google analytic

Nuffnang

Tuesday, December 27, 2016

Confinement leave

Semalam adalah hari terakhir aku cuti bersalin 3 bulan.
First time aku cuti bersalin 3 bulan ni.
Time bersalin Addin dulu, cuti bersalin dua bulan then tambah lagi cuti tanpa gaji sebulan untuk menjaga anak.
Time Zara pula, kena bercuti 2 bulan sahaja. Sebab sebaik naik opis kena hadiri kursus QA untuk Hadiah Latihan Persekutuan pula selama 6 minggu.

Oleh kerana aku sudah guna 2 + 2 + 3 bulan cuti bersalin, maknanya aku ada balance 3 bulan cuti bersalin lagi.
Itu pun kalau mau menambah la. Tapi mau ka?
Cukuplah, mak dah tua. Huhu.

Sekarang ni aku sambung cuti sampai tahun depan, alang-alang kunun.
Rasa macam semangat pula mau masuk opis.
What can I say, I love my job.
Sebelum dapat Emir, kalau pening di opis, mula la aku mengomel mau cuti panjang.
Tapi lepas cuti panjang ni, rasa boring pula duduk di rumah lama-lama.

Ya la.. tiada member, tiada rakan sepergossipan, tiada sembang-sembang sambil makan di pantri, tiada mesyuarat dan berbincang dengan rakan seperjuangan.
Cuti 3 bulan ini menunjukkan aku bahawa aku ni memang tidak ngam la jadi suri rumah.
Boleh kalau tidak berkerja, tapi bukan untuk jaga anak.
Kalau hari-hari keluar dan dapat money for free ok la.
Hoho.. siapa mau bagi.

Cuti bersalin hujung tahun pun ada cabaran lain juga.
Cabaran tengok news feed di Facebook dan Instagram yang penuh dengan gambar member-member travel.
Oh selonotnya.
Aku dapat bawa anak balik Labuan ja la 10 hari.
Kalau mau ke oversea macam tidak sesuai sebab Emir belum cukup umur lagi.
Dalam negara pun boring juga sebab mesti highway jem dan hotel full di mana-mana.



Cukuplah ngomelan saya sempena hujung tahun 2016 ini.
Saya sudahi dengan gambar Emir Aslan 3 bulan yang selalu disalah anggap sebagai baby girl.
Sampai ada doktor seorang ni cakap Emir ni lawa. Hoho :)


No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...