1. Ini ialah plan last minute. Konon niat asal mau stay di rumah ja sepanjang cuti sekolah 18 - 26 Ogos 2018. Sebab 27 Ogos 2018 tu Addin ada second UPSR trial. Sekalinya, si mummy pula lebih-lebih menggeletis tension sebab dengki tengok orang kiri kanan semua mau pegi holiday kunun.
2. Ramai yang viral dalam social media dorang pegi Hat Yai kan. Dorang kata senang masuk border la. Makan sedap la. So aku pun terpengaruh dan teringin mau makan sedap-sedap. Tambahan pula rasa macam lama sudah tidak bercop tu buku merah. Ah, ngada je.
Itinerary ringkas:
Hari Pertama:
- Kami drive dari Seri Kembangan all the way to Hatyai. Tayar bergolek start pukul 9 pagi pada Sabtu, 18 Ogos 2018.
- Perjalanan ada sedikit perjalanan sebab ada 1 eksiden di highway Sungkai-Bidor dan jam tatau apesal di highway Juru.
- Kami ada berhenti 4 kali. 3 kali di RnR (makan, vera, Abang Edi besigup) dan 1 kali berenti kejap di Changlun untuk urusan isi borang masuk border Thailand.
- Kami sampai Hatyai jam 8.30 malam masa Malaysia. Dinner di Greenwood
- Kami sampai hotel yang aku book - The Smart Hotel Hatyai - macam jam 9.30 malam masa Malaysia.
- Jumlah masa tempoh perjalananan: 12 jam 30 minit. Pening kepala aku.
Hari Kedua:
- Aku memang sengaja tidak book hotel dengan breakfast sebab was-was. Hotel ni pun tidak declare dia hotel halal ka apa ka. So, aku rasa better kami cari breakfast di luar ja la.
- Kami breakfast di Restoran Kelantan.
- Lepas breakfast, kami jalan kaki ke Kim Yong Market untuk jalan-jalan cuci mata.
- Then, kami balik bilik sambung rehat.
- Jam 2 petang, kami keluar semula untuk lunch di Restoran Kai Tod Decha.
- Lepas lunch, kami pegi ke Khlong Hae Floating Market.
- Pada sebelah malam pula, kami ke Asean Night Bazaar. Beli sedikit buah tangan, tapau makanan dan makan di hotel saja.
Hari Ketiga:
- Tidak buat apa. Bangun lambat pasal semalam Emir meragam pukul 3. Sama ada lapar mau susu atau ada yang kacau dia. Jeng jeng jeng.
- Check out jam 11.30 pagi waktu tempatan.
- Mula-mula plan mau singgah makan di Danok. Tapi lepas tu boleh terlencong ke Padang Besar pula.
- Dari Padang Besar, kami terus straight ke Batu Feringgi, Penang sebab aku sudah booking Holiday Inn Resort.
Begitulah percutian singkat kami yang tidak seberapa.
Tips drive sendiri ke Hatyai
Urusan isi borang dan insurans kereta untuk masuk Thailand
1. Sebaik sampai di area Changlun, kita boleh nampak banyak premis restoran or kedai-kedai kecil yang akan letak banner dan papan tanda bertulis 'Insurans Thailand' dan yang sama waktu dengannya.
Beginilah rupa contoh kedai yang buat insurans kereta Thailand.
Kami pegi kedai ni. Masa kami pegi ni dorang tiada pelanggan.
The price list. Kami kena bayar insurans RM25.
Kami kena bayar total RM45 sebab ada 5 passengers.
Masa buka pintu imigresen di Padang Besar, Bukit Kayu Hitam dan Wang Kelian.
Di kedai ni juga ada dijual simcard Thailand.
2. So, bagi je geran kereta (kami bawa geran ori) dan pasport setiap penumpang, orang kedai akan isi form dan kita bagi duit. Tu saja.
While waiting for our documents to be ready.
Insurans kereta sudah siap.
Embarkation cards sudah siap.
Form untuk custom declaration juga sudah siap.
1. Ramai kawan ofis advise untuk gerak dari KL ke utara pada sebelah malam sebab tidak banyak kereta, cuaca lebih sejuk, dan boleh sampai ke border (Bukit Kayu Hitam or Padang Besar) pagi-pagi buta. Dan boleh start que kereta untuk masuk border - kereta tak banyak so kurang saingan. Well, I cannot validate this point sebab kami tidak buat macam tu.
2. Kami gerak jam 9 pagi dari Seri Kembangan dan sampai ke Bukit Kayu Hitam around jam 5 petang begitu. Suasana di sempadan Bukit Kayu Hitam pada waktu petang adalah amat tidak sibuk dan macam ada 2-3 buah kereta ja. Melalui perbualan Abang Edi dan abang imigresen, sebelah tengahari sebelum tu memang boleh tahan banyak orang Malaysia yang ingin menyeberang ke Thailand.
