google analytic

Nuffnang

Thursday, March 25, 2010

Thursday, March 18, 2010

monolog si pemalas

Minggu ini..
aku sungguh MAAAAAAAALLLLLLLLLLLLLAAAAAAAAAAAAAAAAAAASSSSSS tahap gaban...

aku rasa la...
sebab, aku kena menyiapkan assignment yang senang bangat tapi menjadi amatlah SUKAR sebab aku benci tahap gaban dengan orang yang aku kena deal bersama itu.

tambahan pula, aku rasa macam weak jaa.. tiap-tiap malam aku jadi zombie menjaga si Zara yang sedang tidak sihat - batuk dan selsema. Kesian betul tengok dia tidak lena tidur sebab batuk tidak pandai habis.

Jauh sekali dari merungut. This is what every mothers do. Worrying about their kids. Aku harap batuknya ni cepat sembuh atau transferkan sajalah batuk tu sama aku.. biar mummynya ja yang sakit.

tapi cuaca sekarang... panas sebelah siang, petang-petang hujan.

next week, kena pergi kursus PTK lagi. boringnya yang amat. aku belum sedia apa pun ni. rasa macam - takat dapat lulus pun jadi lah..

rasa amat demoralized.

aku sedang gila baca pasal melancong ke europe ja sekarang. aku harap at least by next year aku sudah sampai sana. I wish!

Tuesday, March 16, 2010

Hotel Comparison

Kalau anda mau cari hotel dan buat perbandingan harga dan star rating, boleh pergi site ni

WuTravel.com searches through 40+ hotel sites in the time that it takes you to search one.

aku suka bercuti – jadi aku rasa site ni memang best dan relevan.

Skim Cepat Kaya

Baru-baru ni, aku tertarik dengan promosi murahan yang ada di wall news feed facebook aku.. LOGIN FB DAPAT RM100... hmm... sudah terang lagi bersuluh, bagi aku, itu adalah SKIM CEPAT KAYA.. sebelum tu, adik aku ada cerita mengenai benda alah ni.. aku menentang sekeras-kerasnya kerana bagi aku – there’s no such thing as easy money.

Cari duit bukannya senang – mesti ada ilmu cari duit dengan cara betul – jika tidak betul, duit banyak pun tidak guna, hidup tidak berkat. Kalau senang dapat duit tu ataupun dengan kata lain ‘duit terpijak’, maka senanglah duit tu habis.

Senang saja mau cari contoh ‘duit terpijak’ ni –

Kes ramai student yang dapat pinjaman PTPTN tapi belum habis semester, pinjaman sudah habis gara-gara membeli pakaian branded atau henpon canggih mau mampus kalah tokey besar atau modify kereta yang dipinjamkan oleh parents, etc. (aku ada sedikit ciri-ciri macam ni dulu except duit PTPTN aku masih berbaki sehingga aku mula bekerja pun kerana aku masih sedar diri – anak sulung dari keluarga sederhana.. huhuhuh...) Bila start kena bayar PTPTN, baru la sedar langit tinggi rendah... hehehe...

Atau contoh lain juga – orang yang menang judi bergembira loka dengan menghabiskan duit judi kerana kononnya itu adalah wang haram so tidak boleh dibelanja untuk beli makanan – amat sia-sia dan rugi kerana dalam masa yang sama penjudi tersebut tidak sedar bahawa modalnya habis untuk berjudi sahaja. Tidak balik modal pun. Bagus duit judi tu beli kredit prepaid.

Tapi bila aku saja-saja surf di internet, macam ramai ja yang tidak sealiran fikiran dengan aku.

Ramai yang berkeras mengatakan yang SKIM CEPAT KAYA tu periuk nasi dorang... uhuh...

Samada orang yang terpengaruh adalah
  • Jahil dan berazam untuk kaya dengan cara yang cepat dan senang, atau
  • Jahil dan saja-saja mau tambah duit, merasakan duit tidak pernah cukup, atau
  • Orang tu sedar bahawa itu adalah SKIM CEPAT KAYA tapi rasa tidak bersalah serta berdosa dan berfikir “Aku peduli apa, aku punya pasal lah, aku punya downline”..

Pada pandangan aku yang tidaklah banyak ilmu dalam hal cari duit melalui Internet ni mahupun ilmu fiqah, aku tidak nampak mana unsur yang benar dalam program dorang ni kecuali
  • Orang mengharap duit dari downline – lagi ramai downline, lagi banyak untung
  • Downline saja yang bagi duit kepada upline, upline tidak bagi duit kepada downline
  • Konon ada produk, tapi produk macam tu – google saja pun boleh dapat free

Seingat aku lah, mengikut cara Baginda Rasullulah berniaga - kita kena jujur. Harga mesti sepadan dengan produk. Kalau produk tu baik, kita bagitau customer, harga ni tinggi pasal barang hari ni first class. Kalau produk tidak bagus hari tu pun, ada defect, tidak berapa fresh, etc... pun kena bgtau juga pada customer, maka harga mungkin akan kurang daripada hari biasa. Yang penting, jujur.

Kalau kita jujur - orang akan percaya pada kita. Kalau orang percaya, mesti akan ada return customer. Kalau kita tidak jujur, kena sumpah dengan customer - sampai bila mau kaya?

Mana-mana lah.. dalam masa yang sama, aku ‘terserempak dengan 2 link yang sealiran dengan aku’


Ini ialah Money Game di Facebook


Status Hukum Skim Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM 100

dorang ni lagi bijak dari aku.

Monday, March 15, 2010

Aku dan Internet

Aku suka buat study mengenai keputusan penting melalui Internet. Hidup aku banyak berkisar dengan Internet.

Sebutlah apa saja.

Apa yang wajib bagi aku – baca email, facebooking..

Lepas tu sekali sekala mungkin aku akan cari info lanjut contoh mengenai perkembangan anak-anak, breastfeeding, cloth diaper, beli beg, beli mainan anak, study PTK, naik pangkat, melancong, pelaburan, resipi masakan – apa saja lah..

And then aku selalu cari tempat guna google maps, baca online newspaper, download lagu yang aku suka, beli tiket kapal terbang, bayar bil – anything...

Ataupun aku akan saja-saja melayari internet tanpa arah tujuan – baca blog kawan-kawan, baca forum..

Kebaikannya – maklumat di hujung jari. Masa aku pun akan sentiasa terisi sebab aku selalunya berinternet guna henpon aku.

Keburukannya – aku sudah amat jarang membaca buku, majalah, dan bahan bacaan lain..

From time to time, aku akan masukkan entry dalam blog aku mengenai apa yang rasa beneficial thru journey aku dalam Internet.

Thursday, March 11, 2010

Happy Anniversary Dear Abang Edi!

Semalam, genap 4 tahun usia perkahwinan aku dan abang edi.

And this year, celebration itu adalah ala kadar sahaja.
How did we celebrate? (Celebrate awal sket..)

Aku dan Abang Edi dating berduaan tengok midnite cerita Alice and Wonderland di Cineleisure The Curve.
Kami tengok cerita ni midnite 5 Mac 2010. Hasrat di hati mau merasa tengok wayang di Premier Suite yang kunun canggih tu. (Hoho... seumur hidup belum pernah terfikir lagi mau tengok wayang guna tiket mahal daripada biasa ni, sebab anniversary punya pasal, jadi mau rasa something special la kunun kan). Time beli tiket tu, cerita Alice and Wonderland kena tayang pakai cinema biasa ja. Nevermind.. next time boleh try.
Untuk tujuan ini, kami terpaksa import Auntie Nurul untuk tolong tengokkan si Zizou dan Zara.




boleh la... aku bagi 4 out of 5 star.. mungkin kerana faktor mata saya penat guna 3D glasses.. suka bangat dengan Johnny Depp..


