google analytic

Nuffnang

Tuesday, November 16, 2010

Cuti Semester

Adalah sukacita dimaklumkan, bahawa saya sekarang sedang bercuti semester...

Yieha....

Ini sesungguhnya adalah keseronokan yang paling nyata untuk dialami sebagai Siswazah Sarjana sepenuh masa...

Lebih seronok dari hari pendaftaran, hari pergi ke kelas, menyiapkan assignment, tutorial, projek dan research paper... and obviously, berganda-ganda seronoknya dari final exam... :)

Time aku pening-pening kepala mau exam hari tu, aku ada terfikir mau memanjakan diri dengan pergi spa seluruh badan, buat manicure and pedicure.. tapi, lepas fikir punya fikir, aku rasa macam membazir ja..

Jadi, apa yg aku buat ialah, selesai ja aku submit research paper di Dropbox dan Turnitin sebagaimana yang diarahkan oleh lecturer aku, aku terus pegi ke salon rambut dekat taman yang aku duduk sekarang, dan minta untuk cuci rambut...

Dengan bayaran pada RM18 sahaja, aku tetap puas hati.... kerana pada aku, walaupun bayaran di salon tu agak murah, mungkin kerana salon tu juga agak kurang cantek kalau mau dibandingkan dgn salon lain yg stylo di area yang sama, tapi aku dapat wash+blow hair service yang decent, tambah lagi yang tukang cuci rambut tu pandai urut kepala+belakang dan tidak banyak bercakap (mungkin dia faham bila nampak aku pun cam boring ja sambil baca magazine)...

Hari ni, aku bawa Zizou tengok wayang Megamind di GSC Alamanda..

Insyallah, family aku akan datang KL nextweek.. lepas tu kami akan sama-sama balik kampung.. meriahnya...

Apa-apa pun.. aku perlu banyak berjimat sekarang, kerana aku dan abang edi akan ada projek besar.. Semoga Allah memudahkan urusan kami :)

Friday, October 29, 2010

Happy birthday to us!!

Birthday aku dan birthday zara sudah berlalu..

orang (orang ka? ke company) yang bagi aku hadiah, Honda dan Domino's Pizza ja.. dapat free voucher.. hehehe..



as for abang edi, hadiah aku akan dicarry forward to our next important occasion which is our next wedding anniversary - and i will surely ask for a great gift!! macam last time, aku dapat gold bracelet... hehe.. i am totally a 916 freak..

for Zara, kami hanya buat celebration kecil-kecilan di rumah nenek PJ.. abang edi bought a medium blackforest cake from Baker's Cottage and a KFC barrel.. tapi tiada hadiah pun... aku sudah beli Zara baju baru time aku besday dulu..

Aku rasa macam mau buat small party for Zizou's coming birthday November nanti.. pasal my family will be coming over from Labuan... jadi, it would be a nice family gathering both from Abang Edi and my side.. nice...

Wednesday, October 20, 2010

Severe Diarrhea

Hari ni masuk hari ke-2 aku kena cirit birit yang amatlah teruk... tidak pernah aku rasa seteruk ni.. aku rasa ni mesti penangan virus.. pasal kalau food poisoning, mana ada lama macam ni..

makan dan minum pun tiada selera.. terasa malas mau makan, pasal kalau makan pun, buat penat aku ja ulang alik masuk toilet..

tapi aku tau aku tidak boleh buat macam tu.. dehydrate nanti aku, kalau sakit lagi teruk, siapa susah? Zizou dan Zara juga yang susah...

sekarang ni, aku berselera mau minum 100plus ja...

dan sekarang ini juga, baru la aku tahu perasaan kalau Zizou dan Zara sakit perut..

heran juga.. kenapa semenjak dua menjak lepas raya ni, perut aku sudah jadi perut murahan... kalau dulu, macam perut lembu.. makan apa pun ok..

sabar, syukur la takat cirit-birit ja.. bukan sakit teruk macam kena kanser ka, asthma ka.. cuma leceh ja sebab mau kena balik2 melawat 'bilik termenung' tapi aku bukan termenung pun.. dan yang penting juga, suami dan anak-anak aku sihat... Syukur alhamdulillah.... 

hasilnya, hari ni aku kena ponteng kelas.. huhuh

Thursday, October 14, 2010

Smile!!!




Lirik Senyum – Malique & Najwa
Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit


Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus
Ulang Verse

Senyum :)

p/s: love this song... sweet...

Saturday, October 9, 2010

Welcome to Club 30!


Wah.... aku sudah tua!!!!

Tidak la.. bak kata kawan baik aku, Liean, "You're not 30, you're fifteen with 15 years experience.." very nicely said kan..

Ada facebook ni, ramai kawan-kawan yang wish birthday.. yang rapat, tidak rapat pun wish.. bagus kan.. berbunga-bunga hati aku.. terima kasih kepada kawan-kawan!

