doa pagi jam 8.30 di opis aku ada improved sikit… selalu cam boring je.. hari ni aku rasa ada terkesan di jiwa aku… bila aku dengar bait-bait doa tu, I’m thinking… this is what I want… pagi ni… setelah lama aku duk kat opis aku ni, aku rasa, ini la pertama kali aku angkat tangan berdoa dan really mean the doa… bukan berdoa dan take for granted… thank you Allah kerana hidayahMu kepadaku dan kepada orang yang bertanggungjawab buat skrip doa tu..

Friday, August 8, 2008

RU LOOKING FOR POWER?

Pernah tengok cerita Ahmad Albab? Dalam filem tu, Syawal (watak dibawa oleh P. Ramlee) dan Mastura (watak dibawa oleh Saloma) selalu mengenakan Mashood Al-Buaya dengan statement ni "Kekayaan dan kebahagian datang daripada Allah, bukan daripada bapak"… (kira-kira macam tu la…)

Bukan mau cerita pasal Ahmad Albab. Aku mau cerita pasal orang yang lapar kuasa atau orang lebih senang sebut as GILA KUASA!

Orang yang GILA KUASA ni boleh lupa bangsa, agama and the worst – keluarga sendiri! Nda heran la bah.. kalau sudah berani pecah amanah, let alone mau mencederakan pakcik sendiri… thus memecahbelahkan sedara a.k.a orang kampung yang tidak la besar pun…

Malas la aku mau elaborate panjang-panjang… kalau orang yang gila kuasa tu baca blog ni… tolong la hayati kata-kata si Syawal tu… di dunia ni kau bole la lepas kot kan…

Jangan la kau fikir kau ada Honda, ada jawatan, ko tu dah hebat sangat… baru di Labuan yang ciput tu sudah macam kaduk naik junjung… ntah hape2 ntah…

Wednesday, July 30, 2008

Belajar sampai tua..

Aku ada training dari Isnin sampai hari ini.

I learned – Photoshop, Soundforge and Flash.

Exciting and entertaining as my brain is always open for new knowledges. I want to learn new thing.

I always thought that I am “bengap” in using this tools.

But not anymore!

Thank you for my dear colleagues – the penceramah and the fasilitators.

God will bless you. Nanti jangan lupa claim elaun. If there is any problem, just refer to me. I will makesure you’ll get your claim ASAP. Hehehe..

Friday, July 18, 2008

Merepek meraban

TGIF!!!!! (Aku tak penah makan kat TGIF ni.. husband aku cakap biasa2 je.. bila aku nak try makan sana yer? Hari ni la nak? Tapi husband aku tak suka western… dia kata dia tekak melayu.. tekak aku international.. semua jenis makanan aku nak try… dulu b4 husband aku berkenalan ngan aku, dia tak penah la nak try nasi dagang ke, sushi ke, nasi kerabu… lepas kawin, dia plak jadi peminat… hehehe)


Politik bongok…

Aku menyampah parti A. ngan parti B tu lagi la aku benci.. pastu ada parti2 lain tu aku tak amik port langsung..

Liwat la.. skandal la.. rasuah la.. sekongkol ngan yahudi la.. perhimpunan haram bangang la.. tunjuk bontot la.. minyak naik la.. debat la..

Kalau dah politik tu.. susah le nak cari yg clean pun…

Elok lagi masuk parti C.. sah2 tak buat apa2.. duduk senyap je… cakap je lebih.. tapi tak kacau orang langsung..

Zizou ku dah kurang hensem 10%

Apa pasat? Semalam time bermanja2 dengan Zizou di rumah, aku ternampak satu perkara yang mengguris hati aku sebagai seorang ibu.. Gigi kacip atas zizou ada sumbing sikit!!!!! Aaaaa… apa kejadahnya? Kinapa bole jadi begini? Sapa nak jawab ni? Ahmad nawab pun tak ble jawab…

Terus call cikgu di nursery… uuu… dorang kata lupa nak bgtau aku tadi time aku amik zizou kat nursery.. dorang bgtau ada sorang cikgu tu dia terlanggar zizou time nak mandi.. hmm… sabar je la… ni mesti jatuh teruk tersembam kat muka ni.. patut la aku macam garis halus sikit kat muka zizou.. cam merah2… takpe la… seb baik la gigi susu… kalau gigi kekal.. mau aku mengamuk…

Bila daddy zizou dah balik.. aku tunjuk la kat daddy zizou.. dia kata takpe la… tak obvious pun.. tapi zizou dah kurang hensem 10%... huhuhuhu… takpe la kan zizou.. di mata mummy and daddy, zizou tetap ensem…

p/s: Mummy ada beli 4 helai tshirt untuk zizou dari mothercare… sales 50%... ble buat jadi baju raya… ensemnye zizou pakai baju2 tu..


"Mummy and Daddy" versi Zizou

Dulu2 kan.. ada la sekali sekala zizou ni panggil aku mummy or "ammy".. panggil husband aku daddy or "tati"…

Tapi mmg kad-dang kad-dang or jar-rang jar-rang…(buat style Nujum Pak Belalang)..

Bila Zizou dah rajin membebel ni.. baru aku perasan dia panggil kitaorg "ee-ya"..

Sebenarnya dah lama la kegiatan zizou ni… b4 dia ada gigi lagi.. aku tau dia panggil aku ee-ya.. tapi aku fikir tu saja2 ja..

Skg ni.. kalau dia cari aku.. let say dia kat bawah tgk tv, aku kat atas tengah siap2, dia ble panggil "ee-ya, ee-ya"… macam orang tengah cari orang tu…

Dan aku pula terus membetulkan… "bukan ee-ya… mummy"

Daddy dia pun dia panggil ee-ya..

Lepas tu, baru aku tau kenapa dia panggil kitaorg ee-ya..

Satu kali tu, aku panggil daddy Zizou dari atas, daddynya di tingkat bawah rumah.. "Ayang…."

Si Zizou yang tengah bermain2 di sebelah aku pun sama2 memanggil daddynya "ee-ya.."

Ooo… now I know, ee-ya tu maknanya ayang… ish ish ish…

Mana ble Zizou… panggil la mummy dan daddy… bukan ayang..

Monday, July 14, 2008

Pakcik kedukut…

Café kat opis aku ni memang cekik darah.. panggilan manja aku kepada owner café tu "pakcik kedukut" (tapi dia tatau la aku panggil dia macam tu…naya la aku kalau dia tau)..

Boleh? Last time aku beli breakfast. Aku ambil nasi lemak satu bungkus yang aku tau berharga RM1.50 dan sebijik bergedil yang aku tidak tau berapa harganya.. pastu pakcik tu ble kira: RM2.00. So, bermula la quest cepu emas aku ni… Aku bagi soalan baek punya..

Aku:            Pakcik, harga nasi lemak ni berapa? (aku tidak tanya la pula harga bergedil tu berapa pasal aku mau tau harga nasi lemak ja… mana la tau if nasi lemak tu sudah naik harga kan…)

Pakcik kedukut:     Semua sekali RM2.00

Aku:            Iya? Nasi lemak ni berapa?

Pakcik kedukut:    Nasi lemak RM1.50, bergedil RM0.40.. RM1.90 je semua… (dengan muka yang tidak bersalah..bangangnya pakcik ni.. mesti selalu makan benda haram..)

Aik…. Pakcik ni… sepuluh sen pun mau try? Kalau ada sepuluh orang yang jadi macam aku ni.. maknanya pakcik ni sudah untung RM1.00 buta-buta… rupanya, bergedil tu harga 40 sen?? Aku ingat 30 sen ja.. ye la… bergedil comel gila lagi sama saiz macam syiling 20 sen tapi gemuk sikit…

Aku harap pakcik kedukut ni bertaubat la… apa plak nak caj kepada something yang tak perlu dicaj… apa ke jadah makanan yang sepatutnya RM1.90 jadi RM2.00 pula??? Orang-orang yang sebelah2 aku pun tergezut mendengar pengakuan pakcik kedukut ni…

Sebagai balasan pakcik ni pasal selalu caj orang gila-gila… aku selalu ambil tisu lebih2… ada orang lelaki cakap, aku ni typical lady… well, kau apa kisah? Aku typical lady ke.. tissue lady ke… pakcik tu tak bising pun, dia caj orang macam orang main saham ada la… tau la harga minyak naik, tapi takkan la kau rugi kan pakcik…

Aku ni pun sama juga… tak puas hati pun.. still keep coming to that cafe untuk beli makanan.. padan muka aku… dah café tu je yang paling dekat…

Tapi ada juga peniaga yang masih maintain harga, kuantiti dan kualiti di zaman harga barnag melambung ni.. dekat rumah aku tu ada kakak meniaga nasi lemak.. dan ada makcik meniaga nasi berlauk… murah dan sedap.. semoga kamu dimurahkan rezeki… amin…

Thursday, July 10, 2008

Labuan dan Sabah

(dipetik dari Utusan Malaysia 10 Julai 2008)

Hormati status Labuan sebagai Wilayah Persekutuan

SAYA tertarik untuk memberi komen mengenai kenyataan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee yang sejak akhir-akhir ini kerap mendesak agar Labuan dikembalikan kepada Sabah.

