google analytic

Nuffnang

Wednesday, September 5, 2007

Digital Image Management Conference


Aku pegi conference ni, starting on last Monday (for 2 days) at Mandarin Oriental Hotel, KLCC.

Mandarin Oriental Hotel? Very nice. Sudah pergi sana beberapa kali. Seminars, lunch, dinner.

Makanan mmg sedap.
Washroom pun bersih.
Surau pun selesa (especially when I need a place to do my special project - breastmilk pumping).

Tuesday, August 28, 2007

Orang Labuan datang..

Last week,family aku datang dari Labuan. Mama, bapa, Lina dan Aqil.

Tapi nda banyak ambil gambar..pasal banyak aktiviti dihabiskan di shopping complex ja.. (ada juga la tengok bunga api di Putrajaya...gila jam)

Bila sampai di LCCT, baru la terhegeh2 mau ambil gambar..

Lepas tu imigresen tahan, pasal nda bole bawa kerang.. jadi, terpaksa la mama dan si lina buka kulit kerang tu...hahaha... satu kerja la pula...



Upacara mengopek kerang


Geram..

Kepada sesiapa yang pernah baca pasal pengalaman aku menjaga Zizou yang dijangkiti cirit-birit dan muntah-muntah mungkin akan paham perasaan aku ni.

Semalam, aku ambil Zizou di rumah pengasuh. There's this old lady, waiting for her grandson, who's still sleeping. Jadi, dia pun berborak2 la dengan mbah si Zizou ni. Aku pun bersalam la dengan old lady ni.. dia siap cakap "I'm waiting for my grandson"

Lepas tu, mbah si Zizou pun bgtau "Si Polan hari ni cirit-birit"… , aku jadi tersentak.. di fikiran aku, kalau anak sudah kena cirit-birit, jangan la hantar ke rumah pengasuh or nursery. Takkan la tak faham2 lagi. Macam tidak pernah kena pengajaran saja. Pasal, last time pun si polan ni pun kena jangkit juga cirit-birit ni, cuti seminggu.

Mungkin ibu budak ni tidak boleh bercuti. Jadi, apa la Tok Nek (kunun gelaran this old lady to her grandson is Tok Nek) ni buat di rumah anaknya kalau tidak boleh jaga grandson sendiri? Hm…..

Untuk makluman, budak yang kena cirit-birit ni sudah berumur setahun lebih (dekat2 nak 2 tahun le kot).. dah bole berjalan, berlari, main sendiri, makan sendiri, tengok tv, pandai berjoget kalau ada lagu yang best2, boleh panggil mak, mbah… mau dibandingkan dengan anak aku yg baru pandai merangkak, makan sendiri pun masih belum reti… tau nangis dan jerit saja kalau mau everything… so, clearly, antibody budak tu adalah lebih daripada anak aku yang masih fragile ni…

Aku jadi pening… mau tegur di tempat kejadian pun tidak sesuai pasal Tok Nek dia ada…so, aku pendam saja lah… balik rumah, aku mengadu la dengan husband aku.. husband aku janji dia akan bercakap dengan mbah si Zizou.. aku tamau cakap, takut nanti aku jadi emosional dan akan melukakan hati orang pula…

Pagi ni, kami pun mula bertindak…

Mummy Zizou : "Assalamualaikum"

Mbah Zizou: "Waalaikum salam… addin…masuk..masuk"

Mummy Zizou pun masuk menyerahkan Zizou kepada mbah Zizou, letakkan beg Zizou di atas meja, keluarkan termos bubur dan botol EBM..

Daddy Zizou : "Kak Ros, dengar cerita si Polan ni kena cirit-birit yer… takut jangkit pulak yer"..

Mbah Zizou: "Ha tu la…Kak Ros jadi susah hati la…semalam dah cakap dengan mak si polan ni…tapi dia kata dia dah tak boleh cuti… Kak Ros bagitau la..takut nanti jangkit kat budak lain.. tapi, nak buat macam mana… terpaksa la Kak Ros jaga jugak… sekarang ni, lepas Kak Ros handle si polan ni…kena la Kak Ros cuci tangan betul2.. nak rebus semua barang2 si polan tu.. mainan pun kena cuci.. tak ble bercampur.."

Mummy Zizou: "Tok Nek si polan tu ada kan… nape dia tak jaga je cucu dia"..

Mbah Zizou: "Tu le…semalam nenek dia cakap, si Polan ni kena hantar jugak… dia tak reti jaga budak"…


Uik…tak reti jaga budak?...kalau tak reti, macamana la anak dia boleh jadi dewasa dan akhirnya menjadi bapa/mak orang pula? Bukannya buat apa pun Tok Nek tu.. duk rumah je.. budak tu pun bukan le susah nak jaga pun… reti main sendiri pun…bukan la mau jaga sampai bila2 pun..jaga la sampai budak tu sihat... sudah sihat nanti, hantar la ke pengasuh pula...

Ada juga nenek macam ni yer… bukan la aku mau memuji…tapi rasanya la, mama (kalau sudah bersara) dan ibu mentua aku mesti willing mau jaga cucu mereka sendiri...mama aku selalu pesan, kalau anak sakit, ambil la cuti, jaga la anak sendiri…Insyallah, kalau jaga sendiri, anak akan sembuh lebih cepat…jadi, jangan la mengada2 ambil cuti saja2 untuk holiday lama.. cuti tu biar la dikhaskan untuk kes emergency…

Nasib la cucu-cucu yang ada nenek macam Tok Nek di atas tu… selfish..(tatau la kalau dia masalah lain pula le kan)...

Tau la pengasuh tu dibayar untuk jaga anak.. tapi dia pun manusia juga… dia pun ada budak lain yang perlu dijaga juga… kalau budak lain kena jangkit… kalau Zizou kena jangkit… bukankah aku yang susah… kalau pengasuh tu sendiri kena jangkit.. bukankah semua budak dan mak budak tu yang susah…tak pasal2 semua kena cuti…kan ke lagi haru…(bukan la berkira pasal cuti pun, cuma aku mmg tidak sampai hati tengok si Zizou flat pasal muntah2 dan cirit2...sasak nyawa eh..)

Kalau aku ni berkemampuan, memang aku ambil maid saja… nasib la labu… aku serahkan saja pada Tuhan semoga Zizou sihat walafiat…Amin…

Apa2 pun, ni semua akan menjadi pengajaran kepada aku…

p/s:

1. jangan la bagi budak kecik makan sebarangan... kita makan kerang, bagi budak makan kerang..pandai2 la... make sure makanan yang kita bagi tu bersih dan berkhasiat...orang dewasa kena cirit pun rasa macam tak larat, ini kan pula budak kecik...