Kami sekeluarga + Auntie Nurul buat ERL trip Putrajaya – KL Sentral – Putrajaya.
Ini adalah untuk mengabulkan permintaan si Zizou yang tidak sudah-sudah bising mau merasa naik keretapi. Mula-mula abang edi bagi idea untuk naik LRT pegi KLCC, tapi aku tidak recommend pasal aku malas mau berebut seat dengan orang + crowded = Zizou dan Zara akan meragam.

Bagus naik ERL, sah-sah ble dapat seat. Tapi KL Sentral amat sesak la... lebih kurang macam stesen bas Pudu ja aku rasa. Aku pernah bersumpah (ohooo... macam serius ja bunyinya...) yang aku tidak akan ke Stesen Pudu lagi untuk naik bas pasal aku sudah bosan naik bas ekspress masa aku study di Kuantan dulu.
Tapi yang penting, Zizou enjoy. (Patutnya pegi jalan-jalan ke KLIA ja.. lagi syiok kot)..




budak kecik ini excited menunggu ERL


anak dara kesayangan


pics ehsan Auntie Nurul.. tengkiu..


Kesimpulannya, walaupun sebenarnya anniversary ini untuk meraikan ikatan cinta aku dan abang edi (chewah...), tapi perkahwinan kami adalah lebih bererti dan signifikan dengan kehadiran anak-anak. Therefore, we failed to reject that the celebration must also consider the happiness of Zizou and Zara..

Tuesday, February 23, 2010

Lagu nursery Addin Zidane

Ni adalah lagu mengenai rama-rama yang si Zizou belajar di nursery beliau dan beliau nyanyikan semula di rumah berserta dengan action sekali.

Lagu Rama-Rama

Dari ulat jadi kepompong

Dia tinggal dalam kelonsong

Bila tiba kepompong pecah.. pom pom! (terkejut aku bila si Zizou jerit part ni)

Jadilah rama-rama yang indah

Rama-rama terbang melata

Sungguh indah di alam maya anika warna (tidak sure la kalau betul part ni)

Hisap madu di pokok bunga

Tapi sayang hidup tak lama (apakah tragis hidup rama-rama yang singkat ini...)


Zizou call this thing "wame-wame" or "butterfly" (still can't get the 'r' right)


Aku sendiri-sendiri la figure out lirik lagu ni pasal si Zizou menyanyi dengan pelatnya yang tersendiri.

Tapi lagu ni amat seronot didengar. Dan amat comel bila anak aku yang 3 tahun itu menyanyikannya.

Lagu ni positif. Sekurang-kurangnya anak aku tau perjalanan hidup rama-rama melalui lagu ni.

Walaupun aku tau dia memang tidak kisah mengenai cerita sebenar lagu ni time umur dia sekarang.

Kursus itu...

After been away from office for almost 4 months... hari ni aku kembali semula bekerja!

Apa yg aku buat selama 4 bulan tu? Maternity leave 60 hari + 2 minggu cuti rehat + 6 minggu kursus QA di INTAN Kiara + 1 hari cuti untuk menguruskan hal-hal rencam yang tidak sesuai dibuat kalau aku sudah masuk ofis kerana akan mengganggu masa bekerja.. lama tu...

Sebenarnya, sudah berkira2 untuk menambah cuti seminggu lagi, alang-alang masuk ofis bulan Mac nanti.. tapi, macam malas la pula stay di rumah time musim panas membahang ni.. bagus buat kerja di ofis, aircond jalan, jimat cuti rehat...

Aku masih teringat2 time aku berkursus QA tu... seronotnya time tu... tiada masa untuk mengupdate blog... aku mo recap balik la... supaya aku tidak lupa kenangan kursus QA...

Week 1 (sudah di recap dalam entry sebelum ni)

98 orang peserta yang terdiri dari pelbagai latar belakang dipecahkan kepada 10 kumpulan. Aku dalam kumpulan 6. Kami namakan kumpulan kami as "Kumpulan Bulu Ayam". Tiada kena mengena dengan ayam yang hidup atau yang sudah disembelih, dilanggar kereta, dimatikan secara karen dan sebagainya.. kenapa Bulu Ayam? Kunun kami ni macam "Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua"... chewah...

Kumpulan kami ada 10 orang peserta. 5 lelaki dan 5 perempuan.

Start belajar basic Research Methodology. Belum start pening lagi.

Oleh kerana kami amat bersemangat, kumpulan kami duduk paling depan sekali dalam kelas. Hehehehehe...


Week 2

Sepanjang kursus QA ni, aku akan bangun jam 5 pagi... menguruskan bekalan express breastmilk untuk si Zara.. keluar rumah paling lewat by 7 am. Kena keluar awal atau aku akan menerima akibat jam 9 pagi pun mungkin tidak akan sampai INTAN Kiara. Selalunya, jam 7.30 sudah sampai. Breakfast dulu then baru masuk kelas. Kelas pun tingkat 4. Hari2 macam ni selama 6 minggu, memang jadi kurus la aku.

Sudah mula start pening. Lepas kelas ja, kami kena bagi case study untuk dibincangkan secara berkumpulan. Time berbincang tu la ternyata menambahkan pemahaman kami. Symptom la, problem la, intervening variable la, independent variable la.. lepas bincang... buat presentation... time ni kena bombard berabis oleh lecturer dan ahli kumpulan lain... there is no right or wrong answer. Terpulang kepada cara untuk defend idea kita.

Dalam minggu ni juga, turn aku untuk buat public speaking. Dengan bangganya aku cakap pasal faktor-faktor untuk menjayakan penyusuan secara ekslusif. Itupun setelah digalakkan oleh kawan-kawan aku. Ada yang mempersoalkan kewajaran topic aku tu. Well, i don't mind talking about it at all. Yang hadir kursus tu pun rata-ratanya adalah mak dan bapak orang. It's their bad if they cannot accept my speech. Malu tidak bertempat tu la yang menyebabkan ramai orang melayu ketinggalan dalam hal-hal natural parenting.


Week 3

Kepala otak semakin berasap. Aku sempat beli buku Uma Sekaran yang popular di kalangan bebudak QA. Walaupun aku sudah ada buku tu dengan cara meminjam dari library ofis, tapi rasa macam tidak puas pasal tidak dapat diconteng sesuka hati.

Ketokohan aku sebagai orang yang paling awal sampai ke dewan makan setiap kali lunch terserlah. Malas mau berbaris panjang-panjang. Terpaksa untuk jimat masa pasal mau cop plug point di surau untuk projek tenusu.

Minggu ni ada exam untuk modul Research Methodology. Setiap kumpulan kena bagi tugasan untuk buat report dan hantar kepada penyelaras program.

Exam hari Jumaat. Lepas exam, aku terus keluar hall dengan keletihan, kelaparan dan tanpa rasa bersalah. Aku hanya fikir mau makan. Memang drained out habis. Gila... lama sudah tidak jadi student.


Week 4

Minggu ni kami start belajar Statistic pula. Time sekolah dan di UM dulu pun ada belajar juga. Tapi seingat aku time dulu-dulu tu belajar Math Statistic ja. Sekarang ni aku belajar Applied Statistic. Kena selesaikan isu, buat inferring, conclusion dan cadangan. Macam time ni baru la paham apa guna rumus statistic tu semua.

Jadi, jumpa la istilah Central Limit Theorem, 95% confidence level, chi square dan sebagainya tu. Aku suka subjek ni tapi pening. Tambah pening bila tekan calculator tapi calculator tu memberikan jawapan salah pasal aku salah tekan.

Kumpulan kami yang selama ni duduk depan kena pindah ke belakang untuk bagi peluang kepada kumpulan yang sebelum ni duduk belakang ke depan. Jadi, nampakla ada beberapa peserta QA yang suka datang lambat. Huhuh... mana-mana la... bukan kecik lagi kan.. semua sudah dewasa... tapi yang harunya, aku punya la susah mau tengok white board. Rabun jauh kan..


