google analytic

Nuffnang

Wednesday, December 24, 2008

Dear God

Dear God,

Please grant me the serenity to accept the things I cannot change;

The courage to change the things I can;

And the wisdom to know the difference

Tuesday, December 16, 2008

Selamat Pengantin Baru!

masuk hari ni, sudah 4 hari since adik aku, Tasha bergelar isteri orang kepada lelaki pilihan hatinya, Rizan. dorang ni berjumpa time kerja sama-sama di AirAsia Labuan. skg, si Tasha is waiting for her KPLI posting... harap2 dpt di Labuan jugak la... kalau dpt tempat lain, kesian juga tu kan kena pisah2 sama lakinya..

dan macam biasa, sudah menjadi tradisi keluarga belah bapa aku, kalau ada orang kawin ja.. semua urusan akan dibuat secara bergotong-royong - no catering... dan antara orang yg bersusah payah - mesti la aku :)

mata aku pun skrg ni sudah naik eye-bag.. pasal nda cukup tidur dan kepenatan yg amat.. tp aku rasa parents aku lg penat.. sudah la physically penat, fikiran pun penat juga..

nasib ja sepanjang kami berusah tu (berusah means gotong-royong buat kerja in brunei), si zizou memberi kerjasama yg amat baik dengan membanyakkan rehat.. jd, aku pun nda la berapa pening mo melayan anak, mana lagi mo menolong2 buat kerja...

the kenduri turn out well... semua orang gembira... (ya ka? ke ada yg busuk hati tidak gembira.. hehehe.. lantak la..).. the pengantin look happy and pretty/handsome..parents aku pun mungkin menerima duit huluran yg banyak... hehehe..

so, selamat mendirikan rumahtangga kepada Tasha dan welcome to the family to Rizan.. semoga kamu berbahagia dunia dan akhirat...

Tuesday, December 9, 2008

Cabut gigi...

suppose balik pada selasa, 9/12. tp pasal cik abang request nak balik lambat sebab dia ada byk delivery kena buat last minute (invoice kena hantar b4 tutup akaun hujung tahun).. jadi aku ambil keputusan, cik abang balik lambat.. aku dan zizou balik awal.. yiehaa..

berdua dengan zizou naik flight from kl to labuan for 2hrs and 25 mins? nice... nasib baik tidak ramai passenger.. zizou dengan obedientnya makan nasi goreng cina dan sempat take a nap for 45 minutes.. tidak byk drama.. maybe dia tahu, mummynya kena jadi ibu tunggal kejap.. kalau ada si daddy, bole la mau ngada2...apa yg aku tau, by the time the flight landed, lantai bwh seat kami tu was a mess.. dengan nasinya la, tisu.. stuffs... hehehe... sorry ye cik stewardess..

we will be here for a week.. setakat 3 hari aku stay sini.. zizou gembira.. mungkin kerana ramai orang yg melayan.. dan aku belikan dia toy truck baru.. he seems very happy..

aku? suara aku serak2 basah due to batuk dan selsema yg tidak berhenti2.. salah sendiri juga, liat mau ke klinik.. lepas tu, gusi geraham paling hujung atas sebelah kanan pula terasa sakit yg amat.. tiada nikmat makan.. went to dentist pada hari raya haji, tp tiada satu dentist pun yg buka.. cheit...

pagi ni, awal2 aku pegi dentist.. punya la ramai yg menunggu.. sampai turn aku, dentist tu cakap geraham aku tu tumbuh senget.. so, bergesel dengan pipi dan gusi.. tu la jadi bengkak.. dia nasihatkan? cabut ja.. aku mmg tidak kisah.. yg penting penderitaan aku berakhir... at last.. utk masa less than 15 minutes... bius+cabut.. taraaa... aku bahagia.. hehehe..

dan skrg, aku memblogging using my sister's notebook.. tidak sampai sejam lepas cabut gigi, kapas penahan darah suda dibuka... setelah 3 jam, kebas kesan bius sudah hilang.. tp aku pun suda telan ponstan awal2..this tooth thing, is nothing... kalau aku boleh survive masa berpantang lepas caesarian, apa la sangat cabut gigi ye tak...

Friday, November 28, 2008

10 signs I’m in love with you

Aku plagiat dari facebook kawan kepada kawan aku..


 


 

10. You are the first thing I think about when I wake up and the last thing I think about when I fall asleep

9. Just thinking about you puts the biggest smile on my face and my heart beats faster and faster

8. Every love song I listen to, I think of you

7. I re-read all our smses and love letters over and over again

6. When we are together, I never want the moment to end; I want it to last forever and ever

5. Whenever I am with you or look at you, nothing else in the world matters. I am blind to everything but you!

4. I am on cloud nine just the way you smell

3. Just by hearing your voice, I get butterflies and can't help but smile

2. I miss you even before you leave

1. I would do anything in the world for you since you are my world and my everything

Thursday, November 20, 2008

make-up your blog!

I just find out this nice blog - giving free background and tips to make-up ur blog!

I'm very grateful!

Wednesday, November 19, 2008

O Kanak-Kanak (Lagu Rakyat Brunei)

O kanak-kanak,
Apa kau bawa,
Telur dua biji,
Mintaku sebiji,
Marah karang nini,
Kemana ninimu,
Mengambil daun,
kanapa daun,
membuat balai,
kanapa balai,
tempat baaum-aum,
ambuyat semangkuk agung

Monday, November 17, 2008

Dear Ex (Part 2)

Dear wutever.. hehehe..

