google analytic

Nuffnang

Monday, January 25, 2016

Musim Luruh di Jepun 2015 - Penginapan bajet di Jepun untuk 8 orang dengan menggunakan Airbnb

Trivia:
Idea untuk start Airbnb ini dicetuskan oleh Brian Chesky dan rakan serumahnya Joe Gebbia yang takde duit nak bayar sewa rumah.
So, dorang pun berkerjasama dengan seorang jurutera bernama Nathan Blecharczyk untuk bangunkan Airbnb pada tahun 2007.
Sekarang, company Airbnb bernilai 25 billion USD dan si Chesky yang tade duit tadi tu bernilai 1.9 billion USD. Respect!

www.airbnb.com/c/nawang?s=8
Klik link di atas untuk set up profile anda di airbnb dan dapat diskaun!


Untuk cari bilik 2 orang di mana-mana destinasi adalah senang.
Mencari bilik yang boleh menempatkan 4 orang sebilik dengan harga yang mampu milik adalah cabaran.
Inikan pula berlapan dengan macam-macam jenis perangai dan keperluan.
Dari yang kanak-kanak hingga dewasa ke warga veteran.

Tambahan pula ketika kami ke Osaka last month tu, kebanyakan hotel di Osaka sold out.
Di Tokyo masih banyak yang available.
Tapi masih boleh dikategorikan sebagai mahal untuk golongan marhaen seperti kami.

Thanks to Airbnb, platform ni sudah banyak menolong aku menjimatkan kos penginapan untuk travel kami sebelum ni di Italy dan Indonesia.
Dan terkini, di Jepun pula.
Di negara yang living costnya mahal pula tu.
So, boleh dikatakan salah satu faktor kejayaan aku mengurangkan kos travel kami berlapan di Jepun adalah dengan menggunakan Airbnb.

Cumanya lagi kan, cari Airbnb yang menepati citarasa (especially untuk 8 orang) tidaklah senang sangat.
Itu pun kalau korang ni jenis bertimbangrasa dan mengambil tahu personaliti dan keperluan setiap ahli rombongan.
Kalau jenis main taram cari asal yang murah ja, memang mudah cari Airbnb.

Tak best la pilih airbnb kalau ikut citarasa ketua rombongan ja.
Pilih asal murah saja, pilih asal dekat saja. That's wrong. Aiseh.
Sebagai ketua rombongan, seboleh mungkin kita kena la pastikan ahli rombongan kita gembira.

Ciri-ciri yang menjadi keutamaan aku ketika buat tempahan airbnb untuk last trip kami di Jepun ialah:

1) Review yang tiptop - Rumah yang best dan servis yang baik yang diberikan oleh tuan rumah akan dipuji oleh customer airbnb. Contoh servis yang baik dan beyond, tuan rumah jemput di airport atau train station, tuan rumah bagi free meal or free anything, etc. Jangan pilih airbnb dengan review yang negative.

2) Sewa yang bernilai - Bukan murah semata-mata. Airbnb yang terlampau murah mungkin akan bagi zero value kepada anda. Hanya sebagai tempat tidur sahaja tapi tidak bersih dan tidak selamat. Apa yang penting ialah, pastikan sewa dalam bajet yang ditetapkan dan bernilai dengan ciri-ciri rumah dan servis yang diberikan oleh tuan rumah.

3) Dekat dengan train station - Train adalah metod transportation awam yang paling popular di bandaraya Tokyo dan Osaka. Pilih la rumah yang dekat dengan train station mengikut tahap kemampuan berjalan kaki ahli rombongan anda. Oleh kerana rombongan kami ada warga tua berumur 56 tahun which is my Mama, maka tidak la boleh pilih airbnb yang jauh kan. 500 meter tu just ok untuk 5-10 minit berjalan kaki. Distance to the closest train station that is less than 500 meter is a bless.
Boleh tengok jarak airbnb dengan train station terdekat dengan rujuk pada Google Maps. Kalau anda guna JR Pass, boleh pilih airbnb yang dekat dengan JR station dan bukan train station dengan tajuk yang bukan JR untuk menjimatkan kos pengangkutan.

4) Mesti ada sekurang-kurangnya 2 bilik tidur - the more the better - Satu bilik untuk keluarga nukleus aku selepas kawin, dan satu bilik lagi untuk keluarga nukleus aku sebelum kawin. Privacy is the key. Aurat adik-adik perempuan aku perlu dijaga. (Kalau rombongan adalah bujang satu jantina, tiada bilik pun boleh. Tidur ja ala dorm beramai-ramai.)

5) Mesti ada dapur - tujuan penjimatan masak sendiri. Yang penting ada rice cooker dan microwave untuk panaskan lauk brahim. Kalau ada stove lebih bagus so boleh goreng telur dadar.

6) Free Wifi - Kebanyakan airbnb di Jepun akan berikan kemudahan mobile wifi router yang boleh dibawa keluar untuk kita gunakan ketika jalan-jalan di luar rumah.