Ahli keluarga jauh dekat pun ada yang wish.. semua sayang aku :) Alhamdulillah..

aku punya wish tidak banyak.. sikit ja..

1. Cukup sihat untuk growing old bersama suami tercinta
2. Panjang umur untuk dapat mendidik dan membesarkan anak-anak sehingga menjadi 'orang'
3. Murah rezeki untuk dapat membalas jasa ibu bapa dan keluarga tersayang
4. Diterangkan hati untuk score dan dapat master degree..

Amin..

hari ni pun tiada celebration sebab si Zara demam hari ni.. breakfast di McD ja... bagi si Zizou main di playground McD tu.. anak gembira, mummy suka hati.. :)

p/s: semenjak dua menjak aku balik jadi student ni, ramai org fikir aku baru lepas grad, masih muda remaja dan bujang trang tang-tang.. when i said i am a mummy with 2 children, ramai yang macam tidak percaya, including my lecturer... huhuh... sesungguhnya, i am flattered... the moral is, going back to school will make you look younger... :)











Tuesday, October 5, 2010

Resipi ikan kukus ala mama aku yang sudah dikemaskini (oh.. amat la panjang nama resipi ni)

keadaan ikan kukus aku sebelum dikukus. gambar selepas kukus, lupa aku mau ambil. huhuh..
Kununnya, aku mau try buat ikan kukus style mama aku selalu buat. Tapi aku sudah buat perubahan sedikit dengan menambah sos tiram, sos ikan dan minyak bijan. So, maybe, kalau omit ketiga-tiga bahan tu, mungkin akan sedap juga. Selain tu, ada juga sedikit perubahan yang aku buat dan akan disebut di perenggan yang seterusnya.

·         1 ekor ikan siakap – atau apa-apa jenis ikan yang menjadi kegemaran
·         Asam jawa
·         2 biji Bawang merah kecil – ditumbuk
·         2 ulas Bawang putih – ditumbuk
·         Setengah inci Halia – ditumbuk
·         1 batang Serai yang gemuk – ditumbuk
·         1 sudu Sos tiram
·         1 sudu Sos ikan
·         Setengah sudu Minyak bijan
·         Setengah cawan Santan (sukahati ikut citarasa, kalau mau pekat, tambah lagi santan. Kalau mau cair-cair, boleh tambahkan air sikit dan santan sikit)
·         1 sudu Cili giling
·         1 biji Tomato dipotong dadu
·         Nanas yang dipotong dadu 
·         Daun ketumbar – dihiris
·         Daun bawang – dihiris
·         Garam dan gula

Cuci dan perap ikan siakap dengan air asam jawa dan garam sekejap untuk menghilangkan bau hanyir. (Kalau ikut style mama aku, dia akan masukkan sekali air asam jawa dalam kuah ikan).

Untuk buat kuah ikan, campurkan semua bahan-bahan tumbuk, bahan-bahan sos, santan, cili giling, garam dan gula.

Letakkan ikan siakap yang telah diperap dengan air asam jawa atas aluminium foil (ikan sahaja ok, air asam jawa tu tidak payah). Lepas tu, curahkan kuah yang dibancuh tadi ke atas ikan. Lepas tu, masukkan tomato, nanas, daun ketumbar dan daun bawang.

Lipatkan alumunium foil sehingga menutupi ikan. Dan kukus.

Semalam aku buat macam ni. Ikan siakap aku potong tiga. Bahagian kepala dan ekor (untuk aku dan abang edi) aku bagi kuah yang ada cili giling. Bahagian yang tengah (untuk Zizou dan Zara) aku tidak campur dengan cili giling. Lepas tu, nanas pun aku tidak letak pasal aku malas beli. Tapi kalau mama aku buat, selalu dia letak nanas, lebih glamour dan sedap.

Oleh kerana pengukus aku ntah dimana-mana la sudah si Zizou letak layer besi yang berlubang-lubang tu, jadi aku memanfaatkan kuali Chefel cosway aku. Cumanya, aku tambah air ketika memasak tu. Kalau tidak tambah air, jadi macam ikan bakar la pulak. Tapi, jadi macam aluminium foil banjir la ketika masak tu.

Kukus la hingga masak.

Hasilnya, Abang edi, Zizou, Zara dan aku makan berselera sungguh.

Cuba, try, test ok!! Saya pasti anda tidak menyesal!

Friday, October 1, 2010

My little Zara

Hari pertama dalam bulan Oktober 2010.

Ada 2 tarikh penting. 

9 Oktober - Birthday aku

25 Oktober - Birthday adik baby aka Zara

Wah.... my little baby is going to be a year old soon!!!!

Cepatnya masa berlalu. Banyak perkembangan pasal Zara yang aku tidak rekod dalam blog ni. Kalau dulu, time aku masih ada si Zizou saja, almost everything pasal dia pun aku mau blog.