Week 5

Ada exam statistic. Yang bestnya, exam ni open book.. hehehehehe... walau open book pun, tapi kalau bengong tu, besar macamana 'toyol' pun, sure tidak membantu. Meja aku habis penuh dengan nota sahaja time exam sampai mau cari kertas soalan pun tidak jumpa. Huhuhuhuhuhu... walaubagaimanapun, exam kali ni tidak lah menyesakkan kepala macam time exam RM mula-mula tu... time exam RM tu, aku keluar hall dengan muka sakit... exam statistic ni, aku keluar hall dengan muka gumbira.. hehehe...

Besoknya, terus start module SPSS..


Week 6

Minggu terakhir dan yang paling sedikit kelas pasal hari Isnin dan Selasa cuti Chinese New Year. Aku tidak outstation mana-mana pasal kebetulan mama dan bapa datang ke kl untuk berkursus dan mesyuarat. Tasha pun datang KL untuk tengok Zizou dan Zara. Jadi, cuti hujung minggu yang panjang dihabiskan dengan mengukur kaki lima shopping complex seperti Midvalley dan Alamanda. Mama aku mau pegi Sogo, tapi tutup la pula hari Ahad tu.

Aku terasa macam cepat ja masa berlalu kerana tidak lama lagi hari exam SPSS menjelang tiba which is fall on Friday. Abang edi tanya "Nape I tak nampak you baca buku pun?".. aku hanya menjawab dengan senyuman kerang busuk "Pasal exam open book"... hehehehe...

Hari jumaat tiba... exam lagi... dan kali ni exam 2 jam sahaja. Lepas exam, kami makan-makan dulu hasil kutipan RM15 dari semua peserta kursus. Lepas tu ambil gambar ramai-ramai.

Sedihnya.... sedih untuk meninggalkan INTAN Kiara, sedih untuk berpisah dengan kawan-kawan. Sedih untuk berpisah dengan lecturer iaitu Pn. Ho dan En. Faizal.


Kumpulan Bulu Ayam

Dianggotai oleh

  1. En. Norali aka Chief dilantik untuk mengetuai Kumpulan Bulu Ayam. Jauh dari Sabah bah... tiap-tiap weekend balik KK. Berkarih jua banar... dan setiap kali balik tu mesti menjamu kami semua makan kuih cincin.
  2. En. Awang aka Penolong Pengurus Besar JKR dari Kuantan. Orang yang paling ringan tulang. Rajin untuk mendokumentasikan semua hasil perbincangan tanpa rungutan. Memang tidak dapat dilupakan kes Cronbach Alpha aka Gelombang... Hehehehe.. sempat lagi kami kirim keropok lekor dan otak-otak sata dari si Awang ni..
  3. En. Taufik. Orangnya kelihatan matang dan serius tapi sebenarnya senang dibawa berbincang. Paling tidak dapat dilupakan ketika berkongsi literature review yang diberi nama "yang ni pun ok kot.pdf"
  4. En. Muhamad aka KADO dari Raub. Ni pun nampak macam diam-diam tapi pandai juga buat lawak.
  5. En. Mizal dari LPPKN. Membawa istilah 'caragaya keibubapaan'.
  6. Pn. Shahrinaz dari MBPJ. Baik hati kerana bagi token perpisahan. Aku juga la yang tidak bagi apa-apa.
  7. Pn. Elia dari BPP. Dia telah menaip 'skema' untuk modul SPSS. Hehehe..
  8. Pn. Suyati dari MAMPU. Orangnya kelakar tak hengat. Murah hati kerana bagi aku menumpang bilik dia untuk 'projek tenusu'.
  9. Last but not least, Pn. Juliana dari KWP. Duduk sebelah aku sepanjang kelas. Kami banyak bertukar fikiran dan idea ketika kelas. Selalu jadi cikgu mengajar anak murid.
  10. Dan aku – the youngest student in our group.

Kesimpulannya bersama semua ahli kumpulan ni, tiada masalah. Kepala senang ngam. Semua pun tiada masalah lambat datang what so ever. Senang mendapat kerjasama.

Saturday, February 6, 2010

Babai Kelisa Kuning!

Sempat tangkap gambar terakhir di depan kedai tempat kami ambil kereta baru.. sob sob!

Hari ni hari terakhir kami bersama Kelisa Kuning yang sudah lama berjasa.
Kereta tu aku beli tahun 2005, semata-mata kerana opis aku dipindahkan dari Jalan Ipoh ke Putrajaya.

Sebelum ada Kelisa, aku naik LRT ja dari Kelana Jaya (lokasi rumah sewa time bujang) ke Jalan Ipoh.
2 kali tukar train, Kelana Jaya ke Masjid Jamek naik Putra LRT, Masjid Jamek ke Jalan Ipoh naik STAR LRT.
Lepas diumumkan opis kena pindah, kena la cari mode of transportation yang lain.
Ada juga pihak opis sediakan bas dari Jalan Ipoh ke Putrajaya, tapi cam malas ja aku.
Mau naik train, gila mahal. Kena naik LRT dari Kelana Jaya ke KL Sentral. Dari KL Sentral ke Putrajaya kena naik ERL la pula. Dari ERL station di Putrajaya ke Opis, kena naik bas. Banyak cerita la. 

Akhirnya, buat keputusan untuk beli kereta sendiri.
Mula-mula sedikit berat. Sebab memikirkan installment, kos minyak, tol dan maintenance servis yang perlu ditanggung.
Tapi demi keselesaan, aku beli la juga.
Nasib sudah bekerja. Boleh la aku sediakan 3 bulan slip gaji untuk tujuan pinjaman sewa beli.
Tambahan pula, Abang Edi pun hanya ada skuter merah ja time tu.

Mula-mula time tiada kereta, aku call teksi dari Kelana Jaya ke Putrajaya. Petang naik train.
Ada la lebih kurang seminggu juga aku macam tu. Banyak betul belanja.

Lepas berkereta sendiri, lebih senang.
Tapi sebab aku tidak konfiden mau drive sendiri, minta tolong Abang Edi hantar ke Putrajaya.
Punya la Abang Edi tensyen, sebab jalan dari Kelana Jaya ke Putrajaya clear, tapi dari Putrajaya balik ke Kelana Jaya, jam yang amat... 2 minggu la juga Abang Edi jadi supir.
Setelah menjalani latihan memandu dengan Abang Edi (mau familiar dengan Kelisa baru) termasuklah kejadian aku menangis sebab kena marah tidak pandai paham-paham, aku nekad untuk drive sendiri.

Pengalaman pertama drive sendiri dari KJ ke Putrajaya, aku keluar seawal jam 6.30 pagi.
Lepas tu drive 40km/j. Hahahaha... itu sudah sehabis laju sudah aku buat tu.
Punya la penakut.
Lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Aku jadi terer sudah selok belok jalan KJ-Putrajaya-KJ tu (LDP Highway).

Lepas aku dan Abang Edi berumahtangga, Abang Edi la pula jadi driver Kelisa.
Tiap-tiap pagi, Abang Edi akan hantar aku ke opis. Petang pun Abang Edi yang ambil.
Tapi no hal, sebab rumah pun dekat.
Lepas kelahiran si Zizou, ada rezeki lebih, Abang Edi beli Avanza pula.
Then, aku jadi driver Kelisa balik.

Sekarang, lepas kelahiran Zara, ada rezeki lebih, kami tukar kereta lain.
Penat sudah aku mau bawa Kelisa.
Berwarna kuning, leather seat and steering, manual transmission. 
Kalau Kelisa tu guna gear auto, mungkin aku masih maintain sampai sekarang.

Well, adios my Yellow Kelisa!
Jasamu dikenang!
 

Saturday, January 30, 2010

Peralatan wajib ada untuk penyimpanan dan pemerahan susu

Selama aku berkursus di INTAN ni, aku ada jumpa beberapa ibu yang berprojek mengepam susu sama macam aku... setakat yang aku tau, ada 3 orang semuanya... 2 orang peserta kursus QA macam aku, yang sorang tu pulak adalah dari kursus lain.. tidak sia2 la dorang ni jadi educated... ada ilmu, dorang amalkan lagi... kan bagus tu...