Selaku anak jati Labuan, saya merasakan kenyataan tersebut sebagai penghinaan kepada penduduk Labuan yang sememangnya menyokong penuh taraf Wilayah Persekutuan yang dinikmati sejak 24 tahun yang lalu.

Pada saya Teck Lee tidak berhak berkata sedemikian kerana beliau bukanlah penduduk Labuan. Kenyataan tersebut seolah- olah menggambarkan Labuan seperti buah catur yang boleh dialih-alihkan mengikut kehendak pemain. Labuan adalah pulau yang berpenghuni dan kehendak rakyat di pulau tersebut harus dihormati.

Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas maka Teck Lee bolehlah datang sendiri ke Labuan dan bertanyakan pendapat penduduk asalnya mengenai perkara ini.

Tidaklah sukar bagi beliau untuk datang ke Labuan kerana kerajaan Persekutuan telah membina lapangan terbang dan terminal feri yang bertaraf antarabangsa di pulau tersebut. Tentunya lebih elok kiranya Teck Lee turut meluangkan masa meninjau pembangunan yang telah dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan di Labuan.

Saya kira beliau sedar bahawasanya kemajuan Labuan di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan juga membawa kebaikan bukan hanya kepada penduduk Labuan bahkan juga penduduk Sabah.

Semenjak Perjanjian Labuan 1984 ditandatangani, tiada rakyat Sabah mahupun Labuan yang sengsara kerana taraf Wilayah Persekutuan ini. Tiada rakyat Sabah yang dihalang daripada memasuki pulau tersebut. Tiada rakyat Sabah yang didiskriminasi oleh Kerajaan Persekutuan di Labuan. Sesungguhnya kerajaan Persekutuan tidaklah pernah bersikap kenegerian. Semua rakyat Malaysia di Labuan dilayan dengan sama rata tanpa mengira negeri asal mereka . Bahkan banyak peluang pekerjaan dan jawatan tinggi baik dalam sektor awam mahupun swasta yang diisi oleh rakyat Sabah.

Tambahan pula, penyerahan Labuan kepada Kerajaan Persekutuan adalah atas kerelaan dan persetujuan kerajaan Negeri Sabah sendiri.

Tidak keterlaluan jika saya sifatkan kenyataan dan tuntutan Teck Lee sebagai perbuatan mengeruhkan air yang jernih kerana hubungan antara Sabah dan Labuan adalah terjalin akrab selama ini.

Saya berharap beliau dan mana-mana pihak jua pun berhentilah daripada mengungkit perkara yang boleh melukakan hati penduduk Labuan. Negeri Sabah amat luas maka janganlah pulau Labuan yang kecil ini direbutkan. Banyak perkara lain yang lebih bermanfaat kepada rakyat negeri ini yang boleh dilakukan.

Sesungguhnya saya amat bersyukur dengan status Wilayah Persekutuan yang telah membawa banyak kemajuan kepada pulau ini. Saya percaya puluhan ribu rakyat Labuan dan rakyat Malaysia lainnya juga merasa begitu. Maka status Labuan sebagai sebuah Wilayah Persekutuan seperti yang tercatat dalam Fasal 4 Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan itu haruslah dihormati oleh semua pihak.

ANAK JATI LABUAN

Kampung Nagalang, Labuan

Aku sebagai anak jati Labuan (lahir dan dibesarkan di Labuan) menyokong kenyataan Anak Jati Labuan dari Kampung Nagalang, Labuan ni.. aku nda tau orang lain.. tapi aku rasa macam bahagia ja pun tinggal di Labuan especially lepas Labuan diisytiharkan sebagai WP pada 1984. Banyak juga bah kemajuan yang kami dapat. Kenyataan puas hati ni aku pandang dari sudut pandangan seorang penduduk. Bukan seorang yang berkepentingan politik.

Ramai bah orang Sabah yang tinggal di Labuan tu.. dorang nda puas hati ka? Heran juga kan…macam syiok ja dorang tu…. Jangan la pula pasal syiok mau minta Labuan ni balik pula.. ramai orang yang bukan local pun (orang Malaya, sarawakian, pilaks, oms dsb) macam suka ja tinggal sana. Lepas tu siapa2 mau datang dari KK ka, Menumbok ka, Limbang, Lawas, Brunei… bah mana2 laa… Labuan terima ja siapa2 yang mau datang pun.. nda pasal2 kalau Labuan masuk Sabah balik, nanti dorang kena pakai passport pula.. (kalau dari Brunei, mesti la guna passport)…

Ada orang kata Labuan ni pekan mati.. well, nama pun pulau kecil.. mau happening macamana lagi..terlebih happening nanti tenggelam pula.. bagus la bah tu rilek2 ja…ini pun macam happening juga pasal ada UMS, KML.. terminal feri dan airport yang canggih nya orang…pekan mati tidak bermakna tidak maju..

Setau aku kadang2 politik sabah ni ja yang diskriminasi orang Labuan ni. Kalau dorang anggap kami ni a part of them, kenapa biasiswa Yayasan Sabah tu tidak diberikan kepada bumiputera Labuan?

Apa-apapun, selalu kalau orang tanya aku orang mana, aku cakap ja aku orang Sabah. (Tapi orang di sini selalu teka aku ni Sarawakian..bah mana2 la..borneo juga).. sebab kalau aku bagitau aku dari Labuan.. kebanyakan orang mesti jawab

  • “Ooo.. Labuan, selalu ke balik Sabah?”(apa ke bengap, aku baru cakap aku dari Labuan)
  • “Labuan ngan Sabah sama la”(ye ke sama? bole la… ada bau-bau durian)
  • ”Labuan tu kat mana yer?”(ni remarks yang aku selalu dapat dari orang bodo2 yang tak belajar geografi, tatau pengetahuan am)..

orang yang sepatutnya berpengatahuan pun, contoh Berita Harian, Utusan dan Pejabat kerajaan ble tersalah buat nama tempat - Labuan, Sabah. Tak yah kecoh2 la Yong Teck Lee kan.. ko tak minta Labuan ni balik pun ramai orang fikir Labuan ni Sabah..ni la mau guna skrip P. Ramlee dalam Madu Tiga tu “Dah tua pun bodoh..”

p/s: sama macam kerajaan Filipina kecoh2 minta Sabah balik.. Filipina tu takde mata ke apa ke buat2 bodo yang ramai rakyat dia berkampung kat Sabah tu buat macam negeri sendiri.. Negara sendiri tak terjaga ada hati nak minta negeri orang yg dah elok2 maju..

Wednesday, July 2, 2008

Sebelum kamu tidur

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra: "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :


 

1. Sebelum khatam Al Quran,

2. Sebelum membuat aku memberimu syafaat untukmu di hari akhirat nanti,

3. Sebelum para muslim meredhai kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....


 

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan Rasulullah tersenyum dan bersabda :

  1. Sebelum engkau hendak tidur bacalah: Al Ikhlas tiga kali. Amalan ini adalah seakan-akan kau mengkhatamkan Al Quran.
  2. Membacalah salawat untukKu, maka aku akan memberi syafaat untukmu dihari akhirat kelak.
  3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu. "Astaghfirullahalazim li wali waa lidaiya wali jami il muslimina wal muslimat wal mukminina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat "Ampunilah aku ya Allah yang maha besar, kedua ibubapaku, semua muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati."
  4. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"


 

Kalau larat amalkan sekurang-kurangnya tiga kali. Selepas itu bacalah bismillahirahmanirahim sebanyak 21 kali. Seterusnya bacalah doa sebelum tidur.


 

Adapun amalan rasulullah sebelum tidur itu membaca surah sajadah dan Al Mulk sebelum tidur. Mengamalkan membaca suratul Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat semadi sementara menunggu akhirat, suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang.


 

Sebagai suatu perlindungan eloklah kita amalkan membaca Ayatul Kursi dan 4 Qul semoga kita di jauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur.


 

Sekian untuk ingatan kita bersama.


 

p/s: Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.


 


 

Tuesday, July 1, 2008

You are a true Sabahan when...

Aku dapat ni email content dari kawan aku yang Sabahan juga..