Apa punya mummy la aku ni.. Sungguh tidak konsisten.. 

I am busy with my study... huhuhuh.. hari ni tiada kelas, tapi ini pun kira aku escape study+buat assignment

Nasib baik aku ada tulis dalam buku skrap ntah apa-apa aku. Ada juga yang mau diingat.


Zara's milestone

  • Zara pandai meniarap time dia 3 bulan. Cikgu nursery dia cakap - cepat meniarap. 
  • First crawl - 1 June 2010 (dia pandai merangkak ni time kami balik Labuan)
  • First tooth - 7 July 2010 (punya la sengsara mau tumbuh gigi ni. Boleh kata seminggu dia tidak lena tidur pasal sakit gigi)
  • First step - 8 July 2010 (dia sendiri mau berdiri. tidak payah mau diajar-ajar dan disuruh-suruh)
  • First 5 steps - 4 August 2010 
  • Second tooth - 7 August 2010
  • First steady step - 18 August 2010

Now, as at today, 1 October 2010
  • sudah berjalan ke mana-mana. hanya merangkak kalau mau tunjuk perasaan
  • pandai babbling - babble yang disukai - APPA! PAPPA! ATEH! NENE!
  • kalau pegang sikat, tau pula dia letak dekat kepala kunun mau sikat rambut
  • suka makan biskut for snack
  • prefer to eat table food daripada baby food (kalau aku makan, Zara pun sibuk mau berebut makan)
  • pandai menggoyangkan badan kalau dengar lagu rancak - bejoget la kunun tu..
  • suka buka buku cerita.. pandai pula tunjuk gambar character, bukan tunjuk rawak tanpa arah tujuan.. 
  • tidak suka duduk dalam kereta.. pandai rimas.. 
  • amatlah civilised kalau dipegang dan didukung.. diam ja.. jadi amat sesuai dibawa ke majlis, ke restoran dan bershopping..
  • rutin harian - bangun pagi ja mesti berak (macam daddy)
  • tidak suka tidur beraircond (ni pun macam daddy)
  • kalau dilarang contoh kena tegur "No!" atau "Zara........" pasal mau masuk dalam kabinet tv - dia tidak berhenti.. terus bantai masuk juga atau dia kan melawan balik "TA!!"
  • amatlah tidak mau dengan orang lain kecuali aku dan abang edi (kadang2 dengan daddy pun dia tidak mau)... ya ampun... separation anxiety yang melampau.. tapi senyum-senyum kalau diagah - jinak-jinak merpati... 
  • the only kawan she has - Abang Addin... apa yang abang addin buat mesti difollow.. kalau abang addin buli pun, akan tidak kisah... ohhooo... 
  • tidur lewat (jam 10!) tapi bangun awal 
  • and she's still breastfed.. alhamdulillah.. 
October Girls

Comparison - Undergraduate vs Graduate Studies

Belajar master ni, kalau mau dibandingkan dengan belajar time degree dulu - memang jauh la beza...

Aku rasa, time degree dulu, it's all about - attend class, attend tutorial and lab, buat assignment, sometimes dikejutkan dengan pop quiz, dan at the end of the study  kena buat thesis or more accurately, final project.

Life back then, tiada stress.
And frankly speaking (or blogging), aku rasa time tu jadi undergraduate student, macam tiada contribution langsung kepada komuniti

selain daripada

  • aku belajar dan score untuk please my parents
  • aku ada buat khidmat komuniti dengan Persatuan Pelajar Sabah di sebuah remote village di Ranau
  • aku ada terlibat dengan sedikit aktiviti pelajar supaya dapat stay di kolej sampai end of final semester


tu ja..

Sekarang ni, untuk dapat skrol bagi graduate study aku, kena hasilkan satu thesis.

  • Thesis yang membincangkan satu masalah yang berkaitan dengan sains komputer dan teknologi maklumat.
  • Masalah yang dipilih adalah penting untuk menambahkan ilmu akademik dan mesti dibuat kajian kerana kalau tidak buat thesis, punca masalah tidak dapat diselesaikan.
  • Idea untuk menyelesaikan masalah mestilah asli dan berbaloi untuk dibuat kajian. 
  • Mesti ada sumbangan. Kalau tiada sumbangan, maka kajian tu tiada makna. 


That's the different. (Dan lain-lain faktor seperti ketika belajar degree aku single trang tang tang, tapi buat master aku sudah beranak dua)

Baru cari idea untuk master thesis sudah termengah-mengah.
Bagaimana la kali rupanya mencari idea untuk Phd thesis. Sudahlah kena buat research untuk 3 tahun.


p/s: Salute to all Phd holders! Semoga aku ada ketabahan untuk menjadi macam kamu. Tapi, kena siapkan dulu master thesis aku :)

Mind your language

Mau buat assignment, project, research paper, thesis - semua kena guna English.

