google analytic

Nuffnang

Monday, April 30, 2007

Happy Mother’s Day

SELAMAT HARI IBU kepada Mama - Pn. Zabidah Bt. Karamin, Mak (ibu mertua) - Pn. Jariah Bt. Buchin, ibu saudara sebelah mama dan bapa, Kak Long dan Kak Ngah (biras), Kak Ros (babysitter Zizou), dan semua wanita yang bergelar ibu especially kawan-kawan ofis, kawan-kawan seperjuangan yang pernah study sama-sama dulu, ibu kepada kawan-kawan yang aku kenal dan rapat contoh macam mama si Diana di Ampang, mama si Siqim di Labuan, mama si Alen di Labuan juga dan ramai lagi la. Dan tidak dilupakan, kepada aku sendiri.

Sesungguhnya pengalaman menjadi ibu (walau masih setahun jagung – belum sampai setahun pun, baru 4 bulan lebih) mengajar aku menjadi manusia yang lebih sabar, bertimbangrasa, empati, tidak mementingkan diri dan lebih ceria. Ceria kerana aku rasa hidup aku lebih bermakna. Walau setiap hari perlu bangun lebih awal dan tidur lebih lewat untuk menguruskan keluarga, namun aku rasa masa tidur aku tetap cukup.

Setiap kali terjaga dari tidur, azamku nekad hidup kerana Allah, kerana suami yang inginkan aku menjadi isteri yang membahagiakannya, kerana Zizou yang mahukan mummynya sihat untuk melayan karenahnya dan kerana mama dan bapaku di Labuan yang sentiasa mahukan puteri sulung mereka ini menjadi MANUSIA yang lebih baik setiap hari.

Hanya selepas menjadi ibu maka aku sedar pengorbanan yang mama pernah lakukan untuk aku. Setiap pengorbanan mama sure aku tidak akan mampu balas 100%.

Sempena Hari Ibu yang bakal tiba, aku berdoa semoga Tuhan memurahkan rezekiku dan memberi aku kesihatan supaya aku dapat berbakti kepada mama dan bapa dan memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada Zizou dan suamiku. Amin.

Sekarang barulah ku tahu nilai Hari Ibu! Semoga aku menjadi isteri dan ibu yang terbaik! Gambarimas!

Thursday, April 19, 2007

Zizou - 4 bulan!

Hari ni genaplah usia Zizou berumur 4 bulan 2 minggu dan 2 hari. Pada 8 April 2007 yang lepas, Zizou sudah pandai meniarap sendiri. Sebelum tu, Zizou pandai mengiring saja. Punya la excited aku ni bila tengok Zizou sudah pandai meniarap.

Tapi yang musykilnya ni, Zizou pandai meniarap, tapi tidak pandai pusing balik. Oleh kerana aku ni baru ada sorang ja baby, pengalaman belum ada lagi, so aku fikir, maybe next time dia pandai la pusing balik tu.

Risau jugak, kadang-kadang time tengah malam aku terjaga, aku tengok si Zizou ni tengah meniarap sambil tersengih-sengih tengok aku. Dia fikir mummy dia ni buka mata mahu bawa dia bermain la tu. Aku pula memang mahu ajar Zizou bahawa tengah malam adalah time to bed bukan time to play, aku baringkan dia balik, bagi minum susu sambil mengiring.

Oleh sebab Zizou suka buat akrobatik bersendirian di malam hari, daddy dia jadi takut mahu jaga Zizou time aku pegi kursus 3 malam di Port Dickson. Dia risau kalau-kalau Zizou penat meniarap, daddynya pula nyenyak tidur, tidak fasal-fasal Zizou lemas fasal penat mahu angkat kepala dan muka tersembam di tilam. Nauzubillah. Jadinya, daddynya berjaga setiap malam fasal mahu jaga Zizou. Kesian daddy.

Selain daripada tu, Zizou sekarang suka masukkan apa-apa saja dalam mulut. Tangan dia sendiri, patung, almost everything. Kalau bagi puting kosong, pandai pula dia jeluakkan balik. Kalau tangan mummy dan daddy dia, sedapnya la dia hisap bersungguh-sungguh macam ada rasa coklat saja. Pernah sekali tu, Zizou hisap tangan aku (bahagian atas siku) sambil aku mendukung dia, hisap dengan kuat sampai tangan aku berbekas macam kena lovebite.

Lepas tu, ada la pula anasir-anasir yang bersungguh-sungguh kempen aku supaya bagi Zizou makan nestum. Dorang cakap Zizou tu suka hisap tangan fasal dia lapar, tidak kenyang minum susu. Aku cakap saja la baik-baik, nanti Zizou sudah 6 bulan, aku bagi la dia solid food. Insyallah kalau sudah tiba masanya dan aku rajin, aku akan masak sendiri bubur Zizou instead of giving him nestum. Tidak sabarnya mahu masak untuk Zizou!

Tuesday, April 17, 2007

Jangan marah mummy


Zizou
Jangan marah mummy
Mummy kena pergi
Terpaksa tinggalkan zizou
Sabarlah zizou


Zizou
Jangan merajuk dengan mummy
Walaupun mummy maklum Zizou memang suka merajuk
Pasal orang tua-tua cakap
Ada urat bersilang di mata Zizou
Tapi biasalah Zizou kan anak seorang
Mestilah manja dengan mummy


Zizou si alai buah hati
Mummy tinggalkan Zizou kerana tuntutan kerja
Mummy cari duit untuk kita
Supaya dapat bantu daddy
Untuk beli makanan kita sekeluarga
Untuk beli pampers dan baju Zizou
Untuk beli segala yang terbaik bagi Zizou


Zizou alaiku sayang
Mummy tinggalkan Zizou dengan daddy
Waktu malam Zizou tidur dengan daddy
Daddy akan letak baju mummy sebelah Zizou
Sebagai pengubat rindu Zizou


Zizou anak mummy
Buah hati mummy dan daddy
Kami tahu Zizou baby yang baik
Walaupun mummy jauh terpaksa outstation
Mummy sentiasa doakan Zizou
berada dalam keadaan yang menggembirakan


Jadi Zizou
Bila mummy kembali semula berjumpa dengan Zizou
Mummy lega Zizou sihat
Zizou lega dapat bersama dengan mummy
Dan mummy tidak kisah
Walau berapa lama Zizou mahu berpeluk dan bergayut
Kerana itu hak Zizou
Dan kerana mummy sayangkan Zizou


Bak lirik Dewi nyanyian Dewa 19
Zizou
Kaulah hidupku
Aku cinta padamu sampai mati

Monday, April 2, 2007

Papa Jahat?