2. jangan la berkira dengan anak dari segi hal kisah sayang ni... kalau kita tidak berkira untuk jaga dorang ni sementara dorang masih di bawah ketiak kita, InsyaAllah, bila kita meningkat tua nanti, dorang pun tidak akan berkira untuk jaga kita juga..selagi kita memberi mereka didikan yang baik... kalau sekarang pun berkira, jadi, jangan heran la kalau kita tua nanti pun, dorang akan cakap "Tak reti la jaga orang tua"....ambik kau..

Friday, August 24, 2007

Kepala bulat?

Macam-Macam: Tadika cuma terima pelajar kepala bulat


BEIJING: Sebuah tadika elit China mensyaratkan hanya menerima kanak-kanak mempunyai kepala bentuk bulat sebagai pelajarnya atas alasan mereka paling pandai berbanding yang mempunyai bentuk lebar atau rata.


"Kami akan memeriksa bentuk kepala bakal pelajar sebagai syarat utama kemasukan. Kepala bulat melambangkan kecerdikan dan pelajar yang mempunyai bentuk lain tidak mungkin dapat mengatasi pelajar kepala bulat," kata Li Junjie, pemilik tadika elit yang dipetik China News Network.– Agensi


Kepala bulat?

Adakah bayi yang berkepala bulat adalah lebih cerdik daripada baby yang berkepala lebar, rata, lonjong dan sebagainya?

Zizou berkepala bulat. (mungkin juga dipengaruhi dengan cara kelahiran secara caesarean). Dan kepala Zizou juga tidak leper dan lebar kerana masa dia tidak banyak dihabiskan dengan aktiviti baring sejak dilahirkan. Mungkin kerana dia selalu didukung (manja sangat la… nak kena dukung je…).. aku ada nampak juga baby yang berkepala leper dan lebar ni, maybe pasal dorang banyak baring.

Jadi, Zizou cerdiklah? Alhamdulillah… parents mana tanak anak dia cerdik.. ye tak…


Thursday, August 23, 2007

Sanak jiwaku…(senak dadaku)

Zizou ni kan..makin lama…makin lasak… orang brunei cakap "makin cakah".. cakah = aktif, lasak.. adakah kerana time aku mengandungkan Zizou dulu aku 'cakah'? (memang 'cakah', kerja aku mau berjalan saja…boring duduk rumah lama2)

Atau mungkin juga kerana time Zizou masih berumur 2 hari sehingga 3 minggu macam tu, aku mandikan dia dengan sebatang kayu lurus (pasal bapa aku yang suruh).

Kununnya, pakcik aku yang paling tua jumpa kayu tu. Kayu tu actually macam dahan or ranting yang amatlah lurus. Mengikut kepercayaan orang tua di kampung aku, kalau mandikan baby dengan air yang direndam dengan kayu tersebut, nanti tulang baby tu cepat keras. Kayu tu bapa aku simpan sejak aku lahir lagi. Kununnya juga, kayu tu pun kadang2 ada dipinjam oleh sedara bapa aku untuk kegunaan mandian anak-anak dorang.

Tatau la betul ke tidak… apa salahnya kalau mencuba. No harm trying pun.. takat celup2 kayu sahaja. Yang aku pasti, aku pun admit yang aku ni mmg la aktif or ligat. Dari aku kecil sampai sekarang, aku mesti rasa something wrong kalau duduk senyap saja. Even dalam ofis pun, kalau aku sudah lama duduk, aku akan jalan2 sekejap, ambil angin round ofis.

Hmm…sebenarnya bukan mau cerita pasal kayu ka, aku aktif ka… aku mau cerita pasal Zizou.. (ada orang tegur aku..sejak ada baby ni, cerita pasal baby saja..gambar online pun gambar baby saja…ntah la… aku rasa cerita pasal Zizou lagi best)..

Back to the real topic, kenapa aku urut dada?

  • Last monday, Zizou ni panjat 3 seater sofa aku di rumah. Lepas tu dari hujung sofa ni, dia pun merayap ke sebelah hujung sofa. (aku berada di tempat kejadian). Lepas tu aku tegur "Apa anak mummy buat di situ tu?". Dengan tidak semena-mena, dia menjerit kerana excited (mungkin dia ingat aku puji dia la tu) terus terjun tiruk ke bawah. Nasib baik la bawah sofa tu aku bentang tilam. Dia pun landing dengan kepala dulu touch down ke tilam dan lehernya seperti terlipat sikit. Aku jadi takut kalau leher dia patah ke apa. Lepas tu, barulah kakinya touch down ke bawah…. Lepas tu dia ketawa… subhanallah anak aku ni..
  • Lepas dia aktif menjalankan kegiatannya (cthnya seperti makan hp, makan remote, baca buku sambil makan…), dia kelihatan seperti meneran. Aku pun tegur la "Anak mummy berak yer..".. lepas tu dia menangis.. risaunya aku..rupanya Zizou sembelit. Aku jadi mati akal. Terus ku capai baby's oil dan aku tuangkan ke bahagian bonbon nya. Aku urut2 bonbon nya dengan harapan dia senang berak. Dia pun berjaya mengeluarkan poopoo nya tapi sambil menangis. Tanpa berlengah, lepas cuci bonbon dan pakai pampers, aku bagi dia minum prune juice yang dicairkan. Sekarang ni, Zizou tidak sembelit lagi. Alhamdulillah. (Sakit oooo sembelit…time berpantang dulu kena sembelit..macam mau mati saja tidak aku ni..)

Tuesday, August 21, 2007

Fotopages bungung..so update pakai blogspot...

Rasanya macam sudah lama bangat aku tidak update foto2 buah hati aku si Zizou ni...

Selama aku tidak update ni la, Zizou kena admit masuk wad pasal muntah2 dan cirit birit. Lepas tu, kami "nipiskan" rambut Zizou..(rambut si Zizou kan tebal, ikal pulak tu.. ZIzou pun ada satu habit yang kami cuba elakkan iaitu, menarik rambut)... dengan harapan, rambut pendek akan mengurangkan tahap kerimasan Zizou dengan rambutnya yang lebat, tebal dan ikal.




Ni gambar Zizou time kami makan roti canai di petang weekend yang indah di Raju's, Jalan Gasing, PJ. Daddy si ZIzou mmg suka makan sini. Dia kata, dapat mengingat kembali memori indah time dia sekolah La Salle dulu..











Ni gambar time Zizou kena muntah2 dan cirit. Zizou kena drip masuk air pasal sudah dehydrated. Kisahnya ada di sini...