I consider myself as Sabahan. Even though aku lahir di Labuan, tapi Labuan jadi Wilayah Persekutuan tahun 1984. Aku pula batch 1980, no tengah IC aku pun still 12 (adik2 aku pakai nombor 15 kecuali si Tasha pasal ia lahir di Ranau). Mama aku pun orang Sabah..

Ada yang betul, ada yang aku rasa tidak applicable kepada aku. Dan ada yang aku sudah buang.. hehehe.. bagi sensor siap2…


1) You drive at right lane of the road, with a speed of only 50 KM/H. If people horn behind you, you still don't know what's wrong. – I dunno about this.. pasal aku tidak pernah drive di Sabah..tapi kalau aku drive di Labuan pun, mmg aku drive slow ja.. mau laju2 pun, mau pigi mana.. damit ja bah Labuan tu..

2) You have the luxury of working from 8 AM to 5 PM (get off work punctually). – ini pun aku tidak pernah rasa… syiok kali aa..

3) You don't believe that there is any "clean" politician in Sabah. – ini aku picaya…

4) You feel "obligated" to reach the top of Mount Kinabalu at least once in a lifetime. – hmm.. kenapa aku tidak rasa obligated ni aa..

5) You prefer a big car than a big house (probably you can't drive a big house around to show off). – whatever it is, I still think big house is better than a big car.. tapi di Labuan ramai orang ada kereta "mahal"…

6) You wear slipper and short wherever you go, even in city. – hahaha… true it is.. aku di KL pun macam ni kadang2..

7) You still think that Labuan belongs to Sabah. – most of Sabahans think this way…

8) You will not go to any FREE seminar / function that has no food or refreshment. – ini aku tidak pernah try juga…

9) You don't care about service. You just want things cheap, cheap, cheap. – true maybe..

10) You know where to get your candles and torch light quickly in the total darkness (due to training by frequent blackout). – hehehe.. iya la kali ni..

11) You know what "aramaitiee" means... – really??..aku hanya tahu word ni bila aku sudah sampai di semenanjung..... org di sini suka cakap this word to me when they know I'm sabahan… makes me wonder…

12) You shout "referee bodoh" and at the same time throw mineral water bottles on the pitch during a football match at Likas Stadium.. - ini aku tidak pernah try juga…

13) Your Timorese maid ran away with her lover, taking your money or jewellery along.. – haha.. kami pernah ni kali ada babysitter om.. tp belum lagi kena rompak la…

14) You doubt someone's mykad wether it is real or fake.. – always in doubt..

15) Your favourite assemblyman whom you vote and supported all this while...gambled away and lost a whopping 60 million ringgit in a London casino.. – no komen

16) You go inside a karaoke at 12 pm and realise that the place is still open at 5 am... – pun tade komen juga, pasal aku tidak pernah pigi karaoke sampai pagi..

17) You come across a supposedly local person but with a very foreign accent.. – hehe.. macam2 accent ada.. pilak, om gere2..

18) You cannot vote in an election because someone has voted on behalf of you... – boleh jadi!!

19) You own a bakakuk – aku tiada ni…


Tambah.... you are a Sabahan if u say and understand these words....

1. tuuuna/ saaaana - points with the lips - (there-- at a distance)(the longer the 'tuuuuuuuuuuuuuuuuu na / saaaaaaaaaaaaaaaaaa ana' the further the place is.)
2. limpas (to pass/walk by - Maaf, saya > limpas dulu? Excuse me, can I passby?
3. palui (stupid, duh! )

4. tapuk (to hide )

5. bida (ugly)

6. bubut (as in proper malay- "kejar", to chase)

7. sakai (ignorant, uncivilized, "hoosier")

8. andang-andang (that's how it is)

9. sapak (kasi campur/gaul --utk masakan-to mix as in cooking)

10. inda/tia (short form of "tidak" - not, no)

11. wicin (another brand of msg as in "aji-no- moto" - a seasoning or food enhancer)
12. talampau (proper malay - "terlampau"- too much)

13. takajut (proper malay - "terkejut" - shocked, startled)

14. siorang (proper malay -"kami"/ "saya-orang" - us, we)

15. ngam-ngam (proper malay "kebetulan" - exact, at that time)

16. mangkali (proper malay "barangkali" - maybe, perhaps)

17. kamarin (proper malay "kelmarin" - yesterday)

18. kanapa (proper malay "kenapa" - why)

19. gia (___expression - "is it?")

20. bah (___expression - "ok!")

21. ah? (question, "Apa?" What?)

22. kici/kicil (proper malay "kecil" - small)

23. basar (proper malay "besar" - big, huge)

24. siok (___expression/ description, proper malay "seronok" - enjoyable, great, etc-)

25. urang ("orang" - people; sometimes used "diurang" - them, they)

26. karing ("kering" - dry)

27. umban ("humban, lempar" - throw)

28. kana ("kena"- got ie--"kena umban" --got thrown)

29. padih ("pedih" - as in "Mata saya padih/pedih! " - My eyes stings, painful)
30. numbur ("nombor" - number)

31. gali ("geli" as in squeemish about something, or "gali"--gali lubang - as in Dig a hole.) – barigali pun ada

32. dorang ("dia orang/diurang" - them, they - Dorang pigi tamu. They went to the market.)

33. panat ("penat" - tired)

34. katawa ("ketawa" - laugh, laughing)

35. lanjang (a.k.a. "periuk /belanga " - pots/pans)

36. putung ("potong" - cut, slice)

37. Buduh ("bodoh" - stupid)

38. tongo/bongo ("stupido" - same as above )

39. kabaru-baruan ("kebaru-baruan" - new to something)

40. giuk (proper malay "ulat"- worm)

41. Sikui (Tembikai - watermelon)

42. Santut (Underwear)

43. celana/salana (Seluar)

44. gipit (to grip...)

45. kanapatan/kadapatan (caught red handed.. or as the malays in kl say..'kantoi' )

46. kebangkalan (choked while eating..proper malay = 'tersedak')

47. ketulahan (bad karma)

48. bahai (plastic bag)

49. uinnaaa! (used to express various feelings, mostly when surprised..)

50. ging (derived from the word gang.. means kawan/member)

53. Kula = Coke or Coca-cola... lol
54 Torrrrrbaik = The Best...lol

55. Bikin panas = feeling angry...HHAH - HOt kununlah..True to my roots.. I have one to contribute
56. Tambirang = Don't lie.. (eg. Jangan kau tembirang)
57. Sabak ---- means baru ko tau... in english = I TOLD U...

58. Kotoh ---- Means as same like Sabak...

59. Lakas = Lekas/Cepat (Faster)

62. Kalatiak = Ketiak (Armpit)

63. Duiiii dogo! = My goodness!! / Oh my!!

64. Seluar Katak - underwear

65. siring siring - side / on the side
66. taapun - a phrase used when unable to get the things desired – or sia-sia pun
67. palis palis - touch wood
68 tachut - our version of touch wood
69. gostan - reverse
70. gohed - forward

75. muhau – crazy – dusun bilang mulau
76. takana - hit (BM is terkena)
77. tekuis - same like like takana
78. kapayas / tapayas - papaya
79. api api - kota kinabalu
80 (sia) bilang - said
81. skijap - soon / in a short while / later
82. tinguk - (tengok) to look
83. hari satu - monday
84. hari dua - tuesday
85. hari tiga - wednesday
86. hari ampat - thursday
87. hari lima - friday
88. hari anam - saturday
89. SOT - crazy (like me)
91. karan - electricity

92. butul - in BM 'betul'

The precious drop is still there!!

Zizou sudah semakin besar.. nak dekat 1 tahun 7 bulan dah.. and aku still breastfeeding.. orang selalu tanya "ada lagi ke?"…. ada… Alhamdulillah, setakat ni Tuhan masih bagi rezeki yang satu ni pada Zizou… the precious drop is still there!!

Egg Benedict

Semalam aku EL.. pasal Zizou demam.. so, time boring2 tu.. aku try resipi baru nama Egg Benedict… sila rujuk resipinya di sini http://www.myresipi.com/top/detail/4423 tapi aku ada buat ubahsuai sikit.. instead of using black pepper and salt sebagai perisa.. aku pula guna white pepper yang ajinomoto tu (ada garam) dan chili flakes… sedap… cubalah buat sendiri… nanti aku upload gambar Egg Benedict yang aku buat sendiri tu..


can also get the recipes from this site

http://awisy.blogspot.com/2010/03/resepi-bergambar-egg-benedict-easy.html

bila masa la gambar egg benedict aku mau keluar? (1 oct 2010)

Bob Mesra......