Yang tukang bagi semangat dan bertukar-tukar cerita pun ramai.. oleh kerana aku just berprojek di surau time lunch break, jadi ramai la kaum wanita yang aku kenal dan bertanya2 mengenai projek aku ni... soalan yang kerap ditanya “Baby skg umur berapa?”, “Berapa ounce boleh dapat?”, “Pakai pam tajuk (brand) apa tu?”... lain-lain contoh cerita yang aku dapat “Akak pun dulu pam jugak”, “Anak aku nyusu lama tapi aku tak pam, time aku keje anak aku minum formula milk je”, “Nyusukan baby memang bagus”... dan macam2 lagi...

Dan aku pun pernah dapat komen macam ni – oleh kerana ramai jugak mak buyung aka ibu mengandung yang solat di surau, maka aku dapat soalan macam ni – “Nanti saya pun nak nyusukan anak la, macamana nak buat projek ni ye?”... and I love to get this kind of question.. maknanya usaha aku menyusukan Zara secara ekslusif sudah berjaya memikat hati ibu-ibu yang lain...

So, sebagai panduan, inilah peralatan yang ibu-ibu perlu ada untuk memastikan projek expressing breast milk while working WORKS! GAMBATENE!!!


PAM SUSU

Kurang wajib sebab untuk ibu-ibu yang tiada alat mengepam susu boleh menggunakan tangan sahaja untuk memerah. Itu adalah skill yang tidak semua boleh master termasuklah aku. Pam susu pun ada berapa jenis juga samada manual, menggunakan kuasa bateri dan elektrik. Kesesuaian jenis pam akan amat memberi kesan kepada motivasi ibu dan prestasi pengepaman susu. Kalau di opis/surau/atau mana2 tempat tiada plug point, maka memang sesuai guna yang jenis manual atau bateri.

Tetapi sebenarnya tidak rugi untuk membeli yang jenis elektrik walaupun lebih mahal daripada yang manual dan bateri. Aku ada semua jenis pam ni tapi aku paling suka guna elektrik kerana lebih mudah dan menjimatkan masa. Aku guna pam brand Spectra 3. Setakat ni amat memuaskan hati. Boleh digunakan untuk double pumping. Proses pengepaman yang senyap dan tidak mengganggu ketenteraman orang lain. Jadi kalau buat projek di surau pun tidaklah segan sangat.

Kalau aku sudah stop projek mengepam ni, insyallah aku akan wariskan kepada adik-adik aku. Dorang pun tidak payah beli lagi.


PETI AIS

Wajib ada untuk menyimpan susu yang dipam atau diperah (sama la jugak tu). Kalau tiada fridge, memang macam tidak guna-guna juga mengepam sebab jangka hayat susu ibu yang dipam adalah terhad pada suhu bilik. Jangka hayat susu ibu yang disimpan dalam fridge pun berbeza mengikut jenis peti ais tu sama ada 1 pintu atau 2 pintu atau deep freezer (freezer untuk simpan daging tu). Time zizou dulu aku ada fridge 1 pintu sahaja. Jadi aku selalu risau tentang stok susu yang terhad sebab saiz freezer yang kecil. Lepas tu tidak boleh simpan susu lama-lama kerana maksimum ialah 2 minggu sahaja jika disimpan di bahagian sejuk beku. Sekarang ni, aku guna peti ais 2 pintu. Puas hati sebab boleh simpan stok susu dengan banyak sehingga 3 bulan.


BEKAS UNTUK MENYIMPAN SUSU

Wajib ada. Boleh disimpan dalam botol susu (seelok-eloknya jenis BPA free). Dulu aku pernah guna disposable plastic liner untuk simpan susu sebab mau jimat ruang freezer. Namun begitu plastic liner adalah mahal dan kadang-kadang senang bocor. Aku juga dinasihatkan untuk guna bekas dadih sahaja sebab kununnya susu yang disimpan dalam plastic liner senang dicemari dengan bau-bau makanan lain dalam peti ais. Seelok-eloknya cuci dan steril dahulu bekas dadih sebelum digunakan. Lepas tu simpan dalam sukatan 2 atau 3 ounces sahaja. Guna bekas dadih ni senang sebab boleh disusun (stackable) jadi ruang freezer dapat dioptimizekan sepenuhnya. Kalau terlebih budget, bolehlah simpan dalam Tupperware kecil-kecil yang mahal tak hengat tu. Jangan lupa untuk label tarikh susu yang diperah.


BEG SIMPAN SUSU – COOLER BAG

Beg ini adalah jenis beg kedap untuk memastikan ice pack dan susu kekal sejuk (guna untuk simpanan makanan panas pun boleh). Boleh didapati di kedai yang jual coleman atau yang sewaktu dengannya (di Jusco, Giant, Tesco dan di mana-mana pun ada). Ada design beg yang stylo maka terpulanglah mengikut citarasa masing-masing. Aku just guna beg yang diberikan secara percuma time beli aiskrim Magnolia (untuk simpan susu Zara on the way ke nursery) dan beg free gift time beli Toyota Avanza. Aku ada juga cooler bag yang fancy yang digunakan time Zizou dulu tapi aku rasa kesan sejuk tu kurang tahan lama. Beg Toyota tu lapisan dalamnya tebal jadi techni ice sheet aku tahan lebih lama. Untuk kesan sejuk yang lagi lama (kot2 pegi outstation jauh-jauh), boleh la beli kotak sejuk warna putih atau bekas coleman yang orang bawa pergi memancing atau berniaga air tin.



CHILLER atau ICE PACK

Chiller atau reusable ice pack ni perlu ada untuk menyimpan susu dalam keadaan sejuk ketika berada di opis atau di luar kawasan. Kalau di opis ada peti ais, bolehlah simpan susu dalam peti ais dulu before masukkan dalam beg yang lengkap dengan ice pack/chiller untuk perjalanan balik ke rumah. Sebaik-baiknya, susu tu disimpan dalam peti ais bahagian chiller sahaja dan bukan sejuk beku supaya susu tidak mencair ketika dalam perjalanan. Susu yang telah disejuk beku once cair tidak boleh disejuk beku semula. Susu yang sejuk sahaja boleh diupgradekan menjadi sejuk beku.

Chiller dan ice pack ni boleh dibeli di kedai yang jual coleman atau yang sewaktu dengannya. Aku just guna techni ice sebab techni ice sheet ni ringan dan tahan lama. Insyallah susu akan kekal sejuk sehingga sampai rumah untuk dipindahkan ke dalam peti ais. Sekiranya anda kurang budget, bolehlah buat ice pack sendiri dengan memasukkan air ke dalam plastic makanan atau plastic aiskrim yang diikat dengan getah. Boleh guna berulang2. Kalau anda buat pakai air masak, bolehlah guna ais tu untuk buat sirap ais.



KESIMPULANNYA, tidak perlu gadget yang canggih manggih dan mahal pun. Kalau semua lengkap, insyaallah projek untuk exclusive breastfeeding sure berjaya.

Saturday, January 16, 2010

Journey to Master Study

After 60 days of maternity leave...

Ditambah dengan 2 weeks annual leave yang aku tambah..

Dan sekarang aku akan menjalani kursus Quantitative Analysis di INTAN Kiara untuk tujuan persediaan sebelum menyambung pelajaran dalam peringkat sarjana nanti... for 6 weeks...
Hohohohoh... lamanya la aku tidak masuk opis... mesti berkarat kemahiran bekerja aku ni nanti... tidak apa bah... tu nanti aku fikir...

Concern aku sekarang, setelah 7 tahun aku meninggalkan zaman study, adakah otak aku sudah berkarat untuk belajar? Ya la kan.. lepas grad, mana ada pantang2 lagi... bantai makan kepala ikan la.. seb baik aku tidak suka makan makanan masam... kursus QA ni wajib lulus... kalau tidak lulus, maka nda la dapat biasiswa HLP tu... sesia ja la aku pass interview last year... dan tidak la dapat aku buat master study...