Ni gambar Zizou time kena slope rambut oleh barber yang amatlah penyabarnya..

Zizou 8 bulan – 38 minggu – sudah pandai buat apa?

Ini adalah sambungan kepada hobi ZIzou.

Zizou sekarang

  1. Sudah ada 2 batang gigi bawah...
  2. Sudah pandai memanjat sofa (selalunya kerana ingin mencapai sesuatu – kadang2 mummy or daddy sorok remote control). Lepas panjat, dapat remote control, Zizou pun rileks di sofa sambil meniarap dan makan remote control tu.
  3. Selain dari memanjat sofa, Zizou juga sudah pandai memanjat walker. (Walaupun aku macam bangga pasal anak aku sudah pandai memanjat, tapi sebenarnya aku risau..baby mana tau bahaya kan…)
  4. Amatlah suka menjerit. Suaranya.. Ya Tuhan… nyaring yang amat…
  5. Bangun awal, sebelum subuh sudah kejutkan mummy dengan ciom molot mummy. Or maybe I can say, ciom molot = makan molot mummy?
  6. Pandai tengok tv. Kalau ada rancangan kanak-kanak menyanyi, mesti tengok. Selain tu, amat suka tengok iklan di channel 70 Astro or Star Channel. Especially lagu si Mika tu.
  7. Selain dari menjerit2, Zizou juga suka bergoyang2 dan head banging kepala...macam kuda... tu tanda dia excited..

Zizou yang suka menjerit

Zizou selalunya menjerit kerana dia excited or gembira. (Tapi kalau dia menangis pun boleh tahan juga la..sakit juga la telinga ni mendengar). Perkara2 yang boleh buat dia excited

  1. Time aku ambil Zizou di rumah pengasuhnya. Kalau time tu dia dalam walker, seboleh mungkin dia akan berlari (kaki pun macam tidak jejak lantai). Lepas tu, jerit kuat2
  2. Time daddy dia balik rumah dari kerja. Kalau dengar bunyi pintu dah kreuk..kreuk (bunyi tombol dipusing)… Zizou sudah jerit2.. sebab dia tahu, daddy's home!!!
  3. Time aku call daddy si Zizou... pasal aku selalu on speaker.. ada ja bunyi caller tone.. Zizou sudah excited jerit2..
  4. Time main cak cak
  5. Time mandi
  6. Time makan
  7. Time tengok pertunjukan bunga api di Putrajaya. Mula2 Zizou macam hairan, lepas tu takut (pasal ada bunyi mercun).. tapi lepas tu excited. Every time ada bunga api, setiap kali tu juga dia menjerit. Tapi ada juga time, Zizou macam boring ja.. (bunga api tu setengah jam show).. Husband aku ble cakap, mana2 bunga api yang naik, Zizou jerit, tu yang menang...hehehe... ada la plak...

Friday, August 17, 2007

Berapa orang anak?

Sebagai seorang pompuan yang waras (lelaki pun ble jugak menyebok kalau nak), pernahkah anda terfikir, berapa orang anak yg anda mahu jika anda berkahwin nanti? (Ni time belajar dulu la… or time berchenta, or time mula2 kahwin dulu)..

As for me, time berchenta dulu, aku pernah tanya boipren aku (sudah menjadi husband yang terchenta sekarang).. dia mau anak berapa? Dia kata mungkin 3 (pasal dia adik-beradik pun 3 orang)..

Aku pun macam setuju jugak. Angka 3 tu macam ngam2 saja. Kalau 2 rasa macam sikit sangat, tambah pula kalau dua2 anak tu sama jantina. At least mau juga sepasang, boy and girl.

Kalau 4 pula, aku tidak tau pula aku mampu handle atau tidak.

Kalau 5 pula, sama macam jumlah anak parents aku sekarang ni la.. (dan mungkin untuk selama-lamanya, rasanya macam tidak mungkin sahaja mama aku mau mengandung and beranak lagi..tetapi tidak mustahil..).

Walaupun kami 5 beradik, aku rasa macam ok. Tidak ramai sangat, tidak sikit sangat. Kalau salah seorang tiada, rasa macam sunyi saja rumah. And each one of us, ada perangai masing-masing.

Aku – Ketua, tukang bagi nasihat kepada adik-adik, tukang sampaikan permintaan adik-adik kepada mama dan bapa (macam ketua kampung ni kunun)

Tasha – can be very loud, and can be very silent.

Zakir – seorang yang lurus, naïve (still naïve ka?)

Nurul – joker in the family, seorang yang pengalah

Lina – she is the baby in the family (no longer la…pasal dia sudah ada nephew..hehehe).. kadang-kadang aku tidak rasa keghairahan kalau si Lina ni bercerita, mungkin kerana age gap kami yang jauh, but every time I see something cute and sweet, aku akan teringat Lina

Dan apabila kelima-lima kami digandingkan, ditambah pula dengan mama dan bapa, rumah boleh menjadi riuh

segamat2nya… kalau kesemuanya ada, tapi senyap sunyi saja, kemungkinan kami semua tidur…or there is something wrong somewhere…

Jadi, mama bapa aku ada 5 orang anak. Aku mau berapa? Aku pun tidak sure. Tapi aku tidak akan menolak rezeki.

Sekarang ni pun, aku sudah berkira-kira untuk bagi Zizou seorang adik (boy or girl tidak kisah, tp kalau dapat girl pun syok juga, merasa la pula ada baby girl). Insyallah, after Zizou umur setahun setengah ka… as for my hubby, dia mengikut saja…hehehehe…

Aku dan hubby pun sudah ada nama untuk adik Zizou kalau ditakdirkan dia baby girl..hehehe…

Wednesday, August 15, 2007

Hobi Zizou

Zizou sekarang suka

  • Berusaha untuk berdiri sendiri dengan memanjat sofa
  • Tengok iklan TV3 Duniamu (pasal muzik yang menarik + pasal ada budak lari2 keliling sofa?)
  • Tengok kartun Kacang di TV1
  • Makan bubur nasi yang dikisar dengan sup ayam + celery +lobak merah
  • Masuk bilik air untuk dicuci bon bon (pasal dalam bilik air pakai lampu dinding yang fancy)

Monday, August 13, 2007

Zizou sakit & kes lepas geram

Zizou & Viral Infection

2 kali Sabtu yang lepas, di waktu pagi yg sunyi (jam 3), Zizou start muntah2 setiap setengah jam.. menjelang pagi, aku sudah menjadi bingung. Apa yg Zizou makan buat dia muntah2 ni? Porridge yg aku buat? Sebelum ni ok ja? Susu NAN yang dia minum di rumah bbsitter nya? Aku rasa susu tu belum expired. Susu aku sendiri? Lagi la sepanjang masa fresh manjang (hanya kuasa tuhan yg boleh buat susu aku ni basi)..