Tadi pagi aku dengar lagu baru tajuk Cinta Terhalang by Bob Mesra… best lagu ni.. tak silap lagu ni la si Stacy nyanyi time konsert ke-3 dalam AF dulu.. (tapi tajuk lagu Stacy dalam AF tu Cinta Khayalan).. aku rasa Bob nyanyi lagi best.. lebih ada jiwa… suara dia pun sedap..

mari buat comparison...






Thursday, June 26, 2008

Dearest best friend

Last nite, I went out to Midvalley with my ever dearest best friend in the world, Ann or some people call her, Kak Pah. Hehehe…jangan marah Ann, nanti kena jual. Nama kawan aku ni ada 3 patah, memang panjang. Pastu aku kadang2 lupa yang dia ni ada nama ketiga, or maybe I can say, perkataan ketiga dalam nama penuh Kak Pah ni. Aku rasa kalau aku ada daughter nanti, aku nak bagi nama dia sebijik cam nama si Ann ni, except for the Shariffah part. Ye la.. aku mana ada keturunan Syed ni.. jadi kalau letak juga, memang tak kena langsung la..

Thanks to my hubby, dia benarkan aku keluar semalam. Setelah lama aku tidak keluar berdua ja dengan kakak ni (eh… aku lagi tua 19 hari dari si Ann), baru aku sedar apa yang aku dah missing dalam hidup aku especially lepas dah kawin dan ada anak ni. Aku hampir kehilangan KAWAN BAIK aku!!!

Seingat-ingat aku, kali terakhir kami keluar sama-sama ialah time aku mengandung dan di Midvalley juga sebab aku mau cari skirt baru sebab perut aku semakin membesar. Lepas2 tu adalah berjumpa, tapi dengan kawan2 baik yang lain, datang rumah la.. bukan berdua saja.

Semalam sampai Midvalley pun dalam jam 8.15pm macam tu. Sampai2 ja terus shopping di MNG. Akhirnya, setelah diracun oleh Ann, aku beli jugak a nice top untuk dipakai di rumah.. (ye le tu.. benda cantik takkan le nak peruk dalam rumah je.. mesti la bawak kluar..hehehe).. lepas tu pegi plak ke Roxy.. sekali lagi, kerana merasakan aku ada hak untuk membelanjakan duit aku, dan hasil dari statement Ann yang amat meyakinkan, aku terjebak lagi beli handbag.. ahahaha… ala.. sekali sekala maa.. shopping with bestfriend la paling best sekali dalam dunia aku rasa.. kalau shopping dengan lelaki ni..hmm.. macam kureng ja…

Lepas tu, singgah di Secret Recipe untuk minum2.. nak pegi Dome, hujung dunia.. pegi Starbucks, Ann cakap haram la, Israel la… hahahaha.. mana2 la… we treat ourselves dengan slice of Chocolate Strawberry… (no picture..huhuhuh…).. then bersembang, gelak2.. bisik2.. hehehe.. lepas tu balik rumah, sampai cam dalam kul 11 lebey gitu..

Kesimpulan, it's nice to have my bestfriend back. Aku cakap dengan edi.. I need more time untuk bersuka ria dengan kawan-kawan perempuan aku.. I need my life back.. oleh kerana Zizou pun sudah besar sikit, jadi tiada masalah la setakat nak meninggalkan sekejap bersama daddynya. I really need my bestfriend untuk berkongsi cerita, suka duka, mengenang kisah lama time belajar dulu. Pastu, mana la tau.. kalau ada rezeki nanti, ble la jugak kami travel bersama-sama.. sesama pompuan je.. dengan kawan2 rapat aku dari UM dulu..

p/s: Do treasure your bestfriend.. bestfriend = bukan ahli keluarga, sama kepala, sama prinsip, amat memahami dan amat boleh dipercayai.. stick to us time susah dan senang..


 

 

Monday, June 23, 2008

Short survey by Naddea

1) Last time u sleep? - semalam

2) what r u doing when u're bored? – surf tenet using my hp

3) love is? – sincere, true, warm feeling..

4) Red thing's on your right? – red marker pen

5) last person u talk on the phone? – hubby

6) imagine u're hollywood's superstar,u wanna have a serious relationship with who? – tom cruise as in Jerry Macguire – "You complete me.." ahhh.. gugur jantung aku..

7) currently use pc or notebook? – pc

8) last time u drive? – this morning

9) fresh orange or plain water? – avocado juice.. huhuhu..

10) name one person u hate the most? – hate myself

11) what colour of shirt are u wearing rite now? – kenapa suka tanya ni soalan? I'm wearing kebaya..

12) currently listening to? – Matahariku by Agnes Monica (tapi nyanyi dalam hati aku)

13) ur fav food? – fried salmon fish

14) last thing u wish? – I wish I can turn back time..

15) did the wish came true? – mustahil.. unless dlm mimpi ja..

16) fav colour? – pink, red

17) love ur dad? – a must

18) one person to make u laugh? – anybody can make me laugh.. I'm laughable..

Wednesday, June 18, 2008

Survey diri sendiri

1. Where were you yesterday? Seminar di PICC

2. How did you get the idea for your Friendster name? My ex-colleague used to call me like Naddea

3. What song are you listening to right now? Agens Monica - Matahariku

4. What color is your phone? Pink and White

6. Do you own a phone? Ada colour tu di atas tadi aku bagitau, ada la phone bah

7. What was the first thing you thought this morning? "Malasnya mau bangun, eh malam tadi aku terlepas tengok Desperate Housewives!"

8. What are you going to do tomorrow? Keje le… apa lagi.. maybe join farewell high tea party kawan aku

9. What did you do last night? Masak dinner, husband aku cakap sedap gilerr….

10. What's your favorite memory from highschool? Kawan aku bergaduh..berludah2… hahahahahaha…

11. What are the last two digits of your phone number? 72

12. What was the last thing that you ate? Nasi, ikan bakar, pak choy

13. Who is the last girl/boy that you hugged? My own son

14. What was the last movie you watched? Forgot la… hmm.. Forbidden Kingdom kot..

15. What do you dislike at the moment? Nothing to be disliked

16. What food are you craving? Capati Davi's Corner Bangsar

17. What did you dream last night? Naik kereta dari KK ke Menumbok dengan bos aku… buduh eh..

18. What was the last TV show you watched? Pushing Daisies..

19. What is your favorite piece of jewelry? Cincin kawin aku yang bersinar..

20. Name 2 ppl on your Top Friends who are most like you? Hmm… adik beradik aku..

21. Do you always lock your door? Musti…

23. Are you on any medication? Nop..

24. What side of the bed do you sleep on? In the middle..

25. What color shirt are you wearing? I'm wearing baju kurung

26. What is your favorite frozen treat? aiskelim

27. How many Piercings/tattoos do you have? 2 je..

28. What's your favorite store? I-Setan kali…

30. Who's someone you haven't seen in a while and miss? Kawan2 aku..

31. What was the last text you sent? Aku mau ambil 58 ka 56?

32. Do you care what people think about you? Sikit2…

33. Have you ever done something to make trouble? Pernah…

34. Where do you wish you were right now? Rumah, tido

35. Whats your font color on YM? Black

36. Where are your bestfriends? KL and labuan

37. What is the thing that you would most like to change about you? Nothing really…

Monday, June 16, 2008

Tag diri sendiri – Henpon aku

Aku ni sedang dalam mood mau mencari cara lain untuk menenangkan fikiran.. so, jom blogging.. tag ni aku dapat dari blog Mama Ain

Handphone brand : Nokia 6120 Classic

Body colour : Pink + White

Default tone : Sex and the City theme

Assign tone : No assign tone.. males mau assign2 ni

Screen saver / wallpaper : wallpaper gambar Zizou tengah ketawa nampak gigi susu..

Advantages :

  • Smart phone yang amat la simple
  • Ada 3G (tapi aku pakai DiGi, so tara guna juga itu kelebihan)
  • Ble buat video call – still tara guna juga
  • Ble surf bila2 masa aku suka (aku ni style kalau mau tahu pasal sesuatu perkara, dan2 tu juga aku cari, syukur la aku ada hp aku ni)
  • Aku suka baca resipi, jadi baca online ja la
Why is it important to me? Sebab aku suka surfing online..bila la Digi mo ada 3G ni..
sebenarnya aku beli henpon ni semata2 sebab ni la henpon Nokia yang ada 3G dan yang paling murah ada di kedai time tu.. aku tidak mo pakai Sony Ericcson lagi sebab suda boring...





Teater P. Ramlee the Musical

Last Saturday, aku pegi tengok ni teater.. aku terasa mau tengok sangat2 setelah membaca komen2 yang memberangsangkan pasal pelakon yang bawa watak P. Ramlee ni iaitu Musly Ramlee. Yang season 1 tu, aku tidak heran pun mau pegi tengok, pasal satu, aku bukan kaki teater. Dan dua, aku tak minat Sean Ghazi.