Aku ada kasi baca blog aku sama husband aku pasal aku punya last post.

Husband aku mula2 macam terpinga2, siapa la agaknya gerangan yang wifenya rindu ni.

Tapi lepas aku explain lebih kurang.. dia pun cakap “Ingatkan siapa.. kenapa la buat post macam tu, nanti orang ingat yang lain2 pula..”

Hehehehe…

Sesungguhnya, last post aku tu bukan pasal kisah ex-boyfriend dalam bentuk manusia. Tapi berkaitan dengan a part of my life yang amat memainkan perasan penting dalam hidup aku ni. So, pasal benda tu penting, jadi aku consider macam bercenta jugak la… manakan tidak, kalau tidak bercenta, tidak la aku teringat siang malam kadang2 sampai termimpi2.

p/s: tiada ex-boyfriend aku yang aku teringat2 sampai sekarang pun. (kalau betul pun aku rindu dorang2 ni, aku bukanlah bodoh bangat untuk post dalam blog aku… gila ka!)… I’m happy with my current lover aka my husband. Semoga jodoh kami berkekalan hingga ke dunia yang seterusnya. Amin.

Friday, November 14, 2008

Dear Ex (Part 1)

Ya Tuhanku.. ya diriku..

Malam ni aku find out, dan aku sedar, yang aku amat rindu dengan bekas kekasih aku ni. Rindu bangat!!!!

Aku sedar yang aku rindu dengan ex-boyfriend aku ni.. sebab, bila aku bercerita pasal ex-kekasih aku ni, aku menjadi amat enthusiastic, bertenaga, mataku bercahaya, dan orang-orang yang berada di sekitar aku rata-rata menyokong yang aku perlu kembali kepada ex-kekasih aku tu.

Sepanjang masa, even now, aku masih berfikir untuk bagaimana aku perlu menjalinkan hubungan aku dengan ex-kekasih aku tu dengan sebaik yang seharusnya.

Sedangkan, aku sudah lama ada kekasih baru yang patut diambil perhatian. Tapi malangnya, i'm just not into him. Aku malas mau fikir pasal new lover aku ni.

Tapi, sudah nasib. Ada greater force yang memisahkan aku dengan ex-kekasih ni secara short notice. Punya la aku kecewa...kecewa yang amat sehingga aku boleh menitiskan air mata dan menangis dalam hati more than a week. Aku kecewa sebab orang yang bertanggungjawab jadi tukang cerai ni kata aku tidak ngam dengan ex-kekasih aku ni so i shud be with my new lover.

Aku harap jodohku dengan ex-kekasih aku ni masih panjang. Kerana aku rasa aku menjadi insan yang lebih cemerlang kalau aku masih bersama dia. Walaupun kami banyak masalah time kami bersama dulu, tapi aku tidak kisah. Aku suka. Kerana aku tau, masalah tu tolerable. Aku boleh terima. Dan kami lebih banyak masa gembira bersama daripada masa sedih. Aku lebih memahami ex-kekasih aku tu dan aku lebih suka diri aku time aku bersama dia.

Ooo dan tidak dilupakan... mama ex-boyfriend aku tu pun aku sayang bangat.

Dear ex-boyfriend, I still love you to the max. Kau la boyfriend aku yang paling unggul. Aku harap aku akan jumpa boyfriend baru yang lebih bagus dari kau. Tapi buat setakat ini, you're the best!

Tuesday, November 11, 2008

Cekodok Ikan kawin Sambal Merah



CEKODOK IKAN

Marinade ikan

  • Ikan sutchi/dory fillet
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Sesame oil
  • Jus Lemon

Bancuhan tepung

  • Tepung gandum
  • Tepung jagung
  • Tepung beras
  • Telur
  • Serbuk lada sulah
  • Serbuk kari
  • Air secukupnya
  • Garam

Cara-caranya

  1. Mula potong ikan kiub kecil2..
  2. Pastu gaulkan dengan bawang putih yang telah ditumbuk, sesame oil sikit (optional), garam, dan jus lemon sikit (mau letak serbuk lada putih pun bole)
  3. Bancuh tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, serbuk lada sulah, serbuk kari, telur dan air secukupnya
  4. Masukkan perapan ikan dalam bancuhan tepung
  5. Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan sederhana macam goreng cekodok


SAMBAL MERAH (yang aku idam2kan lepas balik dari Bali.. penangan balik2 makan nasi padang je kat sana)

  • Bawang merah dihiris
  • Bawang putih dihiris
  • Lada merah dihiris (banyak2)
  • Ikan bilis ditumbuk
  • Kalau mau pedas lagi, tambahlah cili padi
  • Sedikit jus lemon
  • Garam

Cara-caranya

  1. Tumis bawang merah, bawang putih
  2. Masukkan ikan bilis
  3. Tumis lada merah sampai layu
  4. Masukkan garam dan sedikit jus lemon untuk kurangkan pedas
  5. Bila dah masak sume.. blend kasar

Friday, November 7, 2008

Survey saat bingung lagi..

1) Bekas kekasih saya adalah :

Bekas kekasih ke or bekas2 kekasih.. hehehehe.. orang2 yg bertanggungjawab mengajar aku sedikit sebanyak pasal hidup.. so nx time aku tak buat silap lagi..

2) Saya sedang mendengar...

Lagu si Bryan Adams and Barbra Streisand – I Finally Found Someone

3)mungkin sy patut

Tidak mengular..

4) Saya suka

Berbelanja.. dgr radio.. tgk The Nanny.. balik Labuan.. hang out dengan kawan2..

5) Sahabat2 baik sy

Orang yang terima aku seadanya.. kalau aku berjaya, dia tolong tepuk dan tumpang gembira, kalau aku buat silap, dia nasihat tapi tak marah pasal dia tau aku dah besar, tp kalau aku terjatuh dia tak cakap “padan dengan muka kau”.. kalau aku gembira, dia buat aku lagi hepi.. kalau aku sedey, dia tolong ceriakan aku.. (ambitious aku ni.. tp org ni wujud.. thanks my dear friend.. aku tatau le ko baca blog aku ni ke tak…ko kan bz…huhuhuh)

6) Saya x paham...

Kenapa kadang2 aku tidak bersyukur dengan certain thing yg aku dah ada..

7) Saya kehilangan....

Tak hilang apa.. hilang mood kot..

8) Ramai yg berkata...

Yg positif ke yg negative?

9) Makna name saya...

Hope dalam bahasa rusia..

10)Cinta itu adalah...

Seronot time suka2 la.. kalau time benci2 tu.. wish I dun have it..

11)Di suatu tempat,seseorg sdg...

Ntah.. tengah bz kot.. ke ngelat.. lantak la…

12)Saya akan cube...

Resume kerja balik pas ni.. hehehe..

13)Makna SELAMANYA...

Tuhan je selamanya..

14)Henpon saya...

Aku sayang henpon aku..tp aku terfikir untuk tambah henpon HTC baru…huhuh..

15) Bila sy bangun dr tido...

Kalau bangun pagi nyer citer..Aku akan terus pasang iron..nak iron baju kejer..hehehe..

16)Saya paling meluat apabila

Ada orang perasan bagus dengan gaya yang amat sombong.. (boleh perasan bagus.. tapi buat la cara PR yang paling disenangi ramai.. tade la org nyampah sangat kot…)

17) Party adalah...

Kalau aku jumpa kawan2 aku…

18)Hewan yg paling cute penah sy jumpe..

Hmm.. not very an animal fan.. mana2 pun cute.. elmo pun cute.. elmo tu binatang ke? Hehehe..

19) Peringkat umo yg paling menyeronokkan...

Time nak habis belajar degree tu..hehehe..

20)Hari ini...

Hmm.. cite pasal besok la.. aku nak brunch kat bangsar..

21) Mlm ini sy akan...

Tgk dvd yang baru dibeli di Bali..

23) Sy betol2 inginkan...

Pegi satu tempat tu.. granted ke tak yer?

24)bile tgk muke kt cemin pagi td...

Elok gak rambut pendek ni ye.. senang maintain..

25)Soping kompleks...

Aku suka pigi midvalley.. itu adalah taman permainanku time aku belajar di UM dulu..

26) Mkanan segera...

Nugget..megi in my mug.. mee sedap..hehehehe..

27) Ayat2 terakhir kate pd org...

Tu.. kat sana..

28) nak pjgkan TAG NI?

Sapa2 la… aku pun main amik je tag orang.. tak kena jemput pun..huhuhu…

Thursday, November 6, 2008

Escape to Bali - Part 3

sambungan dari cerita  Escape To Bali - Part 2

Sebenarnya, dengan masa 4 hari 3 malam di Bali tu – amatlah singkat! I wish I have more time to spend there.. looking forward to visit Bali next time. Kena tunggu Zizou besar sikit. Kalau dapat pegi dengan BFF pun best jugak. (Hehehe.. harap2 edi bagi)..
Next time, kalau pegi Bali, aku sudah ada checklist
  • Stay at HRH jugak
  • Mandi pool, rent a cabana sambil tidur, baca buku
  • Buat recording suara sendiri..hehehe.. (hari tu tak sempat la)
  • Barong Dance and Kecak Dance
  • Waterbom
  • Belajar surfing
  • Pegi Tanah Lot
  • Bergambar kat tengah2 sawah di Tegalalang.. hehehe.. ble ke?
  • Pegi tengok volcano kat Kintamani dengan jarak dekat..
  • Borong batik bali selagi tidak melebihi limit kastam..hehehe..
  • Beli barang jati dan cermin berwarna-warni
  • Spa.. bestnya kena urut..
 gambar diambil berdekatan dengan tempat breakfast di HRH. punya la penakut si Zizou ni

gambar di kedai makan berhampiran HRH. Si Zizou yang takut sama patung tu

    Escape to Bali - Part 2

    (ini adalah cerita sambungan dari Escape to Bali - Part 1)


    Temple (atau dalam bahasa Indonesia – Pura)
    Kitaorg just pegi 2 pura saja sepanjang berada di Bali. Pura Tinta Empol dan Pura Luhur Uluwatu.

    Pura Tinta Empol
    Diberi nama sempena air mata air yang terbit di kawasan tersebut. Tinta means air. Empol means terbit. Air mata air tu dianggap sebagai holy water. Pengunjung yang datang boleh mandi di kolam yang disediakan dengan tujuan minta hajat dan menyucikan diri. Kalau tanak mandi, cuci muka dan minum air mata air tu pun boleh. Setiap saluran paip (boleh cakap paip ke) yang dibina mempunyai tujuan hajat yang spesifik – menyucikan diri, awet muda, dimurahkan rezeki, tolak bala dan sihir.. ni semua diexplain kepada kitaorg oleh pengiring di pura tersebut. Dia la yang bertanggungjawab pakaikan kitaorg kain sarung dan ikatan kuning di pinggang sebagai tanda menghormati pura. Lepas tu dia ble amik gambar kitaorg 4 keping. Bayarannya? Rp100k. cheh… takpe la.. ikhlas je la bagi..
    Di kawasan pura ni pun ada Rumah Penginapan Presiden Indonesia. So, kalau ada pembesar negara datang Bali, dorang stay sini la.
    Di pura ni dorang sembah Dewa Indra. Time kitaorg datang ada upacara sembahyang sedang diadakan. Tapi si Zizou pulak bising2 di sana pasal nampak budak lain.
    On the way keluar dari kawasan pura, ada banyak kedai cenderamata. Jenuh juga kitaorg mengelak untuk dipanggil oleh tokey kedai.. ada la beli ole2 sikit.

     berposing di halaman luar pura

    posing lagi tapi ni di dalam pura

     
    Pura Luhur Uluwatu
    Temple ni terkenal kerana terletak di tebing bukit yang mempunyai pemandangan yang amat mengagumkan. Amat mengagumkan sampai aku speechless kerana bersyukur diberikan rezeki untuk melihat pemandangan tu. Selain daripada tu, temple ni juga dikenali dengan penghuninya yang suka kacau pengunjung yang datang – monyet. Amaran keras! Jangan pakai cermin mata (hitam ka putih ka apa kaler pun tak ble), handphone, makanan – ini semua kalau mau mengelak daripada diganggu oleh monyet-monyet yang ganaz di sini.
    Selain daripada tu, kalau pegi menjelang sore, boleh menonton persembahan tarian kecak di sini. (tapi aku tak pegi pun.. next time la pegi kalau aku visit Bali lagi).
    Bayaran masuk ialah Rp3k seorang. Kalau nak upah pengiring untuk tujuan mengenali Pura ni dengan lebih lanjut dan untuk mempertahankan diri dari monyet-monyet bertuah bolehlah bayar Rp50k (tak silap aku la).

    terpaksa bawa kayu untuk menjauhkan serangan monyet. Zizou was not in the picture pasal dia sedang tidur dalam kereta

     pemandangan tebing

    Tourist Guide
    Jika anda datang bersama keluarga yang mempunyai anak kecil, amatlah disyorkan untuk mengater tourist guide cum driver untuk bawa jalan2. Aku sewa kereta for 2 days dari Pak Wayan hasil daripada recommendation Ann. You can always call Pak Wayan before you’re departed to Bali.
    Kitaorg ari tu yang bawa jalan2 pekerjanya yang bernama Kadek Suastika. Seorang budak muda vegetarian yang fasih berbahasa Australian English, Mandarin dan sedang belajar bahasa Jepun. Lepas tu suka dengar muzik, jadi amatlah ngam kepalanya dengan husbandku yang suka dengar muzik jugak. Dan pandai melayan budak2. Zizou amatlah ngam dengan Kadek ni.
    Expect to pay your driver some tips at the end of the day. Pada hari ke-3 kami di Bali, husband aku ajak si Kadek ni layan live band di Center Stage HRH Bali.


    Spa
    Ada beberapa plan dari itinerary yang disusun oleh Kecik dan Ann yang terpaksa aku skip sebab aku mau shopping dan wut else…SPA!!! Mula-mula teringin mau ambil servis spa di HRH Bali… tapi mahal sangat about USD43 per hour.. gile…
    Si kadek driver ni mmg ada connection dengan pengusaha restoran, spa dan apa2 lagi la di Bali ni. (dorang kena bagi komisyen kot for every customer yang dorang bawa). Jadi dia suggest kitaorang ke Spa di Kuta for only Rp250k for 2 hours (massage, scrub dan mandi susu bunga). Tak silap nama spa tu Leta’s Life Spa.
    Servisnya bagus dan dorang boleh tolong babysit anak customer yang datang sementara parentsnya dispakan for no charge at all!!


    Shopping
    I love shopping at Bali. Instead, sekarang ni, aku ada rasa ralat sikit pasal ada beberapa benda yang tak beli di Bali dan aku menyesal sangat.. huhuhuhuh…
    Art marketnya melambak. Currency dorang murah. Maybe orang yang pi Bandung lagi la gila shopping kot. Seb baik aku pi Bali. Banyak sikit aktiviti.
    I love the batik bali, silver brooch.. apa lagi aaa… tu la aku paling suka.. dvd pun murah.. Rp10k je satu.. best giler..


    Live Band at Center Stage HRH Bali
    Salah satu daripada tujuan kitaorg nak stay di HRH Bali adalah untuk tgk live bandnya. Sebelum ni, ada resident band HRH Bali selalu buat show di HRC KL nama Siluet. Bila tanya reception HRH Bali, dorang kata Siluet is no longer their resident band. Huhuhu… sedey aku.
    Tp band yang skrg ni.. apa nama ntah lupa lak.. Xcite kot.. ok jugak la.. vocalist pompuan nye power.. vocalist lelaki cam ntah hape2.. yang band main Sunday nite tu, guitarist nya siap ble tegur Edi, tanya Edi dari Malaysia.. dia cakap dia dulu guitarist Siluet.. eh, kenal plak dia ngan edi.. hehehe.. what a small world..

    sambung cerita lagi di sini

    Wednesday, November 5, 2008

    Escape to Bali – Part 1

    I want to say thanks


    • To Allah… tanpa rezeki dan keizinanNya, sure aku tak dapat sampai ke bumi Bali. Dan kerana dengan kebesaranNya juga maka bumi Bali itu indah dan memukau.
    • To AirAsia.. now everyone can fly.. kalau tiada AirAsia, aku pun tiada la mau bermimpi pegi Bali.. terima kasih ye Tony Fernandes…
    • To my very dearest friends.. Ann dan Zila a.k.a Kecik.. without you both, I will be lost in Bali.. kamu la yang bertanggungjawab buat hati aku teringin pegi Bali ni.. dan kamu juga la yang bg aku tips, guidance.. prepare my itinerary… I love you both..


    Apa yang aku buat before aku pergi Bali?

    • Aku beli sunblock – tapi aku tak guna pun. Pasal aku tak sempat berjemur pun.. huhuh… tade masa..
    • Aku contact driver untuk tujuan bawa aku jalan2 di Bali. Ann recommend aku Pak Wayan. Untuk 2 hari, aku bayar Rp500,000 (lebih kurang RM200). Pak wayan ni tauke sewa kereta ni. Orang yang bertanggungjawab bawa kami jalan2 ni Mas Kadek. Orangnya baik. Suka menyanyi dan pandai layan Zizou. Zizou pun suka sama si Kadek ni. Wayan bagi kami ni guna kereta Toyota Avanza. Aku just bagi itinerary, so Kadek ni akan bawa kami jalan2 base on itinerary tu.


    Hard Rock Hotel, Kuta, Bali

    • Aku suka gila dengan hotel ni. Sejak first time aku set my eye on the article about HRH dalam magazine, aku teringin pegi sini. Memang tidak menyesal pilih. Next time aku pegi Bali pun, aku mau stay sini juga.
    • The food is ok. The room is ok. The bathtub is spacious.. 2 adults and a toddler pun muat..hehehe..
    • Duduk kat hotel ni.. tak keluar satu hari pun takpe.. ble lepak kat cabana swimming pool (first class!), main volleyball.. bbq dinner..malam lepak kat center stage… 2nd night di Bali, kami upah babysitter jaga Zizou.. tp lepas tu tengok ramai parents bawa anak dorang tgk live band sekali.. so, the next night, kitaorg bawa Zizou tgk sekali… and he enjoy it..

     bilik yang sederhana luas. siap ada couch pula tepi tu


     posing with the largest guitar I've ever seen


    breakfast at HRH. banyak choice


    Makan


    • Oleh kerana di Bali, 90% of the population is Hindu, mencari makanan yang halal kind of sukar sedikit (tade la susah sangat)… HRH menawarkan makanan halal (kalau ada pork, ada kena letak sign oink oink)..
    • Jadi, nak makan saja, cari makanan padang… my favorite? Ayam gulai, sayur singkong atau pucuk ubi (wajib) dan sambal merah.. hehehe..
    • Hari ke-3 di Bali, kami singgah di Jimbaran untuk dinner sambil melihat sunset… very nice view… I love it… dan ongkosnya juga hebat… untuk 1kg Ikan Siakap, 500g King Prawn, 700g squid, 3 drinks dan nasi, appetizers, fruits for dessert.. senang cakap.. mmg full la lepas tu.. sume sekali almost RM200… ohh.. tak dilupakan.. tips bagi kat busker yang kita orang request untuk nyanyi lagu Aerosmith – Don't Wanna Miss A Thing dan Matta – Ketahuan… hehehe.. we enjoy it.. Zizou pun enjoy.. dia yang paling sorak sakan..

      sunset view at Jimbaran

       Kitaorg order banyak lauk konon mau ajak driver, Kadek tu makan sekali. Sekali rupanya dia tu vegetarian la pula



    Nanti aku sambung lagi..daa…

    Tuesday, October 28, 2008

    Azam – bukan nama baby saya

    End of this week – Insyallah, aku pi jalan-jalan cari pasal.. ingatkan aku untuk buat photocopy passport aku, Edi dan Zizou. Excited ka? Excited juga.. tapi aku tidak penah set my expectation too high whenever I'm going to anywhere.. dengar cerita kengkawan..semuanya best saja.. budget? Insyallah.. ada la sikit..

    Next week – aku melangkah ke fasa baru dalam dunia karier aku sebagai "saya yang menurut perintah". Tapi fasa baru aku tu, aku rasa macam tiada apa saja.. pasal aku tidak bertukar tempat.. hmm..post saja tukar..

    Azam tahun ni – aku harap aku dapat capai target aku tahun ni.. aku sudah bagitau bos aku siang2 mengenai target aku.. insyallah, mudah2an Tuhan bukakan hati bos aku dan hati2 sesiapa yang terlibat supaya target aku tu tercapai.

    Azam tahun depan – aku mau capai satu target yang sepatutnya aku berharap untuk dapat tahun ni, tapi kandas. So, aku sudah maklumkan kepada Edi dengan harapan dia akan support aku.. aku mau ambil this particular kelas dan exam… kalau aku lulus, insyallah boleh jadi pemangkin kuat untuk aku capai target aku yang satu ni. Dan aku pun sudah maklumkan kepada bos aku, aku mau ambil satu kursus ni.. supaya aku akan jadi terer dalam topic ni.. so, orang2 yang perasan pandai tidak akan tanya aku soalan2 yang membuatkan aku buduh terpinga2 diserang bertubi2 tanpa belas kasihan sampai mukaku merah macam cili yang masak menyala… kalau dorang mau tanya pun, aku sudah bersedia dengan bekalan yang amat hebat sampai telinga mereka akan berdesing mendengar hujah2ku yang amat bernas dan tidak pernah didengari dari mulut orang lain melainkan dari mulut aku semata2..

    Friday, October 17, 2008

    Pot Luck di Office

    Aku =
    Co-Organizer

    Apa yang aku bawa =

    1. Bahan2 sampingan untuk Laksa Sarawak dan Laksa Johor seperti hirisan timun, limau kasturi, telur dadar hiris, kacang panjang, tauge…
    2. Cekodok Ikan dan sos cili thai – dalam masa yang singkat, habis… tidak sangka menjadi hits di kalangan penjamu selera… hehehe.. aku bawa pun bukannya banyak.. sebab aku ni merendah diri.. tapi bila orang sudah puji2 ni, next time aku bawa banyak2 la…hehehe
    3. Dodol dari segamat yang diberikan oleh kakak ipar


     

    Kesimpulannya =

    Aku ni mmg semangat.. sejak semalam aku bertungkus lumus menyediakan bahan2 sampingan sambil tengok Amazing Race Asia.. sebelum tu aku masak dinner, nasi jagung dan sambal sardine… hehehe.. sejak lepas raya ni, malas aku masak sendiri.. semalam tu kira semangat memasak telah datang semula…


     

    Hasilnya =

    Proud of myself… J

    Tuesday, October 14, 2008

    Collection lirik lagu jiwang

    Aku pernah jadi muda belia.. (skg pun masih muda belia lagi..hehehe…).. tapi skg aku dalam zon lain..zon isteri mithali cum ibu fabulous.. hahaha.. (iyo la tu… ku layan keperasanan ku sendiri).. time berchenta mahupun time dah kawin.. mesti ada banyak kategori feeling yang kita rasa… rasa chenta tak hangat, rasa marah tahap gaban.. rasa sedey yang amat syahdu.. rasa pilu, kecewa, suka, bahagia, rindu.. kalah ikan 3 rasa… skg ni, kalau aku layan radio.. sometimes bila ada lagu yg best2 dan jiwang.. aku akan relate kepada perasaan yang aku pernah rasa… huhuhuh…

    Ni lagu yang sesuai kalau aku tengah marah dan keciwa tapi helpless because I just dunno how to express my feeling.. (ambil 2 perenggan sahaja)

    Lagu Cinta Ini Membunuhku by D'Masiv

    Kau membuat ku berantakan
    Kau membuat ku tak karuan
    Kau membuat ku tak berdaya
    Kau menolakku acuhkan diriku

    Kau hancurkan aku dengan sikapmu
    Tak sadarkah kau telah menyakitiku
    Lelah hati ini meyakinkanmu
    Cinta ini membunuhku

    Ni lagu kalau my husband did something very sweet for me… or when I heard somebody somewhere is treated badly by their lover pastu aku compare dengan husband aku yang tak perfect tapi ngam2 dengan aku… wut ever happens…I know I can turn to my ayang..

    Lagu Stickwitu by Pussycat Dolls

    I don't wanna go another day,
    So I'm telling you exactly what is on my mind.
    Seems like everybody's breaking up
    Throwing their love away,
    But I know I got a good thing right here
    That's why I say

    Nobody gonna love me better
    I must stick with you forever.
    Nobody gonna take me higher
    I must stick with you.
    You know how to appreciate me
    I must stick with you, my baby.
    Nobody ever made me feel this way
    I must stick with you.

    Nanti ada lagu best lagi..aku sambung..huhuhu…

    Wednesday, October 8, 2008

    Funny Toilet Story

    This story was taken from website http://brukiosk.net/kurapak3/

    <Cerita asal dalam bahasa brunei. Terjemahan disediakan oleh aku>


     

    Masa second day of Raya, Pg Shukry(nama iksyen) sekeluaraga ikut family bininya beraya arah balah bininya di Keriam, Tutong. Masanya on the way dalam pejalanan atu, rupa-rupanya ia kan tekamih pasal andang dari rumahnya udah ia banyak minum oren 4-5 tin, siksa kali ah menahan aying kamih ani, tuhan saja yang tau.

    <Hari ke-2 raya, Pangeran Shukry (nama glemer) sekeluarga mengikut family isterinya beraya di kampung belah isterinya di Keriam, Tutong (nun kat Brunei sana). Ketika dalam perjalanan, mamat ni nak menyahut panggilan alam –nak kencing- sebab kat rumah tadi dia dah banyak minum air oren 4-5 tin, memang seksa menahan kencing ni, tuhan saja yang tau>


     

    Upon sampai kerumah tampat dorang kan beraya atu, belusir ia kejamban tekipat-kipat and diliatnya ada orang tua-tua bediri dapan pot kan bekamih tapi tangannya kedapan guyang-guyang macam orang kan menari twist tekajar-kajar.