Kami hantar Zizou ke klinik. Kena bagi ubat tahan muntah, colic, sakit perut dan oral salt. Sampai rumah, badan Zizou jadi panas dan Zizou start cirit-birit. Ya Allah.. tambah la aku puzzle. Aku bagi Zizou minum ubat demam. Menjelang tgh malam, baru la bbsiteer bgtau dia suspek Zizou kena jangkitan kuman sebab ada budak yang dia jaga cirit-birit since Wednesday.

Sudahnya, kami bawa Zizou ke Hosp Putrajaya. Zizou kena masuk air. Hari rabu, bawa lagi ke Hosp Putrajaya sebab Zizou sudah semakin lembik, cengkung, tidak aktif dan dehydrate. Zizou kena admitted selama 2 hari.

Lebih teruk lagi, mummy si Zizou ni pun kena jangkit juga. Apa la nasib.. Alhamdulillah, sekarang Zizou sudah sihat dan aktif seperti sedia kala.

KES LEPAS GERAM

Kes doctor yang berlagak

Pagi sabtu kami bawa Zizou ke klinik tu. Sebenarnya, bukan klinik. Tapi adalah sebuah pusat perubatan yang terkenal di Bangi. Hasrat kami besar untuk berjumpa dengan specialist. Tapi kerana hari masih terlalu pagi, hanya doctor biasa saja yang bertugas.

Doctor yang kami jumpa tu…bertanya seperti acuh tak acuh..bagi penerangan seperti tiada penerangan..gayanya macam busy mau mampus.. macam mau kami blah cepat saja dari biliknya. Oleh kerana aku tidak faham penerangan yang dia berikan tentang macamana mau bagi ubat utk Zizou, dia boleh jawab “Saya cakap apa tadi?”..

Dushh…tersirap darah aku mendengarnya.. nasib baik aku tgh pegang Zizou. Kalau tidak, mmg aku sudah bawa gaduh doctor tu.. sudahlah aku datang klinik tu aku bayar servis dia, dia boleh buat taik sama aku ni.

Tapi aku sabarkan, kerana aku fikir mungkin dia baru lepas bergaduh dengan suaminya. Atau mungkin hari ni adalah hari pertama dia period. Atau mungkin jua dia sedang menderita penyakit cirit-birit. Atau mungkin juga dia pening kerana diburu Along. Atau mungkin dia sedang menghadapi dakwaan dari patient dia yang tidak puas hati. Nasib la… kalau dia ada klinik sendiri, aku bagi masa 1 bulan saja…sure bankrap.

So, sekiranya anda doctor dan anda membaca blog saya ini, anggaplah diri anda sebagai patient sebelum merawati patient anda sendiri. Apa salahnya berbudi bahasa. Educate patient anda supaya kami lebih faham sebelum mengambil ubat dan kami lebih tahu mengenai penyakit yg kami hadapi. Tahulah anda belajar tinggi.. tapi, sedarlah…ilmu anda adalah daripada Allah… maka Dia berhak untuk mengambil ilmu tersebut bila-bila sahaja Dia suka.. tiada guna anda takbur dengan ilmu yang anda miliki..kalau mau ilmu tu berkat, merendah diri la… anda jadi doctor untuk membantu insan lain, bukan untuk berlagak..

Kes ibu menghantar anak yang sakit ke nursery/rumah bbsitter

Budak yang dijangkiti cirit-birit sejak Rabu tu… selamba saja dihantar oleh ibunya… hari Khamis pun dia hantar, hari Jumaat pun dia hantar… bila anak orang lain sudah terjangkit, pandai pula dia hantar anaknya ke kampung..

Bbsitter aku pun seganlah, takkan la dia mau menolak budak tu.. jadi terpaksa la jaga.. mau salahkan dia pun, aku rasa macam tidak patut juga…

Dalam hati ni, rasa macam mau sound saja ibu budak tu.. “kau tidak mau cuti pun, jangan la menyusahkan orang..pandai beranak, pandai la jaga anak. Kau cari duit pun bukan untuk orang lain, untuk anak kau juga. Tau la kau bayar bbsitter tu, tapi pandai2 lah bertimbang rasa. Tidak pasal2 anak orang lain dan ibu-ibu mereka terlibat.

Anak kau tu adalah besar 2 tahun. Anak aku baru umur 8 bulan. Risiko anak aku untuk parah adalah lebih daripada anak kau tu. Kalau ada apa2 jadi, kau mau jawab ka? Nasib baik dia masuk hospital lepas tu sembuh.. tapi kalau tidak pandai sembuh, kau mau cakap apa? Kau mau ganti ka anak aku? Kau mau bayar ka bil hospital aku? Cuti aku habis 5 hari tu kau mau ganti ka?

Kan bagus awal2 kau hantar anak kau pegi ke kampung, tidak la menyusahkan orang..”

Geramnya aku….

Thursday, August 2, 2007

Pilih yang mana satu


Terdapat tiga wanita di dalam gambar ini. Wanita yang kiri sekali memberikan anaknya susu formula melalui botol. Wanita tengah adalah seorang ibu yang sedang mengandung. Wanita ketiga pula seorang ibu yang menyusukan bayinya dengan susu ibu.

Jika diperhatikan sehalusnya, dapat kita lihat bahawa tiada ‘eye contact’ atau perhubungan mata antara wanita pertama dengan anaknya yang menyusukan susu formula itu. Ibunya asyik memandang ke arah lensa kamera untuk memastikan wajahnya menarik ketika gambar diambil. Dia langsung tidak memandang wajah anaknya yang sedang menyusu, dan si anak pula sibuk memandang ke arah lain tanpa memperdulikan ibunya.

Ibu ketiga (ibu yang memberikan susu ibu) pula adalah sebaliknya. Beliau langsung tidak menghiraukan lensa kamera kerana lebih asyik memerhatikan bayinya yang enak menyusu. Bayinya juga turut memerhatikan ibunya dengan penuh kasih sayang. Mereka berada di dalam dunia mereka sendiri seperti dua insan yang bercinta. Inilah penangan susu ibu. Hanya mereka yang pernah menyusukan bayi mereka yang sepenuhnya sahaja memahami perasaan ini.

Manakala ibu kedua pula sibuk memikirkan ketika bayi yang bakal dilahirkan kelak, ibu yang mana akan dicontohinya? Ibu pertamakah atau ibu ketiga?

Friday, July 27, 2007

Balik-balik menyanyi..bosan..

Aku memang boring dengan senario (eiseh…pakai perkataan senario..) hiburan di Malaysia ni yang balik2 menghidangkan pertandingan menyanyi. Lepas tu, pemenangnya kena pilih dengan undian sms orang awam pula tu.

Macam tiada pertandingan lain saja boleh buat. Tapi ada juga sesetengah contest yang bukan pasal menyanyi dan kira macam segar juga la..contoh So you Think You Can Dance dan pertandingan cari pekerja Carrefour – aku pun tidak ingat tajuk - (konon tiru The Apprentice+Survivor+ ntah apa2 lagi la).. but still, guna sms.

Baru2 ni ada pula pertandingan nyanyian LG dan di kalangan peserta tu ada pula budak sekolah rendah. (Tak sekolah ke?). .. the rest of the contestants pula, adalah muka2 pencuba nasib yang gagal untuk masuk AF, Malaysian Idol dan lain-lain pertandingan nyanyian.

Aku rasa Malaysia ni sudah kehabisan bakat la. Pasal balik2 muka sama juga pergi audition. Lepas tu semua nyanyi lagu orang..boring… (kalau nyanyi lagu dorang sendiri, lagi boring la kali…)

Aku ni kata ja boring, tapi kadang2 aku tengok juga. Tapi, aku tidak SMS. Aku tengok sambil aku kutuk. Hahaha..

SMS? Aku pun heran kenapa people keep SMSing untuk pertandingan yang memang 100% tidak akan membawa keuntungan kepada penghantar SMS tu. Siapa yang SMS sebenarnya, adakah hanya di kalangan sanak saudara dan kawan-kawan peserta tu sahaja?

Untung ka stesen TV yang buat pertandingan nyanyi2 ni? Kalau AF tu sah2 aku rasa macam bawa banyak untung, tapi yang lain2 tu, banyak ka SMS yang masuk?

Menyanyi, menyanyi… nampaknya rakyat Malaysia ni bakal jadi macam orang-orang yang hidup dalam filem Hindustan. Kurang pada part menari saja.

p/s: Aku tengok AF saja.. pasal promosi dorang bagus kot. But still, aku tidak undi. Huhuhu….

Thursday, July 26, 2007

Apa yg aku mau beli..

Aku mau beli…

Jam tangan – jam tangan hadiah husband yang aku dapat sebelum kahwin sudah rosak. Kalau repair pun sudah mencapai half price dari harga beli dulu. Jadi, bagus beli yang baru.

Buku bertajuk “Totto-chan : The Little Girl at the Window” – testimonial aku baca konon buku ni bagus untuk member bimbingan dan didikan awal kepada anak kita. Kunun kita akan jadi lebih kreatif dan berimaginasi.

Madu khaula – ni untuk supplement food aku sendiri. Supaya bekalan susu bertambah banyak dan lebih lancar. Insyaallah.

Song for Zizou

Buah Hati
(Komposer : Julfekar)


Putih wajah berseri
Iringi langkahku
Dialah permata hatiku


Senyuman yang terukir
Menatapku manja
Dialah mutiara cintaku
Jiwamu menyentuh kalbuku


Terima kasih ku padaMu
Kepada Tuhanku yang satu
Anugerahmu itu


Puji syukur ku ucapkan
Atas nikmat yang diberikan
Yang lama ku impikan
Kerana dirinya buah hatiku
AmanahMu


Terbentang luas
kasihku tak bertepi
Putihnya Jiwamu
Sesucinya cintaku
Yang mengalir
Dalam setiap nadi hidupku

Lagu buat Addin Zidane


Semalam time driving balik rumah, macam biasa, pasang la radio Era. (Ni mmg favorite radio channel aku.. tp lately ni aku macam kecewa sket pasal dorang pindahkan Krill for slot K&K weekdays pagi...huhuhu)..

Lepas tu Linda Onn pun kata lagu lepas ni adalah lagu Buah Hati nyanyian si Farawahida.. (emm...bukan favorite artist aku k...)

Walaupun tidak le gemar (menyampah pun tidak), aku dengar le jugak kan.. pasal aku bukan jenis suka tukar2 channel..

Cheh..boleh tahan la lirik lagu ni... menyucuk hati dan kalbu ku...

aku rasa lagu ni pasal anak yang dilahirkan.. dan ditunggu-tunggu... sepanjang lagu ni kena nyanyikan, aku rasa syahdu ja teringat si Zizou...

Tuesday, July 24, 2007

Apa kata survey

How tall are you barefoot?
- 4 kaki 8 (pindik ja)..

Do you own a gun?
- tidak

Do you hate someone right now?
- macam tidak saja

Do you get nervous?
- kadang-kadang

What do you think of hotdogs?
- Vikings hotdog

What's your favorite Christmas song?
- yang lagu 12 days of Christmas tu..wujud ka?

What do you prefer to drink in the
morning?
- tea

Can you do push ups?
-sekarang ni macam semput ja kalau buat

What's your favorite piece of jewelry?
- golden ring (bukan kerupuk tu…cincin emas bah)

Do you like painkillers?
- I dun like, but have to take ponstan sumtimes..

What is your secret weapon to lure the opposite sex?
- uuu… hmmm…. Nama pun secret weapon…jadi rahsia la

Do you own a knife?
- ada… satu set pisau dapur, hadiah time kawin

Do you have H.I.V?
- teda… suda aku buat test b4 kawin dulu

Name?
- Nadia yang chantek

Name 3 things u wanna do at this exact moment?
- mau menyiapkan sistem

Name the last 3 things you have bought lately:
- nasi goreng, milo, pampers Zizou

Name 3 drinks you regularly drink:
- air suam, teh, milo

What time did you wake up today?
- 0600 hrs

Current worry?
- hmm… macam teda

Current hate?
- radio era yang menukar dj nya di waktu pagi

Favorite place to be?
- rumah ku.. home sweet home…

Least favorite place to be?
- ada la kali, tp nda bole bgtau…

Where would you like to go?
- London, Bali, Singapore, Labuan

Do you own slippers?
- ada…banyak juga

What shirt are you wearing?
- no shirt, just baju kurung

Favorite color?
- pink

Would you like to be a pirate?
- tidak…



What songs do you sing in the shower?
- macam tiada masa mau menyanyi, mandi skrg kena express, pasal Zizou nda boleh nda tengok aku

What did you fear was going to get you at night as a child?
-hantu bawah katil

What's in your pocket/s right now?
- yilek poket

Last thing that made you laugh?
- hmm… email yg lucu

Last thing that made you cry?
- tengok orang bersalin dalam tv…(mesti buat aku menangis..wonder why)..