Penyelaras program kursus ni bagitau... ada seramai 11000++ penjawat awam yang memohon HLP last year... tapi hanya 300++ sahaja yang berjaya ditawarkan (PHD dan master study)... huiyooo.... kami sudah dinasihatkan awal2... do not take this opportunity for granted... mesti lulus kursus QA...

WEEK 1

Aku lega kerana aku boleh mix around dengan peserta kursus yang lain... most of us adalah terdiri daripada mereka yang lahir tahun 70an... yang lahir tahun 80an, ada 3 orang ja kali termasuk aku... semua sekali ada 98 orang peserta...

Aku masih menyesuaikan keadaan... pagi2 buta keluar rumah supaya boleh cepat sampai ke INTAN Kiara, senang cari parking, jalan masih belum sesak tahap maksima... Zizou dan Zara dihantar oleh abang edi ke nursery...

My great concern before this course even started – di mana dan bila aku boleh melakukan projek express breastmilk aku? Alhamdulillah... walaupun jadual kursus yang amat ketat, aku dapat juga pam time lepas lunch... pam di surau... lepas tu aku simpan EBM dalam cooler bag aku sudah simpan dengan techni ice dan ice pack yang sebanyak mungkin... supaya EBM boleh kekal sejuk dari tengahari hingga time aku balik rumah... tapi sekali tu ja la... after 4 days berkursus, aku perasan 'schedule aku yang satu tu' ada a little bit upset... redha ja la.... yang penting, rezeki Zara untuk minum susu natural masih ada...

Semua yang pergi surau ketika aku menjalankan projek tu, memberikan motivasi dan feedback yang amat baik sekali... sampai dorang suruh aku buat topic pasal breastfeeding time turn aku buat public speaking nanti... huhuhuhuhuh.... lepas tu, aku ingat aku sorang ja yang sibuk2 pasal projek ni... Rupa2nya, setakat yang aku tahu, ada 3 peserta lagi yang menjalankan aktiviti mengepam ni dengan menumpang port di office member PTD dorang... sampai dorang selalu skip lunch... kesian... gigih betul ibu-ibu ni...

Overall, for week 1 – i’m doing fine... masih konfiden... tapi kami pun masih di level introduction lagi... huhuhuh... aku harap aku, group member dan semua peserta sesi QA kali ni akan score dengan jayanya...

Apa yang jelas... setiap kali aku sampai rumah di sebelah petang, jemput anak dari nursery, menyusukan Zara, projek pam lagi... layan Zizou lagi... aku akan pengsan ketika jam menunjukkan 9 malam... exhausted yang amat... bila masa aku mau ulangkaji? Huhuhuhuh... time ni la.. sapa suruh memblogging... hehehe....

Dan aku ada terasa mau beli netbook comel yang baru... notebook sedia ada amat la berat... sudahlah mau pegi kelas kena naik tangga sampai tingkat 4... keding la aku ni nanti... well, just wait and see...

Sunday, January 3, 2010

Baby Talk

SITUASI 1

Zara sedang merengek.

Zizou = Adik baby, nangan (jangan) nangis .. tak baik nangis.. tak ensyem..

SITUASI 2

Zizou sudah mengantuk.

Zizou = Mummy, adik baby nak tido dengan addin..
Mummy = Ye ke adik baby nak tido? Mummy tengok adik baby ni macam cergas ja...
Zizou = Adik baby nak tido. Jom mummy, tido. (Sambil menarik tangan aku masuk bilik).

Sebenarnya, Zizou yang mau tidur. Tapi mau tidur mesti mau ada member. Jadi Zizou jual nama adik baby.

SITUASI 3

Zara sedang berbaring.

Zizou = Addin nak tido dengan adik baby. (Sambil berbaring di sebelah adik baby).

Tangan Zara bergerak dengan rawak dan terkena Zizou.

Zizou = Adik baby nangan pukul abang Addin. Tak baik pukul-pukul.


SITUASI 4

Mummy dan Daddy sedang bersiap-siap untuk pegi outing. Zizou dan Zara sudah bersedia.

Zizou = Adik baby Tatomen (Ultraman) Gamo. Addin Tatomen Gaia.
Daddy = Daddy Ultraman apa?
Zizou = Takde. Adik baby dan Addin je. (Sambil bercakap kepada Zara) Tatomen Gamo, kita pegi jalan ye.


SITUASI 5

Zara terkentut.

Zizou = Ha... adik baby kentut.
Mummy = Adik baby kentut kan?
Zizou = Haah. Addin pun kentut. Mummy pun kentut. Daddy pun kentut.
Mummy = Huh?

Tuesday, December 8, 2009

December yang busy


2 hb - besday mama


3 hb - besday Zizou


5 hb - wedding anniversary mama n bapa


12 hb - wedding anniversary si tasha


14 hb - besday adik ipar @ husband si tasha


well wishes


happy birthday and happy anniversary...


Update terkini - My Postpartum

hari ni Zara sudah berumur 1 bulan, 1 minggu dan 6 hari..

senang cakap, aku sudah limpas 44 hari berpantang.. lepas ni mau tunggu lagi 60 hari, 100 hari...

tapi sebenarnya, aku sudah bukan lagi macam orang yang berpantang... for the first few weeks pun, oleh kerana aku tidak tahan berkain batik, maka aku pakai seluar track.. lepas tu, start pakai short pants... huhuu... mama aku bising... tp aku buat bunguk ja...

skarang ni, aku hanya berpantang minum ais, minum air berkarbonat - sebenarnya, aku ada curi2 minum sikit, makan seafood seperti udang, sotong, ketam - ini kalau tidak berpantang pun aku akan ada gatal2 sikit, jadi aku tidak mau take the risk, so, langsung tidak sentuh... aku masih mandi dengan air suam.. pa lagi? aku pun masih mengelak untuk makan sayur2an kategori sejuk...

last 2 days, aku pegi berurut - my first (and maybe the only) urut session in my post partum period.. alhamdulillah, tukang urut tu cakap aku tidak banyak angin dalam badan... (kecuali angin kentut yang keluar bila bahagian bawah perut aku diurut...huhuhuh).. urat2 semua sudah set...

muka dan abdomen aku sudah semakin mengecut (kecuali di bahagian perut yang masih menggelebeh.. yg itu jgn dipersoalkan lagi...).. bahagian pinggul dan paha juga masih lagi besar... huhuhuhuh.... risau jugak.. macamana mau turun ni... setiap kali makan ja aku hantam 2 pinggan (kadang-kadang lebih daripada tu)... nda pa la.. aku kan menyusu si adik baby.. yg penting, moderation... berat badan aku skg 45 kg.. sama macam time aku mula2 mengandungkan si adik baby.. ok la tu...

adik baby aka puteri intan berlian beta? or shud i call her Zara? (I am so used of calling her adik baby sejak dia dalam perut lagi.. pasal time tu belum decide nama.. hehehe)..

she's doing well except for her blocked nose yg ada sikit2... minum susu banyak.. berak pun kerap... dan badannya semakin kuat.. sudah boleh tendang-tendang mummy... berat? last 2 minggu timbang cukup 4kg.. skrang pun adik baby sudah pandai senyum terkidum2 kalau diagah... comel sangat.. tapi kalau adik baby meragam dan menangis, terus aku nampak adik baby tidak comel.... hahahaha... (ntah apa2 la mummy ni)...

addin zidane @ zizou aka prince charming beta? ohoo.... dia amat gembira di sini... ramai betul yang melayan... ada auntie tasha, auntie nurul, uncle aqil, auntie lina dan tidak dilupakan nenek n atuk.. hari2 dorang melayan zizou - ajak pegi kedai, pusing2 kampung, kasi mandi, tengok video ultraman, belikan toys (bakul toys di rumah ni sudah melimpah.. sedangkan baru 6 minggu stay di kampung ni)... mmg si zizou ni spoilt sudah.... langsung tidak ingat mau pegi sekolah... naya la nanti ni kalau balik kl...

zizou is 3 years old now... celebration kecil2an ja... atuk n nenek belikan zizou kek ultraman... hadiah zizou yang paling mega? Daddy balik Labuan pada hari birthday zizou (walaupun hanya untuk 4 hari...huhuhu.. cukup la untuk lepaskan rindu)... sekarang daddy sudah balik KL.. 2 minggu lagi daddy akan turun labuan untuk bawa kami semua balik ke KL semula...

zizou dan adik zara? kedua2 orang ini menyayangi satu sama lain :)
nanti ada masa aku elaborate...

so long... ada masa blogging lagi....