Oleh kerana kebolehan berbahasa mat salleh aku ini sudah lama berkarat, jadi wajiblah menggunakan tools untuk membantu aku untuk menguasai bahasa kedua ni.

Kalau mau terjemahkan bahasa - guna Google Translate

Kalau mau check grammar - boleh guna White Smoke atau Grammarly

dan yang paling penting, hasil research kena original, tidak boleh ada unsur-unsur plagiat - boleh guna TurnItIn dan Grammarly


Selamat buat research!


Saturday, September 25, 2010

Sibuk, naya dan syukur

busy yang amat...

aku ada research paper yang perlu disubmit by this coming 30th sept.. sekarang aku macam sesak napas.. macam tiada masa... padan muka... siapa suruh bercuti gila-gila time raya ari tu... (buat penat ja mengusung notebook balik kampung.. kunun mau buat assignment, sudahnya... jadi tukun ja all the time 10 hari aku balik labuan ari tu..)

walaupun aku belum study, assignment belum siap, dan masih banyak assignment lagi yang hampir due, sejujurnya... aku tidak sabar mau cuti semester.. tapi kalau mau cuti bermakna kena final exam dulu... naya...

peduli la... i know myself.. dan aku bersyukur kerana ditemukan jodoh dengan kakak-kakak yang paling rajin di UKM... :) they are my groupmate..

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431

SELAMAT MENYAMBUT 1 SYAWAL 1431H
bersamaan 10 September 2010

Ikhlas daripada

Zaidy, Nadia, Addin Zidane & Nur Zara

Maaf Zahir Batin...

p/s: Tahun ni tiada open house.. Tahun depan InsyaAllah ada :)









Wednesday, September 1, 2010

Lasagna ala Mummy Addin dan Zara

Lasagna Ala Mummy si Addin dan Zara

Konsep lasagna ialah sos-sos yang berlainan dan disusun berlapis dengan kepingan lasagna. Jadi, aku selalu buat lasagna yang guna sos carbonara (warna putih) dan sos spageti warna merah.

(ini adalah lasagna sebelum dibakar.. lasagna yang sudah dibakar lupa nak amik gambar)

 generous with the mozarella cheese.... yezzzz...


Bahan-bahan
Lasagna sheet (Aku guna San Remo Instant Lasagna)
Mozzarella cheese yang sudah diparut

Sos spageti
·         Minyak zaitun (minyak masak lain pun ok)
·         Bawang putih dicincang halus
·         Bawang besar yang warna kuning dipotong dadu
·         1 tin sos spageti (nda kisah la yang apa bahannya, mau yang traditional ka, ada basil ka, garlic ka, yang penting warna merah. Lepas tu, aku selalu guna yang brand Kimball dan Prego)
·         Daging/ayam cincang
·         Serbuk oregano (optional)
·         Serbuk basil (optional)

Sos carbonara
·         Minyak olive (minyak masak lain pun ok)
·         1 tin sos carbonara mushroom (aku pakai jenama Prego)
·         Bawang putih dicincang halus
·         Bawang besar yang warna kuning dipotong dadu
·         Cendawan butang yang dihiris
·         Mentega (optional)
·         Tepung gandum (optional)
·         Susu segar (optional)
·         Cheddar cheese (optional)

Cara memasak

Menyediakan Lasagna
1.       Masak dulu lasagna
2.       Kalau pakai yang instant lasagna sheet, tidak perlu masak dulu. Tapi untuk memastikan lapisan lasagna lembut lepas dibakar, boleh rendam dulu dengan air panas. Untuk tidak bagi kepingan lasagna melekat, kasi masuk minyak zaitun atau butter sikit.

Menyediakan sos spageti
1.       Panaskan minyak zaitun
2.       Tumis bawang putih
3.       Tumis bawang besar (kalau mau tumis bawang besar dulu pun tidak apa sebab bawang putih cepat hangus)
4.       Bila sudah naik bau, masukkan daging/ayam cincang
5.       Lepas daging/ayam masak, masukkan sos spageti
6.       Biarkan mereneh dan pecah minyak
7.       Masukkan sedikit oregano dan serbuk basil leave
8.       Masukkan garam dan gula secukup rasa

Menyediakan sos carbonara
1.       Panaskan minyak zaitun
2.       Tumis bawang putih
3.       Tumis bawang besar (kalau mau tumis bawang besar dulu pun tidak apa sebab bawang putih cepat hangus)
4.       Masukkan cendawan butang
5.       Masukkan sos carbonara
6.       Kalau mau tambah kuah, masukkan susu segar (tapi jangan buat cair sangat)
7.       Kalau mau rasa lebih berkeju, masukkan cheddar cheese (atau keju parmesan or mozzarella, mana yang jadi kesukaan)  
8.       Perasakan dengan garam

Atau kalau terlebih rajin, boleh gantikan dengan cheese sauce di bawah.