What more can I say, persembahan Musly Ramlee memang BAGUS!!! Aku suka sangat.. aku sebagai peminat P. Ramlee yang tidak berpeluang untuk melihat P. Ramlee di zaman hidupnya (I mean, outside film), terasa seperti P. Ramlee hidup bila dilakonkan oleh MR ni.

Lepas tu, Liza Hanim pun bagus juga. Meremang bulu roma aku bila Liza Hanim start menyanyikan lagu Senandung Kasih.. sedap gila…. Kalau suara si LH pun sudah camtu sedap, bagaimana la pula agaknya suara arwah biduanita Saloma ya??

  1. MR dan LH layak dapat standing ovation.
  2. Aku teringin mau minta autograph dorang, tapi husband aku ajak balik cepat pasal tak sabar mau jemput si Zizou yang kami tinggalkan di rumah neneknya. Maknanya, lepas ni ble la aku ngan edi dating berdua2…hehehehe..
  3. Aku rasa berbaloi aku bayar mahal2 tengok teater dorang ni… lepas ni kalau ada teater best2 lagi, aku mo tengok dengan aturan seat yang sama.
teringat aku skrip si Richard Gere pada si Julia Robert dalam cerita Pretty Woman, dia cakap"Ada 2 jenis orang tengok opera (or theater.. mana2 la), satu samada dorang akan suka gila2, dan kedua dorang tak suka tapi dorang akan appreciate" -- lepas kurang macam tu la skripnya.

Dan aku pula, jatuh pada kategori orang yang kedua.


ambil gambar jap time waktu break

tiket tengok teater.. on me.. sempena hari bapa.. kunun..hehehe..



Friday, June 13, 2008

Outstation to Kuala Terengganu

Aku baru balik dari Kuala Terengganu.. ada meeting di sana…First time pegi Terengganu ni..

Aku suka dengan Kuala Terengganu.. tak banyak hotel, tp banyak homestay… definitely aku akan datang lagi untuk bawa family aku dan tinggal di homestay tu untuk vacation…

First day, aku pigi Pasar Payang.. beli kain batik untuk dipakai hari khamis..

Lepas tu, aku terjumpa menu Sup Belut dan Belut Goreng…

Selalu makan belut jepun ja.. (unagi – diperap dengan teriyaki sos)..tapi kali ni aku dapat makan goreng kunyit cara melayu.. delicious…

Belut goreng yang aku telah makan sedikit dari badannya..

Lepas tu, aku ada pigi Pantai Teluk Ketapang dekat airport… makan seafood goreng.. Selalu orang makan pisang goreng petang2…

ada keropok lekor, sotong goreng, ketam goreng, ikan goreng...

dan udang goreng... dan air kelapa si Taib Bob..

syoknya meratah sambil menikmati angin laut (pantai kena tambak untuk memanjangkan airport…kind of mencacatkan sikit suasana but still ok)..

aku bawa keropok lekor basah, keropok kering, gula nisan dan kain batik untuk aku… hehehe… all for less than RM150.. nice huh..

Post EPL & Champions League Final – Glory Glory Man United

Aku sudah lama mencari sweater yang ada hood untuk si Zizou.. tapi punya la susah kan dapat untuk baby boy.. untuk baby girl berlambak di kadai...

Fikir punya fikir, surf punya surf, aku ingat mau beli sweater Man United untuk kid secara online..

Mula-mula, malas mau order.. bila Man United sah menjadi juara EPL 2008 dan Champions League 2008, so aku pun order la…

After 2weeks plus, parcel kami pun sampai… hehehe… malam tu juga aku bagi Zizou pakai..

Tapi saiz sweater ni untuk budak2 umur 2-3 tahun.. lepas tu hood kepalanya besar… kepala Rio Ferdinand pun boleh masuk aku rasa… lepas tu tangannya panjang..

Ya la.. Zizou pun baru umur 1 tahun setengah.. tapi husband aku tidak mau sweater untuk baby tu pasal dia cakap design tu tak lawa.. cheh…

ni gambar zizou yang diambil secara sequence mode..(mesti kena ambil cara ni sebab kalau tidak nanti mata tertutup kena flash)

that flash light.. mataku..oh..

nampak semua gigi zizou...(i love this picture)

ketawa lagi...

ek ek.. mata kecik..


pok amai2...


belalang kupu2..


Wednesday, May 28, 2008

Aku pengkiritik dan penumpang bahagia kawan-kawan

Aku selalu rasa macam banyak cerita aku mau tulis dalam blog aku ni, tapi selalunya aku tiada masa. Dan bila ada masa, selalu berhenti sekerat jalan, pasal aku malas atau aku rasa I'm revealing too much atau tiba2 tiada idea. Sekarang ni, aku banyak idea.. jadi taip saja la…


 

Jangan Lupa Lirik

A new game show di Astro, bersiaran last Sunday on 25 Mar 2008. Komen? FAKE!!! AND BORING!! Boring sampai memaksa aku untuk tukar ke channel lain. Aku rasa itu semua lakonan which is necessary sebab dorang mau educate (sesuai ka perkataan educate tu?) Malaysian on how to play the game. Aku rasa peserta pertama tu telah diberi script, lagu apa akan keluar, what song he must choose, he has to memorize the lyric so at least he can get to the third level. Suspen si Aznil tu pun terlalu dibuat-buat which is aku rasa tidak perlu ada suspen2 pun pasal kalau lebih2 suspen pun nanti buat orang boring.. bukannya hal hidup dan mati.. kalau sudah sampai RM500,000 tu mungkin la.. ni setakat RM1000 apa la sangat…

Aku teringat ada satu game show di Jepun, peserta akan menyanyi mengikut minus one yang dipasang. Peserta boleh terdiri di kalangan kanak-kanak hingga la yang dewasa. Jadi dorang akan menyanyi ikut lirik yang betul, without karaoke (tiada lirik yang diprovide), kalau salah… dah, off the stage.. lagi best… walaupun aku tidak faham lagu apa dorang nyanyi, tapi format game show tu kelakar…


 

Akademi Fantasia 6

Congrats to Stacy!!! Aku rasa itu sudah rezeki dia. Dapat lagu sendiri yang sesuai dengan orangnya – rancak dan catchy.. paling kesian dengan si Toi. Sudah la kena komen sikit punya main baik oleh si Adlin tu.. tapi komen2 si Adlin semuanya betul… Toi dapat lagu pun yang asal boleh saja dan dia pun tidak pandai buat lagu tu lebih menarik. Aku rasa kalau lagu tu kena bagi si Riz mesti si Riz tu pandai kasi cantik tu lagu. Nubhan's performance dengan lagu baru dia memang syahdu. Ditambah dengan lawak si AC time jadi doctor bodo2 kepada wife si Bell Ngasri pun menjadi. Really hope Maestro tidak akan mempersiakan bakat si Stacy. Sebab apa yang pasti, kalau ada bakat tapi tiada follow up – promo and so on, memang tidak akan menjadi. Just look at Farhan or Velvet, kesian kan… malap ja… kalau Maestro take Stacy for granted, aku harap Ning Baizura or KRU ambil Stacy untuk jadi recording artiste dorang.


 

Kawan-kawan aku kawin dan dapat baby!!!

Congrats to Diana! Congrats to Suba! Semoga berbahagia dengan suami masing-masing. Si Suba siap pegi Gold Coast lagi for her honeymoon. Aku harap dia ada bawa ole2 untuk aku… hehehe… lepas tu, wife kepada kawan husband aku, Kay, pun selamat melahirkan seorang baby girl yang comel dan putih macam anak jepun, which the doctors and nurses di Apollo TTDI tu panggil, Little Sumo Wrestler.. hehehe.. aku pun rasa juga excitednya, pasal kawan husband aku ni menunggu dorang punya first child ni punya la main lama.. 7 years…

Aku pun ada juga terfikir mau tambah baby bagi kawan si Zizou, tapi bila melawat Kay, melahirkan anak dengan cara C-Sect… oooo… seriaunya aku… mengandung 9 bulan lepas tu nak berpantang lagi 2 bulan.. kalau beranak normal sakit sekejap ja.. kalau kena Caesar ni, time pantang tu la macam makan hati ja… time mengandung pula, balik2 masuk toilet ja… buhringnya… Edi cakap, nanti la tunggu Zizou besar sikit, maybe next year, kita tambah baby… hehehe…

Monday, May 5, 2008

17-months-old Zizou

Besok ada visit to the clinic. Aku pun tidak sure untuk imunisasi apa (apa punya mummy la aku ni…).. bawa saja lah si Zizou… yang penting aku tidak mengabaikan imunisasi yang diwajibkan oleh KKM. tapi aku ada terfikir untuk bagi si Zizou pnemucocal jab. Tapi KKM belum wajibkan lagi. Mana mau dpt tu vaksin? Mahal kali aa… aku harap besok berat Zizou bertambah la ikut graf.. kalau atas line kuning lagi, menyampah aku ni mau dgr bebelan nurse2 di KKIA tu..

