google analytic

Nuffnang

Friday, July 31, 2009

Craving tidak pandai habis = ++ berat badan

Pregnancy aku kali ni mmg mencabar keimanan...

Manakan tidak, setiap bulan ja, berat aku mesti naik sekurang-kurangnya 2 kg. At least!!! Paling banyak 3 kg. Nurse klinik pun sampai siap warn aku supaya memastikan berat aku tidak naik terlebey2.. hmm... dulu time aku ngandung si Zizou, berat aku naik about 11 kg ja... nasib badan... skrg ni aku sudah naik 11 kg... dan aku ada masa 3 bulan lagi sebelum due... naya la aku ni... harap2 la by the time aku berpantang nanti, aku ble slim balik... huhuhuhuh....

Tp sebenarnya... tidak bole la mau salahkan nurse ka, penimbang berat ka... kerana nafsu makan tu adalah datang daripada diri aku sendiri... or maybe, can i blame my hormone? Atau bole ka aku blame kadar metabolisme aku yang semakin berkurang time aku mengandung ni? Huhuuuh... aku terasa macam mau cari swimming pool untuk berenang memecahkan lemak2...

Pregnancy aku kali ni... susah aku mau cari apa jenis makanan yang aku ada alahan... almost nothing... hmmm... means aku boleh berselera dengan apa saja... tapi kesan di sebalik makan tu tidak lah aku nampak sehinggalah aku makan benda alah tu.. contoh baru2 ni aku masak soto guna rempah Sernan colleague aku bagi... bau sedap, rasa menyelerakan... tetapi pada sebelah malamnya, aku terpaksa menahan rasa memulas yang amat gila kerana angin puting beliung sudah menyerang badan aku... walhal abang edi dan zizou boleh rilek ja tidur... huhuuhu... tade cirit pun... memang angin semata2... jadi, aku sudah menambah list pada senarai yang tidak boleh dimakan time mengandung ni – soto.

Semalam, teringin makan tosei pula... tapi rasanya aku tidak boleh kenyang dengan makan tosei ja.. so, aku menyuarakan kepada abang edi aku mau order kari kambing... dia ingat aku mau kari kambing kosong... alih2, aku cakap sama mamak tu aku mau kari kambing siap dengan dagingnya sekali... ehehehehe... tapi apa2 pun, kari kambing di Restoran Azwath Taman Equine memang marvellous...

Teringat pula aku... sup kambing mamak di Jalan 222 PJ pun marvellous... kalau pegi food court Jalan 222 tu, aku mesti makan nasi lemak bungkus dan order sup kambing... hmmm.. nyam2...

ni gambar aku ambil dari blog org... org yg buat post ni pun cakap sup kambing mamak ni best.

Dan sekarang ni juga, aku mengidam mau makan buah tarap... dengar2nya, sekarang sedang musim tarap di Sabah... huhuhuhuu.....

ni pun aku ambil dari blog org juga... kulit buah ni umpama baldu... ulasnya kecil2 dan manis... juga sedap dibuat cucur... org yg tidak pernah tgk buah ni akan fikir buah ni susah mau dibuka/kopek.. tp sebenarnya senang ja.. nyaman ni nyamu...

Tuesday, July 28, 2009

Duit duit duit.....

pst.... ada tak dengar khabar angin kunun tahun ni dapat bonus? hehehe.. kan bagus kalau dapat...

start bulan ni, gaji ku sudah dipotong untuk bayar loan rumah... omak ai.... banyaknya potong... hampis mampus gue... tidak sangka pula cepat betul tindakan unit gaji ni bila part potong memotong... tp bagus la.. daripada tidak pasal2 gaji ku dipotong tanpa warning..

tadi pegi carrefour... ada la beli 3 pasang baju new born baby... murah2 ja... semua warna putih.. tapi ada corak2 sket, warna kuning, oren, hijau... generic color... suitable for both boy and girl...

Friday, July 17, 2009

Man United is coming!!!!!!

Memang sudah lama tunggu benda alah ni coming... since last year lagi... last year ke tu yang Man U tak kena bagi datang pasal nak bagi laluan untuk AFC bongok tak best tu? hmmm.. rasanya kot...

My husband, as an avid fan of Man U club, selalu la suruh aku masuk manutd nyer website pasal nak tgk latest merchandise by Man U.. terkini, pasal Man U dengarnya dah dibeli saham terbesar oleh orang arab, so he expects logo AIG kat depan home jersey kit Man U pun akan bertukar... but unfortunately, the AIG is still there (for the latest season punya kit)... pasal abang edi sudah banyak jersey Man U yang bertanda AIG, dia pun malas mau beli lagi...

Tapi dia suruh beli jersey lain pula... our latest order, baru sampai semalam...

ada jersey sharp daddy, tshirt belang2 yang materialnya amat berkualiti dan tshirt zizou yang amat cumil...

Petang ni, insyallah aku akan berasak2 dengan 50,000 fans di Stadium Bukit Jalil... dengan keadaan perutku yang makin memboyot.... huhuuhuh... have mercy on me... aku harap semua fan yang nampak aku nanti akan memberikan laluan kepada ibu mengandung...

The reason aku pigi training session ni, pasal 2 tiket yang aku sudah beli secara online, RM98 each akan digunakan oleh abang edi dan bapa aku yang akan sampai KL besok...

Yang training session pass tu pula, abang edi dapatkan pada hari pertama pre-sales ticket dijual di alamanda... aku sudah pesan awal2 sama abang edi, pegi la melanguk di Al-Ikhsan tu awal2, tapi abang edi ni pula yang lambat2... sudahnya, dapat tiket yang harga RM58 ja... dalam masa not more than 2 hours ja tiket RM98 sudah habis... more than RM98 tak mampu le saya.... hehehe...

So, wut i did is, bila tiket sudah boleh secara online, aku pun beli tiket RM98, yang tiket RM58 tu jual sama orang... training session pass aku pegang... hehehehe...

Thursday, July 16, 2009

Short form

aku memang tidak faham dengan orang yang suka mengeja short form ni.

kalau untuk tujuan sms, boleh dimaafkan - untuk menjimatkan aksara, cepat untuk menaip (but still, too many short form akan buat kepala ku pening)

kalau untuk tujuan membuat nota/minit juga difahami - mengejar masa.. yang penting orang yang buat/baca nota tu faham..

tapi kalau untuk tujuan email, forum, blogging - hmmm....

sy x fhm lh... drg ni suka sgt bt cmtu.. b4 drg post tu, x fikir ke? adkh sdh tlalu lwt utk org b'ubah?

hehehehe...

Gajah dan durian D24

Pernah dengar peribahasa ini "Gajah bergaduh dengan gajah, kancil mati di tengah-tengah?"

Aku sekarang dalam situasi tersebut.

Tapi aku sedar aku siapa. Aku ni timun jepun. Dorang-dorang tu durian D24. Kalau aku salah meletakkan posisi aku, mati la aku kena golek dek durian.

Now what i can do, is to watch out my back. Ikut sajalah cakap durian besar.

Benci la.

Aku harap, orang2 yang menyusahkan orang bawahan kerana mau bisnes ni, mati kena panah kilat.

