Lasagna Ala Mummy si Addin dan Zara
Konsep lasagna ialah sos-sos yang berlainan dan disusun berlapis dengan kepingan lasagna. Jadi, aku selalu buat lasagna yang guna sos carbonara (warna putih) dan sos spageti warna merah.
(ini adalah lasagna sebelum dibakar.. lasagna yang sudah dibakar lupa nak amik gambar)
generous with the mozarella cheese.... yezzzz...
Bahan-bahan
Lasagna sheet (Aku guna San Remo Instant Lasagna)
Mozzarella cheese yang sudah diparut
Sos spageti
· Minyak zaitun (minyak masak lain pun ok)
· Bawang putih dicincang halus
· Bawang besar yang warna kuning dipotong dadu
· 1 tin sos spageti (nda kisah la yang apa bahannya, mau yang traditional ka, ada basil ka, garlic ka, yang penting warna merah. Lepas tu, aku selalu guna yang brand Kimball dan Prego)
· Daging/ayam cincang
· Serbuk oregano (optional)
· Serbuk basil (optional)
Sos carbonara
· Minyak olive (minyak masak lain pun ok)
· 1 tin sos carbonara mushroom (aku pakai jenama Prego)
· Bawang putih dicincang halus
· Bawang besar yang warna kuning dipotong dadu
· Cendawan butang yang dihiris
· Mentega (optional)
· Tepung gandum (optional)
· Susu segar (optional)
· Cheddar cheese (optional)
Cara memasak
Menyediakan Lasagna
1. Masak dulu lasagna
2. Kalau pakai yang instant lasagna sheet, tidak perlu masak dulu. Tapi untuk memastikan lapisan lasagna lembut lepas dibakar, boleh rendam dulu dengan air panas. Untuk tidak bagi kepingan lasagna melekat, kasi masuk minyak zaitun atau butter sikit.
Menyediakan sos spageti
1. Panaskan minyak zaitun
2. Tumis bawang putih
3. Tumis bawang besar (kalau mau tumis bawang besar dulu pun tidak apa sebab bawang putih cepat hangus)
4. Bila sudah naik bau, masukkan daging/ayam cincang
5. Lepas daging/ayam masak, masukkan sos spageti
6. Biarkan mereneh dan pecah minyak
7. Masukkan sedikit oregano dan serbuk basil leave
8. Masukkan garam dan gula secukup rasa
Menyediakan sos carbonara
1. Panaskan minyak zaitun
2. Tumis bawang putih
3. Tumis bawang besar (kalau mau tumis bawang besar dulu pun tidak apa sebab bawang putih cepat hangus)
4. Masukkan cendawan butang
5. Masukkan sos carbonara
6. Kalau mau tambah kuah, masukkan susu segar (tapi jangan buat cair sangat)
7. Kalau mau rasa lebih berkeju, masukkan cheddar cheese (atau keju parmesan or mozzarella, mana yang jadi kesukaan)
8. Perasakan dengan garam
Atau kalau terlebih rajin, boleh gantikan dengan cheese sauce di bawah.
Menyediakan Cheese sauce
1. Panaskan minyak zaitun sedikit ja.
2. Masukkan butter (sebenarnya boleh guna butter saja, tapi sebab butter cepat hangus, jadi boleh masukkan minyak zaitun dulu untuk memastikan butter tidak cepat hangus)
3. Padamkan api bila butter sudah cair. (Tujuan tutup api supaya butter tidak hangus).
4. Masukkan cendawan butang.
5. Masukkan sedikit tepung gandum. Gaulkan tepung gandum dengan cendawan dan butter.
6. Masukkan susu segar sedikit. Gaul sehingga tepung gandum tidak berketul-ketul. (Boleh dilakukan dengan api yang perlahan).
7. Lepas tepung gandum tidak lagi berketul, bolehlah masukkan susu segar selebihnya sehingga mendapat sukatan sos yang sesuai (tidak cair sangat dan tidak pekat sangat).
8. Masukkan cheese pilihan dan garam secukup rasa.
Membakar lasagna
1. Panaskan oven dulu. (Kalau oven aku sendiri, aku bantai sampai 200 darjah celcius, 40 minit, api atas bawah)
2. Sediakan loyang membakar. Griskan dulu dengan butter or olive oil.
3. Letakkan selapis kepingan lasagna sehingga menutup permukaan loyang.
4. Tuangkan sedikit lapisan sos spageti sehingga menutup semua permukaan lasagna tadi.
5. Tuangkan sos carbonara sehingga menutupi semua pemukaan sos spageti tadi.
6. Lepas tu dilapis lagi dengan kepingan lasagna.
7. Buat berulang-ulang (ikut berapa lapis yang diperlukan mengikut citarasa dan ketinggian loyang) sehingga sos carbonara yang terakhir.
8. Taburkan keju mozzarella yang diparut sehingga menutup permukaan sos carbonara tadi.
9. Tutup loyang dengan aluminium foil. Ini untuk memastikan lapisan keju tidak hangus.
10. Masukkan luyang dalam oven dan bakar selama 30 minit.
11. Keluarkan luyang, buka aluminium foil, dan masukkan balik untuk dibakar pada 10 minit terakhir. Ini adalah untuk bagi bakar keju mozzarella yang di atas tu sehingga tukar warna jadi golden brown. (Aku kasi setting api atas saja).
12. Selesai bakar. Lawa sudah.
Tips:
1. Kalau tidak rendam lasagna dulu, pastikan sos disapu dengan menutup keseluruhan permukaan lasagna. Kalau tidak, kepingan lasagna akan jadi melengkung dan mengeras (menggulading).
2. Boleh juga jadi kreatif. Mau susun cheese di setiap lapisan pun ok, tapi takut nanti jadi muak pula.
3. Sebenarnya kalau mau straight guna sos yang dibeli pun ok, tidak payah masak dulu. Jadi, lapiskan ja dengan daging/ayam dan hirisan cendawan yang sudah dimasak. Boleh juga guna seafood dan sayuran lain contoh seperti lobak, batang saderi, kentang.. sukati ja la ikut citarasa masing-masing.
P/S: kalau mau exactly ikut cara lasagna yang aku buat semalam, aku ada buat perubahan sikit
· Aku masak sos spageti tanpa kasi masuk daging atau ayam
· Sos carbonara aku campur sekali dengan cheese sauce (hybrid la kunun)
· Untuk menggantikan daging dan ayam, aku guna turkey slice. Turkey slice tu aku goreng dulu dengan perap guna serbuk paprika sikit. Jadi time susun tu, aku akan susun turkey slice lepas kasi tuang sos spageti.