Sekarang Zizou sudah berumur 17 bulan. Kalau mau dibandingkan sama bebudak lain, aku rasa skill si Zizou masih limited lagi. Tapi, perkembangan setiap budak bukannya sama kan. He likes to watch Tom Tom Bak. Kalau ada siri or iklan TTB ni, mesti dia berlari terus meluru ke depan tv. Bercakap pun masih belum lagi.. tapi mulutnya amat la bising.. pot pet pot pet.. macam aku juga la kali.. Cuma tidak paham saja apa benda la yang dicakapnya tu.. even mau dengar Zizou panggil aku mummy pun susah.. kalau dia betul-betul mau perhatian aku, baru la dia panggil mummy.. if not, dia panggil IA (ei-ya) saja.. daddynya pun Zizou panggil IA.

Daddy si Zizou ada tegur aku "jangan bawa Zizou cakap pelat".. pasal aku selalu bercakap dengan Zizou bahasa yang tidak menggunakan huruf R. contohnya

  1. Jom tidul – which means Jom tidur
  2. Zizou bilat ye, jom cuci mutut.. – which means Zizou berak ke, jom cuci bontot (or orang sini panggil cebok) – sebaik sahaja Zizou dengar mau cuci mutut, dia akan berlari terus ke bilik air (his favorite place in the house)
  3. Jom mani – jom mandi – (dengar ni pun, dia excited juga pasal masuk bilik air)
  4. Minum ail – minum air

Mengikut kata daddynya, kalau cakap pelat sampai bila pun Zizou akan jadi pelat juga. He will never learn to speak properly. Dan daddy si Zizou juga mau kami amalkan perkataan yang tidak menggunakan banyak suku kata dengan kata lain, talk to Zizou in English – simple- bukan macam Bahasa yang guna banyak sukukata untuk perkataan yang sama makna macam perkataan English contoh

  1. Duduk – mesti cakap Sit – 1 patah saja
  2. Mamam or makan – Eat
  3. Minum – Drink
  4. Jangan – Don't

Yea yea yea.. I know you get it…

So, for the time being, Zizou hanya boleh mengeluarkan perkataan yang aku faham yang ni ja,

  1. Em em ba - Tom Tom Bak
  2. U wa – buah
  3. Am mee – mummy
  4. Teteh – daddy

Kalau Zizou mau susu, dia akan bagi botol susunya kepada aku atau si daddy.. kalau mau makan biskut, dia goncang2kan Tupperware biskutnya..

Aku banyak juga ajar si Zizou ni menyebut perkataan yang ada meaning, tapi selalu dia buat bodo ja dan macam tiada hati mau merepeat balik apa yang aku sebut tu… dia malas mau peduli kali…. Tidak apa la Zizou, mummy pun tidak mau paksa Zizou… jadi mummy keep teaching him, ABC, 123, jenis-jenis organ di muka..

Lagi satu yang aku perati Zizou ni, dia tidak suka mengalah dan tidak mau sharing dengan budak2 lain.. tapi Zizou peramah… suka tegur budak2 yang dia jumpa..

Bila tengok dia tidak suka sharing ni, mula la terfikir mau kasi Zizou adik… biar dia ada kawan bermain di rumah.. ble belajar sharing, sayang adik…tapi tunggu la… hehehe..

Lagi satu, Zizou ni good eater… Cuma aku tengok dia ni mcm boring ja makan bubur.. pastu suka makan savoury food berbanding sweet food.. makan kari la, nasi beriani la, nasi goreng la… daddy si Zizou cakap, ZIzou ni orang melayu sejati… kalau bagi makan pasta, mashed potato, dia muntahkan.. cheh…

Aedes dan Denggi

Risaunya aku.. sekarang ni musim denggi… baru-baru husband aku ada upah tukang mesin rumput yang selalu mesin rumput di kawasan taman kami tinggal ni.. minta tolong mamat tu mesin lalang di belakang rumah kami yang ntah berapa tahun tidak pernah dipedulikan tu… tinggi lalang tu serupa macam tinggi aku..

Bila sudah bermesin tu, clear seclearnya… harap2 nyamuk tidak banyak la menyinggah di rumah… tapi yang nayanya… pasal pagar di rumah tu tidak bermangga, tidak pasal2 tong gas jiran sebelah kena samun la… jiran tu suspek pencuri tu masuk ikut gate belakang rumah aku..

Baru 1 malam clear, sudah menjadi sasaran pencuri.. seriau juga aku.. terus me and hubby pegi kedai, beli solex yang tidak tipu, pasang mangga di gate belakang… mau pasang grill? Mana ada duit ma… bukan rumah aku pun mau beria… rumah sewa ja… sekurang-kurangnya aku sudah menjalankan tanggungjawab sebagai jiran – memastikan nyamuk tidak bersarang dan memasang mangga yang terbaik di gate belakang rumah… kalau ada pencuri lagi, harap2 Tuhan panahkan petir bagi pencuri bodoh tu… tawakkal ja la…

Friday, May 2, 2008

Dilemma mencari kasut

Aku ada banyak kasut. Hmm.. ble kata kasut ke? Ke sandal? Pasal bagi aku, kasut ni kalau bertutup semua, or tutup separuh ke… kalau kasut tutup semua, aku ada kasut sukan sepasang.. kasut tutup separuh, ada kasut kerja sepasang jenama Vincci.. lain-lain kasut tu (or sandal), semua jenis yang terbuka..

Mau cari kasut ni bukannya senang.. aku rasa Vincci saja ada saiz kasut untuk aku – saiz 3. Tu pun kena cari design kasut yang kecil, yang ngam2 dengan potongan kaki aku.

Hari tu, aku cari kasut kerja – kasut yang tutup habis for formal use. Semua pun longgar.. even yang bersaiz 3. Bila try, masih ada banyak gapnya..

Sekarang ni, aku rasa kaki aku saiz 2. Mana nak cari?

ramai juga yang cadangkan kepada aku - cari kasut di kids department... cheh... ingat aku ni hape.. walaupun aku ni kiut, tapi aku ni dah jadi mak orang la.. dah le kasut budak2 byk warna pink, ropol2 la.. polka dot la.. dibuatnya aku kena tanggal kasut, naya la kalau orang tau label kasut aku - barbie doll ke, bubblegum ka.. cheh..


Ada ke tempat aku ble tempah kasut? Mahal ke? Warggghhh….

5 things

5 things in my handbag/bag:
Mobile phone
Purse
Compact powder
Dental Floss

Kunci - car key, house key


5 things in my purse:
IC – IC aku and Mykid Zizou
Duitssss – tak banyak, sket je..
Cards – ATM, Credit cards, Jusco, Kad Kawin

Gambar – gambar passport aku, Zizou and gambar aku sama si daddy time single dolu2..
Driver's license

things I would like/love to do:
Sambung belajar

Jalan-jalan Europe

Tengok bola live di Old Trafford

Tengok wayang berdua sama suami terchenta

Cuti di rumah sama si Zizou seberapa lama yang mungkin (sampai aku muntah)

5 things I'm currently doing :
Taip benda alah ni

Tengah surf cari pasal mana mau tempah kasut

Dengar lagu si Anuar Jain

Teringat si Zizou

Teringat Daddy si Zizou

Thursday, April 10, 2008

Balik Labuan

hari tu balik labuan... saja2... rindukan kampung halaman.. suma aku angkut, Zizou (wajib diangkut) dan daddynya sekali... pasal tiada orang bole jadi driver di sana kalau Nurul tiada...

Pipi jiju yang tembam...


anak ku yang ada darah nelayan...

Banyak kerja susah… tade kerja lagi susah…

Banyak kerja pening… tade keje lagi pening… pasal tade gaji, tade gaji maknanya tade duit…

Kalau tade duit, takkan nak minta duit dari suami je?

Memang hak isteri untuk suami bagi dia duit… tapi aku tak suka ma…

Sekali-sekala boleh la… tapi aku suka guna duit sendiri untuk beli barang-barang untuk diri aku sendiri…

Rasa bersalah pula kalau meminta je.. dah le suami kena keluar duit untuk beli barang dapur, pampers, susu anak dan lain-lain berkaitan rumah..