Abang Edi cop pasport di pos imigresen sebelah Malaysia.
Betapa takde kereta time tu sampai Abang Edi boleh sembang lagi dengan abang imigresen.
Masa mau sampai border Thailand tu hati rasa berdebar campur gembira.
Kedah, Thailand.
3. Masa mau masuk border Thailand tu ada 3 line kereta sedang berbaris untuk pemeriksaan imigresen. Di sini kami kena tunggu around 1 jam 30 minit begitu. Itu pun sebab nasib kami termasuk dalam line kereta yang 2 line jadi 1 line. So ada bottleneck. Line sebelah yang tiada bottleneck laju bedesup untuk lepas imigresen. Abang Edi buat anggaran: pemeriksaan imigresen di sebelah Thailand untuk sebuah kereta mengambil masa 5 minit.
Di lane inilah kami sudah terkena bottle neck. Kalau masuk lane sebelah kiri sure sudah boleh pecut laju masuk Danok.
4. Kesimpulannya, kalau sampai waktu dekat senja tu pun ok sebab kereta sudah tidak banyak. Pandai-pandailah merancang perjalanan.
Ikut mana lagi best dan sesuai? Bukit Kayu Hitam or Padang Besar?
1. Ada kawan aku yang memang orang Siam Kedah advise supaya kami keluar sempadan ikut Bukit Kayu Hitam sebab dia kata lebih happening. So kalau dibuatnya ada problem, ramai public di Bukit Kayu Hitam/Danok boleh tolong. Kalau ikut Padang Besar, dia cakap sunyi dan masuk jalan kampung, so kalau jadi apa-apa, tak ramai boleh tolong. Tambahan lagi kami ni first time drive sendiri ke Thailand.
2. Dan ada juga kawan aku yang berpengalaman drive ke Krabi advise supaya kami supaya keluar sempadan ikut Padang Besar sebab dia kata kurang sibuk berbanding Bukit Kayu Hitam.
3. Kami berpengalaman masuk Thailand ikut Bukit Kayu Hitam dan balik ke Malaysia ikut Padang Besar. Aku rasa lebih kurang ja sibuk kedua-dua pintu sempadan ni. Kalau ikut Bukit Kayu Hitam akan masuk ikut Danok dulu, memang lebih happening. Kalau lalu jalan Padang Besar di sebelah Thailand, jalannya kurang sibuk dan kurang traffic light.
4. Apa-apa pun, aku lebih suka ikut Bukit Kayu Hitam.
Kalau drive sendiri bagus ikut Bukit Kayu Hitam rasanya sebab lebih dekat dan kurang mileage.
Passenger kena masuk sempadan ikut pintu asing ka daripada driver?
1. Kalau drive kenderaan sendiri untuk masuk Thailand, passenger stay ja dalam kereta masa kereta que tu. Bila kereta sudah masuk petak di booth imigresen Thailand, barulah semua passenger termasuk driver turun keluar dari kereta untuk urusan cop pasport dan serahan borang yang diisi di Changlun tadi.
Nampak tak kereta depan tu parking sebelah booth imigresen? Di situlah semua passenger kena keluar sekejap untuk tunjuk muka depan kamera.
2. Masa cop pasport tu, tuan border Thailand tu minta 45 baht. Duit baht kami besar, no small change, so kami bagi RM7.
3. Jangan lupa untuk declare kastam sebab bawa kereta sendiri masuk Thailand. Nanti borang kastam dan borang yang diselit dalam pasport akan diserahkan ketika kembali ke Malaysia.
Perlu ka beli simcard Thailand?
1. Kalau ikut aku lah kan, rasa macam tidak perlu. Especially sebab aku guna Digi. Digi ada offer promo baik punya. Untuk 1 hari RM5. 2 hari RM10. 3 hari RM25. Sejak Digi menawarkan servis pakej data roaming yang amat competitive ni, aku tidak pernah lagi mau beli tourist simcard. My last trip to Melbourne and UK (last year), guna Digi data roaming ja. Mau tidak mau memang kena guna simcard sendiri sebab kami sudah linkkan alarm system rumah dengan no telefon aku dan Abang Edi. So, kalau tukar simcard, dan terjadi apa-apa di rumah, tidaklah kami dapat alert daripada alarm system rumah kami tu.
Aku tersilap pilih 72 jam. Patut pilih 48 jam untuk RM15 ja.
Tidak pasal2 aku buat amal jariah untuk Digi.
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment