google analytic
Nuffnang
Tuesday, September 15, 2009
Slamat Ari Raya
mau balik labuan...
harap2 tiada masalah la naik flight ni...
surat pengesahan doktor yg bgtau aku fit for travelling ada suda ni...
Friday, September 11, 2009
Bantuan Khas RM500
Kumpulan sokongan dapat bantuan khas sebanyak RM500.. bayar 2 kali.. sebelum raya dapat RM250... bulan 12 nanti dapat RM250 lagi..
syukur la kan.. time2 ekonomi tidak bagus macam skg ni... walaupun aku bukan dari kumpulan sokongan.. tapi aku tumpang syukur untuk kedua parents aku, sedara2 aku dan colleague aku yg berkaitan...
namun begitu, ramai juga yang mengeluh... bukan dari golongan P&P saja (pasal tidak dapat), dari kumpulan sokongan pun sama juga ada yang rasa macam tidak puas hati (pasal kunun sikit sangat lepas tu kena bayar 2 kali?)..
manusia kan... mana pernah cukup...
frankly speaking, aku mmg menyampah dengan orang yang merungut dan kecewa ni.. tidak dapat menerima berita ni dengan lapang hati.. (sori la kalau orang yang membaca ni terasa hati - ni blog aku... suka hati aku la aku mau tulis apa kan...)
mungkin orang yang kecewa dan mengeluh ni tidak teringat/terfikir/terkenang bahawa ramai lagi yang lebih susah daripada mereka...
Tahukah anda?
keja dengan gomen ni, gaji tidak pernah tidak on time (sejak aku kerja sampai sekarang ni la ikut pengalaman aku)... ada orang yang kerja dengan private - dorang ni kadang2 dapat gaji lambat - kena bayar staggered pula tu... ni orang gomen dapat bantuan khas kena bayar 2 kali pun kecoh.... kalau dpt gaji lambat tu ye la patut bising... - dulu aku pernah keja private sekejap, time ekonomi stabil pun gaji dapat lambat.. kena bayar separuh2 lagi tu...
kerja dengan gomen, lazimnya - every year mesti ada increment, walaupun mungkin sekadar pergerakan gaji biasa.. ada orang kerja private, bukan ja jarang2 dapat increment tahunan... kena potong gaji ada la - pasal ekonomi buruk kan sekarang.... last2 kena suruh ambil VSS...
ada juga org yang kerja private gaji besar - tp dorang ni kena pandai cari peluang, lompat ke company yang ble counter offer... kerja macam kuli batak - masuk pukul 9, balik pukul 12 malam... selagi bos tidak balik, anak buah pun segan mau balik..
lepas tu kalau kerja private ni - ada yang agak takut mau ambil cuti lama2 dan risau jika kerap mc walaupun memang betul sakit kerana takut dianggap menjadi liabiliti syarikat.... kerana takut dibuang kerja...
itu bagus yang ada kerja... yang tidak ada kerja macamana? yang belum tentu dapat bagi makan pakai kepada keluarga terutamanya yang ada anak kecil... yang belum tentu ada duit untuk bayar zakat fitrah... yang mungkin belum tentu ada makanan untuk sambut syawal nanti... jgnkan kuih raya... nasi putih dan kicap pun mungkin luxury untuk keluarga tu...
hmm.... syukur la dengan RM500 tu... yang tidak dapat tu pun (kepada Kumpulan P&P)... syukur la juga kerana anda masih dapat bernafas udara Allah ni... RM500 tu bukan boleh bikin lebih kaya pun...
jangan la cakap kalau tidak dapat bonus maka raya tidak meriah... tidak dapat sediakan persiapan anak2 sekolah... sepatutnya, budget untuk raya dan sekolah anak2 disediakan lebih awal walaupun tanpa 'bantuan khas'..... itu mmg tanggungjawab ibu bapa untuk sediakan semua tu....
kalau anda tidak rasa raya meriah tanpa bantuan khas - itu masalah anda! bukan masalah majikan anda... siapa suruh tidak pandai menyimpan!
kalau tidak puas hati - cari kerja lain! Ketahuilah - berapa ramai orang yang tiada pekerjaan dan kerja private sekarang - berebut mau kerja dengan gomen!
kesimpulannya, bersyukurlah!!! jangan jadi macam orang seberang... sudah dapat pendapatan lumayan di negara orang - ada hati mau tetapkan lagi gaji RM800 - sedangkan kualiti kerja ntah hapa2.... dah dapat cuti sehari seminggu pun kecoh lagi - diberi betis, nak peha...
yang penting - tingkatkan kualiti perkhidmatan kita!!!!
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Monday, September 7, 2009
Dilema sakit gigi - Part 4
hari ni, aku tidak payah ambil antibiotic lagi... sakit gigi sudah berkurangan... Alhamdulillah kerana sekarang bulan Ramadhan.. maknanya – less eating – gigi aku dapat rehat lebih lama.. tu la ble sembuh tu kali..
bengkak sudah tiada.. sharp pain ada sikit2 tapi bearable.. (tidak seperti last weekend).. Cuma aku masih kena mengawal makan.. tidak boleh makan food yang liat, keras, manis nak mampus... nasi pun kena yang lembut ja... harap2 menjelang syawal aku sudah boleh bersuka ria... hehehe..
satu pengajaran untuk aku... do not neglect your oral health... kalau sebelum ni berus gigi dan floss saja... sekarang ni aku mesti berkumur2 dengan ubat kumur juga... next appointment dengan dentist pun aku sudah set.. sebelum ni aku jarang minum susu.. sekarang ni aku mesti pastikan aku minum at least 2 glass of milks hari2.. susu yang sedap? Dutch Lady Fresh Milk dan Anlene dalam kotak... tapi rasanya tidak larat la beli Anlene kotak lagi.. RM5.++ dapat 4 kotak ja.. kena beli powder milk la juga ni.. jimat sket..
Tapi ada downside juga... bila gigi semakin ok, selera besar aku pun sudah kembali! Huhuhuh... semalam berbuka puasa di rumah mertua aku bawa sambal sotong dan sayur campur – lobak merah, cendawan tiram dan kacang buncis. Lepas tu sempat lagi beli muffin chocolate chip di Kompleks PKNS (zizou's favourite). Sedapnye... yum yum..
Macam-macam ada
Ya ampun... mengantuknya aku...
Hari ni beberapa negeri cuti sebab ada Nuzul Quran... seronotnya dorang cuti di hari Isnin pula tu... pagi tadi hantar zizou ke nursery pun nampak gaya macam lengang ja.. maybe ramai parents yang kerja di area Selangor kot..
Keluar dari Seri Kempisan pun clear ja... tapi bila masuk Putrajaya ja mesti jam macam hampes.. kalau tidak pandai mencilok, maybe boleh stuck dalam jam for about 30 minutes macam tu... bukan la jam mau mampus.. slow moving.. ni la menyebabkan aku mau tukar kereta ni.. pakai auto ja... rilek kepala otak... abang edi memang menyokong saja.. tengok la macamana tahap kesabaran aku ni..
kalau tukar kereta pun, bukan la mau ambil kereta yang mega2... takat MyVi ja... huhuhuhu... pakai kereta mahal bagai pun macam boleh terbang... yang penting ada aircond, radio, selesa.. that's it.. abang edi pernah ada ura2 dan selalu menyuarakan mau trade in kereta Avanza nan berbudi itu.. tapi aku cakap jangan harap (buat masa sekarang la)... selagi adik zizou belum keluar, selagi sales abang edi belum stabil mencecah lebih RMXXXXX sebulan... jangan harap... kereta mahal, cc tinggi, jenama besar, hutang pun besar jugak la... bukannya tidur dalam kereta pun... kalau kereta besar macam caravan – bole tidur, masak, berak, tengok tv semua ok la jugak.. jual second hand pun macam la ble buat untung...
apa ka merapu pasal kereta pulak...