    <Sampai je mamat ni ke rumah yang dorang nak beraya ni, dia pun berlari ke tandas dengan tak menyempat dan dilihatnya ada seorang tua sedang berdiri depan toilet tu dengan tangan orang tua tu terkejar-kejar macam orang menari twist lagaknya>


     

    Pg Shukry : Assalamulaikum Kaji, Selamat Hari Raya, Jadi kita bekamih? Mun inda me dulu nah...<Assalamulaikum Pak Aji, Selamat Hari Raya, jadi ke nak kencing, kalau tak, bagi la saya kencing dulu>


     

    Kaji : Wang, bulih ko turunkan seluar ku ani.. kan bekamih ku lai.*tangan tekajar-kajar* <Encik, boleh tak tolong turunkan seluar pakcik ni, pakcik nak kencing ni *tangan terkejar-kejar*>


     

    Iatah kesian jua Pg Shukry kan orang tua-tua atu, liatnya orang tua atu uzur usulnya, iatah mau inda mau, turung kannya tah jua seluar kaji atu.

    <Iya lah, mamat tu kesian jugak tengok orang tua tu, nampak uzur benar, nak tak nak, dia pun tolong turunkan seluar pak aji tu>


     

    Kaji : Wang. bulih ko tulung acung kan anokonda ku ani?? kan bekamih ku lai..*tangan tekajar-kajar still* <Encik, boleh tak tolong "aim"kan anaconda (paham-paham le ye) pakcik ni..pakcik nak kencing ni…*tangan masih terkejar-kejar*>


     

    Again, simpati punya pasal, keluarkannya pelahan-pelahan tah jua anakonda kaji atu rasanya kan menulung. Skali kaji atu pun bekamih sanang-lenang kurang-kurang 20 saat while Pg Shukry menunggui macam sibanar,

    <Sekali lagi, kerana simpati, dia pun tolonglah mengeluarkan anaconda pakcik tu perlahan-lahan.. Pakcik tu pun dengan senang-lenangnya kencing dalam masa 20 saat je sementara si Shukry menunggu cam ntah hape-hape..>


     

    And baik lagi hati Pg Shukry atu, anak surga tah banar, after kaji atu bekamih, tarus dicucikannya and dimasukkannya balik anokonda kaji atu tarus dinaikkannya seluar kaji atu back to normal, tapi jangan silap, ada adatah jua soalan bonuskan ditanyakannya arah kaji atu yang muskil difikirannya...

    <Oleh kerana si Shukry ni baik hati sangat, memang bakal ahli syurga nih, lepas pak aji tu habis kencing, dia pun tolong cucikan dan dimasukkannya balik anaconda tu, pastu dinaikkannya seluar pak aji tu back to normal… tak semena-mena, dia bertanya soalan bonus kepada pak aji kerana dia ada musykil satu perkara>


     

    Pg Shukry : Excuse me Kaji, betanya tah me jua ah... apakan tu biji-biji bintik-bintik warna kuning macam badukang damam arah anokonda kita atu kaji? banyak lagi tu menjalak. <Excuse me Pak Aji, maaf saya nak bertanya…yang ada biji-biji berbintik-bintik warna kuning macam belukang demam dekat anaconda pak aji tu hape? Banyak pulak tu menjalar>


     

    Kaji : ANTAH WANG AH, AKU PUN INDA TAU, IATAH KU INDA BERANI MENJANGKAU ATU *tarus ia belusir keluar*<Entah le nak… aku pun tak tau.. tu pasal la aku tak berani pegang tu..*pak aji tu terus berlari keluar*>


     

    Pg Shukry : *Toinkkkk* !@#$%^&*

    Monday, October 6, 2008

    P. Ramlee the Musical – cerita ke 2

    Raya ni… astro ada offer syawal channel for RM7 dari oct 1st selama sebulan.. jadi, daripada banyak2 movie yang diofferkan.. ada la kena tunjuk citer P. Ramlee the Musical ni… husband aku yang beria2 suruh aku call astro customer service untuk subscribe benda alah ni… aku pun ikut je la… lagipun, aku mau juga bagi adik2 aku tengok.. tgk di tv pun jadi la… kalau mau tgk secara live di Istana Budaya, rasanya macam tiada chance ja..

    Hasilnya, my youngest sister suka sampai menangis2… hehehe… dan aku puas kerana adik2 aku dapat merasakan kehebatan musical theater P. Ramlee ni sepertimana yang aku pernah rasakan.. (kami semua peminat P. Ramlee)…

    There's one part di mana Musly Ramlee menyanyi lagu Hujan di Tengahari (scene P. Ramlee frust pasal baru lepas bercerai)… lagu tu menusuk kalbu aku… siapa yang ada mp3 lagu ni? Hulur2 la… (for info, lagu ni tiada kaitan sama kehidupan aku.. aku cuma suka lagu ni ja.. J)


     

    Hujan di Tengahari

    Sedih rasanya hati di dalam
    Mengenangkan peristiwa masa yang telah silam
    Di mana aku hidup bersama si dia
    Tak pernah rasa aman bah'gia

    Perselisihan sering terjadi
    Walaupun jauh dari nyata dan juga bukti
    Namun begitu dia selalu terburu
    Tegak meluru menurut nafsu

    Andainya dia dapat mengubah
    Tetap ku terima
    Mendirikan mahligai ria
    Tapi tak berdaya

    Ku sangka panas hingga ke petang
    Rupanya hujan di tengahari

    Thursday, September 11, 2008

    “Ada berita gembira!!”

    Tadi kat office aku ni ada meeting pengurusan..meeting ni dihadiri oleh semua ketua unit dalam office aku ni..