Apa-apa pun, aku lebih selesa guna duit sendiri… sebab kalau guna duit sendiri, tade sape nak komplen… hehehe…


 

Banyak keja….. peningnya… tapi syukur lah aku ada pekerjaan…

Orang tade pekerjaan lagi susah…

Dan syukurlah bagi aku, aku rasa pekerjaan aku ni ngam dengan jiwa aku…

Walaupun gaji tidak tinggi setinggi gaji kawan-kawan aku yang lain.. tapi aku bersyukur…


 

Banyak keja… belambak… jadi kenapa aku masih ada masa membebel di sini?

Ni pasal aku time off jap.. lepas ni sambung balik..

Tapi aku rasa kalau keje aku tak melambak pun aku akan jadi boring…

Bodoh je tunggu punch machine berbunyi tanpa berbuat apa-apa…

Dan kepala otak aku akan lebih pening kalau aku tade keja produktif untuk dibuat…


 

Sekarang ni, time pening-pening ni…

Aku cam mengidam nak makan capati dan kuah kari kacang dal di restoran Davi's, Bangsar..

Wujud lagi ke restoran tu?

Gila lama dah tak menjejakkan kaki ke Bangsar… sejak ada Zizou kot..

Dulu time aku study kat UM, selalu juga lepak di sana…

Hmm… teringat pula zaman bujang… hehehe…


 

Dah le… keje… keje…

Hujung minggu ni pi makan capati… yiehaa…

Wednesday, April 9, 2008

Chantek ladies…

Aku memang suka lagu chantek ni.. mula2 dulu time nampak tajuk lagu ni dimana2 ntah (newspaper ka, magazine ka, website ka, aku pun sudah lupa..), aku rasa macam bangang ja tajuk ni.. pastu aku punya first thought is – ni mesti lagu rap merapu2 memuja2 pompuan yang seksi ntah hapa2… cinta nafsu..

Tapi, bila aku terdengar dalam radio.. aku terus terjatuh chenta.. aku rasa lagu ni sweet.. dan aku rasa bertuah la mana2 pompuan yang kena dedicate lagu ni oleh suaminya or boipren yang tersayang..

Dolu2, time aku single lagi.. aku bagi Outgoing name email aku – Naddea Chantek… hahaha budus… skg ni, bila dah jadi isteri, aku letak – Nadia Zaidy.. (mainly because aku banyak juga guna email aku ni untuk tujuan husband aku punya meniaga in case kalau dia nak beremail dengan client).

Maybe si Altimet ni ada idea buat lagu Chantek ni pasal dia ternampak aku punya nama perasan tu kot… hahaha.. perasan lagi…


 

Altimet feat Adeep Fabulous Cats - Chantek Lirik :-

hey wanita
gembira dapat berjumpa
teringat kembali kali pertama kita bersua
ingat bila kita bersepatu serupa
tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa


kau bersama kawan-kawan muda yang nyata
kau paling menyerlah di antara mereka
rambut hitam warna cokelat anak mata
membuat aku kurang fasih bila bicara

apakata kita ambil sedikit masa
untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
dan jika kau rasa apa yang ku rasa
ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya

chantek..
dirimu buat ku tertarik
menghilang segala prasangka
di jiwa
ohh chantek...
sungguh aku cinta kamu

dia..
pandai menjaga hati ayah dan ibunya
kelakuannya sama dengan orang tuaku juga
dia..
bisa cipta yg gula dari yang cuka
pandai menukar yg duka kepada suka
dia..
bijak mengatur acara dan juga masa
cekap memasak garam gula secukup rasa
dia..
pandai menjaga harta dan juga duitnya
tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya
dia..
setia pada Yang Esa satu-satunya
memenuhi tanggungjawab 5 waktunya
dia..
punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
tak usah lengah
ayuh kita berumah tangga


chantek..
sechantek suria menyinar
seindah bunga yang di taman..mekar...
chantek...
dirimu buat ku tertarik..
menghilang segala prasangka
di jiwa...
oohhh chantekk..
sungguh aku cinta kamu

aku..
melihat kita bersama di hari tua
dia..
masih satu tiada empat tiga atau dua
dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
kau tetap cantik padaku aku tak lupa
kita bersama di anjung luangkan masa
kewangan kita merdeka mampu bersara
hasil usaha kita dari masa dahulu
cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
hidup santai tak perlu terburu-buru
punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
anak kita dan ayahya semua sebulu
aku bilang kau chantek dan mereka setuju


chantek..
sechantek suria menyinar
seindah bunga yang di taman..mekar...
chantek...
dirimu buat ku tertarik..
menghilang segala prasangka di jiwa...
ohh chantek...
sungguh aku cinta kamu...

Friday, March 21, 2008

A Belated Wedding Anniversary Wish

Sejak sudah kawin ni… kalau baca magazine, newspaper or anything yang ada cerita pasal rumahtangga orang yang diganggu gugat, hancur, ranap, punah dan yang sewaktu dengannya… aku mesti jadi takut..

Takut kalau perkara-perkara yang tidak dingini jadi pada aku… tambah2 pula pasal sudah ada anak seorang ni… (kadang2 kalau terfikir nak tambah seorang lagi… mesti isu ni yang buat aku jadi fikir panjang…tak patut, tak patut…).. nauzubillah…

Bila membaca isteri-isteri yang digantung tak bertali dengan anak yang ramai, yang jadi single mother.. membuatkan aku insaf… kalau aku rasa aku down sangat, aku kena fikir, bahawa ramai lagi orang di luar sana yang nasibnya jauh lagi buruk dari aku… sesungguhnya aku berfikir, jika husband aku tiada di sisi aku dan zizou sekarang… hmmm…. Minta dijauhkan la… nauzubillah…

Justeru itu, (tambah2 lepas ada anak ni – ingat anak saja la…pasal diri sendiri tanak ingat…) aku ingin bersyukur kepada Tuhan… kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya, maka perkahwinan aku dan Edi sudah menjangkau usia 2 tahun… (tu pun aku boleh lupa tarikh keramat tu sebenarnya… hehehe…tapi Edi pun lupa juga)…

Ni aku ada buat puisi untuk yayangku (walaupun aku tau, dia memang tidak akan baca ni, pasal dia tak buka internet, kecuali kalau aku tunjuk)…

Yayang…

Kalau I tengah best2 cerita, kadang2 u senyap je… I ingat u tak peduli apa yang I cerita tu… rupa2nya, u ni macam si Forrest Gump dengan kawannya si Bubba tu… walaupun dia senyap, tapi rupa2nya dia ingat apa semua yang Bubba tu cerita…sesungguhnya i terharu bila u ble recall balik citer2 i yang dah berkurun lama... huhuhuhu...

You memang masak benar dengan perangai mummy… kalau I tengah meluahkan rasa tak puas hati, tengah marah2, kadang2 u diam juga… tapi selalunya u akan gelakkan I pula.. pasal u rasa I ni kelakar.. maybe because of mimic muka i, ke maybe pasal ascent sabahan or brunei.. so, selalunya I akan jadi tambah marah… tapi marah2 manja.. hehehe… (budus…)

Lepas tu… I masak sangat dengan kegilaan u terhadap ManUnited tu… u pula kenkadang komplen.. u kata kalau dulu time chenta2, I ok je nak tengok game ManU temankan u.. skang ni dah tak peduli dah.. kalau dulu I ble kenal sorang2 player ManU… tau game malam tu lawan siapa.. tau point apa suma la.. kiranya dulu suma info di hujung jari… tapi now, dah tade dah sume tu… I harap u faham.. I penat jaga zizou… tapi I akan berazam..lepas ni, apa2 game ManU… I akan teman u..lepas tu, I akan menambah pengetahuan I pasal ManU.. baca ruangan Sport kat paper..the least I can do, I bagi u conquer tv sorang2… I buat keje lain… baking kek ke… baca magazine ke… layan zizou ke…

U nak tau, I amat bahagia kalau I tengok u bersuka2 dengan Zizou.. sesungguhnya itulah pemandangan paling popular pada kaca mata i… (semua isteri pun cam ni kot)…

Insyallah yayang, I akan buat apa yang sorang wife patut buat kepada suaminya up to ur standard… and I will always be your Baby Borneo, your anje and mummy to your Zizou…

I bersyukur kerana dijodohkan dengan you, Eddy Brasco, suami dan daddy yang penyayang… semoga rumahtangga kita kekal bahagia hingga ke anak cucu, ke akhir hayat, dunia dan akhirat.. Amin….