Biskut raya? Aku just beli beberapa jenis saja – itu pun untuk dibawa ke Labuan dan diberikan kepada ibu mentua saja. Malas beli untuk rumah sendiri. Nanti membazir saja. Macam la ada orang mau datang rumah aku.. huhuhuhuh...
Lagi 2 minggu mau raya... bestnya balik kampung.. bestnya cuti..
Zizou pun sudah tidak sabar mau naik bibidup.. hehehe.. tapi muka zizou naik ruam panas la plak.. tak encem la anak mummy.. harap2 by next week semua ruam2 tu surut...
Friday, September 4, 2009
Dilema sakit gigi - Part 3
cuma sakit itu ada sedikit surut... bengkak sudah semakin berkurang... tetapi kesakitan dan kengiluan mmg masih ada...
mau makan pun kena makan makanan yang lembut2 ja....
sampai bila la mau macam ni? syawal tinggal 2 minggu ja lagi... naya la aku kalau tidak dapat menjamah rendang, lemang, biskut raya dan sebagainya... huhuhuhuh...
adakah perlu tunggu sampai kandungan mencapai 36 weeks? adakah kesakitan itu akan reda?
hari ni sudah hari ke-3 aku menelan antibiotik.. tinggal 2 hari saja lagi.. kalau lepas dah habis antibiotik tu pun, tp sakit masih ada lagi... maknanya i have to do something...
Wednesday, September 2, 2009
Dilema sakit gigi - Part 2
tidur malamku masih tidak lena. muka belah kananku masih berdenyut2.
dan aku rasa gigi2 yang bersebelahan dengan gigiku yang sudah ditampal tu pun mula sakit2 dan bergoyang.
pagi ni, aku telan lagi 2 biji panadol. but still, the pain didn't go away.
aku pun pegi ke Klinik P***ajaya sekali lagi.. untuk mengadu kesakitan yang masih belum berkurang. serious, aku rasa aku tidak fit untuk ke ofis sekarang.. dan kalau ada org yang telefon, bawa bercakap (walaupun pasal hal kerja), aku amat tidak berminat untuk melayan. serious sekali lagi, aku mmg 'senggugut' sekarang.
tidak sampai 15 minit lepas aku mendaftar di dental clinic, aku sudah dipanggil masuk ke bilik rawatan. dan hari ini, aku dirawat oleh doktor lain, bukan doktor senggugut semalam.
aku pun bgtau masalah gigi aku ni. masih sakit walaupun sudah ditampal.
doktor ni pun bagitau dengan lemah lembut dan berhemah -
- dalam bulan puasa, mereka tidak buat prosedur cabut gigi yang susah2
- lepas dia perasan yang aku ni pregnant, dia menegaskan sekali lagi, urusan cabut gigi memang tidak digalakkan untuk ibu yang mengandung
- doktor ni cakap gusi aku bengkak dan semua gigi-gigi yang berhampiran dengan gigi aku yang berlubang tu longgar
- and it's normal for pregnant mother untuk merasa lebih sakit daripada orang yang tidak mengandung
- jadi, doktor ni akan bagi aku antibiotik dan ubat kumur.. insyallah katanya, lepas aku ambil antibiotik ni, mungkin kesakitan aku akan reda
- dan dia juga suruh aku set appointment - which is aku mmg berusaha untuk buat, tapi the dental surgery assistant yang aku sepatutnya contact tu tiada di ofis pasal dia pegi sekolah (sekolah apa pun aku tak sure)
who shud be blamed? me.... me... me....
sapa la suruh aku lupa appointment tu... kot, kalau aku tak lupa, gigi aku dah bertampal, takde la jadi macam ni...
sepatutnya aku (dan semua preggy mothers) lebih menitikberatkan kesihatan mulut/gigi... memang aku jaga pun... tapi bila mengandung kena ada extra care... minum susu (take calcium).. berus gigi.. apa2 la yang patut...
dan mmg sepatutnya semua wanita yang merancang untuk mengandung mengambil langkah pencegahan kerosakan gigi terlebih dahulu supaya masalah tidak menjadi lebih teruk ketika mengandung (especially dalam trimester ketiga)...
aku mmg amat menderita sekarang.. tapi sesal kemudian tiada gunanya...
aku amat berharap, lepas aku habiskan antibiotik ni, kesakitan ni akan hilang...
dan aku amat berharap, keadaan aku sekarang tidak menensyenkan adik baby dalam perut...
Tuesday, September 1, 2009
Dilema sakit gigi
Selamat hari merdeka Malaya!
Aku menyambutnya dengan ala kadar – tengok tv di rumah. Tengok acara perbarisan di Bangunan Parlimen, lepas tu tengok rancangan konsert arwah Sudirman, Sarjan Hassan (berapa kali nak tengok daa...), tidur dan pegi sungkai di Alamanda.
Tapi semuanya memang tidak enjoy yang amat... pasal aku start sakit gigi dari hari sabtu yang lepas. Aku menunggu untuk jumpa dentist. Tiada dental clinic yang buka time cuti ni. Tunggu ja la selasa menjelma.
Pagi ni, awal2 lagi aku sudah mengunjungi Klinik P***ajaya untuk dapatkan rawatan.
Masuk ja bilik rawatan, kena sound dengan doctor.
Sebab? Aku miss pegi appointment yang telah ditetapkan. Sepatutnya aku kena pegi appointment untuk tampal gigi (gigi yang sedang sakit ni la) pada bulan April. Tapi pasal aku bijak sangat lupa appointment date tu, plus time tu aku masih di awal pregnancy, aku tidak boleh tolerate beberapa perkara (loya – bau ubat gigi pun boleh membuatkan aku muntah), so aku ingat tidak la penting sangat pun miss apointment ni.
Doctor tu macam hangin satu badan. Dia kata aku miss appointment – walhal untuk tunggu appointment kena tunggu 3 bulan, sepatutnya aku grab the chance dan tidak membiarkan ia berlalu begitu saja. Lepas tu, oleh kerana aku set dengan doctor lain, dia tidak boleh ambil kes tu. pasal doctor tu saja yang pegang rekod aku.
Kesimpulannya, aku mengaku aku salah. Sudah sakit gigi baru la terhegeh2 datang klinik. Time sepatutnya aku ada appointment tu aku tidak datang (well, bukan aku sengaja – totally, memang aku terlupa).
Tapi kan, seingat aku, assistant doctor tu ada simpan nombor henpon aku, kenapa dia tidak call? Lepas tu, bukan ka Klinik P***ajaya ni guna system ICT yang supposed simpan semua rekod dental aku. Kenapa doctor ni cakap doctor tu sorang ja yang simpan? Hmm... aku mau heran2 pun tidak guna. Kalau aku pegi appointment dulu tu, sure aku tidak sakit gigi sekarang dan tidak berjumpa dengan doctor senggugut ni.
Jadinya, doctor ni just bersihkan lubang di gigi aku tu. Then buat temporary filling. Dan dia suruh aku contact assistant doctor yang satu lagi tu untuk buat next appointment. Most probably, appointment aku tu akan jatuh dalam bulan 12 (time aku berpantang).
Doctor yang rawat aku tu memang senggugut
- Dia tidak benarkan aku buat reaksi muka macam sakit time dia buat cleaning tu – salah ka mau buat dahi berkerut.. memang la tidak sakit macam mau mati.. but still, ada la rasa tekanan dicucuk2 tu..