Menyediakan Cheese sauce

1.       Panaskan minyak zaitun sedikit ja.
2.       Masukkan butter (sebenarnya boleh guna butter saja, tapi sebab butter cepat hangus, jadi boleh masukkan minyak zaitun dulu untuk memastikan butter tidak cepat hangus)
3.       Padamkan api bila butter sudah cair. (Tujuan tutup api supaya butter tidak hangus).
4.       Masukkan cendawan butang.
5.       Masukkan sedikit tepung gandum. Gaulkan tepung gandum dengan cendawan dan butter.
6.       Masukkan susu segar sedikit. Gaul sehingga tepung gandum tidak berketul-ketul. (Boleh dilakukan dengan api yang perlahan).
7.       Lepas tepung gandum tidak lagi berketul, bolehlah masukkan susu segar selebihnya sehingga mendapat sukatan sos yang sesuai (tidak cair sangat dan tidak pekat sangat).
8.       Masukkan cheese pilihan dan garam secukup rasa.

Membakar lasagna
1.       Panaskan oven dulu. (Kalau oven aku sendiri, aku bantai sampai 200 darjah celcius, 40 minit, api atas bawah)
2.       Sediakan loyang membakar. Griskan dulu dengan butter or olive oil.
3.       Letakkan selapis kepingan lasagna sehingga menutup permukaan loyang.
4.       Tuangkan sedikit lapisan sos spageti sehingga menutup semua permukaan lasagna tadi.
5.       Tuangkan sos carbonara sehingga menutupi semua pemukaan sos spageti tadi.
6.       Lepas tu dilapis lagi dengan kepingan lasagna.
7.       Buat berulang-ulang (ikut berapa lapis yang diperlukan mengikut citarasa dan ketinggian loyang) sehingga sos carbonara yang terakhir.
8.       Taburkan keju mozzarella yang diparut sehingga menutup permukaan sos carbonara tadi.
9.       Tutup loyang dengan aluminium foil. Ini untuk memastikan lapisan keju tidak hangus.
10.   Masukkan luyang dalam oven dan bakar selama 30 minit.
11.   Keluarkan luyang, buka aluminium foil, dan masukkan balik untuk dibakar pada 10 minit terakhir. Ini adalah untuk bagi bakar keju mozzarella yang di atas tu sehingga tukar warna jadi golden brown. (Aku kasi setting api atas saja).
12.   Selesai bakar. Lawa sudah.

Tips:
1.       Kalau tidak rendam lasagna dulu, pastikan sos disapu dengan menutup keseluruhan permukaan lasagna. Kalau tidak, kepingan lasagna akan jadi melengkung dan mengeras (menggulading).
2.       Boleh juga jadi kreatif. Mau susun cheese di setiap lapisan pun ok, tapi takut nanti jadi muak pula.
3.       Sebenarnya kalau mau straight guna sos yang dibeli pun ok, tidak payah masak dulu. Jadi, lapiskan ja dengan daging/ayam dan hirisan cendawan yang sudah dimasak. Boleh juga guna seafood dan sayuran lain contoh seperti lobak, batang saderi, kentang.. sukati ja la ikut citarasa masing-masing.


P/S: kalau mau exactly ikut cara lasagna yang aku buat semalam, aku ada buat perubahan sikit
·         Aku masak sos spageti tanpa kasi masuk daging atau ayam
·         Sos carbonara aku campur sekali dengan cheese sauce (hybrid la kunun)
·         Untuk menggantikan daging dan ayam, aku guna turkey slice. Turkey slice tu aku goreng dulu dengan perap guna serbuk paprika sikit. Jadi time susun tu, aku akan susun turkey slice lepas kasi tuang sos spageti.    

Friday, August 20, 2010

I am equipped

Pasal mau belajar, kena la ada notebook.. tambah-tambah study master computer science. Kegunaan yang paling banyak harus-haruslah internet (email, FB, downloading notes), word processing (buat assignment, tutorial) dan programming (penat kepala otak)...

Khas untuk study aku ni, aku beli netbook IBM Thinkpad X100, portable harddisk, Canon 3 in 1 inkjet printer dan tidak dilupakan, meja boleh lipat dari Ikea (boleh buat kerja dari atas katil sahaja). Yang bestnya, all in RED!!!(oh.. kecuali printer tu, kalau ada yang warna merah, bagus juga)

I love them, tapi ada sikit perkara yang aku kurang puas hati:
The netbook? Cepat habis bateri.. cepat panas pula tu.. duhhh....
The portable harddisk? No complaint wut so ever..
The printer? Memang bagak.. hasrat di hati mau beli laserjet printer ja.. tapi aku bukan mau print banyak pun.. ok juga la.. boleh scan, make copy dan kegunaan utama, print..
Foldable desk from Ikea? boleh la... tapi lama2 kerja atas meja tu pun buat sakit belakang...