Thursday, March 13, 2008

Zizou – Nursery Baru

Zizou di nursery

Kamu… sekarang ni Zizou sudah kena hantar ke nursery baru. Masuk hari ni, sudah masuk 7 hari Zizou pegi sekolah (tidak termasuk weekend dan Zizou cuti sekolah sebab mc). Oleh kerana Zizou sudah 15 bulan, sudah semakin pintar, kenal orang… ditambah dengan personality zizou yang kurang mesra alam.. aku rasa macam susah jam au lepaskan zizou ke sekolah setiap pagi..

Hari pertama – nangis tak hengat

Hari kedua – nangis jugak

Hari ke-3 – nangis lagi

Hari ke-4 – nangis + selsema + batuk

Hari ke-5 – Nampak ja route mau ke sekolah, dah nangis (bijak betul anak aku, jalan pi sekolah pun dia cam)

Hari ke-6 – sama macam semalam

Hari ni (hari ke-7) – pagi2 dah meragam… pastu nak menyusu badan saja.. bila menyusu tu siap batuk2… lepas tu buat muka macam sakit… pastu bila aku tengok muka zizou… dia pura2 tutup mata… (dia ingat mummy dia ni baru hidup ka…hehehe)… daddy dia cakap.. zizou ni pandai berlakon… tanak pi sekolah, nak mummy jaga zizou di rumah…. Tapi hantar juga… hari ni better than yesterday… cuma bila dah sampai depan sekolah… zizou terus peluk aku sambil bunyi macam mau nangis … Ammy…. Ammy… (sebutan Mummy versi zizou)

Nak buat macamana… kalau ingat anak ja.. tak jadi kerja la kan… cikgu dia cakap… Addin (nama zizou di luar) suka senyap2… tanak berkawan sangat… bila senyap2 tu.. ble tiba2 nangis tak kluar air mata sebut ammy…ammy…. Sayunya aku dengar… zizou rindu mummy yer…sian zizou….

Tengok la macamana… harap2 after 2 weeks, zizou akan ok di sekolah tu… kalau tak ok jugak… bg masa 2 minggu lagi (bg genap sebulan)… kalau tidak jugak.. hantar tempat lain… tak ok jugak… hantar pi rumah nenek… tak ok jugak… terpaksa la mummy cari maid…

Kenapa aku hantar zizou pi nursery? Pasal mbah zizou tanak jaga budak dah… malas dah aku nak pujuk2 mbah zizou tu… biar le dia… orang tanak jaga budak, tak ble nak paksa… lain le kalau kena suruh jaga kereta ka, vcd player ke… pasal semua benda tu tiada perasaan… anak aku tu orang… ada perasaan…

Cuma kesian dengan zizou la… selama2 dia di rumah mbahnya tu… selalu kena layan ja, kena manjakan oleh mbah lakinya… kalau di nursery, siapa yang mau melayan zizou… buat la keje sorang2 kan…

Hibanya aku… kuatkanlah hati hambaMu ni Tuhan… sesungguhnya Kau lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaMu ni…


Malaysia – Post PRU12

Hmm… sudah masuk 5 hari since keputusan PRU diumumkan… siapa yang sokong BN, sedih… siapa sokong DAP, PKR dan PAS, gembira… aku sokong siapa? Hmm… dengan humblenya dan muka tebal.. aku tidak mengundi pun… dan aku rasa rugi sangat kerana tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai Malaysian pada sabtu lalu… kalau aku mengundi? Undi adalah rahsia… hehehe…

Aku rasa ada pro dan cons hasil pilihanraya ni… dan setiap yang berlaku, mesti ada hikmah di sebaliknya… kita lihat apa hasilnya dalam 4 ke 5 tahun ini…

Cuma yang aku menyampah… tadi aku dan colleague lunch di Alamandut… cerita2 la sikit pasal pilihanraya tu… perbualan tidak menyebelah berat kepada mana2 pihak… tapi ada satu mamat berbaju batik ni, daring punya main… siap jeling2 dan jegil2 mata macam mau makan kitaorang… hmmm… terasa ke pakcik? Nape… sedara ko ke yang bertanding tu? Ko tak puas hati ke? Parti ko ke yang kitaorg sebut2 tu? Ko mana boleh aktif politik… ko kan ke penjawat awam (pasal pakai baju batik di hari Khamis)… apsal nak daring2 plak….

Suka hati la pakcik… bukan ko yang bagi makan… bukan ko yang bagi bonus… (kalau dapat la… tak mengharap pun… pasal sedar bahawa bonus tu bukan hak)….




p/s: apa2 pun… lu pikir la sendiri…(tagline Nabil Raja Lawak – I like him, I think he is talented and hilarious)…

Monday, March 3, 2008

Vacation trip to Phuket


Hilu….. lamanya aku sudah tidak update blog aku ni… ala, cam la aku ada follower pun kan… hehe
Last week, kami sekeluarga ke Phuket. Tapi sebelum tu, kami pindah rumah dulu. Kami ke phuket dengan keadaan rumah tunggang langgang pasal belum habis kemas rumah dan unpacking.

Overall? Best juga la… tapi Phuket mahal.. lebih mahal dari Bangkok. Bangkok tu standard macam KL saja. Di Phuket pula, everything semua macam cekik darah. Dorang ni mmg hidup atas pelancongan saja. Kalau pelancong tidak datang, alamat macam pekan koboi la Phuket tu. Makan paling murah pun 50Bhat (equal to RM5). Masuk toilet 10Bhat (RM1 masuk toilet? Hehe.. toilet buat pakai mangkuk emas ke…).. akhirnya, aku tidak beli pun ole2.. pasal Phuket ni aku rasa tiada identity sendiri.. apa yang ada di Phuket boleh dapat di Bangkok dan tempat lain… (contoh macam bikini, seluar Billabong tidak ori… dan lain-lain…

Kedai-kedai tepi jalan – tiada tanda harga diletakkan.. so, kena tanya pada pekedai dan kena bargain (boleh nego down to70% dr harga asal). Tu yang malas tu… susah mau survey harga… tapi aku pun round2 area Patong beach ja.. tak pi tempat lain…

Tapi pantai di Phuket ni cantik, bersih dan putih... kalau mau pegi phuket, baik bawa sendiri tikar or kain or towel dan payung (hotel ada sedia) untuk dijadikan tempat santai di pantai. ada kerusi dan payung disediakan..tapi kena charge ma... 150 Bhat satu payung.. ada berani? kalau duit banyak sangat, tak pe la kan..

Lepas tu, oleh kerana terlampau ramai jenis manusia di sini, maka byk la ragamnya.. org putih jalan2 perut buncit pakai seluar pendek ja (lelaki la).. topless (pompuan le... kalau lelaki tade la heran kan).. husband aku mula2 suka la kunun... bila lama2, dia kata dia dh immune... hahaha...bertuah punya laki.. lepas tu, bila zizou mau menyusu, husband aku bg green light utk breastfeeding.. psl dia kata org kat sini tak heran pun nak tgk org nyusu.. tp teda la aku buka baju kasi tayang kan... kalau di Malaysia, jgn harap le...
Ini adalah itinerary kami selama di sana

  • Khamis
    • tengahari – flight to Phuket (AirAsia)
    • petang – sampai Phuket – singgah ke ofis travel agent
    • check in hotel – Club Andaman Beach Hotel (good food, senang jalan area Patong, dekat dengan pantai)
    • malam – dinner makan seafood
    • pastu jalan2 area patong…
  • Jumaat
    • Awal pagi – buffet breakfast (complimentary)
    • Pastu van datang amik, pi island hopping – pi phi phi island, james bond island (tu sume kat krabi).. bole snorkeling
    • Petang balik hotel, dh penat gile
    • Malam buffet dinner kat hotel
    • Pas tu tidur – tak larat jalan, lagipun hujan gerimis…
  • Sabtu
    • Aktiviti bebas – jalan2 area patong
    • Mandi laut, mandi swimming pool
    • Malam – pi phuket fantasea – best jugak
  • Ahad
    • Makan pagi… jalan2 sket kat pantai
    • Tengahari – balik Malaysia… best nya



Ok la pi phuket… nak pegi lagi? Hmm… husband aku cakap ble la dalam 5 tahun lagi ke… zizou pun cam happy ja.. psl org Thai ni semua baik2 kalau layan budak… foreigner pun ramai yang suka dengan zizou.. zizou dapat bola la, belon la.. kena bg makan la… sume pun cakap dia cute… (budak2 umur 1 tahun mmg la orang nampak cute ja…)
Balik Malaysia, aku dapat jerawat beberapa butir… gain new experience… and still within budget (belanja dalam RM1500 gitu)… gambar aku upload later… masih mencari usb cable.. hilang ntah ke mana… kemas rumah nanti sure jumpa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...