- Pertanyaan mengenai status pregnancy aku
Doctor: Berapa bulan mengandung ni
Aku: 3* minggu
Doktor: Ye la... saya tanya berapa bulan (poyo mau mampus)
Aku: Nak dekat 8 bulan
Memang silap la aku jawab guna measurement unit minggu instead of bulan. Aku just mau bagi exact answer. Tapi orang tengah senggugut kan. Ikutkan saja la.. samada aku bengap kerana tidak faham soalan, atau doctor tu yang bengap kerana tidak pandai mau convert dari minggu kepada bulan. (Dua2 pun bengap)
To be honest, aku memang selalu confuse kalau mau kira pregnancy stage ni guna bulan. Pasal kalau pegi klinik pun sure doctor dan nurses akan mention dalam unit minggu. Kira logic la juga. Normally, tempoh pregnancy ialah 40 minggu. Sekiranya ibu tu sudah 38 minggu mengandung, mau convert ke bulan macamana? 38 bahagi 4 sama juga dengan 9 bulan setengah. Mau cakap macam tu ka? Kan selalu orang sebut2 – mengandung 9 bulan 10 hari. Mana ada orang cakap "saya mengandung 10 bulan".
Ah, nasib la...
- Doctor tu punya skrip "Kalau appointment awak tu kena lepas awak beranak, nasib le yer" – aaaa ye la.... faham la aku tu.... doctor ni kan... dia ingat aku ni budak baru mengandung agaknya... belagak ko yer.... kalau ye pun senggugut... tidak perlu la poyo macam tu...
Sekarang ni gusi, pipi, rahang dan telinga aku sebelah kanan masih rasa berdenyut2. Tapi aku ingat ja la cakap doctor tu.. makan ja panadol 2 biji. Kalau betul sakit juga, baru cabut. Walaupun sebenarnya tidak digalakkan untuk ibu mengandung.
Sabar saja la. Ini baru sikit punya dugaan dari Allah. Yang penting, aku sihat, adik baby dalam perut pun sihat.
Tapi yang ruginya, aku tidak dapat berpuasa – pasal aku kena ambil panadol. Kalau tidak ambil? Pening kepala aku menahan sakit gigi ni.
Pengajarannya:
- Kalau suda kena set appointment di klinik gigi kerajaan tu, pegi la. Jangan lupa untuk datang.
- Kalau terkena dengan doctor or nurses yang senggugut tu, sabar saja la.. especially yg gomen punya. Tambah2 kalau terkena hari first day of the week (cam kes aku, hari selasa pasal Isnin cuti umum)... dorang ni tension pasal banyak kes mau kena handle
- Sayangilah gigi anda...
Friday, August 28, 2009
Selamat Ulang Tahun Ayang
Aku ada angan2 untuk bawa abang edi buka puasa di hotel.. cadangnya di Putrajaya Shang-Ri La.. dekat ja dengan rumah... makan sana pun memang sedap.. siap ada kambing panggang lagi... nyum nyum... tapi abang edi kurang berkenan sebab
1. bayar mahal2 tapi bukan mau melantak sangat pun - membazir ja.. tidak silap buffet adalah pada kadar RM83++ per adult
2. amat tidak sesuai untuk bawa zizou - dikhuatiri akan mengganggu jemaah buka puasa yang lain... anakku itu akan berkeliaran dan mungkin akan buat bising.. (susah mau duduk diam).. kalau mau ditinggalkan (minta ehsan orang lain jaga - siapa orang lain itu belum ditentukan), kesian la pula.. mummy daddynya makan sedap2.. anak pula makan biasa2...
sudahnya.. angan2 hanya tinggal angan2... besday boy yang tidak setuju (sudah tua pun boy lagi ka? hehehe).. walaupun ongkosnya semua ditanggung di bahu jemala patik..
permintaan abang edi hanya satu - nak baju kerja baru.. itu je? huhuhuhuh... lepas tu dia ada cakap mau beli shaver baru.. automatic shaver to be exact.. kerana boring mau guna shaver pakai buang... jadi aku menawarkan untuk bagi shaver tu juga sebagai besday gift - kira pakej la kunun..
pastu... utk bagi meriah sikit.. aku ingatkan mau buat surprise.. tempah kek yang ada logo ManU.. dek kerana terlewat untuk memaklumkan kepada tukang buat kek - tidak sempat la pula.. walaupun aku tau abang edi kureng dengan kek2 ni semua... sebenarnya, aku mau ada kek, sebab mau kasi suka si zizou ja.. kunun besday kek daddy.. tapi si zizou yang akan menyanyi dan meniup candle...
setelah difikir2, aku rasa the best gift is - pegi melawat dan menderma kepada anak yatim... lama sudah overdue tu.. mau bayar nazar.. dan abang edi pun setuju.. bila mau pegi? tidak sure lagi...
aku rasa zizou pun akan gembira... he likes to be surrounded with kids...
Selamat Ulang Tahun Ayang...
Semoga murah rezeki.. semoga perkahwinan kita bahagia.. semoga kita beroleh anak soleh/solehah.. semoga kasih sayang kita berkekalan hingga ke liang lahad... semoga bisnesmu bertambah maju...semoga sihat sejahtera...
Tuesday, August 25, 2009
First CDing experience
Mukadimah sekejap
Semalam, hari ketiga berpuasa. Memang mencabar. Manakan tidak? Aku suda set alarm jam 4.30 pagi. Tapi aku selamba tidur balik. Bila terjaga sekali lagi, tengok2 jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi... aiyak!!! Sudah subuh... (memang abang edi tidak boleh diharap dalam hal ni... dia harap aku ja tukang kasi bangun)..
Kalau aku seorang, tidak apa. Masalahnya, ada bawa adik baby dalam perut ni.
Tahan punya tahan... gas sudah mula naik... ulu hati rasa pedih sekali. Sabar... fikirkan tentang ibu mengandung lain yang kelaparan.. bukan saja dalam bulan Ramadhan.. bulan bukan Ramadhan pun belum tentu dorang makan..
Alhamdulillah.. sempurna juga puasa aku semalam... nasib baik adik baby dalam perut ni sporting...
Baru masuk intermission (macam cerita Hindustan)
Semalam, semua diapers dan komponennya sudah kering... balik ja zizou dari sekolah, aku excited pakaikannya dengan cd coolababy.. ternyata si zizou pun berperasaan yang sama. Gembira kerana dipuji pakai "pampers hensem". Fitting memang ok.
Ngam2 jam 9 macam tu (aku agak ja pasal cerita Bio-Nik baru bermula di TV3), nampak si zizou seperti meneran. (Nasib baik aku ada kasi lining dengan nappy liner.. budget awal kot2 dia berak).
Abang edi awal2 suda surrender, dia suruh aku handle.
Lepas zizou menghabiskan business, rupanya si zizou ni berak agak cair sikit. Chet... selalu berak cam orang besar.. tidak pasal2 stain berak dia tu banyak terkena dgn cd coolababy tu (walaupun aku letak liner).
Aku sental cd tu dengan penuh kelembutan. Sebenarnya aku terasa hampir demotivated. Sebenarnya, ini la factor ramai2 parents yang tidak mau beralih kepada CD. Pasal malas mau cuci berak anak dorang.
Tapi aku harus kuatkan semangat. Takkan pasal pengalaman pertama baru bercd sudah kena cuci berak boleh melemahkan semangat aku. Rugi ja beli mahal2.
Aku sarungkan zizou dengan Grobaby pula. Pun dia excited juga. Fitting grobaby ni pun ok juga.
Lepas sejam, aku cek cd tu, basah dan berat sudah rupanya. (Memang la si Zizou ni heavy wetter... banyak minum susu dan air suam). Tapi permukaan soaker tu masih kering. Tukar lagi soaker baru. Kali ni, aku top up dengan booster.