Worst injury you've ever had?
- hmm… dahi benjol sampai darah turun ke mata, anak mata jadi merah macam hantu

Who is your loudest friend?
- antah, aku la kali

Who is your most silent friend?
- ada tu… tp selalunya kawan2 aku bukan pendiam sangat…

Last movie watched?
-stomp the yard (tgk dvd ja)..

What is your favorite book?
- I forgot… aku banyak baca magazine ja sekarang

What is your favorite chocolate?
- bitter sweet

What song do/did you want played at your wedding?
- hmm.. apa2 la lagu kahwin yang meriah…

What were you doing 12 AM last night?
- tidur…mungkin menyusukan Zizou

What was the First thing you did today?
- masak bubur Zizou

What was the last thing you did the day before yesterday?
- mesti tidurkan Zizou

Wednesday, July 11, 2007

Get a life – to prevent distress

Every morning before keluar rumah hantar Zizou ke rumah babysitter and going to work, aku pasang TV3. Kadang-kadang ada sesi motivasi, kadang2 hos MHI ni ada interview sapa2 untuk berbual bicara pasal berita terkini.

Pagi ni punya cerita membuatkan aku terstuck tgk tv. Sampai husband boleh heran kenapa aku masih belum siap lagi, dia ingat aku cuti hari ni.

MHI cerita pasal kes ibu bunuh bayi 10 bulan yang dijumpai mati di tali air dekat rumahnya. Ibu tu ada 5 orang anak (tidak termasuk baby yang sudah meninggal tu) dan disahkan ada penyakit mental.

Beberapa isi penting yang aku dapat rumuskan daripada sesi bual bicara tu, mengikut Dr. tersebut

  • Penting bagi seorang ibu menjadi isteri yang solehah terlebih dahulu. Ini adalah supaya naluri keibuan wanita itu timbul dan dapat dipancarkan kepada anak yang dilahirkan.
  • Sentuhan, layanan dan kasih sayang suami kepada isteri adalah teramat mustahak - bermula daripada ibu disahkan mengandung, hingga saat melahirkan, saat ibu berpantang dan seterusnya untuk menjamin isterinya dapat member kasih sayang yang berbelah bahagi kepada bayi yang dilahirkan.
  • Manusia bertindak mengikut 70% emosi dan 30% polisi (akal). Jika polisi mengawal emosi – selamat. Sebaliknya, kes naya.
  • Mau elak sakit mental? Get a life, get a help. Dapatkan sokongan suami, sanak saudara, jiran, kawan.
  • Organ utama bagi manusia – hati. Hati terbahagi kepada 4 – manusia, malaikat, ganas, iblis.
    • Manusia – ingat dunia saja dan cenderung terpengaruh kepada ganas dan iblis
    • Malaikat – always positive dan ingat akhirat juga
    • Ganas – tukar macam binatang malah lebih ganazz
    • Iblis – tak perlu la mau define, tau la iblis macamana

Kesimpulannya, ibu yang bunuh anak tu sebenarnya tidak bersalah kerana dia sakit. Yang bersalah ialah suaminya, jirannya, sanak saudaranya kerana membiarkan ibu tersebut menjaga 6 anak tanpa bantuan.

Semoga menjadi iktibar bagi kita.

Tuesday, July 10, 2007

Makan Ubat

Si Zizou sekarang ni sudah masuk seminggu lebih selsema + batuk. Dalam masa seminggu tu, dua kali pegi klinik. Tapi mengikut doctor, Zizou ok, Alhamdulillah lung dia pun clear. Just bagi dia makan ubat yang diberikan.

Masalahnya, mau makan ubat pun macam berperang. Jadi doctor bagi petua, campurkan ubat Zizou mengikut sukatan yang ditetapkan, dilute dengan air masak (jadi la cordial ubat selsema dan batuk), masukkan dalam botol dan bagi Zizou minum.

Tengok la, kalau Zizou mood ok, cepat ja habis ubat tu… kalau mood tidak ok, kena la daddynya yang tolong monitor.. pasal daddy nya lebih sabar dalam hal memberi ubat pada Zizou… kalau mummy nya ni jangan harap la… (risau bah… mesti paksa Zizou makan ubat pasal mau dia cepat sembuh)…

Lepas tu, Zizou sekarang ni macam orang berdiet. Minum susu sikit, makan pula seboleh mungkin tidak mahu. Membazir ja bubur Zizou mummy masak pagi2. Sampai pening kepala mummy mau bagi Zizou makan apa.

Sudahnya, pagi ni mummy bekal Zizou nestum Oat with prune ja. Mana la tau Zizou mau bertukar selera.

Badan Zizou makin susut. Lepas tu makin lasak. Sekarang ni Zizou suka betul menyondol badan mummy especially time Zizou menyusu. Bibir mummy pun sudah banyak pecah2 hasil head butt Zizou.

Zizou..zizou..Addin Zidane..

Wednesday, July 4, 2007

Milk oh Milk!

Aku terpanggil untuk berkongsi cara-cara untuk berjaya ni kerana aku rasa aku ada pengalaman dan sedikit ilmu. Tapi aku sendiri pun tidak berjaya kerana aku sudah mengenalkan Zizou dengan susu formula pada usia yang awal iaitu 3 bulan lebih. Aku saja-saja mau tulis ni untuk menjadi panduan kepada semua orang (bakal ibu, wanita yang sudah lama menjadi ibu dan teringin menambah anak lagi, wanita yang merancang untuk ada anak, lelaki-lelaki yang ada anak dan teringin ada anak) yang baca blog ni dan pengajaran untuk diri aku sendiri.

Sebagai ibu manusia, aku rasa amat mustahak setiap bayi manusia juga minum susu manusia. Aku amat pro breastfeeding but sadly, bukan hard core breastfeeder (sob…sob..isk). Dan dalam masa yang sama, aku bukanlah meremehkan susu formula. Cuma aku rasa amat kasihan dengan bayi yang belum pun berumur 2 bulan tapi diberikan minum susu formula. Dalam masa beberapa bulan pertama umur bayi, time tu la otak mereka cepat berkembang.
Insyallah, kalau ada rezeki second project nanti (adik Zizou akan datang), aku harap aku dapat menyusukannya 6 bulan pertama secara ekslusif (tanpa susu formula, air masak, glukos, nestum dan apa2 la tanpa nasihat daripada doctor). Moga diizinkan Tuhan…
Breastfeeding
Cara-cara untuk berjaya menyusu baby dengan susu badan ialah
Ketika mengandung
  • Ketika mengandung, pasangkan niat dan tanamkan azam untuk menyusukan anak dengan susu badan sendiri. Janganlah hanya fikir mau shopping baju baby jenama apa, pampers apa, katil macamana, macamana mau kurus balik…hanya keazaman yang kuat dapat menjamin penyusuan susu badan sepenuhnya.
  • Niat dan azam tu pula haruslah disertai dengan belajar apa yang patut. Sekarang banyak sumber bacaan yang boleh didapati daripada majalah, buku, internet. Rata-rata ibu di US ada kesedaran untuk menyusukan anak mereka. (Means, sumber bacaan tu pun akan banyak juga lah). Kalau tidak paham English, website orang Malaysia pun banyak. Use your Google. (Kalau malas membaca, tanya dengan orang yang tahu.. tanya aku pun boleh…no hal).
  • Educate suami anda ketika sedang mengandung supaya dorang pun sama-sama tahu kepentingan susu badan kepada baby yang bakal lahir. Suami adalah orang yang paling terdekat dan mempunyai hak yang sama besar dengan hak ibu ke atas baby. Sekiranya suami juga concern agar baby mendapat yang terbaik, insyallah dorang mesti menyokong.
  • Carilah hospital dan doktor bersalin yang menyokong breastfeeding. Ini adalah salah satu factor kejayaan awal yang paling utama sebenarnya. Hospital rakan bayi akan memastikan bayi disusukan ibu dalam masa sejam selepas dilahirkan untuk merangsang kebolehan bayi menyusu dengan puting asli (bukan puting botol) dan keupayaan hormon ibu yang mengeluarkan susu. Bayi yang dikenalkan dengan puting tiruan akan mengalami nipple confusion jika disuakan puting payudara ibu dan ini akan menyukarkan proses penyusuan badan. (Janganlah lepas bersalin ingat mau rileks saja, memang bersalin tu penat… sebenarnya dengan menyusu, badan akan mengeluarkan hormon yang mengecutkan rahim dan melegakan kesakitan ibu, kuasa Allah…aku yang bersalin caesarean pun boleh menyusukan baby ketika masih numb sebab bius. Sebelah tangan saja boleh gerak sebab sebelah lagi kena masuk drip).
Ketika pantang
  • Jangan beranggapan bahawa proses penyusuan itu akan berlaku secara semulajadi. Ramai ibu2 yang baru melahirkan anak akan jadi panik sebab bayi mereka tidak mahu menyusu badan atau susu mereka tiada atau sedikit. Harus diingatkan, penyusuan yang berjaya melibatkan banyak faktor – cara pelekapan mulut bayi pada payudara yang betul adalah salah satu factor paling utama. Salah lekap (latching), puting mungkin akan terasa sakit dan luka.
  • Mengikut kajian dan fakta, there’s no such thing is susu tiada! Harus diingatkan bahawa pada 4-5 hari pertama selepas melahirkan anak, susu amat sedikit dan berwarna kuning cair kerana yang keluar dari payudara ialah susu awal atau kolostrum. Kolostrum ni walaupun sedikit tetapi sebenarnya cukup untuk mengenyangkan bayi. Selepas 4-5 hari pertama, expect lah untuk menerima kelimpahan susu.
  • Susu badan adalah susu yang teramatlah sesuai untuk diconsume oleh bayi kerana amat mudah dihadam (disamping khasiat yang tidak ternilai). Senang hadam bermakna cepatlah lapar. Means tidur bayi tu tidaklah lama. Kalau bayi sudah terjaga dan menangis kelaparan, cepat-cepatlah hulurkan susu. Bayi yang minum susu formula akan tidur lebih lama kerana susu itu lambat dihadamkan. Sama lah macam ular yang baru makan seekor lembu akan tidur 3 bulan kerana lembu tu tidak hadam dalam masa yang pantas. So, jangan terpengaruh dengan kata-kata orang, “Baby yang minum susu botol lama tidur pasal dia kenyang”…
  • Dapatkan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada ibu bapa dan mentua, penjaga ketika pantang dan terutama sekali, suami sendiri. Jika mereka tidak menyokong anda, lapangkan dada dan pekakkan telinga. Banyak kes berlaku apabila ibu-ibu yang patah semangat kerana dihasut oleh orang terdekat dengan mereka. Skrip yang biasa didengari “Bagi lah baby tu minum susu botol, susu tak cukup kot, kesian baby tu”…
  • Minum banyak air. Penyusuan akan buat ibu berasa dahaga.
  • Jangan fikir asyik hendak berpantang dan mengembalikan bentuk badan asal. Proses penyusuan itu sendiri akan menggunakan banyak kalori. Dengan diet dan senaman yang betul, badan akan lebih kurus daripada sebelum mengandung. Percayalah! (Tidak percaya ka? Lihat badanku, ramping kan…). Kepada para suami, mau isteri anda cepat turun badan, sokong dorang untuk breastfeeding.
  • Co-sleeping dengan baby. Amatlah menyenangkan hidup especially pada sebelah malam sebab tidak payah bangun untuk bancuh susu. Selak baju, mengiring, sua susu pada baby, habis cerita. Ibu happy, baby kenyang, bapanya pun tidur nyenyak.
Sebelum kembali bekerja
  • Simpan stok susu untuk bekalan baby (di nursery, rumah babysitter, di bawah jagaan maid atau parents) ketika bekerja. Susu boleh disimpan dalam peti ais supaya tidak rosak. Susu yang disimpan dalam peti ais adalah 1000 kali ganda lebih baik khasiatnya daripada susu formula yang baru dibancuh.
  • Melaburlah untuk pam susu yang bermutu dan boleh digunakan untuk jangka masa panjang. Pam susu yang baik adalah yang tidak menyakitkan dan mempunyai sedutan yang sama seperti sedutan bayi. Untuk keselesaan dan penjimatan masa, boleh guna pam berkuasa elektrik dan berupaya melakukan double pumping. (Tapi ramai juga yang perah pakai tangan saja.. percuma dan efektif..)
  • Bekalan susu adalah berdasarkan permintaan. Macam belajar ekonomi. Mengepam di pejabat akan memastikan bekalan susu akan sentiasa ada. Jika sesi penyusuan di skip, otak akan berfikir, susu tidak diperlukan. Maka bekalan susu juga akan semakin sedikit.
  • Ajarlah penjaga baby supaya pandai menyediakan susu perahan kepada baby. Cara yang betul akan memastikan khasiat susu perahan tidak hilang.
Motivasi diri sendiri
  • Bayi yang minum susu ibu kurang terkena jangkitan penyakit. Means, kurang pegi klinik. Oleh itu, jimat duit.
  • Bayi amat senang kena alergik. Cara untuk mengurangkan risiko alergik ialah dengan minum susu ibu sahaja. (Provided ibu sendiri tidak makan benda yang menyebabkan alergik – bawak2 la berpantang, bukan untuk orang lain, untuk anak sendiri juga. Baby yang alergik susu lembu, selalu dinasihat minum susu soya, lagi mahal).
  • Bayi yang minum susu ibu sahaja, semuanya pun normal. Kalau berak cair ka, tak berak ka, doctor akan kata tidak perlu risau. Baby yang minum susu formula, mesti doctor advise, tukar susu.
  • Susu ibu adalah free tetapi teramatlah mahal. (Cuba try perah..kadang2 mau kumpul 1 oz pun macam bercinta)… Lagi mahal daripada susu formula yang paling mahal dalam dunia.
  • Susu ibu pada 3 bulan pertama ada laxative (senangkan berak). Ibu bayi yang terkena jaundice (penyakit kuning) akan dinasihatkan untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. Kerana kuning akan keluar ikut najis (sedikit sahaja melalui kencing). Jadi, lebih banyak bayi berak, lebih cepat penyakit kuning sembuh.
  • Kalau orang lain boleh buat, kenapa aku tidak boleh. Antara contoh istimewa:
  • Ibu zaman dulu-dulu (sebelum wujudnya susu formula), dorang bagi baby minum susu badan. Kalau dorang banyak alasan kunun susu tiada, susu sikit, macamana baby dulu-dulu mau makan dan boleh hidup.
  • Dalam Oprah, ada ditunjukkan ibu kepada kembar enam menyusukan anaknya hanya dengan susu badan. Hari-hari kena pam 50-60 kali untuk menyusukan anak-anaknya
  • Ramai ibu yang bekerja yang berhasil menyusukan baby mereka 6 bulan secara ekslusif dan meneruskan hingga baby mereka berumur 2 tahun. Ibu-ibu yang bekerja tu dari pelbagai sector. Bukan yang kerja pejabat sahaja, kerja doctor ada (selalu on-call), kerja stewardess ada (selalu fly), kerja besar-besar ada (selalu out station).
Lagi satu, selalulah mendekatkan diri dengan ibu-ibu yang menyusukan anak mereka juga. Boleh lawat http://www.susuibu.com atau http://www.momslittleones.com atau http://www.mymomsbest.com
Senang cerita, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. With breastfeeding, no money, still can talk. Pasal ia free.
Kalau mau bagi susu formula juga, terpulang. Tepuk dada, tanya selera. (Kalau tanya baby, mesti dorang cakap “I want the real thing!)… tapi seorang ibu yang amat prihatin dengan kebajikan anak, kalau dorang aware bahawa susu ibu amatlah hebat khasiatnya, mesti akan tolak susu formula mentah-mentah.
p/s: Ada orang beranggapan, ibu yang bagi anaknya susu badan tu macam orang kampung, tiada class, pasal bagi benda free.. sorry sikit… berapa ramai ibu sekarang sanggup belanja beribu riban RM untuk beli breastpump and accessories untuk baby mereka. In the end, belanja beli breastpump tu still jimat daripada beli susu formula untuk jangka masa panjang.