Wednesday, July 15, 2009

Penemuan baru

try pegi blog ni...

http://www.sarakids.com/blog/

aku rasa blog ni bagus sangat untuk ibu-ibu, bakal-bakal ibu, bapa-bapa, bakal-bakal bapa, dan sesiapa la yang berminat untuk mencari info pasal penyusuan susu ibu ni... dan ada juga topik2 berkaitan yang lain...

untuk pengetahuan, pemilik blog ini ialah seorang kaunselor laktasi yang telah diperakui dan certified.... aku tidak pernah berkomunikasi dengan beliau secara berdepan hatta secara online.. tidak tau la orang ni macamana gayanya in person... aku penah berhubung dengan seorang kaunselor laktasi yang lain (agak glemer juga orangnya)... tp cam kurang mesra ja dan agak uptight- aku pun jadi males...

the way i perceive this blog....
segar, lembut, menarik, berhikmah, diplomasi, memujuk, tidak meremehkan dan memberi info yang luas serta membuka minda... tidak jumud, disokong dengan fakta-fakta yang menarik dan mudah difahami... amat optimis...

sama sekali tidak seperti sesetengah breastfeeding web/blog/forum yang
  • meremehkan dan memandang sinis kepada ibu-ibu yang memberikan bayi/anak mereka susu formula di atas pilihan atau terpaksa (tiada pilihan - habis ikhtiar)
  • merungut dengan persekitaran sekeliling yang dilihat tidak menyokong amalan breastfeeding
  • berlagak kerana mampu menyusukan anak mereka secara natural (breastfeeding) - kunun cam bagus - ada juga orang yang rasa bagus kerana bg anak susu formula mahal?! - maybe
mungkin aku pun pernah berkelakuan seperti kategori ibu-ibu di atas... (ampunkan aku ya tuhan....)

apa yang aku boleh buat sekarang untuk berubah...
  • terus berusaha untuk memastikan aku dapat menyusukan adik si zizou nanti selama yang mungkin (adik zizou ja la... si zizou mana mau menyusu badan lagi...)
  • tidak sinis kepada ibu lain yang opt for formula milk (ikut suka orang la... masing2 boleh fikir mana yang baik dan kurang baik)
  • akan terus memberikan galakan secara langsung atau tidak langsung kepada mereka yang mungkin kurang faham berkenaan breastfeeding ni...
  • bersyukur kepada Tuhan memberikan rezeki susu ibu kepada adik zizou dan mohon untuk terus diberikan rezeki itu
sebagai menunjukkan support pada blog tu... aku letakkan pada favorite link aku... enjoy!!!

Monday, July 13, 2009

Ragam si Zizou

Zizou Togel

Si zizou ni… memang suka tidak berbaju kalau duduk di rumah.. dia prefer pakai pampers ja… mungkin the only time si zizou berbaju adalah kalau time kami pegi makan angin, shopping dan kalau time dia di nursery… balik ja dari nursery atau bersiaran, sampai ja rumah.. dia akan minta untuk tanggalkan baju dan seluar…

Mau kata panas pun nda juga… dan si zizou memang tidak boleh tahan panas… kalau tidur malam aku dan abang edi sudah menggigil masuk dalam selimut dek kerana aircond yang menggigit tulang, si zizou boleh selamba tidak berselimut.. hanya berbaju (aku dan abang edi mewajibkan zizou berbaju dan berpampers time tidur… sometimes pakai juga seluar panjang, jarang2 berstoking kecuali kalau stoking tu baru dan comel)…

But now I know cara supaya zizou mau pakai baju di rumah…

Baru2 ni, kami ke Pasar Malam di Putrajaya… aku berkenan dengan satu baju berjenama mahal tetapi dijual dengan harga pasar malam.. design pun comel, warna putih.. sesampai di rumah, kami pun bagi try Zizou pakai.. dan memuji2 Zizou hensem pakai baju tu… akibatnya? Zizou tidak mau tanggalkan baju tersebut.. dia mau bawa tidur pasal dia cakap “Zizou esyem la”…

Semalam pun, pegi la berpeleseran ke Midvalley… banyak butik dan store yang ada sales sekarang ni… syiok eh… konon mau cari baju mengandung baru untuk aku… lepas berkenan dan buat pembayaran, abang edi ajak masuk butik Baby Gap… pun ada sale juga… berkenan lagi dengan satu T-shirt untuk si Zizou… kata abang edi, boleh buat baju raya… beli la lagi…

Sesampai di rumah, try la pakaikan sama si Zizou ni… lantaran dipuji2 hensem pakai baju baru (parents mana yang tidak puji anak sendiri hensem kan…), akhirnya… begitu la juga… tidak mau tanggalkan dan mau bawa baju tu untuk tidur…

So, aku pun cakap la sama abang edi… sekarang tau la macamana mau bagi si Zizou betah pakai baju di rumah.. puji ja ia hensem.. senang cerita…

Bateri habis

Last time, di mydear warehouse sale, aku beli kipas harga RM15 yang ada lampu2 untuk dipasang di stroller Zizou… lepas pasang bateri, jadi la permainan baru si Zizou… dek terlalu leka kerana kipas tu kena on ja nda pandai mau kena off, mesti la bateri pun cepat habis… bila tidak boleh pusing lagi, aku pun bagitau la si Zizou… kipas ni habis bateri… jadi kena tukar bateri baru… jadi aku pun tukar la dengan bateri baru yang masih baru dari dalam stor…

Now he knows how that thing works…

Yang kelakarnya… dengan tidak semena-mena, Zizou pun mencapai patung Ultraman dan bagi kepada aku…

Zizou = “Mummy, nak otromen”…

Aku = “Tak dapat… otromen ni rosak” – kisah sebenarnya, patung Ultraman ni, kalau ditekan butangnya, akan mengeluarkan suara orang cakap jepun, lepas tu ada bunyi senapang dan siren bertalu2 ntah hapa2, memang bingit… siap keluar laser lagi dari lampu LED tengah dada patung otromen tu… punya la aku pening… pasal si Zizou keep tekan butang ni nda pandai habis… tidak sampai setengah hari lepas beli patung otromen tu, aku keluarkan bateri otromen tu dan bgtau si Zizou yang otromen tu sudah rosak… aku cerita sama mama aku dan mama aku cakap aku kejam… ahahahahaha. Memang kejam la aku ni…. Tapi si Zizou cool ja bila aku cakap otromen tu rosak…

Zizou = “Ni, bateri habis…” sambil menunjuk tempat letak bateri di belakang badan Otromen itu…

Aku tegezut…. Wah.. rupanya anak aku ni tidak boleh diauta lagi… sekarang dia tau yang otromen tu bukan rosak bodoh2 tanpa alasan… tapi aku masih tegaskan yang otromen tu rosak… and still, si zizou menerima berita itu dengan tabah seperti time mula2 dia diauta oleh mummynya sebelum ni..

I feel pity for him… but I just cannot stand dengan bunyi kebingitan patung otromen itu…
Zizou, kalau zizou sudah besar dan ada peluang untuk membaca posting mummy ni, maafkan mummy… huhuhuhuh…

Zizou dan Ekspresi

Zizou skrang sudah berumur 2 tahun setengah…

Kalau aku atau abang edi minta zizou buat something… dan zizou tidak mau, zizou akan jawab “Tanak sudah..”