Terbaru, aku beli meja study (I am soooo comitted.. huhuhuh)
Bila sudah habis study nanti, abang edi boleh guna as his home office.. 




dan tidak dilupakan, retractable mouse aku yang murah dan berwarna pink..

Tuesday, August 10, 2010

Vacay - Awana Kijal Spa & Resort

Last weekend, kami pegi cuti-cuti Malaysia di Awana Kijal, Terengganu..

(Rasa amat bersalah kerana assignment amatlah berlambak-lambak.. tapi oleh kerana telah buat reservation dan bayar RM528 (RM229 + RM289) untuk Premier Sea View Room, jadi amatlah bodoh kalau tidak meneruskan atau bayaran yang telah dibuat akan hangus begitu saja)..

Initially, kami hanya mau bercuti dekat2 saja ie ke Genting Highlands saja dan stay 1 malam di First World. Tapi aku rasa harga bilik macam mahal kalau buat late reservation... duh... we went there before, bukan lah best sgt pun untuk bayar mahal-mahal (weekend rate - haruslah mahal)...

Lepas tu, konon terfikir ke Bukit Tinggi.. tapi lepas aku baca review yang kurang enak... kensel sekali lagi... hesitate to spend my hard earn money ke tempat2 yang kurang best... after all, aku mau Zizou dan Zara gembira..

Then, terfikir untuk ke Cherating... imagine anak-anak aku bergumbira di tepi pantai bermain pasir, mandi di swimming pool, aku makan keropok sambil menikmati angin laut..

Sudahnya, aku call Impiana Cherating, tapi fully booked.. the only weekend yang dorang available ialah ketika puasa... (semua orang pun berfikir macam aku, mau bercuti menyambut ramadhan.. hohoho)

Akhirnya, berjaya booking di Awana Kijal... yezza.... gambar swimming pool yang besar, siap ada gelongsor untuk budak-budak, review di Internet yang memberangsangkan... menggamit diriku untuk bercuti ke sana..

Overall - this is my verdict

  • Keluasan bilik yg ok, tidak luas sangat, tidak sempit sangat.. memang sesuai untuk kami 4 beranak.. kami dapat bilik dengan dua single bed yang besar (yg kami sambungkan supaya Zizou dan Zara tidak terjatuh katil ketika tidur)... bantalnya juga amat empuk... 
  • Channel di Tv yang juga membanggakan.. semua tv local ada, Astro Ria, Supersport, ESPN, Disney Channel, BBC, Star Movie, dan beberapa channel lain..
  • Bathroom yang luas - ada bath tub, ada shower dan toilet yang diasingkan - jadi boleh ada orang yang berendam, mandi shower dan berak pada masa yang sama... hohoho... bath amenities juga ok - ada toothbrush, comb, cotton bud, shower cap, nail file, sewing kit, sabun, shampoo, conditioner..
  • Ada kemudahan masak air, coffee+tea+sugar+coffeemate dan 2 botol air mineral yang direplenish setiap hari.. Seterika dan ironing board, bathrobe
  • Swimming pool yang amat besar, tapi terpaksa jalan jauh untuk ke swimming pool utk budak2
  • Beach yang cantik dan bersih (tapi tidak mandi laut pun)
  • Breakfast spread yang pelbagai - ada nasi dagang, lemang dan rendang, nasi lemak, western, pelbagai jenis roti dan bun, cereal, buah2an, bubur nasi pun ada (senang aku bagi makan Zara)


Overall, berbaloi la juga dengan ongkos yang telah dibayar.. kira ok la..

swimming pool yang besaq




ada congkak yang besaq jugak





Zara di atas pasir yang putih


Abang edi mengajar Zizou cara bermain pasir



Zizou bermain gelongsor


Zara yang tengah rileks dalam pelampung


Aku yang posing jadi model jap dengan 2 anak

Wednesday, July 28, 2010

Movie Review - The Sorcerer's Apprentice 2010

Semlm pi tgk wayang kat Alamanda.. Zizou beria2 mengajak aku tengok wayang..

tp semlm adalah hari selasa... macamana ble tengok wayang ngan Zizou?

Ni pasal

Abang Edi bought Zizou ada new bicycle (sudah lama janji).. kunun mau redeem bicycle dari Jusco ja.. rupa-rupanya, tahun 2010, Jusco bagi redemption dalam bentuk voucher ja..

Kami pun redeem la voucher, dapat RM140. Tapi malangnya di Jusco Taman Equine tiada basikal untuk kids.. Jadinya, kami pun beli basikal untuk Zizou di kedai basikal dekat2 Taman Equine juga, price RM100, Made in Malaysia - can get cheaper tapi Made in China la.. apa kelas Made in China, kita mesti support product Malaysia.

