google analytic

Nuffnang

Friday, November 23, 2018

Trip New Zealand 2018 - Aktiviti dan tempat menarik di Dunedin

Dunedin adalah base kedua untuk kami bermalam di South Island.
Dunedin ni famous sebab ada universiti, ada railway station, ada kilang coklat cadbury, jalan tercondong dalam dunia dan Tunnel Beach.  

p/s: Kilang Coklat Cadbury tu sudah tutup since May 2018. 

Oleh kerana ini blog aku, maka aku hanya senaraikan aktiviti dan tempat menarik yang kami lawati di Dunedin ja la.
I cannot tell about other places yang kami tidak pegi. It's not fair right. 

Sebaik kami check in to our airbnb di Dunedin, kami terus lunch di KL Aroma.
Lepas lunch, kami pegi ke Baldwin Street (Steepest Street in the World) dan Dunedin Railway.

Keadaan Dunedin pada hari Ahad, lengang.

HariAhad parking free. 

Baldwin Street (Steepest Street in the World)


Masa kami di Baldwin Street ni ada hujan renyai. 

Gigih betul rasa masa naik ni. 

Di atas puncak street tu ada mural, ada bench dan water cooler. 

Mau turun sudah. 

Buat pumping kunun. 

Victory dab. 

Kalau aku tidak la mau berumah di area ni. 
Macam stress ja mau kena tekan minyak time drive balik rumah. 


Dunedin Railway Station

Di koridor bangunan Dunedin Railway Station.

Toilet pun cantik sini ni. 

I tak kenal siapa belakang di tangga tu.. hoho..

Cantik! 

 NZR stands for New Zealand Railway. I guess.

Jam ni sampai bila-bila pun tunjuk pukul doblas :)

Sambil tu, kami jalan-jalan la di station ni tengok-tengok train yang sedang parking. 

Ada train mau sampai. 

Family photo infront of Dunedin Railway Station.
Tapi si Emir tidak mau bekerjasama. 

Depan station tu, ada kilang coklat Cadbury yang sudah ditutup operasinya. 


Kesimpulannya:

1) Kedua-dua attraction ni adalah recommended untuk dikunjungi sebab masuk adalah percuma :)

2) Aku ada plan untuk kami pergi ke Harington Point untuk tengok penguin tapi aku betul-betul lupa. Sudah balik Malaysia baru teringat. Hoho. 

3) Aku ada plan pegi Tunnel Beach juga. Tapi Abang Edi macam kureng mau pegi sana. Ramai bagi review - semput la, penat la - jadi kami skip ja la. Malas la aku mau menggandakan kesemputan kami dengan membawa Emir pula. 

Trip New Zealand 2018 - Aktiviti dan tempat menarik di Oamaru

Kami pilih Oamaru sebagai lokasi pertama untuk kami bermalam di South Island.
Oamaru ni famous dengan Steampunk HQ dan penguin.
Lepas tu, kalau orang mau pegi Moeraki Boulders pun, ramai yang akan base di Oamaru. 

Kami berada di Oamaru pada hari pertama kami sampai di South Island.
Sampai ja Oamaru, petang tu terus pegi Bushy Beach.
Besok paginya kami picnic sambil beriadah di Friendly Bay. 
On the way ke Dunedin, kami singgah sekejap di Kakanui Beach dan Moeraki Boulders Beach. 

p/s: Senarai aktiviti dan tempat menarik yang kami lawati di Oamaru dalam post ini hanya terhad kepada tempat yang kami pergi ja. 

Bushy Beach

Bushy Beach ni adalah pantai yang kita boleh tengok koloni yellow-eyed penguin.
I cannot say much about Bushy Beach sebab kami pegi sana sekejap ja. 
Lepas check in motel terus ke sini.
Sesuai pegi ketika senja sebab time2 tu la penguin balik rumah dia.
Macam itik pulang petang. 

Masuk sini free. Tiada bayaran dikenakan. 

Lepas pukul 3 petang tidak dibenarkan turun ke pantai.

Tengok saja penguin dari kejauhan. 