Mula-mulanya. aku macam heran kenapa ramai orang cukup tidak setuju dengan lagu ni diperdengarkan di radio. Rata-rata ramai yang menyokong supaya lagu ni digam dan menyatakan amatlah tidak patut lagu sebegini dicipta di environment Malaysia yang majoritinya orang Melayu dan beragama Islam.

Sebenarnya, aku pun bukan faham lagu ni cerita pasal apa. Cukup tidak faham. Yang aku tau, lagu ni amat la upbeat sampai everytime aku dengar di radio mesti aku rasa macam mau menari.

Aku pernah tanya adik aku kenapa orang kecoh-kecoh tidak setuju dengan lagu ni. Adik aku bagitau lagu ni cerita pasal sumbang mahram. Ohh.. ya ka… oleh kerana aku terlalu curious, aku sendiri surf di Internet. Dan ternyata, lepas aku baca liriknya pun, still aku tidak faham apa kaitan sumbang mahram dengan lagu ni.

Correct me if I’m wrong, aku rasa lagu ni pasal seorang isteri yang cukup bengang dengan suaminya kerana menyangka suaminya main kayu tiga. And the husband pula boleh mengomen pasal isterinya kurang memberi layanan? I guess so.

Sesungguhnya, aku bukan orang seni. Buat lagu ka, main muzik ka, melukis ka, semua serba aku tidak pandai langsung dan aku boleh kategorikan myself as bengap in art. Yang aku tau, aku pandai menyanyi dan suara aku sedap..hehehe... puji diri sendiri kerana orang pun ramai puji aku. Jangan marah...

Well, maybe the lyric is not the big issue here. The issue is maybe mainly at the title and the chorus part of the song itself. Papa Jahat? Apa punya tajuk la macam tu. Macam tiada tajuk lain saja yang boleh difikirkan. Lepas tu buat chorus Papa Jahat, Papa Jahat berulang-ulang. Best la pula rentak korus tu.

Kalau aku punya concern la, adalah pada lagu tu yang mempunyai beat yang amatlah rancak dan catchy di telinga orang-orang muda (termasuklah kanak-kanak), berserta dengan phrase Papa Jahat yang amatlah senang disebut. Lagu-lagu macam ni memang senang dijadikan ikutan di kalangan kanak-kanak (walaupun yang baru pandai bercakap) dan remaja.

Sekiranya pencipta lagu ni seorang Papa then dia akan faham kenapa ramai orang menyampah dengan lagu ni. Bayangkan if Cat Farish ada anak umur 1-2 tahun yang baru pandai sebut perkataan Papa dan Mama. Lepas tu anak dia boleh menyanyi lagu Papa Jahat, Papa Jahat sambil buat breakdance berguling-guling atas lantai (konon mau tunjuk dia pandai menyanyi le tu) without understanding what the real meaning behind the phrase is. Habis rosak pemikiran anak-anak tu.

Atau pun, anak dia faham, lepas tu menjadikan lagu ni sebagai alat memberontak kepada Papanya. Kan ke kes naya tu. Kalau perkara ni terjadi lepada batang hidung mereka sendiri, time tu baru la orang yang bertanggungjawab mencipta dan menyanyikan lagu ni, rasakan pembalasan si pitung! Hahahaha..

Jadi moralnya, lagu ni sebenarnya membuatkan kanak-kanak disrespect kepada papa-papa mereka. Kesian kepada bapa-bapa yang digelar Papa dan bukan Abah, Ayah, Bapa, Daddy, Abi dan sebagainya la yang berkaitan.

Jadi, lagu ni memang sepatutnya digam. Or just change the lyrics to make it a better and well-mannered song. That’s all.

Wednesday, March 28, 2007

Aku, Sengkuang Cina dan Longan Kering

Dalam haru biru aku yang semangat untuk menambahkan production susu, aku pakai lagi nasihat yang aku dapat dari Internet – minum air sengkuang cina dan air longan kering.

Images

So, adalah satu pagi tu, aku berkunjung ke Anjung untuk tapau breakfast. Sambil-sambil tu, aku sempat menyinggah ke kedai runcit, aku beli lah air sengkuang cina or in omputih, water chestnut drink.

Sedap juga la rasanya, macam rasa air tebu + teh bunga. Hasilnya? Boleh la dibanggakan. Tiada la banyak sangat. Tapi aku perasan la susu ada bengkak sedikit. Adalah bertambah 1 oz dari sesi pemerahan yang biasa-biasa aku buat.

Sebelah petangnya pula, on the way aku balik ke rumah, aku singgah sebentar ke kedai ubat cina. Aku pun tanya la singseh tu kalau2 ada longan kering. Dia kata ada. Excitednya aku. 100g untuk RM3.50. So, aku beli la 100g sahaja dulu.Dried_longan

Sampai rumah, aku rebus la kira2 50g longan kering tu, masukkan sedikit gula. Untuk minum, aku ambil sedikit air longan kering yang manis tu, aku bancuh lagi sedikit dengan air masak biasa. Sedap juga. Macam air longan yang aku mmg suka minum selalu. Aku siap makan lagi longan kering tu.

Hasilnya? Kira-kira jam 9.30 malam, aku perasan yang susu aku betul-betul bengkak. Aku jadi excited. Aku try bagi Zizou minum dia tidak mahu. Aku try perah, tapi tidak keluar. Aku jadi hairan. Susu ni betul2 bengkak sampai aku rasa sakit. Tuam pakai tuala panas pun tidak jalan.

Maka, malam tu aku tidur dalam kesakitan yang amat dan tidur yang tidak lena. Tidak lena kerana dada yang sakit dan bengkak. Ditambah pula dengan anak aku yang suka tidur sambil menendang kakinya nan lasak. Kesudahannya di sebelah pagi, husband aku tanya kenapa aku tidur di kaki katil. Aku kata sakit pasal Zizou suka tendang. Lepas tu, aku pula jadi demam. Kes naya.

Besoknya, aku decide jumpa doktor. Doktor tu bagitau yang susu aku sudah tersumbat dan beku. Dia ajar aku urut breast dan nasihat supaya tuam dengan tuala panas. Time doktor tu urut (nasib baik doktor perempuan), punya la aku mengerekot sambil mengalirkan air mata kerana kesakitan. Hari tu, aku dapat MC.

Sampai di rumah, aku buat sesi mengurut. Bengkak masih belum berkurangan tapi sakit tu ada lah kurang sikit. Nasib baik aku hantar Zizou ke rumah pengasuhnya, boleh la aku berehat sekejap menggantikan tidur aku semalam.

Dan sampai hari ini, susu aku masih bengkak sebelah. Apa la nasib. Aku akan tunggu sehari lagi. Kalau masih bengkak juga besoknya, aku akan call bidan untuk mengurut susu aku kot2 la tangan bidan yang mengurut ni mujarab. Ada orang kata letakkan kubis dekat susu boleh selesaikan masalah aku. Tapi dorang kata, kubis tu bagi kering. Takut juga la aku kalau kering.

Kesimpulannya, sengkuang cina dan longan kering memang mujarab menambahkan susu. Sampai terlebih-lebih. Sehinggakan suami aku melarang aku minum air longan kering lagi. Aku rasa la, aku ni saiz kecil, susu pula banyak sangat, tu la jadi sampai tersumbat. Macam bottle neck di Federal Highway, highway 3-4 lane ja, tapi kereta banyak sangat, tu pasal la jam. Milk_cow

Moralnya pula, semangat tu boleh tapi jangan sampai tamak. Berusaha la selagi termampu tapi jangan sampai extreme. Bak kata kawan aku, Tuhan tahu nawaitu kita untuk memberi yang terbaik to our children. Kalau kita bagi baby kita susu formula, itu tidak menjadikan kita ibu yang jahat.

Namun begitu, selagi boleh, carilah ilmu dan berikanlah bayi kita susu original. Jangan cepat memberi alasan. Hanya dengan ilmu itu maka kita tahu kita akan lebih bersedia untuk memberi yang terbaik kepada anak kita.Breastfeed

Kepada lelaki-lelaki di luar sana, galakkanlah isteri untuk menyusukan bayi kamu. Percayalah, galakan kamu itu akan membuat kamu lebih disayangi oleh isteri. Dan aku bersyukur, aku mendapat galakan yang tidak berbelah bagi dari suami dan mama aku (walaupun mama aku jauh di Labuan).

Tuesday, March 27, 2007

Aku dan Susu


Nota awal - aku adalah penyokong amalan memberi susu ibu kepada baby. Dan aku bukanlah anti susu formula. Bagi aku, susu formula perlu dilihat sebagai alternatif terakhir sekiranya pelbagai usaha untuk memberi susu ibu tidak berhasil.

Sejak masuk kerja balik ni, barulah aku perasan yang performance aku dalam pemerahan susu ni amat lah lousy jika dibandingkan dengan ibu yang menyusukan anak yang lain. Kalau ibu lain boleh senang-senang reach to 5-6 oz sekali pam (paling kurang pun 4 oz), aku pula hanya boleh dapat 2 oz (paling banyak pun selalunya 3 oz).


Mungkin kerana pasal aku sekarang sudah kembali bekerja, maka sesi direct breastfeeding tu pun sudah menjadi kurang. Alhamdulillah, kalau direct breastfeeding, aku rasa bekalan susu masih cukup. Kalau express susu guna pam, maka hasilnya kureng sket. Macam yang aku pernah baca, cara suction baby dan pam adalah berbeza. Oleh itu, boleh la kita expect kalau pam susu ni memang la akan kurang lumayan hasilnya berbanding sekiranya dihisap oleh baby kita sendiri.


Oleh kerana aku masih juga tidak mahu menyerah kalah buta-buta, maka aku pun banyak la berusaha untuk mengambil makanan-makanan yang dipercayai boleh menambah susu badan. Contohnya seperti lobak putih, soya, tempe, kurma, air water chestnut, oat, sawi, kobis, halba, jantung pisang – ada la hasilnya sedikit, tapi kalau sampai membuatkan susu sampai melimpah tu belum lagi la.


Semua yang aku makan di atas, kebanyakkannya aku masak sendiri dan akhirnya suami aku pun turut makan juga. (Nasib baik lelaki tidak boleh produce susu, kalau lah boleh….hahahaha). Doktor keluarga aku pun ada bagi aku pil yang boleh tambah susu, tapi setakat ni aku rasa macam biasa saja.


Kesimpulannya, aku rasa aku perlu lebih bertenang dan tidak terlalu pening memikirkan pasal susu ni. Sebab kalau aku tension pun, most probably akan mengganggu hormone aku untuk proses susu dengan banyak. (tapi macamana la aku dapat kurangkan kepeningan aku ni. everytime buka fridge, mesti akan terlihat yang stok susu semakin hari semakin berkurangan..huwaaa) Setiap kali lepas sembahyang pun, aku akan banyak berdoa supaya anak aku dimurahkan rezeki dan aku masih boleh terus berikan Addin Zidane susu original.


Dan sampai sekarang la aku masih makan makanan-makanan seperti yang disebut di atas. Walaupun aku sudah top-up bekalan susu anak aku di rumah pengasuh dengan susu formula, tapi aku masih pastikan dia hanya dapat 1 atau 2 kali meal sahaja dengan susu formula, in case kalau susu perahan yang aku bagi sudah habis. Ini pasal aku bukan bagi pengasuh Zizou susu formula dalam tin, tapi dalam bekas susu yang aku sudah sukat siap-siap. Hehehe..


Semoga susu aku akan berlimpah ruah, dan aku tidak perlu bekal susu formula lagi kepada Zizou di masa akan datang. Selagi anak aku consume susu formula, selagi tu la aku akan menjadi ibu yang paranoid every time anak aku kena ruam, demam, batuk, selsema dan sebagainya.

Thursday, March 15, 2007

TGIF – Thank God It’s Friday


Sukanya aku hari ni hari Jumaat. Hari ni ada cerita apa? Hm... selain daripada cerita aku satu family tidak sihat. At first, Zizou yang start batuk + selsema + demam. Lepas tu jangkit kepada aku. Lepas tu jangkit lagi kepada daddynya. Tapi ada kawan aku cakap, selalu orang yang membawa penyakit ni kalau jangkit kepada orang, pembawa tu akan cepat sembuh. Excited juga aku dengar, maknanya sakit Zizou boleh kurang kalau dipindahkan kepada aku. (Well, as my husband said, we rather to get the disease than seeing our baby get sick). Alhamdulillah, Zizou sudah beransur sembuh. Aku? Ok la… tapi luar hidung aku semakin kering sebab selalu blow my nose pakai tisu. Hehehe..

Masuk hari ni, sudah masuk 5 hari kami menghantar Zizou untuk dijaga oleh Mbah Ros (his babysitter). Semalam, mbah bagitau “Addin ni rajin berborak yer”… Oooo… memang…pantang saja dia terjaga, mesti dia akan ajak borak punya. Kita pun layan saja la. Bahasa Zizou ”Ooo.. Aaaa... Kukuku... Abe.... Angge...” (kalau rajin, ble view dalam video yang Lina embed dalam testimonial aku). Gembira la juga aku dan daddynya. Kalau mbah dia bole puji Zizou ni banyak berborak, maknanya masa Zizou tidaklah dihabiskan dengan tidur dan menangis semata-mata. Happy la Zizou sekarang yer.

Lately pula, semenjak aku baru masuk ofis seminggu ni, ramai yang cakap aku sudah semakin mengecil, malah lebih kecil daripada aku sebelum kahwin dulu. Bagus la macam tu. Mungkin berkat aku menyusukan Zizou. Jamu aku tidak makan sangat. Diet pun aku belum amalkan lagi pasal aku perlukan banyak tenaga untuk menyusukan Zizou. Cuma perut akus sahaja yang masih buruk (bulky and wobbly) pasal aku tidak pakai bengkung. Sakit pun mau pakai pasal kena bedah time bersalin tu. Sakit tu masih exist sampai sekarang. Hm...

Sekarang pun, dalam ofis, aku ada 2 orang lagi geng yang pam susu untuk baby. Dalam fridge, mesti ada macam-macam jenis botol susu dan chiller yang dibekukan. Aku pun boleh sempat nasihat kepada kawan sepejabat yang sekarang sedang mengandung anak pertama. Nasihat aku, banyakkan menimba ilmu mengasuh baby dari sekarang. Dan banyakkan juga ilmu mengenai menyusukan baby secara ekslusif at least hingga baby berumur 6 bulan.

Sesungguhnya, aku masih belum sanggup memberi Zizou susu formula. Dan aku harap rezeki Zizou untuk mendapat susu original akan berpanjangan dan dimudahkan Tuhan. Aku pun bersyukur pasal aku mendapat 110% sokongan daripada Edi. Oleh kerana time mula-mula dulu aku masih blur2 lagi pasal menjaga baby ni, ada juga kadang2 aku mengeluh kepada Edi konon aku mau give up breastfeeding. Tapi Edi juga yang berkeras mengatakan aku boleh teruskan (Malaysia Boleh!) dan dia tidak mahu Zizou dapat sakit kalau minum formula.

Kesimpulannya, menyusukan baby kita dengan susu ibu adalah pengalaman yang menyeronokkan. Aku semakin slim, Zizou semakin bijak. Walaupun Zizou tidak sihat, tapi tidak teruk sangat. Alhamdulillah.

Wednesday, March 14, 2007

Harapan ibu bapa


Sekali lagi Malaysia meriah dengan sambutan ‘siapa yang mendapat lebih banyak A dalam keputusan SPM’. Rata-rata media pun memburu anak melayu mana dapat 19A, pelajar termuda mana dapat 17A1, lepas tu ada pula anak beranak yang jadi conman besar kononnya dapat 24A1.

Kalau diingat balik time aku form 5 dulu, sebenarnya aku tidak takut untuk menghadapi SPM walaupun time tu aku bukannya cemerlang pun. Kalau exam di sekolah, memanjang la aku sahaja yang dapat pangkat 2 (more than 23 agregats – ingat ingat lupa). Lepas tu aku sahaja la yang selalu lemah dalam Add Math, sampai dapat single percent marks pun pernah.

Not saying that I’m proud… tapi entah la… boleh kata sampai sekarang pun aku still tidak heran. Yang kesian, parents aku. Dorang ni la yang berbuih every time nasihat aku supaya gigih belajar. Setiap kali ada perjumpaan guru dan ibu bapa, dorang juga yang dapat malu time guru umumkan keputusan anak sulung dorang ni. Aku pula, sengih macam kerang busuk saja. Lepas tu, aku bole selamba bagitau parents aku, mungkin aku tidak akan dapat single agregate, tapi aku yakin aku boleh masuk universiti.

Oleh kerana parents aku guru, lepas tu network bapa aku pula memang kuat dengan pegawai di jabatan pelajaran, a day before SPM results were announced, aku sudah dimaklumkan. Aku memang tahu untuk aku dapat single agregate kind of miracle thing if happens, but still, aku sedih juga. Hahaha… lepas habis sedih aku, aku pun terima saja hakikat, memang sesuai la aku dapat result SPM tu, pasal aku bukan study pun. 14 agregat, satu saja A1, yang lain-lain, A2 dan C3 sahaja berlambak. Nasib baik tiada subjek yang sekadar dapat lulus. Langsung aku tidak bangga. (Alhamdulillah, aku dapat masuk ke IPTA yang aku pilih first choice, berhasil grad, dapat kerja yang aku suka, dan InsyaAllah kalau ada rezeki, aku mau sambung study lagi).

Walaubagaimanapun, sekiranya kita cemerlang dalam SPM, insyallah kita akan dapat mengambil kursus yang kita idam-idamkan di peringkat lebih tinggi. Cuma aku rasa, situasi sekarang mungkin lebih sukar kerana
• Setiap tahun, lebih ramai yang lulus SPM dengan cemerlang, seolah-olah SPM tu senang sangat – kalau ramai, sudah jadi perkara biasa, common
• Apabila terlalu ramai yang ‘bijak’, kualiti tu semakin sukar untuk dikesan
• Saingan ke IPTA, atau ke kolej terkemuka, atau dapat biasiswa yang canggih manggih, semakin sengit
• Oleh kerana IPTS pun semakin berlambak sekarang, maka sesiapa yang dapat SPM sekadar cukup makan pun, sure boleh ambil sijil, diploma, degree
• Akhirnya, semua pun ada paper qualification, dan semua mencari kerja yang best2 • Tapi oleh kerana sebenarnya most of the graduates tu bukannya terer sangat pun, dorang tidak diterima bekerja, kerana tiada kualiti yang dicari untuk bekerja – real world situation
• Makin ramai la graduan menganggur

Jadi jangan heran kalau kita jumpa ramai anak muda yang belajar di IPT, tapi kita tengok dorang ni macam tiada tokoh pun. Lepas tu belajar setakat menghabiskan duit PTPTN or MAPA, dan setiap kali exam, pointer pun cukup makan sahaja.

Aku tidak cakap aku ni bagus sangat. Kalau aku ni bagus, sure aku tiada masa mau memblogging sekarang pasal aku terlampau la sibuk bekerja. (Eh..aku mengarang di rumah ni). Tapi pasal aku tidak bagus ni la, aku harap aku dapat membuka mata adik-adik kita yang masih kelabu mata di luar sana tu. Dorang tidak tahu, bila sudah tiba masa ibubapa tidak menanggung kita lagi, time tu RM10 pun akan terasa besarnya.

Sebagai ibu, aku memikirkan nasib anak aku bila dia semakin dewasa nanti. What should I do to make him a - clever, practical, think wisely - human being? Adakah nanti aku akan menjadi ibu yang mendesak? Mempunyai harapan terlalu besar untuk anak aku?

Aku harap aku juga akan menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak aku. Dan sekarang, apa yang aku lakukan, instead of sending him to a nursery, I just send him to be taken care of by a nanny/babysitter. Why? Sebab aku tidak mahu anak aku tension kerana diajar untuk berdikari terlalu awal. Aku mahu anak aku rileks dan banyak bermain. Aku mahu anak aku belajar dalam situasi yang menggembirakan – bukan dipaksa belajar. Dan aku tidak mau by the time dia sepatutnya ke sekolah, dia sudah boring - kes masuk sekolah sejak umur 2 bulan. (Ni short term goal, long term goal, aku sedang fikirkan yang terbaik).

Apa-apa pun aku percaya setiap anak itu adalah anugerah Tuhan yang membawa rezeki mereka masing-masing. Maka haruslah juga aku percaya, sekiranya mereka tidak cemerlang dalam akademik, mungkin mereka berbakat dalam bidang yang lain.

p/s: Memberi anak aku nama Zidane, bukankah berbau harapan supaya dia pandai main bola sepak? Hmm… setakat pandai sepak bola sikit-sikit pun aku akan jadi bangga, tak payah jadi wakil sekolah pun takpe..hehehehe…

Saturday, March 10, 2007

No need to change the father/surname

komen - rasanya memang patut macam ni pun. kenapa la mau tukar nama bapa kan? orang melayu di malaysia memang suka bagi nama arab untuk anak dorang. pada hemat aku, nama bahasa apa pun ok (selain dari bahasa arab) yang penting maknanya baik. bukankah Allah tu pun Maha Mengetahui.

as for my granny, she's mualaf. sebelum masuk islam namanya Lim Kui Chi and her father's name is Lim Ah Kai. lepas convert jadi Ramlah Akai. kelakar eh.. hehehe..

Perlis wajibkan mualaf kekal nama bapa tanpa ‘Abdullah’

Oleh: JOHARI SHAWAL

KANGAR 10 Mac - “Dilarang menukar nama kepada bin atau binti Abdullah. Mereka wajib mengekalkan nama bapa atau keturunan mereka.”

Itulah fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Perlis hari ini bagi orang bukan Islam yang memeluk agama Islam.

Ini bermakna pada masa akan datang, orang bukan Islam yang mahu memeluk agama Islam wajib mengekalkan nama bapa atau nama keturunannya pada dokumen pengenalan masing-masing apabila memeluk agama Islam.

Bagi saudara baru Islam pula yang telah mengubah nama kepada bin atau binti Abdullah, mereka hendaklah menukarkannya semula kepada nama asal bapa atau keturunan masing-masing.

Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang mengumumkan perkara itu berkata, fatwa tersebut dikeluarkan bagi menangani masalah orang bukan Islam yang sebelum ini sering merungut dinafikan hak untuk mengekalkan nama bapa atau keturunan mereka apabila memeluk agama Islam.

“Lazimnya apabila orang bukan Islam memeluk agama Islam, nama mereka dibinkan atau dibintikan dengan Abdullah.

‘‘Ini tidak boleh kerana mereka sebenarnya dinafikan sifat keadilan dan hak selain menjejaskan apa yang dipertahankan oleh Islam iaitu nasab (keturunan).

“Ini (menukar nama kepada bin Abdullah) sebenarnya adalah perkara pelik. Ia tidak pernah berlaku dalam sejarah Islam. Pada zaman nabi dulu pun, mereka yang memeluk agama Islam tidak mengubah nama bapa atau keturunan mereka. Tentulah ini ada kaitan dengan nasab.

“Dengan itu, Majlis Fatwa Negeri Perlis sebulat suara bersetuju dengan keputusan tidak membenarkan mereka mengubah nama bapa atau keturunan mereka apabila memeluk agama Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pejabatnya disini hari ini selepas mempengerusikan perbincangan khusus mengenai perkara itu bersama 13 ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis.

Mengulas lanjut, Mohd. Asri berkata, mengubah nama kepada bin atau binti Abdullah apabila seseorang bukan Islam itu memeluk agama Islam hanyalah tradisi, bukan budaya dan syariat serta tidak pula diwajibkan dalam Islam.

“Ia juga adalah bagi menghormati keturunan seseorang itu. Banyak hadis melarang kita menipu nama keturunan. Oleh itu Majlis Fatwa Negeri Perlis membuat keputusan mengubah nama seperti itu adalah dilarang dan dalam erti kata lain, ia adalah sesuatu yang haram,” katanya.

Beliau memberi contoh, jika seseorang itu bernama Sami anak lelaki Raju, apabila memeluk agama Islam dia hendaklah mengekalkan namanya kepada Sami bin Raju dan bukan Sami bin Abdullah.

“Satu lagi sebab lain ialah untuk menangani masalah salah sangka di kalangan orang bukan Islam. Dengan fatwa ini, kita dapatlah terangkan bahawa Islam adalah agama adil,” katanya.

Bagi yang telah memeluk Islam dan berbinkan atau berbintikan Abdullah, Mohd. Asri berkata, mereka mesti menukar semula nama asal bapa atau keturunan mereka jika tiada apa-apa halangan termasuk unsur-unsur perundangan seperti kad pengenalan.

Mohd. Asri bagaimanapun berkata, buat masa ini fatwa itu hanya berkuat kuasa di Perlis tetapi ia akan dibincangkan pada Majlis Agama Islam dan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk diputuskan.

“Kita akan buat satu kertas kerja untuk dibentangkan kepada Majlis Agama Islam yang dijangka bersidang pada 1 April ini di Selangor,” katanya.

Friday, March 9, 2007

First and second (LAST) day at the nursery

Kepada sesiapa yang berminat atau yang sedang buat business nursery ni, tolong la buat business tu dengan niat untuk menyenangkan hati ibu bapa yang bekerja. Buat la dengan ikhlas dan memang sayangkan kanak-kanak. Bukan niat untuk ambil untung saja.

Nursery ni bukan macam business kedai runcit – tidak perlu ada perasaan. Tapi perlu raise children. Not simply bagi mandi, tukar pampers berjadual, bagi susu lepas tu letak saja baby dengan harapan dia tidur all the way sampai petang.

Kepada yang sedang mencari nursery atau pengasuh untuk anak pula, trust your first instinct. Tidak perlu la berkira sangat pasal wang untuk kebaikan anak. Jangan la ’keringkan’ hati walaupun tahu anak dilayan dengan tidak sewajarnya.

P/S: Nursery yang aku ceritakan dalam post ini ialah adalah taska yang beroperasi di salah sebuah bangunan kerajaan di Parcel E, Presint 1, Putrajaya. 

First day, March 7th

Sepatutnya pada 5 Mac (Isnin) tapi aku kena bawa Zizou ke klinik untuk imunisasi. Dan biasa la pada baby, lepas kena injek selalunya demam. Besoknya pun masih demam lagi. So, aku pun kena ambil EL untuk jaga Zizou di rumah. Tidak sampai hati mau tinggalkan dia demam di nursery. Hari rabu baru la aku start kerja dan hantar Zizou ke nursery.

Pagi tu, aku singgah la kejap ke bilik tempat letak beg dan salin pakaian. Aku nampak ada baby ni dibaringkan atas bed sheet di atas lantai dan betul-betul sebelah baby tu seorang pengasuh ni sedang menyapu lantai. Urut dada saja la aku. Kita yang dewasa ni pun marah kalau ada orang menyapu time kita baring-baring. Inikan pula baby yang serba kurang imun. Ada asthma pula baby tu. MasyaAllah.

At lunch, aku pun visit Zizou. Guess what? Pengasuh tu sedang menyusukan Zizou dengan muka yang masam, Zizou pula macam baru lepas menangis teresak-esak. Aku suspek dorang ni biarkan anak aku menangis lama kebuluran. Lepas tu dorang boring pasal Zizou start being fussy. Siapa la tidak marah kalau lambat kena bagi makan. Sabar ja la.

Lepas tu, aku minta dorang serahkan Zizou pada aku supaya aku bole direct breastfeed. Bole pula owner nursery tu kata tidak payah, dia kata let Zizou finish the milk in the bottle, aku kata tidak apa – dalam hati aku cakap, suka hati aku la, susu dalam botol tu pun aku yg perah, I own it. Then dia bole question aku lagi dengan nada yang perasan bagus, kenapa aku tidak perah susu time lunch? Sekali lagi dalam hati aku cakap, sukahati aku la. Aku pun heran kenapa la dia busybody sangat mau tau jadual memerah susu aku ni. Tapi yang keluar dari mulut aku, ”Saya pam di ofis. Waktu lunch memang saya dedicate untuk direct breastfeeding”.

Lepas breastfeed, Zizou berak. So aku serahkan pd babysitter utk bersihkan Zizou (Sebab aku tidak tau mana mau salin pampers Zizou. Kalau aku tau sure aku buat sendiri). Rupanya dorang cebok pakai air sejuk saja. Meraung anak aku. Aku pun bertanya dengan sopan, ”Cuci berak dengan air sinki saja ke?”. Dengan nada kurang asam sorang pengasuh tu menjawab, ”Ye la..dah tu nak pakai air apa?”....sabar ja lagi aku ni...