Saturday, November 21, 2009

Welcome to the new member of the family! (Part III)

on the day she was born

a week old


2 weeks old

4 weeks old 

Welcome to the new member of the family! (Part II)

Full Paying Patient Scheme

Doctor yang attend aku tu doctor lelaki… lelaki ka perempuan ka, pedulik la…time sedang sakit ni… pigi government hospital ni mana bole mau pilih2 doktor… unless kalau aku opt for full paying patient scheme.. doctor cek bukaan aku sudah 4 cm… doktor masukkan ubat lepas tu suruh aku berak... then doctor pecahkan ketuban…

By the way, di Hospital Putrajaya dan Hospital Selayang.. ada skim untuk pesakit bayar penuh which dorang boleh pilih doctor pakar mana yang dorang suka… deposit untuk FPP ni kena RM300 or RM600 nda silap.. kalau wad penuh, mmg aku akan ambil skim ni. tapi kalau boleh beranak dengan kadar yang lebih murah… apa salahnya kan.. sama ja pun sakit beranaknya…

Second stage of labour

Sementara mau menunggu aku fully dilated ni, nurse2 yang attend aku cakap aku ni macam bersalin anak pertama la pasal aku mau try normal… jalan belum ada… dulu kan time zizou aku kena potong… kununnya mau tunggu 10cm tu lama la lagi… 1 jam untuk 1 cm… sambil menunggu 10 cm tu, aku dimasukkan air pasal aku sudah dehydrated..

abang edi dibenarkan untuk masuk menjenguk.. sambil tu, abang edi bgtau yang dia mau pulang rumah kejap untuk ambil bapa.. si nurul yang jaga zizou di rumah… time tu jam menunjukkan jam 3.50 pagi camtu…

Nda sampai 6 jam mau tunggu (remember 1 hour for 1 cm dilation?), aku sudah ada rasa mau meneran yang amat kuat… aku pun heran kenapa macam cepat sangat… time menahan sakit tu, aku hanya mampu ingat Tuhan untuk ampunkan semua dosa-dosa aku sambil tangan aku mengurut2 belakang dan pinggul… balik2 la aku menyedut gas ethonox tapi macam nda guna2 ja… high ja la yang lebih… aku sampai jadi malas mau sedut gas tu.. pasal aku takut aku akan hilang focus time meneran nanti…

Aku ni pun panggil nurse dan bgtau aku sudah ada rasa macam mau meneran… (macam ni pula rasanya.. dulu time zizou, aku sudah bukak 7 cm pun tiada rasa mau meneran sampai si zizou tension2 dalam perut… nda pasal2 aku kena bedah pasal denyutan jantung zizou makin lemah)…

Nurse2 ni pun mula la menyiapkan kelengkapan bersalin dan panggil doctor… sekarang ni ada 2 doktor attend aku.. sorang doctor lelaki tadi.. sorang lagi doctor perempuan… yang aku pula risau mana la laki aku pigi ni… time ni jam sudah menunjukkan jam 4.10 pagi… abang edi pun baru sampai dengan memakai baju shirt long sleeve (baju kerja actually – kes tidak sempat cari sweater.. kesiannya laki aku… selekeh ja masuk labour room… hehehe)…

Aku menghadapi masalah tidak pandai meneran… balik2 la doctor ni mengajar aku cara meneran.. yang nurse2 pula main ramai dalam labour room tu bagi sorakan semangat sama aku untuk meneran dengan betul… tapi aku rasa, walau ramai2 pun nurse di situ… kehadiran dorang tidak dapat menyamai dengan kehadiran abang edi yang paling aku cintai… huhuhuhuh… abang edi pula kesian tengok aku tidak pandai meneran sampai boleh tanya “ayang nak Caesar ke?”.. cheh… aku ni punya la main semangat mau bersalin normal… ble tanya aku mau kena bedah ka tidak pula…

Sampai at this one time.. doctor tu suruh aku last try… dia kata kesian baby dalam perut… kepala sudah mau keluar tapi termasuk balik pasal nafas aku tidak panjang… takkan nak kena vakum… dalam hati aku, mau ja suruh doctor tu vakum… penat sudah aku ni… penat, berpeluh, haus… semua ada…

Aku pun boring sudah balik2 meneran nda pandai pula baby ni mau keluar…. Kali ni aku nekad… contraction yang last ni aku mau lepaskan nafas panjang2…. Yang bestnya, doctor dan nurse2 tu boleh bagi sorak semangat “ya.. sikit lagi puan… dah nampak dah kepala baby ni… sikit lagi… curi nafas puan… teran lagi”… abang edi pun bagi semangat “sikit lagi ayang….”.. at last… keluar la baby Zara… tepat pada jam 4.49 pagi… dengan berat 3.06kg…

Nda habis2 aku ucapkan Alhamdulillah dan ucap terima kasih kepada doktor2 dan nurse2 yang tolong aku bersalin tu… aku bersyukur kerana akhirnya aku dapat BERSALIN NORMAL… trial of scar aku berjaya!... aku puas hati sebab akhirnya aku dapat bagi pengalaman kepada abang edi untuk melihat aku bersalin normal… sebab kalau bersalin caesar, di Hospital Putrajaya tidak bagi suami masuk dalam operation theatre.

Lepas tu tiba la saat2 yang paling menggerunkan aku untuk bersalin normal ni – dijahit!!!.

Dijahit

Just before si baby Zara ni mau keluar, aku perasan yang doctor perempuan tu kasi episiotomy.. tetapi mmg tidak terasa sakit pun…

Sakitnya ialah bila dorang mau jahit balik episiotomy tu lepas dorang keluarkan uri aku… malang untuk aku, proses menjahit episiotomy aku agak lama pasal mengikut doctor luka aku agak dalam… ni pasal trauma baby aku yang termasuk balik sebab aku tidak pandai meneran… lepas tu, doctor tu bagitau dorang susah mau cari darah beku aku… kadang2 aku rasa sakit.. jadi doctor suruh aku sedut gas ethonox… aku sudah disuntik ubat tahan sakit dan ubat tidur… tapi aku pun heran kenapa aku tidak mengantuk lagi ni…

Zzzzzzzzzzzzzz…. (bila pula aku ble terlelap ni?)