Jam 12 malam aku terjaga. Si zizou mengigau dalam tidur kerana ternyata diapersnya ada leak sedikit. Tidak menghairankan kerana Grobaby awal2 sudah warning, prestasinya hanya akan terbukti berkesan selepas 10 kali basuhan.
Jadi, aku tukar la dengan Huggies. Sudahnya, tidur sampai pagi.
Lepas sahur tadi, aku masukkan semua soiled cd dalam washing machine. Biar la washing machine tu buat kerja dia.
Petang nanti, aku bagi try lagi si zizou guna cd coolababy lagi.
Sunday, August 23, 2009
5th Parenthood Expo 2009 at MVEC
Kami sampai di Midvalley around 4.30. Mau buat quick shopping. Aku mmg mau pegi 3 booth saja - Tiny Tapir, Fabulous Mom dan MLO (Nurturing Concept).
See what I bought
Tiny Tapir
Ada cloth diaper dan cloth pad dijual sini. (lain2 barang pun ada, tapi nda la aku perasan appa ka barangnya tu). Ada cloth diaper Starbunz, Rumparooz, Grobaby dan Coolababy.
Hasrat di hati mau beli cloth diaper sini. Lama suda aku survey2 secara online. Cuma aku belum tengok dengan mata kepala sendiri (except for Smart Nappy Mothercare). Tambahan pula, aku pun mau kasi tunjuk sama abang edi.
Grobaby ni lama suda aku aim. Aku beli 1 set shell Grobaby (warna hijau katak) + 1 set Soakers + 1 set Booster dan 2 pieces of Coolababy (warna purple). Bila dikira2 balik, macam menyesal ja aku tidak ambil package Grobaby yang bagi 2 shell tu. Nda pa la.. kalau bagus betul tu Grobaby, nanti aku order lagi.
Aku suda kasi si Zizou try test. Cumil ja ia pakai Grobaby dan Coolababy tu. Sekarang ni, aku baru buat 1 kali pre-wash. Soakers, Booster dan Insert sedang dijemur di bawah matahari.
Fabulous Mom
Nursing Bra - Ni pun aku rasa macam tidak sesuai ja beli online. Aku mau tengok sendiri macamana. Ada fitting room disediakan. Tapi malas aku kan menunggu. Ada diskaun, berapa percent pun aku tidak ingat. Beli 2 bra. (Bra2 aku yang sebelum ni semua tidak syiok pasal tidak padded).
Washable nursing bra pad - dulu time zizou, aku selalu beli yang disposable ja. rasa cam membajir ja. ada juga yang aku beli di jusco. tapi boring bah. pasal rata ja.. susah aku kan mengadjust. kali ni, beli yang fab mom punya pasal bra pad dia ada contour. ada 20% off.
Nurturing Concept
Mau cari storage bottle sini. Sekalinya, ada product baru. 10 biji botol MLO BPA free dengan muatan 2 oz saja. Sesuai untuk storage expressed breast milk (kecil, tidak makan banyak ruang dalam freezer, boleh menambahkan motivasi ibu2 untuk mengepam - pasal cepat penuh dan boleh simpan bm ikut sukatan 2 oz). Introductory price at RM30.
Aku ada tanya pasal storage bags. Tapi tuan punya store kata dorang tidak jual due to not environmental friendly (disposable kan) dan kununnya bau makanan lain boleh masuk dalam storage bags tu (ini kes kalau freezer tu disimpan susu, daging, ayam, ikan segala). Ok la juga tu.. maknanya, aku akan simpan BM dalam bekas dadih ja la. (banyak lagi dalam stor aku, dulu beli pasal aku kemaruk mau buat cupcake kukus dan kuih tepung pelita).
Banyak juga aku berbelanja. banyak lagi booth lain yang buka. belambak baju baby+budak yang murah2... tapi abang edi kata tidak payah beli lagi... pasal kununnya banyak suda baju adik zizou aku beli sebelum ni. nanti adik baby sudah keluar pun boleh shopping lagi.
Lepas tu, round2 midvalley kejap. kunun abang edi mau beli baju kerja. akhirnya, tiada yang dia berkenan. terus kami ke Kelana Jaya. aku sudah reserve seat makan sungkai di Restoran Sari Ratu. Ambil lauk ayam gulai, lemak pucuk ubi, sambal merah, ikan tilapia goreng, es teler dan jus tembikai. tidak sempat ambil gambar pun... tau2 bila aku sudah habis meratah ikan tilapia tu, baru teringat mau ambil gambar.. huhuhuhu.
Syiok juga hari pertama Ramadhan aku tahun ni. Nda terasa penat dan lapar pun.. Alhamdulillah.
Friday, August 21, 2009
Natural Parenting
Apa tu sebenarnya natural parenting?
Atau juga dikenali sebagai attachment parenting - Aku pun kurang faham (ka malas kan research about this thing, my bad).. tapi secara ringkasnya boleh la dikatakan merangkumi aktiviti atau nilai2 yang berikut: parents yang memilih gaya hidup keluarga yang alami (natural) seperti
natural childbirth – hmm... as for my last experience, tidak dapat diamalkan... kerana fetal distress... tp mungkin juga kejadian fetal distress tu dapat dielakkan kalau aku lebih bertenang, know the exact breathing technique – mungkin?
home birth – ni pun nda la aku berani mau cuba..
stay-at-home parenting – hmm... wud like to... tp macam nda boleh ja... i enjoy my work (errr.... ya ka? Hehehe)... i dun enjoy terperap di rumah ja menjaga anak.. i want to earn my own money.. mungkin aku boleh jadi inu yang berniaga secara online.. tapi sekali lagi, too bad.. aku ni memang tiada bakat mau berniaga (ni abang edi cakap dan aku pun setuju ja)..
co-sleeping – yang ni memang sedang dipraktikkan... co-sleeping since aku balik berpantang di Labuan kerana tiada babycot sana... sekalinya, baru la aku sedar yang co-sleeping ni memang la menyenangkan kehidupan malam aku sebagai ibu yang menyusukan anak secara natural...
breastfeeding – yang ni pun aku buat, tapi sekarang tidak lagi... si zizou happily minum susu Dutch Lady 123.
babywearing – aku ada la babysling... time si zizou baby2 ja aku larat pakai... sekalinya bila ramai orang komplen si zizou lagi besar dari aku whenever i'm wearing the sling (ya la... aku kan cumil)... boring juga aku lama2... sekarang ni pakai stroller ja...
homeschooling – tiada la ni.... setakat kasi baca buku cerita sama si zizou ada la..
support of organic food – ni pun tidak... aku pun berkira kalau mau beli semua groceries yang organic ni... mahal bah... beli yg tidak organic pun ok aku rasa... cuci la betul2... tp aku memang tidak berapa support kalau mau kasi baby makan makanan bergaram dan processed food ni (contoh macam nestum ka apa ka)... time si zizou mula2 bersolid food, tiap2 hari aku bersilat masak bubur kasi campur kentang la, brokoli la, lobak la, ayam la, ikan la kunun... sekali sekarang, bukan si zizou mau makan sayur... nasib baik dia tidak suka makan gula2 dan jajan...
dan lain-lain lagi (termasuklah anti circumcision, which is definitely la aku tidak akan amalkan pasal orang Islam kan diwajibkan berkhatan untuk anak lelaki dan sunat untuk anak perempuan).
Jadi ni, tidak la natural parent sangat aku ni..
Tapi, adakah bermakna natural parents tu bagus? Kalau orang yang tidak mengamalkan semua value tu tidak bagus ka? Tidak juga kan... every parents want the best for their children..