Tuesday, July 3, 2007

Breast Pumps

Semasa mengandung, aku sebenarnya tidak pernah ada hasrat pun mau breastfeed baby aku. (Walaupun aku tau manfaat menyusukan anak dengan susu badan.) Lepas aku dibawa ke wad dengan keadaan separuh badan numb (masih dalam keadaan bius), nurse pun datang hulurkan Zizou untuk disusukan. Nurse yang halakan breast aku ke mulut Zizou. Dengan kuasa Allah, Zizou pandai betul latching. Nurse siap puji lagi "Pandai dia menyusu"… aku menjadi kagum dengan baby aku sendiri dan terus bertekad untuk menyusukan Zizou selagi boleh.

Bila sudah discaj dari hospital dan balik ke rumah, aku minta tolong husband untuk belikan aku pam. Aku pun tidak sure kenapa aku buat permintaan macam tu. Mungkin kerana aku fikir susu aku terlalu sedikit. (Walhal, for the first 5 days, memang susu sikit sangat pun, sebab yang keluar dari susu adalah kolostrum.. tu la… takde ilmu punya pasal).

Daddy si Zizou ni pun belikan la aku pam susu jenama pureen yang guna bateri. Mahal juga la. Dalam RM80+ begitu tidak silap. Tapi pakai pump ni, amat la menyakitkan (time mula2 pakai, sudah lama…alah bisa, tegal biasa)…

Apabila cuti bersalin sudah semakin berakhir, aku pun berhasrat mau beli pump yang lebih baik kerana aku mau buat stok untuk bekal Zizou di rumah pengasuhnya ketika aku bekerja. For this time, aku beli Avent ISIS. Manual breast pump. Lebih mahal dari yang pureen tu tapi memang bagus sangat.

Lama-lama, aku boring pula guna Avent ISIS ni, pasal tangan sudah lenguh mengepam. Untuk Zizou pula aku sudah standby dengan susu NAN di rumah babysitternya sekiranya susu yang aku bekalkan tidak cukup. Tapi mengikut kata mbah si Zizou, "Addin tak suka minum susu bancuh, apa kata try susu yang lain"…

Bila mbah si Zizou mencadangkan aku untuk try susu formula yang lain, tiba2 benda ni jadi wake up call untuk aku. Buat apa la aku susah2 mau cari formula milk yang Zizou akan suka, sedangkan sudah terang lagi bersuluh, Zizou memang hanya suka susu aku sahaja. Sudah la sedap, berkhasiat pula (hehehe…. Aku pernah try rasa sikit, memang susu ibu jauh lebih sedap daripada formula milk)..

Now, aku rasa, it's time for me untuk mendapatkan breast pump yang lebih menjimatkan masa, lebih berkesan memerah susu dengan tidak memenatkan tangan aku – breast pump elektrik. Dan untuk kesan yang lebih bagus, aku mau buat double breast pumping.

Yang amat gembiranya, daddy si Zizou sendiri menawarkan untuk beli breast pump baru untuk aku. Alhamudillah, kiranya aku tidak perlu pening pasal budget bulan ni. (Sedangkan, aku memang ada put aside some money pun..hehehe)…

Mudah-mudahan Allah berikan rezeki yang lebih untuk Zizou minum susu aku. Mudah-mudahan, Allah tunaikan hasrat aku untuk memberikan susu yang terbaik untuk Zizou.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...