Tips: 
Kalau anda pilih airbnb yang laku dan terhangat di pasaran dan anda pula check-in ketika hujung bulan, kelajuan internet mungkin akan jadi seperti hidup segan mati tak mahu. 
Kuota internet mungkin sudah cecah limit kerana dilenjan sepuas-puasnya oleh customer airbnb yang terdahulu. 
Kalau anda masuk awal bulan, kelajuan internet akan laju berdesup sebab kuota internet sudah refresh kembali ke asal. 

7) Ada seterika - Amatlah penting untuk kami kaum hawa yang guna untuk iron tudung ni.

8) Ada tv - Untuk keperluan hiburan feel Jepun. Turn out membazir ja sebab kami pun bukan tengok sangat tv semasa di sana. Huhu.

9) Dibenarkan merokok - tidak wajib tapi bagus sekiranya ada so Abang Edi tidak perlu pergi jauh untuk ambil oksigen.

Berdasarkan 9 ciri di atas, aku pilih 2 airbnb. Satu di Osaka, dan satu lagi di Tokyo.

Airbnb di Osaka

Tuan rumah: Shino-san
Jenis rumah: Landed house, 2 tingkat, 5 bilik (4 bilik twin + 1 bilik bujang), 2 bathroom, 2 toilet, dapur lengkap, tv dan nintendo wii, wifi, roof terrace
Lokasi: Chibune, Osaka. 500 meter dari Chibune train station, 50 meter dari Osaka Mosque, halal store, halal restaurant

Airbnb url: https://www.airbnb.com/rooms/8319303

Review:

1) Senang cakap, rumah Shino ni la yang paling aku suka sejak berkecimpung dalam dunia Airbnb ni.

2) Pengalaman airbnb pertama untuk Mama dan adik-adik aku. Dorang pun suka rumah Shino ni.

3) Rumahnya teramatlah homey. Tidak terasa seperti duduk di rumah sewa langsung. Rasa macam rumah sendiri. Tak kosong. Ada jiwa.

4) Ketika aku buat booking rumah Shino, description si Shino tentang rumah dia macam biasa-biasa saja. Tiada sense of memuji rumah sendiri. Dan belum ada verified review. At that point of time, Shino baru sangat jadi host airbnb. (Sekarang ni, gambar-gambar rumah dia dah cantik. Ada peningkatan di situ).

5) Walaupun belum ada review, aku booking juga rumah Shino sebab harga Shino bagi is quite murah untuk satu kumpulan besar. Harga yang kami bayar ialah Euro 404.

6) Dan lagi satu, Shino balas semua email aku dengan cepat.

7) Kelapan-lapan kami dapat bergerak dengan selesa di rumah ni. Tidak sempit.

8) Bilik air dan tandas masing-masing ada dua. So, tidak berebut sekiranya ada yang berak dan berendam dalam tub mandi lama berjam.

9) Shino ni tak kedekut. Dia sediakan towel, bantal, selimut yang banyak suka hati la mau pakai banyak mana. Shino juga bagi free green tea, ole-ole jepun berupa kain untuk balut bento, small purse coin, kipas jepun, japanese snack. Siap bagi pampers lagi sebab dia ingat kami bawa baby. Hoho. Kami bagi dia Sabah Tea dan dodol ja. Segan pula aku.

10) Segala benda dalam peti ais dan kabinet dapur si Shino ni free to use. Minyak makan, teh, kopi, gula, yogurt, air sejuk etc - suka la guna macamana pun. Yang penting, pandai-pandai la kemas balik.

11) Kalau aku datang ke Osaka lagi dengan ahli rombongan yang ramai, besar kemungkinan aku akan datang ke rumah Shino lagi.

Ruang tamu merangkap ruang makan dan dapur.

Bilik twin di atas.

Bilik ni boleh duduk 2 orang di tingkat bawah.

Bilik yang kami 4 beranak gunakan.

Roof terrace. Boleh jemur kain di sini.
Tapi kami guna ja washing machine with dryer tu.

Laundry dan toilet moden di tingkat atas. 

Toilet moden di tingkat bawah.
Kan syok kalau aku pun ada toilet macam ni di rumah.
Kering, tidak berkecah dan moden. Selonotnya.

Bilik mandi dengan tub pendek tapi dalam.
Shino ni provide madam-macam jenis syampu dan sabun. 
Siap ada sabun budak pun. 

Di rumah Shino ni pun ada toys juga. 
Sebelah dorang tu is heater yang boleh dipindah-pindahkan.

Tempat buang sampah di luar rumah.

Our last day here. Christmas is on the air.

Mama dengan beg dorang bersaiz medium.

Rumah ni dekat dengan karaoke.
Rumah ni juga dekat dengan masjid dan restoran halal.