Malam tu aku tidak lena tidur. Besok aku mesti bekalkan wet tissue (kes first time hantar baby pegi nursery). Dan aku akan bagi towel baru setiap hari untuk Zizou. (It is after I realized they didn’t put the used towel in the dirty laundry bag).

Second day, March 8th

First thing I did once I arrived there (time hantar Zizou), aku ambil towel Zizou yang dijemur bawah towel baby lain. Lembab towel tu. Langsung tidak boleh diterima. Selama ni aku mandikan Zizou mesti lap dengan new clean towel. (Aku beli sedozen towel sebelum Zizou lahir. Pasal aku tidak mau guna towel lebih dari sekali untuk lap badan Zizou lepas mandi.)

At office, ada colleague bagitau yang his 5 months baby patah tangan waktu di jaga di nursery tu. Dia kata bukan dia mau hasut aku, tapi pandai2 la aku pertimbangkan. Patut la tiada waiting list mau masuk nursery tu. Kalau taska lain, panjang lagi senarai menunggu. Time ni, ada 6 orang baby below 6 months old. 2 orang pengasuh.

Lunch time, aku melawat lagi. Zizou sedang tidur. Aku tunggu sampai dia terjaga sendiri. Lepas tu sesi menyusu dan bermain. Aku perasan, hari ni kurang sorang baby – sudah quit pasal mama dia bagitau anak dia menangis sampai hilang suara. Selama sejam aku di sana, nobody even bothered to monitor the babies. Ada baby menangis, aku dan mama lain yang datang melawat yang attend the babies. Sampai kami terpaksa panggil pengasuh2 yang sedang berlepak dan bergossip tu bagitau suruh dorang peduli baby2 tu sket.

Baby yang ada asthma tu pun ada menangis kebuluran. Sebelah baby tu ada botol susu yang dibiarkan di situ. Tunggu punya tunggu tiada juga pengasuh yang datang. The baby keep on crying walaupun kami sudah puas agah. Lepas tu mama sorang ni (not the baby’s mother) pun sumbat ja la botol tu ke mulut baby tu. Ternyata memang baby ni sudah kebulur gila. Kesian baby tu. Macamana la mau baik asthma tu. Sudah la minum susu formula saja. Tidak fresh pula tu. Hmmm….

Sebelah petang, kami fetch Zizou. Dia sedang nangis. So aku pun bercakap dengan manja kepada Zizou “Anak mummy nangis dah…”. Tiba-tiba pengasuh yang kurang asam ni (duduk dekat dengan Zizou but doing nothing to calm him) boleh jawab, “Memang dia nangis pun”… Masyaallah…sabar ja la aku…

Malam tu, aku pun discuss dengan Edi. Aku tidak mau terus ’mengeringkan’ hati aku lagi. That’s it. Terlampau banyak kelemahan yang aku find out di nursery kurang asam tu. Kalau mau dilistkan, mesti lebih dari 20 walaupun aku baru hantar Zizou selama 2 hari. Aku tidak mau sabar lagi.

Friday, March 9th

Hari ni aku EL. Zizou sudah menunjukkan tanda-tanda batuk dan hidung tersumbat. (Di nursery tu, dalam bilik Zizou, ada 3 orang baby yang tidak sihat). Aku mau cari nursery lain untuk Zizou. End up, kami pergi ke rumah pengasuh di blok sebelah. Keluarganya mesra dan aku yakin Zizou akan dijaga dengan baik oleh pengasuh ni.

Sekarang aku tenang. And next Monday, time aku collect harta Zizou di nursery tu nanti, aku mau basuh ownernya cukup-cukup (sebelum ni aku maniskan muka ja).

Wednesday, March 7, 2007

Taska oh Taska

Hari ni sudah start kerja setelah almost 3 months bercuti (2 months maternity leave, 1 month cuti menyusukan anak – unpaid leave). Oleh kerana mummy sudah start kerja, so Zizou pun kena start sekolah.

Kami hantar Zizou ke taska yang berdekatan dengan opis aku. (Taska yang which one – biar lah rahsia). The reason we send him there, supaya dekat dengan aku. Time lunch aku boleh turun susukan Zizou. Dan kalau ada apa-apa emergency yang berlaku, aku boleh lari ja terus turun bawah.

So, lunch tadi aku pun pegi la jenguk Zizou. Dengan mukanya yang putih kerana ditepek bedak, aku tengok dia sedang menyusu. So aku pun cakap la dengan cikgunya aku mau breastfeed direct sendiri. Zizou menyusu, tapi dalam keadaan yang merisaukan aku. Zizou sedang merajuk, baru lepas sesi menangis yang teresak-esak. Rasanya, aku pun jarang tengok Zizou dalam situation macam tu sepanjang aku menjaga dia di rumah.

Cikgu dia pun bagitau, yang anak aku ni baru bangun tidur, menangis mau menyusu. Aku redha ja la. Lepas tu aku pesan, kalau lepas mandikan Zizou, there is no need to tepek bedak di mukanya. Buat apa la pakaikan bedak di muka baby, kan ka macam habuk tu. Kulit baby pun memang licin pun.

Time aku menyusukan tu, Zizou berak. Lepas tu baru la aku nampak yang dorang ni basuh bontot Zizou pakai air sinki yang sejuk ja. Punya la main meraung si Zizou. Eeee… sabar ja la. Besok aku mesti bagi bekal wet tissue.

Sabar sambil mengurut dada saja la aku. Aku pun tidak boleh harap orang akan layan anak aku macam aku layan dia. Jangan dorang dera anak aku sudah. Harap-harap Zizou akan faham yang mummy dia kena hantar dia ke sekolah sebab mummy dia kerja.

Time macam ni la aku jeles dengan stay home mother. Bertuahnya dorang boleh jaga anak sendiri. Kalau la daddy Zizou cukup kaya untuk menyara kami (siap boleh bagi aku personal allowance lagi), mesti aku jadi suri rumah ja.