Kalau dia boring2… dia akan minta aku dan abang edi untuk ambil gambar dia.. so, kita akan suruh dia pose, dan dia akan buat gaya otromen…

Kalau pegi jalan2, nampak baju or merchandise Ben10… dia akan bgtau “Mummy, Ben10… tak payah…” – pandai zizou…

Zizou anak mummy

Lately, aku notice seperkara…

Kalau di rumah… mana aku duduk, di situlah jugak Zizou akan duduk… dan selalunya, dia akan duduk atas riba aku…

Kalau zizou menyusu, dia akan baring ngam2 sebelah aku…

Kalau aku berbaring tengok tv, dia pun akan baring sebelah aku… kalau dia baring sebelah kiri aku dan aku pusing ke sebelah kanan, zizou akan pindah ke sebelah kanan aku… dan begitulah juga sebaliknya..

Kalau zizou tidur sebelah aku, zizou mau aku peluk dia…

Kalau tengah malam dia terjaga dan tengok dia sudah bergolek ntah kemana2, dia akan bangun dan tidur betul2 di bawah ketiak aku…

Pendek kata, zizou mau berkepit ja dengan aku…

Maybe dia tau yang perhatian mummynya tidak akan pegi kepada dia sorang saja…

Lepas ni, zizou kena kongsi dengan adik…

Sayunya aku…

Wednesday, July 8, 2009

Kegembiraan yang berganda

Remember my blog about Azam – bukan nama baby saya (ntah hape2 punya tajuk...)?

Ish... sapa la aku untuk diingat mengenai blog aku yang tidak seberapa ini.. (tapi ada juga kawan2 yang bertanya apa benda yang aku membebel dalam posting aku time tu.. walaupun tidak dikomen directly)

Banyak lagi blog di sekitar aku yang canggih2 hatta mendapat anugerah... blog aku ni mmg sah2 untuk syok sendiri..

More like an online journal for my own keeping.. huhuhu...

(sudah berapa tahun aku tidak tulis journal guna buku....)

And remember last time when i said i want to jot down about what happen on 25th June?

Sekali lagi... jawapan bergema dari dalam hati aku sendiri... nobody will remember... hehehe..

Pada 25 Jun tu, aku kena attend 2 function penting... amatlah penting dalam career aku...

Satu function separuh hari (pagi sahaja dan diadakan di Menara PJH), manakala satu lagi function satu hari dan diadakan di PICC...

Oleh kerana dua2 adalah function penting, jadi aku kena buat prioritizing..

Yang separuh hari tu lagi penting, kerana itu function untuk meraikan aku dan colleague2 aku yang lain..

Yang satu hari tu untuk menyampaikan surat tawaran - which is aku memang sudah terima awal2 secara online (sudah terang lagi bersuluh) – dan upacara taklimat kepada semua yang menerima tawaran tersebut...

First of all, aku bersyukur kepada Allah kerana memberikan rezeki yang berganda ni kepada aku dalam tahun yang sama. And tidak dilupa, insyaAllah, my family will receive another anugerah yang lagilah berharga dalam hujung tahun ni – tidak lain tidak bukan, adik si Zizou...
Dan tidak dilupakan juga kepada abang edi yang memberikan sokongan padu dan jitu.. my parents yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan aku.. bosses dan kawan seperjuangan di opis yang sama2 memberikan sokongan dan kerjasama... without all of you, takde le saye merase sume2 ni... betul tak?



Yang separuh hari tu – Majlis APC.

APC ni aku dapat untuk tahun 2008. Ada la dalam 11 orang dari ofis aku yang dapat (out of 120 staffs). Yang seronok tu sempat la juga aku terima sijil dari Menteri. Ada juga yang tidak bernasib baik tidak dapat sijil daripada Menteri pasal kementerian aku sekarang bz dengan isu hangat yang melanda satu dunia. Setiap penerima anugerah diwajibkan untuk mengambil gambar secara individu dan buat pembayaran RM9. Hari ni aku sudah terima gambar tu... amboi mummy Zizou.. tembamnya....

Dress code? Baju kurung or kebaya batik. Beberapa minggu sebelum majlis ni aku sudah pening2 mana la mau cari baju batik at this time dengan saiz badan aku sekarang ni. Nasib baik ada baju batik kain chiffon yang aku jarang-jarang pakai dan memang free size.. tengahari selepas majlis tu, kami dijamu makan tengahari...

Lepas ja majlis tu, aku sempat balik opis sekejap pasal aku malas mau pergi PICC awal2.. the next acara wud be at 2.30 pm.

Acara di PICC tu – Majlis Penyampaian Surat Tawaran dan Taklimat mengenai HLP

Another good news. Nasib baik kawan ofis aku bgtau mengenai semakan online di web JPA. Kalau tidak, memang aku tidak check tu. Alhamdulillah, aku dapat sambung study ke peringkat Master di Universiti tempatan. Colleague aku dapat pegi oversea. Sebenarnya, memang hasrat aku dulu2 mau sambung master ke UK. Tapi time aku apply tu aku just pilih Malaysia sebab keadaan ekonomi yang menggugat manusia sejagat.

Lepas dengar taklimat, baru la aku tersedar.... bukanlah senang urusan mau sambung belajar dengan biasiswa HLP ni.. macam2 la mau diuruskan. Nasib baik dapat local ja, kalau kena oversea, mau pegi BTN la, kena lulus IELTS/TOEFL la, mengurus pasal family yang mau dibawa la, visa la, tempat tinggal la..

Hasrat untuk round Europe? Aku cakap dengan abang edi, insyaAllah, kita akan ke sana.. mana tau rezeki dapat buat PHD pulak.. hehe.. lagi lama, 3 tahun tu.. kita tunggu adik Zizou keluar dulu.. kalau tidak dapat stay di sana untuk belajar pun, aku tau, dan insyaAllah sekali lagi, ada la rezeki untuk bercuti2 di Europe...

All in all, aku gembira. Memang rezeki anak.

What shud I do now? Buktikan kepada orang di sekeliling aku yang aku memang layak dapat APC dan aku tidak akan sia2kannya. Kerja sebaik boleh. Sampai la time aku cuti belajar nanti.. hehehe.. dan aku tidak sabar untuk bergelar student semula. I told abang edi, azam aku tahun depan.. untuk menyusukan adik si Zizou secara ekslusif selama yang boleh (at least 6 months) dan aku mau jadi best student.. hehehe.. kalau boleh, time aku grad nanti, aku mau dapat CGPA yang paling best.. lagi best dari CGPA aku time degree dulu... besarnya cita-cita.. InsyaAllah...


