Bukannya guna ATM sedia ada yang dibuka dengan akaun bank di Malaysia tapi cucuk di mesin ATM di Jepun.
Totally a precious experience.
Tapi guna ATM card yang dibuka dengan akaun Bank Sumitomo Mitsui dan cucuk di mesin ATM Bank Sumitomo sendiri.
Kelebihan ini diberikan kepada semua peserta JICA yang ditaja oleh JICA sendiri.
Bukan ditaja oleh pihak lain seperti JPA.
Sebab kalau JPA taja, JPA akan bagi duit terus masuk dalam akaun peserta sendiri.
Kalau JICA yang taja, JICA akan bagi elaun yang berkaitan contoh cam elaun perjalanan, elaun harian, etc dalam bentuk cash tapi masuk dalam akaun Bank Sumitomo Mitsui.
Elaun makan pula diberi dalam bentuk kupon makanan (kalau stay di pusat JICA).
Kad ATM ni akan diberikan dalam tempoh 2 hari selepas sampai di Jepun.
No pin ATM akan diberikan dan mesti ingat.
Jangan hilangkan kad ni sebab buruk padahnya. Kena bayar ganti rugi sebab hilang kad dan kalau mau tunggu replacement pun lambat.
Semua cash dalam akaun yang diberikan mesti dikeluarkan oleh peserta sendiri menjelang akhir kursus.
Kad ATM perlu dipulangkan semua kepada pihak JICA beserta resit pengeluaran.
Kalau ada balance yang tinggal dalam cash card tu, pihak JICA akan ambil semula.
Kira burn la.
Mula-mula tu macam curious juga.
Macamana mau keluarkan semua cash kalau ada nilai sen.
Rupanya, mesin ATM di Jepun ni memang la advance sangat sebab boleh keluarkan coin.
Aku tidak pernah jumpa mesin ATM yang boleh keluarkan coin.
Mesin deposit coin ada la.
Hebat dorang ni.
Tapi ikut mesin juga la.
Kalau mesin ATM di JICA TIC, tiada fungsi untuk dispense coin.
Pilihan bahasa pun tiada. Ada bahasa Jepun ja.
Cumanya, kami boleh juga guna sebab pihak JICA ada bagi instruction in English di tepi mesin ATM tu.
Ada pilihan bahasa.
892 Yen tu adalah dalam bentuk coin.
Siap ada kalkulator lagi tepi tu.
Tapi tiada siapa pun yang copet bawa balik rumah buat macam kalkulator sendiri.
Keluar cash dalam bentuk notes dan coins.
Siap ada animasi orang tunduk hait hait.
Totally a precious experience.
Mau kata banyak elaun yang diberi tu tidak la sangat.
Tapi cukup la untuk orang macam aku yang tidak banyak belanja ni.
Siap boleh bawa balance lagi balik Malaysia. Alhamdulillah.
Salam.
ReplyDeleteAwak pergi JICA berapa lama ye?
Brp total elaun yg JICA sponsor? Hehe..
Thanks ya