Tapi aku cukup heran kalau ada orang yang memandang rendah orang lain yang tidak mengamalkan semua2 di atas. Dalam masa yang sama, bangga kerana mereka obsess.
Kenapa bangga? Kerana mereka committed? Kerana mereka rasa they sacrifice a lot? Mungkin.
Natural atau tidak natural, it depends on the parents. titik.
Wednesday, August 19, 2009
Penyusuan dalam kecemasan
Baru terbaca entry dari blog sarakids..
Terharu la aku baca pasal seorang polis wanita di Sichuan, China yang menyusukan 20 orang bayi bergilir-gilir (non-stop tu...) sebab time tu ada kecemasan susu formula lambat sampai... kenapa lambat sampai? Sebab ada kejadian gempa bumi.. sila rujuk di sini
Macamana aku kalau dalam keadaan macam tu?
Kalau aku boleh menyusukan, aku akan menyusukan mana2 bayi yang dalam kecemasan dengan izin abang edi. Tapi aku positif, abang edi mesti tidak kisah. Nama pun kecemasan dan atas sebab kemanusiaan.
Aku memang pantang tengok baby/anak orang dalam kesakitan.. kalau aku tengok anak orang kena neb pun aku boleh keluar air mata.. huhuhu... ni kan pula menangis kelaparan..
Kalau anak aku pula yang dalam kecemasan, aku rasa aku pun kena redha juga dia disusukan oleh ibu lain... huhuhuh....
Syukurnya aku kerana Malaysia ni aman...
Semoga dijauhkan dari bencana... Amin...
Avail Propolis – Testimonial baik punya
Last weekend, si Tasha dan mama aku flew all the way from Labuan ke KL untuk 1 tujuan (bukan 1 Malaysia) iaitu – shopping sebelum Raya.
Si Tasha memang sudah memasang aim untuk memborong tudung banyak2 di Jalan TAR pasal harga tudung di Labuan memang mahal... almost over 100% daripada harga KL. Mama aku tiada aim apa2 pasal dia pun baru turun KL 2 minggu lepas. Dia datang ke KL ni memang semata2 untuk menemankan si Tasha ja, with all expenses were covered by Tasha and me (si Jakir pun ada juga bagi duit poket sikit).
Aku punya aim hanya satu – cari kelengkapan untuk Zizou dan adik baby – contohnya baju dan seluar raya Zizou, lampin kain untuk adik Zizou, receiving blanket dan lain-lain yang aku berkenan.
Ceritanya, adik aku ni memang ada berniaga kecil2an – saja2 hobi – menstrual pad (pasal dia ada masalah menses tidak regular). Dalam masa yang sama, dia ada juga jual satu produk ni, namanya Avail Propolis.
Semangat la dia cerita sama aku kebaikan Avail Propolis ni.. antara testimonial yang dia dapat
- Ada cikgu di sekolahnya eksiden, luka2 satu badan. Dia kasi try sama ni cikgu – titiskan 5 titik Avail Propolis ke dalam satu botol air biasa lepas tu spray ke luka2 cikgu tu. Alhamdulillah, berkesan. Tempoh penyembuhan – aku pun tidak sure.
- Ada kawan adikku ni terkena ekzos motor panas. Jadi ada la kesan bulat melecur di kaki kawannya ni. Alhamdulillah, bila dia apply Avail Propolis ni, tidak sempat pun kesan lecur tu bernanah.. malahan sembuh cepat dan kering.
- Ni cerita lain (tidak tau pesakit ni ada kaitan sama adikku atau tidak), pesakit leukimia (masih budak lagi). Mama dia kasi 3 titis Avail Propolis dalam susu anak dia yang sakit Leukimia tu.. within 3 months, Alhamdulillah, sel2 barah budak tu tiada lagi... dalam masa yang sama, memang budak ni berubat doctor juga la.
Time adik aku cerita tu, aku buat bolayan ja. Pasal aku ingat dia mau meniaga sama aku.. hahahaha...
Alkisah, petang Isnin baru2 ni aku menjemput si Zizou dari nursery, cikgu dia bagitau di kepala Zizou ada kudis.. ya ampun.... terkejutnya aku dengar... lepas tu cikgu dia tunjuk, ada kudis yang masih basah di atas kepada si Zizou... geli juga aku tengok (tidak pernah encounter bah pengalaman macam ni). Cikgu dia cakap, si Zizou selalu garu2 kepala dia... aku tidak perasan pula Zizou ada menggaru2 kepala dia di rumah. Kununnya, cikgu dia ble tau pasal si Zizou mengadu ada sakit di kepala dia.
In a way, i feel relieved, pasal maknanya – cikgu si Zizou ni concern la juga sama kebajikan anak2 asuhan dorang di nursery. Tapi dalam yang sama, geram juga.. si Zizou ni.. sama mummy tidak bagitau, dengan cikgu dia, dia bagitau pula. Cheh...
Aku pun terus jadi macam bingung ni. Tension kerana memikirkan tidak lama lagi umat Islam akan menyambut Ramadhan.. means, raya sudah semakin dekat. Aku nda mau si Zizou menyambut raya dengan keadaan kepalanya lompong kerana berkudis. Dan risau juga kalau kudisnya melarat.
Dalam masa yang sama, aku berfikir2 macamana la anak aku yang bertuah ni boleh ada kudis di kepala. Mau kata aku neglect kebersihannya, tidak juga. Sebenarnya, aku pun memang jarang ada pengalaman berkudis ni. Tidak pernah kudis di kaki time kanak2 dulu (kaki aku memang tiada parut kudis.. bersih ja pasal bulu kaki pun tiada... phewit... huhuhuuh.. cerita pasal kudis tiba2 masuk cerita bulu kaki pula).
Pernah sekali ja berkudis di siku.. tu pasal aku luka terjatuh.. lepas tu keep kacau the luka sampai jadi bernanah. The remedy? Mama aku kasi balut tangan aku dan letakkan daun elovera (lidah buaya) yang telah dikupas kulit dan dibersihkan pada siku aku. Dalam masa 1 hari, terus kering tu kudis.
Aku terus call mama. Si Tasha yang mendengar perbualan mama terus menyampuk "Kasi sapu satu titik Avail Propolis tu sama kudisnya"..... oooo... rupanya si Tasha ada kasi tinggal satu botol di rumah aku.. makcik baru tahu...
Ni la rupa Avail Propolis tu.. RRP at RM78.. memang size kicik. tapi bukan kena pakai banyak sangat pun.
Tanpa berlengah, aku pun sapu la Avail Propolis tu. Kesian Zizou. Sekembalinya abang edi ke rumah, aku terus ajak abang edi pegi barber untuk pendekkan rambut Zizou. MasyaAllah... every visit to barber shop memang akan jadi macam neraka... sama lah hal nya kalau bawa Zizou ke klinik/hospital jumpa doctor... meronta2 si Zizou ni time macha barber tu potong rambut dia... kesudahannya, rambut belum habis potong, abang edi sudah give up dan cakap dia akan sambung di rumah... tensennya aku...
Besoknya (pagi semalam), aku tengok kudis di kepala si Zizou ni sudah kering. Tapi aku masih belum menaruh harapan tinggi. Bingung2 lagi ni... mengenangkan anak nan seorang.
Dalam beg sekolah Zizou, aku bekalkan 2 pakaian dan 2 helai towel. Selalunya aku bekal 1 towel ja untuk kegunaan pagi dan petang.. tapi kali ni aku bekalkan 2 towel sebab aku mau pastikan cikgu si Zizou hanya gunakan tuala yang bersih dan kering untuk lap Zizou lepas mandi. Mana la tau kalau bekal 1 towel ja, cikgu dia longgok towel tu dengan towel budak2 lain, lembab la jadinya.. Lepas tu aku pesan untuk lap rambut Zizou kering2 lepas mandi. Then, sapukan 1 titis Avail Propolis tu di kudis Zizou.
Petang tu aku jemput Zizou, barulah aku tahu rupanya ada budak lain sebaya Zizou yang ada kudis ni di kepala juga.. hmmm... berjangkit la tu... nda pa la... mau buat macamana... duduk nursery kan... kudis budak tu belum baik lagi... tapi ubat klinik sudah ada.. Ooo... dan cikgu si Zizou ada komplen sikit, bau Avail Propolis ni kurang menyenangkan sikit (sikit ja pun) which is diakui oleh aku. Tapi, mau baik punya pasal.. kalau bau kentut sepanjang masa pun aku tidak kisah.
Bila sudah sampai rumah, aku tengok kudis Zizou sudah kering... tapi masih ada kesan merah lagi... jadi aku sapu lagi Avail Propolis tu...
And this morning, kesan merah tu makin hilang.... waa.... bagusnya.... but aku still bekalkan Avail Propolis tu ke nursery Zizou.. harap2 by tomorrow, kesan kudis tu tiada lagi...
Alhamdulillah.... I feel glad... harap2 kudis tu tidak akan datang lagi... Thanks to Tasha kerana mengenalkan aku sama produk ni... petang ni kita tengok lagi kepala si Zizou..
It made me think, adakah ini bermakna aku ble menggunakan kebaikan product ni time aku berpantang nanti? We'll see... And by the way, daun elovera memang baik untuk menyembuhkan luka luaran... makcik aku punya kesan caesar bagaikan tiada langsung pasal dia sapu daun elovera tu.. nanti aku pun mau try la (kalau aku kena potong la...)
Monday, August 17, 2009
Cerita pasal Diapers
Zizou juga semakin pandai mengekspres kemarahan (tapi selalu tengok mood dia juga). Kalau mood dia ok, everything that we said, mesti dia akan balas “ok..”... kalau mood dia tidak ok, naya la dia menjerit dan menjadi pengadu “Mummy, nengok ni daddy buat” or “Daddy, nengok ni mummy buat”... sedangkan, Mummy dan Daddy tidak ada salah apa pun... therefore, kami buat bodo ja atau pun memulangkan paku buah keras balik kepada si Zizou “Mummy tidak nampak Daddy buat salah apa pun... zizou yang buat macam tu kan.. jadi tidak bagus mau kasi blame orang, understand?”... kalau mood ok, dia akan jawab “ok”.. dan kalau tidak – the tantrum continues... huhuhuh...
Ok... sukup.... tu hanya mukadimah... hehe.. sebenarnya, aku mau cerita yg sekarang ni aku sedang gila buat research pasal cloth diapers... banyak gila brand di pasaran.... hasrat di hati, mau ja aku buat sendiri cloth diapers tu... tapi aku ni kemahiran menjahit pun tidak sampai 2%... bermesin jahit jauh sekali... kalau mau jahit tangan ja, mesti la buruk gila cloth diapers aku tu nanti..
Untuk adik si Zizou pun, aku sudah sediakan kain lampin, alas plastik dan snappy (pengganti pin lampin). Walaupun aku bercadang untuk menggunakan disposable diaper (DD) untuk adik si Zizou, tapi aku tau, mama aku would very like kalau aku pakaikan cucunya dengan kain lampin – sebab mau mengelak berbadas katanya.. (badas tu kalau ikut orang Sabah maknanya ruam lampin or melecet). Which is true... kalau pakai disposable diaper yang tidak sesuai, nanti baby senang kena badas..
Zizou pun dulu banyak juga jenis DD yang aku pernah kasi cuba.. sampai bila aku sudah sampai tahap boring kerana si Zizou terkena badas ja, aku kasi la dia pakai lampin... tp pakai lampin tension juga... sekali kencing, terus si Zizou ni menangis tidak selesa... hmmm...
Aku pernah kasi pakai si Zizou DD brand
· Pet Pet (ok juga ni.. mula2 lepas si Zizou lahir, kami belikan dia Pet Pet... – time tu bongok2 lagi, jenama DD apa di pasaran pun tidak tau, tau jenama Pampers saja la - tapi di Labuan tiada ni jenama, so aku cari DD jenama lain)
· Pureen (ni mmg hampes tapi murah)
· Giant (pun hampes... abang edi beli kunun pasal di komplen si Zizou banyak berak ja, jadi tiada guna beli DD yang berjenama pun... memang la dia banyak berak, tapi kesian juga tu kalau pakai yang kurang menyerap.. aku juga tensen jadinya kena melayan si Zizou menangis... sudah la aku new mom time tu...)
· DD brand start with a letter ‘M’ (tidak sure la apa nama dia... tapi DD ni ada dalam hamper yang member aku hadiahkan untuk si Zizou... pun hampes juga.. tapi pasal orang suda kasi free, kasi habis ja la... every an hour, aku gantikan DD si Zizou)
· Mamy Poko (ahaha.. ni kunun2 aku mau merasa kasi si Zizou pakai DD yang mahal... hasilnya, bukan la bagus mana pun aku rasa... mungkin part serapan tu dia ok, tapi cepat bau hancing)
· Drypers (boleh la... tapi meninggalkan kesan melecet pada celah kelangkang dan paha si Zizou... aku kena sapu lotion lagi supaya si Zizou rasa selesa)
· Drypantz (yang ni aku suka.. pasal lembut ja..)
· Huggies Dry (ini la jenama DD yang si Zizou pakai sekarang... setakat ni ok ja)
· Huggies Dry Comfort (kadang2 kalau ada promotion.. kami belikan untuk si Zizou yang ni... mahal sedikit, tapi kadar penyerapan lebih bagus)..
Baru2 ni pun, aku ada belikan Zizou training pant dari Mothercare.. ada gambar Thomas & Friends.. sebab si Zizou masih belum pandai kencing lagi... dengan harapan, kalau bagi dia pakai training pant time weekend tu, boleh la ajar si Zizou ni kencing sendiri..
Hujung minggu ni ada Parenthood Expo di Midvalley... ada banyak booth pasal breastfeeding, cloth diapering dan baby wearing akan dibuka di sana... aku sudah cakap sama abang edi yang aku mau pegi sana... belum lagi ada kesempatan tengok CD ni macam mana... jadi time ni la mau survey2... kot2 ada promotion baik punya... boleh la sambar sekeping dua CD yang comel2...
Monday, August 10, 2009
Seruan berCD
Sebenarnya, since 2007 lagi aku sudah terbaca serba sedikit pasal cloth diapers (CD) ni. Tapi aku ignore ja. Pasal aku ingat benda ni macam teda kaitan sama aku. Ka pasal ignorance aku tu menyebabkan aku tidak tahu? Aku ingat cd tu macam lampin kain biasa ja. Tambahan pula time tu aku ni sibuk sangat la study pasal ilmu breastfeeding. (mmg banyak ilmu yang perlu dipelajari, mana ada sikit2).
So, lately ni, semenjak dua menjak aku selalu mengjadi pengunjung setia blog Sara Kids, aku pun ada la terbaca pasal anak2 beliau yang sekarang sudah fully cd. Setelah aku membuat kajian dan pembacaan, rupanya cloth diapers ni sudah mengalami evolusi.. orang moden sekarang sudah ramai guna cd yang sofistikated.. corak pelbagai, boleh pakai sampai 8 jam, jenama pun ada macam-macam... harga satu cd saja boleh menjangkau RM80++. Ada orang cakap guna cd ni mahal tapi sebenarnya mahal tu hanya untuk one off ja.. tapi sebenarnya boleh tahan lama guna 2-3 tahun dan boleh diperturunkan kepada anak2 yang seterusnya. Lepas tu, ada second hand value pulak tu. Boleh jual semula kepada orang.
Aku masih dalam fasa mengkaji. Abang edi pun sudah bagi lampu hijau. Balik2 tanya aku bila mau beli cd tu. pasal kes kena cuci cd tu bg aku bukan susah pun. Cuma aku ada 2 perkara yang buat aku masih agak hesitate untuk teruskan amalan bercd ni.
- Mau educate bbsitter anak aku di nursery nanti. Kalau ada ibu lain yang sudah buat macam ni, senang kerja aku.
- Mau start guna pada adik zizou. Tapi untuk newborn macam susah pula. Firstly pasal takut cd tu longgar nanti leak pula. And then, newborn kan asyik berak ja. Satu hal la pula aku kerja mau cuci berak ja time pantang nanti. Meroyan pulak karang kerana kurang rehat... huhuhu... minta dijauhkan...
Jadi, buat masa sekarang ni, mungkin aku akan mempertimbangkan bagi adik zizou pakai disposable diapers dulu for the first few days of his/her life. Lepas tu, baru aku bagi dia pakai cd.
Disposable diapers pun mmg banyak gila di pasaran. Nanti la aku cerita pasal pengalaman aku guna disposable diapers ni pula.
cumil kan cloth diaper ni
Wednesday, August 5, 2009
Zizou – 2 tahun 8 bulan
Lamanya la aku ni sudah tidak update apa yg si zizou sudah pandai buat sekarang ni. Benda-benda macam ni memang penting untuk aku jot down di blog ni. Boleh aku keep track skill si zizou. Mana lagi ada tulis2 dalam diari. Ni la kiranya diari aku.
Apa la milestone Zizou sekarang?
- Baca doa makan (ni sudah lama dia pandai)
- Nyanyi nursery rhyme – ABC, Twinkle twinkle little star, Mary had a little lamb, London Bridge, Lompat si katak lompat, Can mali can, Happy birthday to you dan banyak lagi (ni pun sudah lama dia pandai)
- Petah bercakap – walaupun kadang2 macam ada sangkut2.. maybe dia terlalu banyak idea yang mau diluahkan.. berebut la keluar semua words tu
- Nyanyi lagu Negaraku sambil berdiri tegak – ni skill baru dapat
- Unlock touch phone mummy dan daddynya lepas tu buat call dan bg sms kepada sesiapa yang bertuah – kadang2 dia confuse, kalau guna notebook pun dia touch screen notebook tu jugak.. hehehe...
- Pandai berborak di telefon – boleh kenal suara daddy, nenek, datuk, auntie Tasha, auntie Nurul
- Tau minta tolong tukar channel ke Astro Ceria
- Tau ikut lagu soundtrack Ultraman Gaia, Ninja Boy, kartun2 dan lagu2 iklan
- Hafal skrip iklan
- Pandai mandi sendiri la konon (di bawah pengawasan mummy dan daddy)... basahkan rambut dan badan... tapi lepas tu main air ja lebey
- Kalau kita ajak jalan, dia ingat akan kena bawa berjalan ke Jusco or KFC
- Pandai minta aiskrim tapi bukan makan pun aiskrim tu... pegang ja sampai cair... abang edi pun tidak suka bg zizou makan aiskrim, nanti batuk... sudahnya, aku beli ja kon aiskrim... bagi dia makan kon kosong... huhuhuhuh.. (aiskrim bagi si zizou ialah aiskrim dalam kon atau McFlurry mcD ja... selain daripada itu, cthnya aiskrim potong atau sundae dan lain-lain ialah bukan dalam kategori aiskrim)...
- Tidak pandai makan gula-gula tapi suka minta gula-gula (ni cikgu dia di nursery ajar ni)
- Amat kuat makan... prefer untuk makan nasi daripada yang lain.. contoh mee dan mihun... lauk favourite ialah ikan goreng garing
- Suka makan ayam goreng KFC, mcD, A&W dan yang sewaktu dengannya... tapi belum tentu akan suka ayam goreng kunyit... huhuhuh...
- Tidak suka makan buah kecuali tembikai dan pisang
- Pandai pakai kasut sendiri – ini pun lama sudah dia master ni
- Suka main pistol mainan sambil berlakon macam polis
- Suka ambil gambar dan tengok gambar sendiri
- Pandai cakap "Tak Nak!"... kalau kena minta tolong atau diarah berkali-kali, zizou akan buat ultimatum "Tak Nak Sudah!" – means dia mmg tamau buat
- Ada rancangan kegemaran – Ultraman (wajib), Jim Jam & Sunny, Kacang, Mr. Bean (animated dan orang betul), Rory the racing car, Tom Tom Bak, Hikayat Putera Shazlan, Kapten Boleh (boringnya...), Barney and Friends dan lain-lain
- Ingat jalan – contoh kalau overnite di hotel, balik dari breakfast atau jalan-jalan, keluar dari lift, zizou boleh cari pintu bilik dengan tepat... sedangkan baru ja second time dia jalan di koridor tu...
Aku rasa macam banyak lagi... hm... tapi lupa pulak...
Tuesday, August 4, 2009
Avent Bottle Warmer
nasib baik la aku ada credit card... (bahaya sungguh)... duit cash pun mmg ada, tapi aku sudah letak tepi siap2 untuk bayar yuran nursery Zizou.. waktu membayar tu, pejam mata sambil buka saja lah... hehehe... bukan tu ja yang dibeli, ada 4 set mittens & booties untuk adik zizou dan sepasang pakaian basahan untuk zizou juga... (kesian zizou kalau dipinggirkan..)
sesampai saja abang edi ke rumah, aku pun tunjuk la abang edi 'hasil rampasan' aku. nasib baik abang edi tidak tergezut mendengar harga warmer tu... tapi dia cakap dia sponsor RM200 ja untuk Avent warmer tu.. cheh... seb baik aku pun ada duit sendiri... anyway, thanks abang edi...
abang edi bertanya, adakah tidak terlalu awal untuk beli warmer ni.. alasan aku "tidak"... satu sebab skrg tengah ada promotion... dan juga warmer ni boleh guna untuk panaskan susu zizou... sebab si zizou ni ada satu habit buruk... selalu minta buatkan susu, lepas tu dia suka minum sikit2... kalau ada baki, bila dia rasa macam sejuk sikit walaupun susu tu masih baru... dia memang akan reject... dan dia akan suruh buat susu baru... membajir betul la... "betul juga" balas abang edi..
si zizou pula sudah excited tengok Avent warmer tu dan bising "nak susu panas".... dan dia mau aku buat susu baru guna botol avent gemuk tu... temberang betul la... bila aku buatkan, dia reject... walhalnya, dia mmg tidak pandai guna botol avent pun, dari zaman dia baby lagi... dulu pun awal2nya aku bagi zizou guna botol avent, tp mengamuk tidak mau... mau juga pakai teat yang kecik (narrow neck bottle)... nasib baik botol avent tu aku dapat free sekali time beli Avent Manual BreastPump dulu... sudahnya, botol yang belum pernah diguna, aku jual dengan harga lebih murah dari retail price kepada colleague aku...
untuk adik zizou akan datang pun, aku akan bg dia try dua2 jenis teat... satu untuk narrow neck, dan satu lagi untuk wide neck.. suka hati la mau pilih yang mana.. botol murah ka, botol mahal..
ooo.. dan warmer tu nanti aku akan letak di nursery adik zizou.. pasal khabar yg aku tau dari cikgu sekolah zizou, dorang tiada warmer.. dorang rendam breastmilk dalam air suam ja... hmmm... takpe la... untuk menyenangkan cikgu2 tu, aku bg pinjam la warmer tu... biar dorang semangat mau bagi expressed milk kepada baby2 yang diasuh, bukan sahaja adik zizou tetapi juga kepada baby2 yang lain... semoga rezeki adik zizou untuk minum susu ibu akan bertambah2... amin...
p/s: cikgu zizou bgtau, nursery dorang mmg berpengalaman handle expressed breastmilk, sebab ramai ibu2 yang mengamalkan exclusive breastfeeding hantar baby dorang ke nursery tu... sukanya aku dengar...