Sedar2 ja aku.. rupanya doctor sudah habis jahit… tapi aku masih mamai2… nurse suruh aku breastfeed baby… tapi oleh kerana aku masih di bawah pengaruh ubat tidur.. nurse ambil balik baby Zara pasal dorang takut aku terlepas baby Zara…

nurse suruh aku bangun untuk pindah ke wad… tapi doctor masih belum yakin dengan aku.. dorang ingat aku tumpah darah… dorang bagi aku minum milo dan makan biskut untuk ganti balik tenaga.. and again, aku tidak rasa lapar pun… malang pula bagi aku, aku muntah dengan banyak.. doctor cakap tu kesan aku sedut gas ethonox banyak sangat…

so, doctor pun tidak benarkan dorang pindahkan aku ke wad… sepanjang masa aku ‘tidur’ tu… nurse2 dan doctor ni ajak aku bersembang just to make sure aku sedar dan aware dengan keadaan aku time tu.. semua soalan dorang aku jawab dengan betul.. tapi aku betul2 mengantuk… huhuhuh…

jam 10 lebih baru aku awake betul2… nurse2 ni bgtau yang dorang risau betul dengan keadaan aku.. dorang takut aku tumpah darah… jam 11 pagi baru aku pindah ke wad…. Lamanya aku tidur di labour room tu… nasib baik la tiada ramai orang yang mau beranak time tu… huhuhuhuh… kesiannya anak aku… huhuhuhuh lagi…


Caesarean vs Normal

Dua-dua aku pernah experienced…

Time aku dimaklumkan oleh doctor yang aku kena melalui pembedahan caesarean untuk melahirkan zizou, aku rasa amat kecewa dengan diri aku… seriously, pasal aku tidak terfikir untuk dibedah… aku ingat aku akan bersalin secara normal… tapi aku sedar yang aku mesti dibedah, untuk menyelamatkan Zizou..

Experience kena epidural? Best… kerana kesakitan aku yang mengalami contraction setelah 4 jam (7 cm dilated) akhirnya hilang begitu saja….

Kena bedah? Dalam masa 5 minit, si zizou selamat keluar…

Healing period? Ok juga la.. dalam first week ja, aku sudah boleh round2 rumah.. tapi untuk bangun duduk dari keadaan berbaring amat menyakitkan… mau cari position breastfeed yang selesa pun agak susah.. mau batuk, bersin dan ketawa pun susah…

Untuk second time around, aku tekad mau beranak normal.. aku ajak abang edi untuk ambil kelas ante natal sebab aku mau belajar cara bernafas yang betul ketika labour… teori aku, sebab aku tidak pandai bernafas dengan betul – aku tidak relaks – oksigen tidak cukup untuk zizou dalam perut – zizou pun jadi tension – fetal distress – aku kena Caesar… mula2 abang edi kata ok.. tapi lepas tu dia jadi malas pula… pasal dia boring untuk bangun awal pagi di hari sabtu utk pergi kelas antenatal… benci aku…

Pada minggu ke 36 aku hamil si baby Zara, doctor pakar di Hospital Putrajaya bgtau yang aku boleh try bersalin normal as long as baby aku tidak besar iaitu kurang dari 3.5 kg.

Pada hari kejadian, aku amat berharap aku boleh bersalin normal… dan aku sedaya upaya menrelakskan diri aku ketika contraction menjelma… aku amat berharap impian abang edi untuk melihat aku bersalin normal termakbul..

But the thing is, aku tidak pandai meneran…. Nasib baik aku dapat teran juga dengan panduan doctor…

Kesannya, episiotomy aku memang teruk… time abang edi sampai ja lawat aku di wad, aku cakap dengan abang edi yang I’m done with two children only… lepas ni tutup kedai… huhuhuh…

dan aku sempat marah abang edi pasal dia tamau temankan aku ke kelas antenatal… kalau tidak, mesti aku pandai meneran… jadi tidak la luka aku dalam sangat… abang edi cakap “benda dah jadi.. you pun dah selamat”… cheh… bukan bontot dia yang senget benget kalau nak duduk… bukan dia yang seriau kalau nak berak…

Hasilnya, aku puas hati dapat bersalin normal… tapi, aku rasa macam tertipu pasal tiada siapa pun cakap dalam first few weeks lepas labour bahawa ibu-ibu yang bersalin normal ni akan rasa sakit ketika jahitan episiotomy tu mau healing… tensyennya aku…

Nasib baik… dalam masa 3 minggu, jahitan luka aku sudah boleh kata sembuh…


Hospital Putrajaya


Ini adalah kali kedua aku bersalin di Hospital Putrajaya.

Kenapa aku pilih Hospital Putrajaya?

First time tu pasal aku ikut nasihat bos aku. Dia cakap as a first time mom, I never know what would I get. Jadi, kalau ada masalah, sekurang-kurangnya, I was in a good hand. Kalau aku pegi private dan ada problem yang berlaku, mesti aku kena refer pegi hospital kerajaan jugak.

Hasilnya, aku kena bedah. Dan bilnya? Bayar RM18 saja… huhuhuhuh….

Lepas aku tau aku mengandung baby Zara, aku bgtau abang edi yang aku mau merasa bersalin di private. Sebab kali ni kalau aku bersalin normal, aku ble ask for epidural… huhuhuhu…. Tapi risau jugak, kemungkinan untuk aku dibedah tu sentiasa ada. Nda kan la aku mau membayar mahal-mahal sampai RM6000 untuk beranak ja? Bagus duit tu aku buat beli pakaian ka, makanan… beli emas ka… lagi berbaloi… simpan dalam akaun si Zara ka…

Tapi lepas aku buat some reading, aku rasa it’s better untuk aku pegi hospital kerajaan sekali lagi. Ni pasal aku kena melalui trial of scar. Aku tau yang doctor akan monitor proses bersalin aku pasal dorang tidak akan mau parut pembedahan aku dulu terbuka.

Bil bersalin kali ni? Free of charge… huhuhuhuh…

Bagi aku bersalin di mana2 pun sama. Sama ja sakitnya. Cuma layanan yang diperolehi tu ja lain


Kesimpulannya?

Alhamdulillah, permintaan aku kepada Allah untuk selamatkan dan mudahkan proses bersalin aku dikabulkan. Start sakit pada jam 1.30 pagi dan melahirkan Zara pada 4.49 pagi.. aku rasa aku bersalin agak mudah.

Kalau dulu time bersalin zizou, aku rasa time contraction tu adalah sakit yang paling gila-gila sekali.. tapi kali ni, kerana sudah ada pengalaman… aku lebih tenang.. jadi sakit tu bearable… tidak perlu epidural… hehehe…

Sekarang aku rasa complete - mengandung, bersalin normal, bersalin secara pembedahan, ada sepasang anak lelaki dan perempuan dan seorang suami yang dicintai...

Alhamdulillah...

Welcome to the new member of the family! (Part I)

Lamanya aku nda update blog aku ni… kalau rumah orang, mesti bersawang-sawang suda ni…

Macamana la aku ada masa mau update blog ni… dengan kehadiran ‘orang baru’ (adik baby).. dan ‘orang lama’ (Zizou) yang langsung tidak bagi aku time untuk bersenang-senang ketika adik baby tidur.. kalau time dua2 tidur, aku pun mau tidur juga… kalau aku mau berjaga, notebook pula tiada… bila sudah ada, line pula lembab macam siput babi..

Anyway, aku mau mengucapkan.. welcome to the new member of the family… Nur Zara aka adik baby!! Sebelum aku terlupa, bagus aku letak entry tentang saat-saat kelahiran adik baby ni…

22 Oktober 2009
  • Sudah masuk 38 minggu dan 3 hari aku mengandungkan si adik baby. Macam nda sabar pun ya jugak pasal dulu time mengandungkan si Zizou, 38 minggu 1 hari aku sudah bersalin..
  • Abang edi suruh aku minta cuti bersalin awal (rujuk pekeliling perkhidmatan bil 5 tahun 2009). Aku pun memang setuju sangat2 as aku pun sudah mulai malas mau mengusung perut ni pegi opis… Alhamdulillah, bos aku sudah bg green light…
  • It’s time for me to prepare my handover note… kesian aku sama orang yang akan ambil alih tugas aku… bukan senang2 punya kerja  lama ni aku mau cuti… yiehaaa…