Tuesday, July 7, 2009

A visit to a clinic

hari ni aku rileks.. duduk rumah... pasal perut aku bergas macam air coca cola... sakit purut... tak ble nak berdiri tegak.. sudahnya.. aku tunggu sampai gas coca cola ni habis... then aku minta tolong abang edi hantar aku pegi klinik... amik mc.. dapat ubat... bukan sahaja ubat sakit purut.. termasuk la ubat lain yang aku minta untuk penyakit2 yg aku dapat sepanjang pregnancy ini..

sekarang ni, aku ambil masa untuk berblogging... anak bujang aku nan sorang sedang tidur... penangan ubat batuk dan selsema yang dapat time pi kkpj semalam.. tidak sampai hati hantar ke nursery.. semalam zizou batuk tak hengat time tidur.. sampai terduduk zizou kerana batuk.. sudahnya, abang edi memerintahkan hamba yang mc ari ni untuk mc sama2 dengan zizou di rumah... apa2 pun, hamba rela... sian dia kalau pi sekolah batuk2 yer...

tadi semasa di klinik... oleh kerana doktor tu pun takde patient lain.. setelah aku bertanya dia macam2... dan dia pun mmg jenis suka educate patient macam aku.. consultation yang amat berbaloi aku andaikan... aku minta dia tolong scan... hehehe..

sebab sudah ada scan sebelum ni di kkpj.. tp tidak nampak gender adik zizou apa.. doktor tu pun bz, ramai pula ibu mengandung yang menunggu di luar... jadi dia hanya tengok apa yang penting2 saja... structure baby, semua lengkap... uri pun elok di atas...

so, kali ni, mengenangkan my pregnancy is almost 23 weeks... dan alang2 ke klinik, aku minta doktor untuk tolong bgtau apakah gerangan adik si zizou ni... boy ke girl?

setelah lama ditelek... kerana ternyata adik si zizou ni pemalu.. kepit2... bukan cam time zizou dulu.. main tunjuk saja... hehehe... lama jugak la doktor tu mencari... akhirnya... terserlah sudah... jeng jeng jeng...

alhamdulillah... setelah masuk kereta... abang edi dapat meneka dengan tepat sekali... lepas tu dia suruh aku start reki2 nama yang indah2... apsal la aku ja selalu dapat task macam ni... abang edi tau jadi juri ja.. cheh... kalau tak best, dia tolak.. suruh cari lagi...

sudah la aku rasa susah yang amat mencari nama dia... malas la guna nama yang common dan moden pelbagai... kalau nama dolu2 pulak, yg klasik2, abang edi pula tidak suka..

tidak apa... suka atau tidak.. kalau adik zizou keluar tu nanti... ada la nama dia.. hehe..

Wednesday, July 1, 2009

Shopping untuk Zizou

Sekarang ada warehouse sale di MyDear Puchong... sampai 5 Julai 2009 nanti..

Selalunya, kalau ada warehouse sale sana, aku pegi ajak abang edi dan kawan2 sekapal yang berminat.

Look what i've bought for my little anak bujang

KHEMAH BERBOLA..

So, dia boleh la main tapuk2 (sorok2) dalam khemah ni..

Stroller baru pun aku ada beli juga for RM60.. tapi teda pula gambar dalam website..

Malas la mau upload sendiri.. hehe..

Stroller Zizou sekarang ni sudah lusuh... syian Zizou..

Abang edi ada belikan stroller baru.. tapi berat la... malas aku mau bawa jalan2...

sudahnya, patah balik pakai stroller yang lama dan lusuh tu juga..

ni aku sudah beli yang baru, stroller lama boleh bawa pigi pasar borong la.. hehehe.. buat jadi troli angkat ikan dan sayur.. huhuuhuh..

barang2 untuk baby baru? still too early la... nanti2 la lepas raya baru fikir.. :)

Friday, June 26, 2009

Aku takde maid

Indonesia arah penghantaran amah ke Malaysia dihentikan

JAKARTA 25 Jun - Indonesia mengarahkan agensi-agensi pekerjaan republik itu menghentikan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia berkuat kuasa esok.

Arahan itu dikeluarkan berikutan banyak aduan para pekerja bahawa mereka telah didera oleh majikan, kata Menteri Tenaga Manusia Indonesia, Erman Suparno, hari ini.

Ia kekal sehingga Malaysia menjamin keselamatan mereka, tegas Erman selepas mengadakan mesyuarat rasmi dengan tiga lagi menteri Indonesia di ibu kota Jakarta.

Perbincangan dengan Malaysia akan diadakan pada 15 Julai ini untuk mencari jalan penyelesaian, katanya.

Lebih 300,000 wanita Indonesia bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia. Kira-kira 3,000 pembantu rumah pula dihantar ke Malaysia setiap bulan yang kebanyakannya ditempatkan melalui agensi pekerjaan khas, jelas beliau.

Pembantu rumah memfailkan lebih 150 aduan setiap bulan dengan pihak berkuasa di Indonesia mendakwa berlakunya penganiayaan, kerja lebih masa, tidak dibayar gaji dan penderaan fizikal di Malaysia.

Menteri Keselamatan Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, semalam berkata, Malaysia akan mencari pekerja pembantu rumah di tempat lain bagi memenuhi keperluan negara.

"Jika Indonesia tidak membenarkan rakyat mereka bekerja sebagai pembantu rumah di sini, atas dasar semangat kejiranan, kami akan menghormati keputusan itu," katanya yang dipetik oleh akhbar The Star.

Kes terbaru yang mendapat perhatian media melibatkan pembantu rumah Indonesia berumur 33 tahun yang telah melarikan diri daripada majikannya bulan ini dan mendakwa disiram dengan air panas dan dipukul.

Polis telah menahan majikannya itu dan akan berhadapan dengan hukuman penjara 20 tahun dan denda atau disebat jika mahkamah mendapatinya bersalah menyebabkan kecederaan teruk.

"Kami mahu melindungi para pekerja migran kami daripada pencabulan kontrak dan penderaan fizikal," kata Erman kepada wartawan selepas mesyuarat. – AP


Mungkin... apa yang sebaiknya ialah negara jiran ni fikirkan dan buat tindakan – macamana nak kurangkan PATI dari negara dorang ni masuk ke Malaysia... itu la yang sebaik-baiknya...

Yang pasal cuti sehari dalam seminggu tu... aku tidak setuju...

First thing first, aku tidak penah upah maid.. tapi aku selalu mendengar rungutan mengenai maid dari kawan-kawan aku...

mama aku pun pernah upah om (orang indon timor timur yang berlambak di Labuan) untuk tolong jaga rumah dan anak-anaknya kalau dia pi sekolah (separuh hari ja dan tidak tinggal di rumah dengan kitaorang).. oleh kerana mama aku kerja separuh hari ja (pasal dia cikgu), jadi masa anak-anaknya bersama maid tidak lama... walau bagaimanapun, mama aku pernah cerita dan aku sendiri pun pernah melihat dengan mata kepala aku sendiri.. maid tu selalu tidur.. tak tidur pun, tengok cerita Hindustan pasal dulu tiada cerita sinetron indonesia.. sudahnya, adik aku yang masih kecil (3-4 tahun time tu), kadang2 buat kerja sendiri basuh pinggan dengan berdiri di atas kerusi... atau berada di dalam washing machine... nasib baik mama aku tiada sakit jantung...

aku rasa banyak keburukan bagi maid ni cuti sehari...

  1. Bertambah ramai la pendatang membanjiri KL... bas pun akan dipenuhi oleh orang-orang ni jugak... lama2 kita bukan Negara kita ni bukan nama Malaysia, tapi nama Indonesia the second.. eh tak pun, Malaysia truely Asia.. pasal ada ramai indon, bangle, Myanmar, Vietnam, Nepal, Filipina, dan mana2 pendatang yang ada la..
  2. Kebanjiran maksiat..
  3. Lari dari rumah (jiran sebelah rumah sudah terkena macam ni)

Pelik la... rasanya majikan di Malaysia banyak berkorban untuk maid dorang...