Monday, August 3, 2009
Pilihan hati
Sekarang, bahuku sebelah kiri masih terasa lenguh dek kerana dicucuk imunisasi Tetanus last week... kalau nak tidur mengiring sebelah kiri, memang susah bangat....
Next week pula, ada appointment untuk MGTT test atau dalam bahasa amaturnya, check kadar gula dalam darah. Test ni untuk check samada aku ada diabetes time pregnant atau tidak. Aku kena buat MGTT test ni pun pasal aku declare bapa aku ada diabetes. Macam menyesal pun ada juga pasal declare benda alah ni kan.. tapi kalau aku tidak declare, takut pula jadi benda buruk sama aku.. jadi, mau tidak mau, declare ja la...
Cara test dilakukan, malam sebelum pi klinik tu, puasa dari jam 10 malam. Puasa makan dan minum hatta tidak boleh minum air masak sekalipun. (Tapi berdasarkan pembacaan aku dari forum dan blog ibu-ibu lain di Malaysia ni, ada juga yang "bohong sunat" dengan minum air masak.. lantak le ye... masing2 punya badan).
Pagi2, pegi klinik, buat urine dan blood test. Darah yang diambil pun bukan sikit2. Lepas tu minum air gula pekat tak hengat satu gelas. Kandungan gula/glukos tu memang sudah disukat. Untuk makluman, air glukos di KK Putrajaya lebih sedap dari air gula di KK Seri Kembangan. Pasal nurse di KK Putrajaya guna glukos perisa oren. And then, puasa lagi for another 2 hours. Buat lagi urine and blood test. Baru dapat keputusan. (Hm... aku rasa macam ni la cara2nya buat MGTT test ni...) Kalau ada yang termuntah time minum air gula ni, kena buat next appointment lagi. Means, puasa tu hanya sia-sia.
Sebenarnya, aku mau cerita pasal apa ni?
Hmm... dulu kan, time awal2 pregnant, aku sudah bincang2 dengan abang edi, mau bersalin di private. Mau merasa la kunun kena layan bak puteri ni.
Tapi, time aku pi check-up hari tu, nurse di KKPJ tu cakap, pada week 34 aku kena jumpa pakar untuk decide whether aku kena buat normal delivery or operation. Kalau aku kena operate, might as well aku bersalin di Hospital Putrajaya ja.
Selain daripada fee kalau aku bersalin di HPJ murah, fasilitinya juga lengkap. And then aku masih teringat kebaikan nurse yang attend aku di HPJ time aku bersalin Zizou dulu. Dorang ajar aku untuk breastfeed (sedangkan aku mmg tidak pernah buat any research apa pun pasal penyusuan ibu dan Alhamdulillah... kolostrum aku ada untuk mengenyangkan Zizou). Ada sorang nurse ni lagi, siap tanya aku nak basuh gigi ke tidak pagi selepas aku bersalin Zizou tu (ya la kan... aku masih belum larat berdiri). Jadi nurse ni pun tolong cari berus gigi aku dari beg.. mmg terharu la aku kan, pasal selalu sangat dengar cerita negative pasal layanan di hospital kerajaan. Alih2, aku pula dilayan dengan baik. Hanya Allah dapat membalas jasa2 kamu.
Baru2 ni, ada colleague aku baru bersalin anak sulung. Hasrat beliau adalah untuk bersalin di HPJ tu la.. tapi, tiada rezeki agaknya, beliau terpaksa bersalin di Az-zahrah pasal Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang full. Hmm.. harap2, time aku nanti, tiada la masalah macam tu.
p/s: Hati aku amat tenang bila ada seorang unknown makcik mendoakan aku "Semoga anak mudah bersalin nanti" hanya kerana aku membeli rempeyek daripada makcik tu. Kepada pembaca blog, doakan aku juga ok!... terima kasih.. may Allah bless you!
Friday, July 31, 2009
Craving tidak pandai habis = ++ berat badan
Pregnancy aku kali ni mmg mencabar keimanan...
Manakan tidak, setiap bulan ja, berat aku mesti naik sekurang-kurangnya 2 kg. At least!!! Paling banyak 3 kg. Nurse klinik pun sampai siap warn aku supaya memastikan berat aku tidak naik terlebey2.. hmm... dulu time aku ngandung si Zizou, berat aku naik about 11 kg ja... nasib badan... skrg ni aku sudah naik 11 kg... dan aku ada masa 3 bulan lagi sebelum due... naya la aku ni... harap2 la by the time aku berpantang nanti, aku ble slim balik... huhuhuhuh....
Tp sebenarnya... tidak bole la mau salahkan nurse ka, penimbang berat ka... kerana nafsu makan tu adalah datang daripada diri aku sendiri... or maybe, can i blame my hormone? Atau bole ka aku blame kadar metabolisme aku yang semakin berkurang time aku mengandung ni? Huhuuuh... aku terasa macam mau cari swimming pool untuk berenang memecahkan lemak2...
Pregnancy aku kali ni... susah aku mau cari apa jenis makanan yang aku ada alahan... almost nothing... hmmm... means aku boleh berselera dengan apa saja... tapi kesan di sebalik makan tu tidak lah aku nampak sehinggalah aku makan benda alah tu.. contoh baru2 ni aku masak soto guna rempah Sernan colleague aku bagi... bau sedap, rasa menyelerakan... tetapi pada sebelah malamnya, aku terpaksa menahan rasa memulas yang amat gila kerana angin puting beliung sudah menyerang badan aku... walhal abang edi dan zizou boleh rilek ja tidur... huhuuhu... tade cirit pun... memang angin semata2... jadi, aku sudah menambah list pada senarai yang tidak boleh dimakan time mengandung ni – soto.
Semalam, teringin makan tosei pula... tapi rasanya aku tidak boleh kenyang dengan makan tosei ja.. so, aku menyuarakan kepada abang edi aku mau order kari kambing... dia ingat aku mau kari kambing kosong... alih2, aku cakap sama mamak tu aku mau kari kambing siap dengan dagingnya sekali... ehehehehe... tapi apa2 pun, kari kambing di Restoran Azwath Taman Equine memang marvellous...
Teringat pula aku... sup kambing mamak di Jalan 222 PJ pun marvellous... kalau pegi food court Jalan 222 tu, aku mesti makan nasi lemak bungkus dan order sup kambing... hmmm.. nyam2...
ni gambar aku ambil dari blog org... org yg buat post ni pun cakap sup kambing mamak ni best.
Tuesday, July 28, 2009
Duit duit duit.....
start bulan ni, gaji ku sudah dipotong untuk bayar loan rumah... omak ai.... banyaknya potong... hampis mampus gue... tidak sangka pula cepat betul tindakan unit gaji ni bila part potong memotong... tp bagus la.. daripada tidak pasal2 gaji ku dipotong tanpa warning..
tadi pegi carrefour... ada la beli 3 pasang baju new born baby... murah2 ja... semua warna putih.. tapi ada corak2 sket, warna kuning, oren, hijau... generic color... suitable for both boy and girl...


