boleh klik image ni untuk teruskan dengan online registration
boleh klik image di atas untuk maklumat lanjut
Aku terasa.............. wahh!!!! Anak pertama aku mau masuk sekolah suda. Macam terasa baru ja semalam aku mengandungkan, melahirkan, menyusukan, mengajar dia berjalan, mengajar dia bercakap - tup tap tup tap, mau masuk sekolah rendah sudah anak aku tu.
Tahun ni baru tahun 2011, baru bulan April. Ada setahun setengah lagi tu. Kira awal juga lah kan. Tapi bagus juga la buat awal-awal dari sekarang, tidaklah jabatan pelajaran terkocoh-kocoh bila tiba masanya nanti. Kalau ikut kata mama aku (sudah lebih 5 tahun jadi guru besar), tahun 2015 nanti, budak start sekolah dari umur 5 tahun. Lagi awal....
Bakal sekolah si Addin pun baru ja aku dan abang Edi confirmkan. Sebenarnya, ada 2 sekolah kebangsaan yang dekat dengan area rumah aku. Kedua-duanya dalam jarak less than 10 km ja.
Sekolah A lebih dekat, dalam area 4 km, tapi sekolah tu sekolah lama, since 1994. It means, sekolah tu sudah established, walaupun style bangunan sekolah itu agak dulu-dulu. Walaupun dekat, tapi aku rasa traffic ke sekolah tu agak sibuk.
Sekolah B pula lebih jauh sedikit, dalam area 7 km. Walaupun sekolah tu agak jauh sikit, aku rasa perjalanan ke sekolah tu less traffic. Sekolah tu baru start awal tahun ni, so biasalah, kalau sekolah baru, mestilah building macam kolej, besar dan canggih. Tapi sekolah tu asalnya adalah projek sakit (projek yang pernah terbengkalai lama). Masih ada beberapa facilities yang agak sakit, tapi mungkin akan jadi lebih baik pada tahun 2013 nanti.
Dalam masa yang sama, Abang Edi juga ada mempertimbangkan untuk mendaftarkan Addin ke sekolah di Cyberjaya. Kononnya, sebab sekolah tu di Cyberjaya, mungkin sekolah tu lebih bagus dari sekolah dekat dengan area rumah aku. ????
Asas pemilihan pula:
1. Sekolah tu mesti 1 Malaysia - ada Melayu, Cina dan India. Abang Edi dan aku mau pastikan anak-anak kami berkomunikasi dengan semua kaum dalam Malaysia.
2. Sekolah tu mesti dekat dengan rumah - aku tidak mau si Addin terpaksa keluar awal gila dari rumah sebab jarak sekolah yang jauh dan menghabiskan banyak masa dalam bas. (Berdasarkan kriteria ini, sekolah di Cyberjaya adalah dikeluarkan dari senarai sekolah pilihan).
Jadinya, aku dan Abang Edi pun pergilah meninjau keadaan sekolah A dan B (dari luar pagar).
Dengan sebulat hati, kami memilih sekolah A.
Dan yang bestnya, KAFA adalah amat dekat dengan taska Addin sekarang. Mungkin akan transit di sana ja.
p/s:
1. Kalau aku ni kaya, mau ja aku kasi masuk si Addin ke sekolah swasta. Tapi sebab aku ni dari golongan marhaen, jadi aku berharap sepenuhnya kepada sistem persekolahan awam di Malaysia. KSSR tu aku tengok macam ok ja.
2. Kata bapa aku (sudah 20 tahun lebih jadi guru besar), peranan ibu bapa adalah lebih penting daripada sekolah tu sendiri. Kalau masukkan anak ke sekolah paling hebat pun, tapi ibubapa macam hampes, kesimpulannya akan jadi hampes juga.
Terima kasih Nadia, atas info ni & kak long dah daftar pun utk Amelin..kak long klick je kt post nadia nie..senang je rupanya :)
ReplyDeletememang senang kak long.. tinggal nak pi sekolah lagi serah hard copy.. kitaorg pun tak pi lagi :)
ReplyDelete