Masih belum siap... mau tensyen pun macam tidak guna. Malas aku.
Mula-mula pekerja ada 6 orang, then tinggal 4, sekarang ni tinggal sorang!
Kontraktor tambah 2 orang lagi, tp budak 2 orang ni tidak pandai buat tiles, jadinya ada sorang ja yang buat.
Aku pun tidak faham la apa sebenarnya yang berlaku between Project Manager dengan pihak pekerja ni.
Pekerja kontrak tu memang bagus hasil kerja dorang dan boleh cakap agak cepat. Tapi entah la...
Yang sedihnya, tiles sampai lambat. Tapi ada 3 karton tiles 2 x 2 kaki untuk living dan dining area pecah dari atas lori lagi.
Abang Edi contact kawannya, tapi kawannya tu pegi Bandung.
Bila kawannya balik Malaysia, dia check, kunun tiada report pun pasal tiles pecah.
Aik... apa mau heran, nda kan la lorry driver tu mau mengaku dia kasi pecah tiles. Mana tau kalau buat report tidak pasal-pasal gaji dia pula kena potong.
Yang paling best, semalam Abang Edi report tiles ada yang tidak cukup dan tidak dihantar.
Ceritanya, kami memang ada tukar tiles supaya tiles untuk toilet wall bagi sama jenis dengan tiles kena pasang di kitchen.
Dan kununnya, oleh kerana tiles di porch warna putih stok tidak cukup, jadi kami settle for warna coklat ja.
Rupanya, lepas kontraktor pasang tiles di wall toilet, tiles tu tidak cukup.
Then tiles putih yg dilaporkan tidak cukup mula-mula tu kena hantar banyak pula,tiles warna coklat pula tidak kena hantar.
Menyampahnya la aku.
Memang 'bagus' sangat sebab aku find out time bayar tu Abang Edi tidak check pun model tiles yang kena hantar sebab dia beranggapan yang kawan dia akan buat excellent job, dan tiada orang pun yang mau check samada model yang kena hantar betul dan cukup time delivery.
Make me thinking... perlukah aku jadi police untuk inspect semua aspect of details?
Adakah aku sorang saja yang amat detail time check quotation, time buat order supaya order tidak salah?
Aku rasa kalau buat order, walaupun ada nama kod model yang tidak faham segala, mesti aku akan tanya satu-satu supaya tidak salah.
Orang lain memang akan jadi menyampah, tapi what the heck, kan aku bayar.
Kalau tidak check thoroughly, jadi macam ni la :(
Sekarang ni, kalau menyesal pun macam tiada guna.
Bapa aku cakap kenapa tidak hire kontraktor cina, aku cakap pasal mau tolong melayu.
Tapi bila tolong melayu, jadi macam ni la pula.
Nasib nasib.
macam abang saya aritu di penang, renovate rumah, pekerjanya indon jugak..macam2 karenah..akhir skali bila dah siap, sampai menangis kakak ipar saya sebab terharu dan gembira...sebab macam2 masalah sebelumnyaaaaaaa...
ReplyDeletesabar yaa....
tambah lagi la klu beli dr kwn sendiri.. mo cakap pun mcm inda best.. sabar ja la..
ReplyDeleteThanx Syalinda dan Kak Rina :)
ReplyDeleteSyalinda: Memang skrg ni pening2.. tapi dalam masa yang sama, masih bersyukur sebab kontraktor aka project manager tidak melarikan diri atau buat bodo kalau kita call, means dia masih bertanggungjawab le kot.. kalau dia buat bodo pun, tak risau sgt psl rumah dia dekat.. tp rasanya kalau rumah siap nanti pun (ntah bila gamaknya), saya memang akan nangis juga.. hohoho
Kak Rina: Itu la pasal.. bila sudah deal sama kawan2 ni mmg haru biru psl kalau mau marah lebey2 pun mcm susah.. sigh :(
Nadia, .kaklong dulu pun camtu jgk ..apa yg diminta lain pulak yg dapat..dugaan tu..sabar ye
ReplyDeletethx kak long! kami sedang bersabar dan pasrah.. huhuhu.. harap2 belum time kena halau lagi :(
ReplyDelete