23 Oktober 2009
  • Awal pagi sebelum gerak ke opis, aku agak mengada2… aku minta abang edi hantar aku ke opis pasal aku malas mau drive… tapi kemalasan abang edi lebih teruk daripada tahap mengada2 aku, dia bertegas malas mau hantar aku ke opis…
  • - Aku protes… kunun aku malas mau drive kereta kelisa limited edition manual aku… instead, aku mau pakai kereta avanza automatic abang edi.. dengan harapan, abang edi akan mengalah untuk hantar aku ke opis… pasal selalunya, jgn harap la abang edi mau bg aku pinjam avanza nya tu.. kununnya pasal aku kurang inci… ceh… Protes aku tidak menjadi.. abang edi suruh pakai avanza dia.. dia lagi sanggup drive kelisa aku tu.. kurang asam…
  • Si zizou pun mengada2 juga… menangis2 tidak mau sekolah.. aku terpaksa umpan dia kunun mau bawa dia pigi opis… aku bawa zizou round2 taman dulu… lepas tu hantar juga ke sekolah.. punya la dia meraung… huhuhuh…
  • Aku perasan hari ni perut aku macam sudah turun.. berjalan pun agak ringan dan tidak mengah lagi…. Maknanya, adik baby tidak lama lagi akan keluar!
  • Petang, nurul balik rumah atas permintaan aku supaya dia boleh tolong layan zizou bermain2 or tolong jaga zizou in case aku terberanak… lagipun, aku sudah booking tiket untuk tengok midnite show Papadom tengah malam di Alamanda.. abang edi memang wajib mau tengok semua cerita Afdlin Shauki di cinema…
  • Tengah malam, aku dan abang edi head to Alamanda… full house juga… semua orang suka… aku ja boring2 tengok cerita ni… pada aku, ok ok ja la cerita ni… tidak mencapai tahap untuk menggeletekkan hati aku lagi ni… siok lagi cerita Baik Punya Cilok… tambahan lagi, bladder aku yang selalu full ni buat aku tidak selesa.. duduk pula tengah2 dunia…selalu tgk movie, request for aisle seat.. tp ni pasal lambat dating, terkena la duduk tengah2… tensyennya…
  • Sampai rumah ja, si zizou menyambut aku balik… rupanya, menurut kata nurul, anak bertuah ku ni bangun at 1 pagi mencari mummynya… kesian….

24 Oktober 2009
  • Kami pegi fetch bapa di airport KLIA.. bapa ada seminar di IAB Genting… lunch makan di Food Court Alamanda..
  • Sampai di rumah, aku, zizou dan abang edi tidur petang dulu.. bapa pegi KL.. nurul pula ke shah alam drive kereta aku…
  • Lepas tidur petang, abang edi beli pisang goreng dan air kelapa muda yang aku pesan.. lepas tu kami bawa zizou bermain di playground dekat rumah kami…bahagianya bila tengok zizou bermain2 walaupun sorang2.. huhhu…
  • Untuk dinner aku masak Taiwanese cabbage with oyster sauce.. bapa pula masak asam pedas ikan belais... berselera sungguh kami makan malam…
  • Lepas dinner… aku buat kerja-kerja laundry.. basuh kain, sidai kain dalam rumah, lipat kain – sambil tengok movie Catch Me If You Can di TV2..mmg layan cerita ni walaupun sudah tengok banyak kali..
  • At 9.30 lepas nature call, aku perasan ada darah keluar… aku bgtau abang edi… ada blood show… kalau time zizou dulu, lepas sehari baru la aku bocor ketuban… jadi aku buat biasa ja la… pasal belum ada sakit2 lagi…

25 Oktober 2009
  • Aku habiskan tengok cerita Catch Me If You Can tu sampai jam 1.30 pagi… abang edi sudah masuk tidur… sejurus ja lepas habis cerita tv2 ni, terus aku rasa sakit perut yg agak sakit daripada yang sebelum ni… kesakitan tu semakin kerap… hmmm… is it the time?
  • Aku kejutkan abang edi… aku bgtau contraction aku makin kerap… abang edi tanya whether we should go to the hospital… aku cakap tunggu dulu.. mau pastikan yg ni bukan false alarm.. oleh kerana contraction ni makin kerap, aku ajak abang edi ke hospital… abang edi kejutkan bapa untuk tolong tengok2kan zizou while we were out…
  • Kami keluar rumah jam 2.10 pagi.. Dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya, kami berharap supaya wad bersalin tidak penuh…
  • Sesampai di wad bersalin, aku sempat minta maaf dan cium tangan abang edi dulu.. then aku pegi register dan check CTG… contraction aku menjadi makin gila…

Tuesday, October 20, 2009

Posting bosan

Boringnya….

Menunggu adik zizou ni…

Dulu time mengandungkan si zizou, tiada la suspen macam ni… rileks ja… pasal ikut buku punya pasal… ingatkan kena ngam2 40 weeks baru bersalin… sekalinya, si zizou keluar awal…

Yang adik zizou ni pulak… aku expect awal la jugak dia keluar macam abangnya… tapi lambat la pulak…

Aiyak…. Suspen gila…

Sekarang ni, abang edi sudah start balik awal… kalau sebelum ni, lepas maghrib baru sampai rumah.. skrg ni b4 maghrib, dia akan memastikan dirinya sampai… start next week pula, abang edi cakap dia akan hantar dan fetch aku balik dari opis… so, aku tidak payah drive2 lagi…. Aku pun sudah offer si Nurul untuk pakai kereta aku selama aku puasa driving tu…

Semalam, sesi mengeluarkan katil zizou dulu… pasang siap2.. tapi si zizou pula bising mau masuk tidur dalam katil tu.. cheh…

Cikgu zizou pun cerita si Addin Zidane skrg ni suka merajuk di sekolah.. hmmm… sian zizou… makin dekat time adiknya mau keluar ni, lagi meragam perangainya…

Tadi aku pegi beli air zam-zam…

Pe lagi… bosannya…

Friday, October 16, 2009

Cerita kelakar – Menunggu isteri bersalin..

Di sebuah hospital di ibukota, empat orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak.

Kemudian keluar jururawat dan memberitahu kepada ayah pertama,
"Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!".

"Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama.
" Saya bekerja di Menara Berkembar Petronas"

Kemudian keluar pula jururawat lain dan memberitahu kepada ayah kedua,
"Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!""Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation"

Keluar pula jururawat lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulation! isteri you dapat kembar empat," "Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan".
Saya kerja di Four Season Hotel!"

Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah.
Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "Kenapa risau sangat??" Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-Eleven!"

Friday, October 9, 2009

POST KHAS - HEPI BUFDAY!!!!

smile...

hari ni hari jadi aku...

dan macam biasa (sejak berpacaran dengan abang edi), he will the first person to wish me happy birthday...

semalam abang edi bagi surprise gift... :) a bouquet of roses and a greeting card...

dia cakap tidak boleh bagi besok (which is hari ni) pasal tokei kedai tu bagitau kalau mau dorang yang buat delivery ke opis, petang baru la bunga ni sampai... lepas tu kena order at least a dozen...

abang edi mau jimat belanja - dia beli time tu jugak dan just order 6 kuntum roses ja...

well, i dun mind.... itu pun aku sudah rasa gembira gila...





dalam greeting card tu, abang edi turut wish aku supaya selamat deliver baby... and hope adik zizou lahir dengan sempurna dan cumil.. like me... huk huk huk...

sayang abang edi...

zizou pun sama-sama excited... dia cakap "mmmm.... cantiknya pokok..." pokok tu bunga la kunun...

macamana aku celebrate birthday aku ni?

  • bought a mini laptop, a basketball set and baju basahan gambar ultraman untuk zizou
  • siapkan persediaan untuk menyambut adik zizou - pampers, toiletries, wet tissue
  • beli kek cokelat dari colleague aku - harga rm8 ja.. tp aku suka.. nanti balik rumah, aku pasang lilin... minta zizou nyanyi lagu happy birthday to mummy
  • malam ni mau belanja family aku makan spesel di Ole-Ole Bali -- insyaAllah...
last but not least.... selamat hari jadi untuk aku...
semoga hidup aku diberkati Allah dan dimurahkan rezeki...
semoga aku menjadi isteri dan ibu yang terbaik...
semoga karier aku tip top...

Amin....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...