  1. Accommodation dan makan free
  2. Tambang dorang balik kampung free
  3. Lepas balik kerja, maid ble rehat
  4. Mesti tension pasal hari2 tengok muka maid (tambah2 kalau rumah kecil dan maid yang tidak pandai buat kerja)...

Bukan semua majikan jahat macam orang yang mendera tu.. tu kes terpencil... fakta, terlalu ramai yang baik.. tapi tidak masuk berita pun... Pasal kebanyakan majikan di Malaysia ada maid pasal dorang ada anak.. bukan saja2 terlebih duit mau bagi pada orang gaji...

Negara jiran ni memang sengal la... suka cari pasal... Negara kita ja baik hati mau jaga hati orang...

Boleh ja bagi cuti sehari seminggu tu, dengan syarat

  1. Kira harga accommodation – bilik, elektrik, air
  2. Kira harga makan minum dorang
  3. Tambang pun kira

Tak pun, bagi ja cuti, tapi duk rumah... means, tak buat kerja langsung dalam sehari tu.. complete rest...

And apa kata, cadangkan untuk sehari seminggu kepada suri rumah sepenuh masa? Lagi adil kan?...

Aku harap, amat berharap, aku tidak perlu upah maid... insyaAllah..

Tuesday, June 16, 2009

Entry saja-saja

Ya ampun.... kerja aku di opis sekarang makin berlambak-lambak...

Nak nak bulan jun ni... tetiba permohonan datang mencurah2.. kalau due bulan ogos, mesti bulan ogos tu la tiba2 datang sekelepuk macam tu..

Resam manusia.. suka buat kerja last minute..

Sudahnya? Aku juga yang seksa..

Ditambah dengan ada pertandingan 5S next week..

Aku sudah mula start meng 5s kan cubicle aku semalam..

Tak cukup masa la... nak stay back opis lambat sikit, kesian pula dengan Zizou..

Mau datang weekend, kesian sama si daddy and si Zizou..

Penyelesaian? Kena 5s hari2...

Disiplin itu penting...

Gambate ne!!!

Aku tidak sabar menanti 25 jun... mari kita lihat siapa yang kena!!! (Next week aku blog apa jadi that day)

Zizou nan seorang

Zizou sekarang suka pergi sekolah..

Dia cakap "Sekolah besh..."

His social skill – bertambah bagus...

Thanks to his teachers and the nursery... maybe pasal dia sekarang berada dalam environment rakan sebaya dan yang lebih matang, diajar guna flash card, ada kelas menyanyi...

Banyak juga lagu2 yang dia tau sekarang...

Antaranya, "Nak nanan woti canai.. woti.. woti...".. lepas tu lagu Kalau anda gembira... , lagu Air pasang dalam, banyak jugak la... (tapi semua dinyanyi dalam versi pelat Zizou)..

Vocab bertambah banyak...

Pandai buat muka kesian "Mummy... nak nasyik..." (macam ja la mummy ni tidak bagi Zizou makan nasi)

Pandai mengadu "Ceku.. dia buat.." "Ceku, susu tumpah"... (Ceku is cikgu)

Pandai anak mummy... nanti jadi abang yang baik yer...

Tuesday, June 2, 2009

Cuti-Cuti Malaysia: Bukit Merah

Last Saturday, pegi Bukit Merah..

sebenarnya, tiada plan pun mau pegi situ.. ceritanya, bapa mentua ajak pegi kenduri kawin anak sedara dia ni Nibong Tebal pada 31 Mei 2009. 2-3 hari before hari kejadian, abang edi call aku di waktu lunch yang suci bahawa abangnya (abang ipar aku yg sulung) kunun mengajak untuk overnite di Penang, so suruh aku booking apartment.

Aku agak furious pasal kalau mau booking apartment di cuti sekolah ni patut buat awal2.. kalau buat lambat2, sure2 la susah dapat… boleh la kalau mau dapat pun, tapi tiada la kemudahan pool bagai semua. Sedangkan, aku ni kalau merancang percutian selalu memikirkan pasal keseronokan dan keselesaan anak2. (I always put my child’s interest first – kebersihan, keselesaan, kegembiraan. Kalau mau fikir pasal orang tua ni, tidak selesa pun tidak apa, asal ado).

Sudahnya, aku mencadangkan kami overnite di Bukit Merah. Dekat pun dekat juga untuk ke Nibong Tebal. Apartment pun insyallah senang dapat. Dan sebenarnya, aku pun boring mau stay di Penang, kan ke kami baru ke sana last March. (eh ye ke.. ye kot.. kalau bukan Mac, April la mungkin tu)..

Tapi, impian tinggal impian… biasa la time cuti ni.. perjalanan patut2 boleh 3 jam, jadi 5 jam.. eksiden la, banyak keter la.. sampai di Bukit Merah around 5. Aku ajak abang edi pegi Waterpark pun dia teda selera pasal dia mau berehat… huhuhuhu… kesiannya Zizou. Aku sudah siap pack baju mandi Zizou merangkap baju ultraman.. pelampung Zizou pun ada.. kesian juga dengan anak sedara yang 3 orang tu..

Malamnya, kami ke Night Safari di Zoo Taiping… ramainya orang…. Mau mampus kami berbaris.. nasib baik si Zizou tidak meragam. Tapi binatang pun banyak yang tidur plus mata aku pun kurang nampak kalau pemandangan malam2 ni. Sampai part gajah, Zizou sudah tersengguk2 menahan mengantuk.. huhuhhuhh..

Abang edi pun siap boleh sesat dari Taiping ke Bukit Merah. Tengah malam baru sampai. Sampai apartment ja, biras sulung merangkap Kak Long ku buat cekodok ikan bilis.

Peserta percutian merangkap rombongan jemputan kawin ke Nibong Tebal:

1. Father and mother in law

2. Kami sekeluarga (1 child)

3. Abang ipar sulung sekeluarga (3 children)

Yang best:

1. Travel ramai2 – 2 kereta (Avanza dan Wira)

2. Zizou gembira pasal ada kawan – 3 orang cousinnya

3. Dapat duduk sama2 di apartment yang berharga RM270 satu malam – ada 3 bilik, ada astro basic, ada kelengkapan masak, lake view.. (tapi Bukit Merah panas bah…)

Yang tidak best:

1. Tiring journey

2. Tidak dapat pegi waterpark

3. Zizou meragam time tidur malam pasal panas.. abang edi terpaksa siram Zizou untuk sejukkan badan Zizou dan melegakan ruam panas yang timbul

4. Percaya atau tidak, aku tidak merasa pun makan di Taiping and Bukit Merah… semuanya Kak Long ku masak sendiri.. sebenarnya best la jugak pasal sah2 sedap kan.. tapi aku jenis suka merasa makanan local..

5. Aku malas mau ambil gambar… huhuhuhuh… kalau dapat pegi waterpark sure aku ambil gambar Zizou jadi ultraman..

Belum ada rezeki… next time la…

Thursday, May 21, 2009

Cuti-cuti Langkawi Part 3


Part 3 ni aku mau cerita pasal Holiday Villa Langkawi…

Location = strategic location… near to Teluk Baru (jeti island hopping), near to airport.. paling best dekat dengan Pantai Cenang.. jadi, senang carik makan…

Parking = guarded.. oleh kerana aku pegi time non-peak season, so senang la dapat parking… rasanya kalau time ada public holiday dan cuti sekolah, berebut park lot juga ni…

Breakfast = hmm… aku rasa la kan.. kalau mau dibandingkan dengan star rating hotel ni (kunun 4 star).. macam tidak kena ja… the food was, ok2 saja la… choices? So so… senang cerita.. a little bit disappointing..