Zizou amat excited dapat basikal baru... jadi sepanjang malam dari maghrib sampai ke tengah malam dia berjaga, kerjanya pun main beskal ja.. sudahnya, malam tu Zizou tidur menangis tak sudah.. kunun sakit kakit.. Abang Edi kata maybe kaki Zizou lenguh main beskal..

Sudahnya, semlm, Zizou mc. Kebetulan aku pun tiada kelas sebab kena canceled... seb baik..

Jadi, kami pun pegi tengok wayang tajuk The Sorcerer's Apprentice.. tiada lagi cerita paling budak2 yang si Zizou boleh layan, movie Despicable Me kami sudah tengok,




Best la cerita ni... suka aku tengok expression si Zizou yang tutup mata pasal takut, menjerit.. hahaha... kan banyak adegan magic, jadi naga la, lembu matador la, burung besi la...

Ada dua perkara aku paling suka

1. Soundtrack tajuk Secrets by One Republic - best gilos! muaturun sini



2. Jay Baruchel - aku perasan lately ni mamat ni banyak projek.. first time filem dia yang aku tengok ialah movie "Knocked Up"... tapi mamat ni jadi pelakon sampingan ja... lepas tu mamat ni ada jadi main voice over dalam movie "How to Train Your Dragon" - best jugak.. walaupun tidak hensem, but I strongly think, it's the character that can bring out the most of an actor - bukan pasal hensem, macho apa semua tu.. contoh, Tom Hanks, bukan hensem sangat pun.. but I like him very much in Forrest Gump, Angel and Demon, etc

Quantity Always Trumps Quality

credit to http://www.codinghorror.com/blog/2008/08/quantity-always-trumps-quality.html

Although I am not at all ready to call software development "art" -- perhaps "craft" would be more appropriate, or "engineering" if you're feeling generous -- the parallels between some of the advice offered here and my experience writing software are profound.

The ceramics teacher announced on opening day that he was dividing the class into two groups. All those on the left side of the studio, he said, would be graded solely on the quantity of work they produced, all those on the right solely on its quality. His procedure was simple: on the final day of class he would bring in his bathroom scales and weigh the work of the "quantity" group: fifty pound of pots rated an "A", forty pounds a "B", and so on. Those being graded on "quality", however, needed to produce only one pot - albeit a perfect one - to get an "A".

Well, came grading time and a curious fact emerged: the works of highest quality were all produced by the group being graded for quantity. It seems that while the "quantity" group was busily churning out piles of work - and learning from their mistakes - the "quality" group had sat theorizing about perfection, and in the end had little more to show for their efforts than grandiose theories and a pile of dead clay.

Where have I heard this before?

1. Stop theorizing.
2. Write lots of software.
3. Learn from your mistakes.


Quantity always trumps quality. That's why the one bit of advice I always give aspiring bloggers is to pick a schedule and stick with it. It's the only advice that matters, because until you've mentally committed to doing it over and over, you will not improve. You can't.

When it comes to software, the same rule applies. If you aren't building, you aren't learning. Rather than agonizing over whether you're building the right thing, just build it. And if that one doesn't work, keep building until you get one that does.

Tuesday, July 27, 2010

Tag - MY CHILDREN

Tag – My children
Saya tag diri sendiri dari blog orang lain.. :P

1- Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?
Saya ada 2 orang anak. Yang first tu boy, second girl.

2- Bila perancangan anda untuk menambah anak?
Not in the near future. Atau kalau ada dua orang ni je pun mcm sudah cukup

3- Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam islam?
Addin Zidane = Faith, Over abundance (versi aku= Kepercayaan yang bertambah-tambah)
Nur Zara = Cahaya Subuh atau Cahaya Puteri

4- Siapakah yang memberikan nama anak anda?

Taste aku - aku mau nama anak aku - simple and precise. Tidak suka nama yang jadi trend, nama yang ramai orang guna..

Addin Zidane = Nama Zidane ,diilhamkan bersama ketika Zizou baru 5 bulan dalam perut. Nama Addin  pula diilhamkan less than a week before bersalin. At first, I thought of Eddin, tapi Abang Edi tamau, dia cakap that name sounds too modern, so we opt for more melayu sound name but same meaning, Addin

Nur Zara = Mula2, mau bagi nama Zahra. But my mom (Nenek Labuan) didn’t like it. I told her I actually like Zara (because of Raja Nazrin’s wife), but afraid the name is too modern.. then mama cakap “Bagi ja la nama Zara tu”… so aku pun kunun mau bagi nama Ann Zara.. and again, I felt the name is too modern..  then si Nurul bagi cadangan lagi.. bagi la nama Nur Zara, si nurul cakap nama Nur Zara bunyinya lagi mulia.. ehehe… I loikeee… Abang Edi kunun mau bagi nama Alisya Zara… or Marissa Zara… but I was tired dengan nama-nama baby girl yang end with Sa or Sha or Sya... It's everywhere nowadays… Sorry, no offense to parents yang ada anak nama with Sa, Sha or Sya at the end...  turn out, nama Zara pun amat glemer sekarang… rupa-rupanya, ramai bebudak gegirl sekarang nama Zara and Zahra... huhuh… nevermind, I’m still proud of my Zara..