Kami hanya nampak seekor penguin dan 2 ekor seal. 
Ini pun pasal ada orang local bagitau kami yang kami nampak tu penguin dan seal.
Sekali dibuatnya penguin tu burung biasa-biasa ja kan.
Ka seal tu rupanya batang kayu hanyut ja. Haha. 
Pasal jauh sangat. Bukan nampak jelas sebab tidak guna teropong. 

Budak baik.

Friendly Bay

Friendly Bay ni memang dalam kawasan town Oamaru. 
Aku memang target pegi sini sebab Friendly Bay ada playground yang bertemakan steampunk. 
Di Friendly Bay ni juga ada small harbour yang boleh jadi tempat memancing. 
The children really had fun time playing here. 


Penerangan mengenai Friendly Bay Playground.

Kalau pegi sini pada pagi Ahad, akan ada Farmers Market.
Orang sini memang peramah agaknya. 
Cuba tengok tu tauke croissant. Siap sporting lagi kena ambil gambar.

Di sini ada mainan kapal kereta api.

Zipline pun wajib ada. 

Zipline sini tinggi. Memang puas kalau dapat main. 

Ada rel keretapi. 

Kalau mau main slide ni kena rajin panjat ni tower. 

Terowong slide yang tinggi!

Ada boat juga. 

Boat yang ada tangga dan slide. 

Kami pegi sini pada hari kedua kami di South Island. 
Kami terjumpa dengan orang Malaysia dari Kedah yang sudah 4 tahun menetap di Oamaru. 
Aku lupa la nama tuan ni. 

Senang mau kenal dorang as Malaysian sebab anak-anak tuan ni ada main sepak takraw.
Abang Edi pun ada try timang-timang kunun sesepak dua. 

Nasib baik ada tuan tadi tu kan, ada orang boleh tolong ambil gambar kami di frame yang besar ni. 
Jangan lupa ambil gambar di sini dengan berlatar belakangkan bot-bot yang berlabuh di pelabuan Oamaru.

Tuan tadi tu bagitau kami juga, kalau mau tengok penguin dekat-dekat, tidak perlu susah-susah ke Bushy Bush bagai.
Di sini pun ada orang local sediakan rumah penguin. 
So, di kala senja akan ada yellow eyed penguin yang akan terkedek-kedek pulang petang. 
Aku gunakan Addin sebagai model untuk menunjukkan rumah penguin.  

You can see the rumah penguin behind the fence bar. 

Harbournya jauh memanjang ke laut. 


Kalau rajin boleh memancing di sini.

Banyak kot ikan di sini kan. 

Very the tranquil moment. 
Emir tu kalau tidak kena pegang tangan, tunggu masa sesuai ja lari ke laut. 


Kakanui Beach

Kami sempat singgah ke Kakanui Beach. 
Di Kakanui di ada tebing tinggi. 
Cumanya masa kami datang tu air sedang surut, so aku rasa pemandangan macam tidaklah majestic sangat. 

Yang best sini macam tiada orang.

Boleh la layan piknik sambil ambil angin. 


Moeraki Boulders

Ni tuan dekat Oamaru tadi bagitau kami kenapa ada bendera Malaysia di Moeraki Boulder ni sebab kafe di sini ni orang Malaysia sudah beli. 

Kalau mau turun ke beach untuk tengok batu-batu pantai bulat yang glemer, kafe ni minta bayar duit sikit untuk access ke beach.  


Kebetulan masa kami pegi air sedang surut. 

Tidak la dapat kami ambil gambar ombak memecah batu. 

Emir buat kerja sendiri.

Boleh buat gaya batu pecah batu betangkup. 

Isn't this beautiful?

Yang bestnya di kafe ni, siap ada berus untuk bersihkan pasir daripada kasut. 


Kesimpulannya, semua tempat yang kami singgah di Oamaru adalah berbaloi untuk disinggahi. 
Bunyi saya agak skema sekarang tapi wait until next-next review.
My review mungkin akan kedengaran a bit harsh. Hoho. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...