Room = pasal aku request bilik yang paling murah (at RM195/night using government rate).. jadi aku dapat bilik superior with garden view.. garden view? Macam sarang nyamuk ada la aku rasa… corridor ke bilik tu mengingatkan aku kepada suasana di Hard Hotel Hotel Bali… aku dapat bilik atas tanah… tiada carpet (senang mau bersihkan dari pasir2, I guess).. time aku call hotel ni untuk booking bilik, aku request for a king size bed... tapi dengan selambanya orang reservation tu cakap.. "Tidak boleh"... amboi... hebat sangat la hotel dia ni aaa... murah sangat ka aku bayar ni... macam cikai ja rasanya aku ni... sebab kalau aku book hotel lain, macam tiada masalah ja.. kecuali kalau tiada bilik, then they give me a room with a conjoined two single bed..

Room service = hmm.. service yang mesti diarah dulu... boleh lepas aku balik dari island hopping, bilik aku masih belum dikemas.. dengan alasan, aku mesti hang dulu "Sila Kemaskan Bilik" then baru kena buat... kenapa di hotel lain yang supposed to be 4 star tidak macam ni aaa... heran la makcik..

Seterika a.k.a iron = tiada iron dan ironing board disediakan... kena pi satu bilik khas kalau mau iron baju... aku pigi holiday la ni.. bukan pigi kursus mau fikir bawa iron sendiri... buduhnya... lagi satu kelemahan nyata yang aku rasa tidak sesuai dengan rating 4 star tu kunun... kalau alas iron tu kena maintain pun tidak apa juga.. ni berabuk lagi ni... eeee... cantik lagi bilik iron asrama aku dulu... (aku pun sama, mau holiday pun fikir mau iron baju lagi... pasal aku mau cantek la... itu la pasal.. holiday tidak bermakna asal ado)...

Nescafe/tea = hanya diberikan paket kecil time first day check-in.. lepas tu mimpi la dorang mau refill... kalau mau, kena bayar... buduh...

Swimming pool = ok2 ja la... ada Jacuzzi... ada bar kunun...

Pantai = pantai tu dari jauh nampak cantik ja.. sekalinya bila datang dekat laut... masyaAllah, banyak sampah rupanya.. dorang ni tiada effort ka mau bersihkan pantai ni... maybe pantai tu public beach.. tapi kan ka depan hotel dorang.. so, tu kira imej dorang juga la...

Air = Pada tengahari hari ketiga kami duduk sana, abang edi tadah air mau jadi badak berendam dalam bath tub... sekalinya, air berkeladak yang keluar macam dalam cerita dark water.... ya ampun.... nasib baik kami semua sudah mandi pagi...

Kesimpulannya, aku pun tidak tau la siapa yang pandai bagi hotel ni rating 4 star... ka semua hotel di langkawi kalau 4 star memang standard macam ni.. aku pun tidak sure... kalau takat macam ni, 3 star pun cukup... selama aku duduk sana, aku rasa seperti tidak dihargai (adakah kerana aku Malaysian, ka pasal aku bayar guna government rate.. so kalau aku bayar beribu riban baru kena appreciate... i dunno)...

Tapi aku rasa ni mmg delima hotel services di Malaysia kerana ada service yang bodo2... ooo.. kecuali di Crowne Plaza Kuching which I find sooooooo good...

The only good thing about Holiday Villa Langkawi is – hotel ni juga merangkap Rumah Peranginan Kerajaan Persekutuan di Langkawi.. kalau book awal thru JPH, can get as low as RM55... if i only pay RM55, then i won't complain much... hehehe...

Tuesday, May 19, 2009

Cuti-Cuti Langkawi Part 2

16.05.2009 (Sabtu)

Lepas breakfast, kami bergerak sekali lagi ke Oriental Village untuk naik cable car bagi kedua kalinya. Kali ni cuaca ok. Tapi si Zizou masih lagi teringat cable car ni yang buat dia takut semalam. Hehehe.. sian anak mummy.

Sesampai ke Gunung Mat Cincang, kami pun pegi la sky bridge tu. Gayat juga la rasanya. Time tu aku macam teringin mau merangkak ja.. hahaha.. tapi memandangkan orang lain boleh buat, jadi kenapa tidak aku? Hehehe.. zizou pun seems alright. Siap boleh buat gaya ultraman lagi di jambatan tu. Tapi aku ajak abang edi cepat2 turun, pasal time tu jam 12 tengahari. Walaupun agak berangin dan hujan renyai2, namun harus diingat, kedudukan yang dekat dengan matahari boleh buat sunburn kalau berjemur lama2..

sempat buat gaya ultraman


Lepas turun dari cable car, pegi makan jap. Then pegi ke taman binatang yang ada arnab dan rusa di sebelah stesyen cable car tu. (Zizou takut dengan rusa... huhuhuhuh)

dengan arnab zizou berani la pasal arnab dalam reban


gaya ultraman lagi


Keluar dari Oriental Village, kami menghala ke Kilim untuk ke Galeria Perdana. Tiket untuk seorang dewasa pemegang Mykad ialah RM5 sahaja. Selama dalam Galeria Perdana, aku nampak lebih ramai pengunjung berbangsa cina daripada melayu.. hmm..

kepenatan di depan pintu masuk Galeria Perdana


Lepas dari Galeria Perdana, singgah jap di Kuah untuk beli cokelat lagi. Abang edi sempat menyinggah ke Al-Ikhsan. (Di KL kan belambak Al-Ikhsan ni abang edi...)

Then, menghala balik ke Pantai Cenang untuk melawat Underwater World. Abang edi malas mau masuk, tapi aku paksa juga.. si Zizou pun nda pandai kan behave pasal dia nampak anak orang putih memanjat dan berlari2... konon ada kawan la tu..

banyak fish...


Balik hotel. Mandi swimming pool.

Lepas maghrib, abang edi ajak pi Mentari Lounge di hotel tu untuk tengok game Man United lawan Arsenal. Kami redeem complimentary drink. Sambil tu abang edi order fries untuk alas perut. Abang edi ajak aku main pool satu frame. Tapi tak ble main sangat pasal Zizou kacau.. ehehehe... tidak sampai 10 minit game mula atau lebih tepat lagi, lepas habis fries tu, aku ajak Zizou masuk bilik.

Malam tu abang edi tapau nasi goreng ja pasal Zizou tidur awal (penat punya pasal)....


17.05.2009 (Ahad)

Lepas breakfast, siap2, check out hotel then terus pegi airport... flight departed at 11.45 am... bye2 langkawi...

Sesampai di LCCT, jumpa bapa di sana... bapa bagi si Zizou patung ultraman... zizou amatlah gembira... sekarang Zizou sudah ada 2 patung nomen...

Lepas lunch, baru balik rumah ambil premium teksi.. kena RM77.. cheh...

Monday, May 18, 2009

Cuti-cuti Langkawi Part 1

Cuti ke Langkawi untuk 4 hari 3 malam. Naik AirAsia... (Nda ku bekarih kan ke sana naik kereta.... ngalih tu lai.. baik tah guna flight ganya, sejam sampai... membawa anak damit lagi...) Pegi pada 14 Mei 2009 dan balik pada 17 Mei 2009.

Menginap di Holiday Villa Langkawi. Patut2 aku ble dapat rate murah kalau isi borang (sekurang2nya sebulan sebelum tarikh penginapan... tapi pasal aku tatau.. terpaksa la membayar agak mahal).. review mengenai hotel ni akan diberikan pada sesi blog akan datang...

Tujuan bercuti? Saja2.... abang edi kunun nak pi Redang... tapi aku rasa macam malas la nak pi redang dengan perut dah macam ni... macam la aku ada can nak snorkelling... elok pi Langkawi... Zizou pun ble enjoy2... tidak perlu drive jauh2..


14.05.2009 (Khamis)

Flight jam 11.25am. Abang edi suda call orang Airport Limo untuk fetch kitaorg dari rumah ke LCCT. Tambang dalam RM50++ cam tu. Sampai di LCCT, terus check in. Then pi breakfast makan di restoran Marrybrown.

Rupanya flight ada delay sket. Terbang jam 12.00 tengahari. The air flight was a breeze. Oleh kerana aku suda membook tiket beserta tempat duduk, jadi tak payah berebut masuk flight macam kambing lepas kandang.

Sesampai di Langkawi, abang edi terus menjalankan urusniaga menyewa kereta. Dapat la Nissan Sentra 1.6 auto untuk kadar RM220/3 hari. Aku rasa macam mahal ja. Aku ada suruh abang edi minta kurang lagi. Tapi dia malas. Dalam masa yang sama, abang edi juga book trip untuk island hopping. Kadar bayaran pada RM30/pax. Zizou? Free.. hehehehe...

Zizou yang bergembira sambil menunggu abang edi berurusniaga


Dari airport, abang edi terus isi minyak RM50. ¾ tangki full. Terus menghala ke Pantai Tengah. Rupanya dekat ja antara airport dengan hotel.

Sampai hotel, check in. Dapat la bilik garden view.

Pasal abang edi tidak cukup tidur semalam sebab tengok Man United punya game, kami semua take a nap beramai2... rehat dulu...

p/s: Almost semua percutian kami macam ni... lepas check-in, tidur dulu. Lepas tu baru jalan2...

Lepas bangun, hemat diri. Pi cari mamam. Kami mamam di Padang Maksirat. Then pegi Telaga Harbour pasal aku mau beli roti di The Loaf.

Bergambar di Telaga Harbour. my favorite pics.

beli roti di The Loaf.


Lepas tu pusing pegi Tanjung Rhu... tengok pantainya yang bersih. Then, head to Kuah untuk membeli coklat dan rokok duty free.

Pemandangan senja di Pantai Tanjung Thu.

Balik hotel.

Malam tapau nasi goreng dari restoran di Pantai Cenang.


15.05.2009 (Jumaat)

Pagi2, breakfast di cafe hotel. Lepas tu, ada van jemput untuk ke Teluk Baru. Lagi dekat dengan hotel, tidak sampai 5 minit suda sampai. Pegi ke Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah.

zizou yang tidak konpiden naik bot.


Di Pulau Beras Basah, ada monyet curik roti aku. Tegezut makcik.. pantai di pulau tu memang bersih yang amat. Lautnya pun best. Tapi aku malas mau mandi.. malas kan berbasah2 dan bersun burn.. huhuhuhu..

p/s: Semua tourist yang datang ke Pulau Beras Basah ni terpaksa la mencari sendiri tempat untuk melepak. ada yang bawa kain pareo, bawa towel, ada yang duduk bawah pokok, bawah pondok. Bukan ka elok kalau ada yang mengusahakan sewa kerusi malas berpayung tu. Macam di Phuket, orang di sana berniaga sewakan kerusi2 ni. tak silap pada harga 100Bhat macam tu. bukannya lama pun pakai kerusi tu. untung lagi ada la...

Monyet2 di 2 Pulau Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah jenis pantang nampak plastik, makanan dan minuman. Tapi monyet2 ni masih tidak seperti monyet di satu temple ni di Bali. orang pakai sunglass pun ble kena serang..

Habis island hopping trip, balik hotel. Sempat tapau nasi lemak 2 bungkus di jeti. Lepas mandi, makan... tidur lagi...

Petangnya, aku ajak abang edi pekena laksa dekat airport... nyaman jua...

Then kami menghala ke Burau Bay untuk pegi naik Cable Car. Cuaca berkabus. Kunun mau redah ja. Sekalinya, Zizou takut kerana bunyi angin yang makin kencang. Sempat naik hingga first station saja. Turun balik. Sesia ja usin aku RM35 membayar tiket. hehehe.. sian Zizou... tidak habis2 mengomel "Car... tatut (takut)... nangish.. malu..." hehehehe..

zizou yang ketakutan..


Balik hotel, kami pi try pantai depan hotel tu... ada kotor sikit la... cheh... terus pi swimming pool...

Malam, makan malam di Restoran Hj. Ramli. Order Siakap 3 rasa, Lala masak cili, Kangkung ikan masin dan sup kosong. Tade la sedap sangat. Sedap lagi masakan di Warung Pak Mydin di Equine tu.. huhuhuuh... tapi habis juga, lapar punya pasal... semua sekali for RM47++.

indah rupa dari rasa.




Wednesday, May 13, 2009

Bought a two doors

Ini adalah perbualan husband aku ngan 2 orang membernya yang tengah lunch sesama.
Abang edi: Syam, aku beli two doors semalam
Syam: Huh, ko beli sport car apa?
(Sorang lagi member nama Kamal pun mendengar dengan penuh minat)
Abang edi: Aku bukan beli sport car la, beli fridge baru 2 pintu..
Syam: Ler...

Abang edi bgtau aku cerita ni sambil gelak2 kerana berjaya mengenakan kawan2nya.
“Cheh, bertuah le I nak beli kereta 2 pintu time2 macam ni. You pun sama, beli fridge pun kecoh”... kataku.. huhuuhuh...

Peti sejuk baru tu dah sampai rumah semalam.. aku memandangnya dengan penuh minat dan puas hati. Beli cash dekat kedai letrik dekat rumah.
Toshiba, 390 Liter. Boleh la.. besar sangat pun buat apa. Rumah kecik ja.
Tinggi plak tu. Hahaha.. amat tak sesuai untuk aku anak beranak yang comel2 semua ni.
Bagus la pun.. tade la si Zizou senang nak mencapai fridge magnet dan Sales Report abang edi yang tersusun rapi di pintu fridge tu.

Aku dapat membayangkan storage liner ku akan tersusun rapi dalam ruangan freezer tu.
Petang ni baru aku mau menjalankan operasi pemindahan barang2.

Peti sejuk 1 pintu yang lama tu tidak akan ku lupa jasanya. Walaupun sekali sekala nak kena defrost (pernah sekali tu habis terdefrost aiskrim coklat dan mengeluarkan bau yang memualkan).. aku akan kenang jasamu. Baru 4 tahun berkhidmat.. huhuhu.. beli before kawin lagi (kunun nak kumpul harta)...

Lepas ni nak beli apa lagi? A new house maybe? Hehehe... insyaAllah.

Friday, May 8, 2009

Semangat Mummy Zizou

I’m still on a long way to meet my new baby... (lamanya...)

Tapi aku sudah berazam untuk menyusukan bakal adik Zizou secara ekslusif sekurang-kurangnya 6 bulan. InsyaAllah. (Exclusive means – no formula, no drinking water, no solid food, just breastmilk).

Dan dengan ini, berikut ialah perkara yang aku rasa aku mesti ada untuk mencapaikan cita-cita aku nan suci ni

1. Peti sejuk 2 pintu – penting juga ni. Pasal sekarang ni ada peti sejuk 1 pintu ja. Comel pula tu. Dekat freezer tu la mau simpan ikan la, ayam la, ais batu la, aiskrim la.. nanti ruang untuk simpan frozen EBM sikit ja. Lagipun, jangka hayat frozen EBM kalau simpan freezer 1 pintu ja tak lama, about 2 weeks ja. Kalau peti sejuk 2 pintu, at least ble simpan 2-3 months. Kalau ada deep freezer lagi bagus, ble simpan 6 months. Lagi satu, pintu sejuk 1 pintu kan kena selalu defrost. So, kalau sudah stock frozen EBM tetibe kena defrost, rugi la. Pasal, once susu yang beku dicairkan, mesti kena guna dalam tempoh 24 hours. Tidak boleh disejukbekukan semula.

2. Botol susu saiz kecik2 (4 - 5 oz) BPA

3. Storage liner – sebenarnya ada cara yang lebih murah iaitu menggunakan botol susu biasa dan bekas dadih. Tapi, kalau guna botol susu, penuh la ruang freezer aku nanti. Pastu, aku kurang yakin la guna bekas dadih. Storage liner pun tidak la mahal sangat. Boleh dapat RM30 for 100pcs. Lepas pakai, tak ble guna balik. Disposable la pendek kata untuk menjamin hygiene EBM tu. Tapi tgk la macamana. Ada orang kata guna bekas dadih selamat. Betul le tu kot. Tapi tidak boleh guna banyak kali. 4-5 kali ja. I'll think about it.

4. Bottle warmer – ni tujuan untuk diletakkan dekat nursery nanti. Pasal aku malas mau menyusahkan orang di nursery tu susah2 menunggu memanaskan susu sejuk guna air suam. (Takut nanti dorang rebus ja atas periuk berisi air mendidih, habis mati segala zat-zat EBM aku). Diharapkan, dengan adanya bottle warmer ni, orang di nursery tidak akan liat untuk melayan permintaan aku untuk bagi anak aku EBM. but for this item, yet to be confirmed. Kena tanya dorang dulu dorang ada ke tak bottle warmer ni, most important, tau ke tidak cara nak handle EBM.

5. Chiller – dulu pakai techni ice. Tapi rasanya dah tak ble pakai kot. Beli la baru.. huhuhuh..

Apa2 pun, aku sudah menyampaikan hasrat aku ni kepada abang edi tercinta. Dia memang menyokong ja. Dari time aku menyusu Zizou lagi. Memang tiada halangan. Dia memang amat bangga kerana aku dapat menyusukan Zizou. Malah, kalau ada kawannya yang baru menimang baby pun, abang edi akan nasihatkan kawannya (of course the father) untuk galakkan isteri dorang breastfeed.

Aku sudah ada 3 jenis pam. Pam manual (Avent Isis), Pam elektrik (Spectra 3) dan pam bateri (Pureen – ni yang abang edi beli mula2 time aku sedang berpantang, cam tak best ja, tapi terpaksa pakai.. huhuhuhuh)... bag untuk simpan pam dan chiller pun sudah ada. Tu kira pelaburan yang mesti digunakan dengan sebaik2nya.

Pastu, bila cakap kat abang edi mengenai cadangan beli peti sejuk baru tu, tanpa banyak bantahan, abang edi pun setuju saja.. hehehe.. dia kata tak yah tunggu nak beranak, dalam masa yang terdekat pun boleh. sekarang fikir mana mau tolak peti sejuk 1 pintu tu. Sayang abang edi.

Semangatnya aku. Mummy Zizou boleh!

p/s: Al-Fatihah kepada arwah ibu rakan ofis aku, En. Taib. Tadi pi lawat jenazah. Sempat juga sampai ke tempat kejadian sebelum arwah disembahyangkan. Hatiku berasa sayu. Dalam hatiku berdoa supaya Allah memanjangkan usia mama aku yang jauh di Labuan dan ibu mertuaku yang dekat di Petaling Jaya. Disampingkan memohon supaya dosa2ku diampunkan. Amin.

Wednesday, May 6, 2009

No man dan bibidup

My everyday routine is mainly – bangun pagi, hantar Zizou pi sekolah (taska), pegi opis, keje, balik dari opis, amik Zizou di sekolah, balik rumah, rehat.

Masak dinner? Kalau rajin. Kalau malas, minta abang edi tapau atau kami dine out ja (I always feel guilty for this – makanan luar yang tidak sihat, tidak dimasak dengan kasih saying, but then, mummy is tired bah).

Balik sekolah ja, Zizou akan minta buatkan susu dan makan finger biscuit. (Memang tidak cukup makan dan menyusu di taska agaknya).

Lepas tu Zizou akan minta aku bukak cerita Ultraman, kalau aku tanak, dia akan bawa aku bersilat macam Ultraman sambil mulutnya bising mengomel "No man, No man" (atau dalam bahasa jermannya – Ultraman).

But then, Ultraman di Astro Ceria hanya akan ada pada pukul 7 petang. Dan dalam masa yang sama, aku tamau ketinggalan tengok The Biggest Loser.

Alasan yang paling kukuh yang aku boleh berikan sebagai seorang adult kepada anaknya yang baru berumur 2 tahun - "No man rosak" or "No man sakit, dia kena makan ubat"

Dan yang kelakarnya... Zizou pun akan percaya kata-kata mummynya ini.. huhuhuhuh...

Lepas tu, bila daddynya pulang, dia akan bgtau "No man wosak".

Besoknya bila dah sampai taska pun, dia akan bgtau cikgunya "No man wosak". Cikgunya bagitau aku – Addin dan kawan2nya akan bersilat2 tiru gaya Ultraman, malah ada kawan dia siap bawa CD Ultraman. No wonder la Zizou di rumah sentiasa request aku bukak cite Ultraman. Dia ingat Ultraman tu sentiasa on ja di tv.

Hehehehe.. lucu mengenangkan anakku nan sorang ni.

I feel pity for Zizou. Matanya akan sentiasa bersinar2 kalau dapat tgk cerita Ultraman di tv. But aku dan abang edi sudah sepakat tidak akan belikan Zizou VCD Ultraman. Takut menjerat diri sendiri. Hehehe..

The other thing yang Zizou very fond of is – aircraft atau dalam bahasa si Zizou – bibidup. Aku pun heran mana dia dapat nama bibidup ni.

For this, i bought him a bibidup toy – besar juga. (beli di RnR Tapah time turun dari kursus di Cameron lantaran mummy sudah dilanda kerinduan yang amat kepada Zizou).

Zizou memang sayang gila dengan bibidup ni hinggakan kalau tidur pun mesti peluk bibidup.

Next time, kalau mummy nampak bibidup dalam bentuk softtoy, mummy belikan untuk Zizou. Harapan mummy and daddy, bila Zizou besar nanti, boleh jadi pilot! Hehehe.. Amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...