5- Dari mana tercetus idea memberikan nama anak anda?
Zidane = Zinedine Zidane, French Midfielder
Zara = Raja Nazrin’s wife (beautiful, elegant, a lawyer, bangsawan)

6- Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yang akan anda beri?
No idea whatsoever… hehe.. bukan senang bagi nama kat anak ni…

7- Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang...nyatakan berapa jarak beza umur anak anda?
Zara lahir ketika Zizou umur 2 tahun 11 bulan..

8- Untuk kelahiran anak anda yang akan datang....anda nak girl @ boy? nyatakan sebabnyer?
Tidak kisah… mana2 pun ok… yag penting, sihat dan cukup sifat..

9- Ape ciri2 persamaan anda & anak anda?
Hmm…
Aku and Addin and Zara = loud!!
Abang edi dan Addin dan Zara = cembeng… hehehe..

Upload gambar anak anda untuk tontotan semua rakan blogger.

latest pic of Zizou and Zara

Always Looking Up!

Oh no.... lama gila sudah aku tidak update blog aku ni...

Sebenarnya banyak benda yang aku mau tulis dalam blog aku ni... Things like
  • the first day I went back to school
  • Zara 's first everything - first crawl, first tooth, first time standing, her very first step, her eczema (poor girl)
  • how I manage my life now - as a fulltime master student and a mom with two kids (I have to mention myself as a student first before as a mom - huhuhuhuhu... because I still send my kids to nursery and most of the weekdays, we still dining out or do tapau)
  • my new netbook, my new printer - love them!
  • shopping raya for Zizou and Zara - shopping sakan...
  • life as a student - pe lagi - ASSIGNMENTS!!!
Adakah aci kalau aku buat entry dan aku backdated kepada tarikh sebenar event itu berlaku?

Suka la kan.. ini blog aku... the main purpose aku buat blog adalah sebagai personal journal aku... mana la tau, in future years ahead dari sekarang, aku mau meninjau-ninjau balik bila Zara start berjalan, betapa comelnya anak-anak aku ketika dorang masih baby (I have to, setiap ibu memang akan merasakan anak mereka adalah baby yang paling comel dalam dunia), bagaimana aku start belajar balik di UKM (time aku meninjau balik tu mungkin aku sudah kembali ke opis dan ponin-ponin kepala menguruskan projek), dan lain-lain lagi la...

Itu semua pengalaman aku...
Aku harap experience aku akan dapat bantu aku dari segi pengajaran, pedoman, sempadan - the least it can do - put a smile on my face...
Atau paling bagus - dapat membantu kawan-kawan aku yang sudi baca blog aku..

Pengajaran pagi ini - tadi aku tengok Oprah di Channel Astro Hallmark 702, ada interview dengan Michael J. Fox yang sedang struggle dengan kehidupan beliau yang ada penyakit Parkinson. Buat aku insaf.

Walaupun dia sedang menderita sakit (walaupun kita nampak dia macam tidak sakit, tapi dia mengaku dia sentiasa dalam agony - Parkinson is an incurable disease), dia masih seperti diri beliau yang sebenarnya.. masih boleh berjenaka.. one of his jokes is - to all normal guys out there, pegi la buat pedicure jika berkesempatan, kerana amat susah untuk buat pedicure kalau sudah ada parkinson (ya la.. macamana mau kena buat pedicure mun begegar ja)...

He also wrote a book titled "Always Looking Up!" - motivasi supaya kita sentiasa jadi optimist.. the quote is actually a joke for short people.. (macam aku yang kecil molek cinonet ni)..

 (cilok dari Internet yang buat review pasal buku Michael J. Fox)

So, Mummy Zizou and Zara, Look Up!!!

Monday, July 19, 2010

Hari Sukan Addin Zidane

Tarikh - 17 Julai 2010 (Sabtu), 8.30 hingga 11.30 pagi

Lokasi - basketball court dekat area rumah

Rumah Sukan - warna biru (semua budak sekolah 'belakang' pakai baju warna biru)

Acara sukan - Kumpul gula-gula dan kumpul duit syiling kertas 

Level of excitement = Mine > Zizou

Hasilnya

1. Anak aku langsung tidak excited sebab dia ada feverish sikit pagi tu
2. Addin Zidane hanya dapat hadiah saguhati - memang dijangkakan.. sweet is not his favorite.. 

All in all... semua gembira.. :)

" kami berikrar..."

acara kumpul gula-gula

aku terpaksa menjadi motivator bertauliah untuk acara seterusnya

dahaga...

dapat hadiah saguhati

proud of my son
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...