google analytic

Nuffnang

Wednesday, May 25, 2011

Sensorangan..

Pernah ka anda buat perangai shopping sorang-sorang, makan sorang-sorang, tengok wayang sorang-sorang?

Aku pernah. Bukan setakat pernah, tapi selalu..

Shopping sorang-sorang sebab tiada member. Abang Edi kerja dan anak-anak pi nursery (tapi sebenarnya lagi bagus shopping sorang-sorang daripada bawa anak sebab pening kepala mau handle dorang).

Waktu aku bekerja dulu selalu buat sebab lagi senang mau gerak sorang-sorang daripada ada member. Kalau ada member, kena ikut member masuk kedai mana lagi, makan lagi. Kalau sorang-sorang, lebih jimat masa dan boleh pegi mana-mana ikut kepala sendiri. Alah.. kalau sorang-sorang pun bukanlah shopping berat-berat pun.. takat beli groceries, pampers dan susu anak, pegi Alamanda atau Jusco dan Giant dekat rumah.. kalau sampai pegi KLCC, One Utama atau Pavilion, haruslah berkawan.. tiada kawan, jadi macam palui-palui la aku..

Cumanya,  lagi bagus shopping bersama kawan-kawan especially kalau mau shopping baju atau apa-apa yang berunsur feminin. Duit pun lebih cepat mengalir macam air longkang ketika hujan.

Tengok wayang sorang-sorang? Aku pernah. Lagi rasa macam ntah hapa-hapa. Time tu aku boring yang amat. Jadinya mengambil keputusan untuk tengok wayang di waktu rehat hari Jumaat nan panjang. Oleh kerana tiada member yang sama wave length dengan aku time tu, so ambil keputusan tengok wayang - tajuk Karate Kid di GSC Alamanda. Aku ambil satu seat yang berada di bahagian depan hall sebelah aisle (yang hanya ada 2 kerusi sebab hall kecil). Dengan harapan, kerusi sebelah aku kosong.

Lepas 10 minit cerita start, tiada orang duduk sebelah aku. Ni sudah kira bagus. Malangnya, nasib tidak menyebelahi aku.Tentiba ada sorang mamat duduk sebelah aku. Kurang asyam. Lepas tu, suka betul la menoleh ke arah aku sambil gelak-gelak, dia ingat aku mau ketawa sama dia la tu. Rimas aku.

Terus aku angkat kaki, pegi keluar dari hall kejap, tarik nafas dan berfikir "Tidakkanlah aku mau rugi duit tiket dengan blah sekarang semata-mata kerana ada lelaki yang for sure akan tuang sembahyang sunat jumaat duduk sebelah aku?" (movie tu kan lama) Aku call Abang Edi dan dia cadangkan aku supaya masuk balik tapi duduk tempat lain.

Nasib la panggung tidak full. Jadi aku masuk balik, dan aku duduk di kerusi kosong tapi jauh di belakang dari kerusi aku tadi. Aku berjaya tengok cerita tu sampai habis. Tapi sumpah aku tidak mau tengok wayang sorang-sorang lagi... mungkin exception akan diberikan kalau aku sudah sampai tahap boring yang amat dan movie yang aku mau tengok mestilah cerita kartun atau cerita pompuan.

Makan sorang? Lagilah selalu. Especially time aku kerja dulu. Selalu buat perangai tapau makanan, makan depan pc sorang-sorang sambil buat kerja. Berdedikasilah kunun. Sejak belajar ni pun, selalu juga makan sorang-sorang di rumah. Boring..

Makan sorang. Ambil dua plate ja.


Kalau makan di luar, aku berani makan sorang kalau aku makan sushi di Sushi King. Time makan ialah ketika Happy Hours, weekdays, 3 hingga 5 petang sebab ada diskaun 20%. Suka layan sorang sambil duduk depan conveyer belt sebab tiada member makan yang sesuai. Abang Edi tidak suka makan sushi. Kalau adik aku ada (Jakir, Nurul atau Lina) aku akan bawa. Lebih seronok makan kalau ada kawan, boleh borak-borak. Bermakna la sikit. Kalau makan sorang-sorang, tidak sampai 30 minit, bayar bil dan blah.

Kesimpulannya, boring sorang-sorang ni. Berdua lebih baik, bertiga lebih afdal, berempat lebih meriah. Berlima? Nanti-nanti la. Kalau ada rezeki, terima saja.
p/s: Aku mau train anak aku makan sushi, supaya aku ada member makan sushi. :)

2 comments:

  1. haha we r loners. i mmg sedari dulu lagi cepat dan mudah buat hal sorang2 sebab malas 'tunggu'. senang nak bergerak. rupanya makan depan pc kat opis pun kena cop rupanya - somebody told me that recently. lantak pi lah. just tatau la kat opis mmg takde masa sgt nak bersosial+its nicer to spend my own sweet time as i please. kat umah pun dah bz ngan anak2+household.. of course once in a while its nice to lepaking n sembang2 wit friends. tapi ai mmg tak suka sushi n seafood hehe..

    ReplyDelete
  2. kena cop eh? i wonder what the gelaran yang dorang cop i time i kat opis dulu. hehe..
    tapi most of the times mmg lebih senang kalau keluar n makan sorang2 sebab taste orang tak sama kan.. cth cam i suka makan sushi, u tak makan sushi lak :)
    sekali sekala dapat lepak n mesyuarat tingkap baru le terasa nikmatnya.. hehehe..

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...