google analytic

Nuffnang

Thursday, November 17, 2011

Jewel in the Palace

Ni tajuk cerita korea yang sedang ditayangkan di TV AlHijrah jam 3.30 setiap Isnin hingga Khamis.
Setakat ni, sudah 35 episod yang telah disiarkan. InsyaAllah ada 19 episod lagi (kalau refer di wiki, ada 54 episod keseluruhannya).

Sebelum ni pun pernah keluar di 8TV pada tahun 2004. Tapi time tu, cerita ni dorang alih bahasa pegi bahasa Mandarin. Boleh kata, setiap malam aku akan usahakan untuk tengok, sampai mau dinner dating sama Abang Edi pun kena tunggu cerita ni habis dulu jam 9.30 malam. Bayangkan ja la. Jam 9.30 malam baru mau pegi dinner, lewatnya la sudah.. tu pasal la sebelum kawin aku mengalami tembamsyen sebab suka makan malam lewat tapi tidur awal.

Tapi, tahun 2004 tu pun, bukan la selalu aku dapat tengok pun, banyak juga yang aku tertinggal. Bila sudah keluar di TV AlHijrah ni, punya la aku suka sebab cerita ni memang layan habis. Yang ralatnya, aku sedar tentang kewujudannya di TV AlHijrah bila sudah masuk episod yang belas-belas. Jadinya, ketinggalanlah aku untuk tengok si Janggeum zaman budak-budak.

Walaupun sekarang tidak masuk opis, tapi kena buat writing dan reading. Kadang-kadang, aku ada urusan di luar. So, most of the time pun, susah mau tercongok depan tv jam 3.30 petang tengok cerita ni. Nasib baik ada Astro Beyond PVR. Hehehehe..

Aku set ja Record Series Link, so setiap episod Jewel in the Palace akan dirakam. Tapi kena rakam juga rancangan lepas siri Jewel in the Palace tu, sebab cerita ni mesti terlajak sampai pukul 4.40 petang. Bila-bila masa ada free time, boleh la aku play. Yang bestnya bila ada Astro Beyond PVR ni, time iklan ja, boleh fast forward.. Serunutnya..

Yang serunutnya lagi, bila sudah tengok cerita ni - sebab heroin cerita ni iaitu Janggeum ialah seorang wanita yang bijak, gigih, pandai masak, dan amatlah bersopannya - aku pun kadang-kadang berusaha juga untuk bersopan santun dan rajin memasak. Bila siang bawang, daging, ayam dan ikan tu, boleh terngiang-ngiang pula lagu tema ala-ala opera Korea dalam kepala otak aku. Hoohohoh.. tapi part bijak dan gigih tu tidak pula aku ikut.. Huuhuhuhuuh..


Ni la lagu Onara yang selalu "mengiringi" aku (terngiang-ngiang dalam kepala otak) time aku siang ikan, siang ayam, potong bawang, sayur semua la... perasan macam Wanita Istana Korea.. wahahaha..

Lepas tu, aku terperasan pula anak saudara aku iaitu si Hana (anak si Tasha) yang muka macam anak cino sehabis boleh tu ada iras-iras macam muka si Janggeum tu. Mudah-mudahan si Hana cantik dan baik macam si Janggeum. :)

Kesimpulannya, aku memang suka cerita ni sebab cerita ni pasal Janggeum yang baik, lurus dan bijak. Walaupun selalu dianiaya, tapi rezeki menyebelahi dia sampai boleh jadi Tabib Diraja. Aku memang amat gembira bila cerita ni ditayangkan semula. Ni saja la satu-satunya cerita Korea yang aku dapat layan setakat ni. Dulu pun suka juga layan Winter Sonata. Tapi kalau kena tayang balik tu cerita, malas la aku mau tengok rasanya.. huhuhu..

3 comments:

  1. Mudah2an jadi doktor atau chef hehe amin..

    ReplyDelete
  2. oooo citer doktor korea ni.. mmg suka gak tengok dulu2.. berjangkit tgk citer ni pun from my parents hehe.. derang lagi suka layan.. tapi menyampah part dia kena buli gila2 pastu redha je.. mcm bwg putih bwg merah..

    ReplyDelete
  3. tasha, mudah2an... rupa ada sudah.. :)

    mama ain&ammar, memang selalu kena buli.. tp skg dah masuk istana balik ni, nampak gaya macam dah nak jadi berani dah ni :)

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...