Lepas aku telek-telek peta Singapore, baca review dari Internet (TripAdvisor etc), compare harga - aku pun pilih Hotel Fragrance Bugis.
Lepas duduk hanya 1 malam di hotel tu, aku agak kecewa. Biliknya kecil, nama pun superior room ja. Tapi aku rasa kalau aku book family room pun mesti tiada jauh beza. Abang Edi sudah terfikir mau upgrade bilik, tapi memikirkan kami hanya akan overnite di hotel tu untuk 1 malam saja, sabar saja la.
Aku rasa bed ni besar sikit ja dari saiz single bed. Di wall depan bed tu ada flat TV.Si Addin pun boring. Tidak habis-habis request mau balik tidur di cruise. Sigh!
Toilet pun kecil. Door mat di luar toilet macam teda-teda ja menyerap air. Bikin menyampah.
Ok la.. ada kettle, ada coffee 3-in-1. Dekat laci tu ada DVD player (si Addin sedang main) dan hair drier.
Harga bilik time aku book tu ialah around SGD 140++ (including GST and service tax). Convert pegi Ringgit Malaysia adalah RM350+. Kalau di area KL ni, dengan harga macam tu sudah boleh dapat hotel yang hebat di Segitiga Emas. Itu pun sebenarnya antara yang termurah la tu. Hasrat di hati tu mula-mula mau book Ibis Bencoolen. Macam senonoh sket. Tapi mahal la pula.
Macam menyesal ja sebab booking kami tu rupanya including breakfast. Rugi ja la pun sebab restorannya ada serve oink oink, mana la kami mau makan sana. Rugi rugi... .
Time aku booking tu, aku request room with window. Tapi kununnya bilik bertingkap suda habis. Ya la tu..
Semua pun cons ja kan. Ada juga yang pro nya
- Sebelah 7 eleven
- Dekat dengan Bugis Junction Mall dan Bugis Street (lebih kurang macam Petaling Street)
- Dekat dengan Stesen MRT Bugis
Itu ja la yang aku dapat fikirkan. More than that, macam teda ja.
Next time, kalau mau turun Singapore pun, kena cari hotel deal yang best gila. Atau lebih bagus, tidak payah stay di Singapore. Stay ja di JB dan turun pi Singapore dengan drive kereta sendiri.
Jalan-jalan di Singapura
Tidak banyak yang boleh diceritakan. Sebab kami tidak banyak berjalan. Faktor utama ialah penat. Faktor kedua ialah cuaca yang tidak mengizinkan.
Pada petang Jumaat tu, kami hanya pegi late lunch di Restoran Zam-Zam - berhadapan Sultan Mosque (around 15 minutes walk from our hotel)..
Abang Edi order Nasi Briyani Ayam
The famous Murtabak Singapura.
Sibuk betul dorang yang buat murtabak ni. Orang datang bungkus tidak putus-putus.
Kami di Bugis Junction Mall - tapi ni diambil pada pagi Sabtu. Lengang ja.
Oleh kerana cuaca hujan, kami patah balik ke hotel. Kalau cuaca ok, mau ja kami ke area Clarke Quay untuk tengok suasana sungai di Singapore pada waktu malam. Tidak pun ke Orchard Road untuk cuci mata. Tapinya, si Addin pun balik-balik bising bagitau dia mengantuk. Kesian la pula. Sudahnya, kami tapau Burger King dan rehat di bilik hotel yang sempit itu.
Besoknya, bangun awal dan aku packing siap-siap. Kami pegi breakfast makan nasi lemak di restoran mamak yang ada dekat OCBC Bank. Patah balik ke hotel untuk check out dan simpan luggage di luggage room dorang.
Kami teruskan perjalanan ke Raffles area dengan naik MRT. Oleh kerana kami tidak sampai sehari pun di Singapore, jadinya kami just bayar 2 tambang sehala untuk dewasa (each for me and Abang Edi). Sampai di Raffles, kami jalan-jalan dekat area taman yang ada Cavenagh Bridge (aku pun tidak sure taman apa tu namanya).
Kami di taman mana ntah, aku pun tidak sure nama taman ni.
Dekat dengan Maybank Tower
Kepala arca Merlion yang besar tu sudah masuk dalam hotel. Tinggal nampak ekor ja.
Dari Merlion Park, sekali lagi kami naik cab. Kali ni Abang Edi request driver tu untuk bawa kami ke area orang Melayu Singapura. Bila mau dekat sampai Geylang Serai, hujan turut dengan lebat-selebatnya dan anak-anak aku sudah tertidur kepenatan. So, kami patah balik ke hotel, ambil beg dan terus ke Terminal 1 Changi Airport.
Flight kami ke KL departure at 4.10 pm. Tapi kami sudah sampai di airport pada jam 12 tengahari. Kami terus ja check-in dan pegi lunch di foodcourt. Untuk buang masa, kami pegi Terminal 2 dan Terminal 3 dengan naik train.
Jalan-jalan killing time
Suka dengan troli ni. Boleh bawa hand luggage dan anak sekali.
Di departure gate, ada disediakan kemudahan internet dan water cooler. Cool!
Itu ja la cerita kami di Singapura :)
p/s: Aku rasa Singapura tu lebih kurang ja macam KL. InsyaAllah, kalau ada rezeki, boleh la pegi Singapura lagi. Tunggu Addin dan Zara besar sikit dan boleh la pegi Universal Studio pula.
nai, aku dah khatam trip cruise ko..ehhh aku pon mcm mau jak ni ber-cruise...uhuhuuu
ReplyDeletewahh.. ko dah khatam ka? amacam? cukup informative ka aku punya post tu? kalau kau mo tanya apa2, kau bgtau ja.. insyaAllah aku bgtau...
ReplyDeleteapa lagi.. berholiday ja bah for star cruise ni.. aku rasa mmg syiok.. asal ja kau nda takut sama laut, aku rasa ok ja.. (anak labuan mana boleh takut bah kan..) hehehe..
nak tunggu kepala singa tu ada balik la baru gi singapore :)
ReplyDeleteika, tatau le plak bila kepala singa tu nak check out, i baca kunun reservation for the Merlion Hotel (a room actually) tu dah fully booked utk setahun! mahal plak tu..
ReplyDeletetp kalau rajin, ble je nak baris tunggu turn masuk hotel tu round2... i ari tu males pasal penat melayan bebudak.. huhu