    Lepas ja meeting tu.. ex-bos aku yang amat la aku sayang call aku… (sebelum tu, sukacita dimaklumkan… aku punya tahap sayang dengan ex-bos aku ni.. kalau aku kena marah ngan lady boss aku ni mesti hati kecik aku terasa gila babeng.. tapi selama aku kerja ngan dia pun, aku tak pernah dimarah..hehehe..kena tegur pasal keje biasa la…kena puji kat belakang pun biasa juga..ada la sumber2 yang dipercayai citer aku kena puji ni…hehehe..huhuhuhu..riaknya…)

    Beginilah kiranya perbualan telefon kami

    Ex-bos = “Hello Naddea..saya ada good news”

    Aku = “Iye?.. good news apa tu puan?”

    Ex-bos = “tadi dalam meeting pengurusan, SUB bagitau KSU hantar surat puji yang buletin kita adalah yang terbaik dalam xxx ni. Dia kata tahniah kepada semua. Dalam hati saya, nak kena bgtau kat Naddea ni”

    Aku = “waaa… ye ke….”

    Ex-bos = “sebelum ni KSU tak penah hantar surat kan?”

    Aku = “tak penah.. ni first time le kita kena puji ni.. “ and the rest is history..

    At last, aku rasa aku tinggalkan footprint yang berharga dalam organisasi xxx ni..

    Aku memang tak dapat menahan rasa gembira dan bangga aku.. walaupun sebenarnya buletin tu ada dalam SKT every unit dalam ofis aku ni…tp tulang belakang yang bagi benda ni jalan ialah – aku (dengan bantuan banyak pihak, thank you so much). Buletin yang terbaru aku buat tu kira macam anak aku kat ofis ni.. dalam tempoh penyediaan dulu pun, aku tak benarkan any usaha yang akan menjatuhkan buletin aku tu..contoh usaha yang menjatuhkan tu ialah

    • Input yang aku dapat ntah hape2, aku request balik dari unit yang berkenaan.
    • Unit yang tak bagi input langsung, aku cari input yang sesuai, lepas tu aku edit sendiri dan aku bagi lagi kredit untuk unit tu..
    • Design yang menyakitkan jiwa – ada la lebih 10 kali review… banyak tu… tensyen kepala otak aku..
    • Ada lagi la yang aku tak ingat ni…

    I didn’t settle for less.. lantak le orang cakap apa2 pun.. yang penting aku rasa buletin tu best.. luckily, our KSU feel the same.. sama la taste kitaorg… hehehe…

    Tapi yang sedihnya, I’m no longer in that unit… jadi, adakah aku masih layak untuk menerima kredit untuk pujian tu?

    Biar la layak ke tidak.. apa yang pasti, aku tahu, itu adalah “anakku”.. tapi, adakah hamba Allah yang sorang tu iktiraf bahawa buletin tu adalah “anakku”? dia peduli apa, dia tau bg aku pindah je.. cam hampas je aku rasa aku ni.. maybe dia fikir, sapa2 ble buat.. haa ye la.. org yg nak buat lepas ni mmg senang.. aku yang buat acuan cantek2.. dorang takat cari input, letak..dah, tu je...

    sebenarnya, sebelum aku kena tukar unit pun..byk projek dlm unit aku yg sebelum ni adalah "anak" aku.. Sekarang, anakku bukan anakku… cam cite indon pula..

    Ni cite gembira ke sedey ni? Huhuhuhu…

    Saturday, September 6, 2008

    Cemburu

    Usia perkahwinan aku dan husbandku sudah masuk 2 tahun lebih..

    Aku cemburu?

    Cemburu dengan pasangan lain yang ada gambar kahwin studio dorang.. cemburu dengan pasangan lain yang ada gambar kahwin yang diambil oleh professional photographer...

    Time aku kawin dulu.. takat kena amik gambar oleh pakcik studio kat Labuan, which i appreciate so much... amik gambar untuk 3 event.. upacara nikah, berinai dan bersanding.. pakej tak mahal pun.. time tu aku tak terasa pun nak amik gambar oleh pro atau amik gambar studio.. because of limited budget...

    Jadi.. lepas dah kawin ni.. ekonomi pun sudah semakin stabil..(money is not an issue..chewah.. tak riak ni... malahan aku bersyukur kepada Tuhan di atas rezeki yang dianugerahkan..) aku ada to do lists yang aku mau lakukan...

    1. Amik gambar studio me and my husband – tukar costume tak hengat.. aku nak amik gambar pakai gaun kawin cam omputih, baju korea ke, baju apa2 la yang ada.. pastu mesti romantic....siap peluk2 and cium2 tak hengat gak.. hahaha (apa kisah.. dah kawin maa..hehehe).. pastu semua flaws dapat diedit.. kena pulak dengan lampu studio.. yang penting.. hasilnya mesti tip top dan professional...
    2. Amik gambar studio untuk Zizou sorang... aku nak dia amik gambar pakai costume pirate ke, singa ke, gajah ke.. tarzan ke... apa2 la.. yang penting, gambar2nya mesti cute.. pastu aku hantar pi talent agency.. kalau ada rezeki, ble kena panggil casting... hahahahaha....
    3. Last but not least... amik gambar kami bertiga, outdoor... zizou pun dah pandai berjalan.. jadi mesti banyak action menarik hati yang boleh dibuat...
    4. Dan tidak dilupa, satu gambar studio bodo2 untuk gambar hari raya kami bertiga... ni buat pagi raya nanti... warna tema raya tahun ni? Daddy dan Zizou pakai baju melayu warna merah hati.. aku pakai kebaya nyonya warna pink.. hehehe..

    That's all... cerita cemburu aku yang bertempat... hehehe..

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...