Mau hantar ke rumah nenek Zizou pun jauh sangat. Sabar la Zizou. Semoga Zizou jadi lebih matang, bijak dan sayang pada mummy dan daddy. Dan semoga tiada la orang yang sampai hati untuk membuat keburukan pada Zizou. Kalau ada tu, mummy doakan semoga dorang dapat balasan daripada Tuhan, kalau tidak di dunia pun biar di akhirat.

Tuesday, March 6, 2007

Sleeping with two men


Tiap-tiap malam aku tidur dengan 2 orang lelaki.. curang? Uii...jauh sekali. Tidak pernah lagi aku terfikir mau buat macam tu. Jauh-jauh palis.

2 of them – one is my husband, Edi. And the other one, not exactly a man, pasal dia masih baby boy – our son, Addin Zidane, or Zizou.

I enjoy co-sleeping with Zizou. Pasal senang mau breastfeed malam-malam. Time awal-awal tu, oleh kerana Edi takut tidur dengan baby, takut terhempap katanya, so kami pun belikan la baby cot for Zizou. Tapi oleh kerana aku penat mau mengalih Zizou ulang alik dari katil kami ke baby cotnya, so aku pun tekad, apa salahnya tidur sekali. Edi macam berat hati, tapi aku cakap, kalau dia rajin mau mengalihkan Zizou dari baby cotnya ke katil kami every time dia mau menyusu, aku ok ja. Aku menyusukan saja. Malas pula katanya.

Jadi sekarang, kami tidur bersama. Kalau Zizou terjaga kerana lapar, aku pun buat posisi menyusu cara baring. Kadang-kadang, aku pun tidak sedar kalau malam sebelum tu aku ada menyusukan Zizou ka tidak sebab most of the time, aku menyusukan Zizou dalam keadaan mamai. (Senang betul breastfeeding ni, tidak perlu bangun tengah malam bancuh susu. Kalau anak aku minum susu formula, aku suruh ja Edi yang buat..hehehe)

Kebaikannya, aku lebih banyak rehat. Zizou lebih rasa tenang pasal dia tau dia tidur dengan mummy dan daddynya. Dan Edi pun tidak perlu berjaga sebab Zizou tidak menangis kerana dia tidak perlu menunggu lama untuk disusukan. Tapi, rasa macam membazir pula bila baby cot tu tidak digunakan.

Yang penting, semua pun bahagia. He he..

Sunday, February 11, 2007

P. Ramlee

  • Sejak aku kecil lagi, me and my siblings, kami selalu menonton filem-filem P. Ramlee (kadang-kadang, boleh tonton 1 filem lebih daripada 5 kali – our dad record guna VCR)
  • Sampai sekarang, jokes dan perbualan aku dengan adik-adik aku mesti diselangi dengan skrip-skrip yang kami ambil dari filem-filem P. Ramlee cth seperti ”Oooh...pakcik baru tau...” – dialog Pendekar Mustar dalam Pendekar Bujang Lapok.
  • Tahap minat aku tu sampai kadang-kadang, kalau ada filem P. Ramlee di TV, walaupun dengar sahaja skrip atau lagu yang dinyanyikan, tanpa tengok tv, aku boleh teka movie apa yang ditayangkan…

Kesimpulan yang aku dapat, aku memang mengagumi bakat P. Ramlee.. walaupun beliau kurang hensem..tapi kerana bakat seni yang pelbagai yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya, aku rasa memang berpadanan title Tan Sri tu diberi kepada arwah (walaupun time tu arwah sudah meninggal dunia)...

Tapi, dalam kagum-kagum tu juga, aku kadang-kadang hairan kerana boleh dikatakan every artis veteran yang pernah bekerja dengan P. Ramlee mesti akan bagi kredit kepada bakat dan kepimpinan beliau semasa di Jalan Ampas. Aku rasa macam P. Ramlee ni kena over praised.

So, tadi pagi aku termenonton la rancangan Gemilang Filem Melayu di saluran Astro. Omar Rojik pernah quote ”Berikan barang yang baik kepada P. Ramlee, barang itu akan jadi lebih baik lagi”. Lepas tu, ada lagi segmen dimana Jins Shamsuddin dan Dato’ L. Krishnan pun puji P. Ramlee. Jadi, sekarang faham la aku kenapa mereka selalu memuji P. Ramlee. Bak peribahasa ”Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”.

Lepas tu, ada satu perkara lagi yang aku tidak faham. Ada seorang penyanyi veteran ni, dapat title Tan Sri. Aku rasa macam tidak pernah dengar saja lagu-lagunya zaman penyanyi ni muda-muda dahulu. Mungkin ada, tapi pernah keluarkah dalam filem-filem melayu? Popular ka beliau? Mungkin aku kurang tahu, jadi sampai sekarang la aku confuse apa jasa beliau sampai dapat title tu. Setandingkah dengan P. Ramlee? Wallahualam.

Friday, February 9, 2007

Websites for Mommies

Lepas bersalin ni, banyak betul perbelanjaan untuk newborn baby.. beli cradle la, beli buaian la..lepas ni mau beli stroller, car seat, baby sling… tapi tak kisah la… nama pun first baby..like my husband said, “Ni semua rezeki Zizou (me and my hubby call our baby Zizou – else call him Addin).. tak payah nak berkira sangat”…Insyallah, kalau Zizou sudah besar nanti, and all the things yang dibeli masih in good conidition, boleh diperturunkan kepada adik-adiknya….

Tapi mummy nya pun banyak belanja juga.. beli nursing set la (breastpump, bottle for milk storage), beli supplement for milk booster la, nursing top la... pelbagai! And lepas ni, I think I want to “invest” my money to do hair treatment (since mengandung sampai sekarang, punya la lama tidak pegi saloon pasal takut kalau chemical effect baby dalam perut)..kiranya, duit gaji tu habis juga la walau duduk rumah saja…

And I found these websites are very essential especially for modern career mom.. boleh la cari apa2 yang patut kalau susah mau pegi shopping sambil bawa baby ni…

http://www.thebabyloft.com

http://www.momslittleones.com

http://www.susuibu.com

http://www.fabulousmom.com

siapa2 ada websites yang helpful...khabar2kan lah yer....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...