Airbnb di Tokyo

Tuan rumah: Sei-san
Jenis rumah: Landed house, 2 tingkat, 3 bilik (1 bilik ada 2 bunked bed + 1 toys/baby room + 1 open room yang bersambung dengan ruang makan dan dapur), 1 bathroom, 1 toilet, dapur, tv, wifi
Lokasi: Machiya, Tokyo. 500 meter dari Machiya train station

Airbnb url: sila pm kalau mau tau

Review:

1) Sei ni kira macam broker airbnb. Mungkin bukan atau memang rumah dia. Aku pun tidak sure. Sebab di profile dia ada banyak lagi airbnb yang dia handle.

2) Rumahnya serasa kosong. Skema. Banyak rules.

4) Description si Sei tentang rumah dia memang the bomb.

5) Aku booking rumah Sei ni sebab ada review yang bagus. Sei ni boleh berlebih kurang. Aku minta diskaun dengan minta jasa baik dia supaya tidak kira anak aku 2 orang. Harga yang kami bayar ialah Euro 473.

6) Shino balas semua email aku dengan cepat.

7) Kelapan-lapan kami bergerak dengan sedikit kerimasan di rumah ni. Rasa macam sempit. Aku rasa paling banyak pun 6 orang ok kot. More than that memang rimas.

8) Bilik air dan tandas masing-masing hanya ada satu. So, kalau ada yang berak atau mandi bersiram macam puteri bunian memang menjadi kemarahan orang yang tidak tertahan menunaikan hajat.

9) Next time kalau kami datang Tokyo lagi, aku tidak mau booking rumah ni lagi. Bagus cari rumah area Shinjuku. Lagi happening.

Ruang laundry dan bilik air. 
Tuala sudah disukat mengikut bilangan penyewa. Berkira la.

Baby room. Kami guna untuk solat.

Bilik bawah yang ada 2 bunk bed. 
Kami 4 beranak guna bilik ni.
Sempit yang amat lepas letak beg.

Tingkat atas.

Tingkat atas merangkap bilik jadi-jadian dan dapur.
Bilik jadi-jadian means kalau tiada orang, so tuan rumah tidak akan buka tilam.

Dapur.
Tiada cooking oil. Malas mau masak.
Peti ais pun kosong ja.

View dari tilam ke tangga.

Pandangan ke rumah jiran dari tingkap bilik atas.

Check out nanti just drop key di pigeon hole ni.

Begitulah review serba ringkas tenting Airbnb kami.

Kos penginapan keseluruhan kami untuk 6 malam di Tokyo dan Osaka?
Lebih kurang RM 4,310 sahaja.

RM 4,310 / 8 orang / 6 malam = Lebih kurang RM90 seorang/ satu malam.

Sudah kira bagus.

Kalau duduk hotel di Jepun memang tidak dapat la harga macam ni.

p/s: Saja bawa Mama aku try duduk airbnb. Mana tau dia dapat idea buat airbnb juga kan. :)











11 comments:

  1. Assalam sis...nice blog and full of info. Boleh bg email address x?thanks in advanced:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis, terima kasih sebab baca blog saya :)
      Boleh email saya di naddea at gmail dot com

      Thanks :)

      Delete
  2. wahhh bagus rumah shino ni...
    untung kalau g ramai2...
    saya nak g ber 5 - semua perempuan bujang.
    any suggestion?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak pegi berlima semua perempuan bujang.. Rasanya rumah simple2, tak perlu ada byk bilik pun ok.. Cukup ada dapur utk masak sendiri 😀 Yg penting dkt dgn public transport

      Delete
  3. Salam, nak tanya kalau hotel di tokyo tak boleh stay satu family? Mesti amnil 2 bilik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Unknown

      Bole je nak stay satu family.. tapi kena amik family room yg selalunya boleh accomodate 4 orang.. kalau booking bilik untuk 2 orang tapi nak duduk satu family, mmg tak dapat.. sebab kat foreign country, hotel dorang strict tak macam kat Malaysia :)

      Delete
  4. salam..nk tanye..
    if booking dengan airbnb tu kite akan dikenakan bayaran untuk tptal payment stay sahaja atau security deposit sekali?
    selalunye security deposit bayar time bile ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Travelog Sunyi

      Booking dengan airbnb akan dikenakan total payment bersekali dengan security deposit once kita buat tempahan. Boleh check kat airbnb yg tuan nak booking tu, samada host airbnb tu set cancellation policy yg mcmana - moderate, strict etc dan boleh baca penerangan pada cancellation policy tersebut

      Delete
  5. Hi sis, nak.tanya kalau kat airbnb harga dy per person.or per houser ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis, sewa airbnb bergantung kepada cara host sewakan airbnb.. ada yang charge by harga bilik je or satu rumah sekali.. kalau sewa satu rumah dan rumah tu besar or berada tgh city, so for sure akan jadi lebih pricy.. dan ada host yg set satu rumah boleh duduk 4 orang je tapi after 2 pax, pax ke 3 dan ke 4 akan ada extra charge.. ada yg set kalau duduk max pax pun dia kira sewa rumah je..

      so, mmg depends pada host..

      Delete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...